OK. Kalau ikutkan pada bahan dan giliran penceritaan, terbitnya artikel
HIKMAH Beruas - Lawatan lapangan dan konvoi kawan-kawan 5 hari lalu menandakan selepas itu saya boleh membuat satu artikel yang mengumpulkan semua
links atau pautan cerita melibatkan acara ke-15 HIKMAH lalu menutup buku tentangnya. Untuk pengetahuan saya sudah pun mengisytiharkan acara tersebut sebagai yang terakhir dalam kalendar HIKMAH buat beberapa lama, sekurang-kurangnya untuk tahun 2015. Selepas itu, kalau nak buat acara pun setelah satu projek penulisan buku yang dimulakan tahun 2012 tetapi asyik tertunda dapat siap sepenuhnya lalu menemui pembaca di pasaran.
Tunggu nak siap buku tersebut pula entah bila kerana saya kini disibukkan dengan projek-projek dokumentari juga projek penulisan buku-buku lain. Yang pasti HIKMAH itu sendiri muncul 12 Oktober 2012 akibat tertundanya penulisan buku. Acara dibuat agar kekangan mental block atau gangguan ilham penulisan dapat dihilangkan. Tak sangka pula HIKMAH terus berjalan sampai 15 acara sedangkan buku masih tak siap-siap.
Kembali pada acara ke-15, ada perkara agak tergantung tentangnya. Itu akan saya terangkan selepas menyuakan tulisan yang telah dibuat di Facebook semalam dan tengah hari tadi...
Ini adalah gambar saya dan keluarga bersama Raja Muda Perak di Pasir Salak penghujung Mei lalu. Turut bersama adalah sejumlah kawan aktivis yang datang memeriahkan satu acara di sana atas nama HIKMAH. Lihat
Sekitar WB River Fest 29-31 Mei 2015. Baru-baru ini kami telah diminta memeriahkan satu acara baru. Untuk menerangkan biar di
copy paste tanpa suntingan
update berkenaan yang dibuat di FB semalam...
---------------------
TENTANG ACARA MELIBATKAN BUSANA DI PASIR SALAK 4-6 SEPT
OK. Saya bagi ringkas point by point agar senang faham bagaimana penglibatan HIKMAH dan apa yang diharapkan daripada kawan2 busana...
1. Induk acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pertanian, melalui Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Tajuddin Bin Abdul Rahman yang juga merupakan ahli parlimen Pasir Salak.
2. Bertepatan dengan fungsi kementerian ia berupa acara seperti MAHA (Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia) yang sering diadakan mereka di Lembah Klang. Cuma kali ini konsep serupa cuba dibawa Tajuddin ke Pasir Salak kerana beliau wakil rakyat sana.
3. Tajuddin juga tergerak untuk membuat majlis setelah melihat sambutan hangat pada acara WB River Fest yang dianjurkan Persatuan Warisan Bandor penghujung Mei lalu. Acara tersebut berlangsung 3 hari dengan hari pertama dirasmikan oleh mantan ketua polis negara, Tun Hanif Omar, hari kedua oleh Tajuddin, hari ketiga oleh Raja Muda Perak, DYTM Raja Jaafar ibni almarhum Raja Muda Musa
4. Saya telah diminta untuk berkongsi ilmu dalam sesi pembentangan pada hari kedua acara itu bersama Tun Hanif juga seorang sahabat HIKMAH, saudara Megat Iskandar At-Terawis. Gerai perniagaan pula telah diberikan secara percuma untuk kegunaan sahabat2 HIKMAH sepanjang 3 hari itu. Turut memeriahkan adalah persatuan silat Penjurit Kepetangan yang dipimpin saudara Megat Ainuddin. Selain daripada itu kawan2 busana terlibat atas cadangan saya. Lihat cerita di sini...
http://hikmahmelayu.blogspot.com/2015/06/sekitar-wb-river-fest-29..
5. Kepercayaan untuk saya juga HIKMAH memeriahkan acara timbul apabila penganjur WB River Fest, Puan Maimoon Hussein dibawa seorang sahabat HIKMAH untuk bertandang ke majlis ke-13 HIKMAH yang diadakan di Ladang Alam Warisan 4 April 2015. Beliau teruja melihat begitu ramai anak Melayu berbusana tradisional penuh lalu ingin melihat hal serupa dibawa ke majlis anjuran beliau pula.
