Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Friday, April 21, 2017

Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini?

Salam hari Jumaat, Jumaat terakhir bulan Rejab. Setelah beberapa lama iaitu setelah begitu banyak memendam rasa sekembalinya saya dan keluarga dari Aceh 23 Mac sampailah masa untuk menyatakan sesuatu yang berat. Walaupun begitu berat dan mungkin akan menyinggung perasaan ramai orang ia terpaksa dinyatakan juga. Ingat. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul beban...



Gambar ini diambil pada petang Isnin 3 April di kediaman ahli akademik terkemuka tanah air (Profesor) Dato' Dr Othman Yatim. Beliau sebagai penaung HIKMAH diminta menjadi saksi penyerahan banner HIKMAH kepada Ustaz Mujibburizal dari Aceh. Kenapa ini berlaku? Sekarang biar diluahkan cerita...



Ini adalah gambar yang diambil orang ketika saya duduk makan di meja VIP pada satu majlis persilatan di ibu kota. Cerita berkenaan telah dikongsikan dalam artikel Festival Dunia Seni Silat Melayu ke-8 di Muzium Negara - Salam sayu dari pengasas HIKMAH. Majlis berlangsung pada hari Sabtu 8 April iaitu 5 hari selepas saya menyerahkan banner HIKMAH kepada kawan Aceh. Artikel tentang majlis, artikel ke-331 di blogspot ini ditulis tepat seminggu lalu iaitu pada Jumaat 14 April.

Keadaan jiwa saya yang sebenar ketika majlis disembunyikan demi meraikan kawan-kawan. Ketika artikel ditulis 6 hari selepas majlis baru diluahkan sedikit rasa dengan menyebut beberapa perkara di celah cerita perjalanan majlis. Biar diatur seperti berikut :-


Pada perenggan pengenalan ada disebut begini :-

Atas sebab-sebab tertentu yang akan diterangkan kemudian saya akan berhenti daripada menulis dan menambah artikel baru apabila jumlah mencapai 333. Hal ini sebenarnya sudah difikirkan sejak saya kembali dari Aceh 23 Mac. Ini akan berkuat kuasa buat suatu masa yang panjang. Kiranya saya cuma menghitung hari sahaja sebelum menyepikan diri.


Pada bahagian pertengahan pula disebut begini :-

Sesungguhnya sejak HIKMAH diasaskan pada 12 Oktober 2012 sehingga sudah mengadakan 20 acara di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh banyak perkara sudah kami lakukan secara langsung atau tidak langsung yang membantu menaikkan kawan-kawan dan persatuan-persatuan silat, budaya dan aktivis busana tradisional Melayu. Tak perlulah disenaraikan bagaimana, yang nyata terlalu banyak. Cuma saya hendak menyatakan ini kerana sejak kebelakangan ada rasa terkilan akibat sikap setengah orang yang mendapat faedah daripada jaringan kawan-kawan HIKMAH tetapi tidak mengakui malah menafikan kehadiran apa lagi peranan kami.


Ke bawah sedikit iaitu pada perenggan selepas gambar yang diambil daripada atas pentas disebut begini :-

Sejak seawal tahun 2006 iaitu sejak keluarnya siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang dibuat berdasarkan pengalaman sebenar diri saya mengembara sendirian masuk ke zon perang saya telah memiliki kedudukan terhormat dalam kalangan mereka yang sayangkan Melayu dan Islam. Walaupun sering diberikan tempat saya tidak suka duduk sebagai VIP . Saya lebih selesa berjalan-jalan melihat keadaan sambil mengambil gambar. Kedudukan sebagai VIP cuma perlu untuk memastikan kelancaran suatu majlis seperti pada acara-acara HIKMAH. Tetapi untuk majlis DSSM ini saya merasa suka duduk di pentas dan suka dilihat begitu. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi terasa perlu. Ini kerana selama ini saya suka merendah diri bercampur orang tak kira latar belakang tetapi rupa-rupanya ada yang tak sedar diri dan naik tocang. Jadi bila dah duduk di pentas itu biarlah pihak-pihak yang naik tocang itu ingat sedikit, selama ini dengan siapa mereka berurusan...




Gambar ini menunjukkan salah satu aktiviti yang dilakukan di Aceh ketika berada di sana 16-23 Mac. Pembaca harus sudah sedia maklum satu acara HIKMAH turut diadakan di sana. Lihat Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017. Sebetulnya sepanjang perjalanan kami di sana ada perbuatan kawan-kawan dari Malaysia yang menyakitkan hati. Tak perlulah dinyatakan bagaimana. Cukuplah dikatakan ia membuat saya dan isteri terasa mereka tidak tahu diuntung. Mereka dapat peluang berkenalan dengan ramai orang lalu bergerak ke hadapan kerana terlibat dengan majlis-majlis HIKMAH. Mereka dilayan dengan baik oleh kawan-kawan di Aceh disebabkan mereka datang atas nama HIKMAH dan dikatakan kawan kepada saya Merah Silu dan isteri. Tetapi mereka nampaknya tidak sedar dan menafikan hal ini. Seolah-olah layanan istimewa yang didapati berlaku atas asbab 'karisma' diri sendiri.




Keadaan ini mengingatkan tentang adanya orang lupa atau tidak sedar diri bagaimana mereka boleh mendapat ruang terlibat dengan majlis terbesar anjuran Jabatan Muzium Malaysia untuk tahun 2016. Mereka lupa itu semua berlaku akibat persediaan untuk mengadakan satu acara HIKMAH di Muzium Negara. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Punyalah lupa sampai ada seorang itu memburuk-burukkan isteri saya kepada kawan-kawan atas tuduhan isteri saya menipu memiliki sijil tinggi kecantikan konon. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Sijil berkaitan bidang milik Bona Fida di blogspot isteri saya, BONA FIDA.



Tuduhan menipu itu diteruskan secara kasar buat beberapa lama. Peliknya tidak ada seorang pun kawan yang mendengar tuduhan berusaha untuk membela isteri padahal beliaulah yang bertanggungjawab mengenalkan mereka antara satu sama lain. Akhirnya saya sendiri masuk membela dengan kasar. Sekali lagi tidak ada orang lain masuk membela sedangkan mereka-mereka ini sudah banyak mendapat ruang dalam dunia aktivis silat, kebudayaan dan busana Melayu disebabkan HIKMAH.



Antara mereka ini ada yang awalnya tidak dikenali langsung tetapi mula mengecap populariti dalam kalangan para aktivis apabila isteri saya yang peramah dan baik hati memperkenalkan mereka kepada kawan-kawan termasuk daripada golongan atasan. Jadi bayangkanlah perasaan saya sebagai suami apabila melihat mereka yang lupa diri boleh pula memulaukan isteri. Dahulu pun ada para aktivis yang seperti memandang lekeh isteri saya. Bila dapat tahu ini isteri kepada pengasas dan presiden HIKMAH baru nak tunjuk baik. Sesungguhnya banyak kemarahan saya akhir-akhir ini adalah apabila melihat isteri diperlakukan buruk oleh mereka yang pernah kami bantu. Saya sendiri sudah banyak memendam perasaan tentang perangai sesetengah orang yang terlibat dengan HIKMAH tetapi apabila isteri terkena kesabaran saya pun mula menipis.

