Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Wednesday, October 9, 2019

Acara HIKMAH ke-21 - Aceh sebagai tempat masuk Islam terawal sebelum tersebar ke merata pelusuk Alam Melayu

Salam pagi Rabu 10 Safar. Setelah beberapa lama sampailah masa untuk berkongsi tentang bahagian utama acara. Bersambung daripada Acara HIKMAH ke-21 - Dari makam Sultan Malikus Saleh ke Banda Aceh membawa barakah kewalian sultan.


Pagi Selasa 3 September 2019 bersamaan 3 Muharram 1441 Hijriah. Setelah sampai ke Banda Aceh jam 12 malam kemudian menginap di rumah kawan kami, si Fadhlan Amini dekat Ulee Kareng kami bergerak 6-7 km ke Punge Blang Cut untuk sampai ke bangunan rumah ini.



Di sinilah mahu diadakan kemuncak acara ke-21 HIKMAH setelah ia dimulakan di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 285 km ke timur Banda Aceh pada pagi Ahad 1 September 2019 bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah. Rujuk artikel Membuka acara ke-21 HIKMAH di makam Sultan Malikus Saleh setelah 1,400 km mengembara pusing Aceh dan utara Sumatera. Kami sampai pada jam 9.19.


Tempatnya mungkin kelihatan ringkas, seperti tiada apa-apa daripada luar. Tetapi di dalamnya mengandungi khazanah ilmu dan barangan yang pada saya amat hebat. Ini kerana ia merupakan hasil kajian dan koleksi sejumlah anak muda penggiat sejarah yang rajin turun padang menyelamatkan tapak-tapak sejarah juga mengumpul manuskrip, senjata dan wang lama dengan duit poket sendiri tanpa bantuan mana-mana badan kerajaan. Terwujudlah sebuah muzium swasta yang saya lihat memiliki koleksi yang mampu menandingi muzium-muzium kerajaan. Lihat artikel Muzium (Museum of) MAPESA-Pedir, Banda Aceh di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Acara memakai nama tempatan "Majelis Silaturrahim Penggiat Sejarah & Budaya Aceh-Malaysia". Badan NGO pelancongan bernama Majelis Parawisata Aceh (MPA) adalah penganjur utama. HIKMAH dikira sebagai salah satu penganjur utama. Kami melabelkannya sebagai sebahagian daripada acara ke-21 HIKMAH yang bermula sejak 1 Muharram. 

Jam 9.50 pagi setelah cukup ramai hadirin mengambil tempat Ustaz Mujiburrizal yang merupakan seorang personaliti televisyen juga pemegang jawatan duta Muzium Aceh memberikan pengenalan tentang acara dan HIKMAH. Untuk pengetahuan beliau adalah penasihat bagi banyak NGO anak muda dan para penggiat sejarah Aceh. MPA juga berada di bawah pimpinan beliau. Sejumlah penggiat telah bergabung untuk mempromosikan pelancongan yang menepati syariah Islam bukan mengikut hasrat badan kerajaan yang mahu menarik ramai pelancong Barat walaupun ini boleh merosakkan nila-nilai tempatan.


Mujib yang juga adalah seorang penyanyi nasyid, biasa bersama kumpulan Raihan dan Hijjaz membuat persembahan di Malaysia telah mengikut dan hadir pada banyak acara HIKMAH. Dua acara HIKMAH di Aceh sebelum ini juga berjaya dilaksanakan dengan pimpinan dan bantuan beliau. Rujuk artikel-artikel lama berikut :-






Saya sebagai pembentang pertama bersedia di hadapan komputer. Sebagai presiden dan pengasas HIKMAH juga pengkaji sejarah dan penulis buku saya memang selalu diharapkan untuk berkongsi ilmu. Entah kenapa kali ini boleh terlupa hendak menyediakan slaid. Biasanya saya akan menyiapkan satu set slaid bagi suatu tajuk setiap kali akan membentang pada mana-mana acara terutama atas nama HIKMAH. 

