Akibatnya saya sesat 19 jam. Keadaan ini membawa saya untuk meneroka satu laluan yang katanya ada kena-mengena dengan satu kerajaan besar di alam ghaib. Ceritanya ada dikongsikan dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006). Sedutan berkenaan boleh dibaca dalam artikel Pendakian dan sesat di Gunung Nuang dalam ingatan... di CATATAN SI MERAH SILU.
Gambar ini sudah diletakkan sebagai hiasan untuk artikel ini sejak Jumaat malam Sabtu 15 Jan. Ketika itu saya baru sahaja mendapat gerak untuk memutuskan giliran pembentangan pada HIKMAH Janda Baik lalu dapat membuat atur cara terperinci. Atur cara tersebut dikongsikan di Facebook malam itu juga. Cantiknya ia muncul pada jam 11.55 malam, satu set nombor yang memiliki makna tertentu buat saya.
ATUR CARA HIKMAH JANDA BAIK : MENANGANI CABARAN AKHIR ZAMAN
Pun begitu ada yang mengharapkan atur cara dapat dipersembahkan dalam bentuk poster agar lebih mudah diedarkan dan menarik kepada orang ramai. Setelah mempersembahkan artikel Tanjak baru untuk HIKMAH Janda Baik tengah hari Isnin baru saya mendapat gerak dan ilham untuk membuat poster tengah malam selepas itu. Walaupun sedikit tersekat kerana tidak memiliki software atau perisian yang sesuai (dahulu saya biasa gunakan Photoshop, sekarang tidak memiliki program itu) saya dapat juga melakukannya walau sekadar menggunakan Microsoft Word.
Hasilnya dikongsikan di FB sekitar jam 4.50 pagi Selasa iaitu semalam. Namun seperti yang ramai tahu FB secara automatik akan downsize atau mengecilkan fail gambar untuk menjimatkan memori. Maka hasilnya di situ tidaklah secantik yang kita mahu. Cukuplah dapat dibaca walaupun tulisan kelihatan kecil. Kalau cuba dibesarkan ia akan 'pecah'...
Nasib baik melalui blogspot fail dapat dipersembahkan pada saiz sepenuhnya iaitu hampir sama kertas A4. Fail ini juga boleh dipaparkan pada saiz A3 tanpa menjejaskan kualiti. Sila buka gambar di atas dalam windows lain. Anda dialu-alukan untuk menyebarkan atau memviralkan kepada orang ramai baik secara softcopy mahupun hardcopy.
Zoom-in ke persekitaran terdekat menuju ke lokasi acara di rumah Pak Habib @ S.H.Alattas yang beliau panggil sebagai University of Life.
Sekadar memastikan penerangan sebaik mungkin telah diberikan tentang acara. Biar diulang beberapa perkara :-
1) Selain majlis ilmu kami akan turut mengadakan acara untuk kanak-kanak. Ini telah diceritakan secara ringkas dalam artikel Aktiviti kanak-kanak, penglibatan FAMA dan jualan buku daripada pelbagai pihak.
2) Tentang penginapan telah dihuraikan dalam artikel Penginapan semasa HIKMAH Janda Baik 30-31 Jan 2016. Penginapan percuma diberikan kepada hadirin mengikut kategori peranan. Selain itu boleh cari sendiri chalet yang tedapat banyak di Janda Baik.
Beberapa jam tadi pula saya mendapat gerak untuk menyatakan tentang pameran dan perniagaan semasa acara. Hal ini terus dikongsikan di FB. Biar disalin balik di sini dengan sedikit suntingan :-
TAPAK PERCUMA UNTUK PAMERAN/JUALAN SEMASA HIKMAH JANDA BAIK 30-31 JAN
Salam. Pada setiap acara HIKMAH kami membuka ruang untuk orang berniaga dan/atau membuat pameran tanpa kami mengenakan apa-apa bayaran. Mereka malah boleh datang secara walk-in pada hari acara, bawa sahaja barangan dan pandai-pandailah cari tapak. Kalau kami ada cukup meja kami bagi pakai. Kalau tak, gunalah meja sendiri atau buka aje tikar.
