Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Friday, January 30, 2015

Acara ke-15 HIKMAH di Chenor, Pahang 2 Mei, penutup kalendar 2015...



Salam Jumaat. Dengan selesainya segala yang perlu ditulis tentang acara ke-12 HIKMAH yang sudah berlangsung dengan jayanya di Lembah Bujang 2 minggu lepas lalu dikompilasikan pada artikel Acara kedua belas HIKMAH di Lembah Bujang, Kedah 17-18 Jan 2015 2 hari lalu penumpuan bolehlah dibuat pada acara-acara seterusnya. Acara ke-13 yang akan berlangsung di Beruas tinggal 3 minggu sahaja sebelum diadakan 21 Februari. Tetapi sebelum ini biarlah saya menurut gerak melepaskan sesuatu.

Adapun sejurus selepas saya membuka event page acara ke-14 HIKMAH yang mahu diadakan di Seri Menanti 28 Mac (page dibuka 4 Disember 2014, sila masuk sini) nanti timbul satu gerak untuk menentukan tempat acara seterusnya. Saya pun menulis begini di Facebook, biar dicopy and paste...



SELEPAS NEGERI SEMBILAN SAMPAI GILIRAN HIKMAH DI PAHANG?

Salam. Sesungguhnya saya mengatur program HIKMAH berdasarkan gerak yang dipadankan dengan tawaran yang mendatang. Dengan terbukanya page event acara ke-14 iaitu di Seri Menanti, Negeri Sembilan tadi selesailah gerak membuka event page untuk 3 acara terawal HIKMAH 2015 bermula di Lembah Bujang diikuti Beruas kemudian Seri Menanti. 3 program ini insyaallah akan diadakan berturut Januari, Februari dan Mac. Selepas itu saya fikir eloklah berehat sekurang2nya 2 bulan.

Tapi tu le, bila dah menurut gerak ini bukan kehendak sendiri yang menjadi pilihan tetapi petunjuk dan isyarat. Ketika membuka page untuk Seri Menanti tadi saya telah menulis begini untuk deskpriksi acara :-

--------------

Acara ke-14 HIKMAH di Seri Menanti yang menjadi pusat pemerintahan beradat kerajaan Negeri Sembilan. Negeri ini terkenal dengan Adat Perpatih yang kelihatan mengutamakan nasab belah ibu, dibawa oleh mereka yang berhijrah dari Tanah Minangkabau di Sumatera, paling nyata sejak abad ke-18 Masihi. Namun harus ada sesuatu yang lebih lama dan awal boleh dibincangkan sama. Ia berkenaan laluan purba Sungai Muar menyambung ke Sungai Pahang yang mana kawasan Seri Menanti ini ada kaitan penting.

---------------

Sampai pada ayat akhir yang tereluar secara spontan itu saya merasakan selepas itu mesti diadakan acara HIKMAH di Pahang, seeloknya di lokasi yang berdekatan Sungai Pahang. Mungkin awal bulan Mac ketika aura keramat bulan Islam Rejab masih berkumandang. Amacam? Harap beri maklum balas terutama orang Pahang...



------------------


Oh. Awal bulan Mac pada perenggan atas tu salah, Maksud saya adalah Mei. Mana boleh Mac untuk Pahang sedangkan penghujung Mac telah ditetapkan HIKMAH bertandang ke Seri Menanti?

Kebetulan ketika itu sudah ada permohonan daripada 2 pihak ingin membawa HIKMAH masuk ke 2 lokasi berlainan di Pahang. Kemudian timbul beberapa cadangan mengadakan di beberapa tempat lain di negeri terbesar di Semenanjung Malaysia itu. Setelah beberapa lama memikirkan saya dapati cuma ada satu pihak ketika itu yang cukup berkebolehan dan bersedia mengadakan acara pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai tanpa terlalu mengharap pada peruntukan dana mana-mana agensi yang entah boleh entah tidak dapat. Dengan itu kami pun menetapkan tempat dan tarikh. Cuma saya fikir setelah selesai segala yang perlu tentang acara ke-12 HIKMAH iaitu di Lembah Bujang baru ia diumumkan.





Semalam malam Jumaat saya telah membuka event page baru untuk acara di Pahang, Ia akan menjadi acara ke-15 HIKMAH. Sila klik sini. Acara mahu diadakan di pekan kecil Chenor berdekatan bandar Temerloh, pada Sabtu 2 Mei mengambil kesempatan atas cuti Hari Buruh 1 Mei. Saya mendapati ini harus bersamaan 13 Rejab, bolehlah dikaitkan dengan hari Israk dan Mikhraj yang akan jatuh 27 Rejab.

Sebagai acara ke-15, kena pula pada tahun 2015 saya fikir mungkin selepas itu sudah sampai masanya untuk menutup tirai aktiviti HIKMAH lalu memberikan tumpuan kepada hal lain terutama penulisan buku yang sudah lama terbengkalai. Maka itu biar diumumkan acara di Pahang ini akan menutup kalendar 2015 HIKMAH. Selepas itu biarlah HIKMAH tinggal sebagai kenangan manis yang diharap telah dapat melakukan perkara yang membekas dalam hati setiap pihak yang pernah terlibat atau turut serta. Semoga ini menjadi ikatan hati dan silaturrahim yang berkekalan sambil semua dapat menerima panduan tanpa rupa dan suara untuk menentukan cara terbaik dan hala tuju masing-masing dalam usaha berterusan untuk mendaulatkan Melayu dan Islam, 

Sesungguhnya saya membuat semua ini sekadar menurut gerak yang mendatang. Kalau dah sampai masa untuk beralih arah saya pun menurut perintah. Biar orang lain pula memacu perjuangan.  :]




Wednesday, January 28, 2015

Acara kedua belas HIKMAH di Lembah Bujang, Kedah 17-18 Jan 2015



Acara ke-12 ini membuka kalender HIKMAH tahun 2015 selepas 3 lokasi berlainan negeri telah dikenal pasti sebagai tempat 3 acara terawal untuk tahun baru ini. Lokasi-lokasi telah dikenal pasti dengan sokongan penganjur tempatan paling lewat minggu pertama Disember 2014. Usaha menjayakannya dimulakan sejak itu. Ilham untuk menerbitkan ketiga-tiga acara adalah susulan daripada kejayaan acara ke-11 HIKMAH di Masjid Sultan Alauddin Riayat Shah I, Kampung Raja yang mana di perkarangannya terdapat makam Sultan Alauddin yang memerintah Melaka lebih 500 tahun lalu. Majlis di mana hol atau ulang tahun Sultan Alauddin pertama kali diadakan dalam sejarah yang diketahui orang itu memberi inspirasi kepada banyak pihak untuk membantu HIKMAH terus bergerak lalu 3 acara terawal 2015 pun dibentuk, dibuka dengan acara ke-12 di Lembah Bujang.

Acara ini juga merupakan pertama kali HIKMAH diadakan di negeri Kedah. Sebelum ini yang terdekat adalah acara ke-9 di Pulau Pinang 22 Februari 2014  Jika HIKMAH XI di Pagoh diadakan di masjid dan makam Sultan Alauddin Melaka, HIKMAH XII di Lembah Bujang pula diadakan di sebuah rumah di Taman Lembah Bujang 3.5 km daripada makam Sultan Muzaffar Shah I, raja Kedah yang dikatakan pertama memeluk Islam iaitu pada tahun 1136 Masihi. Lokasi rumah juga tidak jauh daripada tapak-tapak arkeologi purba yang menunjukkan ketamadunan tinggi orang Melayu seawal 500 Sebelum Masihi. Paling menarik adalah kewujudan tapak industri peleburan besi bertaraf dunia berumur 2,400 tahun di Sungai Batu. Maka acara utama di Taman Lembah Bujang 17 Januari 2015 disusuli dengan lawatan lapangan rasmi ke Sungai Batu 18 Januari. Kebetulan tarikh itu adalah hari keputeraan Sultan Kedah sekarang, Sultan Abdul Halim Shah yang juga adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Lawatan lapangan turut meliputi ziarah ke makam Sultan Muzaffar Shah I di mana tahlil ringkas diadakan.


Persediaan untuk acara...


1. Dari Lembah Bujang ke Beruas ke Seri Menanti - 3 acara terawal HIKMAH untuk tahun 2015

2. HIKMAH Lembah Bujang - Anak-anak Kedah sudah bersedia untuk menjayakannya

3. HIKMAH Lembah Bujang - Lokasi tepat dan pengisian

4. HIKMAH Lembah Bujang - Persediaan akhir sebelum acara menjelang pagi Sabtu


Apa yang berlaku sepanjang acara...


1. HIKMAH Lembah Bujang - Maulidur Rasul pembuka acara

2. HIKMAH Lembah Bujang - Tamadun purba Sungai Batu dan masjid abad ke-9

3. HIKMAH Lembah Bujang - Hindu-Buddha-Islam, Gunung Jerai dan Merong


Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1. Sungai Batu sebagai Tapak Tamadun Tertua di Asia Tenggara - Profesor Dato' Dr Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM)

2. Masjid Kuno Pengkalan Bujang Kurun ke-9 – Dr Harleny Abd Arif, pengkaji seni visual, khusus dalam penelitian mihrab dan mimbar masjid

3. Tarikan Mistik Gunung Jerai dan Sekitarnya - Tuan Che Ross/ Idrus, pemilik rumah tempat acara merangkap wakil Pusaka Gayong Lembah Bujang juga Gurun

4. Hindu dan Buddha berasal daripada agama Islam - Tuan Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka, penulis buku "Sultan-sultan Soleh di Nusantara"

5. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"


Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...


1. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Sedikit ringkasan ceritera

2. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Antara Merong dan Mahapudisat

3. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Dari zaman Funan ke zaman Kedah Islam


Acara susulan atau ada kena-mengena...


1. Berkumandangnya azan Maghrib di Tapak 23 Pengkalan Bujang

2. Dari rumah ibadah 110SM ke kompleks pentadbiran 487SM

3. Tapak peleburan besi di Sungai Batu - Bukti Kedah sudah mengeksport besi sejak lebih 2000 tahun lalu!

4. Bergambar beramai-ramai dan tahlil di makam Sultan Muzaffar Syah I Kedah


Tuesday, January 27, 2015

Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Dari zaman Funan ke zaman Kedah Islam

Bahagian terakhir pembentangan. Bersambung daripada Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Antara Merong dan Mahapudisat.



Melompat terus kepada raja ketiga Kedah, Raja Seri Mahawangsa tetapi masih dalam konteks zaman kewujudan ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat.