Kami berusaha penat lelah menjayakan acara demi acara. Kami tak dapat keuntungan wang apa-apa malah seringkali perlu mengeluarkan duit sendiri untuk menjayakan acara. Kami sendiri selalu set-up dengan tenaga empat kerat menyediakan dan menyiapkan tempat. Apabila selesai acara kami juga sendiri sering membersihkan menyapu sampah mengutip puntung rokok bersepah dan sebagainya. Ini tak campur lagi segala macam kerja logistik bagi mendapatkan penceramah berwibawa tetapi sanggup datang jauh secara sukarela untuk berkongsi ilmu dan sebagainya.

Kami adakan malis demi majlis secara percuma. Kami berikan tapak perniagaan percuma untuk sesiapa sahaja masuk kebanyakannya secara walk-in walau tak pernah bersua. Kami sediakan sarapan, makan tengah hari dan petang tanpa hadirin perlu membayar apa-apa. Kami juga berusaha untuk menyediakan penginapan percuma kepada semua.

Alhamdulillah ramai yang menghargai. Tetapi kami dapati ramai juga yang seperti menggunakan kami dan majlis. Daripada majlis kami mereka mendapat peluang berkenalan dengan pelbagai orang termasuk yang asalnya berada di luar jangkauan sosial mereka kerana berasal daripada golongan atasan yang tidak mudah bergaul dengan golongan bawahan. Ada yang mengumpul ahli baru untuk persatuan mereka selain menaikkan nama persatuan juga perguruan.

Sebetulnya saya tiada masalah tentang itu. Pada saya biarlah win-win situation, mereka pun datang memeriahkan acara. Tapi ingat-ingatlah sedikit dan hargailah peranan kami. Ini tidak. Sampai cerita daripada orang lain, mereka-mereka ini ada yang mendakwa dapat ke hadapan semata-mata kerana kekuatan atau karisma diri sendiri...



Selain itu wujud tuduhan kononnya saya mendapat duit berjuta-juta Ringgit daripada pihak tertentu untuk mengadakan majlis demi majlis. Kononnya itu adalah dana dan laba agar saya mempengaruhi umat Melayu dan Islam untuk bergerak menuju ke arah ideologi tertentu yang kurang enak. Saya pun tak tahu bagaimana boleh wujud tuduhan ini. Apakah kerana ada mendengar cerita tentang saudara mara jauh di Perak sedang berusaha untuk mendapatkan wang pampasan tanah milik seorang moyang kami di tepian Masjidil Haram yang dibangunkan lalu katanya bernilai berbillion Ringgit? Yang pasti tuduhan memang wujud dan ada orang meminta penjelasan daripada saya.

Saya diberitahu tuduhan ini diiringi kempen sesetengah pihak mengajak orang memboikot dan tidak menghadiri apa-apa majlis HIKMAH. Lebih menyakitkan hati adalah tuduhan saya mengadakan majlis dan pergerakan untuk mengumpul pengaruh dan pengikut kerana mahu menuntut takhta! Ini bukan tuduhan main-main seperti disangkakan sesetengah kawan. Ia sebetulnya sudah berkumandang sejak acara pertama kami mendapat sambutan yang tidak disangka-sangka penghujung tahun 2012. Lihat Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012  Mungkin ia wujud kerana diketahui saya memang berasal daripada keturunan tertentu yang terkait dengan istana? Yang itu memang benar tetapi menuntut takhta? Saya tahu batas diri selain tidak mahu berulang kesilapan nenek moyang dahulukala boleh bergaduh sehingga berbunuh-bunuhan atau dendam purba dipanjangkan.

Tuduhan sebegini menyebabkan timbul polemik tidak sihat selepas berlaku perarakan Maulud pada majlis ketiga HIKMAH di Lumut, Perak awal tahun 2013. Lihat Acara ketiga HIKMAH di Marina Hall, Lumut 27 Jan 2013. Walhal apa yang berlaku adalah terdapat orang lain yang memang diketahui berhajat untuk menuntut takhta di selatan sana. Selepas perarakan dia ada melakukan upacara tertentu yang mana ketika itu saya sudah bergerak ke tempat lain. Tapi tempias upacara berupa tabal keris terhadap orang lain yang mahu dijadikan penyokong menimbulkan fitnah yang jatuh pada saya sebagai ketua majlis. Maklumlah, saya sudah lama diwar-warkan sesetengah pihak kononnya berhasrat mahu menjadi raja...

Acara kami di Melaka penghujung tahun itu pula, acara kedua kami di negeri tersebut menyaksikan sedikit sahaja penyertaan daripada anak tempatan. Lihat Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013. Kemudian baru saya dapat tahu daripada kawan-kawan persilatan sana bahawa ada seruan untuk memboikot kerana saya kononnya mahu menunjukkan diri sebagai waris Sultan Melaka yang haq. Bila difikirkan kembali, saya melihat hal ini timbul kerana di luar sana memang ada orang berhajat hendak menjadi raja diikuti mereka-mereka yang ingin menjadi pembesar. Ada yang memang menonjolkan diri pada majlis-majlis orang melalui pakaian yang kadangkala terlebih gaya hendak menunjukkan diri sebagai bangsawan. Disebabkan wujudnya orang-orang sebegini maka fitnah boleh jatuh ke atas diri saya.

Sekembalinya dari Aceh 23 Mac isteri saya mendapat private message meminta saya berhenti daripada usaha menuntut takhta Aceh. Kalau tidak saya akan ditimpa musibah. Masyaallah. Bila difikirkan segala macam perkara yang berlaku tu yang saya membuat keputusan tidak mahu lagi menganjurkan apa-apa acara HIKMAH lagi. Buat apa penat-penat terus menganjurkan acara? Dahlah tak buat duit, kami dituduh macam-macam. Orang lain yang mendapat hasil dan kemajuan setelah menyertai acara kami pula buat dek aje tidak menghargai atau mengakui peranan kami apa lagi hendak membela?


Sebetulnya saya sudah dua kali mengumumkan mahu berhenti daipada mengadakan apa-apa acara HIKMAH. Pertama adalah selepas mengadakan majlis di Aceh 3 tahun lalu. Lihat Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014. Ini ada dinyatakan dalam artikel HIKMAH berehat dan Faktor 131.

Tetapi saya kemudian dipujuk kawan-kawan untuk melaksanakan lagi acara sehingga berlangsunglah majlis seterusnya penghujung tahun itu. Lihat Acara kesebelas HIKMAH di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Pagoh, Muar 8 Nov 2014. Penghujung tahun 2015 iaitu selepas melaksanakan Acara kelima belas HIKMAH di dewan orang ramai Kampung Banjar, Beruas 8-9 Ogos 2015 sekali lagi saya menyatakan niat mahu bersara. Tetapi saya dipujuk lagi sehingga terlaksana Acara keenam belas HIKMAH di University of Life @ rumah S.H.Alattas, Janda Baik 30-31 Jan 2016 diikuti 3 lagi pada tahun 2016.

