Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.

HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.

Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


------------------------

Nota : (ditulis malam Jumaat 25 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, malam Nuzul Quran).

Adapun penulisan pengenalan di atas dibuat ketika HIKMAH sedang bersedia untuk mengadakan acara keduanya iaitu di Melaka 25 Nov 2012. Selepas itu acara ketiga telah diadakan di Lumut, Perak 27 Jan 2013, keempat di Kandis, Bachok, Kelantan 16 Mac diikuti kelima di Kuala Terengganu 5-8 Jun. Selepas acara pertama di Shah Alam 4 Nov 2012 pengasas HIKMAH iaitu saudara Radzi Sapiee bercadang cuma akan membuat satu sahaja lagi acara iaitu pada hujung tahun. Itupun untuk memenuhi janji kerana Datuk Seri Ali Rustam pernah mengisytiharkan HIKMAH Melaka sebagai acara tahunan ketika beliau masih Ketua Menteri.

Tulisan tambahan 25 Julai 2013 dibuat dalam keadaan agak mencabar, ketika acara ke-5 HIKMAH di Terengganu tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk berlangsung. Ketika itu Radzi perlu berehat menanti penyembuhan kecederaan kaki yang agak teruk akibat jatuh tergelincir 23 April. Beliau juga ingin kembali pada satu usaha penulisan buku yang tergendala setahun lalu.


Nota lagi : Ditulis selepas HIKMAH Terengganu selamat dilangsungkan 5-8 Jun...

HIKMAH Terengganu dilangsungkan dalam keadaan Radzi baru seminggu menerima pembedahan masuk besi dalam kaki sambil memperbetulkan hal pertumbuhan tulang tidak sekata yang berlaku dalam tempoh sebelum lebih sebelum itu. Selepas itu. pada kala beliau dijangka memakan masa lagi 6 minggu untuk sembuh timbul permintaan baru yang membuat beliau terasa harus memenuhinya. Ketika itu pihak kami sedang bersiap-sedia untuk mengadakan acara keenam di Shah Alam 7 September merangkap sambutan hari raya. Sambil itu ada pihak di utara meminta untuk menjadi penganjur acara ketujuh lalu kami mencadangkan agar ia dibuat minggu ketiga bulan Oktober. Pihak tersebut ingin menaja segala kos dan meminta agar ia diadakan selama 3 hari.

Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...



















Video sekitar acara sulung kami,
"Suai Kenal HIKMAH"
di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012
bersamaan 19 Zulhijjah 1433 Hijrah















Video acara lain HIKMAH boleh dilihat di sini...






Notis (dibuat 3 Disember 2015) : Mulai hari ini tak perlulah dikongsikan video juga pautan selain untuk 10 acara terawal HIKMAH. Begitu juga gambar-gambar di sidebar kanan dan senarai tajuk-tajuk pembentangan di bahagian bawah blogspot. Untuk mengikuti cerita tentang acara-acara HIKMAH selepas itu cukuplah melalui pautan sebelum paparan video atas. Kecuali kalau ada orang lain sanggup buatkan...


Sunday, January 12, 2014

3 acara HIKMAH akan datang dan Maulidur Rasul

Salam semua. Malam ini sudah masuk 11 Rabiulawal 1435 Hijrah. Malam keesokannya masuklah 12 Rabiulawal, tarikh yang dikatakan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, hari Maulidur Rasul. Siang nanti membawa ke hari seterusnya besar kemungkinan saya akan disibukkan dengan banyak perkara sehingga tidak sempat menjengok komputer dan Internet. Maka apa-apa yang ingin diperkatakan sempena sambutan Maulidur Rasul itu biar dikatakan malam ini juga.




OK. Saya tidak ingat pada artikel mana tetapi rasanya pernah menyebut rancangan untuk mengadakan HIKMAH di Grik, Hulu Perak sambil menyambut Maulidur Rasul kali ini. Acara mahu diadakan atas permintaan orang sana dan tarikh yang diberikan adalah Sabtu 18 Januari 2014, 4 hari selepas jatuh hari sambutan kelahiran Nabi itu. Namun Disember tahun lepas saya dimaklumkan bahawa pihak sana menghadapi masalah membuat persediaan terutama dari segi wang ringgit lalu meminta tarikh ditunda. Tidak dinyatakan berapa lama ia harus ditunda. Lalu buat beberapa minggu saya membiarkan perkara ini tergantung sahaja.

Hal ini mengingatkan betapa beberapa bulan lebih awal iaitu sejurus sebelum mengadakan HIKMAH VI di Shah Alam 7 September (lihat Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013) ada permintaan untuk membawa HIKMAH ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Saya mencadangkan tarikh sekitar bulan Oktober. Ini kerana ketika itu saya telah menyimpan tarikh sekitar November dan Disember untuk HIKMAH kembali bertandang ke Melaka, demi memenuhi janji dari acara terdahulu di sana. Lihat Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012. Cadangan ke Bukit Mertajam itu juga diminta tunda oleh pihak sana, nampaknya akibat masalah serupa. Sementara itu HIKMAH pun meneruskan rancangan untuk bertandang ke Melaka tetapi setelah dipelawa pihak lain, bukan pihak dahulu. Maka jadilah ia penghujung November. Lihat Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013.




