Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Thursday, August 27, 2015

Melengkapkan gerak HIKMAH Beruas di Pasir Salak

OK. Kalau ikutkan pada bahan dan giliran penceritaan, terbitnya artikel HIKMAH Beruas - Lawatan lapangan dan konvoi kawan-kawan 5 hari lalu menandakan selepas itu saya boleh membuat satu artikel yang mengumpulkan semua links atau pautan cerita melibatkan acara ke-15 HIKMAH lalu menutup buku tentangnya. Untuk pengetahuan saya sudah pun mengisytiharkan acara tersebut sebagai yang terakhir dalam kalendar HIKMAH buat beberapa lama, sekurang-kurangnya untuk tahun 2015. Selepas itu, kalau nak buat acara pun setelah satu projek penulisan buku yang dimulakan tahun 2012 tetapi asyik tertunda dapat siap sepenuhnya lalu menemui pembaca di pasaran.

Tunggu nak siap buku tersebut pula entah bila kerana saya kini disibukkan dengan projek-projek dokumentari juga projek penulisan buku-buku lain. Yang pasti HIKMAH itu sendiri muncul 12 Oktober 2012 akibat tertundanya penulisan buku. Acara dibuat agar kekangan mental block atau gangguan ilham penulisan dapat dihilangkan. Tak sangka pula HIKMAH terus berjalan sampai 15 acara sedangkan buku masih tak siap-siap. 

Kembali pada acara ke-15, ada perkara agak tergantung tentangnya. Itu akan saya terangkan selepas menyuakan tulisan yang telah dibuat di Facebook semalam dan tengah hari tadi...




Ini adalah gambar saya dan keluarga bersama Raja Muda Perak di Pasir Salak penghujung Mei lalu. Turut bersama adalah sejumlah kawan aktivis yang datang memeriahkan satu acara di  sana atas nama HIKMAH. Lihat Sekitar WB River Fest 29-31 Mei 2015. Baru-baru ini kami telah diminta memeriahkan satu acara baru. Untuk menerangkan biar dicopy paste tanpa suntingan update berkenaan yang dibuat di FB semalam...



---------------------



TENTANG ACARA MELIBATKAN BUSANA DI PASIR SALAK 4-6 SEPT


OK. Saya bagi ringkas point by point agar senang faham bagaimana penglibatan HIKMAH dan apa yang diharapkan daripada kawan2 busana...

1. Induk acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pertanian, melalui Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Tajuddin Bin Abdul Rahman yang juga merupakan ahli parlimen Pasir Salak.

2. Bertepatan dengan fungsi kementerian ia berupa acara seperti MAHA (Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia) yang sering diadakan mereka di Lembah Klang. Cuma kali ini konsep serupa cuba dibawa Tajuddin ke Pasir Salak kerana beliau wakil rakyat sana.

3. Tajuddin juga tergerak untuk membuat majlis setelah melihat sambutan hangat pada acara WB River Fest yang dianjurkan Persatuan Warisan Bandor penghujung Mei lalu. Acara tersebut berlangsung 3 hari dengan hari pertama dirasmikan oleh mantan ketua polis negara, Tun Hanif Omar, hari kedua oleh Tajuddin, hari ketiga oleh Raja Muda Perak, DYTM Raja Jaafar ibni almarhum Raja Muda Musa

4. Saya telah diminta untuk berkongsi ilmu dalam sesi pembentangan pada hari kedua acara itu bersama Tun Hanif juga seorang sahabat HIKMAH, saudara Megat Iskandar At-Terawis. Gerai perniagaan pula telah diberikan secara percuma untuk kegunaan sahabat2 HIKMAH sepanjang 3 hari itu. Turut memeriahkan adalah persatuan silat Penjurit Kepetangan yang dipimpin saudara Megat Ainuddin. Selain daripada itu kawan2 busana terlibat atas cadangan saya. Lihat cerita di sini... http://hikmahmelayu.blogspot.com/2015/06/sekitar-wb-river-fest-29..

5. Kepercayaan untuk saya juga HIKMAH memeriahkan acara timbul apabila penganjur WB River Fest, Puan Maimoon Hussein dibawa seorang sahabat HIKMAH untuk bertandang ke majlis ke-13 HIKMAH yang diadakan di Ladang Alam Warisan 4 April 2015. Beliau teruja melihat begitu ramai anak Melayu berbusana tradisional penuh lalu ingin melihat hal serupa dibawa ke majlis anjuran beliau pula.