6. Saya menerima undangan untuk memeriahkan WB River Fest sekitar pertengahan Mei kalau tak salah ingatan. Ketika itu saya baru sahaja selesai menjayakan acara ke-14 HIKMAH di Chenor, Pahang 9 Mei lalu mula mengalihkan perhatian pada acara ke-15 yang mahu diadakan (ketika itu) di Beruas, Perak 6 Jun.
7. Pada 14 Mei saya mendapat panggilan daripada pihak penganjur tempatan di Beruas agar acara ditunda ke selepas raya. Oleh itu saya pun meminta kawan2 HIKMAH agar memeriahkan WB River Fest 29-31 Mei sebagai ganti.
8. Kehadiran kami berbusana penuh juga kehadiran kawan2 lain yang berpakaian begitu menyebabkan Dato' Tajuddin ingin melihat hal sama pada acara pertanian anjuran pihaknya. Beliau telah meminta Puan Maimoon untuk mengaturnya lalu Maimoon menghubungi saya.
9. Kami pun mengambil peluang sambutan rumah terbuka raya di rumah saya 15 Ogos bersamaan 30 Syawal lalu untuk mengadakan mesyuarat bersama sejumlah aktivis busana yang walaupun datang daripada pelbagai persatuan adalah terangkum sebagai sahabat atau kawan2 HIKMAH. Atas hubungan Maimoon dengan HIKMAH inilah para aktivis diundang untuk memeriahkan acara.
10. Acara 4-6 Sept ini dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak 4 Sept Jumaat malam. Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula dijangka merasmikan komponen hari Sabtu.
11. Tempat utama acara adalah Litar Lumba Dato' Sagor, sekitar 1.5 km ke tenggara pekan Kampung Gajah. Saya diberitahu Tajuddin mensasarkan kehadiran 50,000 jiwa. Beliau dikatakan pernah berjaya menepati sasaran serupa pada satu majlis lain. Apapun adalah masuk akal jika majlis dapat meraih sekurang2nya 5,000 pengunjung.
12. Atas kapisiti perhubungan dengan HIKMAH, para aktivis diberi kegunaan percuma sebuah gerai untuk berniaga sepanjang acara berlangsung 4-6 Sept. Walau tak sebesar mana ia memberi peluang untuk mereka melonjakkan perjuangan memartabatkan warisan kepada khalayak yang lebih besar.
13. Namun penumpuan bagi aktivis adalah pada hari Sabtu di mana kami diminta menjadi para pahlawan yang mencantikkan lagi aktiviti bot berhias. Insyaallah akan diadakan sekali lawatan menaiki bot ke Pulau Indera Sakti di mana terletak makam Sultan ke-15 Perak, Sultan Iskandar Zulkarnain.
Siapa yang mahu terlibat sila klik join pada event page ini...
https://www.facebook.com/events/1637175073228168/. Lain2 butiran seperti tempat tinggal, makan minum dan sebagainya akan dibuat kemudian...
Tengah hari tadi, setelah mendapat beberapa maklumat baru saya membuat update berikut :-
-------------------
PENGINAPAN DAN TAPAK PERNIAGAAN PERCUMA SERTA SEDIKIT BELANJA MINYAK UNTUK ACARA DI PASIR SALAK 4-6 SEPT
1. Sudah disebut acara utama di Litar Lumba Tok Sagor, Kampung Gajah diadakan oleh Kementerian Pertanian dengan PM Najib dijangka merasmikan Jumaat malam, TPM Zahid pula merasmikan esok hari Sabtu.
2. Sudah disebut jumlah hadirin disasarkan adalah 50,000 orang. Kalau tak dapat pun saya percaya masih boleh menjangkau 5,000 orang.
3. Sudah disebut HIKMAH diminta memeriahkan dengan membawa kawan2 aktivis berbusana tradisional Melayu dengan penumpuan pada apa yang dijadualkan berlaku hari Sabtu terutama acara bot berhias.