Hal ini menyebabkan saya memasuki tahun baru 2017 dengan rancangan untuk mengadakan 3 atau 4 acara sebelum tahun tamat. Ini ada dinyatakan dalam artikel ke-313 di blogspot ini iaitu Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan?. Tak sangka boleh terbit keadaan yang menyebabkan saya tawar hati untuk melaksanakan lagi majlis sekembalinya dari Aceh. Kebetulan sehari sebelum kembali saya mendapat berita bahawa acara seterusnya yang pernah dirancang mahu diadakan di Istana Bandar, Jugra kemudian dialih ke Batu Laut, Banting pada 29 April dibatalkan. Lihat artikel Tentang rancangan mengadakan acara HIKMAH di Istana Bandar, Jugra - Dah dapat tarikh pasti diikuti Sedikit laporan selepas tamatnya acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017. Ini membantu membulatkan tekad untuk berhenti...



Sebetulnya acara tersebut bukanlah mahu dibatalkan terus. Ia cuma tidak dapat diadakan dalam masa terdekat lalu mungkin harus kembali pada satu rancangan yang disebut dalam artikel Tentang rancangan mengadakan acara HIKMAH di Istana Bandar, Jugra - Dah dapat tarikh iaitu mengadakan acara di tempat cadangan asal Istana Bandar tapi pada tarikh yang berdekatan dengan hari ulang tahun kelahiran Sultan Selangor iaitu 11 Disember. Kalau ini diteruskan insyaallah Raja Muda Selangor dapat dipanggil merasmikan. Tetapi bila dah tawar hati saya rasa baik tak buat terus.

Buat apa saya dan isteri berpenat-lelah menganjurkan majlis secara sukarela sedangkan orang tidak menghargai, setakat datang mengambil kesempatan? Kalau Raja Muda sanggup mencemar duli (ini berada di dalam bidang kuasa pihak yang mencadangkan untuk menjadikan ia realiti) harus ramai akan memunculkan diri. Mungkin sehingga dapat mengatasi rekod kedatangan 700-800 orang pada acara ke-3 HIKMAH di Lumut. Tapi buat apa kalau yang ramai itu sekadar menghimpit mencari peluang untuk menonjolkan diri di hadapan Raja Muda, bukan betul-betul nak tadah ilmu? Sedangkan ia juga boleh memanjangkan fitnah yang kononnya saya sedang mengumpul pengaruh dan pengikut untuk menuntut takhta...




Beberapa hari setelah kembali dari Aceh saya sudah membulatkan tekad untuk tidak lagi menganjurkan acara HIKMAH. Cuma hati terasa berat kerana sayangkan badan tidak rasmi yang saya asaskan dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab lebih 4 tahun lalu ini. Apakah sanggup melihat ia hilang begitu sahaja sedangkan HIKMAH adalah lambang perjuangan saya untuk mendaulatkan Melayu dan Islam sejak terpanggil untuk mengenal kembali jati diri asli penghujung tahun 2001? Tentu tidak. Jadi apakah yang patut dilakukan? Jawabannya saya dapat pada hari Jumaat malam Sabtu 31 Mac lalu diumumkan di Facebook seperti berikut :-


------------


SERAHKAN HIKMAH PADA ORANG ACEH - PULANGKAN KEMBALI GERAK KEPADA NENDA AS-SULTAN AL-MALIKUS SALEH DI SAMUDERA PASAI...

Salam semua. Beberapa hari lalu saya ada meluahkan rasa tidak mahu lagi melaksanakan apa2 acara HIKMAH kerana sudah letih menganjurkan acara juga letih dengan pelbagai kerenah manusia. Namun dilema saya adalah sanggupkah membiarkan nama HIKMAH hilang begitu sahaja sedangkan ada orang2 jujur yang menaruh harapan tinggi terhadap perjuangannya? Alhamdulillah, baru sebentar tadi saya mendapat jawaban bagaimana menanganinya. Isteri saya telah mencadangkan ia diserahkan kepada kawan2 seperjuangan kami di Aceh.

Ini kerana apabila kami membuat keputusan tidak mahu menganjurkan apa2 lagi acara maka acara ke-20 kami di Aceh pada 19 Mac iaitu pada 12 hari lalu secara automatik menjadi acara HIKMAH terakhir anjuran kami. Apabila hal ini dibincangkan bersama isteri tadi timbul rasa bahawa HIKMAH telah kami tinggalkan di Aceh. Dalam keadaan ada yang tidak senang dengan HIKMAH atau mungkin lebih tepat tidak senang dengan saya ada baiknya perjuangan HIKMAH diserahkan kepada kawan2 di sana. Kami cukup kenal kegigihan mereka berjuang untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara tanpa mengharapkan apa2 laba dunia.

Terpulanglah kepada mereka bagaimana hendak membawa HIKMAH nanti. Mungkin mereka boleh meneruskan mengadakan acara2 di Aceh dan sekitarnya atas nama HIKMAH jika sudi. Harapan saya suatu hari nanti mereka dapat menjayakan satu acara HIKMAH di persekitaran pusat kerajaan Samudera-Pasai yang terletak di Geudong, Lhokseumawe lebih 6 jam perjalanan darat dari Banda Aceh (di mana acara ke-20, dan sebelum itu acara ke-10 HIKMAH pada 29 Mac 2014 diadakan). Sesungguhnya mulanya keterlibatan saya dengan Aceh adalah disebabkan ingin menyambung wasilah kerohanian dengan almarhum moyang saya sekitar 20 lapis keturunan dahulu iaitu as-Sultan al-Malikus Saleh, pengasas kerajaan Samudera dan Pasai 800 tahun yang lampau.

Daripada pertalian ini timbul pelbagai gerak sehingga boleh munculnya HIKMAH hampir 5 tahun lalu atas cadangan isteri saya. Kalau acara dapat diadakan di sana ia ibarat mengembalikan gerak ke satu tempat usul yang utama sekurang2nya buat saya. Sesuailah hal ini dengan tema acara ke-20 HIKMAH di Banda Aceh 19 Mac 2017 yang berbunyi " Kunci Kebangkitan Islam Akhir Zaman". Apa kata kawan2 Aceh? Harap sudi menyambut saranan saya ini..


-----------------


Alhamdulillah kawan-kawan di Aceh memberikan maklum balas positif. Tidak lama kemudian iaitu pada 3 April, 18 hari terjadilah penyerahan banner atau sepanduk HIKMAH kepada orang Aceh seperti ditunjukkan dalam gambar paling atas  Untuk pengetahuan itulah sepanduk yang dibawa ke sana ke mari dalam melaksanakan 20 acara di merata Semenanjung juga luar negara di Aceh. Ini adalah simbolik penegasan saya tidak mahu mengadakan apa-apa lagi acara HIKMAH. Ia juga untuk menutup ruang daripada orang memfitnah mengatakan saya buat drama aje isytihar mahu berhenti tetapi sebenarnya mahu dipujuk (konon) untuk mengadakan acara lagi kerana ketagihkan perhatian.