Di premis acara di Janda Baik ada banyak pondok-pondok cantik yang boleh digunakan untuk perniagaan dan pameran. Kali ini kami menjangkakan akan lebih ramai pihak terlibat. Selalunya saya benarkan orang main masuk sahaja dan pilihlah mana-mana tempat yang mereka suka bergantung pada siapa yang sampai dahulu. Kali ini saya mesti letakkan keutamaan kepada beberapa pihak kerana terdapat banyak pondok cantik. Tak naklah nanti ada yang bergaduh berebut tempat terbaik walhal kita dah elok-elok bagi tapak percuma.
Maka itu biar disenaraikan dahulu keutamaan. Sesiapa lagi yang mahu berniaga atau membuat pameran boleh nyatakan di ruang komen agar senang pihak kami mengatur keadaan. Untuk mengatur, saya telah amanahkan kepada Ustaz Mahyuddin (nama FB, Antiq Sufi Pagaruyung). Begini disenaraikan keutamaan juga bentuk barangan/perniagaan...
1) Urusetia HIKMAH (perlu ada kawasan sendiri namun boleh berkongsi dengan mana-mana pihak yang rapat)
2) Jemaah Armada Malaiu (penganjur bersama pada acara kali ini, akan menguruskan makan minum peserta, kawasan memanah selain berniaga dan mempamerkan barangan warisan terutama busana Melayu)
3) Anjung Hikmah (bawah Antiq Sufi Pagaruyung, menjual barangan warisan seperti keris juga busana)
4) Daulah Melayu (promosi dokumentari 13 episod yang masih dalam proses penggambaran yang mana saya adalah hos dan seorang penyelidik.)
5) FAMA (mempromosi dan menjual produk-produk makanan buatan orang Melayu atas jenama Agromas. Mereka juga telah menyumbangkan sejumlah barangan kegunaan pada acara juga hadiah untuk aktiviti kanak-kanak)
6) Khazanah Fathaniyah (kitab dan buku-buku agama terutama mengenai ulamak silam Melayu)
7) Taman Pustaka (buku-buku ilmu daripada penerbitan universiti dan pelbagai sumber, dikelolakan oleh saudara Mohd Zahamri Nizar)
8) Pustaka Kanzun Mahfiyyan (buku-buku keagamaan bersifat Tasawuf tulisan tuan/cikgu Kamaludin Endol (nama FB, Pelita Di Dalam Kaca). Beliau juga adalah pembentang tajuk "Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang" pada sesi pembentangan tengah hari Ahad. Beliau dijangka akan membawa buku baru bertajuk "Wahdatul Wujud : Inti Tauhid ASWJ yang Wajib Difahami" yang pada masa ini masih dalam proses penerbitan)
Selain itu dijangka pemilik premis/rumah iaitu penulis buku politik terkenal, Pak Habib @ Syed Hussien Alattas (S.H.Alattas) akan turut mempamerkan dan menjual buku-buku tulisan dan terbitannya. Kalau tak salah dah ada sekitar 70 tajuk. Beliau juga mungkin akan menggunakan beberapa tempat/pondok untuk keperluan yang akan muncul kemudian, misalnya untuk menempatkan para tetamu istimewa dan terhormat. Keperluan beliau mengatasi segala macam keutamaan yang dapat disenaraikan oleh pihak saya.
Sekali lagi diulang, seperti pada mana-mana acara HIKMAH (dan kini masuk yang ke-16) kami memberikan tapak perniagaan percuma sehingga sesiapa sahaja boleh masuk secara walk-in dan mendirikan gerai. Cuma kali ini senarai keutamaan harus dibuat supaya tidak akan berlaku pergaduhan/perselisihan akibat merebut tapak/pondok terbaik dan strategik.
