Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...






















Friday, April 7, 2017

HIKMAH Aceh 2017 - Dari Perlak ke Aceh dan kepentingan memperbetulkan sejarah

OK. Sampailah masa untuk menutup perkongsian-perkongsian yang memperincikan sedikit setiap pembentangan ilmu pada acara ke-20 HIKMAH 19 Mac 2017. Bersambung daripada HIKMAH Aceh 2017 - Menyelamatkan makam-makam lama dan batu nesan.



Pembentang seterusnya merangkap pembentang ke-5 (selepas saya dan 3 orang anak muda Aceh) juga pembentang terakhir adalah seorang tua atau orang lama dalam dunia kajian budaya dan sejarah Aceh yang amat dihormati ramai.



Umurnya dah masuk 80 tahun kalau tak salah. Nama beliau adalah Abdul Rahman Kaoy, seorang bekas pensyarah universiti dan pendakwah yang dikenali sebagai ahli pidato yang hebat.



Pak Rahman membuka tentang awal kedatangan Islam ke Aceh sehingga terbentuknya Kesultanan Perlak yang diterajui seorang raja berketurunan Ahlul Bait iatu keturunan Nabi Muhammad SAW 1,200 tahun lalu. Disebutlah juga bagaimana Perlak yang pusatnya terletak lebih 8 jam perjalanan dengan kenderaan darat dari Banda Aceh boleh terkait dengan Aceh yang berpusat di Banda. Untuk pengetahuan Perlak diserap ke dalam kerajaan Samudera-Pasai pada penghujung abad ke-13 Masihi. Sedangkan Samudera-Pasai terserap ke dalam Aceh Darussalam pertengahan abad ke-16 Masihi. Perkara ini ada disebut lebih awal dalam pembentangan pembuka sesi ilmu oleh saya. Lihat artikel HIKMAH Aceh 2017 - Kepentingan kedudukan Aceh dalam penyebaran Islam. Pembentangan atau lebih tepat syarahan Pak Rahman merumuskan kedudukan dan kepentingan Aceh dalam Alam Melayu terutama sebagai pusat penyebaran Islam...





Saya dapati syarahan orang lama ini telah dilaporkan dengan baik oleh seorang pemilik blogspot tempatan yang hadir pada majlis, Biar dicopy paste bahagian laporan  yang berkenaan :-


--------------


Diakhir majelis ada kuliah penutup atau yang mereka sebut dengan kuliah penggulung yang disampaikan oleh Abu Rahman Kaoy. Beliau adalah sosok pendakwah Aceh yang kharismatik, dan sejarahwan Aceh yang juga merupakan mantan Dekan Fakultas Dakwah IAIN Ar-Raniry.

Terbukti dengan pembahasan beliau tentang Aceh Pusat Tamaddun Islam di ASEAN, mampu menghipnotis para audien yang sedang lapar menunggu waktu jam makan siang.

Dakwahnya begitu berapi-api dalam menjelaskan sejarah Aceh yang sebenarnya, karena banyak sejarah Aceh yang ditulis oleh orang-orang belanda namun salah, dan meyesatkan tentang keberadaan Islam.

Beliau menjelaskan bahwa Islam pertama kali datang dibawa oleh Said Maulana Abdul Aziz Syah, yang merupakan keturunan Ali bin Abi Thalib pada tahun 225 H. Tepatnya berada di Perlak.

Kedatangan mereka awalnya hendak menuju negri China, namun ketika singgah di Perlak, dilihatlah hutan, dan tanahnya yang begitu subur dan indah, sehingga mengurungkan niat mereka untuk melanjutkan perjalanan ke China, dan tinggal di Perlak.

Masyarakat Perlak yang awalnya beragama Hindu tertarik dengan kebiasaan, dan kehidupan kafilah ini. Mereka sangat ramah, dan bersahabat, tidak hanya satu orang saja, tapi semuanya seperti itu, dan perlakuannya sama meskipun dengan mereka beragama Hindu.

Akhirnya mereka masuk agama Islam secara beramai-ramai, dan kerajaan Islam pertama ialah berada di Perlak. Selanjutnya Islam menyebar sampai ke daerah Pase sehingga terbentuklah kerajaan islam kedua di Pase.

Singkat cerita, berkat agama Islam yang bisa diterima oleh berbagai pihak dan kalangan, terbentuklah 7 kerajaan Islam, yaitu Perlak, Pase, Tamiang, Pidie, Lingga, Daya, dan Darussalam.

Sosok laki-laki yang sudah sepuh ini terus becerita dengan semangat, meskipun usianya sudah lanjut, gaya berceritanya mampu membangkitkan amarah, dan semangat kaum muda.

Beliau tidak ingin generasi sekarang buta terhadap sejarah, karena banyak sejarah Aceh yang dimanupulasi oleh orang-orang yang pernah menjajah Aceh. Salah satunya tentang permaisuiri Sultan Iskandar Muda.

Beliau menyebutkan ada sebuah buku yang ditulis oleh orang Belanda, dan menjadi buku acuan sehingga menjadi buku best seller di seluruh dunia. Dalam buku itu menyebutkan bahwa Ratu Safiatuddin ialah permaisurinya Sultan Iskandar Muda.

Ini ialah jelas pembodohan, karena Ratu Safiatuddin adalah anak Sultan. Sedangkan permaisurinya ialah Putri Kamaliah, atau yang biasa dikenal dengan Putroe Phang yang berasal dari Negri Pahang Semananjung Malaya.

Anak Sultan Iskandar Muda yaitu Ratu Safiatuddin kemudian nikah dengan Sultan Iskandar Sani yang juga berasal dari Malaysia. Jadi cukup terlihat jelas benang merah antara Aceh, dan Malaysia ini sebagai saudara satu bapak, dan ibu. Karena leluhur kita berasal dari kedua negri tersebut.


--------------


Laporan penuh yang turut memaparkan keterujaan anak muda Aceh tentang HIKMAH boleh didapati di sini - Klik Laporan Yell Saints. Cukuplah perkongsian tentang sesi pembentangan ilmu daripada saya. Sekarang tinggal cuma satu sahaja lagi artikel tentang acara mahu dikongsikan iaitu tentang satu lawatan lapangan tambahan. Selepas itu bolehlah segala pautan berkenaan dikumpulkan dalam satu artikel kompilasi tentang acara ke-20 HIKMAH...


