Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Saturday, November 12, 2016

Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Melangkaui sempadan politik demi penyatuan Melayu Islam akhir zaman

Sampai masanya untuk menutup segala cerita tentang pembentangan. Masuk bahagian ketiga dan terakhir perkongsian mengenai pembentangan saya pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara 22 Oktober. Bersambung daripada artikel Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Gerakan yang berkembang ke merata Semenanjung membawa luar negara ke Aceh.

Pada pagi Sabtu 19 September 2015 saya telah diwawancara secara langsung dalam program Resensi iaitu satu segmen ulasan buku dalam Selamat Pagi Malaysia di RTM1 lalu hal ini dimasukkan ke dalam slaid. Tarikh yang tertera iaitu 18 September sedikit tersilap. Bila menyemak kembali artikel berkenaan dalam blogspoCATATAN SI MERAH SILU iaitu Wawancara siaran langsung "Mencari Diri dan Erti" di TV1 baru tersedar kesilapan. Apapun, ia adalah tentang buku ke-8 merangkap buku terbaru saya ketika itu.

Ini adalah kali ke-3 saya muncul dalam Resensi. Kali pertama adalah pada 9 tahun lalu. Lihat Mengenang ulasan siri buku "Berpetualang ke Aceh" dalam program Resensi, Selamat Pagi Malaysia di RTM1 penghujung 2007..., Ketika itu ia dimulakan sebagai rakaman awal bulan Oktober. Bulan Disember baru keluar di kaca TV. Kali kedua, iaitu pada Oktober tahun 2011 baru merasa diwawancara secara langsung lalu ia dipaparkan terus ke televisyen. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.

Pada kemunculan pertama saya diwawancara oleh personaliti televisyen terkenal dan saudagar buku, Sayed Munawar. Kali kedua oleh penulis novel thriller pujaan ramai, Ramlee Awang Murshid. Sayed mewawancara sekali lagi pada 19 September 2015 sedangkan itulah kali pertama saya muncul di kaca televisyen bercakap tentang buku sambil memakai busana penuh tradisional Melayu. Sebelum itu saya pernah berpakaian begitu dalam tv tapi bercakap tentang perkara lain, antaranya adalah aktiviti NGO dan penggunaan wang dinar dan dirham.  Lihat Antara HIKMAH di kaca televisyen, buku untuk Melaka dan persiapan di Kelantan juga Bertandang ke program "On The Point"

Kenapa dimasukkan hal ini dalam pembentangan? Apakah kerana ingin menunjuk-nunjukkan pencapaian? Diakui iya saya ada menunjuk juga. Saya ingin menunjukkan jangkauan pencapaian sebagai seorang penulis sambil turut menjadi seorang aktivis busana yang memberikan cukup kelayakan untuk menampilkan pemerhatian tentang perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu.

Tetapi lebih utama dan lebih kena mengena adalah soalan berkaitan yang ditanyakan oleh Sayed kepada saya pada Resensi tahun 2015 itu. Adapun kami sudah saling mengenali sejak Resensi tahun 2007 lalu beliau sedia maklum tentang perkembangan penulisan saya yang dibuat berdasarkan pengalaman sebenar hidup sambil mencari makna dan haluan diri. Beliau bertanya apakah saya sudah menemui apa yang dicari? Saya jawab iya sambil menambah, pun begitu saya terus melalui proses memperbaiki diri apabila pencarian dikongsikan secara jujur dalam buku, buku yang kemudian diberikan nafas baru apabila diterbitkan semula dalam bentuk dan format yang memberikan banyak maklumat tambahan, gambar-gambar dan peta. Merujuk pada busana yang dipakai siap berkeris itu Sayed pun bertanya apakah ini adalah kemuncak pada proses pematangan dalam perjalanan dan pencarian hidup saya? Saya jawab tidak. Insyaallah akan ada (yang lebih baik) lagi...


Dengan itu pembentangan pun dibawa untuk menyorot balik pada satu acara HIKMAH yang diadakan di Terengganu hampir 2 tahun lebih awal, pertama kali dalam sebuah masjid. Lihat Acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013. Untuk makluman selepas itu ada 2 lagi acara HIKMAH dilangsungkan dalam masjid. Ia adalah Acara kesebelas HIKMAH di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Pagoh, Muar 8 Nov 2014 dan Acara keempat belas HIKMAH di Masjid Warisan Kampung Chenor, Maran, Pahang 9 Mei 2015.



Acara ini dilaksanakan dalam keadaan saya baru sahaja seminggu dibedah kaki untuk dimasukkan besi akibat patah kaki. Lihat Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu. Apapun, apa yang hendak ditekankan di sini adalah bagaimana acara telah diatur begitu baik oleh imam masjid, Ustaz Khairul Azhar sehingga dapat diadakan selama 4 hari, paling lama setakat ini bagi satu acara HIKMAH. Tetapi yang datang sedikit sangat. Menurut penglihatan dan anggaran saya paling ramai pada suatu masa tidak sampai 100 orang. Kemudian saya mendapat tahu warga tempatan di sekeliling kawasan seperti mengelak untuk hadir. Saya diberitahu, apabila terlihat lambang keris pada banner atau sepanduk HIKMAH ada yang terus berkata ia terkait dengan parti politik tertentu yang tidak disenangi mereka.

Kebetulan acara ke-5 HIKMAH itu berlaku sebulan selepas PRU atau Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-13. Maka suasana masih panas dan perbezaan pilihan parti masih amat membara. Ketika pilihan raya itu sendiri berlaku 5 Mei saya tidak tahu menahu apa-apa kerana sedang berada di Sulawesi Selatan walaupun baru patah kaki. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation. Sebelum patah kaki pula saya berada di Tanah Arab. Tak teringin pun hendak memantau apa-apa perkembangan politik yang dilihat memecah-belahkan umat Melayu dan Islam. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat....


Sesungguhnya buat beberapa lama memang aktivis busana tradisional Melayu sering dikaitkan dengan parti politik tersebut. Hanya kerana selalu memakai keris, kami dilihat seperti manifestasi malah macai iaitu budak suruhan parti yang ada memakai logo senjata keramat Melayu itu pada bendera mereka. Alah... sebut aje le parti tu adalah UMNO. Sepanjang beberapa tahun aktif berbusana, kami sering dituduh taksub pada bangsa, tidak mengutamakan agama Islam terlebih dahulu. Persoalan memilih antara perjuangan bangsa dengan perjuangan agama sering dijadikan punca untuk berbalah lalu lebih berpecah-belah.

Keadaan atau stigma buruk ini dilihat mula berubah dengan nyata apabila para pemimpin kanan muda sebuah parti politik yang dikatakan lebih Islamik memakai busana siap berkeris pada satu majlis utama mereka. Ini berlaku pertengahan tahun 2016, setelah 3 tahun setengah saya menjadi aktivis busana...


Hal ini menarik perhatian ramai. Tiba-tiba parti yang dianggap lebih Islamik itu iaitu PAS kelihatan lebih ke hadapan dalam membela nasib orang Melayu. Dalam kemeriahan ada juga sisi negatif muncul apabila seorang ahli politik Selangor membuat kenyataan buruk dengan mengatakan mereka yang memakai busana itu semuanya mabuk. Namun saya dan sejumlah orang lebih seronok dengan sisi positif perkara kerana apa yang dibuat oleh pemuda PAS itu telah memecahkan stigma bahawa orang yang gigih memakai busana adalah penyokong UMNO belaka konon. Tiba-tiba kami dapati sempadan perbezaan politik telah dilangkau lalu harapan untuk orang Melayu bersatu hati tanpa mengira parti dan pegangan politik menjadi cerah.


Perkembangan tersebut kelihatan mendorong lebih ramai anak Melayu untuk berbusana tradisional. Berlaku suatu macam lonjakan pada bulan Syawal tahun itu. Galakan untuk berbusana apabila menunaikan solat hari raya dicanang dengan sesungguhnya oleh ramai pihak  Saya adalah antara orang yang paling galak mencanangkan perkara pada bulan puasa itu. Hasilnya masyaallah. Memang lain macam. Memang nyata kelihatan begitu ramai anak Melayu berbusana tradisional Melayu pada hari raya, terlebih banyak daripada tahun-tahun sebelumnya.


Perkembangan yang sangat mengujakan ini dicatat dan ulas dalam artikel Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya . Tanpa stigma yang menyempitkan pemakai busana tradisional sebagai penyokong parti politik tertentu suasana terasa lebih lapang dan lega untuk aktivis meneruskan perjuangan bagi memartabatkan busana tradisional Melayu juga mendaulatkan Melayu dan Islam itu sendiri.

Penghujung bulan Syawal terlihat gambar penaung dan penasihat HIKMAH, Dato' Dt Othman Yatim yang kami panggil sebagai Prof Othman berbusana tradisional Melayu dalam satu majlis di wilayah Patani, kini dalam selatan Thailand. Ini menarik perhatian kerana memang sudah lama saya mengusahakan agar golongan cendekiawan dapat berpakaian begini pada majlis-majlis umum, supaya hilang stigma kedua yang dilihat wujud dalam kalangan golongan atasan dan mereka yang berpelajaran tinggi iaitu pemakai busana tradisional Melayu kononnya terdiri daripada mereka yang kekampungan, tahu bersilat sahaja. Daripada pengalaman saya sendiri ke sana ke mari menyertai banyak majlis ilmu, masih sedikit yang dapat menghargai. Ramai kelihatan seperti memandang rendah lalu perlu disentak, antaranya adalah apabila saya bertanyakan soalan-soalan dalam majlis untuk menunjukkan kemampuan berfikir aras tinggi. 
Itulah kali pertama Othman memakai pakaian sebegitu pada majlis. Semasa bertandang ke rumahnya untuk berhari raya sebelum itu beliau ada meminta saya menunjukkan cara ikatan sampin yang menarik juga cara pemakaian tanjak yang betul. Rupa-rupanya beliau sedang merancang untuk ke Patani bersama satu persatuan. Untuk pengetahuan Othman juga adalah penaung PENGUKIR, satu persatuan yang terdiri daripada para pengukir berwibawa tanah air dan mereka yang berminat lalu memiliki cukup pengetahuan seni untuk terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti mereka. 


Difahamkan PENGUKIR sendiri pernah mengadakan majlis dengan setiap ahli memakai busana beberapa bulan (ke setahun?) sebelum itu. Inipun sudah membuka satu rintangan kerana kebanyakan aktivis busana lebih dikenali sebagai pesilat. Orang tak hairan melihat golongan pesilat selalu berbusana kerana itulah yang mudah diterima dalam fikiran mereka. Sedangkan ada aktivis yang memandang lebih jauh dan luas mahukan pemakaian busana dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat, daripada atas ke bawah seperti pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Apabila orang seni sudah masuk beramai-ramai untuk melestarikan perkara tentulah saya teruja. Satu lagi gambar di Patani menunjukkan kawan-kawan aktivis lain (selain PENGUKIR) pun ada beberapa orang menyertai majlis.
Penghujung bulan September timbul satu acara besar keris di Universiti Putra Malaysia. Pemakaian busana tradisional Melayu mencapai tahap baru apabila kelihatan lebih ramai cendekiawan sanggup berpakaian begitu di hadapan umum.

Saya dan isteri datang pada hari terakhir majlis. Ketika itu sudah masuk tahun baru Islam 1438 Hijriah. Tujuan utama kami datang adalah untuk menunjukkan sokongan kepada Prof Othman yang membentang hari itu. Selain daripada itu kami hendak melihat apa yang ada seraya bertemu kawan-kawan. Lihat artikel Temasya keris di UPM diikuti .Seminar untuk temasya keris di UPM .

Kebetulan Othman memakai satu persalinan busana yang disediakan oleh isteri saya atas jenama sendiri. Lihat artikel Jenama Bona Fida sudah bergerak menerima dan menghantar tempahan di blogspot Bona Fida. Kelihatan dalam gambar Othman berdiri di belakang saya dan isteri juga sejumlah kawan aktivis. Setiap pertemuan mengeratkan lagi silaturrahim sambil melebarkan jaringan kenalan....


Ini pula adalah gambar sekitar majlis yang muncul dalam surat khabar, saya lupa bertarikh bila tetapi dalam masa terdekat itu. Gambar ini sendiri diambil pada hari Sabtu 1 Oktober di mana terdapat lebih ramai orang datang kerana acara dirasmikan pada hari tersebut.

Ketika pertama kali mengatur slaid untuk pembentangan cerita tentang majlis di UPM merupakan yang terakhir sebelum acara ke-18 HIKMAH berlangsung di Muzium Negara 22 Oktober. Ini kerana tidak nampak apa lagi titik penting yang harus dinyatakan sebelum acara bermula. Siapa sangka tidak lama kemudian muncul majlis lain yang cukup signifikan untuk diambil kira. Nak tak nak beberapa lagi slaid harus ditambah agar pembentangan terasa cukup lengkap.

Siapa sangka persiapan untuk menganjurkan acara terbaru HIKMAH itu membawa kepada Jabatan Muzium Malaysia meminta pihak kami untuk memeriahkan lagi seraya memberikan kelainan pada majlis anjuran mereka yang namanya tertera dalam gambar. Lihat Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini.


Jaringan aktivis kami pun dibawa masuk terutama untuk menyambut tetamu utama/VVIP iaitu Tengku Puan Pahang. Selepas membuat sedikit persiapan mereka pun bersedia untuk melaksanakan perkara. Lihat Rehearsal akhir untuk majlis perasmian Pameran Songket ASEAN diikuti Menunggu ketibaan Tengku Puan Pahang.


Dalam tempoh 9 hari sahaja selepas diminta pihak kami juga dapat menyediakan persembahan silat untuk majlis gilang gemilang yang merupakan acara terbesar oleh jabatan dan Muzium Negara bagi tahun 2016! Ini bukan calang-calang majlis. Ia adalah bertaraf antarabangsa dan boleh juga dikira majlis diraja.



Kawan-kawan aktivis busana tradisional Melayu yang dibawa masuk disebabkan penganjuran HIKMAH turut diberikan peluang memperagakan pakaian di hadapan Tengku Puan Pahang. Mereka malah menutup pentas peragaan selepas dua kumpulan lain menunjukkan cara pemakaian mereka yang lebih moden. Lihat Apabila kawan-kawan HIKMAH mencuri perhatian tetamu diraja dan masyarakat antarabangsa.

Secara rata itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa apa yang kami buat, gerakan untuk memartabatkan kembali cara pemakaian busana tradisional Melayu seperti pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka telah mendapatkan pengiktirafan yang tinggi. Dengan ini cukuplah huraian isi pembentangan saya di Muzium Negara. Sekian. Semoga bermanfaat kepada semua.


No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.