Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Tuesday, October 18, 2016

Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini

Kurang seminggu lepas saya telah membuat artikel bertajuk Acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara kembali pada tarikh cadangan asal 22 Oktober lalu menyebut begini pada perenggan pertama...


Salam semua. Hasratnya ingin bercerita panjang lebar tentang apa yang berlaku pagi tadi di Muzium Negara. Tapi tak sempat kerana sebentar lagi saya harus mengejar penerbangan ke Kelantan. Di sini biar diletakkan gambar-gambar dengan tujuan mahu menunjukkan keadaan ruang yang boleh digunakan di muzium setelah dibuat satu tinjauan. Biar dicopy paste updates berkenaan yang telah diletakkan di Facebook tadi sebagai ganti cerita. Ada masa dan ruang nanti saya selitkan lagi butiran...


Yang dimaksudkan adalah pagi itu ada mesyuarat bersama Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia tentang penganjuran acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara. Ada beberapa perkara baik yang tidak disangka timbul daripada mesyuarat itu tapi tidak sempat dikongsikan kerana harus bergerak ke Kelantan. Sekembalinya dari sana Khamis malam Jumaat hingga beberapa hari kemudian pula saya terasa begitu penat untuk menyambung cerita atau menyelitkan apa-apa butiran tambahan. Hari ini, disebabkan apa yang berlaku siang tadi saya rasa hasil mesyuarat Isnin lalu bolehlah diceritakan di samping hasil mesyuarat terbaru iaitu pada petang tadi.

Tengah hari Isnin 17 Oktober 2016 saya dan sahabat HIKMAH, Tengku Ahmad Ridhaudin pergi ke Muzium Negara untuk bermesyuarat lagi. Seperti saya dia juga telah pergi ke Kelantan, pergi ke tempat sama untuk menadah sedikit ilmu. Cuma beliau yang turut bersama pada mesyuarat Isnin lalu sampai sehari lewat daripada saya. Cerita tentang dua hari pertama saya di Kelantan, perjalanan saya yang kedua untuk menuntut ilmu di sekolah pondok sana dalam tempoh satu setengah bulan sudah dikongsikan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Lihat artikel-artikel berikut :-





Lihat juga cerita-cerita yang telah dikumpulkan melalui artikel Beruzlah ke Pantai Timur - Memantapkan Tauhid dan Syahadah? Ia adalah untuk perjalanan pertama 30 Ogos-5 Sept ke tempat yang sama, bagi tujuan yang sama. Perjalanan kedua 10-13 Okt dibuat untuk menambah lagi ilmu. Insyaallah ada yang akan dikongsikan pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara nanti. 



Salah satu hasil tak disangka mesyuarat Isnin lepas adalah pertukaran tarikh acara kembali kepada tarikh terdahulu. Lihat sedikit penerangan yang telah dikongsikan dalam artikel Acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara kembali pada tarikh cadangan asal 22 Oktober. Beberapa hari sebelum itu kami dimaklumkan supaya melaksanakan acara seminggu lebih awal. Sebab musababnya telah diceritakan panjang lebar dalam artikel Perkembangan mendadak HIKMAH ke-18 di Muzium Negara - Acara dipercepatkan ke 15 Oktober




Kalau rancangan itu diteruskan tentu kami akan penat teruk dan tergopoh-gapah kerana harus menjayakan acara sebaik sahaja kembali dari Kelantan. Kawan-kawan yang sama hendak ke sana rata-rata sudah membeli tiket kapal terbang sejak 2-3 minggu lebih awal  Bukan boleh main tukar-tukar tarikh pergi dan balik  sesuka hati apa lagi kami ke Kelantan itu juga hendak mengejar fadhilat menuntut ilmu pada Hari Asyura 10 Muharram dan tarikh-tarikh berdekatan. Apapun, sebaik sahaja menerima berita supaya acara dipercepatkan iaitu pada hari Jumaat 7 Okt saya terus memberitahu kawan-kawan HIKMAH dan penyokong melalui Facebook. 