HIKMAH Aceh 2017 - Menyelamatkan makam-makam lama dan batu nesan


Anak muda Aceh ketiga membentang, saudara Mizuar Mahadi adalah ketua sebuah NGO bernama MAPESA, Masyarakat Peduli Sejarah Aceh. Beliau membawa tajuk "Ragam Batu Nisan Aceh sebagai Bukti Tamaddun Islam".



Sepatutnya yang membawa tajuk ini adalah Ustaz Abu Taqiyuddin Muhammad, seorang pakar epigraf yang pandai membaca dan menafsirkan tulisan khat rumit pada batu-batu nesan Aceh. Namun beliau tidak dapat hadir kerana muncul komitmen lain pada saat-saat akhir.



Apapun, Mizuar cukup faham tentang batu-batu nesan tersebut kerana MAPESA yang dipimpinnya sejak 2-3 tahun lalu (kalau tak salah) rajin membuat kerja-kerja lapangan membersihkan dan memugar makam juga mendirikan batu-batu nesan yang telah condong, rebah malah sudah tenggelam ke dalam laut. Cuma beliau tidak sempat menyediakan slaid kerana dipanggil membentang pada saat akhir. Sebagai gantinya beliau menunjukkan hasil kerja dan kajian MAPESA yang terpapar dalam website atau laman sesawang mereka...




Laman sesawang tersebut boleh dicapai di sini (sila klik). Ia memaparkan usaha-usaha MAPESA menyelamatkan makam-makam terbiar dan sudah rosak di merata tempat berserta maklumat yang dapat dikumpul dari makam dan batu nesan.



Mizuar memberikan beberapa contoh Yang ini bertajuk "Puncak Perkembangan Kaligrafi Arab di Samudera-Pasau". Ia tentang seni khat yang terpapar pada batu-batu nesan peninggalan kerajaan Samudera-Pasai yang pusatnya terletak sekitar 6-7 jam perjalanan darat dari Banda Aceh. Saya copy paste penulisan berkenaan dari laman sesawan  merujuk pada batu nesan yang kelihatan dalam gambar...


Kalimat Tauhid dengan kaligrafi: Khath Tsuluts bercita-rasa Samudra Pasai, serta ornamen yang mutlak bersumber dari kebudayaan Pasai (Jawiy) awal. Khath tersebut, menurut kami, tidak dapat disebut dengan khath 'Utsmaniy yang lazim menyebar dan digunakan dewasa ini, dan kami lebih memilih untuk menyebutnya dengan khath Shalihiy atau Sumathraniy.

Sebuah kreatifitas seni yang menampilkan tingkat kebudayaan dan peradaban yang dicapai Samudra Pasai di masa lalu. Layak untuk dipertahankan, dan pantas pula untuk diilhami serta ditumbuhkembangkan, karena seni juga akan merubah dunia. Sebuah pesan untuk generasi zamanku, mudah-mudahan takkan menyesal setelah diucapkan!




Yang ini bertajuk "Kabilah Kinanah Ditemukan". Ia adalah berkenaan batu nesan seorang berketurunan kabilah Arab terkenal dahulukala yang ditemui di Kampung Pande, bahagian utara Banda Aceh menghadap ke laut. Saya copy paste sebahagian penerangan...


Sejak ratusan tahun yang silam, wanita itu telah dikebumikan di tempat yang hari ini dikenal dengan Gampong Pande, di Kecamatan Kutaraja, Banda Aceh. Keterangan tentang kehadirannya dalam lembaran sejarah Aceh Darussalam, yang ditemukan di lahan rawa-rawa bakau Gampong Pande, merupakan penggalan kecil dari sebuah riwayat panjang negeri ini yang masih dalam ruang minus cahaya.

Kendati hanya sebuah penggalan kecil, kubur wanita itu telah ikut pula memastikan kepentingan Gampong Pande dan sekitarnya sebagai kawasan kota Islam kuno yang menduduki peringkat atas dalam Tarikh Islam di Asia Tenggara.

Sebelumnya, sejumlah tokoh utama Kerajaan Aceh Darussalam memang telah dijumpai makam-makam mereka di Gampong Pande dan sekitarnya sekalipun ada keyakinan bahwa dalam Musibah 2004 banyak di antara peninggalan sejarah yang ikut sirna.

Lain dari itu, penanggalan tertua yang akurat (bukan perkiraan), yang pernah ditemukan sejauh ini di Gampong Pande, juga telah membuka kemungkinan untuk sebuah asumsi bahwa di bagian barat laut Aceh, Gampong Pande dan sekitarnya merupakan kota Islam tertua setelah kota Islam Kerajaan Lamuri yang terletak di Gampong Lamreh, Krueng Raya, Aceh Besar, sekarang ini.



Yang ini berkenaan pesanan yang terdapat pada sebuah batu nesan :-


"Orang-orang Mu'min tidak mati akan tetapi berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain. Kematian akan "iri hati" dengan Mu'min."
"Kematian adalah titian yang akan mengantarkan seorang kekasih menuju Kekasihnya."

Makam seorang tokoh yang pada nisannya disebut sebagai Asy-syahid lagi berbahagia serta digelar dengan "Mahbub Khulub Al-Khalaiq : orang yang dicintai oleh hati banyak orang," wafat 622 H/1226 M. Leubok Tuwe, Meurah Mulia, Aceh Utara.


Banyak lagi boleh didapati melalui lawan sesawang MAPESA (sila klik). Di sini biar ditambah satu sahaja lagi perkara. Selesai acara ke-20 HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien kami membuat lawatan lapangan untuk melihat secara langsung anak-anak muda dari NGO ini membuat kerja.  Usaha mereka mahu melestarikan sejarah secara sukarelawan sudah mendapat perhatian banyak pihak dan kini batu nesan Aceh mahu didaftarkan ke UNESCO. Lihat artikel HIKMAH Aceh 2017 - Lawatan lapangan ke tinggalan Kampung Pande.


HIKMAH Aceh 2017 - Menghidupkan kembali industri songket Aceh




Anak tempatan Aceh kedua membentang pada majlis adalah saudara Azhar Ilyas. Beliau kelihatan 10 tahun lebih muda berbanding pembentang sebelumnya tetapi difahamkan sudah memiliki ijazah sarjana atau Masters dalam bidang ekonomi.



Beliau kini giat mahu mempromosikan industri songket Aceh. Saya sendiri baru mendengar tentang kewujudan industri ini di bumi Serambi Mekah apabila mendapat tahu tajuk-tajuk pembentangan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa penganjuran majlis sekitar dua minggu sebelum majlis...



Songket Aceh rupa-rupanya sudah wujud sejak ratusan tahun yang lampau. Ini dipercayai lebih lama daripada songket terkenal di beberapa tempat, antaranya songket Palembang. Sejarah tenunan songket Aceh dikaitkan dengan sejarah penghasilan sutera. Menurut Azhar, catatan kitab Sung abad ke-10 dan ke-11 Masihi (merujuk pada Dinasti Song yang memerintah benua Cina ketika itu) ada menyebut tentang industri sutera di Pidie, satu kawasan dalam satu setengah jam perjalanan dari Banda Aceh.



Songket Aceh menjadi satu komoditi utama perdagangan yang dieksport ke luar Aceh pada abad ke-16 dan 17 Masihi. Sutera yang dihasilkan di Aceh dikatakan lebih bermutu tinggi dan mahal berbanding sutera yang diimport dari India. Industri songket berkembang di pantai Barat Aceh abad ke-19 namun masih berpusat di Pidie dan Aceh Besar (daerah sekeliling di luar Banda Aceh).



Sutera Aceh dikatakan banyak mendapat pengaruh Parsi. Perlu diingatkan di sini, sutera Aceh juga merujuk pada songket Aceh. Sutera adalah bahan sedangkan songket sebenarnya merujuk pada teknik menyongket untuk memasukkan benang terutama benang emas dalam membentuk motif. Motif-motif Aceh lebih pada bentuk flora dan fauna atau tumbuh-tumbuhan, tidak mengikut binatang seperti dilakukan di India dengan pengaruh Hindu misalnya.



Hadirin kemudian dihidangkan dengan profil beberapa orang penggiat songket tradisional yang masih wujud di Aceh...









Ditunjukkan juga tentang komuniti "I Love Songket Aceh" yang baru setahun lebih diwujudkan untuk mempromosi dan menghidupkan kembali industri songket Aceh.



Matlamat mereka mahu anak-anak muda tempatan sedar tentang budaya dan kearifan tempatan ini selain berusaha untuk membangkitkan industri...



Aktiviti-aktiviti mereka pun dikongsikan...










Azhar kemudian menunjukkan contoh beberapa helai songket Aceh dengan motif-motif tradisional tertentu, Sekarang biar ditambah perkongsian saya sendiri tentang perkara...




Merujuk pada artikel Misi HIKMAH Aceh 2017 - Jumaat di sekitar Baiturrahman sebelum masuk ke Pulau Sabang di blogspot CATATAN SI MERAH SILU yang menunjukkan aktiviti saya bersama keluarga dan beberapa orang kawan Malaysia di Aceh pada hari Jumaat 17 Mac iaitu 2 hari sebelum HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien. Pagi Jumaat itu menyaksikan saya pertama kali berjalan membeli belah di Aceh setelah 8 kali ke sana Ini disebabkan ramai orang perempuan ada bersama. Maka saya pun ikut kerenah mereka mahu membeli belah di sekitar Pasar Aceh.

Di sebuah kedai kami ditunjukkan songket Aceh buatan Montasik, satu kawasan sekitar 20-30 minit ke luar Banda Aceh, Saya lihat dengan mata kasar dan pegang, kualitinya  terasa sama dengan songket yang saya lihat di Pandai Sikek, satu tempat yang terkenal dengan kerajinan tempatan dalam wilayah Minangkabau iaitu hampir ke Bukit Tinggi, dalam satu perjalanan pada bulan Januari. Lihat Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Sekitar Pagaruyung lagi sebelum ke Pariangan dan lain tempat. Kualitinya kelihatan sama dan memang cantik sedangkan harga cuma 1/3 daripada yang di Pandai Sikek. Terus dibeli sepasang untuk isteri.

Malam selepas acara ke-20 HIKMAH pembentang topik songket iaitu saudara Azhar muncul bersama dua orang kawan di lobi hotel tempat saya menginap mahu bertemu saya dan isteri. Mereka sangat teruja dengan acara lalu mahu mengetahui lebih lanjut tentang HIKMAH. Masuk bab songket saya pun tergerak untuk memberikan sedikit cadangan demi menghidupkan kembali industri songket Aceh. Nampaknya ia sudah lama pudar akibat perang yang lama berlanjutan. Ini bermula dengan pencerobohan Belanda tahun 1873 yang perangnya berlanjutan sehingga Aceh merdeka bersama Republik Indonesia tahun 1945. Selepas itu pula perang dengan askar yang dihantar kerajaan pusat Indonesia di Jakarta akibat berbeza hala tuju pentadbiran, Yang ini berlanjutan hinggalah berlaku terjahan ganas ombak Tsunami 26 Disember 2004 yang membinasakan banyak infrastruktur di Aceh selain meragut nyawa lebih 200,000 orang.

Biar cadangan saya dibuat secara point form :-


1) Industri songket harus dihidupkan pada 3 peringkat kualiti dan harga barangan 

    a) Kualiti ekonomi yang harganya boleh dicapai semua orang

    b) Kualiti menengah yang lebih mahal dan baik kualiti namun tidak terlalu mahal. Boleh dibeli oleh orang biasa setelah mengumpul duit dan sebagainya.

    c) Kualiti tinggi - Yang ini dah tentu harganya terlebih mahal lalu cuma mampu dibeli segelintir orang.


2) Kenapa begitu?

Setiap industri yang mahu bertahan lama harus ada bahagian yang dapat dicapai orang ramai. Bahagian berkualiti tinggi pula menjadi penentu sebenar tahap yang boleh dicapai namun berada di luar jangkauan orang biasa.

Misalnya kereta Ferrari buatan Itali. Tak ramai orang dapat membelinya kerana mahal akibat tinggi kualiti buatan.. Ia menjadi penanda aras kehebatan teknologi kejuruteraan kereta Itali. Namun kalau berharap pada itu sahaja industri kereta di Itali tidak akan dapat bertahan lama kerana tak ramai orang mampu membeli kereta Ferrari. Yang ramai orang mampu beli adalah kereta Fiat buatan Itali juga tetapi dapat dijangkau orang ramai,

Maka untuk kebangkitan industri dan dapat bertahan jangka panjang harus diadakan barangan pada peringkat ekonomi, pertengahan dan tinggi.


