Acara ini tercetus selepas beberapa lama HIKMAH berehat, setelah mengadakan acara ke-10 di Banda Aceh 29 Mac 2014. Beberapa bulan selepas acara di Aceh ada pihak menghubungi mencadangkan agar HIKMAH diadakan di Tangkak, dekat kaki Gunung Ledang, Johor. Oleh kerana daerah Ledang yang mengandungi Tangkak juga gunung pernah berada di dalam daerah Muar, baru sekitar 10 tahun dipisahkan menjadi daerah sendiri, ini boleh dikatakan usaha membawa acara kembali ke daerah kelahiran penulis merangkap pengasas dan peneraju HIKMAH. Muar adalah tempat penulis dilahirkan dan dibesarkan, setelah beberapa lama HIKMAH berlegar-berlegar di tempat-tempat lain baru timbul gerak untuk membuat acara 'balik kampung'.
Oleh kerana acara sebelumnya berlaku di Aceh, maka penulis menganggap ada kesinambungan kerana terdapat sejarah lama kaitan Aceh ke Muar yang boleh diterokai. Ini amat terasa kerana penulis memiliki darah keturunan Aceh daripada sebelah bapa sedangkan Muar adalah kampung ibu. Namun selepas diadakan satu mesyuarat bersama sejumlah wakil dari Ledang tiada tindakan susulan kelihatan selepas itu. Sebaliknya muncul keadaan-keadaan tertentu yang membawa acara ke Pagoh yang masih terletak di dalam daerah Muar, lebih dekat ke kampung ibu...
Acara di Pagoh menjadi lebih istimewa kerana diadakan di Masjid Sultan Alauddin Riayat Shah I, Kampung Raja yang mana di perkarangannya terdapat makam Sultan Alauddin yang memerintah Melaka lebih 500 tahun lalu. Ini adalah satu-satunya makam Sultan Melaka yang masih terpelihara di Malaysia, yang kedudukannya sudah dipastikan di situ, bukan meneka-neka seperti berlaku pada 2-3 makam di Melaka yang didakwa milik sultan tetapi belum ada bukti selain cakap-cakap orang dan berita alam ghaib yang susah hendak dipastikan kesahihannya. Dengan itu juga acara ke-11 HIKMAH ini menyaksikan majlis hol atau ulang tahun Sultan Alauddin pertama kali diadakan dalam sejarah yang diketahui orang. Kenapa pertama kali diadakan sedangkan sultan sudah dimakamkan di situ lebih 500 tahun lalu? Ini kerana penghujung tahun 1980an gitu baru ia disahkan oleh sekumpulan pengkaji bertauliah sebagai milik Sultan Alauddin. Sebelum itu ia sekadar dikenali sebagai makam "Marhum Darah Puteh".
Menariknya muncul suatu petunjuk di makam seperti menyatakan cara mengatur saf demi mendaulatkan Melayu dan Islam. Ia berkenaan 'faktor 313', satu nombor keramat yang sering dikaitkan dengan 313 ahli Perang Badar, 313 rasul dan sebagainya. Lihat artikel Aturan komponen perjuangan demi kedaulatan Melayu dan Islam yang diilhamkan oleh Sultan Alauddin Melaka di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Ketika ia ditulis 2 minggu lalu terdapat 2 'faktor 313'.
Selepas itu muncul satu lagi 'faktor 313' untuk mencukupkan 3. Ia datang dalam bentuk perkongsian isi pembentangan yang ada pada tangan penulis Walaupun terdapat 6 buah pembentangan ke semuanya cuma 3 dapat dikongsikan di blogspot ini, 2 daripadanya adalah kertas kerja penulis. Menurut turutan pembentangan 1 kertas kerja penulis dibuat pada sesi tengah hari diikuti 1 kertas kerja orang lain kemudian satu lagi kertas kerja penulis tetapi untuk sesi petang. Oleh kerana setiap kertas kerja penulis menggunakan lebih 50 slaid, ia harus dipecahkan membentuk 3 buah artikel. Maka jadilah 3 artikel tentang pembentangan penulis daripada sesi tengah hari, 1 artikel orang lain (beliau memakai cuma 10 buah slaid) diikuti 3 lagi artikel pembentangan penulis daripada sesi petang.
Persediaan untuk acara...
1. Memecah tempoh rehat dengan bertandang ke Gunung Ledang
2. Beralih ke makam Sultan Melaka di Pagoh?
3. Perjalanan balik hari ke Pagoh - Misi tak disangka HIKMAH Sultan Alauddin...
4. Berkat wali Allah yang terpilih...
5. Kehilangan dinar Melaka - Usaha untuk meminggirkan kuasa ekonomi sebenar Melayu?
6. Mesyuarat penganjuran di Masjid Sultan Alauddin - Bersedia untuk menjayakannya
7. Masuk tahun baru Hijrah - 2 minggu lagi HIKMAH Pagoh
8. Berkat 10 Muharram - Sokongan jabatan agama untuk meneruskan acara
9. Masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Pagoh sedia menyambut tetamu HIKMAH XI
Apa yang berlaku sepanjang acara...
1. HIKMAH Pagoh 8 Nov - Hol almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, wali Allah yang terpilih
2. HIKMAH Pagoh 8 Nov - Menyentuh peribadi mulia sultan dan hilangnya dinar Melaka
3. HIKMAH Pagoh 8 Nov - Kaitan Aceh-Muar dan visi kerajaan Islam ideal
4. HIKMAH 8 Nov - Faktor 313 yang muncul tak disangka
Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...
2. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Radzi Sapiee, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"
3. Kehilangan dinar Melaka - Usaha Meminggirkan Kuasa Ekonomi Sebenar Melayu? - Raja Kamarazaman, pencari dan pengumpul matawang lama dan Norbaini Hassan, perunding dinar dan dirham
Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...
1. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Melacak kesan tanah tua
2. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Kaitan Kaabah yang menakjubkan
3. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Tempat keluar panji-panji hitam dari Timur?
4. Kehilangan dinar Melaka - Usaha meminggirkan kuasa ekonomi sebenar Melayu?
5. Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Mencari kebenaran tersembunyi di sebalik cerita ajaib hikayat
6. Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Kaitan Aceh-Muar dan keistimewaan Bukit Treh
7. Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Balai Gambang dan aliran Sungai Muar
Acara susulan yang ada kena-mengena...
1. Aturan komponen perjuangan demi kedaulatan Melayu dan Islam yang diilhamkan oleh Sultan Alauddin Melaka
2. Susulan HIKMAH Pagoh - Lawatan ke Bukit Treh dan Pulau Besar