Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Wednesday, March 8, 2017

Malam Anjung Tradisi di Sarang Art Hub - Satu langkah persediaan untuk menyambut HIKMAH di sana

Salam 8 Mac. Sejak memaparkan artikel ke-313 di blogspot ini iaitu Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan? pada 5 Januari lalu saya tidak mahu memaparkan apa-apa cerita baru buat suatu tempoh. Sekarang, setelah lebih 3 bulan blogspot ini tidak dikemaskinikan biar dikongsikan satu cerita yang sebenarnya ada kaitan juga dengan artikel ke-313 itu. Ia adalah tentang satu majlis yang berlaku hampir 2 minggu lalu. Tetapi baru kini timbul rasa untuk bercerita tentangnya...





Pagi Jumaat 24 Februari, saya mendapat pesanan dalam Whatsapp berupa poster yang kelihatan di atas daripada pemilik Sarang Art Hub, pengarah filem terkenal Mamat Khalid. Saya pun faham beliau mengundang untuk datang. Acara ini akan mengenengahkan persembahan silat diiringi gendang dan serunai sambil hadirin di minta berbusana tradisional Melayu. Ia adalah acara pertama seumpamanya diadakan di Sarang Art Hub.



Sebetulnya sejak lebih seminggu awal saya sudah dimaklumkan tentang acara oleh pihak lain yang terlibat sama lalu diundang datang. Undangan daripada Mamat membantu bagi menetapkan pendirian untuk datang lalu saya menjawab, insyaallah akan membawa isteri dan anak-anak. Sampai waktunya iaitu pada hari Sabtu malam Ahad 25 Februari 2017 kami pun sampai. Sambil menunjukkan gambar-gambar biar diceritakan kenapa acara yang dipanggil "Malam Anjung Tradisi" ini merupakan satu langkah persediaan untuk menyambut HIKMAH di sana.




Sejak tahun lepas saya sudah beberapa kali bertandang ke Sarang Art Hub di Tanjung Malim berbusana tradisional penuh Melayu. Rasanya tiada orang sebelum saya pernah berbuat begitu kerana tempat makan minum santai merangkap pusat seni ini lebih dikenali sebagai tempat live band music yang selalu mengenengahkan irama rock, sesekali jazz dan lain-lain. Antara kesan daripada perbuatan saya itu adalah Mamat telah menempah 11 pasang busana tradisional Melayu daripada isteri saya. Tujuh pasang adalah untuk pakaian kakitangan Sarang Art Hub setiap hari Jumaat. Lihat artikel Busana Bona Fida di Sarang Art Hub dan majlis Persatuan Sejarah Malaysia di blogspot BONA FIDA.




Tempahan dibuat pertengahan Disember tahun lepas. Penghujung Januari, Mamat telah menghantar melalui Whatsapp poster untuk satu majlis review filem lama di tempatnya. Kebetulan ketika itu tempahan hampir siap sepenuhnya. Sampai waktunya iaitu Sabtu malam Ahad 4 Februari 2017 saya dan keluarga pun pergi ke sana membawa sekali seorang kawan. 

Tentang majlis sudah diceritakan dalam artikel Mengimbau filem "Kembara Seniman Jalanan" di Sarang Art Hub di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Artikel Busana Bona Fida di Sarang Art Hub dan majlis Persatuan Sejarah Malaysia pula menceritakan apa yang berlaku selepas majlis termasuk penyerahan busana yang ditempah...




Apa yang tidak atau belum diceritakan adalah bagaimana kehadiran saya untuk review filem 4 Februari membawa kepada terjadinya "Malam Anjung Tradisi" 25 Februari iaitu tepat 3 minggu kemudian. Sekarang biar diceritakan...




Sebelum berlepas ke Sarang Art Hub untuk review filem saya telah memuatnaik poster berkenaan di Facebook lalu memberitahu kepada umum saya akan datang. Saya juga memanjangkan undangan kepada semua kerana ia memang acara terbuka. Tidak lama selepas sampai di sana muncul 2 orang anak muda menegur lalu memperkenalkan diri. Seorang menyatakan diri sebagai rakan di FB. Seingat saya belum pernah berjumpa dengannya di mana-mana. 




Beliau pun memberitahu dia adalah seorang aktivis budaya, ada juga menyertai beberapa acara dengan memakai busana tradisional Melayu. Saya lupa jika beliau pernah datang ke mana-mana majlis HIKMAH. Menariknya beliau memang asal orang Tanjung Malim. 

Anak muda itu menambah, di situ sudah ada satu kumpulan kecil yang suka berbusana tradisional Melayu. Mendengar ini saya terus membawa beliau dan kawannya untuk berkenalan dengan Mamat Khalid. Kata saya, nah... tak payah pergi jauh. Rupanya Tanjung Malim dah ada kumpulan begini. Jadi bolehlah mereka bertandang ke Sarang Art Hub menjalankan aktiviti. Mamat pun teruja kerana dia pun tak perlu pergi jauh untuk mencari aktivis budaya tradisional Melayu...