Nasib baik tak mati akal. Dengan menggunakan talian Internet secara hotspot masuk ke blogspot utama saya di mana sudah terdapat lebih 1,800 artikel dan berpuluh ribu gambar tentang bermacam perkara terutama dalam bidang sejarah pembentangan dapat dilakukan dengan jelas. Lihat CATATAN SI MERAH SILU.


Hadirin duduk merata, ada yang berdiri di luar untuk mengikuti acara. Kalau tidak kerana Selasa hari bekerja tentu lebih ramai akan bersama.


Sebetulnya kalau ramai sangat datang pun susah kerana ruangan di muzium swasta atau persendirian yang didirikan dengan duit poket sendiri ini terhad. Yang penting semua yang hadir memang peka tentang sejarah lalu bersedia untuk menyampaikan dan memanjangkan kepada yang lain.


Pembentangan saya bermula sekitar jam 10.05. Tajuk yang dibawa adalah "Jejak Aceh di Semenanjung Tanah Melayu". Menggunakan gambar-gambar daripada blogspot juga sumber lain di Internet perkongsian dapat dilakukan dengan lancar. Rata-rata maklumat sudah sedia berada dalam kepala kerana pengalaman bertahun sering ke sana ke mari turun padang melihat tempat-tempat bersejarah. 

Menggunakan peta Google Map dapat ditunjukkan lokasi-lokasi dan hubung kait antara satu sama lain. Ketika inilah berlaku satu macam kalam turunnya ilham tiba-tiba lidah hendak berkata-kata dengan sendirinya menyampaikan kebenaran daripada 'atas sana'. Ia adalah suatu perkara atau hal yang kadangkala berlaku kepada saya demi menjawab persoalan orang...


Adapun sudah diberitahu dalam artikel Membuka acara ke-21 HIKMAH di makam Sultan Malikus Saleh setelah 1,400 km mengembara pusing Aceh dan utara Sumatera bahawa acara dimulakan 1 Muharram selepas beberapa hari berjalan menjejak tempat-tempat bersejarah terutama melibatkan kedatangan awal Islam ke Alam Melayu/Asia Tenggara. Antara yang dijejaki adalah makam-makam para pendakwah Islam yang dipercayai telah sampai ke Barus di pantai barat Sumatera selewatnya pada zaman para Sahabat. Lihat Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Mencari jejak Awalun Islam di Barus ketika Malaysia menyambut Hari Merdeka, Barus telah diisytiharkan oleh Presiden Indonesia iaitu Jokowi sebagai titik nol atau tempat pertama masuknya Islam ke Indonesia. Ini disebabkan ada makam-makam pendakwah dengan tarikh wafat 44 hingga 48 Hijriah. 

Ia pernah menjadi jajahan takluk Kesultanan Aceh, kalau tak salah paling kurang pun seabad. Sekarang ia berada di dalam propinsi (negeri) Sumatera Utara, 50 km ke selatan sempadan moden Aceh. Selepas menziarahi makam-makam pendakwah awal di Barus terpengaruh juga saya dengan pengisytiharan ia sebagai tempat paling awal masuk Islam di Indonesia dan Asia Tenggara. Tetapi apabila menerangkan keistimewaan kedudukan Aceh sebagai pintu masuk Alam Melayu daripada arah Tanah Arab, Parsi dan Benua Hindi berdasarkan kebiasaan laluan kapal terus kelihatan cukup jelas Aceh memang tempat  masuk Islam terawal sebelum tersebar ke merata pelusuk Alam Melayu. Ini kerana laluan perdagangan memang selalunya mengikuti atau tidak terlalu jauh dari garis pantai atas faktor keselamatan selain mudah untuk mendapatkan bekalan air tawar. Oleh itu mustahil mana-mana pedagang atau pendakwah boleh sampai ke Barus yang terletak lebih 700 km ke selatan Banda Aceh tanpa membuat apa-apa persinggahan di Banda Aceh atau persekitarannya.


