Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Friday, October 4, 2013

Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg II

Bersambung dari Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg I...

---------------

BismillahirRahmanirRahim
flag of Islam
Para Ilmuwan Islam baru-baru ini telah menemukan fakta sejarah yang menunjukkan bahawa agama Islam telah masuk ke Tanah Jawa pada abad ke-8 masihi lagi, namun disebabkan keutuhan pegangan masyarakat Jawa terhadap animisme, Hindu dan Budha, agama baru yang dibawa oleh pendakwah dari Dawlah Abbasiyah tidak berjaya menarik minat masyarakat.
Dalam kitab Kanzul Ulum karya IBNUL BATHUTHAH yang masih tersimpan di perpustakaan istana kasultanan Ottoman di Istanbul, pembentukan Walisongo ternyata pertama kali dilakukan oleh sultan Turki Uthmaniyyah, Muhammad I yang menerima laporan dari para saudagar Gujarat (India) bahwa di pulau Jawa jumlah pemeluk agama Islam masih sangat sedikit. Berdasarkan laporan tersebut Sultan Muhammad I membentuk sebuah pasukan yang beranggotakan 9 orang. Inilah walisongo angkatan pertama yang datang ke pulau Jawa. Pasukan pendakwah yang terdiri daripada sembilan orang itu dipimpin oleh Maulana Malik Ibrahim. Mereka ini telah berjaya menghidupkan kebekuan penyebaran Islam yang telah berlangsung selama tujuh abad sebelum itu. Setelah dakwah Islam dirintis oleh wali Songo, perkembangan Islam berlaku dengan cepat dan sampai ke zaman kemuncak sekitar abad ke-15 hingga ke-17 hasil daripada sumbangan para wali berkenaan.
TURKI UTHMANIYYAH SEBAGAI PELINDUNG DAN PEMIMPIN UMMAH
osman
Kerajaan atau empayar Turki Uthmaniyyah dianggap oleh kebanyakan umat Islam di dunia, termasuk juga di tanah Melayu, sebagai pelindung serta pemimpin ummah. Kedudukan Khilafah Uthmaniyyah sebagai khilafah Islam, terutama setelah ‘pembukaan ke atas Istanbul (Konstantinopel), ibu negeri Rom Timur, pada 857 H/1453 M, telah menyebabkan nama Turki melekat di hati umat Islam Nusantara. Nama yang terkenal bagi Turki di Nusantara ialah “Sultan Rum.” Istilah “Rum” tersebar sebagai sebutan kepada Kesultanan Turki Uthmaniyyah. Mulai ketika itu, kekuatan politik dan budaya Rum (Turki Uthmaniyyah) tersebar ke berbagai wilayah Dunia Muslim, termasuk ke alam Melayu.
Penerimaan agama Islam oleh masyarakat tradisional bukan sahaja membawa pengaruh kepada akidah, tetapi ia juga membawa pengaruh terhadap aspek kehidupan yang lain. Dari segi pentadbiran, Islam telah mempengaruhi pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka, kerajaan-kerajaan lain seperti Kedah, Johor dan Terengganu. Ciri-ciri kerajaan ini berubah menjadi sama seperti ciri-ciri pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah.
ottomanKonsep dewaraja telah diambil alih oleh konsep Sultan yang menganggap Sultansebagai zul-illahi-fil-alam iaitu pegangan bahawa Sultan itu adalah amanah Allah s.w.t. di muka bumi. Sultan juga dianggap sebagai AminulMukminin iaitu ketua kepada umat Islam.
Dalam sektor agama, Sultan menjadi ketua agama Islam dan baginda bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjaga kebajikan rakyat jelatanya. Jawatan Sheikh-ul-Islam, iaitu ketua ulama diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa. Koleksi fatwa yang dikeluarkan oleh beliau merupakan salah satu sumbangan kerajaan Uthmaniyah kepada agama dan sains undang-undang yang kekal digunakan hingga hari ini.
Perundangan Islam telah menjadi tunjang kepada undang-undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka. Hal ini pula diwarisi oleh negeri-negeri Melayu yang lain pada hari kemudian.
