Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Wednesday, January 9, 2013

Bangsa dan raja Melayu sebagai peneraju kebangkitan Islam akhir zaman




Alhamdulillah. Selepas Zuhur tadi saya baru menerima isi bertaip atau teks salah satu pembentangan yang pernah dibuat pada HIKMAH I juga HIKMAH II. Isi bertaip (pembentangan dibuat secara terus dan spontan tanpa teks) ini adalah antara beberapa kertas kerja yang mahu dimuatkan ke dalam buku yang insyaallah akan diterbitkan oleh kerajaan negeri Melaka. Namun disebabkan isinya terasa sangat relevan dengan keadaan dan detik perkembangan semasa sekarang saya rasa elok dikongsikan di blogspot secepat mungkin agar dapat dibaca semua.




Faktor Sultan Kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu tentang peranan dan kekuatan Melayu di akhir zaman.


Oleh : Shaykh Sidi Mohamed Zaid Dor Alfi-Sani As-Sinny An-Naqshabandi.


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillahhirabbil Alamin Warabbil Arshil 'Azim. Bismillahirahmanirahim. La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah.Alla humma salli ala     Muhammad wa ala ahlihi wa sahbihi wa salim. Ya ayyuhal mu'minun na hadirul ittakullah.

Melayu adalah satu bangsa yang menduduki kepulauan jauh ke Timur. Bangsa atau rumpun Melayu adalah dari Cambodia, Vietnam, Laos dan sebahagian dari Burma, Selatan Thailand, Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan  Borneo, Filipina, Kepulauan Indonesia, Papua New Guinea, dan Utara Australia. Melayu adalah bangsa yang banyak puaknya. Setiap puak ini ada bahasa mereka tersendiri. Tetapi bila bertemu suatu puak dengan yang lain, pertuturan mereka kebanyakkan menerusi bahasa baku. Jika kita bukukan Bahasa Melayu dengan menghimpunkannya baik dari puak seperti Jawa, Banjar, Bengkulu  dan lain-lain, nyata, Bahasa Melayu ini suatu bahasa yang amat kaya. Tetapi sampai ke hari ini belum ada lagi orang persendirian yang melangkah ke hadapan untuk mengumpulkan istilah-istilah bahasa Melayu. Dan kebanyakkan istilah kini kita terpaksa pinjam dari bahasa luar. Padahal Bahasa Melayu ini terlalu banyak dan kaya dengan istilah-istilahnya. 

Alhamdulillah, Allah Ta'ala telah memuliakan bangsa Melayu dengan meletakkan atau memberi hormat dengan suatu jawatan tertinggi yakni Penghulu Wazir buat Sultan Sahibul Zaman Imamul Mahdi a.s.. Jadi pangkat wazir Melayu atau Penghulu Wazir yang berbangsa Melayu ini adalah Burhanu Kuramah Ghawthu-L Anam. Penghulu Wazir ini adalah seorang bangsa Melayu yang berbahasa Melayu. Bahasa Melayu ini halus bahasanya sebab berdasarkan rangkaian bahasa-bahasa lama.


BURHANUL KURAMA GHAWTHU-L ANAM 

Jadi diletakkan oleh Allah s.w.t seorang penghulu kepada segala wazir yang berbangsa Melayu, yang tidak disebut namanya tetapi disebut pangkatnya, Burhanul Kurama Ghawthu-L Anam. Burhanul Kurama maksudnya karamah yang indah. Seperti sebuah kisah seorang Abdal di Syria. Ia telah ditangkap oleh kerajaan dan dibuang negeri, dihantar duduk ke Lebanon. Sebaik sahaja beliau dipindahkan ke Lebanon, maka kurang Abdal di Syria menjadi 39 orang. Maka dengan tiba-tibanya Syria tidak menerima hujan dari sebulan ke sebulan hingga ke setahun. Maka pemerintah ini dapat menyaksikan Karamah Burhan Abdal tersebut,lalu dikembalikan Abdal tadi kepada asalnya, kepada kedudukannya di Syria. Sebaik sahaja beliau kembali ke Syria, hujan pun turun membasahi bumi Syria. 