6. Saya menerima undangan untuk memeriahkan WB River Fest sekitar pertengahan Mei kalau tak salah ingatan. Ketika itu saya baru sahaja selesai menjayakan acara ke-14 HIKMAH di Chenor, Pahang 9 Mei lalu mula mengalihkan perhatian pada acara ke-15 yang mahu diadakan (ketika itu) di Beruas, Perak 6 Jun.

7. Pada 14 Mei saya mendapat panggilan daripada pihak penganjur tempatan di Beruas agar acara ditunda ke selepas raya. Oleh itu saya pun meminta kawan2 HIKMAH agar memeriahkan WB River Fest 29-31 Mei sebagai ganti.

8. Kehadiran kami berbusana penuh juga kehadiran kawan2 lain yang berpakaian begitu menyebabkan Dato' Tajuddin ingin melihat hal sama pada acara pertanian anjuran pihaknya. Beliau telah meminta Puan Maimoon untuk mengaturnya lalu Maimoon menghubungi saya.

9. Kami pun mengambil peluang sambutan rumah terbuka raya di rumah saya 15 Ogos bersamaan 30 Syawal lalu untuk mengadakan mesyuarat bersama sejumlah aktivis busana yang walaupun datang daripada pelbagai persatuan adalah terangkum sebagai sahabat atau kawan2 HIKMAH. Atas hubungan Maimoon dengan HIKMAH inilah para aktivis diundang untuk memeriahkan acara.

10. Acara 4-6 Sept ini dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak 4 Sept Jumaat malam. Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula dijangka merasmikan komponen hari Sabtu.

11. Tempat utama acara adalah Litar Lumba Dato' Sagor, sekitar 1.5 km ke tenggara pekan Kampung Gajah. Saya diberitahu Tajuddin mensasarkan kehadiran 50,000 jiwa. Beliau dikatakan pernah berjaya menepati sasaran serupa pada satu majlis lain. Apapun adalah masuk akal jika majlis dapat meraih sekurang2nya 5,000 pengunjung.

12. Atas kapisiti perhubungan dengan HIKMAH, para aktivis diberi kegunaan percuma sebuah gerai untuk berniaga sepanjang acara berlangsung 4-6 Sept. Walau tak sebesar mana ia memberi peluang untuk mereka melonjakkan perjuangan memartabatkan warisan kepada khalayak yang lebih besar.

13. Namun penumpuan bagi aktivis adalah pada hari Sabtu di mana kami diminta menjadi para pahlawan yang mencantikkan lagi aktiviti bot berhias. Insyaallah akan diadakan sekali lawatan menaiki bot ke Pulau Indera Sakti di mana terletak makam Sultan ke-15 Perak, Sultan Iskandar Zulkarnain.

Siapa yang mahu terlibat sila klik join pada event page ini... https://www.facebook.com/events/1637175073228168/. Lain2 butiran seperti tempat tinggal, makan minum dan sebagainya akan dibuat kemudian...











Tengah hari tadi, setelah mendapat beberapa maklumat baru saya membuat update berikut :-


-------------------


PENGINAPAN DAN TAPAK PERNIAGAAN PERCUMA SERTA SEDIKIT BELANJA MINYAK UNTUK ACARA DI PASIR SALAK 4-6 SEPT


Merujuk pada update saya sebelum ini tentang acara melibatkan busana di lokasi tersebut, saya telah menyebut sedikit sebanyak tentang acara dan bagaimana HIKMAH boleh terlibat. Lihat https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153548130708485&set=a.120446858484.101229.604023484&type=1. Sekarang biar dikongsikan kemudahan yang disediakan pada kawan2 yang mahu bersama memeriahkan. Saya beri sedikit latar belakang...

1. Sudah disebut acara utama di Litar Lumba Tok Sagor, Kampung Gajah diadakan oleh Kementerian Pertanian dengan PM Najib dijangka merasmikan Jumaat malam, TPM Zahid pula merasmikan esok hari Sabtu.

2. Sudah disebut jumlah hadirin disasarkan adalah 50,000 orang. Kalau tak dapat pun saya percaya masih boleh menjangkau 5,000 orang.

3. Sudah disebut HIKMAH diminta memeriahkan dengan membawa kawan2 aktivis berbusana tradisional Melayu dengan penumpuan pada apa yang dijadualkan berlaku hari Sabtu terutama acara bot berhias.