3) Penerbitan dan pengagihan tenaga kerja/kerajinan dari peringkat bawah sehingga tertinggi

Dalam membentuk suatu industi yang boleh bertahan lama harus dibentuk pelapis baru untuk menggantikan generasi sebelumnya. Proses ini harus berterusan yang mana seorang bertaraf mahaguru membentuk guru-guru dan para guru membentuk murid yang menjadi pelapis baru. Hasil kerja pelapis boleh menjadi songket yang rendah sedikit kualiti dan harganya ekonomi, hasil kerja guru kelas menengah dan hasil kerja mahaguru kualiti tinggi.  

Setelah pelapis semakin meningkat kemahiran dia boleh menjadi guru yang membentuk songket kualiti menengah. Guru yang semakin meningkat akhirnya boleh menjadi mahaguru yang membentuk kualiti tinggi. Mahaguru pula apabila semakin tua secara logiknya sampai masanya dia akan pergi meninggalkan kita semua. Nampak tak bagaimana susunan ini dapat membantu industri berterusan sambil membentuk lapisan baru juga hasil kerja dengan harga yang sesuai dengan kualiti lalu boleh dicapai oleh semua peringkat masyarakat.


4) Melonjakkan industri songket Aceh melalui penyertaan orang ternama yang berwibawa

Dalam perbincangan itu tiba-tiba saya teringat tentang Tengku Puan Muda Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah ibni almarhum Sultan Iskandar (Johor) isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, bakal Sultan Pahang. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat sayangkan songket, tahu mengenal dan menilai pelbagai jenis buatan. Kebetulan HIKMAH tanpa dirancang pernah terlibat dalam satu majlis besar songket bertaraf antarabangsa yang dirasmikan beliau. Lihat artikel-artikel berikut :-








Adapun Tengku Puan Pahang ini diketahui berjaya menghidupkan kembali industri songket Pahang yang telah lama mati apabila menjadi penaung songket Pahang sejak beberapa tahun lalu. Melalui kedudukan dan kelebihan beliau industri ini kembali mendapat penghormatan sedangkan pelapis baru pembuat songket berkualiti dibentuk atas cadangan beliau agar penjara-penjara di Pahang digunakan untuk membuat songket. Caranya bawa guru mengajar banduan yang berminat sampai jadi dan hal ini diteruskan sehingga kini. Banduan mendapat kemahiran yang berguna sambil songket baru dapat dibentuk.

Mungkin kawan-kawan di Aceh boleh mengundang Tengku Puan Pahang untuk datang ke sana berkongsi pengalaman bagaimana menghidupkan industri. Ini bersesuaian dengan sejarah lama Aceh di mana raja yang sering disebut sebagai Sultan Aceh paling hebat, Sultan Iskandar Muda (memerintah 1607-1636) memiliki permaisuri bernama Puteri Kamaliah, seorang anak Raja Pahang. Seorang anak Raja Pahang yang lain pula menjadi menantu Iskandar Muda lalu dapat menaiki takhta Aceh. Beliau dikenali sebagai Sultan Iskandar Thani, memerintah 1636-1641.

Kedatangan Tengku Puan Pahang sendiri harus dapat menimbulkan minat dan perhatian yang boleh membuat orang ramai melihat kembali songket Aceh. Selain itu beliau cukup mampu untuk membeli songket-songket berkualiti tinggi. Ini dapat secara langsung membantu pendapatan orang-orang lama pembuat songket Aceh yang tinggal beberapa orang sahaja. Sambil itu, kedatangan Tengku Puan Pahang dapat meningkatkan penghormatan terhadap diri mereka dan indusri songket Aceh itu sendiri...


5) Boleh dapatkan penyertaan Tengku Puan Pahang melalui Tuanku Raja Yusuf ibni Tuanku Raja Ibrahim ibni Sultan Muhammad Daud, sultan terakhir Aceh

Nak dapatkan orang berprofil tinggi seperti Tengku Puan Pahang datang tentu bukannya senang. Namun seketika itu juga saya nampak jalannya. Saya teringat beberapa tahun lepas keluar berita dari Aceh tentang lawatan beliau sambil mencari waris Sultan Aceh lalu bertemulah beliau dengan penama di atas. Tengku Puan Pahang malah dikatakan pernah mengajak Tuanku Yusuf datang ke Pahang untuk menerima layanan selayaknya sebagai cucu sultan terakhir Aceh. Tetapi Tuanku Yusuf menolak kerana katanya sudah lebih selesa hidup sebagai orang biasa. 

Adapun Tuanku Yusuf ini saya sudah kenal secara peribadi sejak tahun 2014. Pada acara ke-20 HIKMAH tahun 2017 pula beliau menjadi perasmi. Lihat HIKMAH Aceh 2017 - Pembukaan pelbagai ragam dan perkongsian ilmu dari Malaysia. Anak beliau, Tuanku Warol pula saya kenali ketika lawatan ke Aceh awal tahun 2015. Tuanku Warol turut hadir pada acara ke-20 HIKMAH malah menurut Azhar beliau yang mengajaknya membentang tentang songket pada acara.

Kalau begitu bolehlah diajak Tuanku Yusuf supaya mengundang Tengku Puan Pahang membantu menaikkan songket Aceh di mata dunia. Cadangan-cadangan ini saya tulis di sini supaya kawan-kawan Aceh dapat bersama membantu menjayakan ia.


6) Buat pameran songket Aceh, mungkin di Muzium Aceh

Cadangan ini baru timbul ketika menyemak kembali perenggan-perenggan di atas. Nak undang Tengku Puan Pahang pun elok ada acara dan sebab yang jelas bukan? Kalau begitu mintalah beliau datang sebagai tetamu kehormat jika tidak pun perasmi pada satu pameran songket. Tapi kena usahalah buat pameran songket yang berkaliber. Saya rasa Muzium Aceh boleh memberikan jalan dan tempat.

Saya terfikir ini kerana baru teringat tentang pameran Batu Nisan Aceh yang mahu diadakan di Muzium Aceh pada pertengahan bulan Mei. Saya akan menyentuh tentang ini lebih lanjut pada artikel seterusnya. Ini kerana artikel itu adalah mengenai pembentangan tentang usaha menyelamatkan batu-batu nesan Aceh...