Karamah yang burhan ini maksudnya  karamah yang indah. Kalau ia berada di suatu tempat itu, murah rezeki semua orang kerana dengannya. Kalau ia masuk kedai makan maka semua orang berduyun-duyun pula makan disana, seolahnya membawa barakah. Selalunya karamah ini tidak ditonjolkan tetapi jika diperhatikan dan dilihat dengan baik dapat kita menyaksikan karamah ini. 
Ghawthu-L Anam, iaitu salah satu pangkat daripada Qutb. Dalam dunia ini semuanya ada dua puluh dan Qutb yang tertinggi tu dipanggil Ghawth atau Qutbul Qutb. Ketika zaman Al-Mahdi a.s. dijanjikan oleh Allah s.w.t  Al-Mahdi a.s. akan dikelilingi 313 orang Ghawth atau Qutbul Qutb. Sedangkan untuk waktu-waktu biasa di mana kepimpinan Al- Mahdi tiada, hanya seorang sahaja Ghawth pada suatu masa. Tetapi apabila zaman Al-Mahdi a.s., dimuliakan oleh Allah s.w.t. akan bangsa manusia ini dengan diberi 313 ‘Grand Sheikh’ ataupun Ghawth, adapun penghulunya iaitu Ghawthu-L Anam. 
Seperti di dalam Al-Quran juga adanya kepala surah, pembuka surah, dan penghulu surah. Seperti mana dalam zaman Al-Mahdi a.s. kelak ada Penghulu Ghawthya, Ketua Ghawth, Sultanul Arifin, dan Sultanul Awliya. Ianya berpangkat-pangkat. Dan dijanjikan juga oleh Allah s.w.t Ketua Jeneral atau Ketua Pahlawan peperangan Al-Mahdi a.s. itu adalah seorang yang berbangsa Melayu. 
 
Walaupun Ketua Jeneral Al-Mahdi a.s. berbangsa Melayu, tidak semestinya jeneral-jeneral yang 70 000 dari jeneral Al-Mahdi a.s. semua berbangsa Melayu. Akan tetapi diketuai oleh ketua yang berbangsa Melayu. Sepertiga dari jeneral itu diberikan kepada bangsa Melayu yang mempunyai darah keturunan pahlwan-pahlawan Melayu dan juga berketurunan ahlul bait.  Ahlul bait di kalangan orang Melayu ini ramai. Jadi benarlah kata Pahlawan Melayu yang terkenal iaitu Laksamana Hang Tuah menyebut “Takkan Melayu hilang di dunia”. Jadi bangsa Melayu ini di akhir zaman pun dimuliakan oleh Allah Ta’ala.

Pernah Rasulullah s.a.w menunjukkan jari baginda ke arah timur jauh, Baginda bersabda Akan bangkit satu bangsa dari timur jauh yang berduyun-duyun mereka masuk ke dalam agama Islam.”

Asalnya orang Melayu ini adalah satu bangsa yang menganut samada agama Buddha atau Hindu. Tetapi 700 tahun yang lalu,dengan berkat doa Rasulullah s.a.w. datang ahli sufi atau ahli tasawuf ,masyaikh dari tariqat berhijrah, berdakwah dan berniaga ke Tanah Melayu. Kerana mereka ini menampilkan laku yang lemah lembut dengan hati yang zuhud, maka ramai orang Melayu yang tertawan dengan peradaban dan tingkah laku mereka. Sehingga datang mereka berduyun-duyun memeluk agama Islam dengan redha.

Bangsa Melayu ini memeluk Islam kerana mereka taat kepada adat mereka. Bangsa Melayu ini bahasanya dijunjung dan adatnya disanjung. Sejak awal lagi bangsa Melayu ada sultan. Di mana-mana sahaja kawasan Tanah Melayu pasti ada sultannya. Dengan adanya sultan bermakna adanya naungan dan rahmat Allah. Bila wujud kesultanan, maknanya wujudlah kuasa yang mutlak. Makanya rakyat di bawah payungan kuasa mutlak ini bersatu. 

