Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Monday, May 5, 2014

HIKMAH berehat dan Faktor 131

Salam wahai semua pembaca yang dihormati dan dimuliakan. Hari ini 5 Mei 2014 atau 5/5 (nombor 55 adalah salah satu kegemaran saya) juga bersamaan 5 Rejab 1435 Hijriah sudah sampai masanya untuk menyatakan sesuatu. Tak pasti jika ia pernah dinyatakan di blogspot. Tapi di Facebook ada dinyatakan sekurang-kurangnya dua kali.

Adapun sejak 2-3 bulan ini saya ada menyimpan hasrat untuk bersara daripada apa-apa aktiviti umum kedaulatan Melayu dan Islam. Saya tidak ingin lagi kelihatan seperti berada di barisan hadapan, saya ingin bergerak atau melihat dari balik tabir di belakang. Ada sebab tertentu untuk berbuat itu, Allah SWT sahaja yang tahu.  Tetapi apabila dipujuk oleh beberapa orang selain beberapa lagi menyatakan harapan agar saya terus berjuang demi memberikan mereka sendiri sokongan semangat untuk berbuat sama, maka biarlah bersara itu ditukar menjadi berehat.

Saya tak tahu mahu berehat berapa lama. Yang pasti sekurang-kurangnya 3-4 bulan untuk bersendiri antaranya untuk menyambung kembali penulisan sebuah buku yang sudah agak lama terbengkalai. Sesungguhnya HIKMAH itu sendiri bermula apabila saya mengalami masalah writer's block atau tersekat pemikiran/aliran ilham/pengaturan ayat dalam penulisan buku tersebut. Fikir saya untuk menghilangkan gangguan dan halangan biar dibuat satu acara ilmu. Lihat HIKMAH - Bagaimana ia bermula.






Paparan dari Facebook. Sila klik sini. Dari situ anda boleh masuk ke Page yang patut untuk melihat persediaan, perkembangan juga perlaksanaan dan ulasan setiap acara...




Tidak terfikir langsung HIKMAH akan pergi begitu jauh sehingga dapat diadakan di merata Semenanjung Malaysia. Dari Shah Alam ia dibawa ke Melaka akibat acara pertama nyaris-nyaris dibatalkan kerana gangguan politik. Selepas itu permintaan orang menyaksikan ia dibawa ke Perak.

Acara di Kelantan dan Terengganu pula menyusul diikuti sekali lagi di Shah Alam seterusnya Melaka, kemudian di Rawang diikuti Pulau Pinang. Setelah beberapa lama HIKMAH dibawa ke luar negara iaitu di Aceh, bumi Serambi Mekah, tempat bermulanya dakwah Islamiah ke seluruh Alam Melayu. Sambil itu penulisan buku terus terabai kerana kesibukan mengadakan acara demi acara. Maka sudah sampainya tumpuan diberikan kembali pada buku.

Tidaklah sesekali HIKMAH itu dibuat untuk saya menonjolkan diri sendiri mahupun mendapat apa-apa keuntungan duniawi seperti disangka sesetengah orang. Saya cuma menurut gerak yang muncul dalam menangani satu fasa kehidupan. Seharusnya fakta bahawa 10 acara dapat dilaksanakan dengan jayanya di merata tempat dalam tempoh satu setengah tahun setelah HIKMAH diasaskan adalah bukti, saya dan mereka yang betul-betul jujur terlibat bergerak di atas landasan yang benar. Natijah dari HIKMAH dan penyertaan dalam acara-acara kami menyaksikan kemunculan banyak kumpulan baru atas nama kedaulatan agama, bangsa dan negara, ada di antaranya kelihatan lebih tersusun dan lebih berwibawa untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.

Kami sendiri lebih senang bergerak sebagai kumpulan kawan-kawan dan kenalan yang sudi menyumbangkan tenaga dan kepakaran secara sukarela apabila diperlukan. Tidak kami jadikan HIKMAH persatuan atau badan berdaftar, yayasan dan sebagainya kerana tidak terfikir pun untuk menonjolkan diri sebagai satu entiti kekal mahupun kenderaan untuk menyaingi apa-apa gerakan. Dan tidak pula kami ingin memegang wang seperti biasa dilakukan pelbagai persatuan yang mendapat peruntukan dari jabatan itu dan ini. Sedangkan sebagai satu badan yang sudah menjalankan beberapa acara kedaulatan Melayu dan Islam dengan jayanya melibatkan segenap lapisan masyarakat, dari golongan agamawan membawa kepada pesilat dan ilmuwan tidak susah bagi kami mendaftarkan diri dan mendapatkan peruntukan.

Pengumuman rasmi untuk berehat dari aktiviti memang mahu dibuat selepas selesai segala yang perlu diceritakan mengenai acara ke-10 HIKMAH di Aceh. Dengan itu jadilah artikel pengumuman ini yang ke-131 di blogspot ini, nombor yang mempunyai makna home sweet home atau rumahku syurgaku buat diri saya. Lihat artikel Nombor 131 dan makna satu pernikahan... di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Cuma mungkin hujung minggu ini saya akan menghadiri satu acara di Melaka kemudian masuk ke Pulau Besar. Selain itu HIKMAH Aceh boleh dikira acara terakhir dan kemuncak pada satu perjalanan perjuangan seorang insan yang dhaif. Saya mahu mengambil keberkatan bulan Rejab, bulan Allah untuk memulakan rehat, bulan yang bakal disusuli Sya'aban, bulan Nabi Muhammad SAW seterusnya Ramadhan, bulan umat Islam. 

Dengan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong HIKMAH terutama yang membantu perlaksanaan acara tak kira di mana anda sekarang berada mahupun di sisi pihak mana. Saya juga mahu memohon ampun dan maaf jika berlaku apa-apa kesalahan, perselisihan, silap faham, tersinggung perasan dan apa sahaja yang tidak menyenangkan sepanjang saya aktif dalam aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam. Ketahuilah segala yang baik datang dari Allah SWT, yang buruk dari saya belaka. Sesungguhnya saya cuma insan kerdil yang tiada daya untuk membuat kebaikan mahu upaya untuk mengelak kejahatan.

Di bawah disediakan montaj atau ringkasan setiap acara HIKMAH diikuti links untuk paparan lanjut. Semoga segala yang dibuat selama ini dapat dimanfaatkan semua. Sekian, wassalam.



















Friday, May 2, 2014

Acara kesepuluh HIKMAH di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014




Salam wahai semua pembaca yang dihormati sekalian. Mengambil berkat hari ini Jumaat pertama bulan Rejab bagi tahun 1435 Hijrah biarlah ditamatkan segala yang perlu dikatakan atau diulas tentang acara ke-10 HIKMAH. Dipanggil HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X sekurang-kurangnya oleh pihak saya ia sudah berlangsung dengan jayanya di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014. Di sini biar dikumpul pautan artikel-artikel yang sudah dibuat tentang acara berserta maklumat ringkas berkaitan untuk memudahkan tatapan. Semoga semua mendapat berkat. Amin... :]


Persediaan untuk acara...


1. 3 acara HIKMAH akan datang dan Maulidur Rasul

2. Mutiara HIKMAH sebagai jambatan ke Aceh dan penyatuan Alam Melayu?

3. Nasib pesawat MH370 dan bermalam Jumaat di makam Sultan Malikus Saleh

4. Sambutan Komunitas Pakaian Adat Aceh di Pidie

5. Ziarah rombongan Malaysia ke makam Sultan Malikus Saleh


Apa yang berlaku sepanjang acara...


1. HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Acara pun bermula

2. HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Dari usaha awal di Shah Alam ke pelestarian sejarah di bumi Serambi Mekah

3. HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Diraikan Gabernor di kediaman rasmi


Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1.         Pengenalan HIKMAH –  Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

2.         Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)

3.         Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.



Acara juga boleh diikuti melalui video klip...


1. Video sekitar HIKMAH X - Kilau kegemilangan bumi Serambi Mekah



Thursday, May 1, 2014

Video sekitar HIKMAH X - Kilau kegemilangan bumi Serambi Mekah

Salam 1 Rejab. Dengan masuknya bulan mulia yang dikatakan bulan Allah SWT ini biar dipersembahkan klip-klip video dari acara "HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda" yang sudah berlangsung dengan jayanya sebulan lalu. Mari...











Tak perlulah lagi dihuraikan apa yang berlaku pada artikel ini ya. Tiga video pertama di atas boleh dipadankan dengan penceritaan dalam artikel HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Acara pun bermula yang dibuat 3 hari lalu.












Untuk 3 video seterusnya, iaitu video 4 hingga 6 sila padankan dengan cerita pada HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Dari usaha awal di Shah Alam ke pelestarian sejarah di bumi Serambi Mekah.




Sesi malam iaitu seperti terpapar pada video ke-7 dan terakhir pula ada diceritakan pada artikel HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Diraikan Gabernor di kediaman rasmi. Semoga kita semua mendapat rahmat yang tidak terhingga sempena bulan Rejab yang penuh kemuliaan ini.



PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.