Keutamaan juga diberikan kepada setiap pembentang (ada 10 orang termasuk saya) untuk mempamerkan barangan, jualan. Misalnya saya diberitahu ada yang akan membawa buku-buku tulisan Prof Mat Rofa yang membentang tajuk "Memahami Tipu Daya Penjajah yang Melemahkan : Merintis Jalan Kebangkitan Ummah" petang Sabtu. Selain itu berniagalah kat mana-mana yang patut asal tidak menganggu laluan orang ramai.
Untuk memudahkan kami mengatur tempat sesiapa yang berminat untuk berniaga atau membuat pameran sila nyatakan nama/nama syarikat dan jenis barangan di ruang komen.
FB ingatkan kenangan daripada setahun lalu. Saya pun upkan. Gambar diambil semasa acara ke-12 HIKMAH di Lembah Bujang, Kedah 17 Januari 2014. Ia adalah acara kedua HIKMAH diadakan di rumah.
Acara pertama di rumah adalah pada HIKMAH ke-8 di rumah baru saya di Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Jan 2014. Lihat Acara kelapan HIKMAH di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang 8 Feb 2014. Acara ke-16 yang mahu diadakan di Janda Baik 30-31 Jan 2015 pun diadakan dalam kawasan rumah. Sedar tak tak sedar, tanpa kami mengaturnya ada satu corak atau pattern terbentuk untuk acara-acara di rumah :-
Acara ke-8, ke-12, ke-16. 12 = 8 + 4. 16 = 12 + 4. Nampak tak?
Malah apabila difikirkan balik, acara ke-4 HIKMAH di Bachok, Kelantan 16 Mac 2013 pun diadakan di rumah. Cuma definisi lokasi sebagai rumah boleh jadi kabur, Ini kerana secara rasmi ia telah didaftarkan sebagai Akademi Nik Rashiddin merujuk kepada arwah Nik Rashiddin, seorang pengukir kayu terkenal. Dalam akademi ada muzium dan dewan kecil serta pejabat, ada bengkel kemahiran ukiran kayu, ada rumah-rumah lama yang dibawa dari tempat lain kemudian dipasang kembali lalu turut dijadikan tempat menyimpan barangan berkaitan.
Namun kawasannya yang agak luas turut mengandungi rumah balu kepada arwah. Malah pembentangan diadakan di kawasan bawah rumah yang bersambung dengan bangunan muzium dan dewan. Lihat Acara keempat HIKMAH di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013. Dengan itu kita boleh mengatur acara-acara HIKMAH yang pernah diadakan di rumah seperti berikut :-
Acara ke-4, ke-8, ke-12, ke-16.
Nampaknya selang setiap 4 acara HIKMAH diadakan di rumah. Masuk HIKMAH ke-16 di Janda Baik nanti 4 kali acara diadakan di rumah!
Untuk pengetahuan HIKMAH pernah diadakan di dewan-dewan, muzium-muzium, galeri seni, di masjid pun dah sampai 3 kali. Kami cuma menurut gerak, Allah SWT jua mengatur segala perkara. Pada setiap yang berlaku kami percaya ada isyarat, petunjuk dan ibarat. Walaupun pada awalnya kami mungkin tidak dapat membaca sebab apa berlakunya sesuatu perkara, insyaallah sampai masanya kami akan menerima kebaikan yang tersirat atau HIKMAH di sebaliknya. Amin... :]
Nota : Subhanallah. Sebaik sahaja selesai menulis lalu membuat semakan awal saya lihat jam laptop menunjukkan pukul 4.44 petang. Terus saya publish artikel ini. Nota ditambah kemudian...
Hal ini menjurus kepada suatu perkara tersirat yang saya harus ambil tahu kerana melibatkan perjalanan HIKMAH seterusnya juga hala tuju hidup saya sendiri. Dengan itu biar dikongsikan artikel-artikel ke-444 di blogspots saya yang lain. Ia adalah :-
1) Nombor 444 sebagai pelengkap satu cerita (blogspot CATATAN SI MERAH SILU)
2) Panca Persada Beting Beras Basah? (blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART))
3) The 444th step... forward on and march! (blogspot BERPETUALANG KE ACEH)
No comments:
Post a Comment