OK. Seperti artikel Pusat lama kerajaan Aceh di Kampung Pande - Selamatkan bukti penting keberadaan awal Islam di Alam Melayu yang dipersembahkan 2 hari lalu artikel ini juga ditulis di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Tetapi ia sebenarnya untuk HIKMAH. Begini ceritanya...
------------------
Salam awal pagi Rabu 16 September bersamaan 28 Muharram 1442 Hijriah. Ketika menulis ayat ini sudah jam 12.51 pagi. Walaupun penat kerana semalam pun tidur cuma 2 jam saya masih belum dapat melelapkan mata kerana kepala aktif memikirkan banyak perkara. Ada yang perlu dilepaskan. Antaranya adalah penulisan berkenaan.
Sekitar sebulan lalu ada pihak memulakan kempen agar seramai mungkin anak Melayu keluar ke tempat umum dengan memakai tanjak pada tarikh 16 September iaitu Hari Malaysia. Ia adalah ulang tahun terciptanya negara Malaysia - Melalui gabungan wilayah Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak pada tarikh tersebut tahun 1963.
Difahamkan pihak sama pertama kali memulakan kempen bagi memanfaatkan tarikh tersebut pada tahun 2019. Dapat dilihat ramai menyambut atau kebetulan bergerak sendiri bagi mengadakan kempen serupa lalu beribu anak Melayu muncul bertanjak di tempat-tempat umum 16 September 2019.
Kali ini kelihatan kempen disambut oleh lebih banyak pihak. Pun begitu saya merasakan ia biasa-biasa sahaja kerana sendiri sudah membiasakan memakai tanjak sejak hampir penghujung tahun 2012 sambil menganjurkan majlis-majlis mengangkat tinggi Melayu dan Islam. Lihat artikel-artikel berikut :-
Saya melihat pihak atau kumpulan yang membuat kempen 16 September itu baru sekadar memakai tanjak hitam tanpa persalinan Melayu lengkap. Sedangkan saya dan kawan-kawan aktivis sezaman sudah lama memakai busana tradisional penuh bertanjak, bersampin siap berkeris dan berpending ke majlis-majlis. Sila rujuk artikel-artikel berkenaan dalam
blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Bahkan kami sudah berpakaian begini sambil mengadakan majlis-majlis di luar negara sejak 6 tahun lalu. Sehingga apa yang dilakukan menjadi ikutan ramai. Sehingga terbit bermacam persatuan di Malaysia dan luar negara menggalakkan pemakaian busana tradisional setelah ahlinya mengikuti majlis-majlis kami. Lihat artikel-artikel berikut sebagai contoh :-
Tetapi saya tidak mengatakan diri sebagai pelopor gerakan. Kerana sudah ada kawan dan kenalan telah lebih awal memasyhurkan.
Cuma rata-rata kawan bergerak melalui wadah budaya dan persilatan, dalam majlis-majlis yang berkaitan. Berpakaian begini lebih mudah diterima dalam lingkungan berkenaan.
Di sinilah baru pihak saya boleh dikatakan mempelopori sesuatu kerana kami menggalakkan pemakaian busana tradisional Melayu dalam majlis-majlis pemikiran serupa seperti terdapat di universiti dan institusi-institusi setaraf. Inilah yang di luar kebiasaan kerana kami harus berhadapan dengan golongan intelek yang sudah terbiasa memakai kemeja, kot dan tali leher. Kami harus berhadapan dengan pihak yang memandang remeh busana tradisional Melayu sebagai pakaian ketinggalan zaman. Cuma dipakai mereka yang kekampungan, tidak memiliki kelulusan tinggi atau tidak termasuk dalam golongan bijak pandai.