Dari segi kehidupan masyarakat, kehadiran agama Islam telah mengubah cara hidup mereka. Kepercayaan asal iaitu animisme, Hindu dan Buddha telah berubah menjadi agama Islam. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu. Kini, masyarakat Melayu mempunyai pandangan dan falsafah hidup yang berkaitan dengan unsur-unsur Islam. Agama Islam telah membawa sistem nilai sosial yang berbeza dengan sebelumnya. Masyarakat Melayu telah membuat penyesuaian antara unsur-unsur Hindu dan Islam untuk mengelakkan amalan yang diamalkan pada dahulu kala bertentangan dengan ajaran Islam.
PENCAPAIAN DAN KEUNGGULAN  EMPAYAR UTHMANIYYAH
Empayar Turki Uthmaniyyah telah diasaskan pada tahun 1299  dan era kegemilangannya telah dicetuskan oleh Sultan Muhammad II Al-Fateh yang telah menawan Kota Constatinople pada tahun 1453. Kejayaannya menawan kota suci dan markas utama golongan Kristian Ortodoks ini telah menjadi pemacu kepada keagungan empayar Turki Uthmaniyyah dan sekaligus membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
Ya, Empayar Uthmaniyyah adalah sebuah Khilafah yang diberkati oleh Nabi Muhammad (asws), yang telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia, sebuah Khilafah yang telah diberi pujian dan dianugerahkan kemuliaan yang tertinggi oleh Allah s.w.t. Kerajaan Uthmaniyyah merupakan sebuah empayar yang telah bersungguh-sungguh meneruskan usaha-usaha dakwah Rasulullah sws dengan meningkatkan pembukaan wilayah-wilayah yang baru dan sekaligus ia telah berjaya membina sebuah tamadun Islam yang agung lalu menguasai dunia dan mencapai tahap kemakmuran yang sangat memberangsangkan.
UthmaniyyahMalang sekali, ramai diantara ummat Islam kini yang mula memperkecilkan dan menafikan perjuangan dan pengorbanan Khilafah Uthmaniyyah.
Sebelum pemerintahan Uthmaniyyah, masalah politik merupakan sumber perpecahan umat Islam yang terbesar pada ketika itu. Masalah Imamah adalah masalah politik, masalah menentukan siapa yang akan memimpin umat. Setiap kelompok mempunyai pemimpinnya tersendiri dan tidak mengakui pemimpin dari kelompok lain. Kewafatan Khalifah Usman (r.a)  menjadi titik tolak bagi perpecahan umat Islam. Perang saudara pun mulai bersemangat. Penguasa demi penguasa di kalangan Bani Ummaiyyah terus berganti hingga akhirnya mereka dijatuhkan oleh Kerajaan Abbasiyyah.
Bani Ummaiyyah walaupun tewas tetapi mereka masih tidak dimusnahkan. Saki-baki golongan Bani Ummaiyyah selepas kekalahan mereka melarikan diri ke Sepanyol dan menubuhkan sebuah kerajaan di sana yang juga digelar Kerajaan Ummaiyyah. Maka terdapat dua Khalifah yang sedang memerintah pada waktu yang sama di berlainan negeri, dan ini tidak dibenarkan oleh Islam sama sekali.
Keharaman mengangkat Dua orang pemimpin (Kholifah) sebagai ketua negara ditegaskan oleh Hadits Rosulullah Saw. :
إِذَابُويِعَلِخَلِيفَتَيْنِفَاقْتُلُوااْلآخِرَمِنْهُمَا 
Jika dibaiat dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya. – (HR Muslim)
Kerajaan pusat tidak berkuasa penuh pada zaman pemerintahan daulah Abbasiyyah. Ia tidak dapat mempertahankan kesatuan umat Islam. Kerajaan mula berpecah diburukkan lagi dengan keadaan politik yang penuh dengan  kezaliman dan kerosakan beragama. Kerajaan Abbasiyyah juga menghadapi kesukaran dengan golongan Syiah. Ini kerana mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja.