Kalau ada orang lain sanggup menganjurkan HIKMAH silakan asal dapat mengikut prinsip-prinsip asal tidak meraih keuntungan dan sanggup berkorban. Tetapi saya sendiri tidak akan buat lagi. Selepas ini saya cuma mahu datang berlenggang ke majlis-majlis anjuran orang. Kalau ada mahu menganjurkan HIKMAH insyaallah saya akan menghulurkan bantuan. Cuma saya dan isteri tidak mahu berpenat-lelah seperti dahulu lagi. Biarlah kami datang sebagai tetamu sepertimana orang lain pernah mendapat manfaat daripada majlis-majlis kami tanpa perlu bersusah-payah...

Satu perkara penting yang saya pelajari selepas menganjurkan 20 acara HIKMAH adalah tidak ramai orang betul-betul dapat mencerna atau menghargai ilmu yang kami sampaikan. Ramai orang lebih seronok dengan persembahan silat, pameran dan perniagaan juga memakai busana berwarna-warni. Hal ini mengingatkan bahawa HIKMAH sebenarnya adalah satu gerakan intelektual. Budaya, persilatan, busana dan sebagainya cuma aspek-aspek sisi sahaja. Paling utama bagi kami adalah dunia falsafah dan pemikiran berlandaskan ajaran Tasawuf yang disokong pengetahuan dan kesedaran sejarah yang mantap. Sedangkan kelaziman dan realiti manusia menunjukkan tidak ramai yang memiliki kecenderungan ke arah itu.

Moral of the story : Selepas ini biarlah sedikit yang mengikuti tetapi berkualiti. Buat apa ramai-ramai kalau setakat untuk menerbitkan fun fair suka-suki? Maaf. Kenyataan ini bukanlah untuk merendahkan orang awam yang tahap pemikiran mereka adalah biasa-biasa sahaja. Ini adalah realiti kehidupan yang harus diakuri supaya hidup lebih bermanfaat dan harmoni.

Tidak harmoni seorang yang semulajadi memiliki kepandaian tinggi duduk dalam kalangan orang biasa-biasa di tepian jalan bersiul-siul mengurat perempuan. Orang pandai akan merasa sia-sia tidak senang sedangkan orang biasa akan merasakan orang pandai itu sombong meninggikan diri kerana tidak sama-sama bersiul mengacau perempuan. Pun begitu, saya bukan jenis orang yang lepas tangan. Saya tetap memiliki rasa amanah dan tanggungjawab dalam melestarikan perjuangan bagi mendaulatkan Melayu dan Islam.

Maka nak tak saya harus juga berhadapan dengan orang awam dan segala macam kerenah orang kebanyakan. Cuma perjuangan harus diteruskan dengan cara lain yang lebih ekslusif, melibatkan orang-orang terpilih sahaja, Mungkin juga harus pergi underground, tersembunyi bawah tanah. Biar kumpulan kecil sahaja yang sering bertemu berkongsi ilmu merangka strategi. Kemudian kami keluar melaksanakan peranan masing-masing di medan awam. 



Merujuk pada artikel Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan?. Sebetulnya saya merasa tidak selesa terpaksa membatalkan acara HIKMAH yang dirancang mahu diadakan di tempat pengarah filem terkenal Mamat Khalid di Tanjung Malim selepas raya. Itu yang membuat saya datang bertandang ke Sarang hujung minggu lepas untuk menerangkan perkara. Ini ada disentuh dalam artikel 'Tersesat' masuk lebuhraya ke neraka di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


.
Dua hari kemudian baru timbul ilham bagaimana hendak menggantikan acara HIKMAH di Sarang yang dibatalkan. Isnin 17 April iaitu 4 hari lalu saya dan isteri telah bertandang ke pejabat sebuah syarikat Bumiputera yang rancak berniaga emas perak juga wang dinar dirham. Saya setakat menemani isteri ditunjukkan tempat oleh seorang kawan yang pakar ekonomi Islam tanpa riba'. Dah dekat nak sampai baru tersedar syarikat inilah yang dipilih untuk mencetak duit dirham HIKMAH seperti dinyatakan dalam artikel Dirham cenderahati HIKMAH tahun 2017  lebih 3 bulan lalu.

Kawan yang mencadangkan usaha lalu bersedia untuk membiayainya (bukan dalam gambar) pun dihubungi dalam perjalanan. Beliau memberitahu, selepas saya menyatakan mahu berhenti menganjurkan acara HIKMAH usaha tersebut jadi tergantung dengan draf akhir reka bentuk dirham dan sampul belum mendapat persetujuan dan pengesahan. Terpulanglah pada saya sama ada hendak membatalkan atau meneruskan. Saya pun jawab jalan aje le. Cetak atas nama apa pun nilainya tetap sama kerana begitulah sifat wang dinar dan dirham.

Yang berbeza cuma premium merangkap upah yang terbit akibat reka bentuk unik suatu dirham. Tentunya ada kos selain harga bahan mentah untuk mencetak wang. Dia pun kata kalau begitu semaklah draf akhir reka bentuk dirham dan sampul lalu berikan kata putus. Ini pun saya lakukan. Bolehlah kerja-kerja percetakan diteruskan dengan mula membuat mould atau acuan cetak.



Adapun cadangan asal adalah mahu meminta Raja Muda Selangor melancarkan dirham HIKMAH pada acara di Istana Bandar. Tetapi oleh kerana ia sudah dibatalkan maka biarlah dilancarkan di tempat lain. Maka teringatlah pada rancangan mahu mengadakan acara HIKMAH di Sarang Art Hub milik Mamat Khalid tapi dah tak jadi. Saya pun mencadangkan pada Mamat agar ia digantikan dengan acara open house atau rumah terbuka raya bertemakan busana tradisional Melayu. Persembahan silat seperti dibuat dengan para aktivis Tanjung Malim 2 bulan lalu (lihat Malam Anjung Tradisi di Sarang Art Hub - Satu langkah persediaan untuk menyambut HIKMAH di sana) boleh diadakan sekali, insyaallah melibatkan lebih ramai pesilat dan aktivis.

Selain itu boleh dibuat tayangan wayang sambil berbusana. Boleh juga dibuka gerai-gerai termasuk untuk aktivis dinar dirham membuat jualan dan pameran. Di situlah dirham HIKMAH boleh diperkenalkan bersama beberapa barangan berkaitan. Hal ini sudah dimaklumkan kepada kawan yang membiayai usaha juga pengarah syarikat yang mencetak dinar dirham dan mereka suka. Mamat pula bersetuju dan saya akan cuba membantu menjadikan ia acara bermanfaat walaupun bukan atas nama HIKMAH.




Adapun artikel yang ditulis panjang lebar untuk meluahkan perasaan sambil menyatakan hala tuju selepas saya tidak mengadakan lagi acara HIKMAH ini membentuk artikel ke-332 di blogspot HIKMAH. Sudah diberitahu bahawa apabila jumlah mencapai 333 saya tidak akan menulis lagi di sini buat beberapa lama. Kalau mahu saya boleh mencukupkan jumlah tersebut dengan memecahkan artikel kepada dua - Satu tentang keputusan untuk berhenti lalu menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh, satu lagi adalah tentang ke mana hala tuju selepas itu.

