Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Wednesday, April 5, 2017

HIKMAH Aceh 2017 - Kepentingan kedudukan Aceh dalam penyebaran Islam

Salam. Masuk bab butiran perkongsian ilmu pada acara ke-20 HIKMAH yang telah selamat berlangsung di Aceh pada hari Ahad 19 Mac 2017. Adapun pada penghujung artikel HIKMAH Aceh 2017 - Pembukaan pelbagai ragam dan perkongsian ilmu dari Malaysia ada disebut bahawa selesai bacaan hikayat tentang pahlawan wanita Aceh terkenal penghujung abad ke-19 Masihi iaitu Cut Nyak Dhien sampailah giliran saya untuk berkongsi ilmu. Disebut juga butiran perkongsian tersebut akan dikongsikan dalam artikel lain. Sekarang biar dimulakan perkongsian tersebut...



Saya adalah satu-satunya pembentang dalam acara yang membuat perkongsian ilmu terus dari sudut berdekatan projektor. Pembentang lain semuanya membentang dari atas pentas di hadapan. Apa-apa keperluan memaparkan slaid dikendalikan oleh orang lain. Sudah menjadi kebiasaan saya mengendalikan sendiri slaid. Sebab itu saya memilih untuk duduk dekat dengan projektor. Saya menggunakan komputer riba atau laptop sendiri yang disambung dengan projektor.

Tetapi tidak seperti kebiasaan apabila membentang sejak beberapa tahun lalu saya tidak menyediakan apa-apa slaid khas untuk perkongsian ilmu pada acara ke-20 HIKMAH ini. Entah kenapa gerak hati menyuruh menurut sahaja keadaan dan bercakap secara spontan. Kalau perlu saya boleh menggunakan slaid-slaid daripada pembentangan lama untuk membantu. Oleh kerana saya telah disenaraikan oleh pihak penganjur tempatan untuk bercakap tentang sejarah Aceh-Malaysia saya fikir eloklah ditunjukkan bagaimana boleh terjadi hubungan rapat antara dua wilayah itu.



Secara spontan saya tergerak untuk menggunakan program Google Earth. Program ini memaparkan gambar-gambar sebenar muka bumi yang diambil menggunakan satelit. Kedudukan geografi suatu wilayah atau negeri dan negara dapat ditunjukkan dengan tepat. Melalui kedudukan geografi sejarah perhubungan juga kepentingan suatu wilayah dapat disusul dan diterangkan dengan jelas.



Saya mulakan dengan menunjukkan gambar satelit Aceh dan separuh utara Pulau Sumatera di mana Aceh terletak di bahagian paling ke utara pulau. Kebetulan sebahagian besar daripada 27 orang ahli rombongan Malaysia yang menyertai majlis baru pertama kali menjejakkan kaki ke Aceh apabila mereka sampai Khamis 16 Mac iaitu 3 hari sebelum acara. Ditunjukkanlah di manakah kedudukan Banda Aceh, kota tempat kami menginap, ditunjukkan juga Rumah Cut Nyak Dhien tempat acara ke-20 HIKMAH diadakan terletak di mana. Oleh kerana saya, keluarga dan beberapa orang kawan baru kembali dari Pulau Weh atau Sabang hari sebelumnya ditunjukkan juga kedudukan pulau. Lihat artikel Misi HIKMAH Aceh 2017 - Jumaat di sekitar Baiturrahman sebelum masuk ke Pulau Sabang diikuti Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kilometer Nol Indonesia, pantai Iboih dan makam Hamzah Fansuri di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.

Oh. Pada paparan ini kelihatan nama "Makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Azizi Syah" terpampang jelas dengan satu macam penanda kedudukan. Oleh kerana keputusan mahu menggunakan Google Earth ini dibuat secara spontan saya tidak sempat memadamkan nama dan penanda, tak ingat pun bagaimana cara melakukannya. Tak mengapa. Saya biarkan sahaja. Ini juga memberikan kesempatan untuk menyentuh siapakah Sultan Sayyid Maulana ini. Baginda adalah raja berdarah Ahlul Bait iaitu keturunan Nabi Muhammad SAW yang pertama diketahui memerintah di Aceh malah mana-mana di Asia Tenggara/Alam Melayu/Nusantara. Sultan ini menaiki takhta sebuah kerajaan bernama Perlak pada tahun 840 Masihi iaitu hampir 1,200 tahun lalu.

Disebutlah bahawa Perlak ini pusatnya terletak sekitar 8 jam perjalanan darat dari Banda Aceh. Disentuh bagaimana ia kemudian diserap ke dalam kerajaan Samudera-Pasai yang pusatnya terletak sekitar 6 jam perjalanan dari Banda Aceh dan bagaimana Samudera-Pasai kemudian diserap ke dalam kerajaan Aceh Darussalam yang berpusat di Banda Aceh.



Zoom out gambar satelit dan kita boleh melihat kedudukan Aceh berbanding Malaysia atau lebih tepat Semenanjung Malaysia/Malaysia Barat. Kelihatan dengan jelas bagaimana dua wilayah ini dipisahkan oleh perairan Selat Melaka, Kelihatan juga penanda nama "Makam Tok Temong". Tetapi saya tidak menerangkan siapakah beliau yang merupakan seorang pemimpin wanita dalam sejarah keSultanan Perak 500 tahun lalu. Saya cuma menyebut bagaimana kedudukan Aceh yang cukup dekat dengan Semenanjung mempengaruhi hubungan dengan Semenanjung.

Hal Perlak diikuti Samudera-Pasai yang menjadi pusat penyebaran Islam ke serata Alam Melayu bermula 750 tahun lalu telah disebut lebih awal. Cuma dalam konteks hubungan dengan Semenanjung disentuh tentang kejatuhan Kota Melaka ke tangan penjajah Barat, Portugis pada tahun 1511. Saya turut menerangkan bagaimana kedatangan Barat ke Alam Melayu terkait dengan Perang Salib di Timur Tengah merebut Baitul Muqaddis yang memuncak pada zaman kemunculan Sultan Salehuddin Ayubi di Mesir abad ke-12 Masihi. Bagaimana ia turut terkait dengan kejatuhan kota Konstantinople (kemudian dikenali sebagai Istanbul) yang merupakan pusat kerajaan Rom ke tangan kerajaan Uthmaniyah di Turki tahun 1453. Disebut juga bagaimana Semenanjung Iberia di penghujung barat benua Eropah yang mengandungi negara Portugis dan Sepanyol kini mula ditakluki Islam dengan kedatangan angkatan pimpinan Tariq bin Ziyad tahun 711 Masihi dari arah Maghribi di utara Afrika. 

Kedatangan ini membawa pada kemunculan ketamadunan hebat Andalusia lalu apabila ia jatuh abad ke-15 muncullah Portugis dan Sepanyol sebagai kuasa-kuasa Barat paling awal keluar dari Eropah untuk menjajah negara-negara Islam. Kenapa Portugis dan Sepanyol? Kenapa tidak Inggeris atau Belanda muncul lebih dahulu? Kerana mereka mendapat manfaat daripada ketinggian ilmu Andalusia sambil membawa dendam Perang Salib yang memuncak apabila empayar Rom kebanggaan Barat jatuh ke tangan Uthmaniyah. Akibat kenaikan Utmaniyah laluan-laluan pelayaran juga laluan darat perdagangan di sekitar empayar tersebut jadi tertutup untuk negara-negara Eropah. Portugis merintis laluan baru mengikut tepian pantai Afrika sehingga boleh sampai ke India atau benua Hindi membentuk satu markas di sana, Sepanyol pula menyeberangi Lautan Atlantik lalu terjumpa benua Amerika terlebih dahulu sebelum melanjutkan pelayaran ke arah barat menyeberangi Lautan Pasifik.



Penjelajahan Sepanyol diteruskan sehingga sampai ke satu wilayah yang kemudian mereka takluki lalu dikenali sebagai Filipina atau Phillipines sempena nama raja Sepanyol iaitu King Philips. Ramai anak tempatan yang asalnya Islam dimurtadkan masuk Kristian. Sambil itu Portugis telah lebih dahulu menakluki Melaka iaitu pada tahun 1511. Kemudian mereka menakluki Samudera-Pasai yang sejak beberapa lama lebih dikenali sebagai Pasai sahaja pada tahun 1521.

Kenaikan Aceh sebagai satu kuasa besar baru di Alam Melayu selepas Melaka berlaku dalam keadaan ini. Demi menghalau Portugis dari Pulau Sumatera, Sultan Ali Mughayat Syah yang memerintah Aceh menyerang kedudukan Portugis di Pasai lalu mengalahkan penjajah Barat tersebut. Pasai pun diserapkan ke dalam Aceh Darussalam untuk membentuk jangkauan wilayah yang hampir sama seperti kelihatan dalam peta moden.

Selepas itu Aceh sering menyering kedudukan Portugis di Melaka dan hampir dapat menguasai Melaka. Aceh juga pernah menguasai sebahagian besar Pulau Sumatera dan hampir seluruh Semenanjung. Tetapi ini tidak diceritakan semasa majlis kerana kesuntukan masa. Sebetulnya pembentangan saya itu sering beralih paparan kawasan peta, zoom in dan zoom out menurut keperluan bercerita.

Secara rata apa yang dikongsikan itu hampir serupa dengan cerita dalam bahagian-bahagian akhir buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang?" yang terbit November 2007. Sedutan cerita tersebut ada dikongsikan dalam blogspot utama saya CATATAN SI MERAH SILU. Cuma dalam pembentangan saya tak sebut tentang faktor Dajjal dan Zionis yang diceritakan dalam buku. Lihat artikel-artikel berikut :-


Kejatuhan Baitul Muqaddis: Sedikit tentang rancangan Zionis menakluki dunia..

Peta ular Zionis dan kemunculan Dajjal?

Kaitan Perang Salib dengan penjajahan Barat di Tanah Melayu...


Nota : Kedudukan Aceh dalam paparan atas adalah tambahan yang dibuat untuk perkongsian di blogspot. Ia tidak ada dalam pembentangan di Rumah Cut Nyak Dhien. Begitu juga kedudukan beberapa tempat dalam gambar selepas ini...



Sekali lagi diingatkan pembentangan saya itu dibuat secara spontan dengan bantuan Google Earth. Akibatnya untuk perkongsian dalam blogspot ini yang berlaku 17 hari selepas acara saya sudah lupa urutan sebenar meluahkan perkara demi perkara. Satu lagi perkara harus ditambah sebelum saya rasa boleh menamatkan perkongsian ini adalah bagaimana kedudukan Aceh begitu penting dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu/Asia Tenggara/Nusantara. Lihat sahaja di manakah Aceh dalam paparan ini. Rasanya pembaca yang budiman sedia tahu di manakah Afrika mahupun Eropah tempat para penjajah Barat seperti Portugis, Sepanyol, Inggeris dan Belanda berasal walau tidak ditanda.

Ramai juga sudah tahu bagaimana rantau Asia Tenggara ini menjadi laluan penghubung utama antara Timur dan Barat, Laluan selamat perkapalan memerlukan suatu kapal itu membelah laut mengikut laluan yang cukup dekat dengan daratan, baik tanah besar mahupun pulau-pulau supaya mudah menangani apa-apa kecemasan juga mendapatkan keperluan seperti makanan dan air bersih. Laluan kapal daripada Mekah dan Tanah Arab memerlukan kapal menyusuri perairan Parsi (Iran) kemudian pantai barat India. Kapal-kapal yang lebih besar dan stabil bolehlah membelah terus laut luas di beberapa tempat tanpa selalu mengikut tepian pantai tetapi tetap perlu berhenti di pelabuhan-pelabuhan besar untuk mendapatkan keperluan asas.

Walau apa pun laluan, Aceh menjadi daratan pertama ditemui ketika hendak masuk ke perairan Selat Melaka yang sehingga kini dikenali sebagai laluan perkapalan paling sibuk di dunia. Begitulah keadaan sejak ribuan tahun manusia tahu berkapal untuk menghubungkan timur dan barat, Jadi apa hendak dihairankan jika Aceh menjadi tempat persinggahan pertama para daie dan pendakwah Islam dari Mekah, Tanah Arab juga Parsi dan Benua Hindi? Apa hendak dihairankan jika Aceh dikenali sebagai Serambi Mekah lalu dari situlah Islam menyebar ke serata Alam Melayu? 


No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.