Bersatu adalah unsur Islam. Dalam Islam tiada demokrasi. Dalam Islam cuma ada kuasa mutlak. Apabila kita hendak adakan demokrasi kita terpaksa membahagikan umat kepada dua bahagian barulah berlakunya pertandingan untuk merebutkan jawatan. Sedangkan dalam Islam faktor utama adalah penyatuan. Jadi, orang Melayu sejak dahulu sangat bersatu padu dan sangat menghormati perlembagaan kesultanan dan sangat mendaulatkan kesultanan mereka.

Sehingga Allah s.w.t menyebut diriNya di dalam Al-Quran Karim sebagai Malikul Mulk atau Raja segala Raja. Jadi di mana-mana negara atau tanah yang ada sultan, maka rahmat Allah s.w.t. melimpah kepada mereka. Jadi apabila pendakwah-pendakwah  Islam datang dan menunjukkan peradaban mereka, maka sultan begitu tertarik dengan akhlak mereka. Sehingga sultan mengurniai mashaikh-mashaikh ini tadi dengan jawatan yang tinggi seperti mufti, penasihat raja dan sebagainya. 

Maka sultan-sultan Melayu dengan sendirinya masuk Islam. Bila sultannya memeluk Islam, semua rakyat-rakyat mereka memeluk Islam dengan tiada berkecuali. Itulah kebaikan atau perpaduan dan bernaung di bawah sultan. Kalau orang Melayu ini tiada sultan, kita ini hidup bagaikan tiada tuan. Disebabkan itu sultan kita panggil Yang Di Pertuan. Kita tuankan dia, supaya dengan mempertuankan dia itu kita ada pemimpin yang memimpin kita ke arah jalan kebenaran.

Apabila sultan-sultan Melayu ini diberi hormat dengan mengahwinkan zuriat-zuriat  mereka kepada masyaikh-masyaikh ini dapat mereka zuriat dari ahlul bait dan awliya Allah. Maka bertambah limpahan rahmat Allah kepada mereka. Setelah memeluk Islam, sultan-sultan Melayu menukar nama mereka kepada yang baik-baik. Contohnya Parameswara kepada Iskandar Shah, Sultan Acheh kepada Malikul Zahir.

Jadi itulah keagungan Islam itu berpunca daripada sultan memeluk Islam, seluruh rakyat jelata tidak berkecuali baik tua atau muda, lelaki atau perempuan, semuanya masuk Islam. Makanya agama Islam menjadi agama rasmi di negara-negara ataupun kepulauan-kepulauan Melayu di timur jauh. 

Sebaik sahaja kesultanan Melayu jatuh ataupun binasa, maka dengan sendirinya Islam itu menjadi lemah. Kita bangsa Melayu yang tinggal di tanah Melayu ini dan terutama berada di zaman ini, janganlah terlalu ghairah sangat berpolitik sehinggakan setengahnya ada yang hendak menjatuhkan sultan-sultan Melayu. Apabila kita jatuhkan sultan-sultan Melayu maka hilang daulat orang-orang Melayu. Maka orang Melayu ini akan ditendang ke sana-ke sini ibarat sampah oleh bangsa -bangsa lain. 

Jangan sesekali kita menghapuskan raja-raja, kerana limpahan rahmat yang kita dapat ini adalah daripada naungan kedaulatan raja-raja Melayu. Maka kita kena mendaulatkan raja kita. Rasulullah s.a.w sendiri menasihati, bahawa ketika ini Bagindalah Sultan kepada segala orang- orang muslim, maka apabila Baginda wafat kepimpinan ini digantikan oleh para sahabat baginda yakni “Amirul Mukminin”. Selepas itu datangnya sultan-sultan Islam yang bernaung di bawah rahmat Allah dan berlandaskan Al-Quran dan sunnah. 

Kesultanan Islam ini berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Sebaik sahaja mana-mana negara yang memansuhkan kesultanan ini, pucuk kepimpinan akan diganti dengan diktator di mana mereka memerintah dengan kekejaman dan untuk kepentingan sendiri. Dan kesudahan bagi mereka ini adalah kebinasaan. 

Apabila sultan itu dimansuhkan, maka bangsa itu hilanglah daulatnya. Apabila hilang daulatnya, dilaknat oleh Allah bangsa itu dengan suatu kehinaan yang teramat sangat. Sehinggakan tentera musuh memasuki negara mereka, ke dalam rumah-rumah mereka sehingga ke dalam dapur mereka. Apa maksud dapur ini? Maksudnya di situlah anak dan isteri kita duduk, maknanya banyak perkara yang akan dilakukan bagi menghina kita sebagai seorang  Islam. Jadi kehinaan itu jatuh kepada diri kita kerana kita merobohkan kesultanan. 

Tapi alhamdulillah bangsa Melayu yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini masih bernaung di bawah sultan-sultan yang Islam. Dengan naungan ini maka raja dan rakyat jelata semuanya selamat. Jadi jika kita hendak berpolitik pun tidak mengapa janji  kita tegakkan kedaulatan sultan Melayu.

Dengan menegakkan kedaulatan sultan Melayu inilah Allah Ta’ala menjanjikan apabila sampai akhir zaman di mana dunia ini diperintah oleh sultan yang haq memerintah iaitu Sahibul Zaman Muhammad Al-Mahdi a.s . Di mana di saat pemerintahannya, orang yang duduk terkanan beliau adalah yang berbangsa Melayu. 

Dan diberi lagi kehormatan atas orang Melayu ini kerana dalam sistem kesultanan Melayu, sultan Melayu selalunya ada laksamana. Laksamana adalah panglima angkatan tenteranya yang bertanjak. Tanjak ini dikira serban juga kerana Nabi Isa a.s sahaja yang bertanjak, maksudnya Nabi Isa a.s memakai serban tiada topi atau kupiah di tengah-tengah. Tanjak ini juga memberi satu peradaban, kedudukan atau protokol di dalam kesultanan. Disebabkan adanya peradaban ini, Allah Ta’ala kurniakan juga Ketua Jeneral atau Panglima Al-Mahdi a.s. itu dari bangsa Melayu itu sendiri. Jadi ramai jeneral  Al-Mahdi dari kalangan orang Melayu, hampir ⅓ daripada 70 000 orang jeneral.

Kemuliaan ini bukan sahaja diletakkan kepada dua jawatan tertinggi, tetapi dari 99 orang raja atau sultan Islam dibawah kepimpinan Sultan Agung Islam Al-Mahdi  a.s , 7 daripada mereka adalah dari bangsa Melayu. Jadi sultan-sultan Melayu itu akan diberi hormat dan ditabalkan menjadi sultan. Salah satunya untuk Semenanjung Tanah Melayu, adalah dari keturunan kesultanan Melaka. Dua lagi sultan di Sumatera, setiap satu di bahagian utara dan selatan. Bahagian utara ini adalah dari pertengahan hingga ke utara Acheh adalah dari keturunan sultan Bangkahulu. Jadi keagungan  dari tengah Sumatera hingga ke puncak Acheh dipegang oleh darah kesultanan Bangkahulu. Manakala dari tengah ke selatan, adalah daripada darah kesultanan Palembang. Jadi keturunan ini juga ada kaitan dengan  kesultanan Bangkahulu. 

Dan dibangkitkan kesultanan Jawa, Sulawesi dan kesultanan Borneo, Pulau Mindanao (Filipina ).  Raja-raja ini berbangsa Melayu dan berbahasa Melayu dari rumpun Melayu dalam pemerintahan Al-Mahdi  a.s.. Itulah kelebihan Allah Ta’ala berikan kepada bangsa-bangsa Melayu. Daripada raja-raja yang berbangsa Melayu ini semuanya adalah dari keturunan ahlul bait, iaitu keturunan yang baik-baik. 

Bukan sahaja bangsa Melayu dijadikan wazir terutama, juga jeneral terkanan  dan daripada 99 sultan yang memerintah dunia di bawah kesultanan di Madinah itu, 7 daripada mereka adalah dari rumpun bangsa-bangsa Melayu. Kalau ditanya siapa wazir itu, atau siapa jeneral itu, atau siapa pula raja-raja itu, nama-nama mereka tidak boleh disebutkan lagi sebelum masanya. Namun boleh dikhabarkan secara am.