4. Sudah disebut tempat perniagaan percuma disediakan untuk kawan2 HIKMAH berniaga sepanjang acara berlangsung 4-6 Sept iaitu Jumaat hingga Sabtu. Sekarang biar ditambah butiran...
5. Hari ini baru saya dapat tahu acara diberi nama Festival Rakyat @ Pasir Salak. Ada beberapa aktiviti disenaraikan termasuk pertandingan memancing dan persembahan bunga api. Ada hadiah seperti kereta, motosikal dan televisyen besar. Nampaknya banyak belanja telah dikeluarkan untuk menjayakan acara ini, maka tak mustahil sampai 50,000 orang akan muncul nanti.
5. Pihak kita iaitu para aktivis busana tradisional Melayu diberikan satu khemah bersaiz 20 kaki x 20 kaki dengan 4 meja. Namun kedudukan corner lot yang jauh sedikit daripada longgokan khemah lain memberikan ruang tambahan yang luas, cuma kena tambah meja dan khemah sendiri kalau mahu memanfaatkannya.
6. Seterusnya tentang penginapan percuma. Saya diberitahu oleh Puan Maimoon Hussein yang bertanggungjawab mendapatkan penyertaan kumpulan kita bahawa beliau tidak mendapat penajaan untuk penginapan lalu membuat keputusan untuk menyewa dengan duit sendiri 10 buah chalet di Pasir Salak Resort untuk kegunaan kawan2 HIKMAH/geng busana tradisional.
7. Namun disebabkan chalet2 lain di resort itu sudah ditempah penuh, 7 sahaja dapat diperuntukkan untuk kawan2 HIKMAH kerana 3 perlu digunakan oleh tim organisasi Maimoon yang mahu menjayakan acara terutama komponen bot berhias. Termasuk dalam tim ini adalah kumpulan persilatan Penjurit Kepetangan yang diketuai saudara Megat Ainuddin, tak lain, masih kawan HIKMAH juga.
8. Apapun saya fikir ini tidak menjadi masalah. Ini kerana setiap chalet cukup besar, memiliki dua bilik yang boleh memuatkan dua buah keluarga tambah hall/ruang tamu yang boleh memuatkan sekurang2nya 10 lagi orang. Saya anggarkan setiap chalet boleh memuatkan sehingga 20 orang jika perlu. Cuma kena bawak selimut, toto dan bantal sendiri sebagai tambahan kalau mahu keselesaan...
10. Menurut puan Maimoon chalet ini disewa untuk satu malam iatu Jumaat malam Sabtu. Tapi penggunaan boleh dipanjangkan sehingga lewat petang Sabtu agar kita tidak terkejar2 untuk berkemas ketika acara berjalan hari itu.
11. Ruang perniagaan percuma dan penginapan dah settle. Sekarang bab belanja memandangkan ramai perlu datang daripada jauh lalu meminta agar pihak penganjur memberi sedikit duit saku untuk menampung belanja minyak. Saya telah menyatakan ini kepada Maimoon dan beliau telah bersetuju. Jumlah tak banyak mana tapi bolehlah ringankan sedikit beban. Ini akan diagih2kan melihat pada mereka yang datang.
12. Tidak mahu menyusahkan Maimoon saya meminta bajet untuk 10 buah kereta sahaja. Susah le kalau datang 50 orang setiap sorang satu kereta, setiap kereta nak tampung belanja sekian2. Jadi kalau boleh biarlah setiap kereta dapat membawa beberapa orang.
13. Ada satu kumpulan kawan kami yang bercadang mahu datang dengan satu bas membawa aktivis 40-50 orang. Mereka akan membuat aturan sendiri dengan Maimoon tentang belanja, chalet untuk mereka akan diambil daripada 7 yang disebut tadi.
Saya rasa cukuplah sedikit maklumat tambahan ini. Semua yang telah saya kongsikan sebagai persediaan untuk acara akan dirangkumkan dalam satu artikel di
blogspot HIKMAH (lihat
http://hikmahmelayu.blogspot.com/). Di situ nanti saya akan ulas sedikit penglibatan kami berlatarbelakangkan suasana politk semasa. Ini memandangkan PM Najib dan TPM Zahid akan merasmikan majlis sedangkan kita tahu perkembangan semasa yang kurang memberangsangkan melibatkan mereka. Sedangkan kami para aktivis busana tradisional Melayu tidak mahu dipalitkan dengan mana2 pemimpin dan parti politik. Kesetiaan kami adalah kepada raja dan negara...