Perkenalan mereka dengan Mamat ringkas tapi padat. Satu macam MoU terus dibuat dengan kenalan FB tadi menyatakan keinginan untuk mengadakan acara bergendang dan bersilat di Sarang Art Hub. Mamat pula mengalu-alukan. Saya memberitahu kawan, sekarang pandai-pandailah mengatur perkara. Jalan telah dibuka untuk kamu dan kumpulan bertandang mengadakan aktiviti di tempat Mamat.




Selepas itu kehidupan diteruskan tanpa saya mengikuti apa-apa perkembangan daripada pertemuan tersebut. Yang tahu mulai Jumaat selepas majlis review filem 4 Februari itu busana jenama Bona Fida milik isteri saya sudah menjadi pakaian rasmi hari tersebut untuk kakitangan di Sarang Art Hub. Selepas itu cuma ada datang sekali sahaja lagi ke sana. Ketika itu saya dan keluarga memakai busana penuh tradisional. Begitu juga seorang kenalan isteri dan keluarga yang baru pertama kali sampai ke Sarang. 

Malam itu, buat pertama kali dalam hidup ini saya naik ke pentas bermain gitar juga menyanyi berbusana penuh, bertanjak, bersampin dan berkeris. Lihat artikel Reunion kecil kawan Sekolah Sains dan urusan di Sarang Art Hub - Bila jiwa lama rock datang menjenguk...




Beberapa hari kemudian baru mendapat berita akan diadakan acara bergendang dan bersilat di Sarang, Beberapa hari lagi selepas itu baru diberitahu tarikh acara iaitu 25 Februari 2017. Beberapa hari sebelum acara pula poster berkenaan berlegar-legar di FB. Maka terjadilah "Malam Anjung Tradisi" yang tercetus setelah saya memperkenalkan dua orang aktivis dari Tanjung Malim kepada pemilik tempat iaitu Mamat Khalid.




Tentang bagaimana Mamat sendiri boleh terlibat dan minat dengan dunia busana tradisional Melayu, beliau sedia mengaku ini disebabkan saya membawanya mengenali HIKMAH. Penglibatan terawal beliau ada diceritakan dalam artikel HIKMAH VII sebagai wadah pengisi filem epik Melayu diikuti HIKMAH VII di Melaka - Darah Melayu pun mula menggelegak yang ditulis penghujung tahun 2013. Artikel Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan? menambah rasa komitmen beliau untuk membawa HIKMAH ke tempatnya sendiri iaitu Sarang Art Hub yang dibuka November 2015.




Acara malam 25 Februari diadakan tanpa rehearsal atau apa-apa persediaan seumpamanya di Sarang. Yang ada adalah kumpulan-kumpulan sedia ada, persilatan, gendang dan sebagainya yang sudah biasa berlatih di tempat masing-masing dikumpulkan di lokasi pada hari acara. Kawan FB dan kumpulan kecil di Tanjung Malim telah memanggil sejumlah kawan dan kenalan sealiran untuk bersama dari beberapa daerah di negeri Perak juga di utara negeri Selangor. Sekitar 50 orang dapat dikumpulkan untuk menjayakan acara. Kemudian datang yang lain berbusana tradisional Melayu untuk menyokong dan bersama.




Lewat malam, setelah selesai pertunjukkan silat dan sebagainya kumpulan gendang diajak naik ke pentas live band untik bermain secara fusion iaitu gabungan alat muzik lama dan moden berserta citarasa yang sesuai dengannya...




Secara ideologinya, gabungan citarasa sebeginilah yang mahu diangkat apabila acara HIKMAH dibawa ke Sarang Art Hub insyaallah selepas raya nanti. Lihat kembali artikel Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan?... bagaimana saya melihat sayangnya kita pada cita rasa muzik moden seperti Rock tidak semestinya mengurangkan sayangnya kita pada nilai-nilai murni tradisional orang Melayu. Saya berani cakap, ramai pesilat dan aktivis budaya Melayu adalah juga peminat Rock. Saya sendiri adalah salah seorang daripada mereka. Nah. Sekarang nampak tak bagaimana acara "Malam Anjung Tradisi" di Sarang Art Hub adalah satu langkah persediaan untuk menyambut HIKMAH di sana?




Esoknya jam 2 petang acara disambung lagi, kali ini dengan kehadiran penyanyi Rock terkenal tanah air Awie. Yang ini saya tak hadir. gambar pun kutip daripada FB orang. Tapi saya tahu Awie yang juga merupakan seorang pesilat diundang untuk hadir waktu malam tetapi terikat dengan majlis lain di Kuala Lumpur. Beliau cuma dapat bersama siang Ahad lalu acara pun disambung untuk menerima kehadirannya. Awie yang datang bersama satu kumpulan bermotosikal besar kemudian memberikan persembahan suka-suka diiringi pemuzik berpakaian seperti yang kelihatan.


No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.