Tetapi isteri meminta agar saya sabar dahulu. Biar cerita tentang satu acara yang akan diadakan Ahad hingga Isnin akan datang ini menjadi penutup penulisan di blogspot, Acara tersebut telah diperkenalkan melalui artikel Sedikit laporan selepas tamatnya acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017 dua hari selepas kembali dari Aceh. Isteri percaya ada kesinambungan yang perlu dituruti kerana ia mahu diadakan di persekitaran Gunung Jerai di Kedah . Sedangkan perjalanan kami di Aceh 16-23 Mac itu turut membawa ke makam seorang raja perempuan yang pernah menguasai Pasai (dalam Aceh ) dan Kedah. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Tafakur di Makam Sultan Sayyid Maulana, kemuncak di makam Ratu Nurul Aqla dan ketenangan di makam Sultan Malikussaleh

Sepuluh hari selepas itu saya menghubungi penganjur majlis untuk mengulangi pendirian akan datang selain memastikan peranan dalam majlis. Ia adalah terbuka lalu undangan boleh dipanjangkan kepada semua. Saya pun menerima atur cara penuh Ia mungkin berubah mengikut keadaan tetapi secara rata aturan adalah seperti berikut :-


MAULID AGUNG BANI JAWI & MANAQIB SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI (23-24.4.2017 bersamaan 26-27 Rejab 1438H)

Ahad 23.04.2017

8:30am : Para muhibbin berkumpul di Teratak Ayahanda

8:45am : Ucapan ' Aku Melayu, Siapa Melayu...?' oleh Tuan Radzie @ Merah Silu

9:15am : Perarakan Agung Bani Jawi ke Titi Hayun ( Gendang Silat, Pencak Silat, Memanah dan Berkuda)

9:30 : Bacaan Ikrar Bani Jawi

9:45 : Ucaptama oleh Ybhg Ayahanda Dato' Hj Hashim Hj Ismail

10:30 : Tausiyah " Kesufian dan Sejarah Ummat Melayu " oleh As Syeikh Muhammad Zainul Asri

11:10 : Perarakkan pulang ke Teratak Ayahanda Bersama Selawat dan Qasidhah

11:35 : Tausiyah "Sejarah Syeikh Abdullah Al Qumairi dan Peranan Sufi" oleh Ym Al Fadhil Abuya Aswad Al Kubra

12:30 : Makan tengah hari & solat Zohor

1:50pm : Tausiyah "Akhlak Perjuangan Rasulullah dalam Membangunkan Ummah"' oleh Al Fadhil Tn Guru Syed Shuhaimi Syed Hassan Al Aydrus

2:45pm - Penyerahan Sandang Terhormat oleh Ybhg Ayahnda Dato' Hj Hashim kepada Para ulama dan pimpinan

3:15pm : Ceramah Perdana "Amal Makruf,Nahi Mungkar dan Isu Semasa Ummat Islam Di Malaysia" oleh :

1- Al Fadhil Ustaz Masridzi Bin Sat (PERKID)
2- Al Fadhil Dr Yusri Mohamad (YADIM)

5:00pm : Solat Asar / Riadah Berkuda / Memanah / Berenang

7:00pm : Bacaan Ratibul Haddad

7:30 : Solat Maghrib berjamaah dan bacaan Maulid Ad Diyaul Lami' serta Gurindam Marhaban Melayu Lama/solat Isya

9:00pm : Forum Perdana '"Ancaman Dajjal di Nusantara dan bagaimana para sufi menghadapinya" oleh :

1-Ybhg Ayahnda Dato Hj Hashim Ismail
2-Al Muhtaram Syeikh Sanusi Salleh
3-Al Mukarram Syeikh Zainul Asri
4- Al Fadhil Ustaz Jafri Mahmoodi

11:45pm : Bersurai

Isnin 24.4.2017

4:30 am : Solat Tahajjud & Subuh Berjemaaah serta Tausiyah Khas Semperna Isra Mikraj Sayyidina Rasulullah Saw oleh Al Muhtaram Syeikh Ibrahim Masran Al Banjari diiringi Qasidhah Isra Mikraj

8:30am : Sarapan pagi & Persiapan Diri

9:00 Bertolak ke kaki Gunung Jerai (Gurun) dan terus mendaki ke Masjid Syeikh Abdullah Al Qumairi@ Padang Tok Syeikh

10:15am : Himpunan Ulama dan Bani Melayu di Tanah Keramat Gunung Jerai / Qasidhah / Tausiyah / Tahlil dan Pengebaran Panji Melayu SeNusantara

12:15pm: Bergerak turun pulang ke Teratak Ayahnda

3:00pm : Ceramah Perdana "Dasyatnya Fitnah Dajjal" Oleh Ybhg Dr Izham Nayan (PPIM)

4.30pm : Solat Asar / Riadhah / Pameran senjata dan busana Melayu

7.00pm : Bacaan syahadat Tokku Paloh / Solat Maghrib / Bacaan Burdah Imam Busairi / Solat Isya'

9.00pm : Zikir Akbar Manaqib Sheikh Abdul Qadir Al- Jailani (dipimpin oleh Kiyai Dr Zainul 'Arifin,Sheikh Athoillah, dan Imam-Imam Manaqib

12:00am : Majlis Penutup,Doa selamat dan bersurai

Alamat lokasi : Lot 1111, Anjung Menjaro @ Teratak Ayahanda, Jalan Peranginan Titi Hayun 06900 Yan Kedah Darul Aman


Friday, April 14, 2017

Festival Dunia Seni Silat Melayu ke-8 di Muzium Negara - Salam sayu dari pengasas HIKMAH

Salam Jumaat 17 Rejab. Adapun dengan siapnya artikel Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017 lalu disiarkan 2 hari lepas bertambahlah jumlah artikel di blogspot ini menjadi 330. Oleh itu mahu diberitahu di sini - Atas sebab-sebab tertentu yang akan diterangkan kemudian saya akan berhenti daripada menulis dan menambah artikel baru apabila jumlah mencapai 333. Hal ini sebenarnya sudah difikirkan sejak saya kembali dari Aceh 23 Mac. Ini akan berkuat kuasa buat suatu masa yang panjang. Kiranya saya cuma menghitung hari sahaja sebelum menyepikan diri. Sekarang biar dipersembahkan artikel ke-331...




Pagi Sabtu 8 April 2017 iaitu pada 6 hari lalu saya telah menghadiri satu majlis baru melibatkan ramai kawan pesilat dan aktivis busana di Muzium Negara.



Ketika saya sampai sebelum jam 10 kelihatan satu barisan sedang menunggu kedatangan VIP.



Hal dan keadaan barisan menunggu kedatangan VIP itu kelihatan hampir sama seperti ketika HIKMAH membawa masuk sejumlah pesilat dan aktivis untuk memeriahkan acara terbesar Muzium Negara juga Jabatan Muzium Negara (JMM) bagi tahun 2016, majlis perasmian Pameran Songket ASEAN pada 18 Oktober. Lihat artikel-artikel berikut :-









Di bahagian lapang berbumbung yang dipanggil sebagai Dataran Muzium Negara kelihatan orang ramai baru datang hendak memenuhi kawasan dengan gerai-gerai menjual pelbagai barangan berada di kiri kanan. Ini mengingatkan pada awal acara ke-18 HIKMAH yang berlangsung di tempat sama 22 Oktober 2016 iaitu 4 hari selepas majlis perasmian pameran songket. Lihat artikel HIKMAH Muzium Negara - Keadaan awal pagi sebelum majlis pembukaan.