Dua update FB di atas harus sudah cukup untuk menerangkan tentang acara akan datang di Pasir Salak dan bagaimana HIKMAH boleh dipanggil untuk menolong memeriahkan. Sekarang tentang bab politik. Apabila hal penyertaan Najib dan Zahid diberitahu kepada kawan aktivis lain ada merasakan tidak senang lalu tidak mahu terlibat. Mereka takut kehadiran kami bertanjak, bersampin dan keris beramai-ramai disalah-gunakan oleh pihak tertentu untuk mendakwa kami menyokong pemimpin dan parti mereka. Sedangkan polisi kami adalah tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan politik, kami sekadar ingin memartabatkan Melayu dan Islam.
Perkara ini bukanlah enteng kerana sudah terjadi kumpulan-kumpulan daripada kalangan kawan-kawan kami, kawan-kawan HIKMAH digunakan untuk mendakwa wujudnya sokongan terhadap mereka yang suka mengambil kesempatan. Antaranya, ada kes orang tertentu yang gila mencari publisiti datang merapati beberapa orang kawan lalu mengajak mereka bergambar bersama-sama. Tahu-tahu sahaja tidak lama selepas itu keluar gambar mereka di Internet dengan orang tersebut mendakwa kawan-kawan kami adalah penyokong mereka.
Merujuk pada acara di Pasir Salak 4-6 September kami pun bukan bodoh. Kami faham bagaimana kehadiran kami boleh digunakan sesetengah pihak terutama media untuk menunjukkan kami kononnya menyokong pihak tertentu. Pada saya biarlah mereka berbuat begitu. Kita tahu kedudukan dan pendirian kita dan kawan-kawan sebenar kita pun tahu. Bagi kami penyertaan dalam acara yang disasarkan dapat menarik kehadiran 50,000 pengunjung ini adalah untuk memartabatkan warisan Melayu dan Islam. Bukan senang dan selalu dapat menunjukkan keyakinan kami kepada khalayak yang dijangka begitu ramai. Jadi pandai-pandailah bergerak dan bertindak mengikut arus keadaan zaman.
Tentang tajuk artikel ini sendiri iaitu "Melengkapkan gerak HIKMAH Beruas di Pasir Salak". Kenapa saya menyebut begitu? Ini kerana sepertimana acara lebih awal di Pasir Salak iaitu WB River Fest pernah menjadi semacam ganti apabila HIKMAH Beruas ditunda daripada 6 Jun ke 8 Ogos (lihat
HIKMAH Beruas ditunda - Pasir Salak jadi ganti sementara), acara awal September pula boleh melengkapkan apa yang terasa kurang tentang acara 'terakhir' HIKMAH itu.
Merujuk pada artikel
HIKMAH Beruas - Lawatan lapangan dan konvoi kawan-kawan. Sebetulnya saya bercadang untuk mengakhiri sesi lawatan lapangan dengan memberikan sedikit kata-kata akhir di Masjid Kampung Kota kepada semua peserta sebaik sahaja sesi selesai. Ia merupakan amanat supaya perjuangan memartabatkan atau mendaulatkan Melayu dan Islam diteruskan malah dipertingkatkan walau saya tiada lagi dalam barisan hadapan. Tetapi ini tidak dapat dilakukan kerana saya harus menyelesaikan penggambaran untuk dokumentari "Daulah Melayu" ketika berada di Makam Raja-raja Beruas dan ini ternyata memakan banyak masa. Bila dah selesai ramai sudah kembali untuk berehat di chalet atau hilang langsung. Lalu apa yang ingin disampaikan terasa agak tergantung.
Oleh itu saya berharap apa yang terasa kurang itu dapat dilengkapkan di Pasir Salak nanti. Bagaimana ia diselesaikan, apakah perlu menyatakan amanat atau pesan akhir kepada ramai terpulang pada gerak yang Allah SWT zahirkan nanti. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 212 di
blogspot ini.