Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Thursday, September 26, 2013

Projek berhala gila untuk memurtadkan atau menyerang orang Melayu?

Salam. Ini saya buat di blogspot CATATAN SI MERAH SILU tadi. Di sini gambar-gambarnya boleh dipaparkan lebih besar...


--------------------


OK. Tadi di Facebook seorang kenalan memberitahu tentang satu kawasan hutan yang dibuka di Pahang untuk membina satu projek yang akan mengandungi berhala yang sangat besar. Seorang kenalan lain meletakkan pautan website berkaitan iaitu http://enchant1mst.com/Projects.html. Saya pun mahu masuk tetapi program anti-virus komputer saya memberikan amaran website itu boleh menyebarkan virus atau mengancam. 

Apapun saya rasa harus melihat isinya untuk menilai keadaan. Langkah keselamatan dibuat dengan membuka akaun Windows baru lalu dari akaun itu saya pun memasuki website. Dengan cara ini kalau virus masuk pun saya boleh menghilangkan acaman dengan menutup sahaja akaun.




Apa yang ditemui adalah visi website yang agak memeranjatkan. Saya mulakan dengan melihat video yang ada menunjukkan sebuah piramid besar sebagai tumpuan utama projek. Walaupun mengaku mahu mempromosikan segala macam agama atas dasar harmoni dan keterbukaan saya lihat projek secara rata penuh dengan ciri-ciri keCinaan. Pada puncak piramid kelihatan berhala gergasi yang pada saya mahu menunjukkan 'kebesaran' Cina...




Isi utama website saya kumpulkan menggunakan Paint agar dapat dikongsikan kepada semua. Sayangnya apabila dimasukkan ke dalam FB saiznya secara automatik dikecilkan lalu butiran tidak dapat dilihat dengan jelas. Itu yang membuat saya mahu meletakkan di blogspot pula. Entah kenapa di blogspot juga saiznya dikecilkan walaupun tidak seteruk di FB.




Nasib baik paparan-paparan pilihan iaitu bahagian demi bahagian dari paparan utama yang dikumpulkan menggunakan Paint tadi masih dapat dikekalkan saiz. Dengan itu biarlah dibuat terjemahan dari gambar ke gambar kemudian saya ulas agar lebih ramai pembaca dapat menilai...



TERJEMAHAN :-

1. Projek ini akan menjadi model contoh dalam mempromosi amalan keagamaan dan kebudayaan dan akan secara tidak langsung menyumbang pada usaha membina negara. Sampai masanya ia akan menjadi aset tak ternilai bagi semua orang Malaysia.

2. Projek ini juga dijangka akan membantu negeri Pahang mengatasi dan mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja. Ia dijangka akan meningkatkan kesedaran di kalangan remaja tentang pentingnya agama dan budaya.

3. Projek ini disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dalam mempromosi Pelancongan Spiritual Malaysia. Banyak persatuan agama di Malaysia telah memberikan sokongan mereka terhadap projek ketuhanan (divine) ini. Lagipun, projek ketuhanan ini disokong oleh berjuta penyokong di merata negara.


Projek ini telah dikonsepkan oleh sekumpulan peniaga yang diakui, usahawan dan profesyional. Project ini akan dibina menjadi 2 kawasan utama seperti berikut : (rujuk gambar selepas ini)

"Apabila siap 1 Malaysia Enchanting Retreat (nama projek, boleh diterjemahkan sebagai tempat berehat yang menarik 1 Malaysia) akan memaparkan Malaysia sebagai negara pelbagai bangsa dengan masyarakat pelbagai agama dan budaya duduk dalam aman, harmoni dan bersatu".


ULASAN SAYA :-

Yop... negara kita ni kalau tak salah 67 peratus Bumiputera, 60 peratus lebih Melayu dan Islam. Cina tu dalam 21 persen je. Sedangkan projek ini kalau ikut pada apa yang aku dapat lihat rata-rata bersifat keCinaan, lebih besar daripada mana-mana projek Islam sedia ada. Jadi apa yang engkau nak buat sebenarnya ni Yop? Islam tu Agama Persekutuan, Melayu ada hak istimewa dan negara ini seluruhnya Tanah Melayu. Engkau nak tunjuk engkau lagi utama ke Yop? Projek ini disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia? Ya ke Yop? Cuba sebut nama-nama mereka yang menyokong. Jangan buat dakwaan serkap jarang. Jadi aset tak tenilai tu untuk siapa Yop? Tentunya bukan untuk orang Melayu dan Islam kecuali mereka yang munafik dan murtad.