Permusuhan dan perpecahan yang wujud sewaktu pemerintahan Ummaiyyah dan Abbasiyyah diburukkan lagi dengan ancaman dari Tentera Salib yang menyimpan dendam kesumat yang mendalam terhadap orang-orang Islam serta ingin menjadikan Negara-negara Islam sebagai Negara yang berada di bawah jajahan mereka.
Persengketaan dan perpecahan di kalangan sesama umat Islam berterusan sewaktu pemerintahan Abbasiyyah. Hanya dengan penubuhan Daulah Uthmaniyyah maka segala bentuk permusuhan sesama umat telah dapat dileraikan dan juga ancaman dari luar telah dapat ditangkis.
ottoman-empire
Empayar Uthmaniyyah, tidak seperti empayar-empayar lain yang berdiri atas sebab meluaskan jajahan atau mengaut kekayaan atau merakus kekuasaan. Empayar ini dibina atas dasar Syahadatul Haq, untuk memakmurkan bumi ini dengan Islam. Seluruh dunia Islam bersatu dibawah sebuah pemerintahan yang berpusat di Istanbul. Iraq, Parsi, Syam, semenanjung Arab, Algeria, Tunisia, Libya, sebahagian Perancis, Hungary, Austria, Asia Tengah, bahkan wilayah Nusantara bersatu dibawah satu panji pemerintahan Islam yang agung.
Jika bukan kerana Uthmaniyyah, kita tentu tidak akan memiliki, Akidah Ahli Sunnah – ini kerana mereka semua (yakni ahli shi’ite) telah ditewaskan oleh Sultan Selim Khan Jannat Makam. Beliau telah mematah-matahkan azam Shia Shah Ismail yang bertekad untuk menyebarkan akidah shi’ite ke seluruh pelusuk dunia. Namun rancangan ini telah dapat disekat  oleh Sultan Selim, satu-satunya Sultan yang berjuang bermati-matian, berkorban menumpahkan darah, mengorbankan nyawa untuk menghidupkan dan mempertahankan akidah ahli e-Sunnah.
Yavuz Sultan SelimKesemua Sultan-Sultan yang lainnya telah pergi menjelajah hingga ke barat untuk menyebarkan Islam di Eropa. Tetapi Sultan Selim Khan Jannat Makam telah ke Timur dengan tujuan untuk menghapuskan segala fitnah-fitnah yang sedang berleluasa ketika itu. Fitnah yang telah wujud beratus-ratus tahun lamanya, dan beliau telah berjaya membendung penularan fitnah. Dari waktu itu hinggalah ke saat ini,  golongan Shia terpaksa mendiamkan diri.
Itulah kehebatan Uthmaniyyah, di mana seratus tahun sebelum kehadiran mereka, para Awliya-awliya Allah telah meramalkan kedatangan pemimpin- pemimpin Islam yang handal, yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan mereka akan mengembalikan ketamadunan dan kegemilangan Islam.
Sultan FatihPembukaan kota Constantinople yang agung oleh Sultan Muhammad II yang digelar Al-Fatih memulakan era keagungan Empayar Uthmaniyyah yang memimpin seluruh dunia, mengabdikan diri kepada kekuasaan Allah s.w.t. Dengan kemenangan ini, ia telah membuka ruang yang luas untuk Islam menembusi seluruh benua Eropah. Sejak itu, satu demi satu wilayah tunduk menyatakan ketundukan kepada kekuasaan Islam sehingga seluruh wilayah Balkan (Bosnia, Serbia, Albania, Slovenia, Croatia, Macedonia, Greece) berada di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih. Berbondong-bondong orang Eropah yang berbangsa Slavia memeluk Islam, dan ia kekal hingga ke hari ini.
Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjaya dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Usaha pengembangan Islam terus berkembang dan mencapai tahap yang tidak pernah dapat dicapai oleh mana-mana kuasa yang pernah wujud di dunia. Islam telah tersebar dan diterima di kawasan-kawasan Balkan, Afrika, India, Eropah dan juga tidak terkecuali, di bahagian Nusantara.
