Dalam artikel
Bersedia untuk acara ke-21 HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh 1 September 2019 yang dipersembahkan pada 26 September iaitu 2 hari sebelum ke Aceh ada diberitahu bahawa acara akan dibuat secara berpanjangan daripada 1 hingga 3 September. Ini kerana selepas makam Malikus Saleh 1 September acara akan diadakan di Banda Aceh 3 September. Oleh itu tarikh 2 September di tengah-tengah pun termasuk dalam acara walaupun ia lebih berupa perjalanan ke Banda Aceh dengan ada beberapa tempat bersejarah mahu diziarahi.
Jam 12.30 tengah hari, selepas menziarahi beberapa makam berkenaan kami meninggalkan kompleks makam Sultan Malikus Saleh dan kawasan sekitarnya yang merupakan tapak pusat kerajaan Samudera-Pasai untuk menuju ke Banda Aceh kira-kira 285 km perjalanan. Jam 2 dalam kereta tergerak untuk membuat update berikut berserta gambar di Facebook dan WhatsApp
MEMBAWA BARAKAH SULTAN WALI KE BANDAR ACEH DAN LANJUTAN ACARA KE-21 HIKMAH
Selepas menziarahi beberapa makam penting tinggalan kerajaan Samudera-Pasai kami kembali sebentar ke makam pengasas kerajaan, nenda as-Sultan Malikus Saleh. Ini adalah ziarah perpisahan sebelum bergerak ke Banda Aceh. Semoga barakah sultan bertaraf wali ini berpanjangan lalu turut meliputi bahagian kemuncak acara ke-21 HIKMAH yang akan diadakan di Muzium Pedir/MAPESA, Banda Aceh pagi esok iaitu pada hari Selasa 3 September 2019 bersamaan 3 Muharram 1441 Hijriah.
Selepas jam 7, sudah masuk waktu Maghrib, ketika sudah sampai ke daerah Pedir atau Pidie kami menerima poster berserta maklumat berikut melalui WA...
UNDANGAN ACARA
MAJELIS SILATURRAHIM PENGGIAT SEJARAH & BUDAYA ACEH - MALAYSIA
Mengundang Bapak/Ibu/Sdr/Sdri sekalian untuk menghadiri acara tersebut yang Insya Allah dilaksanakan pada:
HARI :
Selasa 3 Muharram 1441 H
PUKUL : 09 -12 WIB
TEMPAT : Sekretariat bersama MAPESA - Pedir Museum,
Jl. Bahagia No : 47 Punge Blang Cut, Kec. Jaya Baru Bandar Aceh Darussalam 23116 ( Dekat Kapal PLTD Apung )
Peta : Mapesa Aceh
Jl. Bahagia, No : 47, Punge Blang Cut, Kec. Jaya Baru, Kota Banda Aceh, Aceh 23116
https://maps.google.com/?cid=15694294745497384376
Di isi dengan :
Diskusi Sejarah & Budaya
Pembicara :
1. Mohd Fahrul Razie Mohammad Sapiee ( Presiden Hikmah Malaysia ) Penulis Buku Berpetualang ke Aceh)
Judul : "Jejak Aceh di Semenanjung Tanah Melayu "
2. Masykur Syafruddin ( Direktur PEDIR Museum ) Judul : " Nisan, Manuskrip dan Numismatik sebagai Sumber Penulisan Sejarah Aceh "
Atas perhatian dan kehadiran Bapak/Ibu/Sdr/Sdri sekalian kami ucapkan terima kasih.
No comments:
Post a Comment