4. Sudah disebut tempat perniagaan percuma disediakan untuk kawan2 HIKMAH berniaga sepanjang acara berlangsung 4-6 Sept iaitu Jumaat hingga Sabtu. Sekarang biar ditambah butiran...

5. Hari ini baru saya dapat tahu acara diberi nama Festival Rakyat @ Pasir Salak. Ada beberapa aktiviti disenaraikan termasuk pertandingan memancing dan persembahan bunga api. Ada hadiah seperti kereta, motosikal dan televisyen besar. Nampaknya banyak belanja telah dikeluarkan untuk menjayakan acara ini, maka tak mustahil sampai 50,000 orang akan muncul nanti.

5. Pihak kita iaitu para aktivis busana tradisional Melayu diberikan satu khemah bersaiz 20 kaki x 20 kaki dengan 4 meja. Namun kedudukan corner lot yang jauh sedikit daripada longgokan khemah lain memberikan ruang tambahan yang luas,  cuma kena tambah meja dan khemah sendiri kalau mahu memanfaatkannya.

6. Seterusnya tentang penginapan percuma. Saya diberitahu oleh Puan Maimoon Hussein yang bertanggungjawab mendapatkan penyertaan kumpulan kita bahawa beliau tidak mendapat penajaan untuk penginapan lalu membuat keputusan untuk menyewa dengan duit sendiri 10 buah chalet di Pasir Salak Resort untuk kegunaan kawan2 HIKMAH/geng busana tradisional.

7. Namun disebabkan chalet2 lain di resort itu sudah ditempah penuh, 7 sahaja dapat diperuntukkan untuk kawan2 HIKMAH kerana 3 perlu digunakan oleh tim organisasi Maimoon yang mahu menjayakan acara terutama komponen bot berhias. Termasuk dalam tim ini adalah kumpulan persilatan Penjurit Kepetangan yang diketuai saudara Megat Ainuddin, tak lain, masih kawan HIKMAH juga.

8. Apapun saya fikir ini tidak menjadi masalah. Ini kerana setiap chalet cukup besar, memiliki dua bilik yang boleh memuatkan dua buah keluarga tambah hall/ruang tamu yang boleh memuatkan sekurang2nya 10 lagi orang. Saya anggarkan setiap chalet boleh memuatkan sehingga 20 orang jika perlu. Cuma kena bawak selimut, toto dan bantal sendiri sebagai tambahan kalau mahu keselesaan...

9. Nak dapat gambaran lihat gambar chalet yang saya ambil semasa menginap untuk acara WB River Fest penghujung Mei (rujuk http://hikmahmelayu.blogspot.com/2015/06/sekitar-wb-river-fest-29-31-mei-2015.html). Chalet dibuat dalam bentuk bungalow2 besar 2 tingkat di mana setiap bungalow mengandungi 4 buah chalet.

10. Menurut puan Maimoon chalet ini disewa untuk satu malam iatu Jumaat malam Sabtu. Tapi penggunaan boleh dipanjangkan sehingga lewat petang Sabtu agar kita tidak terkejar2 untuk berkemas ketika acara berjalan hari itu.

11. Ruang perniagaan percuma dan penginapan dah settle. Sekarang bab belanja memandangkan ramai perlu datang daripada jauh lalu meminta agar pihak penganjur memberi sedikit duit saku untuk menampung belanja minyak. Saya telah menyatakan ini kepada Maimoon dan beliau telah bersetuju. Jumlah tak banyak mana tapi bolehlah ringankan sedikit beban. Ini akan diagih2kan melihat pada mereka yang datang.

12. Tidak mahu menyusahkan Maimoon saya meminta bajet untuk 10 buah kereta sahaja. Susah le kalau datang 50 orang setiap sorang satu kereta, setiap kereta nak tampung belanja sekian2. Jadi kalau boleh biarlah setiap kereta dapat membawa beberapa orang.

13. Ada satu kumpulan kawan kami yang bercadang mahu datang dengan satu bas membawa aktivis 40-50 orang. Mereka akan membuat aturan sendiri dengan Maimoon tentang belanja, chalet untuk mereka akan diambil daripada 7 yang disebut tadi.