Sistem pemerintahan yang sama, undang-undang yang sama, telah digunakan di kesemua wilayah yang berada di bawah pemerintahan Daulah Islam tanpa mengira kawasan geografi, adat-istiadat, bangsa mahupun warna kulit. Umat Islam di seluruh dunia benar-benar bersatu dan disatukan dibawah satu bumbung pemerintahan. Darah, harta dan kehormatan mereka terjaga rapi. Khalifah benar-benar menjadi perisai yang melindungi umat Islam.
Kepesatan perkembangan tamadun Islam dirasakan di seluruh penjuru dunia. Kesultanan Uthmaniyyah menjadi lampu yang menerangi dunia yang hidup di dalam kegelapan. Ia menjadi pusat penyelidikan dan ilmu dunia apabila manusia dari seluruh pelusuk dunia berpusu-pusu datang ke Kota Istanbul untuk menimba ilmu. Tamadun Rom, Yunani, Parsi, Mesir dan sebagainya telah ditenggelamkan oleh Islam sehingga meletakkan Islam sebagai sebuah peradaban dunia yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara sekalipun. Ternyata kekuatan Kesultanan Islam ini tidak dapat dibayangkan. Kaum Muslimin benar-benar hidup di dalam rahmat dan kemuliaan. Semua ini dinikmati oleh umat Islam disepanjang pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah yang menerapkan hukum berdasarkan kitab Allah dan sunnah RasulNya.
AMALAN KESUFIAN UTHMANIYYAH DAN DAKWAH DI NUSANTARA
Kegemilangan dan kecemerlangan serta penyatuan umat di bawah kesultanan Uthmaniyyah ini dilanjutkan lagi oleh para pengamal tasawuf dan pendiri tarekat tasawuf. Ilmu tasawuf ini memainkan peranan besar dalam membangunkan insan dari aspek rohani dan jasmani.
Sultan-sultan pada zaman keagungan empayar Turki Uthmaniyyah terkenal sebagai Ruhbanun Fillail wa fursanun binnahar atau dikenali sebagai “beribadat kepada Allah umpama rahib di malam hari dan siangnya berjuang laksana singa.”
Sultan-sultan Uthmanyyah terkenal sebagai pemerintah yang warak, zuhud dan berjiwa sufi. Empayar Uthmaniyyah juga dikenali sebagai sebuah empayar kesufian yang terkenal dengan Syeikhul Islam-Syeikhul Islamnya. Kesemua para Sultan dan Alim ulama berjalan tetap di atas landasan Ahlus Sunnah wal Jamaah, mengamalkan fiqh Hanafi dan bertariqat tasawwuf. Syeikhul-Islam dalam Kerajaan ‘Uthmaniyyah dapat dianggap sebagai satu institusi agama tertinggi yang mempunyai kedudukan yang begitu istimewa di sisi Khalifah/Sultan. Syeikhul-Islam ini adalah kalangan alim ulama yang paling alim, cerdik dan warak serta mampu membimbing Khalifah dan rakyat ke arah kebaikan dan kesalehan.
tahwiz
Khalifah-khalifah Uthmaniyyah dan para Alim Ulama berpegang teguh pada amalan tariqat Naqshbandi. Sufi Naqshbandi memainkan peranan yang penting didalam organisasi politik, sosial dan pendidikan didalam masyarakat mereka. Mereka ini melakukan tanggungjawab mereka berlandaskan Al-Quran (wahyu Allah) dan cara hidup para Rasul Allah. Tarekat Naqsyabandiyah, silsilah spiritualnya kepada Nabi Muhammad adalah melalui khalifah Hadhrat Sayyidina Abu Bakar Radhiyallahu ‘Anhu, sementara kebanyakan tarekat-tarekat lain silsilahnya melalui khalifah Hadhrat Sayyidina Ali bin Abu Thalib Karramallahu Wajhahu.
Rasulullah (asws) bersabda,
“Maa shabballahu fii shadrii syay-an ilaa wa shababtuhu fi shadri Abii Bakri,”
Apa pun yang Allah  berikan ke dalam hatiku, telah kuberikan pula ke dalam hati Abu Bakar Ash-Shiddiq RA.
