Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Friday, December 16, 2016

Bersedia untuk acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi 17 Disember

Salam pagi Jumaat. Ketika ini tinggal tak sampai 24 jam sahaja lagi sebelum acara ke-19 HIKMAH dijadualkan berlangsung di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang pada jam 9 pagi Sabtu 17 Disember 2016. Oleh itu biar diberikan sedikit kata-kata aluan/petunjuk sebelum saya dan keluarga bergerak ke lokasi petang karang.



Adapun lokasi acara iaitu Dusun Nora, sebuah pusat peranginan persendirian merangkap rumah rehat milik seorang sahabat HIKMAH senang dicari. Google sahaja "Dusun Nora" anda boleh berjumpa pelbagai cerita dan artikel tentangnya berserta peta ke lokasi. Ia juga dikenali sebagai Nora Lodge. Letaknya sekitar 50 km ke timur bandar raya Kuala Lumpur.




Ambil Lebuh Raya Karak sehingga sampai ke persimpangan ke Berjaya Hills Resort. Ambil persimpangan, selepas pintu masuk dengan pondok pengawal hala kanan ke puncak bukit.




Dalam 4 km selepas pondok pengawal anda akan nampak satu simpang ke kanan dengan papan tanda menunjukkan jalan masuk ke kawasan dusun. Di situ sudah boleh ditemui papan tanda arah ke Dusun Nora. Ambil jalan dusun sekitar 800 meter dan sampailah ke lokasi. 

Cuma disebabkan tempat letak kereta dalam kawasan adalah terhad hadirin diminta agar meletakkan kereta di kawasan-kawasan yang disediakan di tepian jalan sebelum masuk ke Dusun Nora. Tempat letak kereta dalam kawasan harus diterhadkan kepada pemilik dan ahli keluarga diikuti pembentang dan urusetia HIKMAH. Untuk rujukan visual sila lihat artikel Tinjauan sendiri ke lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan sedikit persiapan yang dipersembahkan 16 hari lalu.

·

OK. Beginilah lebih kurang duduk letak atau lay-out segala macam bangunan yang ada di dalam Dusun Nora. Untuk pengetahuan komponen utama acara ke-19 HIKMAH akan dilangsungkan di dalam surau yang ditandakan dengan kotak berwarna kuning. Tempat-tempat yang dinyatakan boleh dilihat dengan mata kasar melalui artikel Tinjauan sendiri ke lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan sedikit persiapan.

Dalam artikel Tentang sambutan Maulidur Rasul, keindahan lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan senarai pembentangan ilmu yang dipersembahkan 24 November saya ada menyebut begini :-


Dengan ini saya mengambil peluang untuk memanjangkan undangan bagi semua masuk berkampung petang Jumaat 16 Disember. Dusun Nora memiliki 6-7 chalet, setiap satu saya rasa boleh memuatkan sehingga 10 orang dengan cukup selesa. Ia juga memiliki asrama yang boleh memuatkan 60-70 orang. Selain itu ada surau yang boleh digunakan untuk tidur lambak, saya anggarkan boleh menampung lagi 60-70 orang.

Cuma priority atau keutamaan akan diberikan kepada ahli keluarga dan saudara mara pemilik lokasi iaitu Puan Sri Nora diikuti para pembentang dan urusetia majlis. Selepas itu baru diikuti kawan-kawan yang sudah biasa mengikuti HIKMAH seterusnya orang lain. Apa pun saya percaya ada cukup ruang untuk menampung 150-200 orang dengan selesa. Nak camping pun boleh. Tanah dusun ini cukup luas untuk menjalankan banyak perkara. Cuma bawa alatan perkhemahan sendiri dan pacaklah di mana-mana yang sesuai dan dibenarkan.


TENTANG PENGINAPAN PERCUMA

Setelah meninjau sendiri dengan mata kasar setiap bangunan yang ada (lihat Tinjauan sendiri ke lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan sedikit persiapan) saya dapati bangunan asrama memiliki katil untuk menampung 20 orang. Namun banyak lagi ruangan untuk orang tidur lambak. Begitu juga halnya setiap chalet. Kalau ikut pada katil aje setiap chalet selesa untuk 2 orang dewasa. Tapi ada cukup ruang untuk lebih ramai tidur lambak. Cuma takut tilam dan bantal tambahan tidak cukup. Oleh itu disarankan kepada mereka yang ingin menginap agar menyediakan toto dan bantal sendiri.

Sekarang saya mahu menyatakan pembahagian kawasan/ruang untuk hadirin masuk menginap.

Adapun rumah kediaman pemilik adalah untuk beliau dan ahli keluarga, chalet belakang untuk tetamu-tetamu khas mereka. Kediaman pekerja memang untuk pekerjalah. Tetapi selain daripada itu saya dibenarkan untuk mengagih-agihkan ruang dan tempat kepada hadirin.

