Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...






















Thursday, February 20, 2014

Mutiara HIKMAH sebagai jambatan ke Aceh dan penyatuan Alam Melayu?

Pada ketika aura HIKMAH di Pulau Pinang semakin membara - selain banner-banner HIKMAH, 100 bendera tertera 2 kalimah syahadah katanya mahu diangkat di serata kawasan berkenaan - timbul rasa untuk berkongsi sesuatu...



Peta ini dibuat sebulan lepas lalu dikongsikan di Facebook untuk menunjuk laluan perhubungan antara Aceh dengan Semenanjung. Kelihatan dengan nyata seluruh pantai barat Pulau Pinang menghadap ke Aceh. Malah boleh dilukis garis lurus melintang menyambungkan makam pengasas kerajaan Samudera dan Pasai, Sultan Malikus Salih sehingga menghampiri pulau mutiara itu.

Bagindalah raja besar Melayu yang dikatakan mendapat mandat besar dari Nabi Muhammad SAW untuk memimpin sebuah kerajaan yang terdapat ramai para wali. Ini ditekankan melalui satu sabda yang disebut dalam sebuah hikayat lama, sabda yang walaupun tidak pernah tercatat dalam mana-mana kitab kumpulan hadis yang muktabar tetap dianggap sahih oleh ramai guru agama pengajian pondok terutama di Aceh.

Oh. Dua gambar ini di atas ini sebenarnya adalah sebahagian dari slaid yang dipersembahkan dalam satu sesi sembang santai di Wisma Sejarah Sabtu lepas. Saya telah dijemput Persatuan Sejarah Malaysia untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman lalu sejumlah slaid diatur untuk membantu persembahan. Lihat artikel Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.




Ini pula atur cara majlis di Pulau Pinang diletakkan dalam bentuk grafiks, untuk memenuhi permintaan seorang kenalan FB yang mahu mewar-warkan acara kepada lingkungan pergaulannya. Tertera tajuk pembentangan "Mencari Diri dan Erti" untuk sesi petang. Tajuk itu akan dibentangkan oleh saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH juga penulis siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh". Gerak hati saya menyuruh menggunakan slaid dari Wisma Sejarah dengan sedikit penambahan untuk menangani tajuk.

Cukuplah artikel ini ditulis mengikut gerak yang muncul beberapa jam tadi. Untuk makluman ini adalah artikel ke 111 di blogspot ini. Semoga HIKMAH di Pulau Pinang akan membuka jalan penyatuan Alam Melayu yang lebih besar. Saya dapat merasakan akan terjalin hubungan kuat membawa ke Aceh dan dari situ semacam penyatuan Malaysia-Indonesia demi kebangkitan sebenar Islam akhir zaman. Amin.



Thursday, February 13, 2014

Aura HIKMAH mula membara di Pulau Pinang...

Salam. Dengan ternukilnya artikel Acara kelapan HIKMAH di Sungai Buaya, Rawang 8 Feb 2014 semalam selesailah apa-apa yang perlu untuk diperkatakan tentang acara tersebut. Dengan itu penumpuan dapat diberikan pada acara HIKMAH seterusnya, Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari iaitu Sabtu minggu hadapan.



Pada artikel 3 acara HIKMAH akan datang dan Maulidur Rasul yang dibuat sebulan lepas telah dinyatakan atur cara tentatif untuk majlis. Secara rata kami masih menurut atur cara tersebut. Cuma ada beberapa penambahan dan dalam artikel ini kami mahu menunjukkan perkara terkini. Antaranya adalah banner-banner HIKMAH telah mula diletakkan di tempat-tempat strategik menuju ke lokasi. Oh, lokasi acara telah diubah dari padang Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas masuk ke kawasan utama kompleks iaitu di dewan besar.




Ini adalah backdrop yang saya sediakan semalam untuk kegunaan pihak penganjur di Pulau Pinang. Ia serupa backdrop pada acara ke-7 HIKMAH di Hang Tuah Center, cuma teks dan gambar sahaja berubah... kerana teksnya ada sedikit animasi, disediakan kakitangan sana berdasarkan backdrop asas yang saya buat menggunakan Power Point. Lihat Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013Backdrop beranimasi ini telah digunakan semasa acara ke-8 di Sungai Buaya. Gambar dan teks boleh diubah tanpa mengganggu persembahan animasi yang ada.

Untuk backdrop yang mahu dipancarkan ke pentas hampir sepanjang majlis pagi hingga petang di Pulau Pinang ini saya diminta menyertakan nama Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr Hj Hilmi Yahya sebagai perasmi. Beliau adalah orang sana dan sudah bersetuju untuk menyerikan majlis. Dengan ini biar dikongsikan atur cara tentatif terbaru. Diserlahkan tajuk-tajuk kertas pembentangan...


8.00 pagi  - Pendaftaran.

8.45 pagi - Bacaan Doa.
- Ucapan aluan oleh Pengerusi Hal Ehwal Pemuda Qaryah Masjid Al-Hidayah.
               - Ucapan aluan oleh Presiden HIKMAH
- Ucapan Perasmian oleh YB Dato’ Seri Dr. Hj Hilmi Yahya (Tim.Menteri Kesihatan)
- Jamuan ringan
- Persembahan Qasidah
               - Bacaan Ayat suci Al-Quran

10.00 pagi - Pembentangan bermula;
 - Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang
                 - Persembahan silat 1
 - Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu
                 - Persembahan silat 2
               - Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu
                 - Persembahan silat 3

12.45 tgh  - Jamuan makan tengahari

1.35 ptg   - Solat Zohor

2.00 ptg   - Ancaman terhadap Akidah umat Islam
                - Persembahan silat 4
               - Mencari diri dan erti
                - Acara memanah

4.00 ptg   - Bengkel berkumpulan mengikut minat

5.00 ptg   - Solat Asar dan jamuan makan petang

5.30 ptg - Penutup dan bersurai


Sejujurnya saya belum dapat memberikan tumpuan penuh pada acara kerana satu, masih agak kepenatan berpindah juga menyiapkan rumah sambil mahu mengadakan HIKMAH VIII yang juga merupakan acara perasmian rumah baru. Kemudian saya harus bersedia untuk satu perkongsian ilmu, sembang-sembang santai bertajuk "Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah" di Wisma Sejarah jam 10 pagi 15 Februari iaitu Sabtu ini. Harap apa yang dinukilkan di sini sudah cukup memadai untuk membayangkan aura HIKMAH yang mula membara di Pulau Pinang.


Wednesday, February 12, 2014

Acara kelapan HIKMAH di Sungai Buaya, Rawang 8 Feb 2014



Asalnya satu acara HIKMAH mahu diadakan di Grik, Hulu Perak pada musim Maulidur Rasul, atas permintaan orang sana. Mereka telah meminta hampir setengah tahun lalu dan setelah diteliti jadual perjalanan HIKMAH untuk tahun 2013 tarikh cadangan Sabtu 18 Januari 2014 pun diberi, 4 hari selepas hari sambutan Maulud. Namun muncul masalah yang menyebabkan ia harus ditunda ke tarikh yang belum dapat ditentukan lagi. Sejurus sebelum itu ada pihak berhasrat untuk membawa acara kembali ke Lumut pada musim yang sama, serupa halnya dengan HIKMAH III yang diadakan sana pada 27 Januari 2013 iaitu sempena Maulidur Rasul juga. Namun permintaan tersebut ditolak kerana ketika itu rancangan mengadakan majlis di Grik masih berjalan.

Penundaan tarikh berlaku ketika presiden dan pengasas HIKMAH, saudara Radzi Sapiee sedang menyiapkan rumah baru. Hal ini memberikan ilham agar diadakan acara housewarming atau 'pemanas'/perasmian rumah seiring dengan satu acara HIKMAH dalam masa terdekat. Dengan rumah dijadualkan siap sebelum tamat bulan Januari sedangkan pada 22 Februari pula acara akan diadakan di Pulau Pinang, tarikh 8 Februari pun dipilih. Dalam keadaan pelbagai perkara harus disiapkan itulah terbit acara pembuka kalendar 2014 yang dipanggil Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII.


Persediaan untuk acara...


1. 3 acara HIKMAH akan datang dan Maulidur Rasul

2.  HIKMAH VIII Sabtu ini dan tawaran buku


Apa yang berlaku sepanjang acara...


1. HIKMAH VIII di Sungai Buaya - Pagi yang agak sepi 

2.  HIKMAH VIII di Sungai Buaya - Santai hingga ke petang


Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19  oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu

2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)


Acara juga boleh diikuti melalui video klip...

Video sekitar HIKMAH VIII - Kedamaian rumah baru...

Dikumpulkan di sini rakaman video yang diambil sekitar acara ke-8 HIKMAH di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang. Untuk ceritanya sila lihat artikel HIKMAH VIII di Sungai Buaya - Pagi yang agak sepi dan HIKMAH VIII di Sungai Buaya - Santai hingga ke petang














HIKMAH VIII di Sungai Buaya - Santai hingga ke petang



Keadaan ketika jam 3.07 petang.