Tidak lama kemudian saya dapati 2-3 orang pembentang terpaksa menarik diri kerana ada komitmen lain pada 15 Okt. Mereka cuma sedia memberikan waktu untuk HIKMAH pada 22 Okt. Ada pula kawan dari Aceh telah membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur 20 Okt agar dapat bersama pada tarikh cadangan asal. Hal ini menyebabkan saya mengajak Tengku Ahmad supaya mengadakan mesyuarat dengan KP muzium hari Isnin lalu demi mendapatkan pertukaran kembali tarikh ke 22 Okt... 




Namun dalam tempoh sehari dua hari selepas itu saya juga isteri mendapati ada eloknya juga kami menurut sahaja cadangan muzium agar acara diadakan pada 15 Okt. Walaupun masa begitu singkat dan kami akan amat penat lagi tergopoh-gapah kami masih mampu mengatur perkara dengan cara membuat apa-apa pertukaran yang perlu (reshuffle itinerary) berdasarkan pengalaman sudah menjayakan 17 acara sebelum ini. Untuk pengetahuan kami pernah melaksanakan acara dalam tempoh 3 minggu sahaja terbit ilham untuk melakukannya. Lihat Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012. Kami juga pernah melaksanakan 2 acara berturutan dalam tempoh 2 minggu antara satu sama lain. Lihat  Acara kelapan HIKMAH di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang 8 Feb 2014 diikuti Acara kesembilan HIKMAH di Dewan Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Feb 2014.

Apapun alang-alang dah berjanji datang ke muzium Isnin lepas saya dan Tengku Ahmad pun bertemu di sana. Mesyuarat pula diteruskan dengan KP setelah diberitahu oleh pegawai penyelaras bahawa kami harus membuat permohonan lain bagi menggunakan dataran atas auditorium untuk tapak pameran dan perniagaan juga demonstrasi silat. Menurut faham pihak muzium kertas kerja yang kami kemukakan sebelum itu cuma meminta penggunaan auditorium. Kalau nak pakai dataran kena buat kertas kerja baru/tambahan... kecualilah KP sendiri menyatakan kebenaran walau secara lisan.




Biar diterangkan lagi bahawa tujuan asal artikel Acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara kembali pada tarikh cadangan asal 22 Oktober dibuat seminggu lalu adalah untuk menunjukkan penggunaan ruang terutama di kawasan dataran. Ini adalah supaya kawan-kawan HIKMAH   terutama mereka yang mahu membuat persembahan silat dapat menjangkakan cara terbaik bagi memanfaatkan ruang. Gambar-gambar dalam artikel ini pula menunjukkan keadaan muzium terutama di dataran pada siang tadi. Kenapa pula ada pameran songket Asean? Apa kena mengena dengan HIKMAH?




Di sinilah terletak suatu macam keajaiban takdir, qada' dan qadar' Allah. Adapun sekitar sebulan lalu, saya terserempak dengan Tengku Ahmad dalam satu majlis lalu beliau berkeras agar acara HIKMAH selepas Seremban (merujuk pada Acara ketujuh belas HIKMAH di Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, Seremban 17 Sept 2016) diadakan di Muzium Negara sekitar pertengahan hingga penghujung Oktober. Beliau mahu kami mengambil 'berkat' atas satu tempoh pameran tekstil yang beliau dapat tahu akan diadakan sekitar waktu tersebut. Cuma beliau belum jelas bilakah tarikh tepat dan apakah aspek tekstil yang mahu dipamerkan...




Saya pula sebenarnya telah sebulan lebih awal terfikir mahu mengadakan acara di Muzium Negara. Cuma kemudian bertukar fikiran lalu mahu mengadakannya di sebuah kompleks yayasan di Bukit Jalil. Lihat artikel Cadangan 3 acara HIKMAH sebelum tamat tahun 2016. Apabila Tengku Ahmad menyatakan komitmen akan berusaha bersungguh-sungguh menjayakan acara jika saya bersetuju untuk kembali ke Muzium Negara kami pun mula berurusan dengan jabatan muzium. Maka dapatlah tarikh cadangan asal 22 Okt sebelum diminta secara mengejut untuk bertukar ke 15 Okt... 