Bahagian yang ditanda sebagai chalet atas itu sebenarnya terdiri daripada 6 buah chalet. Dengan ini biar diberitahu 3 chalet paling kanan iaitu menghala ke rumah pemilik adalah untuk para pembentang termasuk saya dan keluarga. Chalet bawah pula terdiri daripada 4 buah chalet dalam satu bangunan panjang. Dua chalet ke kiri saya khaskan untuk sahabat-sahabat HIKMAH daripada jemaah Armada Malaiu.

Asrama telah dikhaskan untuk kumpulan Haqqani Maulud Ensemble yang akan membuat persembahan Maulud pagi Sabtu. Tapi seperti disebut di atas harus ada ruang untuk membenarkan orang lain masuk.

Selepas ini saya akan membuat keputusan memberikan ruang bergantung pada siapa dan jumlah yang muncul petang Jumaat ini hingga ke malam. Ada chalet/bilik yang akan dibahagikan untuk perempuan sahaja, ada untuk laki-laki sahaja. Selain itu menginaplah di mana-mana ruang yang ada secara percuma sehingga petang Ahad.


TENTANG MAKAN MINUM PERCUMA

Niat saya mahu memudahkan dan memberi keselesaan kepada semua yang datang tanpa terlalu membebankan pihak tuan rumah yang mengeluarkan belanja untuk menjayakan acara. Adapun seperti pada mana-mana acara HIKMAH kami berusaha untuk menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang percuma SEMASA HARI ACARA. Untuk ini saya telah meminta pihak tuan rumah untuk menyediakan keperluan makan untuk anggaran 150 kepala pada hari Sabtu iaitu esok ya.

Untuk makan malam, untuk siapa yang datang awal untuk menginap bermula petang Jumaat karang saya meminta disediakan ,makanan percuma untuk 50 kepala. Begitu juga halnya untuk malam esok selepas acara, 50 kepala juga, kecuali kalau tuan rumah tiba-tiba terasa berbesar hati mahu menyediakan lebih. Selain daripada itu saya rasa janganlah terlalu menyusahkan tuan rumah. Masih ada makanan yang boleh dibeli kerana Dusun Nora memang dibuka untuk orang ramai datang. Cuma pada masa-masa tertentu seperti acara ke-19 HIKMAH ini baru diberikan segala macam perkara secara percuma.


TENTANG TAPAK PERNIAGAAN PERCUMA

Seperti biasa pada mana-mana acara HIKMAH juga kami berusaha untuk menyediakan tapak perniagaan percuma. Sesiapa sahaja boleh datang berniaga tanpa memberitahu lebih awal. Cuma dalam kes-kes tertentu seperti pada acara ke-18 dahulu baru kena mendaftar lebih awal dan memberitahu kerana menurut protokol tempat. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Untuk acara ke-19 HIKMAH ini datanglah sesuka hati. Cuma kali ini kami tidak menyediakan meja. Bawa meja/peralatan sendiri, nak bentang tikar pun dialu-alukan.

Merujuk pada peta letak duduk bangunan di atas, secara rata kawasan dibenarkan berniaga adalah di antara asrama dengan surau dan surau dengan chalet atas. Selain daripada itu boleh difikirkan menurut kesesuaian apabila sampai waktu acara. Seterusnya fahamlah adat dan adab apabila bertandang ke tempat orang, Orang berbudi kita berbahasa. HIKMAH sendiri tidak pernah dan tidak akan meminta apa-apa. Yang kami mahukan adalah keharmonian dalam bersilaturrahim sesuai dengan jati diri kita orang Melayu yang mahu mendokong kebangkitan sebenar Islam akhir zaman.

Sekarang biar dikongsikan satu dua update tentang acara yang telah diletakkan di Facebook lebih awal dengan sedikit suntingan...



Nota : Dipaparkan pada 7 Disember 2016 iaitu 9 hari lepas...




UNDANGAN TERBUKA UNTUK KE HIKMAH BUKIT TINGGI 17 DISEMBER


Salam 7 Rabiulawal. Pada ketika ini tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum acara ke-19 HIKMAH berlangsung di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang, pada hari Sabtu 17 Disember 2016 bersamaan 17 Rabiulawal 1438 Hijrah pagi hingga petang. Majlis ini akan menyaksikan sambutan Maulidur Rasul diikuti sesi-sesi pembentangan ilmu. Beberapa tajuk yang pernah dipersembahkan pada acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 November 2012 akan diangkat kembali selain hadirin sama-sama mengulangkaji perjalanan HIKMAH sejak ia diasaskan lebih 4 tahun lalu, Seperti biasa majlis adalah terbuka dan percuma kepada semua.