Setelah hampir 4 jam lewat dari jadual asal, sesi pembentangan ilmu pun dimulakan.


Aktivis seni rupa Melayu, saudara Mohd Zahamri Nizar mengulangi sambil memperbaiki kertas kerja bertajuk "Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19" yang pernah dibentangkannya pada HIKMAH V di Terengganu Jun lepas. Lihat HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Dari khilafah Uthmaniyah ke Tokku Paloh dan mushaf quran Terengganu.


Cukuplah dengan sejumlah peserta/hadirin mengikutinya dari pelbagai arah...






Seperti biasa ilmu dicerna dalam keadaan santai.


Jam 3.50 gitu pembentang kedua, Puan Harleny Abdul Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris) membuka kertas kerja bertajuk "Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran".


Ini adalah tajuk baru dari beliau yang seperti Zahamri telah beberapa kali membentang pada acara HIKMAH.


Apabila mendapati suara yang dilontarkan dari sistem audio ringkas milik saya kurang kedengaran di belakang kemah saya meminta hadirin agar membawa kerusi ke hadapan.


Kalau ikut jadual asal harus ada pembentangan ketiga dari saya sendiri, dengan tajuk "Rumahku Syurga : Mencari Perhentian dalam Perjalanan". Namun apabila mendapati pembentangan Harleny tamat hampir waktu Asar saya fikir cukuplah, biar kita berehat dan berbual-bual santai.


Hadirin/peserta boleh minum petang dan bersolat.




Buat pertama kali sejak HIKMAH mengadakan acara tidak dibuat sesi berkumpulan menurut minat seperti perkerisan, persilatan dan sebagainya. Sesungguhnya acara kali ini juga merupakan 'pemanas'/perasmi rumah. Konsepnya harus jauh lebih santai dari acara-acara sebelumnya.


Dah lepas jam 6.30 baru terfikir hendak mengambil gambar beramai-ramai.


Cukuplah dengan sedikit yang masih tinggal sebelum acara ditutup. Yang penting rumah baru ini telah mendapat barakah kunjungan sahabat-sahabat seperjuangan.





HIKMAH VIII di Sungai Buaya - Pagi yang agak sepi

OK. Sampai masanya untuk bercerita tentang acara yang baru sahaja tamat beberapa hari lalu.



Pagi Sabtu 8 Februari 2014 bersamaan 8 Rabiul Akhir 1435. Selepas mengalih dan mengemaskan beberapa barangan binaan rumah seperti kayu, cangkul dan sebagainya saya pun keluar meletakkan poster-poster kecil HIKMAH untuk menunjukkan arah ke tempat acara. Seperti sudah dimaklumkan pada artikel HIKMAH VIII Sabtu ini dan tawaran buku lebih seminggu lalu juga beberapa artikel sebelumnya, acara kali ini, acara ke-8 HIKMAH mahu diadakan di rumah baru saya di Sungai Buaya, Rawang, Selangor.


Poster diletakkan menumpang di atas sejumlah poster untuk majlis kerja kahwin yang telah berlangsung seminggu lebih awal. Sampai satu bahagian saya harus meletakkan tanda pangkah pada anak panah sedia ada dan melukis anak panah baru.


Ini diteruskan sehingga sampai ke rumah yang baru sahaja selesai dicat dan dicuci sehari sebelum berpindah Khamis 30 Januari.





Selain itu ada beberapa bahagian harus diperbaiki juga didirikan untuk meraikan tetamu.



Ketika gambar ini diambil sudah hampir jam 10 pagi. Sedangkan majlis dijadualkan bermula jam 9 dengan tetamu diminta datang seawal jam 8.


Namun perkarangan rumah masih kelihatan begitu sepi. Tak mengapa kerana ini memberikan masa untuk saya mendirikan apa yang patut seperti poster-poster HIKMAH juga skrin dan projektor juga menyelesaikan beberapa perkara.



Tetamu yang sudah sampai ketika itu cuma satu keluarga saudara dengan seorang kawan dan keluarganya. Kalau mengikut jadual tahlil dan maulud mahu dimulakan jam 9.



Setelah menunggu agak lama iaitu hampir jam 11 baru majlis dimulakan. Ketika itu belum ada orang lain kecuali kami-kami ini.



Sekitar jam 12.30 tengah hari baru kelihatan kehadiran tetamu/peserta yang agak memberangsangkan. Maka itu sesi pembentangan ilmu yang dijadualkan bermula 11.20 pun ditunda. Biar sahaja dinikmati juadah dan makan-makan santai dahulu.












