Sempena malam ini sudah masuk 3 Januari 2013 yang boleh ditulis sebagai 3/1/13, atau jadi 1/3/13 kalau ikut format bulan/hari/tahun timbul gerak untuk bercerita...

Selepas membuat artikel
Berselawat
menaiki kapal perang di perairan Pangkor awal pagi Krismas 9 hari lalu saya rasa tidak ada menyebut apa-apa lagi perkembangan terbaru tentang acara HIKMAH III yang akan diadakan di Lumut, Perak 27 Januari 2012 bersamaan 15 Rabiulawal 1434 Hijrah iaitu pada musim sambutan Maulidur Rasul. Sebenarnya saya belum dapat menumpukan fikiran pada acara kerana ada kerja lanjutan daripada HIKMAH II yang belum siap, acara yang diadakan sebagai Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu anjuran kerajaan negeri Melaka, Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dana Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012. Saya perlu membuat beberapa kertas kerja untuk dijadikan isi buku berkenaan wacana . Biar dikongsi
status update yang dibuat di Facebook 2 hari lalu...
Alhamdulillah. Pada hari Selasa 1 Januari 2013 iaitu hari pertama tahun baru ini selesailah sudah penulisan kertas kerja "Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu akhir zaman" dari saya. Selepas ini bolehlah dibuat kertas kerja "Pernyataan HIKMAH Melaka " untuk menyatakan serta mengulas 10 resolusi yang telah diwar2kan di hadapan Istana Kesultanan Melaka 2 Dis, resolusi yang dibuat hasil aktiviti berkumpulan HIKMAH I di Shah Alam 4 Nov diikuti HIKMAH II di Melaka 25 Nov demi mendaulatkan Melayu dan Islam . Harap kawan2 lain yang ada membuat kertas kerja untuk dimasukkan ke dalam buku terbitan kerajaan negeri Melaka juga mendapat kelancaran menyiapkan kerja.
Adapun saya harus membuat 4 kertas kerja untuk buku :-
1. Pengenalan tentang HIKMAH dan wacana pada HIKMAH II di Melaka
2. "Berpetualang ke Aceh : Satu pengalaman mencari jati diri Melayu" sepertimana dibentangkan pada sesi tengah hari wacana
3. "Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu akhir zaman" sepertimana dibentangkan pada sesi petang lalu menggulung dan menutup semua pembentangan
4. Pernyataan HIKMAH Melaka dan ulasan agar tidak timbul lagi kekeliruan seperti yang berlaku pada sesetengah orang, apabila mendapat tahu resolusi atau perkara pertama menyebut "Memohon dikembalikan hak KETUHANAN Melayu..."
Selepas itu saya perlu mengatur isi Wasiat Raja Haji yang dibacakan oleh Raja Syukri, juga perkongsian keadaan di Aceh oleh wakil dari MAPESA, Masyarakat Peduli Sejarah Aceh agar lebih lancar ditatap dalam buku. Saya harus juga menunggu kertas2 kerja dari yang lain sebelum dapat mengatur semuanya menjadi isi yang layak disampaikan kepada wakil kerajaan negeri.
Selesai segala itu saya harus lebih aktif menolong kawan2 dari Perak menguruskan HIKMAH III yang akan berlangsung di Lumut 27 Januari 2013. Jadi saya harap kawan2 dapat menyiapkan kertas kerja secepat mungkin agar saya dapat memberikan tumpuan penuh kepada HIKMAH III. Kerja sama anda didahului dengan ucapan ribuan lemon terima kasih... :]
Tadi siang saya telah menyiapkan keempat-empat kertas kerja dan malamnya mula mengatur Wasiat Raja Haji dan perkongsian dari Aceh. Ini amat melegakan saya kerana sudah lama tersangkut ketika hendak meneruskan kerja. Masuk tarikh 3/1/2013 pula saya membuat beberapa artikel di blogspots lain saya. Kemudian baru terasa sesuai mahu membuat pengumuman di FB seperti berikut...
TAWARAN 131 LAGI BUKU BKA III UNTUK HIKMAH III DI LUMUT
Ingat tak dahulu saya pernah membuat tawaran 313 buku ketiga saya pada harga RM10 senaskah untuk HIKMAH I di Shah Alam 4 Nov? Kemudian acara didownscale jadi kecil maka tawaran diubah menjadi 131 buku. Apabila HIKMAH II jadi dibuat di Melaka 25 Nov, baru tawaran 313 buku berkuatkuasa. Nah, sekarang, sempena tarikh hari ini 3/1/13 yang kalau ditulis mengikut sistem bulan/hari/tahun jadi 1/3/13 saya mahu mengulangi tawaran seperti pada HIKMAH I. Maka itu biar diumumkan untuk HIKMAH III di Lumut 27 Januari 2013 ini 131 buku BKA III akan ditawarkan pada harga RM10 setiap satu. Sila datang dan ambil peluang ini. :]
Cukuplah ini. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai acara sila masuk ke event page (klik
sini dan nyatakan
going.
No comments:
Post a Comment