Salam. Dengan ternukilnya artikel
Acara kelapan HIKMAH di Sungai Buaya, Rawang 8 Feb 2014 semalam selesailah apa-apa yang perlu untuk diperkatakan tentang acara tersebut. Dengan itu penumpuan dapat diberikan pada acara HIKMAH seterusnya, Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari iaitu Sabtu minggu hadapan.
Pada artikel
3 acara HIKMAH akan datang dan Maulidur Rasul yang dibuat sebulan lepas telah dinyatakan atur cara tentatif untuk majlis. Secara rata kami masih menurut atur cara tersebut. Cuma ada beberapa penambahan dan dalam artikel ini kami mahu menunjukkan perkara terkini. Antaranya adalah
banner-banner HIKMAH telah mula diletakkan di tempat-tempat strategik menuju ke lokasi. Oh, lokasi acara telah diubah dari padang Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas masuk ke kawasan utama kompleks iaitu di dewan besar.
Ini adalah
backdrop yang saya sediakan semalam untuk kegunaan pihak penganjur di Pulau Pinang. Ia serupa
backdrop pada acara ke-7 HIKMAH di Hang Tuah Center, cuma teks dan gambar sahaja berubah... kerana teksnya ada sedikit animasi, disediakan kakitangan sana berdasarkan
backdrop asas yang saya buat menggunakan Power Point. Lihat
Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013.
Backdrop beranimasi ini telah digunakan semasa acara ke-8 di Sungai Buaya. Gambar dan teks boleh diubah tanpa mengganggu persembahan animasi yang ada.
Untuk backdrop yang mahu dipancarkan ke pentas hampir sepanjang majlis pagi hingga petang di Pulau Pinang ini saya diminta menyertakan nama Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr Hj Hilmi Yahya sebagai perasmi. Beliau adalah orang sana dan sudah bersetuju untuk menyerikan majlis. Dengan ini biar dikongsikan atur cara tentatif terbaru. Diserlahkan tajuk-tajuk kertas pembentangan...
8.00 pagi
- Pendaftaran.
8.45 pagi
- Bacaan Doa.
- Ucapan aluan oleh Pengerusi Hal Ehwal Pemuda Qaryah Masjid Al-Hidayah.
- Ucapan aluan oleh Presiden HIKMAH
- Ucapan Perasmian oleh YB Dato’ Seri Dr. Hj Hilmi Yahya (Tim.Menteri Kesihatan)
- Jamuan ringan
- Persembahan Qasidah
- Bacaan Ayat suci Al-Quran
10.00 pagi - Pembentangan bermula;
-
Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang
- Persembahan silat 1
-
Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu
- Persembahan silat 2
-
Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu
- Persembahan silat 3
12.45 tgh
- Jamuan makan tengahari
1.35 ptg
- Solat Zohor
2.00 ptg
-
Ancaman terhadap Akidah umat Islam
- Persembahan silat 4
-
Mencari diri dan erti
- Acara memanah
4.00 ptg - Bengkel berkumpulan mengikut minat
5.00 ptg - Solat Asar dan jamuan makan petang
5.30 ptg
- Penutup dan bersurai
Sejujurnya saya belum dapat memberikan tumpuan penuh pada acara kerana satu, masih agak kepenatan berpindah juga menyiapkan rumah sambil mahu mengadakan HIKMAH VIII yang juga merupakan acara perasmian rumah baru. Kemudian saya harus bersedia untuk satu perkongsian ilmu, sembang-sembang santai bertajuk "Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah" di Wisma Sejarah jam 10 pagi 15 Februari iaitu Sabtu ini. Harap apa yang dinukilkan di sini sudah cukup memadai untuk membayangkan aura HIKMAH yang mula membara di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment