Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Friday, November 29, 2013

HIKMAH VII bersedia untuk menggegar Hang Tuah Center

Salam Jumaat. Sebetulnya ketika menulis ini di rumah seorang kawan dan penyokong HIKMAH sudah masuk malam Sabtu. Tapi cerita tetap bersekitar pada siang tadi Jumaat.
 

 
Petang tadi beberapa lama selepas solat Jumaat saya dan wakil dari Hulubalang Melayu Kuala Langat, Ustaz Mahyuddin bertemu di Hang Tuah Center untuk membuat persiapan akhir bagi acara Festival Ketamadunan dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII. Alhamdulillah kami mendapat sokongan penuh kakitangan PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka) yang memiliki HTC juga kakitangan HTC sendiri untuk menjayakan acara. Naiklah banner HIKMAH di hadapan replika Istana Kesultanan Melaka yang baru siap dibina 2-3 bulan lalu...
 
 


 
Replika istana yang merupakan bangunan utama kompleks akan menjadi tempat penting acara. Untuk pengetahuan HTC mengandungi beberapa rumah kayu tradisional Melayu.
 

 

 

Pembentangan-pembentangan ilmu akan diadakan di dalam auditorium yang terletak di sayap kiri istana. 



 
 
Tu dia. Backdrop atau latar belakang acara yang baru saya siapkan on the spot apabila diminta. Boleh le... :]
 
 
 
Selain itu aktiviti-aktiviti berkaitan akan dijalankan di luar iaitu di perkarangan Rumah Hang Jebat (gambar atas kanan) juga Rumah Hang Tuah (gambar bawah kiri).


 
Sukacita saya melihat keadaan selepas khemah-khemah selesai didirikan atas tajaan PERZIM. Ustaz Mahyuddin yang mengatur perkara melalui badan milik beliau yang bernama Anjung Hikmah (nama Hikmah tu kebetulan, tiada pakatan dengan HIKMAH... :]) pula menambah, hal makan-minum untuk 300 peserta sudah ditaja pihak tertentu. Namun sesiapa yang berminat untuk berniaga makan-minum tetap dialu-alukan datang mendirikan gerai.
 
Dengan itu biar diberitahu pihak PERZIM dan HTC telah bersetuju dengan usul saya untuk membenarkan sesiapa sahaja dating berniaga seperti kebiasaan pada setiap acara HIKMAH. Terdapat beberapa wakaf yang boleh digunakan tetapi eloklah bersedia membawa kerusi meja dan payung sendiri kalau ada. Selain itu biarlah diberitahu. Kawan kami kumpulan Armada Malaiu Malaysia ingin menaja 4 buah hamper. Ia mahu dijadikan hadiah untuk mereka yang berpakaian busana paling indah mengikut 4 kategori - dewasa lelaki, dewasa perempuan, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.
 
Secara rata kita akan mengikut atur cara tentatif seperti dipaparkan pada artikel Hang Tuah dan para sahabat bakal menjadi saksi (dibuat seminggu lalu). Cuma ada sedikit perubahan, misalnya saya diminta pihak HTC agar memberi sedikit ucapan pengenalan sebagai presiden HIKMAH (ini tidak ada dalam atur cara yang saya atur dahulu). Selain itu Guru Aziz Said dari Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka telah bersetuju untuk mengambil-alih tugas sebagai moderator kumpulan Perkerisan dan Persenjataan. Ia adalah satu dari 10 komponen dalam sesi berkumpulan yang kali ini akan digunakan untuk mengisi filem epik "Darah Melayu" arahan sutradara Mamat Khalid. Saya diberitahu Guru Aziz pernah berlakon dalam drama "Pendekar Kundur" yang agak terkenal suatu masa dahulu. Semoga pengalaman beliau juga para otai lain yang terlibat dalam acara HIKMAH kali ini dapat membantu aspirasi kami mahu mendaulatkan Melayu dan Islam terutama melalui media filem.
 
 


Thursday, November 21, 2013

Hang Tuah dan para sahabat bakal menjadi saksi




Salam wahai para pembaca yang dimuliakan. Pada artikel Acara ke-7 HIKMAH dan "To The Point" yang dibuat sebulan lalu telah dinyatakan HIKMAH akan mengadakan acara ke-7 di Mini Malaysia, Ayer Keroh, Melaka Sabtu 30 Nov. Pada artikel HIKMAH VII sebagai wadah pengisi filem epik Melayu yang dibuat seminggu kemudian pula dinyatakan acara tersebut akan digunakan untuk mengisi filem "Darah Melayu" yang mahu diarah sutradara terkenal Mamat Khalid. Sekarang biar diberitahu acara telah ditukar tempat ke Hang Tuah Center yang terletak di Kampung Duyung, Melaka, berdekatan Perigi Hang Tuah. Tentang pengisian filem, saudara Mamat sudah memberikan komitmen kuat mahu hadir bersama beberapa orang filem sehingga sudah menempah beberapa bilik hotel lebih awal dan menyatakan kesanggupan bertolak awal ke Melaka pagi Jumaat lalu tidak hadir ke Anugerah Skrin di Shah Alam malam itu di mana filem beliau ada dicalonkan.

Hal mengubah lokasi ke Hang Tuah Center (HTC) sebenarnya telah diusahakan sejak awal bulan tetapi baru dibincangkan secara formal dalam mesyuarat bersama pengurus besar PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka), Datuk Khamis dan para pegawainya Jumaat lepas. Pada hari Isnin baru kertas kerja menurut format diminta dikemukakan dan semalam pagi alhamdulillah, kami mendapat jawaban positif acara boleh diadakan di sana pada tarikh yang diminta iaitu 30 Nov, Sabtu minggu hadapan. Untuk pengetahuan lokasi acara diubah kerana kami merasakan ia lebih sesuai setelah berlaku beberapa perkembangan yang kurang memberangsangkan melibatkan Mini Malaysia. Tempatnya pun terasa cukup cantik malah ada aura yang melibatkan pejuang besar Melayu zaman kegemilangan kesultanan Melaka iaitu Hang Tuah dan para sahabatnya.

Lihat artikel Hang Tuah Center di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Untuk pengetahuan lokasi di Kampung Duyung dikatakan tempat Hang Tuah pernah menetap lebih 600 tahun lalu, siap ada Perigi Hang Tuah masih wujud di situ. Perigi itu dikatakan digali sendiri oleh pahlawan tersohor tersebut. Di kampung itu juga terdapat masjid lama di mana terdapat sebuah lagi perigi, dipercayai sesetengah orang sebagai tempat Hang Tuah mengambil wudhuk untuk bersolat. Lihat Perigi (well of) Hang Tuah, Masjid (mosque of) Duyung serta (and) Kampung Hulu.





Sebenarnya sejak pertama kali melihat HTC 2 bulan lalu saya ada menyimpan hasrat agar dapat mengadakan satu acara HIKMAH di situ. Lihat artikel First Melaka city centre walk in 5 months... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Alhamdulillah nampaknya Allah SWT telah memperkenankannya. Dengan ini biar dikongsikan atur cara penuh tentatif yang telah dikongsikan di Facebook 4 hari lalu. Turut dikongsikan, cadangan moderator sesi berkumpulan yang diletakkan di FB sehari kemudian...


ATUR CARA TENTATIF


8.00am                        :           Kedatangan Pengunjung/Peserta

8.30am            :           Ketibaan YBhg Datuk Haji Khamis bin Haji Abas,  Pengurus Besar
                                    PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka) diiringi paluan kompang dan
                                    diikuti pertunjukan silat

9.00am            :           Bacaan Doa Dan Selawat / Persembahan Qasidah

9.20am            :           Deklamasi Sajak / Pantun / Puisi

9.40am            :           Ucapan aluan dan Perasmian oleh Pengurus Besar PERZIM

10.00am          :          Jamuan ringan

10.15am          :           Pembentangan kertas kerja “: Mengenali & Menjejaki
                                    Perjalanan Bangsa Melayu & Asal Usulnya”
                                    oleh Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia

1.15pm            :           Rehat / Solat

2.15pm            :          Pembentangan kertas kerja “Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara :
                                   Sejarah, Hijrah dan Hikmah”   oleh Tun Suzana Othman,
                                   penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan
                                   Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI
                                             
3.30pm             :          Pembentangan kertas kerja "Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat
                                    Raja-raja Melayu" oleh Farha Muhammad, Nur Shazwani Sadzali dan
                                    Yusri Yusoff dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan

4.15pm            :           Pertunjukan Seni Silat

4.30pm            :           Taklimat sesi berkumpulan –
                                    Mengisi filem epik “Darah  Melayu” arahan Mamat Khalid

4.45pm            :           Rehat / Solat disambung terus dengan sesi berkumpulan

Peserta boleh memilih satu dari 10 kumpulan menurut minat – Persilatan, Perkerisan dan sebagainya – lalu memberi maklum balas mengikut topik, kali ini untuk mengisi filem.

5.45pm            :           Penggulungan sesi berkumpulan diikuti penutup / bersurai


*Aktiviti sepanjang acara dijalankan : Pameran Keris dan Senjata Warisan Melayu serta Barangan antik oleh Warisan Hikmah Nusantara. Persembahan Kuda Kepang / Pertandingan Memanah


Moderator kumpulan



1. Perkerisan dan Persenjataan - Untuk peminat keris juga senjata-senjata lain Melayu seperti pedang – Huzaifah dari MAGMA Melaka


 2. Perubatan dan Pemakanan – Untuk mereka yang meminati dunia perubatan tradisional, diselitkan juga dengan ilmu pemakanan - Ustaz Mahyudin dari Anjung Hikmah

 3. Persilatan dan Siasah Perang – Untuk peminat silat, ilmu bela diri dan ilmu peperangan – Pak Hitam dari Hulubalang Melayu, Kuala Langat

4. Busana Tradisional  - Untuk peminat pakaian tradisional, sampan, tanjak – Peniup Serunai, aktivitis kumpulan Keris Warisan

 5. Kebudayaan/Tarian/Seni Wayang – Untuk penggemar seni tarian, lakonan dan sebagainya – Datin Seri Sharifah Norazleenda @ Lynn, pelakon, pengacara

 6. Seni ukiran/Tulisan/Khat – Untuk penggemar seni ukiran, penulisan dan sepertinya – calon dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor atau dari Persatuan Pengukir Malaysia

 7. Kitab/Buku/Sastera – Untuk penggemar kitab dan sebagainya - Tun Suzana Othman, penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu”

 8. Keagamaan  - Untuk mereka yang berkecimpung dalam bidang agama baik feqah mahupun tasawuf dan lain-lain - Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam (KEMUDI)

 9. Keluarga dan Salasilah – Untuk mereka yang meminati kajian salasilah - Megat Iskandat at-Terawis dari Persatuan Keturunan Megat Terawis

10. Ketamadunan dan Kerajaan  - Untuk mereka yang meminati hal-hal melibatkan kerajaan-kerajaan terutama di Alam Melayu dari zaman purba hingga sekarang – Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia


Saturday, November 2, 2013

HIKMAH VII sebagai wadah pengisi filem epik Melayu

Gambar semasa di Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin baru ini...


Pada artikel Acara ke-7 HIKMAH dan "To The Point" telah dinyatakan HIKMAH akan mengadakan acara ke-7 di Mini Malaysia, Ayer Keroh, Melaka Sabtu 30 Nov. Sekarang biar ditambah bahawa ia akan digunakan untuk mengisi sebuah filem epik Melayu. Biar dicopy paste beberapa tulisan berkenaan yang telah dibuat di Facebook lebih kurang seminggu kebelakangan. Di bawah adalah pengumuman yang dibuat sehari dua sebelum menghadiri acara Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin 29-30 Oktober. Saya sunting sedikit untuk bacaan sini...


--------------


Salam. Tadi, tuan direktor filem Mamat Khalids mengingatkan saya tentang pertemuan kami yang dirancang mahu diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka sambil mengikuti seminar 400 tahun Sulalatus Salatin 29-30 Oktober iaitu Selasa dan Rabu ini. Kami dan beberapa orang lain memang sedang berbincang tentang pengisian untuk filem epik Melayu beliau yang akan dibuat nanti bertajuk "Darah Melayu". Saya adalah antara orang yang diminta memberikan cadangan dan pengisian terutama dari sudut sejarah dan ketamadunan. Saya kata memang akan datang, insyaallah berbusana penuh tradisional bertanjak, bersampin dan berkeris.

Kemudian saya teringat satu ilham yang muncul 4-5 hari lalu. Oleh kerana Mamat Khalid mahu mengisi sebaiknya filem epik sepanjang 3 jam itu dengan segala unsur penting yang membentuk ketamadunan dan peradaban Melayu, insyaallah bermula dari zaman Pentas Sunda yang dipercayai sesetengah orang sebagai kerajaan purba berteknologi tinggi Lemuria atau Atlantis, apa kata sesi berkumpulan HIKMAH digunakan untuk menolong? Mereka yang sudah biasa dengan HIKMAH tentu tahu pada penghujung setiap acara HIKMAH kita adakan bengkel brainstorming di mana peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan menurut minat - perkerisan, perubatan, persilatan, busana tradisional, kebudayaan/tarian, seni ukiran/khat, kitab/buku/sastera, keagamaan, keluarga dan salasilah juga ketamadunan dan kerajaan. Ia asalnya diwujudkan untuk menggalakan interaksi antara peserta yang ramai sebelum itu cuma pernah berkenalan di Internet tetapi tidak pernah bersua muka. Tetapi ia juga telah berjaya mewujudkan resolusi yang amat berguna demi kedaulatan Melayu. Rujuk Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman?
.
Saya fikir apa kata sesi berkumpulan HIKMAH kali ini digunakan untuk memberi cadangan dan pengisian untuk filem "Darah Melayu"? Selain mendapat input dari hati nurani para pejuang kedaulatan Melayu ia boleh menjadi hubungan berpanjangan untuk menjayakan filem epik pertama sepertinya di Malaysia ini. Kita boleh menyatakan filem yang bagaimanakah kita mahu lihat ke udara ditonton dunia untuk menyatakan kedaulatan kita orang Melayu. Di celah2 itu ada peluang untuk menyediakan tenaga kerja, para pesilat untuk mengisi adegan filem, para cendekiawan, penggunaan busana yang sesuai dan sebagainya.

Mamat Khalid bersetuju. Beliau pun menyatakan komitmen akan datang ke HIKMAH VII di Mini Malaysia Sabtu 30 Nov ini. Oleh ini mari para pejuang Melayu sekalian. Mari kita sama2 jayakan usaha besar ini. Sila bertandang ke event page HIKMAH VII. Klik sini.


------------------


Kini seminar tersebut sudah pun selesai. Ternyata Mamat menunjukkan komitmen yang tinggi apabila hadir awal pada hari pertama dan terus mengikutinya sehingga lewat petang. Lihat artikel Hari pertama Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP - Mencari bahan dan 'rasa' untuk filem epik Melayu dan Hari kedua Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP - Membawa gerakan kedaulatan ke peringkat yang lebih tinggi di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Dua hari kemudian iaitu pada hari Jumaat saya mendapat tahu Mamat telah berjumpa dengan pihak MDeC (Multimedia Development Corporation, di Cyberjaya kalau tak salah) lalu menunjukkan video trailer seperti berikut :-






Oh. Yang diletakkan ini cuma gambar. Untuk melihat video trailer sebenar sila klik sini. Ia telah tersebar merata di FB. Secara rata maklum balas yang diterima adalah positif. Namun ada yang kelihatan
 berfikiran negatif, mungkin kerana menilai semata-mata atas isi video sedangkan ia cuma gambaran awal penceritaan, butiran sebenar keadaan dari zaman ke zaman masih memerlukan penyelidikan mendalam yang harus memakan beberapa bulan.

Walaupun Mamat Khalid ada menjawab kritikan, saya sebagai seorang yang diminta menolong membuat pengisian lalu mengaturkan agar HIKMAH VII dijadikan satu wadah pengisian terpanggil untuk menjawab. Untuk itu biar dicopy paste update yang dibuat di FB 2 jam lalu...





ELEMEN2 PENTING UNTUK FILEM EPIK "DARAH MELAYU" MENGANGKAT MARTABAT MELAYU KE KACA MATA DUNIA

Untuk filem "Darah Melayu" yang mahu digarap sutradara Mamat Khalids saya rasa ini zaman2 penting yang patut disentuh. Bagaimana menggarapnya samada linear mengikut aturan masa atau kronologikal atau lompat-melompat melalui penceritaan dan flashback biarlah beliau menunjukkan kebijaksanaannya. Kita akan membantu untuk memberikan maklumat penting sebanyak mungkin...

1. Zaman Pentas Sunda sebagai tempat asal-usul segala tamadun dunia - Atlantis/Lemuria/Lanka. Ini sudah ada sokongan kajian akademik Prof Aryios Santos yang terbit dalam buku 2011 dan Prof Stephen Oppenheimer (terbit lebih awal iaitu sejak 1998) jadi tiada masalah. Cuma untuk dikaitkan sebagai tempat penurunan Nabi Adam AS dan beranak-pinaknya manusia awal membentuk tamadun tinggi yang katanya mencapai tahap lebih tinggi dari yang ada sekarang kita perlu keluar dari kajian saintifik. Kebanyakan sumber tentang ini datang melalui ilmu ghaib jadi kita boleh gunakan watak orang tua misteri ala2 Highlander sebagai pencerita keadaan zaman.

2. Zaman Nabi Nuh - Tentang banjir besar yang menghancurkan Pentas Sunda itu sudah diterima sebagai saintifik. Tapi untuk mengatakan Nabi Nuh membawa kapalnya dari Sunda sekali lagi kita harus menggunakan watak Highlander. Bila dah masuk zaman banjir surut lalu kapal mendarat di belah Timur Tengah, ada yang kata di Gunung Ararat ada yang kata di tempat lain rasanya itu sudah diterima ramai agamawan jadi tidak begitu bermasalah.

3. Zaman perpecahan manusia selepas banjir menurut 3 kelompok yang diketuai 3 anak Nabi Nuh - Ham, Sam, Yafitzh pun tak jadi masalah. Ini sudah diterima ramai pengkaji. Yang mungkin tak semua boleh terima adalah dari Sam yang memunculkan bangsa Arab juga muncul penduduk awal Tanah/Kepulauan Melayu selepas Pentas Sunda dilanda banjir besar. Watak Highlander memang sesuai bercerita tentang ini. Nak tambah rencah ada ustaz/agamawan kalau ada dalil le. Dari Sam inilah muncul apa yang kita kenali sebagai Melayu Proto, Orang2 Asli.

4. Zaman Nabi Ibrahim (6,000 SM?) - muncul zuriat dari 3 orang isteri, dari Siti Hajar dapat Nabi Ismail yang bergaul dengan Arab awal lalu membentuk bangsa Arab tinggi hingga ke Quraish, dari Siti Sarah muncul Nabi Ishaq dan dari Ishaq muncul Esau dan Yaakob, Esau ke Eropah, Yaakob mendapat 12 orang anak yang menjadi 12 bangsa Bani Israel, dari Siti Keturah dapat 6 orang anak yang kemudian menghala ke Tanah Melayu menjadi Bani Jawi yang mana menurut sesetengah cerita disebabkan merekalah Banjaran Himalaya mendapat nama.

5. Zaman Nabi Sulaiman yang mana dalam cerita kanak2 Tanah Melayu Sang Kancil dan sebagainya cukup terkenal sebagai Raja Sulaiman. Ini kerana ada cerita2 mengatakan Tanah Melayu itu juga dalam jajahan Ratu Balqis yang berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Zuriat keturunan ini kemudian dikatakan membentuk raja2 Bugis.

6. Zaman Iskandar Zulkarnain - yang mana satu? Cyrus the Great dari Persia (550SM) kah atau Alexander the Great dari Macedonia, Greek (330SM). Dua2 ini boleh dikaitkan sebagai zuriat keturunan Nabi Sulaiman malah ada cerita menyebut Alexander Macedonia adalah anak cucu Cyrus jua. Cyrus mesti disentuh tapi saya rasa kita harus menurut maklumat dari kitab Sulalatus Salatin kerana memang disebut dalam kitab Iskandar Zulkarnain dari Makadunia.

7. Zaman Merong Mahawangsa - dikatakan anak cucu Iskandar Zulkarnain juga, saya percaya baginda datang ke Alam Melayu abad pertama Masihi. Ketika itu anak cucu Iskandar Zulkarnain hasil perkahwinan dengan puteri Hindi masih lagi berada di utara Hindi. Dari anak cucu Merong saya percaya muncul kerajaan Funan sebagai kerajaan besar terawal diketahui di alam Melayu. Kita juga boleh menyentuh tentang Kedah Tua yang mana kajian arkeologi menunjukkan sudah ada perusahaan dan relau2 besi seawal abad ke-2 Masihi di sekitar Lembah Bujang.

8. Zaman Srivijaya (abad ke-7-abad ke-12 Masihi) - harus ditunjukkan bagaimana kesinambungannya dengan Funan melalui kerajaan Chih Tu di Kelantan, ada yang kata dari Pan-pan berdekatan Segenting Kra. Sekitar itu datang satu keluarga, pecahan Funan juga yang membentuk Dinasti Sailendra di Pulau Jawa. Sambil itu Nabi Muhammad SAW lahir di Mekah sekitar 570 Masihi lalu terbitlah agama Islam syariat baginda. Tidak lama kemudian Islam muncul di Alam Melayu bermula di utara Pulau Sumatera, antara yang diakui kedatangan rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah diketuai Nakhoda Khalifah ke Perlak, 173 Hijrah (saya kira bersamaan 790 Masihi). Lalu terbitlah keSultanan Perlak yang diketuai seorang keturunan Nabi 840 M, masuk bab Ahlul Bait sebagai pendakwah dan peneraju utama mengIslamkan Alam Melayu.

9. Kemunculan 3 anak Raja Suran di Bukit Seguntang (saya kira berlaku sekitar 1130an) - pada saya ini dinasti baru yang menggantikan yang lama dari keturunan Merong. Inilah yang bersambung dengan Iskandar Zulkarnain seperti disebut dalam kitab Sulalatus Salatin.

10. Zaman Melaka - Dari Bukit Seguntang ke Bentan ke Temasek/Singapura (1170 ikut perkiraan baru berdasarkan kitab SS versi Raja Bongsu) maka masuklah kita ke zaman Melaka (mula 1262) yang tak perlu dihuraikan. Mengikut sumber dari Indonesia Sultan Malikus Saleh yang mengasaskan kerajaan Samudera-Pasai (disebut ramai sebagai bermula 1260an tapi kira2 saya menunjukkan Samudera telah diasaskan 1245 gitu) berbiras dengan seorang bernama Sultan Muhammad Syah dari Melaka. Kedua2nya berkahwin dengan anak Sultan Muhammad Amin Syah dari Perlak.

11. Zaman 1511 dan selepasnya - Inilah yang membentuk Tanah Melayu/Malaysia yang kita kenali sekarang.


Objek2 yang harus ditonjolkan atau boleh membantu penceritaan :-

1. Kapal Nabi Nuh - tentunya mesti ada. Soalnya kapalnya bagaimana.

2. Batu bersurat yang ditulis Raja Suran selepas keluar dari laut - dipercayai batu yang diletupkan British di Singapura kini serpihannya ada di muzium sana

3. Batu bersurat Terengganu.

4. Kapal2 besar/jong Melayu zaman kesultanan Melaka yang menurut sesetengah pengkaji besarnya 20 kali ganda kapal Cina


Tentunya kajian harus mendapatkan sebaik mungkin bentuk ketamadunan/pakaian/senjata malah ilmu beladiri yang digunakan pada zaman2 yang berlainan. Satu elemen penting yang harus ditonjolkan juga adalah fakta bahawa semua agama sejak zaman Nabi Adam sebenarnya adalah Islam atau agama/tauhid. Cuma syariat menurut keadaan, tempat dan zaman sahaja yang membezakan. Lalu ada yang lari landasan sehingga terbentuklah penyembahan berhala dan sebagainya. Ini penting agar kedatangan Islam syariat Nabi Muhammad pada abad ke-7 dan kemudian dilihat sewajarnya iaitu pembetulan pada agama syariat Nabi Ibrahim yang telah lari dari landasan menjadi agama Hindu dan Buddha, bukannya agama baru yang kononnya dibawa dengan pedang lalu menghancurkan keharmonian agama lama yang katanya sudah cukup aman.

Islam sebagai agama fitrah manusia sejak zaman Nabi Adam harus ditekankan bersama konsep Iman dan Ihsan dan itulah yang menurut orang2 lama menjadikan seseorang itu benar2 Melayu. Bahasa hamba, tuan hamba adalah bahasa tinggi keTuhanan manusia yang melihat af'al Allah, bertunjangkan pemahaman Tasawuf yang mendalam. Keinginan pelbagai bangasa untuk mendapat Tanah Melayu sebenarnya disebabkan fitrah untuk kembali ke motherland, bumi ibu asal-usul segala bangsa. Cuma gangguan syaitan menyebabkan keadaan jadi celaru, mahu memiliki Tanah Melayu tetapi tidak mahu kembali pada fitrah asal yang tidak lain adalah fitrah Adam yang memerlukan kita menjadi orang Islam.

Itu sahaja buat masa ini. Mungkin ada banyak lagi perlu dimasukkan tapi perlu ingat filem epik ini ada had masa 3 jam sahaja.


------------------------



Dengan ini saya mahu menambah. Wacana ilmu untuk HIKMAH VII 30 Nov diatur seperti berikut :-

1. Siang ke tengah hari - Kajian tentang DNA dan asal usul Melayu oleh Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia. Beliau pernah membentang pada HIKMAH VII di Shah Alam 7 Sept tetapi ketika itu kami cuma dapat memberikan masa sejam lebih. Di satu acara melibatkan kerajaan negeri di Melaka sebulan lalu pula mendapat ruang 2 jam. Kini kami mahu memberikan ruangan 3 jam agar beliau dapat menyentuh segala yang difikirkan patut. Agar peserta tidak terasa terlalu berat mencerna ilmu, ia akan dipecahkan kepada 3 sesi. Lihat Video sekitar HIKMAH VI - Sambutan Merdeka Raya juga artikel Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul. 

2. Petang sejam jam suku - Tentang peranan Ahlul Bait dan sejarah Melayu yang dihilangkan oleh Tun Suzana Othman, penulis buku "Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu"

3. Petang 1 jam - Satu pembentangan tentang adab Melayu/perkerisan/persilatan oleh wakil atau pembentang pilihan kumpulan Hulubalang Melayu, penganjur utama acara HIKMAH kali ini.


Insyaallah pihak Hulubalang Melayu akan memeriahkan acara dengan persembahan silat, budaya dan qasidah. Atur cara terperinci akan diberitahu nanti. Bagi HIKMAH sekurang-kurangnya wacana ilmu diatur sebegitu rupa untuk membentuk mood atau rasa yang patut selain membekalkan latar belakang ilmu yang sesuai untuk sesi berkumpulan selepas Asar memberi pengisian pada filem "Darah Melayu". Mamat Khalid telah memberikan komitmen untuk hadir. Semoga satu kerjasama yang berguna demi membangkitkan kedaulatan sebenar bangsa Melayu dapat dijayakan semua.


Nota tambahan : Untuk sesi berkumpulan di mana peserta dibahagi kepada 10 kumpulan menurut minat - perkerisan, persilatan, kebudayaan dan sebagainya - kami akan cuba mengatur agar setiap kumpulan dapat menggunakan sebuah rumah tradisional Melayu yang terdapat di Mini Malaysia. Untuk pengetahuan di situ ada rumah dari setiap negeri yang terdapat dalam negara ini. Lihat artikel Kompilasi siri Mini Malaysia (Compilation of the Mini Malaysia series) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Fikir saya sebelum rehat Asar taklimat akan diberi di mana Mamat akan menyatakan apakah beliau rancangkan untuk filem. Saya akan menambah sedikit latar belakang. Dengan pertolongan moderator, setiap kumpulan harus menyatakan perkara-perkara yang mahu dilihat dalam filem "Darah Melayu" sekurang-kurangnya mengikut bidang masing-masing dan perkara-perkara yang harus dielakkan atau dilarang. Selepas taklimat peserta bolehlah bergegas ke rumah 'masing-masing' mengikut kumpulan.

Sambil mengatur sendiri bila nak bersolat Asar, bila nak berehat atau makan petang sesi boleh diteruskan minimum 30 minit, maksimum 1 jam bergantung pada keadaan. Selepas itu setiap moderator akan diberi masa 1-3 minit untuk menggulung hasil perbincangan kumpulan lalu menyerahkan isi yang ditulis pada Mamat Khalid untuk tindakan lanjut beliau.


PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.