Acara ke-19 HIKMAH merangkap acara penutup kami untuk tahun 2016 ini dibuat dengan tema bertajuk "Ulangkaji Maulidur Rasul". Disebut ulangkaji kerana ia mahu mengulangi atau mengulangkaji seberapa banyak topik atau tajuk pembentangan yang boleh daripada acara pertama HIKMAH lebih 4 tahun lalu. Lihat
Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012. Disebut Maulidur Rasul sekali kerana tarikh acara 17 Disember 2016 itu bersamaan 17 Rabiulawal 1438 Hijriah, 5 hari sahaja selepas sambutan rasmi hari Maulidur Rasul 12 Rabiulawal. Maka itu diadakan sekali satu sesi hadrah sambutan Maulidur Rasul pada awal acara.
Menariknya sambutan Maulidur Rasul ini menonjolkan sekali lagi persembahan mantap daripada kumpulan Haqqani Maulid Ensemble. Mereka selalu membua persembahan di tempat-tempat berprestij tinggi termasuk di Istana Perak. Lebih menarik lagi ini adalah susulan kerana tahun 2016 menyaksikan kita menyambut hari Maulidur Rasul sebanyak 2 kali, satu perkara yang setahu saya cuma boleh berlaku selang setiap 32-33 tahun Gregorian atau menurut kiraan/kalender Barat. Sambutan pertana tahun ini turut diraikan dengan kumpulan Haqqani membuat persembahan, pada acara pembuka HIKMAH tahun 2016 yang juga diadakan pada bulan Rabiulawal. Lihat
Acara keenam belas HIKMAH di University of Life @ rumah S.H.Alattas, Janda Baik 30-31 Jan 2016.
Persediaan untuk acara...
1.
Cadangan 3 acara HIKMAH sebelum tamat tahun 2016
2.
Memberikan tumpuan pada acara ke-19 di Bukit Tinggi
3.
Tentang sambutan Maulidur Rasul, keindahan lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan senarai pembentangan ilmu
4.
Tinjauan sendiri ke lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan sedikit persiapan
5.
Bersedia untuk acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi 17 Disember
6.
HIKMAH Bukit Tinggi - Beberapa persediaan akhir dan tahlil
Apa yang berlaku sepanjang acara...
1.
HIKMAH Bukit Tinggi - Menunggu pembukaan yang terlajak masa...
2.
HIKMAH Bukit Tinggi - Sambutan Maulidur Rasul yang haq
3.
HIKMAH Bukit Tinggi - Antara ilmu keTuhanan, perlembagaan negara dan wasiat raja.
4.
HIKMAH Bukit Tinggi - Sekitar waktu rehat tengah hari
5.
HIKMAH Bukit Tinggi - Antara dinar dirham dan peranan umat Melayu akhir zaman
6.
HIKMAH Bukit Tinggi - Raja Haji, pedang Zulfikar dan faktor Bentan
7.
HIKMAH Bukit Tinggi - Santai petang yang nyaman
Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...
1. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Taufiq Khalid, peguam
2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail
3. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Hazrin Marjan, aktivis dinar dan dirham
4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah
5. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah - R.A. Huzaifah, aktivis budaya dan busana, guru silat, seorang anak cucu keturunan Raja Haji di Melaka
6. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu, aktivis seni khat dan seorang saudagar buku
Refleksi setelah acara tamat
Acara juga boleh diikuti melalui video klip...
Video-video sekitar HIKMAH Bukit Tinggi
No comments:
Post a Comment