Bagi sultan di Semenanjung Tanah Melayu, diberi penghormatan buat sultan berketurunan sultan Melaka dan mereka ini juga adalah dari kalangan ahlul bait. Di Jawa pula diberi tampuk kesultanan kepada keturunan Sultan Jawa. Jadi sultan ini daripada keturunan Sunan Kalijaga. Sunan Kalijaga ini adalah anak Sultan Jawa, ianya seorang awliya yang kemudiannya berkahwin dengan ahlul bait. Dari keturunan ini akan diberi kehormatan untuk memerintah.

Namanya tidak perlu disebut lagi sebelum masanya. Apabila tiba masanya semua orang akan mengetahui. Sebab kita bangsa Melayu sifatnya pelembut tetapi ramai juga dari bangsa kita ini yang terlalu hasad. Jadi disebut dalam Surah Al Maidah ialah orang yang terlalu hasad terhadap orang Islam ini adalah orang Yahudi dan musyrikin. Jadi banyak di kalangan bangsa Melayu ini yang musyrikin. Itulah punca utama kejatuhan kesultanan-kesultanan  Melayu terdahulu. Itulah sebab kita tidak boleh membuka rahsianya. Jika dibuka mungkin ada orang yang hasad dan cuba menginaya mereka yang telah dipilih. Apabila tiba masanya besok, apabila mereka ini telah berjabat tangan dengan Al-Mahdi  a.s, maka mereka termasuk dalam golongan yang mendapat perlindungan Allah s.w.t iaitu orang-orang yang berlindung di bawah orang yang "Musta'an Billah" (orang yang mendapat pertolongan Allah ) maka mereka ini terlindung dari fitnah Dajjal.

Dan kita orang-orang Melayu ini berdoalah supaya orang yang dipilih itu minta samada di kalangan ahli keluarga kita atau anak kita atau sahabat handai. Jadi dapat kita menumpang rahmat mereka. Menumpang rahmat ini baik, dapat kita selamat di dunia dan akhirat. 

Kita sebagai bangsa Melayu ini hendaklah sentiasa cuba melatih diri kita subur dan baikkan perangai kita dengan sifat lemah-lembut. Itulah sifat bangsa Melayu dan barangsiapa bersifat lemah lembut nescaya mereka ini termasuk dalam orang-orang yang mati dalam Islam. 

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah Tuhan yang kami sebut-sebut, anugerahkan kami Ya Allah hati yang zuhud, baikkan perangai kami dengan lemah lembut dan matikan kami di dalam sujud.


Sekian wabillahitawfiq wal hidayah.Wasslamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

9 comments:

  1. padat dan menarik..tahniah tuan..

    ReplyDelete
  2. Ini tulisan Sheikh Sidi Zaid yang mendapat maklumat melalui kasyaf beliau. Tahniah kepada Sheikh Zaid.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tuan atas perkongsian ini. Semoga bangsa ini tetap teguh bersatu. In shaa Allah saat yang dinanti pasti akan tiba.

    ReplyDelete
  4. maha suci allah tuhan seru sekalian alam.. menjunjung jua..

    ReplyDelete
  5. mohon dimasukkan juga doa penutup Shaikh Sidi mohamed zaid dorr tempohari, sungguh indah bait2 doa berkenaan dan sgt zuhud sekali maksudnya...

    ReplyDelete
  6. Untuk doa boleh lihat video di http://www.youtube.com/watch?v=KLsiG6Fm4ds . Bermula jam 1:05.45. Kalau ada sesiapa yang rajin boleh tuliskan.

    ReplyDelete
  7. hehe..siapa sangka..teruskn perjuangan wahai singa2 Allah.

    ReplyDelete
  8. Tapi kalau sultan yg minum arak serta berjudi mcm mana tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilang daulat agaknya kalau cam tu. sebab hanya sultan yang real dan gahara sahaja yang benar-benar memiliki DAULAT. Kami menjunjung daulat Raja-raja Melayu.

      Delete

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.