Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Monday, January 11, 2016

HIKMAH Janda Baik di rumah Pak Habib 30-31 Januari 2016

Merujuk pada artikel HIKMAH reunion di Bukit Tinggi yang dibuat 3 hari lalu. Artikel sudah menceritakan bagaimana saya telah bertukar fikiran, daripada tidak mahu mengadakan apa-apa acara HIKMAH pada tahun 2016 boleh pula mengubah keputusan lalu mengadakannya 30-31 Januari di rumah Pak Habib di Janda Baik. Sekarang akan diceritakan kenapa tarikh dipilih dan hal-hal lain berkaitan. 



Sebaik sahaja kembali daripada rumah Pak Habib petang Ahad 3 Januari 2016 fikiran saya mula ligat memikirkan penganjuran acara. Pak Habib mahu ia diadakan selewatnya sebulan selepas pertemuan. Sebetulnya beliau turut mencadangkan agar kami mengambil kesempatan cuti panjang sempena Hari Raya Cina yang akan bermula Sabtu 6 Februari dan berlanjutan sehingga Selasa 9 Feb. Tapi kami takut kalau acara diadakan pada Sabtu itu, mereka yang datang akan terperangkap dalam kesesakan trafik yang biasa melanda lebuh raya dan jalan-jalan utama pada cuti umum sebegitu.

Kalau nak buat selepas itu pula, saya dijangka akan mula disibukkan dengan penggambaran dokumentari Daulah Melayu di luar negara. Nak buat terlalu awal belum cukup persediaan. Setelah difikirkan panjang lebar mengambil kira maklum balas beberapa orang kawan, tarikh 30-31 Januari, Sabtu hingga Ahad penghujung bulan dirasakan paling sesuai. Kebetulan 1 Februari adalah Hari Wilayah. Walaupun ia juga cuti umum, tetapi ia untuk Wilayah Persekutuan sahaja. Rasanya trafik orang balik kampung tidak begitu sesak seperti halnya pada cuti Hari Raya Cina.

Memandangkan cuma ada tempoh kurang sebulan untuk menjayakannya saya pun membuka event page acara keesokannya siang Isnin 4 Jan di Facebook. Dalam tempoh sehari dua itu saya juga mula mengatur tajuk-tajuk pembentangan. Ketika itu, dibantu maklum balas kawan-kawan saya telah diilhamkan dengan 8 tajuk yang sesuai untuk mengisi tema acara kali ini iaitu "Menangani Cabaran Akhir Zaman". Barisan pembentangan yang berpengetahuan pun mula diatur berdasarkan tajuk. Klik sini untuk melihat perkembangan dalam page.



Untuk sesiapa yang tak tahu di manakah kedudukan Janda Baik boleh lihat peta ini. Ia adalah sebuah kawasan perkampungan tradisional Melayu di atas pergunungan Banjaran Titiwangsa dan terletak pada ketinggian sekitar 1,500 kaki dari paras laut. Kini ia memiliki banyak rumah moden mewah disebabkan banyak tanah dibeli oleh orang-orang ternama, berkedudukan dan berharta yang mendirikan rumah rehat/peranginan. Kita boleh masuk ke Janda Baik melalui Lebuh Raya Karak atau jalan lama Kuala Lumpur ke Pahang. Kalau melalui lebuh raya dari arah KL kita boleh keluar di Genting Sampah lalu masuk jalan lama. Kalau dari arah Pahang keluar lebuh raya di Bukit Tinggi kemudian masuk jalan lama. Daripada jalan lama boleh jumpa simpang masuk ke Janda Baik.



Dalam Janda Baik itu sendiri ada 3 kelompok perkampungan. Daripada simpang di jalan lama masuk sekitar 2 km mengikuti likuan jalan gunung dan kita akan sampai ke Kampung Sum Sum. Terus lagi dalam 2 km sampai ke Kampung Cheringin. Terus lagi 2 km sampai ke Chemperoh. Untuk pengetahuan ini adalah nama-nama sungai utama di Janda Baik. Lokasi acara HIKMAH di Janda Baik terletak di rumah Pak Habib (beliau memanggilnya sebagai Wadi Hussien, juga University of Life), dalam Kampung Chemperoh, sebelah loji air. Senang cerita, masuk aje Janda Baik dan tanya pada mana-mana penduduk yang sudah menetap cukup lama di manakah rumah Pak Habib @ S. H. Alattas, penulis buku politk terkenal, insyaallah mereka dapat menunjukkan arah.  Kalau nak ikut koordinat peta, lokasinya adalah 3º18'57'' N (Utara) dan 101º52'17'' E (timur).




Sudah disebut dalam artikel HIKMAH reunion di Bukit Tinggi bahawa rumah Pak Habib terletak di dalam kawasan taman seluas 8 ekar dengan sungai berjeram mengalir di tepi. Dalam kawasan itu ada 7-8 buah rumah juga beberapa pondok rehat, dewan dan surau. Sungai yang mengalir itu adalah Sungai Chemperoh. Lihat artikel-artikel lama berikut daripada blogspot BERPETUALANG KE ACEH untuk mendapatkan gambaran. Sekarang, sudah ada lebih banyak bangunan ditambah...


Janda Baik, again!

My latest trip to Janda Baik and the number 22222!

Janda Baik revisited again...

