Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...






















Monday, March 21, 2016

Rencana-rencana akhbar sekitar acara ke-16 HIKMAH di Janda Baik

Salam semua. Ada berita baik ni. Adapun sebaik sahaja selesai memaparkan artikel Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang Sabtu lalu, artikel yang menutup perkongsian isi beberapa pembentangan pada HIKMAH Janda Baik 30-31 Januari 2016 saya bercadang untuk membuat sejumlah artikel mengandungi gambar-gambar cantik yang diambil oleh pihak pemilik lokasi iaitu ahli rumah Pak Habib S.H.Alattas@ University of Life. Cuma saya perlu menunggu penulisan satu bab buku baru siap. Untuk makluman, sejak 2 minggu lepas saya telah mendapat gerak ilham dan penulisan yang baik untuk sebuah buku baru melibatkan hal Nabi Adam SAW dengan bangsa Melayu. Selepas membuat prakata dan mukadimah saya pun menulis bab. Setiap kali selesai satu bab, baru dibuat artikel tentang isi pembentangan HIKMAH. 

Keluarnya artikel Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang yang merupakan ke-4 tentang pembentangan menandakan ketika itu saya sudah berjaya menyiapkan 4 bab. Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa lewat malam tadi saya berjaya menyiapkan bab ke-5 pula lalu bersedia untuk membuat artikel baru di blogspot ini. Cuma petang semalam saya mendapat tahu ada laporan rencana akhbar tentang HIKMAH Janda Baik telah keluar dalam akhbar hari Ahad. Malamnya pula saya dapat tahu ada rencana berkaitan turut keluar tetapi dalam akhbar lain. Oleh itu biar ia dipaparkan dahulu di sini. Selepas siap bab ke-6 baru mula dikongsikan gambar-gambar...



Rencana pertama saya lihat keluar dalam akhbar Metro Ahad semalam. Saya mendapat tahu melalui Wassap lalu bergegas ke kedai untuk membeli akhbar. Gambar ini juga selepasnya diambil pada saiz yang cukup besar untuk tulisan dibaca dengan terang. Sila buka dalam Windows baru untuk paparan penuh.



Rencana kedua iaitu dalam akhbar Berita Minggu @ Berita Harian untuk hari Ahad pula baru disedari selepas melihat pemberitahuan dalam Wassap selepas jam 10.30 malam. Terus saya bergegas lagi ke kedai berdekatan. Nasib baik kedai baru nak tutup, belum betul-betul tutup. Dan nasib baik masih ada senaskah Berita Minggu...

Ketika itu semua surat khabar yang tinggal berbaki malam itu sudah dibungkus dalam plastik untuk dipulangkan kepada pengedar. Oleh kerana masih ada orang di kedai bolehlah saya mendapatkannya walau sudah lewat. Walaupun rencana tidak bercakap tentang HIKMAH tetapi menumpukan perhatian kepada tanjak gambar-gambar yang digunakan cukup terang menunjukkan pada yang tahu bahawa ia diambil pada HIKMAH Janda Baik. Walaupun ada kesilapan fakta mengatakan salah satu gambar diambil pada pameran keris di rumah S.H.Alattas cukuplah ia untuk menunjukkan apa yang dibuat oleh HIKMAH telah mendapat sambutan dan perhatian ramai.



Walaupun saya kemudian dimaklumkan cerita tentang tanjak yang disampaikan dalam rencana adalah tidak tepat pada saya itu hal lain. Pada saya sekurang-kurangnya ada yang sudi mengambil tahu dan menyampaikannya kepada orang ramai. Bab pembetulan kalau perlu biarlah disampaikan oleh orang yang lebih berpengetahuan. Bila ada kesilapan yang diikuti pembetulan ia boleh jadi dialog yang memanjangkan lagi pendedahan tentang budaya orang Melayu kepada orang ramai.



Untuk pengetahuan dua rencana ini boleh dikatakan yang terbaik dan paling panjang setakat ini tentang suatu acara HIKMAH dipaparkan dalam dada akhbar. Sebelum ini acara-acara kelihatan seperti disebut secara sepintas lalu sahaja, antaranya adalah pada keratan akhbar yang terpapar dalam artikel Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013 dan Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013. Harapan saya, selepas ini jika ada mana-mana akhbar sudi meliputi majlis kami semoga mereka dapat mengambil sedikit masa untuk menyelami ilmu-ilmu yang disampaikan pada sesi-sesi pembentangan. Sesungguhnya keutamaan kami dalam HIKMAH adalah berkongsi ilmu tentang sejarah, kebudayaan, keagamaan, tata kenegaraan, ekonomi Islam dan pelbagai perkara lain yang boleh membantu mendaulatkan Melayu dan Islam. Semoga ilmu yang disampaikan dapat disebarkan kepada khalayak yang lebih luas lalu dimanfaatkan. Semoga pihak akhbar dan lain-lain media massa dan membantu memainkan peranan.



Saturday, March 19, 2016

Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang

OK. Sampai masanya untuk menutup perkongsian pembentangan daripada HIKMAH Janda Baik. Dipersembahkan isi pembentangan yang ke-4 dan terakhir dapat dikongsikan di blogspot. Bersambung kita daripada Ilmu bedil Melayu, mentera dan sebagainya.
.

