Gerak penulisan dan ilham semalam membawa saya untuk membuat update berikut di Facebook...
TAHAP KREDIBILITI PARA PEMBENTANG HIKMAH (KOT2 ADA YANG SANGSI MENGANGGAP KITA CUMA KUMPULAN PICISAN PENGKAJI INDIE SAHAJA...)
Salam hari Jumaat pertama tahun 1438 Hijriah. Tadi tergerak saya untuk mengumpul senarai semua pembentang dan tajuk pada kesemua 17 acara HIKMAH setakat ini. Sekadar untuk memastikan bahawa walaupun acara2 kita adalah terbuka untuk sesiapa sahaja membentang secara sukarela asal ada ruang dan sesuai dengan tema, kami bukan main tangkap muat ambik sesiapa sahaja yang dapat. Walaupun piawai yang ditetapkan mungkin tidak seketat seperti keperluan untuk forum dan seminar di menara2 gading dan institusi2 besar setiap mereka yang membentang sekurang2nya ada cukup pengetahuan dan pengalaman mengenai apa yang diperkatakan.
Dalam kalangan orang yang mengikut HIKMAH sendiri terdapat ramai profesyional berkelulusan tinggi juga mereka yang memiliki kedudukan dalam dunia politik dan korporat malah para jutawan. Oleh kerana konsep perkongsian ilmu kami adalah meliputi aqli dan naqli, kami juga memberikan ruang kepada Sheikh2 tariqat dan sebagainya bercakap tentang hal di luar jangkauan dunia akademik, sesuatu yang tidak ada pada forum dan seminar2 kebiasaan. Selain itu ramai pembentang kami telah menghasilkan buku, antaranya Puan TunSuzana Tun Hj Othman, Ustaz Hasanuddin Yusof dan saya sendiri. Namun kalau perlu memenuhi kriteria akademik yang biasa ditetapkan orang untuk pembentang percayalah, kami ada ramai yang memiliki ijazah baik di peringkat sarjana muda (BA, Bsc dan sebagainya) juga sarjana (Masters). Dan kami tidak kurang mereka yang berkelayakan akademik lebih tinggi. Untuk menunjukkan itu saya telah menyaring senarai mereka yang pernah membentang pada acara2 HIKMAH..
.
SENARAI PEMBENTANG HIKMAH YANG BERKELULUSAN AKADEMIK DR, BERGELAR PROFESOR DAN SEBAGAINYA (DENGAN TAJUK PEMBENTANGAN DAN ACARA MANA)
1. Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza - Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga (HIKMAH 5 di Kuala Terengganu)
2. Profesor Dato' Dr Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) - Sungai Batu sebagai Tapak Tamadun Tertua di Asia Tenggara (HIKMAH 12 di Lembah Bujang)
3. Dr Harleny Abd Arif, pengkaji seni visual, khusus dalam penelitian mihrab dan mimbar masjid, doktor falsafah seni - Masjid Kuno Pengkalan Bujang Kurun ke-9 (HIKMAH 12, Lembah Bujang), Kesatuan dalam Kepelbagaian : Identiti Ragam Hias Gunungan Mimbar Sultan Iskandar Muda (1607-1636) (HIKMAH 15 di Beruas). Telah membentang beberapa kali pada acara-acara HIKMAH sebelum itu, ketika masih membuat PhD)
4. Dr Aminuddin Abdul Karim, seorang pakar ICT (Information Communication Technology) yang minat mengkaji sejarah - Lembah Bama Pusat Tamadun Melayu Silam (HIKMAH 14 di Chenor)
5. Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail, pensyarah kanan Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia - Memahami Tipu Daya Penjajah yang Melemahkan : Merintis Jalan Kebangkitan Ummah (HIKMAH 16, Janda Baik)
6. Dato’ Prof Mahamad Naser Disa, Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia) - Islam Agama Persekutuan : Menangani Cabaran Liberalisma dan anti-Islam (HIKMAH 16, Janda Baik)
7. Dr Mad Akbal bin Abdullah, Felo Kanan IKSIM -Menghidupkan Peranan Raja Zilullah Fil'alam melalui Kuasa Tersirat dalam Perlembagaan (HIKMAH 16, Janda Baik)
Selain itu kita ada ahli2 akademik yang pernah menjadi moderator acara berkumpulan pada penghujung acara HIKMAH. Antaranya adalah :-
1. Profesor Madya Dr Siti Zainon (Busana Tradisional Melayu, HIKMAH 2 di Melaka)
2. Ar Dr Mastor Surat (Ketamadunan dan Kerajaan, HIKMAH 7 di Melaka)
HIKMAH sendiri dinaungi seorang ahli akademik ulung negara iaitu Dato' Dr Othman Yatim. Beliau pernah menjadi profesor di beberapa buah universiti termasuk di luar negara, telah beberapa kali merasmikan acara-acara HIKMAH. Untuk acara ke-18 yang dijadualkan berlangsung di Muzium Negara 15 Oktober ini Othman buat pertama kali disenaraikan membentang. Untuk satu acara HIKMAH yang insyaallah akan diadakan di Istana Bandar, Jugra pula awal tahun hadapan kita akan ada Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Profesor Dr Abdul Muati Ahmad berkongsi ilmu. Beliau telah menyatakan komitmen akan membentang secara sukarela ketika ditemui di Temasya Keris dan Warisan di UPM baru2 ini. Cukuplah ini untuk menunjukkan tahap kredibiliti HIKMAH...