HIKMAH Aceh 2017 - Manuskrip lama sebagai bukti ketinggian akal budi bangsa

Salam pagi Jumaat. Masuk pembentangan oleh anak-anak tempatan Aceh. Bersambung daripada artikel HIKMAH Aceh 2017 - Kepentingan kedudukan Aceh dalam penyebaran Islam.



Merujuk pada artikel HIKMAH Aceh 2017 - Perkongsian ilmu anak muda tempatan sebelum orang lama merumuskan perkara. Hampir jam 11 muncul tiga orang anak muda Aceh dipanggil mengambil tempat di hadapan atau pentas untuk perkongsian ilmu seterusnya. Pembentang pertama, saudara Hermansyah adalah seorang pengkaji manuskrip lama yang sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat PhD di sebuah universiti di Eropah iaitu di Jerman kalau tak salah. Beliau sedang bercuti balik ke Aceh lalu diminta berkongsi ilmu pada acara.




Tajuk yang dipilih memang sesuai dengan kepakaran...




Manuskrip-manuskrip lama Aceh itu meliputi pelbagai subjek ilmu dan perkara. Secara rata tempoh masa penulisan atau penerbitan boleh dipecahkan kepada 3 zaman. Pertama adalah zaman Kesultanan, merujuk pada tempoh masa Kesultanan Aceh berdiri megah bermula awal abad ke-16 Masihi. Kedua, zaman Kolonialisme yang ditandai dengan pencerobohan Belanda penghujung abad ke-19 tetapi saya kira rasminya bermula apabila sultan terakhir Aceh, Sultan Muhammad Daud Syah dimakzulkan oleh kuasa Barat tersebut tahun 1903. Ketika zaman kemerdekaan di mana Aceh keluar daripada kekuasaan Belanda bersama wilayah-wilayah yang mebentuk Republik Indonesia tahun 1945.



Ditunjukkan beberapa contoh manuksrip Aceh termasuk Quran tulisan tangan dengan iluminasi (gaya yang mencerahkan teks) tempatan sana.






Untuk kajian tentang manuskrip-manuskrip lama ini Hermansyah telah menjelajah ke seluruh Aceh mencari koleksi yang masih wujud termasuk di kampung-kampung yang jauh di pendalaman. Beliau pun menyuarakan kerisauan tentang sejumlah koleksi yang dilihat dalam simpanan peribadi. Banyak yang kurang terjaga dan terawat lalu sudah rosak. Namun ia tetap disimpan sebagai warisan keluarga tanpa penjagaan yang sewajarnya kerana kurang pengetahuan tentang cara penjagaan yang sepatutnya seperti diamalkan di institusi-institusi seperti muzium dan sebagainya.




Penjelajahan dan kajian beliau telah memperlihatkan lebih 4,000 manuskrip lama Aceh wujud di serata bumi Serambi Mekah itu. Selain isu penjagaan dan perawatan tentunya isu kajian isi manuskrip harus diperkatakan. Terlau banyak khazanah ilmu orang lama perlu digali kembali untuk pengetahuan dan faedah generasi sekarang. Apa yang terdapatdalam manuskrip-manuskrip itu harus menjadi bukti ketinggian akal budi juga ketamadunan masyarakat tradisional yang pernah wujud suatu masa dahulu.


Wednesday, April 5, 2017

HIKMAH Aceh 2017 - Kepentingan kedudukan Aceh dalam penyebaran Islam

Salam. Masuk bab butiran perkongsian ilmu pada acara ke-20 HIKMAH yang telah selamat berlangsung di Aceh pada hari Ahad 19 Mac 2017. Adapun pada penghujung artikel HIKMAH Aceh 2017 - Pembukaan pelbagai ragam dan perkongsian ilmu dari Malaysia ada disebut bahawa selesai bacaan hikayat tentang pahlawan wanita Aceh terkenal penghujung abad ke-19 Masihi iaitu Cut Nyak Dhien sampailah giliran saya untuk berkongsi ilmu. Disebut juga butiran perkongsian tersebut akan dikongsikan dalam artikel lain. Sekarang biar dimulakan perkongsian tersebut...



Saya adalah satu-satunya pembentang dalam acara yang membuat perkongsian ilmu terus dari sudut berdekatan projektor. Pembentang lain semuanya membentang dari atas pentas di hadapan. Apa-apa keperluan memaparkan slaid dikendalikan oleh orang lain. Sudah menjadi kebiasaan saya mengendalikan sendiri slaid. Sebab itu saya memilih untuk duduk dekat dengan projektor. Saya menggunakan komputer riba atau laptop sendiri yang disambung dengan projektor.

Tetapi tidak seperti kebiasaan apabila membentang sejak beberapa tahun lalu saya tidak menyediakan apa-apa slaid khas untuk perkongsian ilmu pada acara ke-20 HIKMAH ini. Entah kenapa gerak hati menyuruh menurut sahaja keadaan dan bercakap secara spontan. Kalau perlu saya boleh menggunakan slaid-slaid daripada pembentangan lama untuk membantu. Oleh kerana saya telah disenaraikan oleh pihak penganjur tempatan untuk bercakap tentang sejarah Aceh-Malaysia saya fikir eloklah ditunjukkan bagaimana boleh terjadi hubungan rapat antara dua wilayah itu.



Secara spontan saya tergerak untuk menggunakan program Google Earth. Program ini memaparkan gambar-gambar sebenar muka bumi yang diambil menggunakan satelit. Kedudukan geografi suatu wilayah atau negeri dan negara dapat ditunjukkan dengan tepat. Melalui kedudukan geografi sejarah perhubungan juga kepentingan suatu wilayah dapat disusul dan diterangkan dengan jelas.



Saya mulakan dengan menunjukkan gambar satelit Aceh dan separuh utara Pulau Sumatera di mana Aceh terletak di bahagian paling ke utara pulau. Kebetulan sebahagian besar daripada 27 orang ahli rombongan Malaysia yang menyertai majlis baru pertama kali menjejakkan kaki ke Aceh apabila mereka sampai Khamis 16 Mac iaitu 3 hari sebelum acara. Ditunjukkanlah di manakah kedudukan Banda Aceh, kota tempat kami menginap, ditunjukkan juga Rumah Cut Nyak Dhien tempat acara ke-20 HIKMAH diadakan terletak di mana. Oleh kerana saya, keluarga dan beberapa orang kawan baru kembali dari Pulau Weh atau Sabang hari sebelumnya ditunjukkan juga kedudukan pulau. Lihat artikel Misi HIKMAH Aceh 2017 - Jumaat di sekitar Baiturrahman sebelum masuk ke Pulau Sabang diikuti Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kilometer Nol Indonesia, pantai Iboih dan makam Hamzah Fansuri di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.

Oh. Pada paparan ini kelihatan nama "Makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Azizi Syah" terpampang jelas dengan satu macam penanda kedudukan. Oleh kerana keputusan mahu menggunakan Google Earth ini dibuat secara spontan saya tidak sempat memadamkan nama dan penanda, tak ingat pun bagaimana cara melakukannya. Tak mengapa. Saya biarkan sahaja. Ini juga memberikan kesempatan untuk menyentuh siapakah Sultan Sayyid Maulana ini. Baginda adalah raja berdarah Ahlul Bait iaitu keturunan Nabi Muhammad SAW yang pertama diketahui memerintah di Aceh malah mana-mana di Asia Tenggara/Alam Melayu/Nusantara. Sultan ini menaiki takhta sebuah kerajaan bernama Perlak pada tahun 840 Masihi iaitu hampir 1,200 tahun lalu.

Disebutlah bahawa Perlak ini pusatnya terletak sekitar 8 jam perjalanan darat dari Banda Aceh. Disentuh bagaimana ia kemudian diserap ke dalam kerajaan Samudera-Pasai yang pusatnya terletak sekitar 6 jam perjalanan dari Banda Aceh dan bagaimana Samudera-Pasai kemudian diserap ke dalam kerajaan Aceh Darussalam yang berpusat di Banda Aceh.



Zoom out gambar satelit dan kita boleh melihat kedudukan Aceh berbanding Malaysia atau lebih tepat Semenanjung Malaysia/Malaysia Barat. Kelihatan dengan jelas bagaimana dua wilayah ini dipisahkan oleh perairan Selat Melaka, Kelihatan juga penanda nama "Makam Tok Temong". Tetapi saya tidak menerangkan siapakah beliau yang merupakan seorang pemimpin wanita dalam sejarah keSultanan Perak 500 tahun lalu. Saya cuma menyebut bagaimana kedudukan Aceh yang cukup dekat dengan Semenanjung mempengaruhi hubungan dengan Semenanjung.

Hal Perlak diikuti Samudera-Pasai yang menjadi pusat penyebaran Islam ke serata Alam Melayu bermula 750 tahun lalu telah disebut lebih awal. Cuma dalam konteks hubungan dengan Semenanjung disentuh tentang kejatuhan Kota Melaka ke tangan penjajah Barat, Portugis pada tahun 1511. Saya turut menerangkan bagaimana kedatangan Barat ke Alam Melayu terkait dengan Perang Salib di Timur Tengah merebut Baitul Muqaddis yang memuncak pada zaman kemunculan Sultan Salehuddin Ayubi di Mesir abad ke-12 Masihi. Bagaimana ia turut terkait dengan kejatuhan kota Konstantinople (kemudian dikenali sebagai Istanbul) yang merupakan pusat kerajaan Rom ke tangan kerajaan Uthmaniyah di Turki tahun 1453. Disebut juga bagaimana Semenanjung Iberia di penghujung barat benua Eropah yang mengandungi negara Portugis dan Sepanyol kini mula ditakluki Islam dengan kedatangan angkatan pimpinan Tariq bin Ziyad tahun 711 Masihi dari arah Maghribi di utara Afrika. 

Kedatangan ini membawa pada kemunculan ketamadunan hebat Andalusia lalu apabila ia jatuh abad ke-15 muncullah Portugis dan Sepanyol sebagai kuasa-kuasa Barat paling awal keluar dari Eropah untuk menjajah negara-negara Islam. Kenapa Portugis dan Sepanyol? Kenapa tidak Inggeris atau Belanda muncul lebih dahulu? Kerana mereka mendapat manfaat daripada ketinggian ilmu Andalusia sambil membawa dendam Perang Salib yang memuncak apabila empayar Rom kebanggaan Barat jatuh ke tangan Uthmaniyah. Akibat kenaikan Utmaniyah laluan-laluan pelayaran juga laluan darat perdagangan di sekitar empayar tersebut jadi tertutup untuk negara-negara Eropah. Portugis merintis laluan baru mengikut tepian pantai Afrika sehingga boleh sampai ke India atau benua Hindi membentuk satu markas di sana, Sepanyol pula menyeberangi Lautan Atlantik lalu terjumpa benua Amerika terlebih dahulu sebelum melanjutkan pelayaran ke arah barat menyeberangi Lautan Pasifik.



Penjelajahan Sepanyol diteruskan sehingga sampai ke satu wilayah yang kemudian mereka takluki lalu dikenali sebagai Filipina atau Phillipines sempena nama raja Sepanyol iaitu King Philips. Ramai anak tempatan yang asalnya Islam dimurtadkan masuk Kristian. Sambil itu Portugis telah lebih dahulu menakluki Melaka iaitu pada tahun 1511. Kemudian mereka menakluki Samudera-Pasai yang sejak beberapa lama lebih dikenali sebagai Pasai sahaja pada tahun 1521.

Kenaikan Aceh sebagai satu kuasa besar baru di Alam Melayu selepas Melaka berlaku dalam keadaan ini. Demi menghalau Portugis dari Pulau Sumatera, Sultan Ali Mughayat Syah yang memerintah Aceh menyerang kedudukan Portugis di Pasai lalu mengalahkan penjajah Barat tersebut. Pasai pun diserapkan ke dalam Aceh Darussalam untuk membentuk jangkauan wilayah yang hampir sama seperti kelihatan dalam peta moden.

Selepas itu Aceh sering menyering kedudukan Portugis di Melaka dan hampir dapat menguasai Melaka. Aceh juga pernah menguasai sebahagian besar Pulau Sumatera dan hampir seluruh Semenanjung. Tetapi ini tidak diceritakan semasa majlis kerana kesuntukan masa. Sebetulnya pembentangan saya itu sering beralih paparan kawasan peta, zoom in dan zoom out menurut keperluan bercerita.