Tuesday, February 4, 2014

HIKMAH VIII Sabtu ini dan tawaran buku



Assalamualaikum. Merujuk pada artikel 3 acara HIKMAH akan datang dan Maulidur Rasul yang dibuat lebih 3 minggu lalu. Adapun kebelakangan ini saya sangat sibuk dengan hal menyiapkan rumah baru. Sekarang, sukacita dimaklumkan saya dan keluarga telah berpindah sejak malam Jumaat lalu. Cuma belum selesai mengatur barangan yang dibawa dari rumah lama, ada antaranya baru diambil malam tadi. Dan ada sedikit lagi bahagian rumah belum siap.

Sudah dimaklumkan rumah baru itu akan menjadi tempat acara ke-8 HIKMAH berlangsung iaitu pada 8 Feb ini, hari Sabtu. Sekarang cuma tinggal 4 hari sahaja sebelum acara yang diberi nama "Rumahku Syurgaku" atau HIKMAH VIII ini berlangsung. Alamat rumah yang mahu dipanggil Baitul Hikmah ini sudah diumumkan di Facebook 1 Feb Sabtu minggu lepas. Sekarang biar dikongsikan di sini...


29, Jalan Cemperaisari 3D,
Bandar Sungai Buaya,
48010 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.







Kedudukan rumah boleh dilihat pada peta-peta di atas. Letaknya cuma 4 km ke barat exit/susur keluar Lebuh Raya PLUS Sungai Buaya. Cuma kedudukan exit yang terletak antara exit Rawang/Batang Berjuntai dan exit Bukit Beruntung ini belum dikemaskini dalam peta Google. Ia baru dibuka malah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib sekitar 2 minggu lalu. 

Saya juga mahu mengumumkan atur cara tentatif. Selama ini cuma dinyatakan akan ada majlis tahlil kerana acara kali ini juga merupakan 'pemanas (ke perasmi?) rumah' atau housewarming bersama majlis maulud kerana masih lagi hangat musim sambutan Maulidur Rasul. Turut telah dinyatakan adalah perkongsian ilmu tanpa memberikan butiran. Sekarang biar dinyatakan semuanya begini :-




8 pagi : Kedatangan hadirin/peserta

9 : Tahlil dan maulud oleh ustaz dan para pelajar Ma'ahad Tahfiz Darul Quran Sungai Buaya

10.30 : Rehat dan jamuan ringan

11am : Kata-kata aluan/pengenalan oleh presiden dan pengasas HIKMAH, Radzi Sapiee

11.20 : Pembentangan 1 - Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu

12 tengah hari - Pembentangan 2 - Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran - Puan Harleny Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

12.40 - Rehat Zuhur/makan tengah hari

2.30 petang - Pembentangan 3 - Rumahku Syurga : Mencari Perhentian dalam Perjalanan - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

3. 15 : Aktiviti berkumpulan menurut minat, persilatan, perkerisan dan sebagainya

4 : Rehat Asar/Minum petang

5 : Penutup : Meneruskan perjuangan cara HIKMAH







Satu lagi perkara.  Semalam set penuh terakhir siri buku "Berpetualang ke Aceh" karangan dan terbitan saya telah diposkan kepada seorang pembeli. Buku pertama siri, buku berwarna kuning dengan tajuk kecil "Mencari Diri dan Erti" kini sudah habis stok, tinggal buku kedua berwarna hijau "Membela Syiar yang Asal" dan buku ketiga juga terakhir yang berwarna merah darah, "Sirih Pulang ke Gagang?". Sempena itu saya mahu membuat tawaran istimewa pada HIKMAH VIII. Kedua-dua buku tersebut akan dijual pada harga RM10 senaskah sepanjang acara berlangsung.

Harga asal buku kedua itu adalah RM25 sementara buku ketiga adalah RM28. Sambil itu juga saya ingin membuat satu lagi tawaran harga runtuh. Buku ketujuh saya, buku mewah atau coffee-table book "Jejak Keluarga Yakin" mahu dijual pada harga RM50 sahaja berbanding harga asal RM125. Ambillah peluang membeli ketiga-tiga buku yang ditawarkan ini sekali gus. Harga tawaran ketiganya sekali cuma RM70 sahaja berbanding harga biasa berjumlah RM178, diskaun lebih RM100 tu!

Seperti pada setiap acara HIKMAH penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua. Sesiapa yang mahu berniaga juga boleh berbuat begitu secara percuma. Cuma bawa meja dan kerusi sendiri ya, kalau ada payung sekali lagi bagus. Silakan datang... :]


PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.