Jam 10.34 Mujib yang bertindak sebagai pengacara majlis memberikan sedikit ulasan lalu memperkenalkan pembentang kedua. Beliau adalah saudara Masykur Syafruddin, pengarah muzium ini. Tajuk yang dibawa adalah "Nisan, Manuskrip dan Numismatik sebagai Sumber Penulisan Sejarah Aceh ".


Orangnya masih muda, sedang belajar di universiti. Tetapi beliau telah bertahun mengumpul manuskrip-manuskrip lama, juga senjata dan wang lama Aceh.


Masykur sanggup pergi merata dengan biaya sendiri masuk kampung-kampung dan sebagainya untuk mencari manuskrip-manuskrip lama. Seringkali berlaku orang mewarisi manuskrip lama daripada ayah atau datuk mereka tanpa menyedari kepentingannya lalu ia tersimpan dalam gerobok dan sebagainya menunggu masa untuk reput.


Sambil beliau membuat pembentangan saya secara spontan mencari gambar-gambar berkenaan di Internet untuk dipaparkan kepada semua.


Dengan cara itu banyak perkara menarik dapat diliputi sebelum pembentangan selesai jam 11.10.


Masuk sesi soal jawab saya sudah lupa siapakah yang berkata ini dan apa yang diperkatakannya.


Yang ingat pada jam 11.46 ada perkongsian pengalaman daripada Pak Mizi atau Tarmizi Hamid  seorang kolektor manuskrip yang agak terkenal dalam kalangan pengkaji. Saya tahu jam berapa kerana ada maklumatnya bersama setiap gambar yang diambil dengan kamera...


Jam 11.54 budayawan Aceh, Ayah Panton diminta berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang sejarah juga rasa tentang acara.











Perkongsian selesai jam 12.05 lalu sijil-sijil kenangan diberikan kepada para pembentang dan tetamu kehormat juga pihak-pihak yang menjayakan majlis.


Bergambar sebelum makan. Oh. Selepas itu saya ada diwawancara oleh seorang wartawan televisyen on-line. Beliau ada bertanya apakah saya berhajat jika acara diadakan di tempat lebih besar dengan lebih ramai orang. Jawab saya tidak. Ini kerana telah menganjurkan banyak acara HIKMAH dengan setiap satu dihadiri ratusan orang. Paling ramai seingat saya adalah 800 orang. Lihat Acara ketiga HIKMAH di Marina Hall, Lumut 27 Jan 2013.


Di Aceh sendiri kami telah 2 kali menganjurkan acara di muzium-muzium kerajaan. Rujuk kembali artikel Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014 diikuti Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017.


Pada saya acara kali ini sudah cukup selesa. Sebelum diberitahu lokasi tepat pun (rujuk kembali artikel Acara HIKMAH ke-21 - Dari makam Sultan Malikus Saleh ke Banda Aceh membawa barakah kewalian sultan...) saya ada menyimpan hajat agar acara diadakan di muzium kecil ini. Ini kerana baru mendapat tahu kira-kira sebulan sebelum acara tentang kewujudannya. Saya lebih seronok mengadakan acara kecil di tempat yang dianggap tidak seberapa tetapi dalam kalangan orang yang betul-betul cintakan sejarah lagi jujur sanggup berhempas pulas mengeluarkan keringat bagi menjayakan usaha daripada mengadakan acara besar di tempat gah tetapi ramai tidak jujur lagi berkepentingan untuk mengaut laba dan nama.


Acara ini penuh rasa kekeluargaan atas tanggungjawab dan keinsafan untuk mengangkat tinggi ketamadunan Melayu demi perjuangan memartabatkan Islam akhir zaman. Laporan berkenaan boleh dilihat dalam artikel Ulasan dan liputan daripada orang Aceh tentang acara ke-21 HIKMAH yang dipersembahkan hampir sebulan lalu. Isteri saya telah membuat siaran secara langsung ke Facebook (live FB). Ia boleh ditonton melalui pautan-pautan berikut, Untuk makluman ini adalah artikel ke-369 di blogspot HIKMAH...

No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.