Secara rata apa yang dikongsikan itu hampir serupa dengan cerita dalam bahagian-bahagian akhir buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang?" yang terbit November 2007. Sedutan cerita tersebut ada dikongsikan dalam blogspot utama saya CATATAN SI MERAH SILU. Cuma dalam pembentangan saya tak sebut tentang faktor Dajjal dan Zionis yang diceritakan dalam buku. Lihat artikel-artikel berikut :-


Kejatuhan Baitul Muqaddis: Sedikit tentang rancangan Zionis menakluki dunia..

Peta ular Zionis dan kemunculan Dajjal?

Kaitan Perang Salib dengan penjajahan Barat di Tanah Melayu...


Nota : Kedudukan Aceh dalam paparan atas adalah tambahan yang dibuat untuk perkongsian di blogspot. Ia tidak ada dalam pembentangan di Rumah Cut Nyak Dhien. Begitu juga kedudukan beberapa tempat dalam gambar selepas ini...



Sekali lagi diingatkan pembentangan saya itu dibuat secara spontan dengan bantuan Google Earth. Akibatnya untuk perkongsian dalam blogspot ini yang berlaku 17 hari selepas acara saya sudah lupa urutan sebenar meluahkan perkara demi perkara. Satu lagi perkara harus ditambah sebelum saya rasa boleh menamatkan perkongsian ini adalah bagaimana kedudukan Aceh begitu penting dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu/Asia Tenggara/Nusantara. Lihat sahaja di manakah Aceh dalam paparan ini. Rasanya pembaca yang budiman sedia tahu di manakah Afrika mahupun Eropah tempat para penjajah Barat seperti Portugis, Sepanyol, Inggeris dan Belanda berasal walau tidak ditanda.

Ramai juga sudah tahu bagaimana rantau Asia Tenggara ini menjadi laluan penghubung utama antara Timur dan Barat, Laluan selamat perkapalan memerlukan suatu kapal itu membelah laut mengikut laluan yang cukup dekat dengan daratan, baik tanah besar mahupun pulau-pulau supaya mudah menangani apa-apa kecemasan juga mendapatkan keperluan seperti makanan dan air bersih. Laluan kapal daripada Mekah dan Tanah Arab memerlukan kapal menyusuri perairan Parsi (Iran) kemudian pantai barat India. Kapal-kapal yang lebih besar dan stabil bolehlah membelah terus laut luas di beberapa tempat tanpa selalu mengikut tepian pantai tetapi tetap perlu berhenti di pelabuhan-pelabuhan besar untuk mendapatkan keperluan asas.

Walau apa pun laluan, Aceh menjadi daratan pertama ditemui ketika hendak masuk ke perairan Selat Melaka yang sehingga kini dikenali sebagai laluan perkapalan paling sibuk di dunia. Begitulah keadaan sejak ribuan tahun manusia tahu berkapal untuk menghubungkan timur dan barat, Jadi apa hendak dihairankan jika Aceh menjadi tempat persinggahan pertama para daie dan pendakwah Islam dari Mekah, Tanah Arab juga Parsi dan Benua Hindi? Apa hendak dihairankan jika Aceh dikenali sebagai Serambi Mekah lalu dari situlah Islam menyebar ke serata Alam Melayu? 


Monday, April 3, 2017

HIKMAH Aceh 2017 - Lawatan lapangan ke tinggalan Kampung Pande




Selesai makan tengah hari kami meninggalkan Rumah Cut Nyak Dhien dengan menaiki bas untuk aktiviti seterusnya - Lawatan lapangan melihat anak-anak tempatan menyelamatkan situs atau tapak bersejarah.



Selepas singgah bersolat di sebuah masjid di pinggir barat Banda Aceh kami meneruskan perjalanan sampai ke satu tempat bernama Kampung Pande.



Letaknya di bahagian utara Banda Aceh. Semakan dengan Google Map menunjukkan jaraknya sekitar 10 km dari Rumah Cut Nyak Dhien. Kami berhenti di tempat paling hujung dapat dimasuki bas. Selepas itu kami perlu berjalan kaki.



Makam yang kelihatan dalam gambar atas tadi adalah penanda tempat. Bas diletakkan di hadapan kawasan makam. Selepas itu kami harus mengambil satu denai. Jalan masuknya terletak di sisi kawasan makam...



Oh. Sebelum ini saya selalu menyebut Rumah Cut Nyak Dhien terletak sekitar 10 km ke barat Banda Aceh. Sebenarnya ini tidak tepat. Semakan melalui Google Map menunjukkan yang 10 km itu adalah dari Kampung Pande. Kalau dari Masjid Baiturrahman yang boleh dikatakan penanda kawasan pusat kota, jaraknya sekitar 7 km. Kalau dari pinggir barat kota cuma 4 km.




Apapun bergeraklah kami ke lokasi lawatan lapangan melalui denai yang bermula di tepian kawasan makam. Ada bahagian yang agak mencabar bagi kami yang datang berbusana cantik tradisional Melayu terutama orang perempuan...






Sambil menyusuri denai boleh kelihatan batu-batu nesan yang telah didirikan. Biar dimaklumkan batu-batu nesan di sini rata-rata telah rebah malah tenggelam ke dalam paya, air dan tanah akibat terjahan ganas ombak besar Tsunami yang membinasakan beberapa tempat di Aceh sehingga membunuh sekitar 200,000 jiwa pada 26 Disember 2004.







Kawasan yang kelihatan termasuklah makam tadi terletak di dalam jajaran kawasan besar apa yang dipanggil sebagai Kampung Pande.




Dahulu, bermula sekitar 800 tahun dahulu ia pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Aceh awal.




Sekitar abad ke-16 Masihi kalau tak salah baru pusat pemerintahan dialihkan 2-3 km lagi ke dalam.




Setelah berjalan kaki sekitar 10 minit kelihatanlah lokasi lawatan lapangan. Ketika gambar ini diambil jam kamera menunjukkan waktu 3.13 petang.






Di perairan yang kelihatan sejumlah anak-anak muda tempatan di bawah satu NGO bernama MAPESA (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh) sedangkan melakukan kerja-kerja mendirikan kembali batu-batu nesan yang telah rebah dan tenggelam.