Ini kerana semasa Raja Merong Mahapudisat masih hiduplah anak sulungnya telah naik jauh ke utara dari Kedah lalu membuka negeri baru yang disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa sebagai bernama Siam Lanchang,




Semakan melalui Internet menyebut memang pernah wujud negeri bernama Lanxang, sebutannya berbunyi Lanchang, dalam lingkungan tanah besar yang sering dikenali ramai sebagai benua Siam (maksudnya tak semestinya merujuk pada sempadan Siam yang dikenali sekarang sebagai Thailand tetapi boleh meliputi tempat-tempat lain di Indo-China). Separuh daripada Lanxang ini kemudian membentuk Thailand sekarang, separuh membentuk hampir keseluruhan negara moden Laos. Lalu Lanxang lebih dikenali dalam sejarah rasmi sebagai cikal bakal Laos.

Apapun Lanxang ini dipercayai diasaskan tahun 1353 sedangkan Siam Lanchang yang disebut hikayat merujuk pada zaman yang lebih purba. Mungkin Siam Lanchang yang dibuka anak sulung Raja Merong Mahapudisat itu merujuk pada kawasan yang sama tetapi belum tentu dipanggil Siam Lanchang zaman itu, Sama seperti anak kedua baginda disebut hikayat membuka negeri Perak sedangkan sejarawan secara rata berpendapat belum muncul negeri bernama Perak sebelum tahun 1528M, yang ada Gangganegara seawal abad ke-2 Masihi, Begitu juga halnya apabila anak ketiga disebut membuka Patani sedangkan ia nama yang diketahui muncul kemudian. Perlu diingatkan hikayat ditulis atau disalin balik selepas nama-nama ini wujud. Jadi kemungkinan besar ia merujuk pada wilayah yang sama tetapi menggunakan nama yang lebih dikenali pada zaman kemudian,


Saya tak tahu bagaimana hendak menerangkannya tetapi saya percaya daripada negeri Siam Lanchang yang dibuka oleh anak sulung Raja Merong Mahapudisat itulah muncul Empayar Funan. Sedangkan daripada Funan muncul kerajaan Chih Tu di Kelantan yang mana ramai sejarawan percaya daripada Chih Tu muncul kerabat diraja yang membuka Empayar Srivijaya abad ke-7 Masihi. Begitu juga daripada Funan muncul Dinasti Sailendra yang merajai Pulau Jawa lalu membina monumen hebat Borobudur abad ke-8 hingga abad ke-9 Masihi. Saya berpendapat dinasti raja-raja ini semua berasal daripada keturunan Raja Merong Mahawangsa.



Berbalik pada anak bongsu Raja Merong Mahapudisat yang mewarisi Kedah selepas kemangkatan baginda iaitu Raja Seri Mahawangsa. Jika baginda Mahapudisat masih ada maka kerajaan-kerajaan yang diletakkan hikayat sebagai Siam Lanchang, Perak dan Patani itu harus tunduk kepada Kedah kerana semuanya diasaskan oleh anak-anak baginda. Tetapi apabila baginda mangkat, Perak, Patani malah Kedah harus tunduk hormat kepada Siam. Ini kerana negeri-negeri tersebut diperintah adik sedangkan Siam diperintah abang sulung. Maka itu pada zaman Seri Mahawangsa baru wujud hubungan Kedah ke bawah Siam yang dikenali ramai seperti tercatat dalam sejarah moden. Ini menurut hikayat ditandai dan dimulakan dengan peristiwa Kedah di bawah perintah adik bongsu menghantar bunga emas kepada Siam sebagai hadiah untuk anak yang baru diperolehi raja Siam, si abang sulong.




Masuk zaman raja ke-4, Raja Seri Maha Inderawangsa, anakanda kepada Raja Seri Mahawangsa. Baginda dikatakan membuka kota di Sungai Emas.

Ini adalah bentuk mukabumi yang saya perolehi di Internet berdasarkan pemetaan daripada satelit.


Berdasarkan kajian geologi yang menunjukkan paras air adalah lebih tinggi dahulu (dan ini memang dinyatakan dalam Hikayat Merong Mahawangsa), sebahagian besar Sungai Emas masih berada di bawah air sehingga abad ke-3 Masihi. Ini membayangkan pada tahun 300an ke atas baru Sungai Emas menjadi daratan yang cukup stabil untuk didirikan kota. Maka zaman pemerintahan Raja Seri Maha Inderawangsa haruslah ketika atau selepas itu.





Penanda zaman seterusnya adalah pada zaman pemerintahn raja ke-5, Raja Ong Maha Perita Daria @ Raja Bersiong.






Selain cerita baginda suka makan darah dan daging, pada saya perkara paling penting adalah semasa zaman bagindalah baru Pulau Seri betul-betul bersambung dengan daratan besar lalu menjadi Gunung Jerai. Disebut juga bahawa ketika itu binatang tidak lagi boleh bercakap kerana Nabi Muhammad SAW sudah lahir. Ini menunjukkan baginda memerintah tahun 570 Masihi (tahun kelahiran Nabi) ke atas...



Masuk zaman raja ke-6, Raja Pra Ong Maha Putisat.




Selain cerita asal-usul raja ini sebagai anak Raja Bersiong yang dilahirkan ketika baginda dalam buangan juga cerita peperangan yang berlaku zaman itu untuk merebut takhta Kedah (tetapi ia berlaku di satu kawasan di utara antara wilayah Siam dan Kedah), saya tidak dapat melihat sesuatu yang begitu penting tentang zaman pemerintahannya. Paling penting mungkin hal Pulau Kering menjadi daratan, Saya tak pasti ia di mana, saya meneka ini merujuk pada Gunung Keriang di Alor Setar. Ah. Mungkin di situ ada petunjuk kaitan penting dengan Aceh. Lihat artikel lama saya, Mencari jejak Merong : Gunung Keriang... bayangan kerajaan Aceh di Kedah? di blogspot CATATAN SI MERAH SILU
.




Akhir sekali kita pergi kepada raja ke-7, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudian memeluk Islam lalu memakai nama baru Sultan Muzaffar Shah (ditulis Mudzlafal Shah dalam hikayat tapi saya tertaip Mulzafar pada slaid).


Hikayat menyebut ulamak yang mengIslamkan baginda itu hidup di Baghdad 5 tahun selepas Rasulullah SAW wafat. Saya fikir ini satu kesilapan salinan kerana kota Baghdad diketahui dalam sejarah didirikan pada tahun 762 Masihi oleh Khalifah Abu Jafar al-Mansur daripada Bani Abbasiyah sedangkan Nabi Muhammad SAW wafat 632M. Dan saya melihat deskripsi Baghdad dalam hikayat sebagai pusat keilmuan Islam seperti kelihatan pada muka surat atas merujuk pada zaman Sultanul Awliya (raja segala wali) Sheikh Abdul Qadir Jilani sedang sibut berdakwa tahun 1100an. Maka itu saya percaya hikayat sebenarnya merujuk pada zaman 500 tahun selepas Rasulullah wafat, bukan 5 tahun. Tetapi dua titik yang mewakili nombor kosong (mengikut tulisan Jawi) pada teks awal/asal Hikayat Merong Mahawangsa mungkin sudah terpadam atau penyalin kemudian terlepas pandang.





Apapun tahun raja Kedah ke-7 itu masuk Islam telah disepakati sebagai 1136 M. Ini memang dalam lingkungan 500 tahun selepas Nabi Muhammad SAW dan ketika itu memang Sheikh Abdul Qadir al-Jilani (dikatakan hidup 1077-1166 M) telah menjadi pendakwah agung. Walaupun tidak disebut dalam hikayat, ramai percaya Sheikh Abdullah yang mengIslamkan raja Kedah adalah anak murid Sheikh Abdul Qadir. Hikayat cuma menyebut Sheikh Abdullah ini anak murid kepada Sheikh Abdullah tua di Baghdad. Mungkin Sheikh Abdullah tua itu merujuk kepada Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Yang pasti pada zaman itu tidak ada ulamak yang lebih tinggi pengetahuan juga makam dan kedudukan daripada Sheikh Abdul Qadir terutama di Baghdad.





Sebagai peringatan dalam usaha mencari kebenaran melalui hikayat, kita mesti peka terhadap unsur-unsur kecelaruan kronologi atau aturan masa pada hikayat, disebut sebagai anachronistic dalam pengkajian sejarah. Ini berlaku apabila peristiwa-peristiwa berlainan zaman teradun pada ceriya satu zaman. Misalnya apabila disebut tentang Sheikh Nuruddin daripada Aceh dengan kitab Babun Nikah sezaman dengan kedatangan Sheikh Abdullah mengIslamkan raja Kedah. Itu terang-terang merujuk kepada Sheikh Nuruddin Ar-Raniri yang terkenal semasa Sultan Iskandar Thani memerintah Aceh 1636-1649. Sedangkan kewujudan Sultan Muzaffar yang diIslamkan ternyata jauh lebih awal apalagi memang terdapat ramai Sultan telah memerintah Kedah selepas baginda dan sebelum tahun 1636 (rujuk senarai pada awal artikel Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Antara Merong dan Mahapudisat). Dalam kes ini kita harus berpegang kuat bahawa hal keIslaman raja Kedah itu sememangnya telah berlaku lebih awal (500 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW seperti diterangkan sebelum ini), jangan terkeliru dengan zaman Sheikh Nuruddin 500 tahun kemudian.



Secara rata berdasarkan petunjuk zaman pada hikayat, kita boleh menulis zaman atau tempoh pemerintahan 7 raja terawal dalam Hikayat Merong Mahawangsa seperti di atas. Pada senarai serupa yang ditunjukkan lebih awal, saya meletakkan anggaran tahun hanya pada raja pertama (zaman Nabi Sulaiman), raja ke-3 (dalam lingkungan kemunculan awal Empayar Funan), raja ke-5 (selepas Nabi Muhammad SAW lahir 570M) dan raja ke-7 (memerintah sebagai seorang sultan Islam 1136-1179). Pada senarai terakhir ini baru saya berani meletakkan anggaran zaman pemerintahan untuk raja ke-2 (ambil pertengahan antara zaman raja pertama dengan raja ke-3) iaitu sekitar 500SM.  Zaman pemerintahan raja  ke-4 pula mengambil kira dua faktor - surutnya air laut sehingga kota boleh dibina di Sungai Emas (rujuk gambar satelit selepas cerita zaman raja ini disentuh) dan pertengahan zaman antara raja ke-3 dengan raja ke-5 yang mana dua faktor ini ternyata saling mengena.

Zaman raja ke-6 pula saya ambil sebagai pertengahan antara raja ke-5 dan raja ke-7 lalu dapatlah tahun sekitar 840M. Macam kena pula dengan kaitan Aceh yang saya sebut pada ulasan zaman raja ini (bab Pulau Kering jadi Gunung Keriang, rujuk artikel lama Mencari jejak Merong : Gunung Keriang... bayangan kerajaan Aceh di Kedah). Untuk pengetahuan, pada tahun 840M itulah muncul Kesultanan Islam Perlak di Aceh yang diterajui raja berketurunan Nabi Muhammad SAW.