Namun update tersebut dibuat setakat itu sahaja. Sebelum itu saya telah mengumpul kembali senarai pembentang dan tajuk pada setiap acara HIKMAH iaitu 17 majlis setakat ini, dalam tempoh 3 tahun lebih HIKMAH diasaskan 12 Oktober 2012. Bila dah dapat kumpul kesemuanya baru dapat dilihat dengan jelas siapakah pembentang yang bergelar doktor, profesor dan sebagainya. Kelihatan jelas juga beberapa nama yang sebenarnya sudah memiliki kredibiliti tinggi walau tidak memiliki PhD kerana sudah sedia diakui tahap kewibawaan mereka dalam bidang masing-masing.
Di sini biar diletakkan kumpulan senarai pembentang dan tajuk-tajuk itu. Anda boleh telili sendiri setiap nama dan siasat kredibiliti mereka misalnya melalui Google. Diharap gerak perkongsian ini dapat menghilangkan apa-apa kesangsian jika wujud pada sesiapa yang belum betul-betul mengenali HIKMAH. Bagi pihak saya pula ini memudahkan untuk menunjukkan bukti kredibiliti jika diperlukan oleh sesiapa. Ini dia..
HIKMAH 1 - Suai Kenal HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam
4 Nov 2012
1. Mata Wang Syariah dan
Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji
Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam.
Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI
2. Perlembagaan Negara dan
Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad,
peguambela dan peguamcara
3. Tujuh Wasiat Raja-raja
Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail
4. Faktor Sultan kepada
Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi
Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat
Naqsyabandiah
5. Nasib orang Melayu di
Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein
(Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad
ke 19 Masihi)
6. Ragam Hias Gunungan
Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor
falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris
7. “Berpetualang ke Aceh” :
Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan
pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
8. Wasiat Raja Haji Fi
Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri
9. Keris ke arah Penyatuan
Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka
Perkerisan Kuala Lumpur
10. Ikonografi Zulfikar
dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar,
aktivis Yayasan Restu
11. Dari Srivijaya ke Batu
Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan –
Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan
HIKMAH 2 - Wacana Ilmu Memartabatkan
Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu
di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
25 November 2012
1. Mata Wang Syariah dan
Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji
Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam.
Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI
2. Tujuh Wasiat Raja-raja
Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail
3. Faktor Sultan kepada
Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi
Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat
Naqsyabandiah
4. Ragam Hias Gunungan
Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon
doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan
5. Busana tradisional Melayu
sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana
tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan
Melayu
6. “Berpetualang ke Aceh” :
Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan
pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
7. Wasiat Raja Haji Fi
Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri
8. Ancaman Terhadap Situs
Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang
hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa
(Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)
9. Ikonografi Zulfikar dalam
Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis
Yayasan Restu
10. Panji-panji hitam dari
Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan
pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh
HIKMAH 3 - HIKMAH Berselawat :
Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara di
Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013
1. Alter Terahsia Melayu –
Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi
diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles
2. Mata Wang Syariah dan
Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji
Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam.
Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI
3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW
& Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul
Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam
4. Siapakah itu Melayu? –
Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan,
wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan
5. Ahlul Bayt sebagai
Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria
Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan
6. Nasib orang Melayu di
Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein
(Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad
ke 19 Masihi)
7. Wasiat Raja Haji Fi
Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri
8. Sajak Melayu –
Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari
Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu
9. Kebangkitan Panji-panji
Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee,
presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
HIKMAH 4 - Silaturrahim Bumi Serambi
Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013
1. Motif Langkasuka Dalam
Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR
2. Gunungan Mihrab dan
Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny
Abd Arif, calon PhD seni UPSI
3. 'Seni Khat Melayu':
Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd.
Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala
Lumpur dan Selangor
4. Sejarah dan Tempat-tempat
Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja
K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan
5. Sejarah Kelantan Membawa
ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail
Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong
6. Sheikh Ahmad al-Fathoni
dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? -
Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan
7. Apa yang Perlu dilakukan
untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan
Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli
dari As-Saff Madani Islamic City
8. Praktik Dinar dan Dirham
untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan
Murabbitun dan World Islamic Mint
9. Dari Langkasuka ke
Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden
dan pengasas HIKMAH
HIKMAH 5 - HIKMAH Isra’ dan Mi’raj :
Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8
Jun 2013
1. Aplikasi Dinar dan Dirham
sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan
Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham
2. Hubungan Syarif
Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus
Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan
waris Tok Pulau Manis dari Kelantan
3. Antara Muhammad
al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna
hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH
4. Dinar dan Dirham dan
Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn
Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint
5. Tasawuf, Tamadun Melayu
dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh
tariqat Naqsyabandiah-Haqqani
6. TokKu Paloh dari aspek
Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa
(Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)
7. Tradisi Gemilang: Seni
Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa
Melayu
8. Jejak dan Legasi Tok Ku
Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza
9. Batu Bersurat Terengganu,
Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah,
Muzium Negeri Terengganu
HIKMAH 6 - HIKMAH Merdeka Raya di
Galeri Shah Alam 7 September 2013
1. Hasil kerja seni sebagai
Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis
seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor
2. Mengenali dan Menjejaki
Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman,
penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia
3. Tujuh Wasiat Raja-raja
Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media
bebas
4. Pernyataan HIKMAH Melaka
sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan
pengasas HIKMAH
HIKMAH 7 - Festival Ketamadunan Dan
Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara di Hang Tuah Center, Kampung Duyong,
Melaka 30 November 2013
1. Zuriat Nabi SAW dan Islam
di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis
buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI
((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)
2. Fiqh al Adat Muhakkamah
dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani
Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan
HIKMAH 8 - Rumahku Syurgaku di
Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014
1. Tradisi Gemilang: Seni
Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni
rupa Melayu
2. Ruang Mihrab Rumah
Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh
Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan
Sultan Idris)
HIKMAH 9 - Mutiara HIKMAH di Bayan
Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014
1. Penempatan awal Melayu di
Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban
2. Wang Fiat dan keruntuhan
ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM
Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan
“Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI
3. Tujuh Wasiat Raja-raja
Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas
4. Mencari Jati Diri Melayu
Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH,
penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
5. Ancaman terhadap Akidah
Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah
Naqshband Az-Zainiyyah
HIKMAH 10 - HIKMAH Aceh : Kembali ke
Makam Nenda di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014
1. Pengenalan HIKMAH –
Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang
ke Aceh”
2. Sahibul Hikayat Bustanus
Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)
3. Pelestarian Situs Sejarah
dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan
Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja
bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.