Kami, rombongan dari Malaysia yang datang untuk memeriahkan acara ke-20 HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien diajak menyaksikan sendiri kerja-kerja mereka di lapangan.




Sedikit hal kerja telah diterangkan semasa sesi pembentangan ilmu di bawah rumah pada waktu pagi. Rujuk balik artikel HIKMAH Aceh 2017 - Perkongsian ilmu anak muda tempatan sebelum orang lama merumuskan perkara. Persoalannya kenapa terdapat begitu banyak batu nesan menandakan makam-makam lama terletak di dalam air, paya dan lumpur? Apakah begitu cara jasad orang dahulukala disemadikan selepas roh meninggalkan badan?







Sebenarnya kawasan yang kelihatan ini dahulu adalah daratan.



Tetapi ombak besar Tsunami yang menerjah ganas hampir 13 tahun lalu telah mengundurkan garisan pantai iaitu menyebabkan laut memakan daratan sehingga 3 km ke dalam!



Ditunjukkan juga sebuah batu nesan yang tertimbus di dalam satu tanah tinggi tebing. Tanah yang meliputinya sudah dikorek oleh mereka...



Untuk makluman MAPESA membuat kerja-kerja pembersihan, pemugaran dan penyelamatan makam juga batu-batu nesan lama sejak 5 tahun lalu. Terdiri rata-rata daripada mahasiswa atau para pelajar universiti sekitar Banda Aceh, mereka melakukan kerja-kerja ini setiap hari Ahad iaitu waktu mereka bercuti...



Seminggu sebelum kami bertandang mereka telah menerima kedatangan ahli akademik terkemuka dari Malaysia, Dato Dr Othman Yatim.



Othman yang kami panggil sebagai Prof Othman adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan apa yang dipanggil sebagai batu nesan Aceh kepada dunia. Beliau adalah penaung HIKMAH dan sudah beberapa kali merasmikan majlis-majlis kami.




Cuma beliau tidak dapat bersama pada acara ini kerana ada komitmen di tempat lain. Beliau datang lebih awal untuk menyertai dan merasai kerja-kerja penyelamatan yang dibuat oleh MAPESA.



Anak-anak muda yang gigih membuat kerja-kerja penyelamatan secara sukarelawan ini sanggup mengeluarkan duit sendiri bagi menjalankan aktiviti.




Mereka sudah menyelamatkan banyak kawasan makam di merata Banda Aceh membawa ke luar daerah. Selain menyelamatkan mereka juga mengumpul data tentang taburan makam yang menandakan tempat-tempat bersejarah juga membaca dan menafsirkan tulisan-tulisan Khat yang seringkali rumit untuk dibaca pada batu nesan. Ini dapat memberikan banyak maklumat tentang perjalanan hidup dan kerajaan zaman dahulukala. Ia menjadi bukti konkret akan kehebatan ilmu serta peradaban masyarakat lampau.



Sejak beberapa bulan kebelakangan mereka memberikan tumpuan pada Kampung Pande. Kedatangan Prof Othman seminggu sebelum HIKMAH memberikan nafas baru apabila kehadirannya menarik perhatian Gabenor Aceh untuk bersemuka lalu satu gerak kerja penyelamatan melibatkan kerajaan pun mahu dirangka, antaranya adalah untuk mendaftarkan batu nesan Aceh ke UNESCO...



HIKMAH sendiri pernah membantu MAPESA untuk menyelamatkan sebuah tapak bersejarah yang mengandungi banyak makam lama iaitu di Lamuri , sekitar 40 kam ke timur Banda Aceh. Ini terjadi apabila kami berusaha menaja dua orang ahli mereka datang membentang pada acara pertama HIKMAH di Shah Alam pada 4 November 2012. Rujuk melalui artikel kompilasi Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012 Tetapi disebabkan hal tetentu mereka cuma dapat muncul pada acara kedua di Melaka 25 No. Rujuk artikel kompilasi Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012. Pembentangan mereka diceritakan melalui artikel Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu - Faktor Aceh dan sokongan kerajaan Melaka.



Difahamkan penyertaan mereka pada majlis kedua HIKMAH di mana seorang lagi anak Aceh turut datang tetapi dengan belanja sendiri menimbulkan impak yang sangat besar. Untuk makluman, dengan bantuan kawan-kawan persatuan guru silat Melaka yang dipanggil MAGMA Melaka, (kini SIGMA) majlis mendapat sokongan kerajaan Melaka dan ketua menteri ketika itu, Tan Sri Ali Rustam. Ini meninggikan status majlis sehingga penyertaan MAPESA mendapat perhatian kerajaan pusat Indonesia di Jakarta. Perkara utama pembentangan mereka iaitu usaha menyelamatkan tapak sejarah Lamuri yang diancam rancangan mahu mendirikan lapangan golf dilihat mendapat sokongan antarabangsa lalu Jakarta harus campur tangan memberhentikan projek,

Dengan itu tapak sejarah tersebut pun terselamat sehingga kini, Dalam tempoh setahun dua selepas pembentangan penghujung tahun 2012 itu ia ,mendapat perhatian lebih ramai pengkaji berwibawa termasuk Profesor Dato' Dr Mokhtar Saidin dari USM (Universiti Sains Malaysia) yang sanggup berkampung beberapa hari di sana, . Anak muda yang menyertai acara kedua HIKMAH itu pula terinspirasi melihat majlis didatangi ramai orang berbusana tradsional Melayu. Ini menjadi asbab untuk tertubuhnya satu persatuan pemakai busana tradisional Aceh yang mungkin adalah yang pertama di bumi Serambi Mekah itu sekurang-kurangnya ;pada zaman moden.

Timbullah apa yang dipanggil sebagai Komunitas Pakaian Adat Aceh yang berpusat di Sigli sekitar 1 jam setengah perjalanan dari Banda Aceh. Ketika HIKMAH pertama kali bertandang ke Aceh melalui acara ke-10 kami yang berlangsung di Muzium Aceh 3 tahun lalu, mereka adalah kumpulan utama menjayakan majlis sehingga kami dipanggil makan malam di rumah rasmi Gabernur. Rujuk artikel kompilasi Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014. Sukacita dimaklumkan penulisan tentang lawatan lapangan ke Kampng Pande ini membentuk artikel ke-323 di blogspot HIKMAH. 


PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.