OK. Sampai masanya untuk menutup perkongsian pembentangan daripada HIKMAH Janda Baik. Dipersembahkan isi pembentangan yang ke-4 dan terakhir dapat dikongsikan di
blogspot. Bersambung kita daripada
Ilmu bedil Melayu, mentera dan sebagainya.
.
Pada artikel
HIKMAH Janda Baik - Wahdatul Wujud sebagai teras kekuatan umat Melayu yang dipersembahkan 18 hari lalu telah disebut tentang pembentangan ke-4 pada hari ke-2 acara, pembentangan yang diberi tajuk "Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang". Pembentang iaitu tuan Kamaluddin Endol (nama Facebook Pelita Di Dalam Kaca) membukanya dengan cerita kejadian manusia.
Lalu kita dibawa masuk pada pengetahuan tentang roh seperti boleh ditelaah dalam kitab-kitab Tasawuf.
Pendekatan berkenaan roh diambil untuk menunjukkan konsep serupa juga terdapat dalam agama-agama purba seperti Hindu...
Hal serupa juga ada diajar dalam agama Buddha.
Turut bercakap tentang perkara sama tetapi dengan pendekatan yang berlainan adalah ajaran Kung Fu Tze atau lebih dikenali sebagai Confucius.
Ini adalah ajaran yang membentuk nilai-nilai murni orang China...
\
Nilai-nilai baik dalam agama-agama lama menunjukkan ia memiliki intipati yang sama.
Malah agama Zoroaster yang pernah diamalkan di Iran purba, agama yang katanya menyembah api pun turut menunjukkan beberapa unsur yang selari dengan ajaran Islam.
Apa hendak dihairankan jika kita faham semua agama pun berasal daripada agama Islam? Cuma syariat sahaja berlainan mengikut tempat, masyarakat dan zaman. Kemudian banyak pula yang dipesongkan melalui godaan syaitan lalu dihantar lagi nabi dan rasul untuk memperbetulkan keadaan.
Proses ini berlanjutan sehinggalah muncul Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir lalu melengkapkan ajaran Islam...
Agama Sikh yang muncul kemudian walaupun sudah lari daripada ajaran Islam tetap memiliki unsur-unsur kebaikan yang serupa.
Itulah hakikat yang terdapat pada agama Islam. Ia sebenarnya agama sepanjang zaman. Kita dapat melihat ini pada setiap agama purba jika dikaji dengan mendalam unsur-unsur Tauhid yang terdapat di dalamnya...
Islam yang kita kenali sekarang adalah pelengkap untuk akhir zaman.
Antara Islam syariat terdahulu hinggalah sekarang terdapat kesinambungan yang boleh dilihat dengan nyata apabila masuk bab ilmu keTuhanan.
Kamaluddin telah mengupas hal ini dalam buku-buku tulisan beliau...
Terbaru adalah buku ini. Ia selamat keluar daripada kilang percetakan beberapa hari sahaja sebelum acara ke-16 HIKMAH berlangsung di Janda Baik 30-31 Januari 2016.
Beliau juga telah menulis tentang kebangkitan Islam pada penghujung akhir zaman...
Sebuah buku tulisan beliau tentang kerajaan Islam yang ideal malah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) tahun 2011 bagi kategori novel. Untuk mendapatkan buku-buku beliau boleh hubungi sendiri di
sini.
Sekian pembentangan. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-242 di
blogspot HIKMAH.
OK. Saya tak ingat kenapa slaid ini muncul selepas "Sekian". Saya sekadar memaparkan kesemua 33 slaid pembentangan yang tersimpan dalam komputer riba saya menurut turutan...
No comments:
Post a Comment