Sudah disebut bahawa saya kemudian mulai redha dengan tarikh 15 Okt, begitu juga Tengku Ahmad. Kami cuma meneruskan mesyuarat dengan Ketua Pengarah Isnin lepas demi mendapatkan persetujuan untuk menggunakan dataran atas auditorium bagi kawan-kawan membuat pameran dan berniaga selain membuat persembahan silat. Kami turut mengajak persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Selangor untuk menghantar wakil menyertai mesyuarat. Tengok-tengok, Ketua Pengarah iaitu En. Kamarul Bahrin pun sendiri tidak dapat bersama pada 15 Okt kerana sudah ada komitmen lain pada waktu itu.



En Kamarul menyatakan sangat ingin bersama dalam majlis setelah mengetahui sedikit sebanyak apa yang telah kami lakukan melalui HIKMAH sehingga dapat mengadakan 17 acara di merata Semenanjung membawa ke Aceh dalam tempoh kurang 4 tahun. Apabila diberitahu balik bahawa tarikh cadangan asal adalah 22 Okt, cuma kami disuruh bertukar ke 15 Okt kerana ada pihak lain dijadualkan menggunakan auditorium pada waktu tersebut beliau pun memanggil pegawai yang menjaga penggunaan auditorium lalu memintanya mengatur semula jadual. Untuk makluman beberapa orang pegawai dipanggil masuk menyertai mesyuarat. Dipendekkan cerita dapatlah kembali tarikh cadangan asal 22 Okt. Tidaklah lagi saya dan Tengku Ahmad merasa begitu terkejar-kejar akibat sudah memberikan komitmen mahu menuntut ilmu di sekolah pondok di Kelantan sekitar 10 Muharram. 



Bukan itu sahaja berita baik yang diterima. Tanpa dipinta En. Kamarul menawarkan sekali penajaan muzium untuk sarapan, makan tengah hari dan minum petang bagi 200 orang perserta HIKMAH. Kebetulan pihak muzium juga akan mengadakan pameran songket Asean dalam waktu terdekat. Beliau juga bertanya apakah perkara yang kami boleh bawa masuk untuk mencantikkan lagi penganjuran pameran apa lagi Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah ibni almarhum Sultan Iskandar (Johor) dijadualkan merasmikannya pada hari Selasa 18 Okt.



Sebelum itu saya cuma tahu mereka akan mengadakan seminar berkaitan pada hari Rabu 19 Okt. Itu yang diletakkan dan diberitahu pada pertengahan artikel Perkembangan mendadak HIKMAH ke-18 di Muzium Negara - Acara dipercepatkan ke 15 Oktober. Ini kerana pihak muzium telah meminta saya agar mengajak kawan-kawan HIKMAH datang berbusana penuh memeriahkan seminar. Apabila En. Kamarul bertanya bagaimana kami boleh menyumbang untuk mencantikkan majlis perasmian oleh Tengku Puan Pahang jawaban mudah yang terbit daripada mulut saya - kami ada ramai kawan yang boleh membuat persembahan silat lalu menunjuk pada wakil DSSM Selangor yang hadir pada mesyuarat. Terus beliau menerima cadangan lalu meminta wakil untuk mengatur satu persembahan sambutan...





Mengingatkan bahawa ramai kawan-kawan silat kami adalah golongan berpendapatan rendah saya pun memberitahu lebih kurang begini : "Tuan, kalau untuk acara HIKMAH memang kami tidak meminta apa-apa bayaran atau mengenakan apa-apa bayaran baik untuk peserta, mahupun pembentang, baik peniaga malah sesiapa sahaja kerana kami adalah gerakan perkongsian ilmu secara sukarelawan. Tapi kalau untuk persembahan silat seperti yang tuan pinta untuk pameran harap tuan dapatlah memberikan sedikit bayaran kerana ia pun acara terus di bawah muzium dan jabatan harus memilik bajet untuk ini". En, Kamarul tiada masalah dengan ini. Malah ditanyanya pula apa lagi HIKMAH atau kawan-kawan kami, dalam jaringan NGO-NGO yang kami kenali, para aktivis budaya, persilatan dan kedaulatan Melayu dapat menyumbang untuk mencantikkan majlis...