HIKMAH 11 – HIKMAH Pagoh : Hol
Almarhum Sultan Alauddin, Wali Allah yang Terpilih di masjid dan makam Sultan
Alauddin Riayat Shah (Melaka), Pagoh, Muar 8 Nov 2014 Pagoh, Muar 8 Nov 2014
1. Sultan Alauddin
Riayat Syah - Wali Allah yang Terpilih - Hasan Yusof, penulis buku
"Sultan-sultan Soleh di Nusantara"
2. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Radzi
Sapiee, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"
3. Kehilangan dinar Melaka - Usaha Meminggirkan Kuasa Ekonomi
Sebenar Melayu? - Raja Kamarazaman, pencari dan pengumpul matawang
lama dan Norbaini Hassan, perunding dinar dan dirham
4. Malim Dewa dan Dinasti
al-Kamil - Sambungan Aceh ke Muar - Radzi Sapiee, penulis trilogi
novel "Berpetualang ke Aceh"
5. Raja Temenggung Muar :
Satu kaitan Aceh, Melaka lama dan beberapa kesultanan sekarang -
TunSuzana Tun Hj Othman, penulis buku "Ahlul Bait dan Raja-raja
Melayu"
6. Sistem Pentadbiran Islam
Moden di bawah Pemerintahan Raja-Raja Melayu - Pelita Di Dalam Kaca,
penulis novel Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafur
HIKMAH
12 – HIKMAH Lembah Bujang : Jejak Tamadun Merong di Pondok A.M. Bawa
Muhaiyaddeen dan tapak arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah 17-18 Jan
2015
1. Sungai Batu sebagai Tapak
Tamadun Tertua di Asia Tenggara - Profesor Dato' Dr Mokhtar Saidin,
Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia
(USM)
2. Masjid Kuno Pengkalan
Bujang Kurun ke-9 – Dr Harleny Abd Arif, pengkaji seni visual, khusus
dalam penelitian mihrab dan mimbar masjid
3. Tarikan Mistik Gunung Jerai dan Sekitarnya - Tuan Che Ross/
Idrus, pemilik rumah tempat acara merangkap wakil Pusaka Gayong Lembah Bujang
juga Gurun
4. Hindu dan Buddha berasal daripada agama Islam - Tuan Hasan
Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka, penulis buku
"Sultan-sultan Soleh di Nusantara"
5. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Radzi
Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis trilogi novel "Berpetualang
ke Aceh"
HIKMAH
13 – HIKMAH Seri Menanti : Membuka Laluan Lama di Ladang Alam Warisan, Seri
Menanti, Negeri Sembilan 4 April 2015
1. Dinar Dirham vs Wang
Kertas dan Penipuan Perbankan - Norbaini Hassan, jururunding kewangan
Islam, aktivis dinar dan dirham
2. Ikonografi Zulfikar di Alam Melayu : Kibaran Panji-panji Perjuangan
Melayu Islam – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni ukir dan khat
3. Tipu Daya Dajjal dan Illuminati untuk Menakluki Dunia -
Mohd Khalid Yahya @ Muhammad Nurani Maarif, penulis buku “Membongkar
Misteri Dajjal”, pengerusi AKAR (Akademi Kajian Rumpun Nusantara)
4. Teknologi Melayu lama : Bukti Bangsa yang Berkebolehan -
Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka
5. Negeri Sembilan sepintas lalu : Dari Melaka ke Seri Menanti -
oleh Aziz Hj Mohd Gorip, Kurator, Lembaga Muzium Negeri Sembilan
6. Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama - Radzi Sapiee,
pengasas dan presiden HIKMAH, penulis siri buku “Berpetualang ke Aceh”
HIKMAH
14 – HIKMAH Chenor : Aliran Sungai Pahang di Masjid Warisan Kampung Chenor,
Maran, Pahang 9 Mei 2015
1. Lembah Bama
Pusat Tamadun Melayu Silam - Dr Aminuddin Abdul Karim, seorang pakar ICT
(Information Communication Technology) yang minat mengkaji sejarah
2. Amalan
Pejuang Pahang : Antara Silat dan Tasawuf – Pendita Azlan Ghanie, Presiden
Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA) dan pengasas Silat Lok 9
3. Dinar,
Dirham dan Pertanian Fitrah - Kapten (B) Haji Awaluddin, pesara Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Ahmad Afifi Sulaiman, aktivis dan pengamal
dinar dan dirham
4. Gendang
Pahang : Semangat dan Gerak - Rahmad b. Zainal Abidin, lebih dikenali
sebagai Aki Uda daripada Kumpulan Kesenian Unggul Tori, Jerantut, Pahang
5. Mengenal
Allah Melalui Agama Purba - Cikgu Kamaluddin Endol, juga dikenali sebagai
Pelita di Dalam Kaca, bekas pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis yang telah menulis beberapa buah buku
HIKMAH
15 - HIKMAH Beruas : Jejak Batu Bersurat di dewan orang ramai Kampung Banjar,
Beruas 8-9 Ogos 2015
1. Dinar Dirham vs Wang Kertas
dan Penipuan Perbankan – Amirul Haji Mohamad, jururunding kewangan
Islam, aktivis dinar dan dirham
2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu -
Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail kini wartawan bebas
3. Busana Melayu : Antara
Tradisional dan Klasik - Johan Iskandar, pengkaji dan aktivis busana,
pengasas Komuniti Keris Warisan
4. Teori Membangun Umat
Cemerlang. : Rahsia Pemakanan para Rasul dan Kesan Amalan Harian Mereka
daripada Sudut Sains - Idris Zainal Abidin, pengkaji sejarah dan
pengusaha makanan sunnah.