Kemudian Abu Bakar As-siddiq menyerahkan semuanya kepada Salman al-Farisi, Salman  kepada Qasim, Qasim  kepada Imam Jakfar Saddik seterusnya pada Abu Yazid Al Bisthami sampai kepada Syekh Bahauddin Naqshibandi dan sampai sekarang kepada Guru kita. Inilah yang dinamakan Silsilah.
Guru-guru Sufi Tarikat Naqshibandi merupakan guru-guru yang saling terhubung dan merupakan guru-guru terkuat di dunia, mereka mempunyai hubungan yang benar, mereka mengetahui para leluhur mereka. Jika anda tidak mengetahui leluhur anda, maka anda tidak akan terhubung ke mana-mana atau tidak mengetahui ke mana anda terhubung.
Sebagai pengamal Tarikat Naqshibandi, Sultan-Sultan Uthmaniyyah telah menghantar para Ahli Tasawuf dan alim Ulama ke seluruh dunia termasuk di daerah Nusantara sebagai pembimbing Tarikat/Tasawuf yang tertinggi ini, yang merupakan satu teras kekuatan ummah itu sendiri.
Sesungguhnya tariqat menjadi salah satu sumber kekuatan kepada perjuangan yang menghasilkan kemenangan yang gemilang dan kehidupan beragama yang mulia serta berpaksikan keimanan. Ahli tasawuf dan pendakwah yang dikirimkan ini adalah ulama Islam yang kuat berpegang dan beramal dengan ajaran Islam. Akhlak mereka menyebabkan agama Islam masyhur dan mendapat sanjungan serta menarik minat penduduk Nusantara. Mereka bukan sahaja berpakaian bersih dan tertib, tetapi semua tingkah laku dan tutur kata mereka amat menarik dan mempersonakan serta penuh dengan hikmah.
Pada peringkat permulaannya, mereka dikatakan menghadapi tentangan sami-sami Hindu yang menggunakan berbagai-bagai ilmu sihir untuk mematahkan kegiatan dakwah dan pengaruh Islam di Nusantara. Dengan pertolongan Allah SWT, mereka dapat menghadapinya. Oleh itu, orang ramai mudah mempercayai kebenaran ajaran Islam. Pada zaman kekuasaan Melaka, Acheh, dan Demak, para ahli tasawuf mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan Sultan dan pembesar-pembesar negara.
Sistem Khilafah Islamiah memperlihatkan Allah sebagai penguasa, pentadbir, pemilik kerajaan langit dan bumi dan Khalifah sebagai pemegang amanah/wakil untuk mentadbir alam ciptaan-Nya dengan sebaik-baiknya. Sistem pemerintahan Islam tidak sama dengan semua jenis sistem pemerintahan di dunia ini dimana ianya tidak memberi hak istimewa yang khusus kepada khalifah. Hak khalifah dan hak rakyat adalah sama. Khalifah bukan simbol umat. Namun Khalifah adalah wakil umat dalam masalah pemerintahan dan kekuasaan sehingga khalifah juga terikat dengan hukum syarak dalam semua tindakannya.
Hingga ke hari ini, amalan Tasawuf Nakshibandi bukanlah sesuatu yang asing. Ia sudah meresap dalam sanubari orang-orang melayu di Nusantara. Walaupun terdapat ramai yang telah berbai’ah kepada tarikat-tarikat yang lainnya, tetapi asasnya adalah Naqshibandi. Kita tidak sama sekali menyangkal dan memperkecilkan penglibatan para ulama dari  Hadramaut Yaman yang juga turut memain peranan dalam menyebarkan Dakwah Islamiah di rantau ini. Tetapi apa yang sedang ditekankan disini ialah asasnya adalah Nakshibandiyyah. Namun sejarah dan pengetahuan mengenai hal ini telah disembunyikan. Mengapa? Siapakah yang bertanggungjawab?
oursheykh
Bersambung….
Hoja Lokman Effendi Hz
Khalifah kepada SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz
Osmanli Naksibendi Hakkani

No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.