Kebetulan ada seorang kawan dirasakan sesuai untuk diketengahkan kerana sudah biasa mengatur persembahan demi persembahan melibatkan busana dalam pelbagai majlis besar. Antaranya adalah Akademi Silat Pendekar Muda yang ditayangkan di TV AlHijrah selama beberapa bulan sebelum masuk bulan Ramadhan lepas. Lihat artikel Membawa Daulah Melayu dan HIKMAH ke Akademi Silat. Kiranya beliau ini kawan HIKMAHlah juga walaupun lebih aktif bergerak dalam persatuan lain. Kebetulan kawan bernama Nur Afifi ini, seorang pensyarah dalam bidang berkaitan di UiTM Shah Alam juga tersenarai sebagai salah seorang pembentang pada HIKMAH Muzium Negara. Saya pun mencadangkan agar muzium berbincang dengan beliau untuk mencantikkan acara. Tengku Ahmad menyokong cadangan.



Kebetulan seorang pegawai yang turut sama dalam mesyuarat mengenali Afifi lalu mengakui kebolehannya dalam bidang busana dan segala yang berkaitan. Ketua Pengarah pun bersetuju untuk membawa masuk beliau bagi mengatur perkara. Maka berlakulah beberapa hal menarik di Muzium Negara siang Isnin tadi. Itulah yang ditunjukkan dalam gambar-gambar sebelum ini... 

Sambil pihak muzium bersiap sedia untuk menjayakan pameran songket 16 Oktober hingga 31 Disember sambil itu juga persiapan dibuat untuk menyambut kedatangan Tengku Puan Pahang bagi majlis perasmian siang Selasa 18 Okt iaitu beberapa jam sahaja lagi daripada sekarang! Afifi pula membawa masuk beberapa orang kawan aktivis, kawan-kawan HIKMAH juga walaupun ramai memiliki persatuan sendiri untuk bersama membuat persembahan tertentu. Itu yang  diadakan beberapa kali rehearsal tadi. Turut diadakan adalah rehearsal silat untuk menyambut tetamu diraja oleh pesilat di bawah DSSM Selangor. Alhamdulillah. Mereka juga mendapat ruang atas cadangan kami.



Sambil rehearsal dan taklimat berkaitan berjalan satu mesyuarat untuk finetune atau memperhalusi lagi cara penganjuran acara ke-18 HIKMAH turut diadakan di muzium tadi. Hadir atas nama HIKMAH adalah saya dan Tengku Ahmad (walaupun beliau turut menyebut mewakili satu persatuan lain) juga dua orang wakil dari DSSM Selangor. Diingatkan dalam mesyuarat bagaimana muzium harus menjaga standard atau piawaian yang tinggi juga protokol tertentu. Lalu segala yang mahu dibuat eloklah dinyatakan dengan jelas, dalam batas-batas yang sesuai demi menjaga nama baik Muzium Negara sebagai satu institusi berwibawa peringkat nasional yang berprestij tinggi. 



Semasa mesyuarat berlangsung itulah baru saya dapat menetapkan atur cara final atau terakhir yang boleh digunapakai atau diwar-warkan secara rasmi. Ini dapat dilakukan setelah beberapa hari mengalami ketidakpastian akibatan gangguan yang ditimbulkan oleh pertukaran tarikh daripada 22 Okt menjadi 15 Okt kemudian menjadi 22 Okt balik. Sebentar tadi seorang sahabat HIKMAH baru menyiapkan satu poster berkenaan acara untuk diwar-warkan oleh pihak saya. Muzium pula akan membuat poster sendiri di mana acara ke-18 HIKMAH ini mereka war-warkan sebagai Wacana Busana Lambang Ketamadunan Melayu iaitu mengambil sempena tema majlis yang telah kami tetapkan sejak mula. 



Sekian perkongsian saya kali ini. Sekarang saya harus berehat, jam 10 pagi harus berada di muzium bersama isteri lagi, kali ini untuk menyambut kedatangan Tengku Puan Pahang lebih kurang jam 2.30 petang....


No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.