Salam semua. Merujuk pada artikel
Atur cara HIKMAH Aceh 2017 dan aktiviti lapangan yang ditulis 10 hari lalu. Adapun acara ke-20 HIKMAH itu telah selamat dilangsungkan dengan jayanya pada 19 Mac iaitu 6 hari lalu. Saya dan keluarga pula telah selamat kembali dari Aceh 2 hari lalu. Sekarang ini saya masih agak kepenatan untuk menulis panjang lebar tentang acara. Selain itu, kalau menurut turutan hari-hari pengembaraan saya berada di Aceh sekitar waktu acara iaitu daripada hari Khamis 16 Mac sehingga Khamis berikutnya 23 Mac saya harus melepaskan dahulu cerita-cerita aktiviti pada hari-hari sebelumnya di
blogspot utama saya
CATATAN SI MERAH SILU sebelum dapat bercerita tentang acara, Oleh itu tunggulah lagi beberapa hari ya.
Di atas adalah gambar yang dikongsikan oleh saudara Djamal Sharief dari Aceh, seorang seniman dan pelakon tempatan sana. Gambar yang dikongsikan dalam Facebook beliau pada hari Isnin 20 Mac itu menunjukkan laporan yang muncul dalam akhbar sana tentang acara ke-20 HIKMAH itu. Pihak tempatan memanggil acara ini sebagai "Majelis Silaturrahim Muhibbah Sejarah & Budaya Tamaddun Dunia Islam Aceh-Malaysia". Acara yang diadakan di Rumah Cut Nyak Dhien, pahlawan wanita terkenal Aceh ketika melawan pencerobohan Belanda penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi itu menyaksikan Djamal dengan penuh semangat membaca sebuah puisi tentang srikandi tersebut. Terpampang di tengah laporan gambar beliau sedang beraksi...
Pada hari Selasa 21 Mac saya ada memberikan laporan ringkas seperti berikut melalui FB. Biar dicopy and paste dengan sedikit suntingan ya...
SEDIKIT LAPORAN SELEPAS ACARA KE-20 HIKMAH DI ACEH 19 MAC 2017
Salam semua. Sukacita dimaklumkan acara ke-20 HIKMAH sudah selamat dilangsungkan di Rumah Cut Nyak Dhien di Aceh pada hari Ahad 19 Mac baru ini. Maaf kerana dah 2 hari acara berlangsung baru saya sendiri hendak memberitahu tentangnya. Ini kerana saya masih dalam mood pengembaraan, semalam telah bertolak jauh menuju ke Perlak 8 jam perjalanan dari Banda Aceh.
Saya belum sampai ke Perlak kerana menginap di hotel terdekat iaitu di Idi sekitar 30 km sebelum Perlak. Kami sampai ke Idi itupun sudah lepas jam 10 malam kerana bertolak dari Banda Aceh hampir jam 12 tengah hari kemudian singgah di beberapa tempat dalam perjalanan. Sekian perkongsian ringkas daripada saya. Bila sudah kembali ke Malaysia beberapa hari lagi baru saya kongsikan cerita-cerita sekitar acara HIKMAH di Aceh juga perjalanan yang berlaku sebelum dan selepasnya insyaallah.
Pada hari yang sama saya juga telah membuat update di FB seperti berikut :-
PERSEDIAAN UNTUK ACARA AKAN DATANG TERUTAMA DI GUNUNG JERAI
OK. Perjalanan saya di Aceh akan mengambil masa beberapa hari lagi. Selesai itu, seperti mana kebiasaan saya selepas selesai suatu pengembaraan saya akan berkongsi cerita2 tentang perjalanan melalui blogspots sampai selesai. Begitu juga saya harus berkongsi cerita2 tentang acara ke-20 HIKMAH yang selamat berlangsung dengan jayanya 2 hari lalu.
Pada masa yang sama saya harus menyediakan diri untuk beberapa acara dalam masa terdekat. Pada 14-15 April saya dijadualkan berkongsi ilmu di Seri Negeri iaitu pejabat Menteri Melaka, 23-24 April di kaki Gunung Jerai dan pada 29-30 April saya dijadualkan menjayakan acara ke-21 HIKMAH di Batu Laut, Banting, Selangor. Ini saya kongsikan poster tentang acara di Gunung Jerai, poster yang baru diterima melalui Whatsapp. Acara ini melibatkan ramai ulamak dan pelajar sekolah pondok namun diserikan juga dengan kehadiran ramai aktivis budaya tradisional Melayu dan pesilat.
Saya dijadualkan berkongsi ilmu tentang siapa itu Melayu sambil membangkitkan semangat anak bangsa sebelum diadakan satu perarakan Maulud. Acara tersebut diadakan menjelang sambutan Isra' dan Mikhrak 27 Rejab. Doakan saya diberikan kekuatan zahir dan batin untuk menggalas tugas dan amanah ya...
---------------
Esoknya pagi Rabu 22 Mac saya mendapat berita bahawa acara 29 April iaitu merujuk pada cadangan acara HIKMAH seterusnya tidak dapat dilaksanakan pada tarikh tersebut. Nampak gayanya, kalau jadi ia cuma dapat diadakan pada suatu tarikh yang berdekatan dengan hari keputeraan Sultan Selangor iaitu 11 Disember. Hal ini boleh dirujuk melalui cerita dalam artikel
Tentang rancangan mengadakan acara HIKMAH di Istana Bandar, Jugra - Dah dapat tarikh pasti... yang ditulis 16 hari lalu.
Pada saya ia adalah satu berita yang melegakan. Tidaklah saya perlu terkejar-kejar mahu melaksanakan pelbagai perkara dalam bulan April ini. Apatah lagi hujung bulan itu akan menyaksikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 bermula. Kalau tiada aral melintang satu buku baru saya akan terbit sekitar waktu itu.
Walaupun saya sendiri belum bersedia untuk bercerita panjang lebar tentang acara ada pihak-pihak lain termasuk di Aceh telah lebih awal berkongsi tentangnya. Ini termasuk tentang satu acara susulan memasang kain kuning pada batu nesan yang dilaksanakan pada petang Rabu 22 Mac. Oleh itu sementara menunggu sampainya masa saya berkongsi cerita tentang acara ke-20 HIKMAH itu silalah baca laporan-laporan melalui pautan-pautan berikut :-
1)
Laporan Harian Aceh
2)
Laporan Yell Saints
3)
Laporan Atjeh Update
No comments:
Post a Comment