Bezanya majlis 8 April memberikan tumpuan penuh pada dunia persilatan, majlis HIKMAH lebih pada perkongsian ilmu dan fikiran tentang budaya dan sejarah Alam Melayu juga Islam.  Selain itu majlis 8 April diadakan di Dataran Muzium Negara sahaja. Majlis HIKMAH ke-18 memakai dataran untuk persembahan silat sementara komponen utama majlis termasuk perasmian dan pembentangan ilmu diadakan di auditorium tertutup. Lihat artikel-artikel berikut :-









Memang patut pun majlis 8 April memberikan tumpuan pada silat. Dipanggil Festival Himpunan Dunia Seni Silat Malaysia edisi ke-8, ia dianjurkan secara bersama oleh JMM dengan persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM). Adapun persatuan tersebut terdiri daripada DSSM peringkat pusat juga peringkat negeri seperti DSSM Selangor, DSSM Perak dan DSSM Pahang. Mereka mula terlibat dengan Muzium Negara apabila HIKMAH membuka jalan melalui penglibatan DSSM Selangor pada acara ke-18 kami. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016.



Sesungguhnya sejak HIKMAH diasaskan pada 12 Oktober 2012 sehingga sudah mengadakan 20 acara di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh banyak perkara sudah kami lakukan secara langsung atau tidak langsung yang membantu menaikkan kawan-kawan dan persatuan-persatuan silat, budaya dan aktivis busana tradisional Melayu. Tak perlulah disenaraikan bagaimana, yang nyata terlalu banyak. Cuma saya hendak menyatakan ini kerana sejak kebelakangan ada rasa terkilan akibat sikap setengah orang yang mendapat faedah daripada jaringan kawan-kawan HIKMAH tetapi tidak mengakui malah menafikan kehadiran apa lagi peranan kami.

Alhamdulillah kawan-kawan kami di DSSM tidak begitu. Ini ditunjukkan dengan jelas apabila saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH diundang hadir sebagai salah seorang VIP pada festival DSSM ke-8. Ketika gambar atas diambil para VIP telah sampai lalu diarak menuju ke pentas. Saya masuk mengikuti apabila mereka jalan melepasi gerai di mana isteri saya telah diajak berniaga oleh kawan-kawan DSSM.



Saya mula menghadiri acara-acara DSSM setelah menganjurkan dua acara HIKMAH iaitu Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012 dan Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012. Acara pertama mereka yang saya hadiri merupakan edisi ke-6 himpunan silat DSSM awal tahun 2013. Lihat  Majlis perjumpaan Dunia Seni Silat Melayu di Taman Tasik Titiwangsa di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Ketika itu DSSM masih belum lagi berdaftar. Saya turut hadir ketika DSSM peringkat negeri yang pertama iaitu DSSM Selangor ditubuhkan sekitar 3 tahun lalu. Saya diminta masuk menjadi ahli jawatankuasa tetapi menolak. Saya lebih suka menjadi pemerhati bagi persatuan-persatuan lain sementara saya sendiri mengendalikan acara-acara HIKMAH.



Sejak seawal tahun 2006 iaitu sejak keluarnya siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang dibuat berdasarkan pengalaman sebenar diri saya mengembara sendirian masuk ke zon perang saya telah memiliki kedudukan terhormat dalam kalangan mereka yang sayangkan Melayu dan Islam. Walaupun sering diberikan tempat saya tidak suka duduk sebagai VIP . Saya lebih selesa berjalan-jalan melihat keadaan sambil mengambil gambar. Kedudukan sebagai VIP cuma perlu untuk memastikan kelancaran suatu majlis seperti pada acara-acara HIKMAH. Tetapi untuk majlis DSSM ini saya merasa suka duduk di pentas dan suka dilihat begitu. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi terasa perlu. Ini kerana selama ini saya suka merendah diri bercampur orang tak kira latar belakang tetapi rupa-rupanya ada yang tak sedar diri dan naik tocang. Jadi bila dah duduk di pentas itu biarlah pihak-pihak yang naik tocang itu ingat sedikit, selama ini dengan siapa mereka berurusan...



Maaf jika kata-kata tadi kedengaran tidak enak. Namun ia perlu dinyatakan dan dilepaskan. Perkara ini, tentang kadangkala kita perlu menunjuk-nunjuk untuk menyedarkan orang yang lupa diri mungkin akan diluahkan lebih lanjut pada artikel akan datang. Artikel tersebut akan menerangkan kenapa selepas jumlah artikel di blogspot ini mencapai 333 saya akan berhenti menulis di sini buat suatu masa yang lama jika tidak pun buat selama-lamanya.

Kelihatan dalam gambar presiden dan pengasas DSSM, saudara Sahruddin Esa sedang memberikan ucapan aluan-aluan. Saya bersyukur kepada Ilahi kerana pada kala saya merasakan ramai orang telah mengambil kesempatan atas HIKMAH kemudian buat-buat tak tahu, Sahruddin adalah antara orang yang mengakui bahawa kami telah membuka jalan bagi DSSM menjalinkan hubungan berfaedah dengan Muzium Negara dan JMM. Tak perlu nyatakan pada semua, cukuplah nyatakan pada saya seorang atau pada isteri. Alhamdulillah, beliau dan beberapa orang penggerak utama DSSM telah menyatakan hal ini kepada saya semasa majlis. Ini membuat saya merasa dihargai pada kala ada pihak lain mahu menafikan malah memfitnah pun ada untuk menghancurkan reputasi kami...




Sambil itu sempat pula seorang staf muzium mengambil gambar dari sisi. Kelihatan paling tepi kiri Encik Samsol Sahar, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi JMM diikuti saya, seorang kawan aktivis iaitu Tengku Ahmad Ridhauddin dan En. Mohamad Shawali bin Hj. Badi, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Dasar).  Di kerusi hadapan berbaju hijau adalah Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah JMM. Di sebelahnya adalah Datuk Rashidi bin Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Adapun penglibatan saya dengan Muzium Negara bermula apabila Samsol mengundang untuk berkongsi sedikit ilmu dalam satu majlis tertutup di muzium pertengahan 2012. Beliau mengenali saya kerana sudah lama mengikuti penulisan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Lihat Ceramah "Batu Nesan Aceh" di Muzium Negara. Majlis itu menjadi salah satu asbab utama HIKMAH ditubuhkan kira-kira 3 bulan kemudian. Penglibatan diteruskan apabila HIKMAH berusaha untuk menghubungkan kawan-kawan aktivis di Aceh dengan JMM bagi menyelamatkan satu tapak bersejarah yang sedang diancam cadangan projek padang golf. Alhamdulillah, kehadiran wakil kawan-kawan aktivis tersebut pada acara ke-2 HIKMAH membuka mata ramai pihak sehingga projek dibatalkan. Lihat Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu - Faktor Aceh dan sokongan kerajaan Melaka.