Hal inilah berjaya kami lawan setelah beberapa tahun istiqamah meneruskan perjuangan agar pemakaian busana tradisional Melayu kembali diarusperdanakan dalam semua peringkat masyarakat. Sehingga dapat diterima malah disepakati bahawa ia juga pakaian golongan pandai dan berkedudukan. Ini ada ditunjukkan melalui perkembangan artikel demi artikel dalam
blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) yang kini hampir mencapai 400 buah artikel.
Itu baru untuk blogspot khas atas nama berpersatuan. Saya memiliki 3 lagi blogspot yang setiap satu kini memiliki sekitar atau lebih 2,000 artikel. Ia lebih pada memaparkan pengalaman dan pengamatan peribadi dalam pelbagai bidang. Lihat :-
Namun atas kapasiti peribadi juga saya sering keluar ke sana ke mari berbusana tradisional Melayu bersendirian. Sehingga naik pengangkutan awam pun boleh berpakaian begitu tanpa ada kawan atau aktivis lain menopang semangat. Sehingga naik gunung juga menunggang motosikal besar pun tidak canggung berpakaian demikian. Begitu juga halnya ketika melawat tempat-tempat bersejarah seperti Angkor Wat di luar negara walhal ia lambang agama Hindu-Buddha, tiada bersifat keMelayuan. Namun tetap digagahkan memakai tanjak dan persalinan sebagai lambang jati diri dan semboyan perjuangan. Lihat artikel-artikel berikut sebagai contoh :-
Disebabkan sudah biasa memakai tanjak ke mana-mana walau seorang diri tanpa disokong orang saya tidak hairan melihat kempen 16 September. Pada saya teruskanlah berkempen, biar saya memerhati sahaja. Kerana tanpa ada kempen pun saya tetap akan bertanjak ke mana-mana. Alhamdulillah jika lebih ramai berani bertanjak disebabkan kempen. Tetapi saya tidak bercadang untuk bersama. Untuk Hari Malaysia ini saya bercadang untuk duduk rumah sahaja.
Tetapi berlaku sesuatu yang mengubah fikiran. Ini adalah apabila terlihat poster-poster di Facebook menunjukkan jiran kita di Indonesia juga menjalankan kempen sama.
Bukan sekadar satu dua tempat malah banyak tempat...
Lebih mengujakan adalah kerana mereka mahu bersama pada tarikh 16 September sedangkan ia Hari Malaysia, bukan Hari Indonesia. Masyaallah!
Hal inilah membuat saya terpanggil untuk berbicara sehingga menulis artikel ini. Rugi jika peristiwa yang sangat bersejarah ini tidak direkodkan untuk tatapan kemudian dan bagi generasi akan datang.
Perincian boleh dilihat dalam artikel-artikel berikut :-
Tetapi itu pada 4 tahun lalu. Sekarang perkembangan pemakaian tanjak juga busana tradisional Melayu sudah sampai ke tahap tinggi baru. Melihat pada poster melibatkan Indonesia terasa seperti ia adalah semboyan kebangkitan Islam daripada Timur akhir zaman. Semoga ini menjadi kenyataan kerana ramai kawan aktivis terutama dalam dunia persilatan sebenarnya berharap agar dapat bersama berjuang menghapuskan segala bentuk kezaliman lalu bersama mengecap zaman keemasan yang katanya akan dibawa watak Imam Mahdi seperti disebut dalam hadis-hadis Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Cukuplah gerak penulisan. Jom kita keluar bertanjak beramai-ramai siang karang. :]
berdiri bulu roma bila lihat semangat melayu kembali membara. moga usaha tuan dapat memertabatkan lagi bangsa melayu sekali gus megembalikan kegemilangan bangsa melayu ke serata dunia.
ReplyDeleteTahniah saudara Merah Silu. Penulisan dan keberadaan tuan dalam golongan ilmuan memartabatkan perjuangan Melayu, akan tetap dihormati dan menjadi inspirasi bagi golongan muda. Buku tuan menjadi inspirasi kami.
ReplyDeleteAlhamdulillah... :]
ReplyDelete