Artikel berikut baru sahaja dipersembahkan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU beberapa minit tadi. Biar salinannya membentuk artikel ke-393 di blogspot ini. Nombor cantik ni, 3 x 131 = 131 x 3.
Salam hari Rabu malam Khamis 13 Safar 1442 Hijriah. Dua minggu lalu iaitu sekitar sambutan Hari Malaysia 16 September saya telah membuat 3 buah artikel bagi menunjukkan kemeriahan sambutan gerakan Melayu bertanjak pada tarikh tersebut. Tiga hari kemudian iaitu pada 19 September tergerak untuk membuat artikel menunjukkan gerakan bertanjak dan pemakaian busana tradisional Melayu sejak mengenalinya lalu terlibat sama tahun 2012. Cuma kekangan masa menyebabkan saya cuma dapat mengumpulkan artikel-artikel berkenaan sehingga tahun 2014 sahaja. Selepas itu baru dibuat untuk tahun 2015 hingga 2017, kemudian 2018 hingga 2020.
Malam ini biar artikel-artikel kompilasi tersebut dikumpulkan untuk capaian mudah. Semoga dapat membantu untuk menunjukkan bagaimana gerakan bertanjak dan berbusana ini bermula di Lembah Klang sekitar sedekad lalu sebelum berkembang untuk meliputi Malaysia malah lebih jauh sebagai tanda kebangkitan kesedaran anak Melayu.
1. Gerakan bertanjak yang kukenal - Daripada 2012 ke 2014
2. Gerakan bertanjak yang kukenal - Daripada 2015 ke 2017
3. Gerakan bertanjak yang kukenal - Daripada 2018 ke 2020
No comments:
Post a Comment