Pada artikel
Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Mencari kebenaran tersembunyi di sebalik cerita ajaib hikayat ada disebut tentang kapal/rakit Balai Gambang yang digunakan Malim Deman untuk kembali ke Bandar Muar dari hulu negeri. Di atas adalah Balai Gambang yang digunakan oleh kerajaan Perak. Adalah menjadi adat negeri, selepas pertabalan (ke semasa pertabalan?) sultan baru mesti menziarahi makam raja-raja yang pernah memerintah Perak terlebih dahulu. Makam-makam ini terletak sepanjang Sungai Perak. Balai Gambang digunakan untuk bergerak dari hulu ke hilir sungai...
Ini pula adalah sebuah masjid di bahagian hulu Muar. Pertama kali melihatnya terus terbetik di dalam hati... agaknya begini rupa Balai Gambang yang digunakan Malim Deman.
Kebetulan masjid ini terletak di tempat bernama Gombang. Dah... rasa terkait pula dengan Tuanku Gombang Malim Dewa, ayahanda kepada Tuanku Malim Deman.
Tempat ini terletak di antara Pagoh dan Lenga. Berdekatan itu ada tempat bernama Renchong, serupa nama dengan senjata identiti orang Aceh. Ke hulu lagi ada Lenga yang dibuka oleh satu watak dikenali sebagai Moyang Lenga. Katanya berasal dari Pasai yang kini berada di dalam Aceh.
Di Bukit Kepong pula ada tempat bernama Pengkalan Kota. Di sana terdapat makam seorang Raja Temenggung Muar, pemerintah negeri Muar tetapi di bawah naungan kekuasaan Empayar Johor-Riau. Menurut satu dokumen dipanggil Salasilah Muar, raja ini berasal daripada keturunan Bendahara Johor, Tun Sri Lanang tetapi berindukkan seorang Saiyid berketurunan Nabi Muhammad SAW daripada Aceh, Saiyid ini katanya berkahwin dengan anak seorang Sultan Aceh lebih 300 tahun lalu.
Kita lihat lagi sekali Balai Gambang yang digunakan di Perak.
Setahu saya tidak ada mana-mana negeri atau kerajaan Melayu lain menggunakan Balai Gambang dalam adat diraja apalagi pertabalan/selepas pertabalan. Setahu saya, satu-satunya cerita lama menyebut penggunaan Balai Gambang adalah Hikayat Malim Deman yang mana ceritanya berlaku di Muar. Nah, satu lagi kaitan Muar-Perak yang boleh dikaji nampaknya, satu kaitan yang saya percaya diikat oleh faktor pengaruh Aceh ke atas kedua-dua wilayah (Perak pernah berada di bawah pemerintahan Aceh selama satu abad).
Peta tadi menunjukkan laluan Sungai Perak yang mana Balai Gambang digunakan untuk membawa raja menghilir semasa/selepas pertabalan. Kita lihat pula laluan Sungai Muar. Apakah begini laluannya semasa Malim Deman menghilir dari hulu untuk kembali ke Bandar Muar bersama puteri bongsu dari kayangan yang dikahwininya?
Satu perkara menarik adalah Sungai Muar merupakan satu-satu sungai di Malaysia yang merentasi lebih satu negeri. Sepanjang-panjang Sungai Perak ia cuma merentasi negeri Perak, begitu juga Sungai Pahang merentasi Pahang, Sungai Kelantan merentasi Kelantan. Sungai Rejang yang merupakan sungai paling panjang di Malaysia pun merentasi cuma negeri Sarawak. Tetapi Sungai Muar yang walaupun cukup besar dan panjang tetapi agak pendek dan kecil berbanding sungai-sungai utama yang disebut tadi pula boleh merentasi Negeri Sembilan dan Johor.
Apapun ia kelihatan tidak cukup panjang untuk memenuhi jalan cerita di dalam Hikayat Malim Deman. Ada disebut Balai Gambang baginda mengambil masa 3 bulan untuk menghilir Sungai Muar dari hulu sampai ke Bandar Muar. Mungkin ini berlaku disebabkan sambil balai bergerak, sambil itu angkatan yang mengikuti bersuka-sukaan sepanjang jalan? Namun disebut juga ia bergerak terlalu amat laju...
Bagai pucuk dilancarkan,
Bagai kumbang putus tali.
Bagaimana ini boleh berlaku kalau Sungai Muar itu panjangnya setakat dari tengah Negeri Sembilan hingga ke Bandar Muar seperti diketahui zaman sekarang? Walaupun laluannya berliku memakan jarak sekitar 284 km (kalau tak salah), pada saya ia tidak akan memakan masa sehingga 3 bulan untuk menghilir.
Saya pun teringat terbaca suatu masa dahulu bahawa aliran Sungai Muar pernah bersambung dengan aliran Sungai Pahang. Kalau begitu hulu Sungai Pahang (menurut peta sekarang satu cabang utama berpunca di Cameron Highlands, satu menghampiri sempadan negeri Terengganu) dan hulu Sungai Muar boleh dikatakan sama. Hal ini disokong peta-peta lama seperti ini. Malah dibayangkan bahawa Sungai Muar dan Sungai Pahang membentuk satu terusan lebar sehingga daratan di selatannya menjadi seperti pulau!
Apapun memang Sungai Muar pernah digunakan untuk merentas masuk ke Sungai Pahang.
Laluan ini masih boleh dilihat jika kita pergi ke Jempol, Negeri Sembilan. Sungai Jempol yang mengalir masuk ke Sungai Muar ada bahagian mendekati Sungai Serting yang boleh membawa ke Sungai Pahang. Bahagian yang mendekati itu dikenali sebagai Jalan Penarikan. Ini kerana kapal-kapal ditarik atas daratan sejauh 300 meter gitu untuk menyeberang menjadikan laluan ini satu jalan pintas dari pantai barat Semenanjung ke pantai timur dan sebaliknya...
Pertemuan Sungai Jempol (kanan) dengan Sungai Muar...
Di situ ada papan maklumat menceritakan Jempol dibuka oleh sekumpulan orang yang berhijrah dari Pasai iaitu di dalam Aceh sekarang. Nah... tak lari cerita tentang Aceh.
Kaitkan balik dengan apa yang sudah diceritakan dalam artikel sebelum ini iaitu
Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Kaitan Aceh-Muar dan keistimewaan Bukit Treh. Untuk bacaan dan pemahaman lanjut sila rujuk artikel-artikel lama blogspot ini yang dikumpulkan di bawah tajuk "Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar". Ia ada di bahagian kiri bawah
blogspot. Di atas adalah
screen shot. Biar dikumpul artikel-artikel utamanya di bawah...
Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Satu pembukaan?
Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Singgah dahulu ke makam Sultan Alauddin
Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Warisan Tuanku Gombang Malim Dewa?
Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Tinggalan Aceh di hulu Muar...
Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Empayar Khalifah Sharif yang sebenar?
Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Abdullah Al-Kamil, Salman Al-Farisi dan Muhammad Al-Baghdadi di sebalik sejarah Alam Melayu
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment