Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Friday, July 26, 2013

Bersedia untuk acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept


Galeri Shah Alam dilihat dari tasik rekreasi berhadapan Kompleks PKNS...


Alhamdulillah, dalam tempoh beberapa jam saya dapat mengumpulkan artikel-artikel lama di blogspot lalu mengaturnya mengikut acara agar senang dirujuk. Terbitlah artikel kompilasi berikut lalu dengan sekali click pembaca boleh mencapai semua yang telah disajikan mengenai setiap acara...





Acara ketiga HIKMAH di Lumut 27 Jan 2013

Acara keempat HIKMAH di Bachok 16 Mac 2013

Acara kelima HIKMAH di Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013


Dengan ini 'hutang' saya tentang acara-acara terdahulu terutama HIKMAH V yang tamat lebih sebulan lalu boleh dikira selesai. Bolehlah perhatian ditumpukan pada acara seterusnya, HIKMAH VI yang mahu diadakan di Galeri Shah Alam 7 September 2013.




Pada mulanya saya bercadang tidak mahu lagi membuat acara baru HIKMAH sehingga hujung tahun di mana pihak kami harus menunaikan janji membuat acara di Melaka setelah Dato' Ali Rustam mengisytiharkan HIKMAH di Melaka acara tahunan semasa masih menjadi Ketua Menteri. Rasanya pembaca setia dan mereka yang mengikuti perkembangan HIKMAH tahu akan keadaan saya yang masih belum pulih dari kecederaan kaki, masih memerlukan lagi 6 minggu untuk pulih. Namun ada kawan mengajak saya agar membuat satu pertemuan jawatankuasa tertinggi HIKMAH di sebuah rumah peranginan persendirian di Bukit Tinggi. Ini membuat saya ingin membesarkan skop pertemuan agar meliputi orang lain lalu acara keenam HIKMAH pun dicadangkan mahu diadakan di sana.

Setelah mendapat persetujuan pemilik tempat dan wakil kami pun berbincang tarikh. Saya fikir elok dijadikan sekali jamuan raya pada hujung minggu terakhir bulan Syawal, seeloknya hari Sabtu agar peserta masih boleh bersantai selepas acara. Apabila dilihat kalendar hari Sabtu terakhir Syawal jatuh pada 31 Ogos, ulang tahun kemerdekaan negara, dikira bersamaan 24 Syawal. Saya pun mengisytiharkan rancangan di Facebook. 

Sebuah event page baru dibuka atas nama "HIKMAH Merdeka Raya : Santai di bulan Syawal." Peserta digalakkan datang petang Jumaat dan bermalam di rumah peranginan, bawalah khemah kalau tak cukup bilik. Selain menerbitkan suasana kekeluargaan di tengah hutan pergunungan, kita juga boleh mengelakkan kesesakan yang biasanya melanda Lembah Klang sekitar sambutan hari kemerdekaan. Kalau mahu mereka boleh berehat sehingga petang Ahad.



Tidak lama kemudian saya diberitahu lokasi di Bukit Tinggi tidak lagi sesuai. Selain masalah logistik seperti meletak kereta dan lalu lintas masuk jalan kecil lereng bukit yang agak mencabar, ada hal lain yang boleh mengganggu. Saya teringat saranan seorang rakan HIKMAH agar mencuba mengadakan acara di Galeri Shah Alam. Minggu lepas saya pun meminta beliau untuk menyampaikan niat mengadakan acara di sana. Isnin baru ini kami dan beberapa orang rakan pun bermesyuarat dengan pengarah galeri dan orangnya. Mereka malah sangat tertarik dengan acara. 

Cuma disebabkan tarikh 31 Ogos dan sekitarnya dijangka bakal dipenuhi program kerajaan kami harus menukar tarikh. Tidak seperti di Bukit Tinggi ini tidak dapat dielakkan kerana kedudukan galeri yang terletak berhampiran pusat bandar raya Shah Alam, ibu negeri Selangor. Tarikh baru iaitu 7 September, seminggu kemudian pun dipilih. Cuma ketika itu dikira sudah tamat bulan raya atau bulan Syawal, sudah masuk 1 Zulkaedah. Namun kita masih boleh menyambut hari raya kalau mahu, cuma acara tidak sesuai lagi disebut "Santai di bulan Syawal".

Dengan itu acara keenam HIKMAH dipendekkan nama menjadi "HIKMAH Merdeka Raya". Ketika itu baru terbetik di hati ada tersurat dan tersirat sesuatu yang lebih besar kerana perkataan raya pada jalan raya juga pada pasar raya menunjukkan sesuatu yang lebih hebat. Begitu juga gagasan Melayu Raya yang pernah muncul lama dahulu untuk menggabungkan Malaysia, Brunei dan Indonesia di dalam satu pemerintahan. Maka pada saya "HIKMAH Merdeka Raya" membawa makna meluas yang boleh menyentuh kemerdekaan minda orang Melayu dari terus dijajah pemikiran dangkal yang diterapkan Barat. Dan apabila jiwa orang Melayu betul-betul merdeka baru mereka layak membawa Panji-panji Hitam seperti disabdakan Nabi Muhammad SAW tentang kebangkitan Islam dari Timur akhir zaman. Lalu bolehlah dimerdekakan seluruh umat Islam dari pelbagai belenggu ciptaan Yahudi Zionis dan puak Illuminati yang mencengkam.





Adapun sebaik sahaja niat untuk mengadakan HIKMAH VI di Galeri Shah Alam disampaikan kepada pengarah minggu lepas saya terus mendapat jawaban positif yang memberikan harapan. Saya pun terus menukar maklumat dalam event page untuk memberitahu acara ditukar lokasi ke galeri, cuma tarikh tepat sahaja belum dapat. Seterusnya saya membuka ruang untuk sesiapa mahu membuat persembahan dan pameran sukarela seperti kebiasaan pada setiap acara HIKMAH. Paling awal membuat tawaran adalah satu kumpulan kompang berpakaian busana tradisional Melayu yang pernah muncul di kaca televisyen.

Siang tadi saya dapat membuat atur cara yang cukup mantap. Namun ruang masih terbuka untuk sesiapa menambah aktiviti yang sesuai dengan misi kami mendaulatkan Melayu dan Islam. Oleh kerana acara kali ini turut merupakan jamuan raya, sesi pembentangan ilmu dikurangkan untuk memberi ruang pada lebih persembahan. Dengan itu biar diulang jemputan terbuka kepada semua. Seperti biasa penyertaan adalah percuma begitu juga tapak untuk pameran dan perniagaan tidak perlu dibayar. Biar dicopy paste maklumat atur cara yang telah dikongsikan di FB...




Atur cara tentatif HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam


Acara terbaru HIKMAH, acara keenam di Galeri Shah Alam 7 September mahu diadakan dalam keadaan lebih santai berbanding acara-acara terdahulu sempena sambutan hari raya Aidil Fitri yang harus masih terasa ketika itu. Namun menurut prinsip HIKMAH mahu mendaulatkan Melayu dan Islam pengisian ilmu tetap dibuat di celah rasa santai apalagi ketika itu kita baru sahaja seminggu menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada 31 Ogos. Maka itu  pembentangan kertas kerja ilmu yang berkaitan harus dibuat walau tidak banyak.


8 – 9 am : Kedatangan peserta dan dif-dif kehormat – Sambil itu aktiviti-aktiviti sampingan seperti bermain sepak raga sambil memakai busana Melayu tradisional, demonstrasi ikatan tanjak dan memanah boleh dijalankan.

9-10 : Pembukaan

-          Persembahan kompang oleh Kesenian Kompang Paluan MIM  
  
-          Persembahan silat  oleh Persatuan Jejak Panglima (Silat Harimau Putih)


10 – 10. 20 : Ucapan oleh pengerusi Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor sebagai penganjur bersama acara

10.20 – 10. 40 : Kata-kata aluan oleh pengarah/wakil Galeri Shah Alam

10. 40 – 11 : Pengenalan tentang HIKMAH  oleh Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH. Video yang meringkaskan acara-acara HIKMAH terdahulu akan ditayangkan.


Rehat 15 minit


11.15 – 12  :  Pembentangan kertas kerja "Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam" - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor

12 – 12. 15 : -  Persembahan teater Islam oleh Persatuan Teater Ruhul Islam (PETRI), Kota Bahru di Kelantan

12.15  - 1 : Pembentangan kertas kerja “Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu” - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail


Rehat makan tengah hari dan solat Zuhur.  Sambil itu aktiviti-aktiviti sampingan seperti bermain sepak raga sambil memakai busana Melayu tradisional, demonstrasi ikatan tanjak dan memanah boleh dijalankan.


3 – 3.30 : Persembahan alunan syair Melayu dan gurindam oleh penggiat seni Nuqtah

3.30 – 4.15 : Pembentangan kertas kerja “Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah” - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

4.15 – 5  : Sesi berkumpulan – Topik, “Apakah makna merdeka raya bagi anda?”

5 – 5.15 : Penutup



Beberapa aktiviti lain turut berjalan sepanjang acara. Antaranya ialah :-


  1. Pameran salasilah diraja Selangor, Bugis dan Orang Kaya Maha Bijaya Klang oleh Megat Iskandar, setiausaha Persatuan Keturunan Megat Terawis 
  1. Pameran keris dan senjata warisan Melayu Nusantara serta demonstrasi seni lipatan solekan setanjak dan samping serta busana Melayu  oleh Akademi Pusaka Keris Senusantara. Mereka akan membuat penerangan dan perkongsian 
  1. Pameran dan demonstrasi seni khat juga  oleh kumpulan Nuqtah dan Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor

Selain itu peserta boleh melihat pameran sedia ada di Galeri Shah Alam. Difahamkan satu koleksi baru lukisan akan dipamerkan bermula 1 September.



Acara kelima HIKMAH di Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013

Berikut adalah susunan artikel untuk acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013. Bersambung dari Acara keempat HIKMAH di Bachok 16 Mac 2013...









Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...

1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar  & Dirham

 2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara- Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan

3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH

4.  Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint

5.  Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah –  Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani

6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)

7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu

8.  Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9.  Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...








Acara keempat HIKMAH di Bachok 16 Mac 2013

Berikut adalah susunan artikel untuk acara keempat HIKMAH, "HIKMAH IV - Silaturrahim Bumi Serambi Mekah" di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok, Kelantan 16 Mac 2013. Bersambung dari Acara ketiga HIKMAH di Lumut 27 Jan 2013...










Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR

2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI

3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor

4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan

5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong

6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan Para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi  Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan

7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City

8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint

9.  Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...

Acara juga boleh diikuti melalui video klip...


1. Video sekitar HIKMAH IV di Kandis, Bachok


Thursday, July 25, 2013

Acara ketiga HIKMAH di Lumut 27 Jan 2013

Berikut adalah susunan artikel untuk acara ketiga HIKMAH, "HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara" yang diadakan di Marina Island Hall, Lumut, Perak 27 Januari 2013. Bersambung dari Acara kedua HIKMAH di Melaka 25 Nov 2012.




Persediaan untuk acara...










Apa yang berlaku sepanjang acara...







Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1.         Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles

2.         Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates,  firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI

3.         Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam

4.         Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan

5.         Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan

6.         Nasib orang Melayu di Singapura -  Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)

7.         Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri

8.         Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu

9.         Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”



Acara boleh juga diikuti melalui video klip...





Acara kedua HIKMAH di Melaka 25 Nov 2012

Berikut adalah susunan artikel untuk acara kedua HIKMAH, "Wacana Keilmuan Melayu Islam HIKMAH" yang diadakan di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, Melaka 25 November 2012. Untuk pengetahuan sejumlah besar pembentangan sama seperti pada acara pertama. Bersambung dari Acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 Nov 2012...





Persediaan untuk acara...






Apa yang berlaku sepanjang acara...






Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1.         Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates,  firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI

2.         Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail

3.         Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah

4.         Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan

5.     Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu  
        
6.         “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

7.         Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri

8.     Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam -  wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)

9.         Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu

10.       Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”



Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...





Maklum balas dari sesi berkumpulan...





Acara susulan yang ada kena-mengena...






Acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 Nov 2012

Berikut adalah susunan artikel untuk acara pertama HIKMAH, "Suai Kenal HIKMAH" yang diadakan di Yayasan Restu, Shah Alam 4 November 2012. Bersambung dari HIKMAH - Bagaimana ia bermula...




Apa yang berlaku sepanjang acara...


1. HIKMAH 4 Nov - Dari pagi ke Zuhur berkongsi ilmu

2. HIKMAH 4 Nov - Lepas Zuhur hampir ke Maghrib masih tak balik-balik!



Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1.         Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates,  firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI

2.         Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara

3.         Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail

4.         Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah 

5.   Nasib orang Melayu di Singapura -  Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)

6.         Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris  

7.         “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

8.      Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri

9.         Keris ke arah  Penyatuan Alam Melayu  – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur 

10.       Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu

11.       Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP  Persatuan Belia Waja Watan


12.       Panji-panji hitam dari Timur : Peranan Bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”



Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...


1. Mata wang syariah dan Melayu : Penipuan dalam kewangan dan perlembagaan?

2. Perlembagaan, Melayu dan raja-raja dalam menghadapi cabaran akhir zaman

3. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah di Teluk Ketapang, Melaka

4. Dari keris sebagai lambang penyatuan membawa ke panji-panji hitam dari Timur



Maklum balas dari sesi berkumpulan...


1. "Suai Kenal HIKMAH" 4 Nov - Maklum balas sesi berkumpulan

2. Budaya dan tamadun sebagai sumber kebangkitan orang Melayu



Acara juga boleh diikuti melalui video klip...


1. Video klip sekitar HIKMAH 4 Nov



HIKMAH - Bagaimana ia bermula

Assalamualaikum semua. Sempena malam ini sudah masuk 17 Ramadhan iaitu malam Nuzul Quran biar dimulakan satu usaha untuk mengumpulkan artikel-artikel mengikut kelompok acara. Artikel terkumpul akan menunjukkan aktiviti setiap acara HIKMAH dari mula sampai tamat. Sebelum itu biar dikumpul artikel yang menunjukkan bagaimana HIKMAH tercetus 12 Oktober 2012 sehingga dapat mengadakan acara pertamanya 4 November.













Tuesday, July 23, 2013

Video HIKMAH V - Kesantaian hari Sabtu. Dan acara pun tamat...

Malam ini masuklah 15 Ramadhan, pertengahan bulan puasa. Dengan itu biar dipersembahkan video-video hari terakhir HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Jejak Sufi dalam Tamadan Melayu, tentang aktiviti hari Sabtu 8 Jun 2013...


 



















Dengan ini tamatlah siri "Video HIKMAH V" yang dibuat untuk menunjukkan aktiviti sepancang acara berlangsung 5-8 Jun. Isi video-video ini boleh dipadankan dengan cerita HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Batu Bersurat Terengganu dan pelestarian adat Melayu yang dibuat Jun 22.


Monday, July 22, 2013

Video HIKMAH V - Keberkatan hari Jumaat, hari ketiga acara

Salam buat para pembaca yang dimuliakan. Hari ini biarlah dipersembahkan video-video untuk hari ke-3 acara HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu. Hari Isnin ini adalah hari ke-13 kita berpuasa bulan Ramadhan. Video-video pula menunjukkan aktiviti hari Jumaat 28 Rejab. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-66 di blogspot HIKMAH.















 


Video-video ini boleh dipadankan dengan penceritaan dalam artikel HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Dari khilafah Uthmaniyah ke Tokku Paloh dan mushaf quran Terengganu (dibuat 20 Jun). Kecuali video ke-2 dari atas, semua video saya proses, sunting dan muatnaik sendiri. Video ke-2 itu didapati sudah dimuatnaik sebulan lalu, mungkin oleh anak murid kepada ustaz yang bercakap. Seharusnya video-video lain juga terpapar lebar kerana direkod dalam format wide screen atau skrin lebar. Namun saya tersilap setting ketika memproses video. Setelah mengambil masa yang lama untuk memuatnaik begitu banyak video menunjukkan aktiviti 4 hari acara baru tersedar kesilapan. Rujuk penerangan yang dibuat dalam artikel sebelum ini, Video HIKMAH V - Sekitar Khamis siang hari Isra' dan Mi'raj @ hari kedua acara.


Saturday, July 20, 2013

Video HIKMAH V - Sekitar Khamis siang hari Isra' dan Mi'raj @ hari kedua acara

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan. Lebih kurang setengah jam lalu iaitu selepas jam 1 petang saya telah berjaya memuatnaik ke Youtube semua video yang mahu dipaparkan tentang aktiviti HIKMAH V atau HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu sepanjang ia berlangsung di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013. Sejumlah 15 video telah dimuatnaik membentuk lebih 9 jam paparan dan mengambil masa 4 hari berterusan untuk dimuatnaik (saya memakai Streamyx paling murah, pakej 512 Kb). Sekarang biarlah  dikumpulkan video-video untuk siang Khamis 6 Jun, hari kedua acara yang jatuh pada siang 27 Rejab, tarikh Isra' dan Mi'raj. Video-video lain juga akan dikumpulkan mengikut hari nanti.












 


Secara ringkas isi video dan aktiviti sepanjang hari boleh dirujuk dan dipadankan dengan penceritaan dalam artikel HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Tok Pulau Manis, Syarif Muhammad al-Baghdadi dan pengembalian sistem khalifah yang dibuat 14 Jun. Cuma video-video ini sepatutnya dipaparkan dalam bentuk wide screen, skrin lebar. Tetapi saya telah membuat kesilapan sebelum penyuntingan yang menyebabkan paparan tidak selebar yang patut. Biar dicopy paste kenyataan yang telah dibuat di Facebook saya 5 jam lalu...


--------------------


MAAF JIKA VIDEO HIKMAH V KELIHATAN MEMBUJUR

Adus. Baru saya terperasan. Adapun video untuk HIKMAH V semuanya saya dan isteri rakam dalam format Sony AVCHD Full HD wide screen (aspect ratio 16:9). Tetapi untuk menjimatkan masa membuat penyuntingan sambil mengecilkan memory supaya upload tidak terlalu lama saya telah terlebih dahulu mengecilkan file sambil menukar ke format .wmv. Setelah itu baru disunting menggunakan Windows Moviemaker. Selepas siap mengupload 13 daripada 15 video yang dibentuk, satu proses yang memakan masa 4 hari tanpa henti sejak awal pagi Khamis kerana Streamyx saya cuma 512 Kb, baru saya tersedar gambarnya nampak bujur. Baru saya sedar rupa2nya semua video yang saya upload memiliki aspect ratio 4:3.

Saya pun check balik apa tak betul. Lek eleh, masa tukar pada .wmv file tu saya ikut automatik setting 320 x 240 yang bersamaan aspect ration 4:3. Padahal kalau nak maintain 16:9 saya boleh tukar jadi 426 x 240. Tapi apa boleh buat? Saya dah sunting kesemuanya pada saiz dan format tersebut dan dah lama upload. Pada ketika ayat ini ditulis video ke-14 sudah pun masuk 67%, tinggal 86 minit lagi nak selesai.

Maka menganggau le saya mencari dalam web cara bagaimana video dalam Youtube yang telah diupload pada 4:3 boleh ditonton secara automatik oleh sesiapa pada 16:9. Cara mudah yang diberi adalah masukkan perkataan "yt:stretch=16:9" pada video tag. Saya cuba tapi tak menjadi. Sedangkan ramai orang kata ia berkesan. Rupa2nya tak semua format boleh dibuat begini. Kalau pakai .mp4 misalnya tentu dah ok. Format .wmv takkan dapat diubah lagi...

Cara lagi satu lebih susah. Kena install Mozilla Firefox kemudian hidupkan satu kemudahan yang dipanggil Greasemonkey lalu gunakan ia untuk memasukkan satu Javascript yang boleh dicari dalam website tertentu. Ini akan menyebabkan muncul toggle button pada Youtube yang menunjukkan aspect ratio 16:9 dan 4:3, lalu boleh diubah sesuka hati. Tetapi ada risiko Javascript mungkin akan membuat kerja lain seperti menjadi Trojan Horse, Spyware dan sebagainya Selain itu saya tak pasti jika pengguna lain akan automatik dapat setting 16:9.

Kalau setakat untuk tontonan saya sahaja ada banyak cara boleh digunakan agar video yang diupload pada 4:3 boleh ditonton pada 16:9. Cara-cara ini boleh digunakan untuk sesiapa sahaja termasuk orang lain yang ingin menonton video saya. Tetapi ia tidak akan berlaku secara automatik. Cara yang pasti adalah buat balik kerja dari mula. Allah! Takkan nak convert balik semua video ke 16:9, satu proses yang memakan masa beberapa jam kemudian upload kembali kesemuanya, satu proses akan memakan masa 4 hari tanpa henti di rumah saya?

Kesimpulannya saya harus akur video yang asalnya direkod pada 16:9 kini 'terpahat' di Youtube pada 4:3. Itulah yang rata2 penonton akan dapat kecuali mereka mengambil inisiatif sendiri untuk mengubah tontonan menjadi 16.9. Maka itu maaf jika video2 HIKMAH V yang saya kongsikan dengan penuh penat-lelah ini kelihatan membujur. Saya harap ia tidak menjejaskan penyampaian ilmu dan penghayatan acara.


Thursday, July 18, 2013

Video HIKMAH V - Sekitar malam Isra' dan Mi'raj @ hari pertama acara

Setelah beberapa lama akhirnya saya berjaya memulakan sesuatu yang sudah lama tertunda. Biar dicopy paste sebahagian besar dari satu kenyataan yang telah saya buat di Facebook 11 jam lalu iaitu sekitar jam 2 pagi tadi...


--------------



Subhanallah, baru sahaja selesai upload video kedua dari HIKMAH V 5-8 Jun 2013 di Kuala Terengganu, pengenalan pada pagi Khamis 6 Jun bersamaan 27 Rejab, siang Isra' dan Mi'raj. Sungguh, bila Allah bagi gerak macam2 boleh buat. Lebih sebulan saya diamkan rakaman video yang dibuat dalam bentuk Full HD sehingga menelan ruang 23GB. Bukan senang nak proses wooo... masuk aje Moviemaker ia akan makan banyak masa semata2 untuk convert format dari AVCHD ke satu format HD yang boleh dibaca terus dan proses. Belum lagi keje2 sunting dan letak teks, pilih kat mana, kombinasi klip2 kecil mana nak digabungkan. Boleh rasa phobia nak buat keje. Tu yang saya tak sentuh2 lebih sebulan.

Tiba2 siang tadi dapat gerak yang disokong semangat baru... apabila mendapat tahu Galeri Shah Alam sangat berminat untuk menjadi tuan rumah HIKMAH VI yang mahu diadakan hujung bulan Syawal. Selepas 3 petang saya mula memproses video kemudian menyuntingnya. Video juga harus ditukar format kepada saiz yang lebih kecil agar senang diupload ke Youtube. Alhamdulillah sekitar 2 pagi tadi selesai kesemuanya.

Hasilnya adalah 15 klip video yang menunjukkan total lebih 9 jam bahagian pilihan terutama pembentangan sepanjang 4 hari acara berlangsung. Sekarang tinggal nak upload je, cuma ia memakan banyak masa lagi kerana saya pakai Streamyx 512Kb je. Video pertama saya upload, video sepanjang 50 minit memakan masa 6 jam 40 minit untuk siap masuk, jam 11 malam tadi masuk selesai.

--------------


Lega sungguh rasa dapat melakukan ini. Untuk makluman kenyataan di atas dibuat setelah saya berjaya memuat naik video ke-2 dari HIKMAH V. Kemudian saya cuba memuat naik video-video seterusnya tetapi menghadapi masalah. Tiga kali video yang dimuatnaik rosak akibat proses muatnaik dihentikan setelah video sudah masuk hampir 50% ke dalam Youtube, setiap kali  proses memakan masa lebih 3 jam! Alasan yang diberikan cuma seperti di bawah...


An error has occurred while reading the uploaded file. Please make sure the file can be opened and read on your computer, then try uploading again.


Pening saya memikirkan kerana setiap video ini tiada masalah ditonton menggunakan Windows Media Player. Apa yang saya boleh buat adalah reboot balik komputer dan cuba lagi memuatnaik. Setakat ayat ini ditulis jam 2.25 petang, video ke-3 yang sepanjang 55 minit baru 33% dimuatnaik, perlu menunggu lagi 253 minit atau 4 jam 13 minit untuk selesai.

Apapun, artikel ini mahu berkongsi video pertama yang menunjukkan aktiviti hari pertama HIKMAH V iaitu pada Rabu 6 Jun... atau lebih tepat aktiviti malam itu. Ia dibuat selepas masuk waktu Maghrib lalu masuklah tarikh 27 Rejab, malam Isra' dan Mi'raj. Cuma saya rasa wajib berkongsi dahulu susah payah memuatnaik video untuk dikongsikan orang ramai. Selain video ke-3 yang dalam proses dimuatnaik (mintak-mintaklah tiada masalah kali ini), masih ada 12 lagi video yang perlu dimuatnaik, separuh daripadanya sepanjang hampir 1 jam lalu harus mengambil masa sekitar 7 jam untuk dimuatnaik dari rumah saya setiap satu. Sekarang setelah dilepaskan dari dada hal ini bolehlah dikongsikan video pertama di bawah...






Isi video ini boleh dipadankan dengan penceritaan pada artikel HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Dari dunia di luar matriks ke dinar dan dirham yang dibuat Jun 12. Pada artikel ini terdapat penerangan ringkas tentang pembentangan malam...




Wednesday, July 10, 2013

Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu

Salam semua. Adapun buat masa ini saya belum ada kelapangan mahupun kerajinan untuk memproses lalu berkongsi rakaman video yang diambil pada HIKMAH V di Kuala Terengganu 5-8 Jun. Tadi saya ada membuat artikel baru di blogspot peribadi saya CATATAN SI MERAH SILU. Isinya sangat relevan dengan perjuangan HIKMAH. Maka biar dicopy paste ke sini...



Salam 1 Ramadhan. Selamat berpuasa kepada semua, semoga dapat bertahan lalu mendapat kepuasan sebenar berbuka. Awal pagi Isnin seorang kawan telah memberikan satu fail pdf. menarik mengandungi kajian dan pembentangan seorang profesor ekonomi yang dibuat dalam bahasa Inggeris. Setelah membacanya sepintas lalu saya pun tergerak untuk berkongsi dengan orang ramai di Facebook. Namun masalah teknikal menghalang pdf. dari dikongsikan terus ke sana. 

Untuk mengatasinya saya menukar format setiap mukasurat pdf. lalu dijadikan satu siri gambar dalam format jpg.. Semua ini, 13 keping gambar untuk 13 muka surat kertas kerja diatur menjadi isi artikel baru pada blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Artikel ini siap diatur lalu dipublish selepas tengah malam itu. Linknya kemudian diletak pada FB berserta sedikit ulasan. Biar dicopy and paste... 




BAGAIMANA DUIT KERTAS DAN SISTEM PERBANKAN MENJATUHKAN EKONOMI ORANG MELAYU SAMBIL MENAIKKAN EKONOMI ORANG CINA

Salam. Saya telah diberikan satu pdf. file mengandungi kajian seorang profesor tentang bagaimana wang kertas dan sistem perbankan yang mula diwujudkan di Tanah Melayu sekitar 150 tahun lalu berjaya menyusutkan ekonomi orang Melayu sambil menaikkan ekonomi orang Cina. Ini adalah salah satu tunggak asas pada usaha penjajah Barat yang dibelakangi puak Yahudi Illuminati untuk menjatuhkan orang Melayu dan Islam seraya menyekat kebangkitan Islam dari Timur akhir zaman. Klik pada link bawah, baca dan fahami...




Selepas beberapa lama saya dapati ramai yang berminat lalu membacanya tetapi bukan semua betul-betul faham. Maklumlah ia adalah kajian akademik seorang pakar ekonomi Islam yang dibuat dalam bahasa Inggeris. Tak semua pembaca Melayu lancar dalam bahasa ini. Malah orang yang pandai berbahasa Inggeris pun boleh tentu dapat menangkap segala isi kerana ia mengandungi konsep-konsep ekonomi dan kewangan serta terma-terma yang memerlukan sekurang-kurangnya sedikit pengetahuan dalam bidang. 

Seterusnya ada orang meminta saya menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Saya fikir elok juga agar lebih ramai anak Melayu dapat memahaminya. Tetapi ini memerlukan tumpuan istimewa buat satu masa dan saya tidak pasti samada akan membuatnya apalagi bila. Lewat malam semalam, malam pertama bulan Ramadhan saya mendapat gerak untuk memulakan usaha. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah dan berkat bulan mulia ia dapat disiapkan sekitar 2 petang sebelum disunting sehingga memuaskan jam 4.30. 

Adapun terjemahan cuba dibuat mengikut cara penulisan asal selagi boleh. Tetapi untuk pembacaan awam dan demi pencernaan orang ramai saya telah menambah penerangan pada teks dan mengubah-suai sedikit isi. Apa yang penting semua orang Melayu boleh mendapat ilmu bermanfaat yang boleh dijadikan bekalan jihad akhir zaman demi membela agama, bangsa dan negara. Biar diberitahu ini adalah artikel ke 1,122 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Selamat membaca... :]


----------------------------




Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu



Terjemahan oleh Radzi Sapiee, dari artikel berbahasa Inggeris “Fiat Money and Economic Degradation of the Malays” oleh Ahamed Kameel Mydin Meera, profesor dan dekan Institut Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beberapa nota kaki asal telah diterjemahkan secara ringkas untuk disertakan pada teks utama, diletakkan dalam kurungan. Penerangan beberapa terma teknikal (tidak wujud dalam teks asal kerana harus sedia difahami khalayak yang berpengetahuan dalam bidang) juga dihimpit kurungan.

                                                

Abstrak

Artikel ini berhujah bahawa kekayaan orang Melayu di Semenanjung Malaysia telah dirompak secara sistematik dari tangan mereka melalui wang Fiat (kertas yang diberi nilai tanpa sandaran) yang diterbitkan sistem perbankan berdasarkan riba’. Hal ini juga adalah benar bagi Bumiputra lain termasuk penduduk asal di Semenanjung dan Malaysia Timur dan para pedagang awal Arab dan India Muslim yang menetap di sini. Proses tersebut telah berlangsung sejak bank-bank persendirian terawal ditubuhkan di Pulau Pinang 1860an hingga sekarang. Ini secara keseluruhan memberi kesan sosio-ekonomi-politik  yang serius terhadap bangsa Melayu, Islam dan negara. Maka itu artikel ini memanggil pihak kerajaan, NGO-NGO dan orang ramai yang prihatin agar dapat menghentikan proses perompakan ini seterusnya mengambil tindakan proaktif dan tegas untuk menterbalikkan proses demi menggapai keadilan sosio-ekonomi dengan cara menggalakkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara melalui pengagihan saksama kekayaan negara untuk semua kaum.




1.0 Pengenalan

Artikel ini menunjukkan satu dari banyak aspek wang Fiat, contohnya bagaimana penduduk asal sesebuah negara boleh kerugian teruk dalam sistem wang Fiat. Beberapa buah negara boleh dikemukakan sebagai contoh untuk menunjukkan ini. Kita ambil kes Malaysia untuk artikel.

Kalau kita ambil perhatian dari tahun ke tahun, Malaysia telah banyak berubah dari segi sosio-ekonomi-politik . Orang Melayu yang secara asasnya memiliki kebanyakan, jika tidak pun semua Semenanjung pada awalnya sekarang mengalami ketempangan ekonomi. Sebaliknya, masyarakat Cina secara khususnya telah berkembang dalam kemewahan berbanding bangsa lain. Statistik billionaire di Malaysia boleh membuktikan ini. Perbezaan ekonomi telah, secara langsung membawa sejumlah masalah sosio-ekonomi terbit di kalangan masyarakat Melayu – kesempitan hidup, kemiskinan, rendah keyakinan diri, pencapaian akademik yang rendah, ketagihan dadah, mat rempit, masalah remaja dan berbagai lagi. Maka itu kerajaan telah mencuba sejumlah langkah afirmatif termasuk Dasar Ekonomi Baru untuk menangani isu. Ia telah membawa hasil yang terhad namun masalah tetap wujud dan kelihatan terus berkembang. Bagi orang Cina pula, kemewahan ekonomi telah sedikit demi sedikit memberikan mereka lebih kedudukan politik.


1.1  Objektif

Artikel ini berdasarkan fakta sejarah dan pemerhatian terhadap Malaysia selama beberapa dekad. Ia bertujuan untuk merangsang proses pemikiran, tanpa niat jahat seperti mewujudkan perpecahan antara kaum. Sebaliknya, diharapkan artikel akan menyumbang pada keharmonian antara kaum, pengagihan saksama kekayaan negara, paras korupsi yang rendah dan pengurangan masalah berkaitan sosio-ekonomi.
Pada Seksyen 2 artikel akan diterangkan kenapa sistem perbankan di Malaysia telah membawa ketempangan sosio-ekonomi yang ketara pada orang Melayu. Seksyen 3 membincangkan kesan sosio-ekonomi-politik  sistem wang Fiat. Seksyen 4 memberikan beberapa langkah yang boleh diambil kerajaan untuk menghentikan perompakan dan menterbalikkan proses. Seksyen terakhir menyimpulkan kertas.kerja.


2.0  Wang Fiat Sistem Perbankan Berdasarkan Riba’ dan Melayu – Sejarahnya

Pada asalnya Tanah Melayu (teks asal menggunakan perkataan Malaya) diduduki Orang Asli, penduduk asal, serta orang Melayu.(merujuk pada orang tempatan Alam dan Kepulauan Melayu yang juga telah bercampur-aduk dengan pendatang Arab, India dan bangsa lain sejak beberapa abad). Dengan kesultanan-kesultanan bertebaran di merata Tanah Melayu, mereka secara asasnya memiliki Tanah Melayu. Orang Asli secara dasarnya tinggal di hutan tropika sementara orang Melayu duduk di kampung-kampung. Kehidupan mereka ringkas tetapi diberkati perhubungan kemasyarakatan yang erat dan harmoni, dengan pertanian dan perikanan menjadi sumber utama kehidupan.

Tanah Melayu adalah bumi ‘susu dan madu’ (land of milk and honey). Ia menarik orang Arab dan India Muslim awal untuk datang mengadu nasib. Pedagang Arab diketahui telah datang ke Kepulauan Melayu sejak awal abad ke-7. Mereka diketahui telah sampai ke Sumatera pada 674 Masihi, cuma beberapa dekad setelah kemunculan Nabi Muhammad SAW di Tanah Arab. Sebaliknya pedagang India Muslim diketahui telah datang ke Semenanjung Melayu, terutama ke Kedah, sejak abad ke 12. Pengaruh mereka terhadap istana kesultanan Melaka telah didokumenkan dengan baik. Parameswara, pengasas Melaka dikatakan memeluk Islam 1411. Orang Melayu tempatan secara rata hidup berasaskan pertanian dan ini dilengkapkan oleh kepintaran perniagaan orang Arab dan India Muslim. Maka itu orang India Muslim dan pedagang Arab awal memiliki perniagaan yang maju di Tanah Melayu dan diterima baik penduduk tempatan kerana agama yang sama iaitu Islam.

Agama Islam adalah faktor pemberi petunjuk dan pemersatu antara semua. Dengan menurut prinsip Islam, wang yang digunakan untuk perdagangan adalah wang-wang sebenar (bukan wang kertas yang boleh dicetak sesuka hati) – kebanyakannya jongkong timah, emas dan syiling perak. Di bawah sistem wang sebenar sebegitu, setiap pertukaran dagangan melibatkan pertukaran barangan sebenar dengan barangan sebenar, juga dengan perkhidmatan yang dinilai setara. Maka ia membentuk satu sistem pertukaran yang adil dan saksama. Logam-logam bernilai memainkan peranan sebagai pengukur harga dalam dagangan dan kontrak.

Tanah Melayu sebagai Semenanjung yang kaya dengan hasil bumi juga menarik para penjajah dan pendatang Cina dan India kemudian. Orang Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris berada di sini pada masa tertentu dalam sejarah tetapi pengaruh Inggeris adalah yang paling hebat. Syarikat British India Timur mula ditubuhkan di penempatan British di Pulau Pinang, pada 1786. Kemudian Pulau Pinang, Singapura dan Melaka digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat 1826, dengan Pulau Pinang sebagai pusat. Mereka membawa orang India untuk bekerja di ladang getah sementara orang Cina rata-rata di lombong bijih timah, dua aktiviti ekonomi terbesar zaman itu. Penghijrahan ke Tanah Melayu adalah mudah bagi orang luar kerana sering diterima orang Melayu yang bersifat ringkas, bertoleransi, beragama dan memiliki nilai moral yang tinggi. Dari segi ekonomi sebenar, kemunculan pada pendatang termasuk pedagang Arab dan India Muslim adalah bagus kerana kedatangan mereka meningkatkan aktiviti ekonomi dan pengagihan kek ekonomi, semuanya menambah kesejahteraan ramai.

Tetapi keadaan mula berubah dengan pengenalan bank-bank persendirian terawal di Pulau Pinang. Mercantile Bank yang kemudian menjadi anak syarikat Hong Kong Bank (sekarang HSBC), membuka perniagaan dalam 1860an dan Chartered Bank (sekarang Standard Chartered) pada 1875. Bank-bank persendirian terawal ini mengeluarkan nota bank sendiri (kertas yang diberi nilai seperti wang atas jaminan bank).  Kerajaan belum mengeluarkan nota serupa ketika itu. Cuma pada 1897, selepas Badan Pesuruhjaya Mata Wang (Board of Commisioners of Currency) ditubuhkan, baru kerajaan Negeri-negeri Selat diberikan kuasa untuk mengeluarkan nota mata wang. Tetapi nota yang dikeluarkan dua bank persendirian, Chartered Bank dan Hong Kong Bank, turut berkitar bersama nota keluaran kerajaan. Hak untuk bank-bank ini mengeluarkan nota cuma dilupuskan 1921. Pada 1938 Badan Pesuruhjaya Mata Wang Malaya (panggilan British untuk Tanah Melayu) ditubuhkan sebagai satu-satunya kuasa yang boleh mengeluarkan mata wang bagi seluruh wilayah naungan. Pada 1952 ia menjadi Badan Pesuruhjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo (Board of Commisioners of Currency Malaya and British Borneo) yang terus mengeluarkan mata wang walaupun selepas Malaysia merdeka 1957. Badan ini cuma ditutup secara rasmi lewat 1979. Sejak itu mata wang hanya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Tetapi kebanyakan wang dicipta oleh bank komersial melalui sistem yang dipanggil Fractional Reserve Banking (satu sistem yang menghalalkan bank memberikan pinjaman wang berkali ganda berbanding simpanan yang ada, diwujudkan melalui kiraan akaun atas kertas kemudiannya cuma dalam komputer).

Semua yang di atas, seperti pengeluaran nota bank persendirian, Badan Pesuruhjaya Mata Wang dan Bank Negara Malaysia dengan sistem Fractional Reserve Banking yang diamalkannya wujud berdasarkan sistem wang Fiat yang berdiri atas riba’ dan tidak bagus untuk ekonomi orang Melayu. Kita akan menghujahkan ini pada seksyen seterusnya.


2.1   Satu Prinsip Wang Fiat – Kerugian melalui Seigniorage

Salah satu prinsip wang Fiat adalah Seigniorage (perbezaan nilai wang dengan kos menerbitkan juga mengedarkannya) untuk wang Fiat menguntungkan pengguna pertama wang.  Oleh kerana wang Fiat tidak disandarkan pada emar atau apapun yang bernilai, ia murah untuk dihasilkan tetapi membawa kuasa beli yang diterbitkan dari udara kosong. Kuasa membeli yang diterbitkan secara murah inilah yang dikejar oleh pencetak wang palsu. Tetapi apabila bank-bank menerbitkan mata wang sendiri, mereka mendapat Seigniorage ini. Penerbitan wang Fiat yang dibuat mereka membawa bersama kuasa membeli yang dicipta dengan cara mencukai keseluruhan ekonomi melalui inflasi. Tidak difahami ramai bahawa hak untuk menerbitkan wang Fiat secara efektiknya memberikan pemilikan hasil bumi negara dan aset-aset ke tangan bank-bank. Kami telah berhujah dalam Meera (2005, merujuk pada kertas lama penulis) bahawa penerbitan wang Fiat itu sendiri adalah riba’ dan ia berlawanan dengan Maqasid al-Shari’ah. Maka itu negara-negara boleh kerugian melalui Seigniorage jika mereka membenarkan wang Fiat dari negara lain atau nota terbitan institusi persendirian untuk digunakan sebagai wang di tanah mereka.

Kedua, bank-bank mengeluarkan wang Fiat yang dicipta secara bebas sebagai pinjaman – kepada individu, perniagaan dan kerajaan – yang membawa cas riba’ berganda (compound interest charges). Dan riba’ adalah dikutuk sekuatnya dalam Islam.

Maka itu, apabila bank-bank terawal di Semenanhung diasaskan lalu mengeluarkan nota bank sendiri dengan riba’, kebanyakan jika tidak semua orang Melayu, pedagang Arab dan India Muslim tidak mahu terlibat langsung dengannya. Tetapi, baik mereka mahupun para pemimpin Islam tidak menghentikan aktiviti ini di tanah mereka. Pada pendapat kami, ini adalah kesilapan terbesar dibuat pemimpin Melayu Islam zaman itu merujuk pada prinsip penggunaan wang dalam Islam. Kesannya begitu nyata pada keadaan sosio-ekonomi-politik orang Melayu sekarang.


2.2 Keterasingan dari Kewangan dan Pengurangan Berterusan Keterlibatan Kewangan Relatif

Pengeluaran wang Fiat dengan riba’ oleh bank-bank awal dan pihak berkuasa mengasingkan secara total orang Islam awal – Melayu, India dan pedagang Arab – dari berurusan dengan bank. Ini adalah keterasingan kewangan sistemik orang Islam. Maka itu kami dapati pada zaman itu, akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 telah menyaksikan kebanjiran pendatang Cina ke Tanah Melayu yang selesa dengan sistem wang Fiat berdasarkan riba’. Jadi, kebanyakan wang Fiat yang baru diterbitkan pergi kepada kumpulan ini. Fenomena ini secara sistematik malah berterusan meningkatkan keterlibatan kewangan pedagang Cina sementara secara berterusan mengurangkan keterlibatan kewangan relatif kumpulan Islam. Fenomena ini terus ditonjolkan dengan fakta bahawa masyarakat Cina memiliki kecenderungan untuk mengitarkan wang di kalangan komuniti sendiri.

Maka itu wang Fiat berdasarkan riba’ telah, dalam sejumlah dekad, mengurangkan keterlibatan kewangan orang Melayu, India Muslim dan pedagang Arab dan pada masa yang sama meningkatkannya pada masyarakat Cina. Fenomena ini telah berlangsung secara eksponensial kerana wang Fiat berdasarkan riba’ berkembang secara eksponensial. Maka itu melalui struktur sistem kewangan sahaja, kewangan relatif dan kekayaan orang Melayu, India Muslim dan pedagang Arab harus berkurangan secara eksponential, sementara ia berkembang bagi masyarakat Cina. Tentunya, dengan peningkatan kekayaan dan duit, masyarakat Cina boleh terus mengembangkan perniagaan, meneroka peluang baru, menghantar anak-anak mereka untuk pendidikan berprestij di luar negara dan lain-lain. Sungguh, kebanyakan orang Melayu tidak memiliki pun akaun simpanan bank hingga ke 1970an (pegawai dahulu cuma menerima cek tunai, setelah kerajaan ‘meyakinkan’ mereka tiada riba’ dalam Bank Simpanan Nasional (BSN) yang merupakan institusi kewangan yang tidak mencipta wang daripada udara kosong melalui sistem Fractional Reserve Banking, baru mereka mula menyimpan di bank). Ini menunjukkan lamanya tempoh keterasingan kewangan orang Melayu, India Muslim dan pedagang Arab berlangsung.


3.0  Kesan Sosio-ekonomi-politik  akibat Keterasingan Kewangan yang Berpanjangan

Wang Fiat membawa lari kekayaan penduduk asal, dalam contoh kita, kekayaan orang Melayu, dengan cara mencipta inflasi dalam sistem. Maka itu sekarang setelah 150 tahun penubuhan bank-bank terawal di Malaysia, tidak sedikit kekayaan, terutama tanah, telah diambil alih dari tangan orang Melayu. Orang Melayu kini begitu tempang dari segi ekonomi, dengan kebanyakan mereka menduduki tempat ke bawah tangga ekonomi, ramai pula jatuh ke dalam kategori miskin. Maka itu, seperti boleh dijangka, masalah sosio-ekonomi seperti tiada pekerjaan, jenayah, ketagihan dadah, mat rempit, pencapaian akademik rendah dan lain-lain  adalah secara relatifnya tinggi dalam kumpulan ini. Terdapat jurang yang luas dalam  pendapatan relatif dan pengagihan kekayaan antara orang Melayu, orang Cina dan lain-lain dengan masyarakat Cina menikmati bahagian kek ekonomi yang lebih tinggi dan tidak seimbang. Tidak dinafikan masyarakat Cina adalah masyarakat perniagaan yang kuat bekerja tetapi ia menguasai kebanyakan perdagangan yang terlalu dibantu struktur perbankan dan sistem kewangan dengan sedikit sahaja perbezaan kemahiran, produktiviti buruh dan kepintaran perniagaan. Pada dasarnya,peralihan kekayaan yang sangat besar telah berlangsung sehingga sekarang, dibiayai hanya melalui inflasi.

 Rajah 1 di bawah memberikan anggaran bekalan wang di Malaysia yang diwujudkan oleh bank-bank komersial dalam bentuk pinjaman, pada tempoh 1973 hingga 2011. Perhatikan perkembangan eksponensial yang ditunjukkan graf. 

    





Data Bank Negara menunjukkan jumlah Broad Money, M3, pada tahun 2011 adalah RM1.24 trillion (Broad Money adalah ukuran sejumlah instrumen yang berfungsi seperti/sebagai wang, misalnya demand deposit, satu bentuk dana bank, M3 adalah sejenis piawaian untuk menentukan apakah instrumen yang boleh diliputi sebagai Broad Money, seperti duit kertas, syiling dan akaun bank perseorangan juga akaun syarikat). Dari jumlah ini RM53.49 billion adalah mata wang dalam kitaran (dalam bentuk fizikal, duit kertas dan syiling). Perbezaannya, RM1.19 trillion adalah anggaran wang sedia ada yang diwujudkan oleh bank-bank komersial daripada udara kosong semata, melalui Fractional Reserve Banking (yang membenarkan dana atas kertas diwujudkan berkali ganda berbanding nilai sebenar deposit atau simpanan wang dalam pegangan bank lalu dijadikan pinjaman yang memberikan pulangan tinggi berdasarkan riba’). Pada tahun 1973 jumlahnya cuma RM6.6 billion, membayangkan bahawa kadar perkembangan penciptaan wang oleh bank-bank komersial adalah 14.7 peratus setiap tahun. Isunya adalah siapakah yang mendapat faedah daripada jumlah wang hampir tidak masuk akal yang diterbitkan oleh bank-bank komersial itu? Apakah ia telah diagihkan secara saksama untuk semua kaum? Tatacara yang mana jumlah bekalan wang diagihkan pada semua boleh menunjukkan tahap keterlibatan kewangan setiap kaum. Mungkin Bank Negara Malaysia boleh memberikan pencerahan.

Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Cina juga membawa pada peningkatan kehadiran politik mereka dalam negara.


3.1  Penglibatan orang Melayu dan Islam dalam Transaksi Kewangan berdasarkan Riba’

Ketempangan berterusan yang ditimpakan wang Fiat berdasarkan riba’ terhadap orang Melayu, India Muslim dan pedagang Arab telah menyebabkan kumpulan ini akhirnya terlibat di dalam transaksi kewangan berdasarkan riba’. Untuk terus aktif dalam perdagangan menurut arus zaman, peniaga Muslim harus mengalah, misalnya dengan membuat deposit dan membuka akaun bank. Di bawah sistem Fractional Reserve Banking, ini membenarkan bank-bank untuk mengeluarkan pinjaman berdasarkan riba’ kepada orang lain berkali ganda nilai deposit asal.

Disebabkan sifat tidak Islami bank, pemilikan dan pengurusan bank secara semulajadi dikuasai orang bukan Islam. Maka itu orang Islam secara am, pedagang atau lain darinya, cuma menjadi ‘mangsa’ sistem sebegini. Pengwujudan wang Fiat (yang bermakna duit tanpa sandaran) menyebabkan inflasi dalam ekonomi, yang mana harus ditanggung semua orang tidak kira samada mereka pernah berurusan dengan bank atau tidak. Maka itu, sambil menghadapi sedikit demi sedikit keterasingan (terkeluar dari penglibatan aktiviti) ekonomi, orang Melayu dan Islam harus menanggung beban inflasi. Apapun, keterasingan ekonomi yang begitu lama perlahan-lahan memaksa orang Melayu dan pedagang Islam lain untuk terlibat sama dalam transaksi kewangan berdasarkan riba’ demi survival ekonomi. Ramai yang mula mengambil pinjaman untuk  pembelian rumah, kenderaan dan pembiayaan perniagaan. Ramai juga mula mendapat kerja di bank-bank. Di bawah sistem perbankan sekarang, sejumlah daripada pengerusi dan ketua pegawai operasi bank-bank konvensyional adalah orang Melayu. Secara dasarnya mereka mula ‘tidak peduli’ tentang sesuatu yang sangat dilarang dalam agama.


3.2 Pejabat Pemberian Pinjaman – Penabal Raja dalam Sistem Fractional Reserve Banking

Tatkala bank pusat mengawal keperluan fractional reserve (rizab pecahan?) untuk bank-bank konvensyional, sesungguhnya pejabat pemberi pinjaman (loan office) sesebuah bank adalah tempat di mana wang dicipta daripada udara kosong lalu diagihkan kepada siapa yang dirasakan layak. Maka itu, seseorang boleh melihat permainan politik dalam bank-bank untuk mengawal pejabat pinjaman. Hak untuk menerbitkan wang daripada udara kosong adalah satu kuasa tertinggi yang dinikmati pegawai pemberi pinjaman. Kuasa ini tidak dimiliki secara langsung walau oleh seorang perdana menteri.

Seperti disebut lebih awal, sejumlah jawatan tinggi pengurusan dalam bank-bank konvensyional dipegang oleh orang Melayu. Namun, ini malah pemilikan bank pun tidak begitu berfaedah. Apa yang paling berfaedah adalah siapa yang mendapat duit yang baru dicipta dan ini adalah di bawah kawalan terus pegawai pemberi pinjaman. Sesungguhnya mereka adalah ‘penabal raja-raja’ atau king maker dalam sistem Fractional Reserve Banking.

Oleh itu, disebabkan signifikannya kesan sosio-ekonomi-politik  wang Fiat, komposisi kaum adalah paling penting untuk pegawai menilai dan membenarkan pinjaman. Walaupun kita boleh beranggapan mereka akan bertindak secara profesional dalam membuat kerja, hakikatnya tidak semestinya begitu. Namun begitu, sejak awal lagi jumlah pegawai pinjaman Melayu dan Islam adalah terlalu kecil disebabkan sifat semulajadi bank berdasarkan riba’.

Keadaan ini membawa kepada kawalan terhadap pejabat pemberi pinjaman, kecenderungan untuk mengitarkan wang dalam komuniti sendiri dan undang-undang yang menghadkan liabiliti. Kami berpendirian bahawa komuniti perniagaan Cina mendapat bahagian paling besar daripada wang yang dicipta sesuka hati lalu membawa kepada keterlibatan kewangan relatif mereka yang sentiasa berkembang. Sesungguhnya inilah kuasa sebenar di belakang kenaikan masyarakat Cina berbanding komuniti lain dan penguasaan mutlak mereka terhadap ekonomi negara. Tetapi, perhatikan bahawa masyarakat Cina mencapai ini menurut lunas undang-undang.


3.3        Kek Ekonomi yang Mengecut buat orang Melayu dan lain-lain

Sementara kekayaan orang Cina meningkat secara rata akibat sokongan sistem kewangan, kek ekonomi untuk orang Melayu dan kaum lain mengecut menurut keadaan. Graf pada Rajah 1 menunjukkan trend ini bersifat eksponensial. Ketidakseimbangan yang begitu menjolok mata dalam pengagihan kekayaan di kalangan kaum tersebut menyebabkan satu siri masalah sosio-ekonomi-politik  terbit. Kami menyifatkan jurang ini berlaku akibat rusuhan kaum 13 Mei 1969. Walaupun selepas itu orang Melayu dapat mengekalkan pegangan kekuasaan politik, ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan terus berkembang di bawah status quo perbankan yang dikekalkan. Sesungguhnya kebanyakan bandar dan kawasan sekitarnya sekarang ‘dimiliki’ masyarakat Cina. Ambil Pulau Pinang sebagai contoh. Sementara suatu masa dahulu ia dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu, sekarang pulau itu secara praktiknya telah hilang dari tangan mereka. Ini sesungguhnya didorong secara sistematik melalui perlaksanaan sistem perbankan dan kewangan. Cerita serupa melanda Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh dan bandar raya juga bandar-bandar lain. Perhatikan harga hartanah yang melonjak tinggi di kawasan bandar. Fenomena ini tidak sahaja menolak orang Melayu dan penduduk asli keluar dari kawasan bandar malah menerbitkan satu rintangan tidak nampak yang menghalang kemasukan ke bandar. Dan tentunya semua ini memiliki implikasi politik.


3.4        Peningkatan Korupsi di kalangan Pegawai Kerajaan berbangsa Melayu

Dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan kita sering dapat mendengar aduan-aduan dari orang awam mengenai peningkatan korupsi di kalangan pegawai kerajaan yang lazimnya orang Melayu. Kami menyifatkan ini juga kerana ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan di kalangan kaum. Ini kerana orang Melayu memegang kuasa dan kedudukan politik, bangsa lain memiliki kelebihan dalam perniagaan dan kekayaan – resepi ranum untuk pemberian dan penerimaan rasuah. Pegawai Melayu yang memegang kuasa tetapi lebih rendah taraf ekonominya lebih senang tergoda untuk menerima rasuah demi menyaingi kesejahteraan ekonomi rakan yang lebih kaya. Kami tidak membenarkan rasuah di sini. Sesungguhnya ia adalah satu perbuatan khianat kepada negara, setiap penerima dan pemberi rasuah kedua-duanya bersalah. Adalah menyedihkan apabila diperhatikan jurang perbezaan pemilikan kekayaan dapat mengubah sifat orang Melayu yang dahulunya tinggi keagamaan dan nilai etik.


3.5   Tindakan Afirmatif untuk Melawan Ketidakseimbangan dalam Kekayaan dan Pendapatan

Mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad diketahui telah mengambil sejumlah langkah afirmatif untuk melawan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, terutamanya langkah yang memihak kepada Bumiputra. Antaranya, beliau menghantar jumlah besar pelajar Melayu ke luar negara di bawah Pelan Ekonom Baru, bawah panji-panji untuk menaikkan status sosio-ekonomi Bumiputra, dengan harapan mereka akan kembali membawa kemahiran pendidikan dan sosio-ekonomi yang lebih bagus. Sesungguhnya dasar ini membawa pulangan dan mewujudkan satu kelompok terhormat Bumiputra berpendapatan tinggi dan sederhana. Juga, beliau menswastakan beberapa badan kerajaan dengan harapan dapat mewujudkan sejumlah peniaga tinggi Melayu yang boleh menyaingi kawan mereka dari bangsa lain, terutama orang Cina, jika tidak pun menyaingi mereka dari segi jumlah.

Malangnya, kek ekonomi untuk orang Melayu dan Bumiputra lain yang mengecut membuatkan kerajaan tidak mampu untuk mengekalkan dasar afirmatif tersebut. Sejumlah orang Melayu dan Bumiputra lain terpaksa dipinggirkan. Ini nampaknya telah juga menerbitkan sejumlah ahli politik Melayu dan peniaga kaya-raya pentingkan diri yang lupakan bangsa. Mereka mengumpulkan kekayaan dan kekuasaan ekonomi untuk diri sendiri sahaja.


3.6  Kesan-kesan Politik

Semua natijah wang Fiat di atas seterusnya memberikan kesan-kesan politik. Kami bertegas di sini bahawa pengecutan ekonomi perlahan tetapi berterusan orang Melayu itulah yang menyebabkan ramai menyokong parti-parti politik pembangkang, sesuatu yang sangat nyata dalam pilihanraya lepas, dengan harapan parti-parti ini dapat menolong mengatasi masalah ekonomi mereka.  Tetapi disebabkan struktur perbankan sekarang masih berkuatkuasa, parti pembangkang juga tidak akan dapat menyelesaikan masalah mereka. Orang Cina pula sebaliknya sedaya upaya menyokong pembangkang, bukan kerana keciciran ekonomi tetapi melihat  peluang seumur hidup muncul untuk mendapatkan lebih kawalan yang juga boleh membawa mereka pergi jauh dalam perjalanan untuk mencapai penguasaan politik ke atas negara.


4.0  Menangani Akar Permasalahan dengan Dasar Proaktif dan Afirmatif

Untuk semua pemerhatian di atas, terutama tentang kejatuhan sosio-ekonomi orang Melayu di Malaysia, kami mahu menunjukkan jari pada sektor perbankan sebagai masalah akar. Ini kerana sektor itulah yang mencipta jurang luas pendapatan dan pengagihan kekayaaan antara kaum melalui pengagihan tidak saksama jumlah besar wang Fiat yang diwujudkan sesuka hati. Pengwujudan wang Fiat oleh sektor perbankan sesungguhnya adalah ‘hadiah’ yang begitu menjolok mata apabila diberi di bawah undang-undang liabiliti terhad (sila rujuk artikel kami “Fiat Money and Interest Groups” yang muncul dalam  majalah THE EDGE, 1 April 2013, muka surat 56) berbanding saguhati jaminan kerajaan yang diberikan kepada Bumiputra, bertujuan untuk membantu mereka melalui segala macam ujian dan tekanan akibat penyingkiran ekonomi.

Sekarang adalah masa untuk kerajaan menghentikan dan menterbalikkan trend ketidaksamaan teruk dalam pengagihan kekayaan nasional di kalangan kaum, disebabkan sektor perbankan yang kini sudah memakan tempoh seabad setengah. Kerajaan harus mengambil berat tentang ketidaksamaan ini menggunakan data yang boleh didapati dari Bank Negara atau terus mengambil langkah-langkah proaktif. Antara dasar segera yang kami selalu sarankan adalah memiliknegarakan (nationalisation, menjadikannya milik kerajaan) semua bank komersial demi menghentikan dengan segera trend memusnahkan ini. Memiliknegarakan bank boleh juga menolong  mengatasi defisit belanjawan kerajaan kerana duit yang dicipta daripada udara kosong menjadi milik awam berbanding pemilikan persendirian seperti dalam kes sekarang. Ini adalah keutamaan tertinggi dan sangat sangat penting. Ia adalah juga resolusi utama Persidangan ke-3 Tahunan Dunia tentang Riba’, 2012. Di Amerika Syarikat, usaha diperjuangkan Institut Perbankan Awam pimpinan Ellen Brown (penulis buku “The Web of Debt”). Beliau sering merujuk pada Dakota Utara yang memiliki perbankan awam, satu-satunya negeri dalam AS yang tidak mengalami masalah kewangan ketika berlakunya kegawatan ekonomi AS sekarang.

Untuk menterbalikkan proses, dasar-dasar boleh meliputi sebagai contoh, pengwartaan secara rasmi penggunaan hasil minyak dan gas kerajaan untuk menolong mereka yang ekonominya ketinggalan  dari semua kaum. Ini dijangka harus termasuk sebilangan besar orang Melayu, Bumiputra lain, orang India dan sejumlah orang Cina yang keciciran.

Kami percaya bahawa melalui dasar-dasar sedemikian, kekayaan nasional boleh diagihkan dengan lebih saksama kepada semua bangsa. Ini seterusnya akan menggalakkan ekonomi yang lebih stabil dan rancak, membawa kembali perpaduan orang Melayu, menempa keharmonian kaum, menyusutkan rasuah secara signifikan juga tahap jenayah dan seterusnya menggalakkan keamanan dan kesejahteraan untuk semua. Hanya setelah kita menyelesaikan ini dan sewajarnya meratakan padang permainan ekonomi baru kita boleh bercakap tentang meritokrasi dan seterusnya. Kalau tidak, dengan dinamik sedia ada yang melanda kita semua, orang Melayu dan penduduk asal tempatan kemungkinan besar akan menjadi ‘hamba’ di negara sendiri.

Orang Melayu membenarkan mereka dikuasai secara ekonomi walaupun memiliki kuasa politik hanya kerana mereka adalah orang yang sangat bertolak ansur, dibentuk oleh kepercayaan agama. Cuba pertimbangkan kalau peranan diterbalikkan, misalnya jika negara ini awalnya dihuni bangsa lain, dan orang Melayu adalah pendatang yang kemudian meraih kekuasaan ekonomi. Apakah bangsa lain akan bertolak ansur seperti dibuat orang Melayu selama ini?

Dipendekkan cerita, oleh itu kerajaan perlu mengambil tindakan-tindakan proaktif untuk memastikan kekayaan tanah ‘susu dan madu’ ini dapat diagihkan lebih saksama, dengan cara meningkatkan keterlibatan orang Melayu and pihak lain yang terkesan demi membawa negara ini ke hadapan menuju pencapaian taraf negara maju pada 2020.


5.0  Kesimpulan

Secara ringkas, penubuhan bank-bank persendirian pada permulaan 1860an, dan kemudian Badan Pesuruhjaya Mata Wang Malaya, dan seterusnya Bank Negara Malaysia yang mengamalkan perbankan komersial berdasarkan fractional reserve, kesemuanya boleh menerbitkan wang daripada udara kosong, adalah permulaan proses mencengkam membawa kepada ‘kebinasaan’ ekonomi orang Melayu, penduduk setempat dan pedagang Islam. Pengenalan nota bank Fiat oleh bank-bank awal di bawah sistem berdasarkan riba’ tidak memihak pada orang Melayu mahupun pedagang Islam. Ini adalah kerana pengambilan dan pemberian riba’ dilarang dalam agama. Pada mulanya, orang Islam tidak mahu bekerja langsung dengan bank. Maka itu sewajarnya, struktur perbankan memihak kepada bukan Islam, terutama orang Cina yang meliputi komuniti perniagaan yang luas. Ini melonjakkan kemewahan ekonomi dan tahap pendidikan orang Cina jauh melebihi orang Melayu dan kaum-kaum lain.

Oleh itu, pengwujudan wang Fiat oleh entiti-entiti di atas menyebabkan pengecutan sistematik keterlibatan kewangan relatif bagi orang Melayu, penduduk tempatan dan para pedagang Islam. Pinjaman berdasarkan riba’ memburukkan lagi  keterasingan kewangan.  Ini telah menyebabkan kekayaan amat besar dapat dipindahkan dari tangan orang Melayu melalui inflasi. Ia juga membawa pada kekurangan ekonomi yang terus melanda hingga kini. Seterusnya, ini menerbitkan kesan-kesan sosio-ekonomi-politik yang kita lihat di Malaysia sekarang.

Sekarang terpulanglah pada kerajaan, NGO-NGO dan orang ramai untuk mengambil langkah yang perlu demi memperbetulkan keadaan.




Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera
Dekan
Institut Kewangan dan Perbankan Islam
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia





PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.