Dalam konteks HIKMAH Lembah Bujang terutama berkenaan tapak arkeologi Sungai Batu senarai tempoh masa ini dapat sedikit sebanyak menjawab apa  yang berlaku terutama berkenaan penemuan tapak-tapak peleburan besi. Kita tahu dalam Al-Quran nabi merangkap rasul mana yang diberi kelebihan membentuk besi iaitu Nabi Daud, bapa Nabi Sulaiman. Tentunya ilmu ini diajar kepada anakanda baginda lalu diketahui umat Nabi Sulaiman. Raja Merong Mahawangsa pula hidup pada zaman nabi ini, tidak jauh daripada zaman Nabi Daud. Jadi masuk akal kalau dikatakan bagindalah yang membawa ilmu pembuatan/peleburan besii ke Kedah. Apa yang ditemui setakat ini adalah sisa industri peleburan besi beratus tahun kemudian. Lihat Tapak peleburan besi di Sungai Batu - Bukti Kedah sudah mengeksport besi sejak lebih 2000 tahun lalu!

Setakat ini penemuan tertua di Sungai Batu adalah tinggalan bangunan pentadbiran berusia 2,500 tahun. Ini menjadikan ia tamadun tertua berjaya ditemui di Asia Tenggara. Rujuk artikel HIKMAH Lembah Bujang - Tamadun purba Sungai Batu dan masjid abad ke-9 juga Dari rumah ibadah 110SM ke kompleks pentadbiran 487SM. Penemuan tertua itu boleh dikaitkan dengan zaman pemerintahan raja ke-2 Kedah menurut Hikayat Merong Mahawangsa iaitu Raja Merong Mahapudisat. Semoga selepas ini kita akan berjumpa kesan-kesan tamadun lebih lama untuk membenarkan cerita hikayat bahawa Raja Merong Mahawangsa yang membuka Kedah selepas Langkasuka memang sampai semasa Nabi Sulaiman AS memerintah. Sekian. :]


Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Antara Merong dan Mahapudisat




Ini adalah senarai rasmi sultan-sultan Kedah dan tempoh pemerintahan mereka. Difahamkan senarai yang boleh didapati di Internet ini diambil daripada buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah karangan Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Mohammad Arshad tahun 1928. Buku ini ditulis atas perintah Tunku Ibrahim ibni Sultan Abdul Hamid, pemangku raja Kedah ketika itu. Katanya ini berlaku kerana istana Kedah tidak berpuas hati dengan buku Tawarikh Kerajaan Kedah karangan Wan Yahya bin. Wan Muhammad (1911) yang ada mendedahkan kelemahan istana.

Buku Al-Tarikh Salasilah diolah menggunakan maklumat dalaman yang telah dipegang oleh istana Kedah sejak sekian lama. Yang disenaraikan di atas adalah raja-raja selepas Islam diketahui secara rasminya masuk ke Kedah. Buku turut menyebut raja-raja yang memerintah sebelum Islam. Dikatakan raja pertama datang daripada Iran sekitar tahun 630 Masihi dan inilah yang disamakan dengan Raja Merong Mahawangsa dalam kitab Hikayat Raja Merong Mahawangsa.


Tetapi di sini saya ingin kembali kepada maklumat berdasarkan kitab Hikayat Merong Mahawangsa untuk mencari kebenaran di sebaliknya. Cuma kenyataan daripada kitab Al-Tarikh Salasilah bahawa Sultan Muzaffar memerintah 1136-1179 Masihi sahaja diambil untuk tujuan ini. Kalau ikut penceritaan dalam hikayat, Merong Mahawangsa hidup semasa Nabi Sulaiman memerintah. Daripada pembacaan di Internet saya dapati nabi Allah ini memerintah 970-931 Sebelum Masihi, kalau ada perbezaan daripada sumber-sumber lain pun masih tak lari jauh, setakat beza 10-20 tahun.

Daripada hikayat dapat disenaraikan 7 orang raja telah memerintah Kedah (termasuk zaman semasa Kedah belum diberi nama, yang ada negeri kota Langkasuka) sehinggalah raja yang ke-7 memeluk Islam 1136 Masihi. Ini memberikan jangkauan masa 2,000 tahun, susah nak masuk akal logik biasa menurut pemikiran zaman sekarang. Ini kerana 7 orang raja ini merupakan anak beranak - penggantian pemerintahan dibuat dengan anak mewarisi pemerintahan daripada bapa. Sedangkan jarak purata pemerintahan antara raja ke raja adalah 286 tahun. Takkanlah seorang raja itu dapat hidup begitu lama sebelum anak menggantikannya, dan ini berlaku terus menerus sehingga 7 orang raja?

Memang ini tak masuk akal apabila kita menilai keadaan menurut pemikiran zaman sekarang. Begitu juga, kalau ikut akal mana pernah ada orang hidup sehingga 1,000 tahun sedangkan sebagai orang Islam kita yakin Nabi Nuh (malah ada lagi orang-orang lain) pernah hidup sebegitu lama. Lagi satu, saya pernah diberitahu oleh orang tua-tua bahawa perkiraan masa zaman dahulu tidak seperti sekarang. Zaman sebelum Nabi Muhammad SAW dilahirkan manusia biasa turun naik alam kayangan, keluar masuk alam bunian yang mana hukum perjalanan masanya boleh jadi berbeza. Sekarang pun kita masih boleh mendengar cerita orang tersesat masuk alam bunian merasakan dia berada di sana 3 hari sahaja. Sedangkan apabila kembali ke alam biasa kita ini, beliau rupanya sudah hilang selama 3 tahun.

Apapun, jalan paling senang untuk mengambil cerita hikayat sebagai rujukan. Anggaplah 7 raja dalam Hikayat Merong Mahawangsa itu mewakili 7 zaman ataupun fasa sejarah Kedah. Mungkin antara setiap 7 orang raja itu ada sejumlah raja-raja lain memerintah. Tetapi 7 ini sahaja disebut untuk mewakili 7 peringkat zaman yang signikan, sebelum Kedah secara rasminya memeluk Islam lalu tempoh pemerintahan raja-raja selepasnya lebih menepati pemikiran logik yang kita kenal zaman sekarang.

Atas sebab rasa tertentu yang akan diterangkan kemudian saya merasakan zaman raja ke-3, Raja Seri Mahawangsa selari dengan kemunculan empayar Funan tahun 68 Masihi lalu itulah yang diletakkan pada senarai. Dengan ini kita cuba lihat sejauh mana zaman pemerintahan menurut hikayat dapat dipadankan dengan sejarah rasmi yang boleh ditelaah dalam buku-buku sejarah, satu proses yang kini dimudahkan apabila maklumat dalam buku dimasukkan ke dalam Internet untuk perkongsian pantas dan sebaran yang lebih meluas...


Hikayat Merong Mahawangsa menyebut cerita bermula apabila anak Raja Rum mahu dihantar ke negeri Cina untuk mengahwini puteri Maharaja Cina. Ketika itu adalah zaman Nabi Sulaiman memerintah, kita ambil 970-931 SM seperti sudah disebut sebelum ini. Apakah sudah wujud kerajaan besar di Cina ketika itu? Ini tiada masalah kerana kita boleh menemui dengan senang maklumat menyatakan ketika itu Cina diperintah oleh Dinasti Zhou kerana ia berdiri 1046-256 SM.



Cuma saya nak ajak pembaca untuk berfikir sebentar tentang kerajaan Nabi Sulaiman. Carian yang dibuat menggunakan Google rata-rata memberikan kawasan pemerintahan baginda cuma sebesar atas, hampir sama dengan wilayah negeri Israel sekarang. Sedangkan sebagai orang Islam kita diajar Nabi Sulaiman diberikan kerajaan yang amat besar, boleh memerintah manusia, jin dan binatang malah angin. Al-Quran menyebut, dalam satu pagi mahupun satu  petang baginda boleh menggunakan angin untuk membawanya ke tempat yang biasa mengambil masa sebulan tiupan angin untuk sampai. Jadi takkanlah jangkauan kekuasaan baginda begitu kecil?


Seterusnya kita lihat pula empayar Rum. Hikayat Merong Mahawangsa menyebut Raja Rum memiliki kerajaan besar yang menaungi banyak raja. Memang nama Rum terpahat hebat dalam sejarah. Lihat sahaja peta di atas. Tetapi itu pada tahun 117 Masihi. Bagaimana pada zaman Nabi Sulaiman?

Carian menunjukkan pada zaman Nabi Sulaiman, Rum belum pun diasaskan apatah lagi mahu menjadi empayar. Apakah Rum yang dimaksudkan Hikayat Merong Mahawangsa menunjuk pada kerajaan lain yang ada kena mengena?



Satu calon yang boleh difikirkan serta merta adalah kerajaan Greek ataupun Yunani. Orang Greek memiliki kebudayaan yang serupa dengan orang Rum malah diketahui menyembah dewa-dewi yang sama walaupun ada sedikit perbezaan nama panggilan. Peta di atas menunjukkan jangkauan kekuasaan empayar Greek semasa zaman pemerintahan Alexander the Great. Alexander inilah yang disebut sebagai Iskandar dalam kitab Sulalatus Salatin (lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu) karangan Tun Sri Lanang sebagai moyang raja-raja Melayu terutama di Melaka. Sulalatus Salatin malah menyebut Iskandar berbangsa Rum, negerinya Makaduniah (merujuk pada Macedonia yang merupakan salah satu negeri di dalam lingkungan dunia asal orang Greek).

Tapi Alexander atau Iskandar memerintah 356-323 SM. Dan semakan menunjukkan seperti Rum, tamadun Greek juga muncul pada tahun 700an SM. Pada tahun 146 SM Rum menakluki Greece iaitu kerajaan induk orang Greek lalu menyerap wilayahnya ke dalam Rum. Maka itu limgkungan kekuasaan Empayar Greek menjadi sebahagian daripada Empayar Rum.



Ketika zaman Nabi Sulaiman, wilayah Greek masih dalam zaman kegelapan. Nampaknya ia juga bukanlah Rum yang disebut dalam hikayat.




Saya cuba lagi mencari calon terdekat untuk menepati pengertian Rum dalam hikayat. Lokasinya haruslah berada di dalam lingkungan alam yang boleh dikaitkan dengan perkembangan kekuasaan Rum yang sedia diketahui dalam sejarah. Saya mendapati kerajaan Assyria yang berpusat di lembah sungai Tighris dan Euphrates iaitu di dalam Iraq sekarang boleh memenuhi kriteria. Lihatlah wilayah kekuasaan yang dipaparkan yang mana kerajaan ini dimulakan 911 SM.