Tapak-tapak untuk berniaga secara percuma disediakan tanpa perlu mendaftar terlebih dahulu malah hadirin boleh mendapat penginapan percuma untuk bermalam dan berkampung, bermula petang Jumaat 16 Disember hingga tengah hari Ahad 18 Disember di lokasi. Tentang tempat, Google sahaja "Dusun Nora". Anda boleh melihat banyak gambar2 juga peta ke situ. Untuk pengetahuan ia adalah satu kawasan rumah peranginan persendirian yang terdiri daripada beberapa buah chalet dan bangunan. Untuk memudahkan pihak kami mengatur penginapan juga makanan percuma sepanjang masa di sana sila nyatakan kedatangan pada event page di sini.




Nota : Dipaparkan pada 8 Disember 2016 iaitu 8 hari lepas...




ATUR CARA ACARA HIKMAH KE-19 - ULANGKAJI MAULIDUR RASUL DI DUSUN NORA, BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG 17 DISEMBER 2016


Salam malam Jumaat. Sudah disebut bahawa acara HIKMAH kali ini mahu mengulangkaji tajuk-tajuk yang pernah dipersembahkan pada acara pertama HIKMAH di Kompleks Seni Islam @ Yayasan Restu, Shah Alam 4 November 2012 juga membuat sambutan Maulidur Rasul sempena masuknya hari Maulidur Rasul Isnin hadapan. Adapun 11 tajuk telah dipersembahkan pada acara pertama tersebut lebih 4 tahun lalu di mana 9 adalah tajuk pembentangan ilmu, 2 lebih merupakan perkongsian rasa kerana turut mengandungi sajak berkenaan perjuangan Melayu. Hari ini setelah tinggal kurang 9 hari sahaja sebelum acara dijadualkan berlangsung 17 Disember 2016 baru saya dapat berkongsi kepastian bahawa 6 daripada 9 tajuk lama ilmu dapat diulangkaji. Ini boleh dilakukan dengan beberapa tajuk digantikan pembentang. Selain itu satu tajuk perkongsian rasa mungkin dapat diulangi. Cuma kepastian hanya dapat diberikan pada saat-saat akhir nanti.

Dengan ini bolehlah saya mengumumkan atur cara tentatif seperti berikut :-

8-9 pagi : Kedatangan peserta

9- 10 pagi : Sambutan Maulidur Rasul pimpinan kumpulan Haqqani Maulud Ensemble

10 - 11 -:Pembukaan :-

1. Kata-kata aluan dan pengenalan oleh pengasas dan presiden HIKMAH, saudara Radzi Sapiee

2. Kata-kata aluan oleh pemiliki premis, Puan Sri Norani Zolkifli

3. Ucapan perasmian oleh penulis buku politik Pak Habib @ S.H.Alattas

11 pagi - 1 petang : Sesi pembentangan ilmu pertama :-

1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI – ganti dengan seorang lagi aktivis, saudara Hazrin Marjan

2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara – ganti dengan seorang lagi peguam, saudara Taufiq Khalid Sahan

3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail

1 - 2.30 petang : Rehat Zuhur dan makan tengah hari

2.30 - 4.30 petang : Sesi pembentangan ilmu kedua :-

4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah

5. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

6. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu, aktivis seni khat dan seorang saudagar buku

Selain itu saya diberitahu agar bersedia untuk memberikan ruang untuk deklamasi sajak yang bertajuk berikut. Saya akan letak pada mana2 waktu yang patut menurut keadaan...

1. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah

Untuk pengetahuan ia pernah dipersembahkan oleh waris dari Pulau Bentan, YM Raja Syukri pada acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 November 2012, acara kedua di Melaka 25 November 2012 dan acara ketiga di Lumut, Perak 27 Januari 2013. Cuma kali ini beliau terikat dengan komitmen kerja lalu meminta seorang waris dari Melaka, saudara Abu Huzaifah menggantikan tempat beliau. Walaupun Huzaifah belum dapat memberikan kepastian kerana mungkin dipanggil untuk tugasan lain di Melaka pada hari sama beliau memberitahu agar menyediakan ruang jika ternyata beliau ada kesempatan dan kelapangan.

4.30 -5 : Rehat Asar dan minum petang

5 - 5,30 - Sesi perbincangan berkumpulan menurut minat seperti Perkerisan, Persilatan dan Ketamadunan. Tajuk perbincangan adalah "10 Perkara yang Perlu Dilakukan untuk Mengangkat Kembali Sistem Kekhalifahan Islam berdasarkan Manhaj Nubuwah"


Harap maklum dan sebarkan...



No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.