Sementara itu juga ada pihak dari bahagian lain Pulau Pinang memohon agar HIKMAH dibawa ke tempat mereka. Kelihatannya mereka lebih serius dan komited untuk menjayakannya lalu saya memberi tarikh Feb 22 hari Sabtu untuk acara berlangsung. Apabila pihak dari Grik meminta acara sebelah sana ditunda, saya terfikir mungkin HIKMAH di Pulau Pinang itu boleh diawalkan ke penghujung Januari agar dapat dijadikan sambutan Maulidur Rasul sekali menggantikan rancangan menyambutnya di Hulu Perak.  Tiba-tiba ada pihak lain dari pulau sama memohon agar HIKMAH diadakan tempatnya penghujung Disember.

Pihak ini sudah siap sedia mengadakan majlis, cuma meminta kami agar bersama mengangkatnya ke satu peringkat yang lebih tinggi. Sayangnya permintaan ini terpaksa ditolak kerana saya sudah berjanji mengadakan acara dengan pihak sebelumnya. Dan lagi saya  dan keluarga terikat dengan hal-hal menyiapkan rumah baru. Maka elok kami menyelesaikan ini dahulu sebelum memikirkan lagi apa-apa. 

Namun saya dan keluarga datang juga ke majlis tersebut sebagai tetamu. Itulah yang ditunjukkan pada artikel sebelum ini, artikel Festival Adat Istiadat Warisan Melayu di Balik Pulau yang dibuat 8 hari lalu. Selain itu saya mengambil kesempatan untuk bermesyuarat dengan pihak yang dipersetujui membawa HIKMAH ke Pulau Pinang nanti. Mereka adalah ahli qariah Masjid Jamek Bayan Lepas. Lihat artikel Misi HIKMAH Pulau Pinang - Mesyuarat di Bayan Lepas dan mencari keMelayuan di Lebuh Aceh di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.



Gambar ini menunjukkan saya bersama qariah setelah selesai bermesyuarat di tempat Bayan Lepas. Mereka telah bersetuju dengan tarikh cadangan 22 Februari. Adapun sebelum pergi ke Pulau Pinang itu saya dan isteri mendapati ada kemungkinan rumah baru kami dapat disiapkan pertengahan Januari dan kami dapat berpindah sebelum penghujung bulan. Timbul rasa mahu mengadakan majlis doa selamat untuk rumah baru atau housewarming. Alang-alang dah panggil orang ramai apa kata terus dijadikan satu majlis HIKMAH? Sambil itu boleh juga menggantikan acara di Grik yang telah ditunda, boleh dijadikan sambutan Maulidur Rasul sekali...



Gambar ini pula diambil dari artikel Jejak "Berpetualang ke Aceh" : 3 x 11 dan jejak warisan Bugis Aceh. Ia menunjukkan saya dan anak ketika kali berada di makam Sultan Malikus Saleh, ketika kali terakhir kami berada di Aceh penghujung 2011. Merujuk pada artikel Membawa HIKMAH ke Aceh, artikel yang dibuat pada 26 Disember lalu iaitu tepat 9 tahun selepas Aceh dilanda ombak besar tsunami yang mengorbankan lebih 200,000. Kawan-kawan di Aceh sedang berusaha keras untuk mengadakan acara walaupun tarikh cadangan 29 Mac sempena kedatangan saya dan keluarga 23-30 Mac itu sangat dekat dengan tarikh pilihan raya umum Indonesia 9 April. Kami telah merancang, kalau tak dapat diadakan acara penuh pun biar diadakan acara silaturrahim. Ada kawan kami pula sedang berusaha untuk membawa 100 peserta berbusana tradisional Melayu, bersampin, bertanjak, berkeris dari Malaysia.

Dengan ini biar diumumkan 3 acara HIKMAH yang berturut akan datang. Rasanya kenalah pada masanya apalagi ini merupakan artikel ke-103 di blogspot ini. Ia adalah 3 acara terawal untuk 2014. Malah event page untuk setiap acara telah mula dibuka di Facebook sejak 1 Januari. Biar diletakkan dengan sedikit perkembangan terbaru...




1. Rumah Syurgaku @ HIKMAH VII pada 8 Februari 2014


Atur cara belum dibina tetapi ini tidak menjadi masalah. Secara umumnya akan diadakan tahlil untuk rumah baru (gambar paling atas tu kira bayangannya) berserta sambutan Maulidur Rasul. Ada juga majlis ilmu dengan penekanan diberikan pada tema "Rumahku Syurgaku". Antara isi pembentangan adalah tentang falsafah ukiran kayu pada rumah tradisional Melayu.


Untuk event page sila klik sini.



2. Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX pada 22 Februari 2014


Atur cara tentatif baru sahaja dibincangkan malam semalam. Dengan itu bolehlah dikongsikan di sini...