Walaupun itu adalah 20 tahun selepas Nabi Sulaiman dikatakan wafat 931 SM ia adalah yang paling dekat tempat dan zaman. Dan lagi kerajaan Assyria itu telah mengalami pasang surut sebagai empayar besar, ada zaman mengecil, ada zaman membesar balik sejak 2,500 SM. Jadi ada kemungkinan, ada celah pada zaman Nabi Sulaiman 970-931 SM ia cukup besar untuk dikira sebagai kerajaan Rum pada zaman itu. Sesungguhnya selain lokasi yang termasuk di dalam lingkungan pengaruh Rum yang diketahui kemudian memang ia memiliki kaitan terus dengan Rum. Kaitannya begini - wilayah kekuasaan Assyria kemudian akan menjadi kerajaan-kerajaan lain sehingga muncul Empayar Achaeminid Parsi di bawah pemerintah Cyrus the Great (Raja Khurush) sekitar 550 SM. Lebih 200 tahun kemudian empayar ini dikalahkan Alexander the Great lalu diserap ke dalam Empayar Greek. Dan 200 tahun kemudian pula Empayar Greek diserap ke dalam Empayar Rum.




Kembali pada teks Hikayat Merong Mahawangsa itu sendiri. Gambaran perjalanan yang dibuat oleh rombongan anak Raja Rum ke negeri Cina pimpinan Raja Merong Mahawangsa pun menunjukkan ia bermula daripada pusat yang terletak di sekitar sungai Tighris dan Euphrates. Lihat sahaja perenggan yang ditanda dengan kotak merah. Selepas melalui beberapa kuala negeri yang raja-rajanya takluk kepada Raja Rum rombongan sampai ke laut sebelah Hindustan.

Hindustan secara khusus terutama pada zaman lampau merujuk pada lembah Sungai Indus iaitu di barat-laut benua Hindi. Kalau Rum yang dimaksudkan adalah di Lautan Mediterranean, paling tidak pun rombongan mesti melalui Semenanjung Arab, satu wilayah yang cukup signifikan untuk disebut, bukan sekadar kuala-kuala yang kelihatannya terletak di dalam wilayah Parsi atau Iran sekarang diikuti terus laut di Hindustan.



Seterusnya kita lihat keadaan pada zaman pemerintahan raja kedua, Raja Merong Mahadipusat anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa.




Hikayat menyebut nama Kedah itu muncul setelah Raja Merong Mahapudisat diangkat untuk menggantikan ayahandanya yang mahu kembali ke benua Rum.




Turut disebut bahawa ketika itu Pulau Seri hampir-hampir hendak bertemu dengan daratan. Sedangkan semasa Raja Merong Mahawangsa sampai ke sekitar ini lalu membuka negeri kota Langkasuka, masih ada jarak yang agak jauh antara pulau yang bakal menjadi Gunung Jerai itu dengan daratan. Bersambung lagi nanti...


Monday, January 26, 2015

Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Sedikit ringkasan ceritera

Segala aktiviti sekitar acara ke-12 HIKMAH iaitu HIKMAH Lembah Bujang - Jejak Tamadun Merong 17-18 Januari 2015 telah pun diceritakan. Sekarang biar dikongsikan isi pembentangan dengan lebih mendalam. Adapun antara  5 pembentangan pada acara cuma persembahan daripada saya dapat dikongsikan di blogspot HIKMAH. Ini kerana saya tidak memiliki isi atau slaid pembentangan lain. Lagipun saya tidak mengulas pembentangan tersebut pada artikel tentang aktiviti (lihat HIKMAH Lembah Bujang - Hindu-Buddha-Islam, Gunung Jerai dan Merong). Maka kita mulakan dengan ini...


Pembentangan diberi tajuk seperti di atas ini.


Ia berdasarkan isi kitab Hikayat Merong Mahawangsa, satu penulisan Melayu yang sangat terkenal sehingga ke hari ini. Ia pertama kali saya baca ketika berumur sekitar 8 tahun iaitu hampir 40 tahun lalu. Ketika itu saya masih di sekolah rendah, terbaca koleksi buku seorang bapa saudara yang kalau tak salah termasuk teks wajib pengajian sastera Tingkatan 5 atau Tingkatan 6 zaman itu.

Setelah beberapa lama isi kitab ini saya jumpa sepenuhnya dalam sebuah blogspot yang bercakap tentang hikayat (sila masuk sini). Saya telah menyalinnya untuk simpanan peribadi sekitar setahun lalu. Tetapi awal tahun ini baru tergerak untuk membacanya dengan teliti, daripada mukasurat ke mukasurat, ayat ke ayat, perkataan demi perkataan. Itupun sebagai persediaan untuk membuat pembentangan pada HIKMAH Lembah Bujang.




Buku ini memiliki 164 muka surat. Untuk pembentangan, saya telah memasukkan sepenuhnya ke dalam slaid muka surat 1 hingga 55 kemudian baru melompat-lompat memaparkan muka surat 60-65 diikuti 81, 100-105. 108-113, 142-151 dan akhirnya 162-164. Saya cuba memaparkan sebanyak muka surat yang boleh untuk tatapan ramai sambil meringkaskan cerita sebaik mungkin tanpa meninggalkan perkara yang dikira penting. Tetapi untuk perkongsian di blogspot biar paparan diringkaskan lagi menjadi beberapa muka surat utama, bermula muka surat 1 dan 2 yang merupakan mukadimah hikayat.