TERJEMAHAN :-

ZON 1 : SATU PERSEKITARAN KEAGAMAAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

ZON 2 : SEBUAH RESORT REKREASI DAN KOMERSIAL


ZON 1 :

Satu persekitaran keagamaan dan kebudayaan (akan dinamakan Ao Mi Shan - The Enchanting Retreat (boleh diterjemahkan sebagai pusat rehat yang memukau)) akan didirikan dalam zon ini.

Resort ini akan mengandungi persekitaran berikut :-

- Persekitaran Kuan Yin
- Persekitaran agama Buddha
- Persekitaran agama Hindu, Sikh dan Sai Baba
- Persekitaran ajaran Tao
- Persekitaran I-Kuan Tao
- Persekitaran ajaran Conficius
- Persekitaran agama Kristian


ZON 2 :

Satu pembangunan rekreasi dan komersial telah dirancang untuk kawasan ini.
Bahagian ini dari projek akan membekalkan kemudahan komersial dan rekreasi yang perlu untuk memenuhi kehendak pelancong yang melawat persekitaran. Kemudahan akan mengandungi tempat bermalam, rekreasi, kedai makan dan minum serta lain-lain aktiviti santai.

Pembangunan akan meliputi :

- Resort rumah kedua
- Hotel-hotel dan resort-resort
- Kedai-kedai makan dan minum
- Pusat-pusat perniagaan
- Kemudahan rekreasi seperti kelab dan pusat-pusat hiburan
- Taman-taman dan taman-taman bunga
- Kolej universiti
- Sekolah antarabangsa
- Pusat-pusat pembelajaran

Kawasan dalam zon ini akan dibahagikan secara parsel kepada pelbagai pemaju untuk memajukan setiap komponen individu di bawah penyeliaan dan panduan pasukan pengurusan projek.


ULASAN  SAYA :-

Dari 7 persekitaran ajaran/keagamaan yang dicadangkan cuma 1 sahaja yang susah hendak dikaitkan dengan bangsa Cina. Yang lain semua adalah berkaitan bangsa mereka. Bahagian komersial dan rekreasi pula lebih menunjukkan belang kaum kapitalis. Ini adalah projek hartanah besar untuk menaikkkan lagi ekonomi kaum tertentu dan menonjolkan diri sebagai penggerak utama negara ini konon, agama bagi puak-puak kiasu seperti ini cuma sekadar alat...




TERJEMAHAN :-


MENGUKUHKAN NILAI-NILAI SOSIAL YANG BAIK

Projek ini juga dijangka akan membantu Negeri mengatasi dan mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.
Ia dijangka meningkatkan tahap kesedaran di kalangan remaja tentang betapa pentingnya agama dan budaya. Kesedaran tentang nilai-nilai keagamaan dan kebudayaan.

- Program-program pendidikan akan diperkenalkan untuk meningkatkan tahap kesedaran nilai-nilai keagamaan dan kebudayaan demi memperkukuhkan harmoni nasional antara masyarakat di Malaysia.
- Untuk meningkatkan dan mengekalkan keamanan, harmoni dan kesatuan dalam masyarakat pelbagai bangsa dan agama.


FAEDAH UNTUK NEGERI PAHANG

Negeri Pahang juga bakal mendapat faedah besar baik secara langsung mahupun tidak dari pembangunan projek ini.
Beberapa faedah kepada Negeri termasuk :

- Penciptaan satu tarikan pelancongan yang memiliki kapasiti untuk menjana pendapatan wang asing yang besar.
- Menguatkan perkembangan ekonomi Malaysia dan Negeri Pahang secara khusus.
- Mencipta peluang pekerjaan baru.
- Menubuhkan sebuah pusat kebudayaan selari dengan polisi kerajaan mahu mempromosi pelancongan spiritual dalam negara.
- Mempromosi Negeri juga Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini.


ULASAN SAYA :-

Alasan-alasan ini kelihatan murni tapi remaja mana yang mahu diselamatkan? Maaflah... berapa peratus remaja Melayu/Islam wujud di negeri Pahang, berapa peratus bukan Melayu? Apakah remaja Melayu/Islam itu boleh diselamatkan dengan memberi mereka pekerjaan atau dibawa melawat pusat-pusat berhala?

Ya. Memang projek sebegini boleh memancing dana asing. Malah saya percaya segala usaha untuk merendahkan kedudukan Melayu dan Islam di Malaysia memang mendapat sokongan dana asing. Kalau pusat sebegini didirikan kita boleh mendapat faedah pelancongan dari 1.5 billion orang Cina misalnya. Tapi ingat, INI TANAH MELAYU, TEMPAT HIDUPNYA AGAMA ISLAM. Janganlah semata-mata kerana wang kita sanggup melacurkan nasib agama dan bangsa.




TERJEMAHAN :-


SOKONGAN 

1 Malaysia Enchanting Retreat adalah selari dengan Polisi Kerajaan Malaysia dalam mempromosi Pelancongan Spiritual. Banyak persatuan agama di Malaysia telah memberikan sokongan kepada projek ini. Lagipun, projek ini juga disokong berjuta penyokong dari merata negara.


"Kejayaan Malaysia dalam menyatukan orang dari pelbagai bangsa dan agama menjadikan negara ini model bagi negara-negara lain di dunia... konsep 1 Malaysia telah wujud begitu lama... kejayaan ini adalah FAKTA dan REALITI!"

Perdana Menteri Malaysia
YAB Dato' Sri Najib Tun Razak
3 Jun 2012


ULASAN SAYA :-

Ini betul-betul sudah pusing kenyataan. Kalau betul pun negara kita menyokong pelancongan spiritual apakah dengan cara mendirikan berhala besar atas piramid dan sebagainya seperti dicadangkan projek ini? Kata banyak persatuan agama menyokong, berjuta orang lagi bersama. Tunjukkanlah siapa mereka, gambar-gambar mereka? Ini kenapa pakai gambar PM Najib? Kalau orang tak tahu hujung pangkal atau gopoh membaca website tentu mereka menyangkakan PM menyokong penuh projek, walhal yang disebut cuma pasal 1 Malaysia dan kejayaan menyatukan rakyat, takda kena-mengena pun dengan projek. Bila masa pula kenyataan ini boleh diterjemahkan sebagai sokongan terhadap projek berhala gila? Ke sengaja nak timbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam terhadap kerajaan? Sepatutnya kerajaan boleh saman pihak pemaju yang telah membuat silap mata misrepresentation of facts atau salah mengenengahkan fakta...




Tu dia. Saya dah jarang baca paper jadi tak tahu bila pula benda ni ditonjolkan. Nak sangat jaga hati kaum dan agama lain sampai begini jadinya?


TERJEMAHAN :-


TANAH YANG DIKENAL PASTI UNTUK PEMBANGUNAN

Satu parsel tanah kerajaan dengan kawasan 250 ekar telah diluluskan untuk projek di Bukit Gambang dalam kawasan negeri Pahang. Ia adalah sekitar 30 km dari bandar Kuantan. Tempoh perjalanan sekitar tiga (3) jam memandu dari Kuala Lumpur. Mukabumi tempat pelbagai dari beralun ke berbukit dan ini sesuai dengan cadangan pembangunan.


ULASAN SAYA :-

Kalau betul telah diluluskan kerajaan apakah ia patut? Apakah kerajaan sedar impak sebenar projek sebegini dibenarkan terhadap kepentingan orang Melayu dan Islam. Atau dalam kertas cadangan asal ianya lain, bila dah berjaya ke hadapan lain pula jadinya?




ULASAN KESELURUHAN :-

Tak payahlah beri muka nak sangat jaga hati bangsa lain, 1 Malaysia ke hapa. Jagalah hati lebih 60% penduduk Melayu dan Islam. Nak sangat projek pelancongan spiritual? Di Tanah Melayu ni banyak masjid-masjid lama dan makam-makam orang alim yang boleh dijadikan tumpuan. Boleh buat seperti makam para Wali Songo di Pulau Jawa yang sentiasa dikunjungi berbas-bas orang 24 jam.

Kepada semua persatuan Melayu Islam dan mereka yang mempejuangkan kedaulatan agama dan bangsa. Sila ambil perhatian. Buatlah tindakan yang bijak agar kedudukan Melayu dan Islam tidak terus diperlekehkan. Pada mereka yang mengaku memperjuangkan hal ini dalam parti politik, inilah masanya untuk menunjukkan taring dan erti sebuah perjuangan. Jangan terikut rentak tari para liberal Melayu yang kelihatan memang suka Islam jatuh agar mereka boleh terus berzina tanpa risau ditangkap, agar wang suap boleh terus diterima dari tokeh-tokeh Cina kerana memainkan peranan. Cukup.


Thursday, September 19, 2013

Acara keenam HIKMAH di Shah Alam 7 Sept 2013


Artikel kecil tentang HIKMAH VI yang terpapar di akhbar harian Kosmo Rabu 18 Sept...



Untuk memudahkan rujukan pada masa hadapan biarlah segala artikel berkenaan HIKMAH Merdeka Raya @ HIKMAH VI dikumpulkan seperti berikut :-




Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor

2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia

3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas

4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...


Penerangan ringkas tentang Pernyataan HIKMAH Melaka


Acara juga boleh diikuti melalui video klip...




Tuesday, September 17, 2013

Video sekitar HIKMAH VI - Sambutan Merdeka Raya

Salam wahai para pembaca yang dimuliakan. Dengan izin Allah SWT sejumlah video memaparkan akvititi sepanjang HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI yang berlangsung di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013 dapat disediakan untuk tontonan semua. Saksikanlah ia...


 
Video pertama menunjukkan sesi pembukaan yang berlangsung sehingga jam 11 lebih. Ia dimulakan dengan paluan kompang diikuti pertunjukan silat, ucapan dif-dif kehormat dan persembahan tarian...


Video kedua menunjukkan pembentangan pertama ilmu yang membuka sesi tengah hari diikuti aktiviti sehingga waktu rehat tengah hari/solat Zuhur. Tidak seperti acara-acara HIKMAH terdahulu di mana pembentangan ilmu dibuat oleh hingga 11-12 pembentang kali ini kami menghadkan pada 4 pembentangan sahaja agar terasa lebih santai memandangkan acara HIKMAH kali ini juga adalah sambutan hari raya.


Video ketiga menunjukkan pembentangan tentang jejak bangsa Melayu yang turut menggunakan kajian DNA. Ia adalah pembuka sesi petang iaitu selepas rehat Zuhur.


Video keempat adalah tentang wasiat raja-raja Melayu. Turut dimasukkan adalah berita seorang sahabat kami, pelakon veteran yang baru diketahui kembali ke rahmatullah petang itu.


Video kelima adalah tentang Pernyataan HIKMAH Melaka, 10 perkara yang digulung/diringkaskan berdasarkan maklum balas dari sesi berkumpulan HIKMAH I yang diadakan di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012 diikuti HIKMAH II di Kolej Antarabanga Yayasan Melaka, Melaka 25 Nov.


Video keenam menunjukkan persembahan nasyid dari seorang sahabat kami yang datang dari Aceh diikuti sesi berkumpulan. Rasanya semua ini sudah cukup untuk menunjukkan kemeriahan acara dan pengisiannya. Tak perlulah dipaparkan isi setiap kertas kerja pembentangan seperti diminta sesetengah orang ya. Wassalam.



Sunday, September 8, 2013

HIKMAH Merdeka Raya - Dari DNA Melayu ke pencarian makna besar kemerdekaan



Adapun persembahan kompang yang disebut pada penghujung artikel sebelum ini dibuat sambil peserta menikmati juadah waktu rehat makan tengah hari dan solat Zuhur. Selepas itu acara disambung dengan pembentangan kertas kerja tentang DNA Melayu.


Pembentangan oleh Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia ini sepatutnya dibuat selepas persembahan teater Islam sebelum tengah hari. Namun hal tertentu menyebabkan ia cuma dapat dimulakan hampir jam 2.


Pada mulanya saya sebagai pengatur isi majlis risau juga bagaimana penerimaan hadirin kerana ditakuti subjek menjadi berat bagi acara HIKMAH kali ini yang mahu diadakan lebih santai berbanding biasa kerana lebih merupakan sambutan merdeka dan raya.











Tetapi saya dapat melihat ia cukup menarik bagi semua dan saya rasa boleh dilanjutkan lama lagi jika tidak kerana ruang harus diberikan untuk pembentangan seterusnya.










Jam 3.30 saudara Shamsul Yunos yang merupakan seorang aktivis media massa membentangkan kertas kerja bertajuk “Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu”.




Ikut rancangan, sesi selepas makan tengah hari dan rehat Zuhur harus dimulakan dengan persembahan alunan syair Melayu dan gurindam oleh penggiat seni Nuqtah jam 2.40, baru diikuti pembentangan oleh Shamsul jam 3. Tapi seperti biasa acara-acara HIKMAH memiliki fleksibiliti di mana pertukaran boleh berlaku secara tiba-tiba tetapi tidak mencacatkan perjalanan keseluruhan acara. Persembahan syair dan gurindam dibatalkan untuk memberi lebih ruang pada pembentangan ilmu yang merupakan intipati utama setiap acara HIKMAH.





Pertukaran jadual yang tak dirancang menyebabkan kertas kerja oleh saya, Radzi Sapiee sebagai pengasas dan presiden HIKMAH cuma dapat dimulakan sekitar 4.15, lewat setengah jam berbanding rancangan asal bermula 3.45. Pembentangan bertajuk “Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai Blue Print Kebangkitan Ummah” dibuat selepas mengumumkan bahawa pelakon veteran Maimon Mutallib yang merupakan seorang penyokong kuat HIKMAH sudah kembali ke rahmatullah sekitar jam 2.20. Mengupas agak lanjut pernyataan yang dibuat berdasarkan hasil perbincangan dari HIKMAH I dan HIKMAH II penghujung tahun lalu ia tamat sekitar jam 4.45. Rujuk artikel lama Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman?.


Selepas itu adalah waktu rehat untuk makan petang dan solat Asar. Ia dilanjutkan agak lama berbanding rancangan asal lalu di celah itu saudara Mujiburrizal yang datang jauh dari Aceh membuat satu persembahan nyanyian nasyid yang tidak dirancang. Untuk pengetahuan beliau pernah mempelopori arena nyanyian nasyid bersama kumpulan Raihan sekitar tahun 1990an. Pernah mengikuti dan membuat pembentangan pada HIKMAH II di Melaka beliau kini masih menyanyi di Aceh tetapi lebih banyak menumpukan perhatian pada tugas sebagai duta muzium sana.


Akhirnya sesi berkumpulan yang merupakan salah satu aktiviti teras setiap acara HIKMAH dimulakan jam 5.45 berbanding rancangan sebelumnya di mana ia harus dimulakan jam 5.










Alhamdulillah ia tetap dapat diadakan dalam suasana penuh harmoni apalagi semua sudah berkesempatan mengisi perut untuk waktu petang, berehat dan menunaikan solat Asar.










Sesi berkumpulan dihentikan jam 6.15 lalu moderator setiap kumpulan diminta naik ke pentas untuk merangkumkan maklum balas setiap kumpulan dalam tempoh sekitar 1 minit. 


Oh... tajuk perbincangan adalah “Apakah makna merdeka raya bagi anda?” di mana merdeka raya itu bermaksud merdeka yang besar, mungkin merdeka dari tuntutan hawa nafsu dan sebagainya. Setiap kumpulan diminta memberikan maklum balas apakah makna merdeka raya mengikut bidang kumpulan masing-masing seperti Persilatan, Perkerisan dan sebagainya.


Tamat perkongsian dari setiap kumpulan tiba sesi bergambar...






Tamat sesi bergambar, sampailah masa untuk bersurai...


Ketika itulah saya diingatkan kalau ikut rancangan asal harus ada satu persembahan silat, sekali lagi oleh kumpulan Jejak Panglima yang membawa aliran Silat Harimau Putih (mereka telah membuat satu persembahan pada sesi pembukaan). Persembahan pun dibuat hampir senja. Selesai itu baru HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI betul-betul tamat.


HIKMAH Merdeka Raya - Dari kompang ke tarian tradisional, kritikan seni dan teater Islam

Salam semua. Adapun gambar-gambar ini juga gambar-gambar pada artikel seterusnya telah diletakkan di blogspot pada pagi Ahad 8 September. Rabu malam Khamis 11 September hampir jam 11 baru saya mendapat gerak untuk membuat ceritanya. Mari... :]


Pagi Sabtu 7 September setelah beberapa lama menunggu kedatangan tetamu termasuk dif-dif kehormat majlis HIKMAH Merdeka Raya @ HIKMAH VI pun dibuka dengan Persembahan kompang oleh kumpulan Kesenian Kompang Paluan MIM.


Kumpulan yang berpusat di Rawang ini adalah antara yang paling awal menawarkan diri untuk membuat persembahan secara sukarela pada majlis yang diadakan di Galeri Shah Alam.








Sungguh, persembahan mereka yang boleh membawa pelbagai alunan, dari zikir dan selawat sehingga gabungan lagu-lagu Melayu yang diberi suntikan tarian ala Gangnam Style menarik minat ramai. Dianggotai pelajar sekolah menengah dari aliran pendidikan khas difahamkan kumpulan ini pernah mewakili negeri Selangor dan ada ditonjolkan di TV3. 


Ini diikuti persembahan silat dari kumpulan Jejak Panglima yang menonjolkan gerak tangkas dari perguruan Silat Harimau Putih...




Selepas itu saudara Zahamri Nizar dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor memberikan sedikit kata-kata aluan. Untuk pengetahuan pertubuhan ini adalah penganjur bersama HIKMAH VI dan saudara Zahamri atau Zam terlibat secara langsung menjayakan acara.


Pengasas merangkap presiden HIKMAH, saudara Radzi Sapiee kemudian memberikan pengenalan tentang HIKMAH.


Video-video yang meringkaskan acara-acara terdahulu HIKMAH pun ditayangkan.




Seterusnya tetamu kehormat, Profesor Dato' Dr Othman Yatim dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya memberikan kata-kata aluan. Sekali lagi beliau bertindak sebagai perasmi majlis, setelah melakukannya ketika acara pertama HIKMAH dibuat di Kompleks Taman Seni Islam @ Yayasan Restu, Shah Alam 4 November 2012. Kata prof beliau sebenarnya mendapat 2-3 lagi jemputan untuk menghadiri acara pada masa yang sama. Tetapi cendekiawan bertaraf dunia ini memilih untuk hadir ke HIKMAH kerana teruja dengan semangat mahu memperjuangkan kedaulatan Melayu dan Islam.


Perasmian pun dibuat dengan kata-kata ringkas. Masuk giliran anak-anak dari kumpulan Seni Tarian Serumpun membawa tiga bentuk tarian tradisional. Sila klik sini.






Dengan itu tamatlah segmen pembukaan HIKMAH VI. Hadirin diberi masa berehat sebentar lalu ada yang mengambil peluang untuk bergambar.


Sambil itu ada yang berlegar-legar melihat pelbagai jenis pameran...


Kelihatan tersenyum adalah Puan Ain, pengasas rangkaian penjagaan kecantikan Ains Beauty Care. Beliaulah yang bertanggungjawab membawa kumpulan tarian tradisional Seni Tarian Serumpun secara sukarela.










Acara diteruskan dengan sesi pembentangan. Saudara Zam memulakan dengan kertas kerja bertajuk "Hasil Kerja Seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam".




Paling menarik adalah apabila Zam mendedahkan bagaimana sudah wujud usaha jahat orang bukan Melayu untuk menghina Islam dan hak-hak orang Melayu melalui lukisan dan wadah seni. Mungkin sudah sampainya kita menangani ini dengan menghasilkan kerja-kerja yang mengangkat martabat Melayu dan Islam, kerja-kerja seni yang apabila ditatap waima oleh orang tak tidak tahu seni pun boleh menimbulkan rasa atau semangat positif mengangkat jati diri perjuangan yang syumul.


Usaha serupa sebenarnya telah dibuat dalam bentuk seni persembahan budaya oleh segelintir pihak. Selepas pembentangan kertas kerja, ahli-ahli Persatuan Teater Ruhul Islam (PETRI) yang datang jauh dari Kota Bahru, Kelantan pula menyahut seruan perjuangan melalui cara tersendiri.








Kumpulan ini sebenarnya dianggotai ramai pelajar sekolah menengah tetapi tidak dapat hadir kerana sedang bersedia menghadapi peperiksaan PMR. Lihat persembahan yang pernah dibuat mereka pada HIKMAH VI di Bachok, Kelantan, masuk artikel Acara keempat HIKMAH di Bachok 16 Mac 2013. Tetapi atas semangat mahu mengenengahkan unsur-unsur keIslaman dalam seni persembahan beberapa orang ahli yang lebih tua sanggup datang dengan belanja sendiri walaupun tidak menerima apa-apa bayaran.


Persembahan teater sepatutnya diikuti satu pembentangan tentang kajian DNA Melayu. Tetapi disebabkan hal tertentu pembentangnya tidak dapat sampai pada waktu yang ditetapkan lalu masa diisi dengan satu pembentangan lain (dibuat separuh jalan) diikuti persembahan kompang lagi dari kumpulan Kesenian Kompang Paluan MIM. Untuk mengetahu lebih lanjut tentang kumpulan ini sila klik sini.


PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.