Janda Baik my resting place

Al-Rasyid going around Pak Habib's place





Secara rata apa yang diberitahu tadi sudah dikongsikan lebih awal di FB. Cuma peta ke tempat kedudukan acara sahaja yang baru. Sekarang biar dikongsikan satu lagi perkembangan yang belum disebut di FB iaitu tentang perkembangan terkini pembentangan. Sudah disebut di atas bahawa dalam tempoh sehari dua selepas event page dibuka 4 Jan, saya telah diilhamkan dengan 8 tajuk pembentangan. Sejak itu 3 lagi tajuk muncul sambil tajuk-tajuk sebelumnya mendapat senarai pembentang. Jadilah ia begini :-



1. Daripada Demokrasi ke Pemerintahan Beraja : Peralihan Rahman ke Rahim - oleh Radzi Sapiee @ Merah Silu, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis siri novel "Berpetualang ke Aceh"

2. Ahlul Bait keluarga Nabi sebagai Saranan Keselamatan Ummah - Tun Suzana Tun Hj Othman, pemimpin NGO Kemudi, penulis buku Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu

3. Dinar Dirham dan lain-lain Instrumen Sejati Ekonomi Islam : Membuang debu Riba’ yang Menghalang Kebangkitan Sebenar Ummah - Amirul Haji Mohamad, aktivis dan konsultan kewangan Islam

4. Menghidupkan Peranan Raja Zilullah Filalam melalui Kuasa Tersirat dalam Perlembagaan – Dr Mad Akbal bin Abdullah, Felo Kanan IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia)

5. Alam Terkembang Jadikan Guru : Mengambil Pelajaran Daripada Persekitaran - Syed Hussien Alattas @ Pak Habib, penulis buku politik terkenal dan pemilik University of Life, Janda Baik

6. Islam Agama Persekutuan : Menangani Cabaran Liberalisma dan anti-Islam – Dato’ Prof Mahamad Naser Disa, IKSIM

7. Memahami Tipu Daya Penjajah yang Melemahkan : Merintis Jalan Kebangkitan Ummah – Prof Madya Mat Rofa Ismail, pensyarah kanan Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia

8. Alam Melayu Nusantara sebagai Medan Laga : Gajah sama gajah Bergaduh, Pelanduk Terhimpit di tengah - dicadangkan untuk saudara Wan Ahmad Fayhsal. aktivis muda dan felo Putra Business School 

9. Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang – Tuan Kamaluddin Endol (FB Pelita Di Dalam Kaca), mantan pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, penulis buku “Hinduisme Agama Tauhid Terawal?”

10. 'Dikaburkan' atau 'Mengaburkan': Pembinaan Korpus Sejarah Teknologi Senjata Api Melayu – Tuan Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.


11. Survival Umat Melayu Akhir Zaman : Sudahkah Kita Bersedia? – Tuan Mohd. Ramalan Yunus, penceramah bebas



Untuk pengetahuan setiap pembentang diberikan masa sehingga maksimum satu jam untuk berkongsi ilmu. Cuma tajuk 8 sahaja belum mendapat pembentang kerana orang yang dicadangkan ada komitmen lain pada waktu acara sementara kami belum menemukan pengganti yang sesuai dan sudi untuk mengambil-alih. Kalau pengganti yang sesuai tidak dapat ditemui setelah beberapa lama satu tajuk baru akan diperkenalkan atau slot dibiarkan kosong. Apapun, secara rata 11 tajuk ini dijangka sudah cukup sarat untuk mengisi atur cara ringkas seperti berikut. Atur cara yang lebih terperinci akan diumumkan insyaallah paling lewat seminggu sebelum acara berlangsung...



Atur cara ringkas


Sabtu 30 Januari 


8 - 9 : Kedatangan tetamu dan peserta

9 - 10 : Maulidur Rasul

10 - 10.45 - Pembukaan – Ucapan-ucapan aluan dan sebagainya

10.45-11: Rehat

11 - 1 - Sesi pembentangan tengah hari

1-2.30 - Rehat makan tengah hari/Zohor

2.30 - 4.30 : Sesi pembentangan petang

4.30-5 : Rehat minum petang/Asar

5  : Taklimat penutup hari



Ahad  31 Januari

9 – 11 : Sesi pembentangan pagi

11 – 11.15 : Rehat

11.15 – 1.15 : Sesi pembentangan tengah hari

1.15 – 2.30 : Rehat makan tengah hari/Zohor

2.30 -4.30 : Sesi pembentangan petang

4.30-5 : Rehat minum petang/Asar

5 : Sesi perbincangan berkumpulan diikuti penutup



Nota tambahan : Baru disedari jam 9 malam. Setelah disemak balik atur cara ringkas seperti yang terpapar di atas ternyata masa yang dapat diperuntukkan untuk pembentangan ilmu adalah 10 jam kesemuanya, bukan 11 seperti disangkakan sebelum ini. Oleh kerana setiap tajuk diberikan masa sehingga maksimum 1 jam maka kita cuma ada ruang untuk 10 buah pembentangan. 'Nasib baik' tajuk 8 iaitu Alam Melayu Nusantara sebagai Medan Laga : Gajah sama gajah Bergaduh, Pelanduk Terhimpit di tengah masih belum mendapat pembentang. Dengan ini eloklah ia digugurkan, tinggal 10 tajuk yang sudah ada pembentang untuk dipersembahkan.


No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.