8 pagi : - Pendaftaran peserta

8.30 : - Doa bacaan oleh Ustaz Mohd Ikhwan Ibnu Ismail

           - Ucapan kata aluan Ketua Pemuda Qaryah Bayan Lepas,
              En. Seri Lanang Dato' Hj Shamsuri

           - Ucapan kata aluan Pengerusi Qaryah Masjid Al-Hidayah, Bayan Lepas,
              Dato' Hj Muhammad Subky Hj Abdul Rauf

          - Ucapan kata aluan Presiden HIKMAH, En. Radzi Sapiee

10.30 - Jamuan pagi

11  :  Pembentangan

            - Tajuk 1. Penempatan Awal Melayu di Pulau Pinang
           Prof.Madya Datin Dr.Mahani Musa, Pensyarah Kanan,
           Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM)

11.45 - Tajuk 2. Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu
           Prof Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera, Dekan, Institut Kewangan dan Perbankan Islam,
       Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) bersama  Amirul Hj Mohamad, pengacara program
         televisyen “To The Point” dan “Islamic Finance Today” di Hypp TV, Unifi juga
          perunding ekonomi Islam dan aktivis dinar dirham

12.30 : Jamuan makan tengah hari

2.30 : Pembentangan

       - Tajuk 3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu
      Shamsul Yunos, blogger nasional dan wartawan bebas, bekas wartawan akhbar The Malay Mail

3.15  -  Tajuk 4. Ancaman Terhadap Akidah Umat Islam
     Tun Suzana Othman, penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu” bersama Ustaz Iqbal Parjin,
           aktivis KEMUDI (Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)

4        - Tajuk 5. Mencari Diri dan Erti
        Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
        dan bekas wartawan akhbar The New Straits Times

4.30 -5 : Bengkel berkumpulan menurut minat

9.30 malam - Iktikaf & Qiamulail (Masjid Al-Hidayah)


 Untuk event page sila klik sini.



3. HIKMAH Aceh : Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X pada 29 Mac 2014


Atur cara juga belum ditetapkan bagi acara ke-10 HIKMAH ini. Yang dicadangkan antaranya adalah lawatan ke tempat-tempat bersejarah terutama di pusat Banda Aceh. Cadangan tajuk pembentang pula pernah ditanya pihak mereka lalu biar dikongsikan di sini sepertimana dihantar kepada mereka...


1. Sejarah hubungan Aceh-Semenanjung Malaysia

2. Kedatangan Islam melalui Aceh - dari zaman Perlak ke Samudera Pasai dan kemudian

3. Tentang situs bersejarah Lamuri - Kepentingannya dalam sejarah Aceh

4. Aceh selepas Tsunami - Kebangkitan satu daulah? (boleh masuk sekali penemuan dinar di Kampung Pande)

5. Kalau jadi Puan Akal Sari datang ada subjek mengenai masjid dan mimbar

6. Motif Zulfiqar di Alam Melayu - ini kertas kerja yang pernah dibentang kawan kita Zahamri di Shah Alam kemudian Melaka. Sebelum itu ia telah dibentangkan dalam satu seminar antarabangsa di Aceh, atas cadangan Dr Anabel Galop dari British Library, London

7. Berpetualang ke Aceh - dari saya sendiri tentang pengalaman lama mencari makna diri...

Kiranya 5-7 insyaallah kami bawa dari Malaysia. Yang lain minta kawan2 dari Aceh bentang.


Untuk event page sila klik sini.


Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kali ini saya membuka 3 event page sekali gus, bukan seperti sebelum ini di mana selepas selesai satu acara baru dibuka page untuk acara seterusnya. Jawabnya adalah kerana 2 dari acara ini dibuat di tempat jauh dari pusat kami di Lembah Klang. HIKMAH VIII di rumah kami di Sungai Buaya, Rawang memang sudah harus diwar-warkan kerana sudah agak dekat tarikh, tinggal kurang sebulan lagi HIKMAH IX di Pulau Pinang pula cuma 2 minggu selepas itu. Kalau diwar-warkan hanya selepas HIKMAH VIII selesai tentu akan terkejar-kejar apalagi lokasinya agak jauh ke utara.

HIKMAH X di Aceh pula memang harus diwar-warkan awal walaupun dijadualkan berlangsung lebih sebulan selepas HIKMAH IX. Ini kerana ia mahu dibuat di luar Malaysia lalu memerlukan lebih persediaan dan persiapan. Untuk menjimatkan belanja, tiket tambang murah kapal terbang harus ditempah cepat selain, mendapatkan penginapan, mengatur jadual perjalanan dan cuti. Mereka yang berminat boleh menghubungi Ustaz Mahyuddin dari Anjung Hikmah di 019-5064949.

Dengan ini rasanya lepaslah tanggungjawab saya untuk bercerita tentang 3 acara terawal HIKMAH ini. Selamat menyambut Maulidur Rasul. Allahummasoli ala Muhammad wa ala ali Muhammad... :]


No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.