Saya rasa cukuplah sedikit maklumat tambahan ini. Semua yang telah saya kongsikan sebagai persediaan untuk acara akan dirangkumkan dalam satu artikel di blogspot HIKMAH (lihat http://hikmahmelayu.blogspot.com/). Di situ nanti saya akan ulas sedikit penglibatan kami berlatarbelakangkan suasana politk semasa. Ini memandangkan PM Najib dan TPM Zahid akan merasmikan majlis sedangkan kita tahu perkembangan semasa yang kurang memberangsangkan melibatkan mereka. Sedangkan kami para aktivis busana tradisional Melayu tidak mahu dipalitkan dengan mana2 pemimpin dan parti politik. Kesetiaan kami adalah kepada raja dan negara...






Dua update FB di atas harus sudah cukup untuk menerangkan tentang acara akan datang di Pasir Salak dan bagaimana HIKMAH boleh dipanggil untuk menolong memeriahkan. Sekarang tentang bab politik. Apabila hal penyertaan Najib dan Zahid diberitahu kepada kawan aktivis lain ada merasakan tidak senang lalu tidak mahu terlibat. Mereka takut kehadiran kami bertanjak, bersampin dan keris beramai-ramai disalah-gunakan oleh pihak tertentu untuk mendakwa kami menyokong pemimpin dan parti mereka. Sedangkan polisi kami adalah tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan politik, kami sekadar ingin memartabatkan Melayu dan Islam.

Perkara ini bukanlah enteng kerana sudah terjadi kumpulan-kumpulan daripada kalangan kawan-kawan kami, kawan-kawan HIKMAH digunakan untuk mendakwa wujudnya sokongan terhadap mereka yang suka mengambil kesempatan. Antaranya, ada kes orang tertentu yang gila mencari publisiti datang merapati beberapa orang kawan lalu mengajak mereka bergambar bersama-sama. Tahu-tahu sahaja tidak lama selepas itu keluar gambar mereka di Internet dengan orang tersebut mendakwa kawan-kawan kami adalah penyokong mereka.

Merujuk pada acara di Pasir Salak 4-6 September kami pun bukan bodoh. Kami faham bagaimana kehadiran kami boleh digunakan sesetengah pihak terutama media untuk menunjukkan kami kononnya menyokong pihak tertentu. Pada saya biarlah mereka berbuat begitu. Kita tahu kedudukan dan pendirian kita dan kawan-kawan sebenar kita pun tahu. Bagi kami penyertaan dalam acara yang disasarkan dapat menarik kehadiran 50,000 pengunjung ini adalah untuk memartabatkan warisan Melayu dan Islam. Bukan senang dan selalu dapat menunjukkan keyakinan kami kepada khalayak yang dijangka begitu ramai. Jadi pandai-pandailah bergerak dan bertindak mengikut arus keadaan zaman.

Tentang tajuk artikel ini sendiri iaitu "Melengkapkan gerak HIKMAH Beruas di Pasir Salak". Kenapa saya menyebut begitu? Ini kerana sepertimana acara lebih awal di Pasir Salak iaitu WB River Fest pernah menjadi semacam ganti apabila HIKMAH Beruas ditunda daripada 6 Jun ke 8 Ogos (lihat HIKMAH Beruas ditunda - Pasir Salak jadi ganti sementara), acara awal September pula boleh melengkapkan apa yang terasa kurang tentang acara 'terakhir' HIKMAH itu.

Merujuk pada artikel HIKMAH Beruas - Lawatan lapangan dan konvoi kawan-kawan. Sebetulnya saya bercadang untuk mengakhiri sesi lawatan lapangan dengan memberikan sedikit kata-kata akhir di Masjid Kampung Kota kepada semua peserta sebaik sahaja sesi selesai. Ia merupakan amanat supaya perjuangan memartabatkan atau mendaulatkan Melayu dan Islam diteruskan malah dipertingkatkan walau saya tiada lagi dalam barisan hadapan.  Tetapi ini tidak dapat dilakukan kerana saya harus menyelesaikan penggambaran untuk dokumentari "Daulah Melayu" ketika berada di Makam Raja-raja Beruas dan ini ternyata memakan banyak masa. Bila dah selesai ramai sudah kembali untuk berehat di chalet atau hilang langsung. Lalu apa yang ingin disampaikan terasa agak tergantung.

Oleh itu saya berharap apa yang terasa kurang itu dapat dilengkapkan di Pasir Salak nanti. Bagaimana ia diselesaikan, apakah perlu menyatakan amanat atau pesan akhir kepada ramai terpulang pada gerak yang Allah SWT zahirkan nanti. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 212 di blogspot ini.


No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.