Selepas itu saya disibukkan dengan pelbagai perkara lalu jarang berurusan dengan muzium. Masuk tahun 2016 baru rajin berhubung kembali dengan Samsol untuk menjayakan acara ke-18 HIKMAH. Perhubungan inilah yang membuka jalan untuk lain-lain kawan aktivis terlibat dengan JMM. Lihat Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini. Beliau telah diberikan tugas sebagai pegawai penyelaras untuk acara HIKMAH dan tugas sama dipikul lagi untuk Festival DSSM.



Kelihatan dalam gambar Datuk Rashidi naik memberikan ucapan perasmian. Difahamkan beliau baru beberapa bulan memegang jawatan tersebut.



Ketika acara ke-18 HIKMAH berlangsung 22 Oktober 2016 jawatan masih dipegang oleh  Datuk Hj Ab. Ghaffar bin A. Tambi, kini Ketua Setiusaha kementerian. Lebih 4 bulan lalu Ghaffar merasmikan acara HIKMAH di Muzium Negara dengan memukul gong. Lihat artikel HIKMAH Muzium Negara - Pembukaan yang gilang gemilang. Kini penggantinya Rashidi merasmikan majlis DSSM dengan cara sama... 



Perasmian diikuti persembahan silat. Jika dahulu pentas auditorium menjadi gelanggang untuk tontonan VIP kali ini ruang di hadapan pentas Dataran Muzium Negara menjadi ganti...






Ini diikuti persembahan kuda kepang daripada satu kumpulan yang berasal dari Kluang, Johor.



Seterusnya Rashidi melancarkan Dewan Hulubalang Muda DSSM.



Selesai itu beliau dibawa untuk melihat pameran dan jualan gerai...






Isteri saya bersama seorang pelancong luar. Kelihatan di belakang Rashidi sedang melihat barangan di gerai sebelah...



Gambar ini pula diambil ketika para VIP sedang duduk makan tengah hari.



Difahamkan lebih 70 perguruan silat yang bernaung di bawah payung DSSM datang untuk membuat persembahan.






Untuk menampung jumlah dan masa tiga buah gelanggang telah dibuka, satu di atas pentas dua di bawah.



Persembahan silat dibuat mengikut giliran sehingga lewat petang.







Sekitar jam 5.45 guru-guru wakil setiap persilatan dan sesiapa yang mahu diminta masuk ke gelanggang membuat persembahan penutup.



Tradisi pada setiap acara DSSM ini diikuti hadirin membuat satu bulatan lalu seorang demi seorang berjalan mengikut pusingan membuat salam perpisahan...












Keadaan ini menimbulkan rasa sebak dan sayu. Saya yang telah pun membuat keputusan untuk berhenti menganjurkan apa-apa acara HIKMAH harus terasa sayu juga. Nanti akan diterangkan hal ini dalam artikel kemudian...



Satu gambar menarik yang ditemui di Facebook. Cukuplah ini sebagai penutup artikel ke-331...


Wednesday, April 12, 2017

Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017



Acara ke-20 HIKMAH ini adalah pembuka rancangan aktivisma kami buat tahun 2017. Ia mengambil kesempatan atas kedatangan saya bersama keluarga ke Aceh setelah 3 tahun tidak bertandang bersama isteri dan anak-anak iaitu sejak melaksanakan acara ke-10 di sana. Rujuk artikel kompilasi Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014. Pada awal 2015 saya ada datang ke bumi Serambi Mekah itu tetapi tanpa dirancang dan tanpa membawa isteri dan anak-anak. Pun begitu kawan-kawan di Aceh yang sudah lama mengenali merasa begitu seronok lalu dalam tempoh seminggu dapat mengatur satu majlis ilmu di mana saya diminta berkongsi sedikit pengetahuan tentang hubungan Aceh-Malaysia. Lihat artikel Perjalanan ke-7 di Aceh - Bincang Sejarah Adat dan Budaya Aceh-Malaysia di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.

Kedatangan saya bersama keluarga yang menerbitkan acara ke-20 HIKMAH pula telah dirancang seawal bulan 10 tahun lepas. Bulan 12 baru dapat diberikan kepastian apabila kami membeli tiket penerbangan untuk bertolak ke Aceh 16 Mac 2017 dan kembali ke Malaysia 23 Mac. Kawan-kawan di Aceh yang sudah lama menunggu kedatangan kami untuk diadakan satu lagi majlis HIKMAH terus dimaklumkkan lalu tarikh 19 Mac yang jatuh pada hari Ahad dipilih. Saya meminta agar Rumah Cut Nyak Dhien yang berdiri atas tapak asal rumah milik srikandi terkenal Aceh itu yang gigih menentang Belanda penghubung abad ke-19 Masihi menjadi lokasi acara. Setelah diberikan cadangan isi majlis terus kawan-kawan Aceh mengatur perkara. Dan apabila saya dan keluarga sampai bersama sejumlah wakil dari Malaysia mereka sudah sedia untuk menjayakan acara.


Persediaan untuk acara...


1. Rancangan untuk mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017

2. Terbaru tentang HIKMAH Aceh 2017 - Rencong khas peribadi dan hal-hal berkaitan...

3. Atur cara HIKMAH Aceh 2017 dan aktiviti lapangan


Apa yang berlaku sepanjang acara...


1. Sedikit laporan selepas tamatnya acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017

2. HIKMAH Aceh 2017 - Berlegar-legar di Rumah Cut Nyak Dhien

3. HIKMAH Aceh 2017 - Pembukaan pelbagai ragam dan perkongsian ilmu dari Malaysia

4. HIKMAH Aceh 2017 - Perkongsian ilmu anak muda tempatan sebelum orang lama merumuskan perkara

5. HIKMAH Aceh 2017 - Kemeriahan suasana makan tengah hari di bawah Rumah Cut Nyak Dhien.

6. HIKMAH Aceh 2017 - Lawatan lapangan ke tinggalan Kampung Pande



Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1. Hubungan Aceh-Malaysia dan Kepentingan Kedudukan Aceh dalam Penyebaran Islam - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"

2. Manuskrip Aceh : Khazanah Tamadun Islam - Hermansyah, pensyarah filologi Aceh dan calon PhD di Eropah

3. Songket Aceh : Warisan Budaya Indatu Mahakarya Kerajian Budaya Aceh yang Termasyhur Sejak Ratusan Tahun Silam - Azhar Ilyas, pengasas bersama  komunitas "I Love Songket Aceh"

4, Ragam Batu Nisan Aceh sebagai Bukti Tamaddun Islam - Mizuar Mahadi, ketua MAPESA, Masyarakat Peduli Sejarah Aceh

5. Aceh Pusat Tamaddun Islam ASEAN - Abu Rahman Kaoy, sejarahwan dan pendakwah, mantan Dekan Fakultas Dakwah IAIN Ar-Raniry.


Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...








Laporan daripada pihak lain


1. Laporan Harian Aceh

2. Laporan Yell Saints

3. Laporan Atjeh Update


Monday, April 10, 2017

HIKMAH Aceh 2017 - Membalut kain kuning pada batu nesan makam-makam lama di pendalaman

Salam hari Isnin 13 Rejab. Ada satu lagi cerita berkenaan acara ke-20 HIKMAH harus dikongsikan sebelum satu artikel kompilasi mengumpulkan pautan semu artikel tentang acara dapat dibuat.