5. Ikonografi Zulfikar di Alam
Melayu : Kibaran Panji-panji Perjuangan Melayu Islam – Mohd. Zahamri
Nizar, aktivis seni ukir dan khat
6. Kesatuan dalam Kepelbagaian :
Identiti Ragam Hias Gunungan Mimbar Sultan Iskandar Muda (1607-1636) –
Dr Harleny Abd Arif, doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan
Idris
7.
Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah - Radzi
Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis siri buku "Berpetualang ke
Aceh"
8. Beruas sebagai satu tapak
kebangkitan akhir zaman – Zuhriah Dato’ Shahruddin, motivator/trainer,
seorang anak Beruas
HIKMAH 16 - HIKMAH Janda Baik :
Menangani Cabaran Akhir Zaman di University of Life @ rumah S.H. Alattas di Janda
Baik 30-31 Jan 2016
1. Ahlul Bait keluarga Nabi
sebagai Saranan Keselamatan Ummah – Tun Suzana Othman, pengasas dan
pengerusi Kemudi (Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) juga penulis buku
Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu
2. Memahami Tipu Daya
Penjajah yang Melemahkan : Merintis Jalan Kebangkitan Ummah – Prof
Madya Mat Rofa Ismail, pensyarah kanan Jabatan Matematik, Fakulti Sains,
Universiti Putra Malaysia.
3. Dinar Dirham dan
lain-lain Instrumen Sejati Ekonomi Islam : Membuang debu Riba’ yang Menghalang
Kebangkitan Sebenar Ummah - Amirul Haji Mohamad, aktivis dan konsultan
kewangan Islam.
4. 'Dikaburkan' atau
'Mengaburkan': Pembinaan Korpus Sejarah Teknologi Senjata Api Melayu –
Tuan Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
5. Survival Umat Melayu
Akhir Zaman : Sudahkah Kita Bersedia? – Tuan Mohd. Ramalan Yunus,
penceramah bebas
6. Alam Terkembang Jadikan
Guru : Mengambil Pelajaran Daripada Persekitaran - Syed Hussien
Alattas @ Pak Habib, penulis buku politik terkenal dan pemilik University of
Life, Janda Baik.
7. Semua Agama Asalnya Islam
- Menerangkan Kesinambungan yang Hilang – Tuan Kamaluddin Endol (FB
Pelita Di Dalam Kaca), mantan pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan,
penulis buku “Hinduisme Agama Tauhid Terawal?”
8. Islam Agama Persekutuan :
Menangani Cabaran Liberalisma dan anti-Islam – Dato’ Prof Mahamad
Naser Disa, Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM
9. Menghidupkan Peranan Raja
Zilullah Fil'alam melalui Kuasa Tersirat dalam Perlembagaan – Dr Mad
Akbal bin Abdullah, Felo Kanan IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia)
HIKMAH
17 – HIKMAH Seremban : Gerak Pencinta Tamadun di Maktab Penyelidikan Tamadun
Islam Nusantara, Seremban 17 Sept 2016
1. Dalil-dalil Bertanjak
dalam Islam, Sanad Serban dan Imamah serta beberapa Hal tentang Melayu dan
Islam dalam Kitab – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH,
penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”.
2. Ulamak dan Persilatan
dalam Sejarah Alam Melayu - Tun Suzana Othman, pengasas dan pengerusi
Kemudi (Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) juga penulis buku “Ahlul Bait
dan Raja-raja Melayu”
3. Dinar dan Dirham :
Perkembangan Terbaru dalam keadaan Malaysia Tersepit antara Pengaruh Blok
Amerika dengan Pengaruh blok China - Norbaini Hassan, jururunding
kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham
4. Red Indian telah
DiIslamkan lebih 1,000 Tahun Lalu : Jejak Lama Pendakwah Islam juga Orang
Melayu di Amerika – Ustaz Hasanuddin Yusof, pengasas Maktab
Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, penulis buku “Sultan-Sultan Soleh Di
Nusantara”
5. Nabi Adam AS dan Orang Melayu purba 60,000 Tahun yang Lampau :
Menyeleraskan Tempoh Kewujudan Manusia Dalam Sains Berbanding Kitab -
Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang
ke Aceh”
No comments:
Post a Comment