Kemudian masuklah latar belakang utama cerita iaitu Raja Rum mahu menghantar satu angkatan/rombongan kapal untuk membawa putera baginda ke Cina berkahwin dengan puteri Maharaja Cina. Apabila burung garuda mendengar perkhabaran ini, ia berazam untuk menghalang jodoh kedua anak raja tersebut lalu meminta izin daripada Nabi Sulaiman.





Nabi Sulaiman membenarkan garuda untuk mencuba. Ia pun terbang ke negeri Cina lalu membawa lari puteri maharaja Cina ke tempat kediamannya di pulau Langkapuri. Ketika rombongan daripada Rum sampai ke laut lepas garuda pun menyerang. Tetapi ia menghadapi tentangan hebat daripada Raja Merong Mahawangsa, sahabat Raja Rum yang mengetuai rombongan.



Sampai satu ketika kapal Raja Merong terpaksa berhenti di satu pulau untuk mengambil bekalan air bersih dan sebagainya. Sambil itu kapal anak Raja Rum meneruskan perjalanan lalu diserang garuda lagi. Cuma kali ini tiada Raja Merong untuk menahan. Akibatnya rombongan kapal tersebut dapat dihancurkan. Apabila kapal Raja Merong menyusul didapati anak Raja Rum sudah hilang. Baginda berhenti di satu tempat dengan harapan akan mendapat perkhabaran tentang putera di bawah jagaannya itu. Sambil menunggu tergerak untuk membuka negeri lalu diberi nama Langkasuka. Letaknya ke timur sebuah pulau yang dipanggil Pulau Serai. Pulau ini nanti akan menjadi Gunung Jerai.



Ditakdirkan Allah anak Raja Rum hanyut lalu terdampar di pulau Langkapuri. Baginda kemudian ditemui puteri maharaja Cina. Tetapi garuda yang tidak menyedari ini pergi menghadap Nabi Sulaiman untuk menyatakan ia telah berjaya memisahkan jodoh kedua anak raja itu. Nabi Sulaiman yang tahu segala yang telah berlaku pun menyuruh raja jin membawa anak Raja Rum dan puteri Maharaja Cina ke balai penghadapan. Apabila garuda melihat ini ia terasa amat malu lalu membuang diri.




Setelah beberapa lama baru perkhabaran anak Raja Rum dan puteri Maharaja Cina selamat malah telah diijabkabulkan sampai kepada Raja Merong Mahawangsa. Dalam tempoh itu baginda telah mendapat seorang anak yang diberi nama Raja Merong Mahapudisat. Baginda pun membuat keputusan untuk kembali ke benua Rum. Anak itu dirajakan dan negeri yang semakin berkembang (bermula dengan Langkasuka itu) diberi nama Kedah Zamin Turan. Baginda juga meninggalkan wasiat - apabila Mahapudisat mendapat anak-anak hendaklah disuruh membuka negeri-negeri baru dengan bergerak ke arah-arah tertentu.



Setelah beberapa lama Raja Merong Mahadipusat mendapat anak seorang demi seorang. Apabila anak-anak cukup umur, wasiat ayahanda baginda pun dijalankan. Hasilnya anak pertama membuka negeri Siam, anak kedua membuka Perak, anak ketiga membuka Patani sementara anak keempat iaitu yang bongsu nanti mewarisi pemerintahan negeri Kedah.



Apabila Raja Merong Mahapudisat mangkat, anak bongsu menggantikan baginda memakai nama Raja Seri Mahawangsa. Sampai satu masa anak yang tua iaitu pemerintah Siam mendapat anak. Raja Seri Mahawangsa menghantar hadiah berupa bunga emas. Ini menjadi tradisi turun menurun yang menggambarkan hubungan Kedah dengan Siam, hubungan antara seorang adik bongsu dengan abang sulung.



Raja Seri Mahawangsa digantikan oleh anaknya Raja Seri Maha Inderawangsa yang berkahwin dengan wanita daripada bangsa gergasi. Dapat anak yang kemudian menaiki takhta memakai nama Raja Ong Maha Perita Deria. Raja inilah yang terkenal dalam cerita-cerita lama Melayu lama sebagai Raja Bersiong, Ini kerana kesukaannya makan darah dan daging manusia akibat merasakan hidangan tukang masaknya terlebih aneh setelah tertitik masuk darah daripada jari yang terhiris pisau.



Tentang cerita Raja Bersiong juga anak yang bakal menggantikannya,  Raja Pra Ong Mahaputisat tidaklah perlu saya panjangkan. Kalau mahu tahu boleh baca sendiri. Sekali lagi, untuk bacaan teliti malah keseluruhan buku boleh lihat di sini.







Dalam perkongsian ini saya cuma mahu mengambil dan menonjolkan bahagian-bahagian yang saya fikir paling relevan untuk mencari kebenaran sejarah dalam hikayat ini.




Paling penting adalah cuba mengaitkan cerita-cerita dalam hikayat dengan sejarah dunia yang kita boleh telaah dan rujuk silang, Antara peristiwa-peristiwa penting dalam hikayat yang harus diambil kira adalah bagaimana kerajaan Kedah boleh wujud akibat garuda cuba menghalang jodoh anak Raja Rum dengan puteri Maharaja Cina, pembukaan kerajaan Siam oleh cucu sulung Raja Merong Mahawangsa dan Kedah diIslamkan. Artikel selepas ini akan mula membuat analisa keadaan...



PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.