Pada artikel Atur cara HIKMAH Aceh 2017 dan aktiviti lapangan yang dibuat hari Rabu 15 Mac iaitu sehari sebelum berlepas ke Aceh untuk menjayakan acara pada 19 Mac ada disebut bahawa selepas majlis utama di Rumah Cut Nyak Dhien peserta akan dibawa membuat lawatan lapangan ke satu kawasan pendalaman lalu ditunjukkan gambar-gambar berkenaan. Namun apa yang terjadi selepas itu adalah lawatan lapangan dialihkan ke satu kawasan lain yang berdekatan dengan laut. Ini sudah dipaparkan dalam artikel HIKMAH Aceh 2017 - Lawatan lapangan ke tinggalan Kampung Pande yang dipersembahkan tepat seminggu lepas.


.
Apa yang berlaku adalah sehari sebelum acara berlangsung, jawatankuasa penganjuran majlis telah memutuskan untuk menukar lokasi ke Kampung Pande kerana memikirkan ia lebih sesuai dengan satu usaha baru mahu menaikkan batu nesan Aceh ke mata dunia. Lihat penerangan dalam artikel HIKMAH Aceh 2017 - Lawatan lapangan ke tinggalan Kampung Pande yang dipersembahkan tepat seminggu lepas. Dan ini sebenarnya selari dengan cadangan asal lawatan lapangan yang pernah dikemukakan oleh saya sendiri. Lihat artikel Terbaru tentang HIKMAH Aceh 2017 - Rencong khas peribadi dan hal-hal berkaitan... yang dipersembahkan 10 Mac.




Apapun ini tidak bermakna lawatan lapangan ke kawasan pendalaman iaitu di satu tempat bernama Ulee Tuy, dalam mukim Darul Imarah di daerah Aceh Besar telah diabaikan. Cuma ia tidak dapat diadakan pada hari acara utama HIKMAH ke-20 berlangsung Ahad 19 Mac. Pagi Isnin 20 Mac pula menyaksikan majoriti ahli rombongan dari Malaysia harus kembali ke tanah air sedangkan saya, keluarga dan seorang kawan mengorak langkah keluar dari Banda Aceh untuk ke Perlak, lebih 8 jam perjalanan darat. Rabu 22 Mac ketika kami sudah kembali ke Banda dan sudah mendapat cukup rehat barulah lawatan lapangan pendalaman dapat dibuat. Secara umum lokasinya adalah 3 buah kawasan pemakaman di Ulee Tuy dan ini sudah dikongsikan dalam artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) :-


Makam (Tomb of) Teungku Lhok Leuot

Makam (Tomb of) Teungku Bak Lingge

Makam (Tomb of) Eumpe Blieng




Ini adalah gambar yang diambil oleh seorang kawan Aceh. Ia menunjukkan isteri saya sedang mengikat reben setelah membalut kain kuning pada satu batu nesan di salah satu makam dalam kawasan pemakaman Teungku Bak Lingge.




Gambar-gambar seterusnya juga diambil oleh kawan dari Aceh. Kelihatan saya mengikat reben pada satu lagi batu nesan.



Tidak seperti di Kampung Pande (rujuk artikel HIKMAH Aceh 2017 - Lawatan lapangan ke tinggalan Kampung Pande) di mana kami sekadar melihat orang lain membuat kerja kali ini kami terlibat sama.



Kami boleh terlibat sama sambil memakai busana tradisional Melayu kerana kerja lapangan di kawasan pendalaman berlaku di atas kawasan tanah kering, bukan dalam selut, lumpur atau laut.



Sebelum berlepas ke Aceh 16 Mac kawan-kawan sana telah meminta kami agar membawa sejumlah kain kuning untuk digunakan bagi membalut batu-batu nesan. Kami pun membawa 18 meter kain kuning keemasan yang dibeli di Rawang, Selangor. Turut dibeli empat gulung reben warna hitam dan empat gulung warna putih. Itu adalah ilham saya kerana teringat bagaimana batu-batu nesan pada makam-makam diraja di negeri Perak, negeri kelahiran ayahanda saya sering dibalut kain kuning lalu diikat dengan kain atau reben hitam dan putih mengikut warna bendera negeri tersebut...




Proses membalut kain kuning dan mengikat reben kemudian disambung di kawasan makam Teungku Lhok Leuot. Sebelum itu iaitu ketika orang lain sedang memulakan proses di makam Teungku Bak Lingge saya terlebih dahulu meninjau-ninjau dan mengambil gambar di makam Teungku Lhok Leuot.



Menariknya kawasan ini kelihatan seperti 'pulau' yang dikeliling sawah. Ada pula makam dengan batu nesan di bawah pohon yang condong...












Seterusnya kami bergerak ke kawasan pemakaman Eumpe Blieng untuk menyambung proses...



Letaknya ke dalam lagi, hampir ke kaki gunung berdekatan.



Tidak seperti makam Teungku Bak Lingge dan makam Teungku Lhok Leuot yang sekadar diketahui milik ulamak, cerita tentang makam  Eumpe Blieng lebih jelas.



Dikatakan Empu Blieng itu merujuk kepada seorang puteri bernama Putroe Blieng Indra Kusuma, anakanda kepada Maharaja Sakti Raja Lamuri yang pernah memerintah kerajaan Lamuri lebih 800 tahun yang lampau.



Kerajaan Lamuri ini berpusat sekitar 40 km ke Banda Aceh. Ia dikatakan beragama Hindu sebelum datang seorang raja bernama Johan Syah bersama ulamak bernama Sheikh Abdullah dari Perlak mengIslamkan penduduk.



Johan Syah atau lebih tepat, Sultan Johan Syah berkahwin dengan Putroe Blieng Indra Kusuma lalu mendirikan kerajaan Aceh awal yang berpusat di Kampung Pande. Itulah kawasan berdekatan laut yang dilihat ketika lawatan lapangan pertama selesai sahaja acara ke-20 HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien. Lihat balik artikel HIKMAH Aceh 2017 - Lawatan lapangan ke tinggalan Kampung Pande.



Anak cucu daripada perkahwinan ini menjadi raja-raja seterusnya kerajaan Aceh awal lalu ramai dimakamkan di Kampung Pande.



Menurut ceritanya Johan Syah pula mangkat jauh di dalam kawasan hutan pergunungan. Dari makam isteri baginda harus berjalan kaki 2-3 hari meredah hutan baru boleh sampai.



Daripada keturunan mereka juga terbit sultan-sultan yang membawa Aceh Darussalam naik sebagai satu kuasa besar di Alam Melayu awal abad ke-16 Masihi dan kemudian.



Berlatarbelakangkan sejarah kerajaan Aceh yang hebat ini usaha kami membalut kain kuning dan mengikatnya dengan reben putih dan hitam bukanlah kerja picisan. Hal ini ada dilaporkan oleh pihak media Aceh. Lihat Laporan Atjeh Update. Cuma ada sedikit kesilapan apabila tali atau reben dikatakan mereka dibawa dari negeri Perak. Yang sebenarnya kami cuma mengikut cara Perak. Itupun warna kain kuning yang kami gunakan adalah gelap sedikit dan keemasan berbanding, lain sedikit daripada yang biasa dipakai di Perak.

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.