Pada artikel HIKMAH Janda Baik - Wahdatul Wujud sebagai teras kekuatan umat Melayu yang dipersembahkan 18 hari lalu telah disebut tentang pembentangan ke-4 pada hari ke-2 acara, pembentangan yang diberi tajuk "Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang". Pembentang iaitu tuan Kamaluddin Endol (nama Facebook Pelita Di Dalam Kaca) membukanya dengan cerita kejadian manusia.
Lalu kita dibawa masuk pada pengetahuan tentang roh seperti boleh ditelaah dalam kitab-kitab Tasawuf.


Pendekatan berkenaan roh diambil untuk menunjukkan konsep serupa juga terdapat dalam agama-agama purba seperti Hindu...



Hal serupa juga ada diajar dalam agama Buddha.








Turut bercakap tentang perkara sama tetapi dengan pendekatan yang berlainan adalah ajaran Kung Fu Tze atau lebih dikenali sebagai Confucius.




Ini adalah ajaran yang membentuk nilai-nilai murni orang China...


\
Nilai-nilai baik dalam agama-agama lama menunjukkan ia memiliki intipati yang sama.

Malah agama Zoroaster yang pernah diamalkan di Iran purba, agama yang katanya menyembah api pun turut menunjukkan beberapa unsur yang selari dengan ajaran Islam.



Apa hendak dihairankan jika kita faham semua agama pun berasal daripada agama Islam? Cuma syariat sahaja berlainan mengikut tempat, masyarakat dan zaman. Kemudian banyak pula yang dipesongkan melalui godaan syaitan lalu dihantar lagi nabi dan rasul untuk memperbetulkan keadaan.


Proses ini berlanjutan sehinggalah muncul Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir lalu melengkapkan ajaran Islam...


Agama Sikh yang muncul kemudian walaupun sudah lari daripada ajaran Islam tetap memiliki unsur-unsur kebaikan yang serupa.

Itulah hakikat yang terdapat pada agama Islam. Ia sebenarnya agama sepanjang zaman. Kita dapat melihat ini pada setiap agama purba jika dikaji dengan mendalam unsur-unsur Tauhid yang terdapat di dalamnya...



Islam yang kita kenali sekarang adalah pelengkap untuk akhir zaman.

Antara Islam syariat terdahulu hinggalah sekarang terdapat kesinambungan yang boleh dilihat dengan nyata apabila masuk bab ilmu keTuhanan.

Kamaluddin telah mengupas hal ini dalam buku-buku tulisan beliau...


Terbaru adalah buku ini. Ia selamat keluar daripada kilang percetakan beberapa hari sahaja sebelum acara ke-16 HIKMAH berlangsung di Janda Baik 30-31 Januari 2016.


Beliau juga telah menulis tentang kebangkitan Islam pada penghujung akhir zaman...



Sebuah buku tulisan beliau tentang kerajaan Islam yang ideal malah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) tahun 2011 bagi kategori novel. Untuk mendapatkan buku-buku beliau boleh hubungi sendiri di sini.


Sekian pembentangan. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-242 di blogspot HIKMAH.


OK. Saya tak ingat kenapa slaid ini muncul selepas "Sekian". Saya sekadar memaparkan kesemua 33 slaid pembentangan yang tersimpan dalam komputer riba saya menurut turutan...

Friday, March 18, 2016

Ilmu bedil Melayu, mentera dan sebagainya

Salam Jumaat. Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan lewat tengah malam tadi saya selamat kembali ke rumah setelah 4 hari 3 malam mengembara untuk membuat penggambaran dokumentari "Daulah Melayu" di Bayan Lepas, Lembah Bujang dan Lenggong. Hari ini saya mahu memaparkan pembentangan ketiga daripada HIKMAH Janda Baik yang boleh diberi sedikit perincian. Maka bersambung kita daripada Dinar Dirham dan Instrumen Sejati Ekonomi Islam : Membuang debu Riba yang Menghalang Kebangkitan.




Merujuk pada artikel HIKMAH Janda Baik - Ragam pagi Ahad dan ilmu senjata api Melayu yang dipersembahkan hampir sebulan lalu. Maka tersebutlah akan pembentangan bertajuk "'Dikaburkan' atau 'Mengaburkan': Pembinaan Korpus Sejarah Teknologi Senjata Api Melayu" yang membuka sesi ilmu pagi Ahad iaitu pada hari kedua acara, 31 Januari 2016. Adapun pembentangan dibuat oleh tuan Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah seorang pelajar pasca siswazah daripada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dengan menggunakan slaid. Tidak lama selepas itu isi pembentangan dikongsikan dalam bentuk pdf yang diapungkan di Internet untuk tatapan semua.

Ia tidak mengandungi slaid, cuma teks berdasarkan apa yang sudah dibicarakan di Janda Baik. Entah kenapa, selepas suatu tempoh pdf tersebut tidak dalam lagi diakses. Nasib baik saya sempat membuat satu salinan lalu disimpan di dalam komputer. Hari ingin saya memaparkannya di blogspot agar semua dapat membaca. Cuma ada sedikit suntingan dibuat daripada segi pemecahan perenggan agar lebih senang dicerna...


Korpus Teknologi Senjata Api Melayu di dalam Teks-teks Sastera Tradisional

Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah
whwmdasuki@gmail.com
Universiti Sains Malaysia


Abstrak

Kertas kerja ini secara ringkas mengulas tentang keberadaan sumber teks-teks sastera tradisional Melayu dan keutamaannya sebagai wadah untuk mendalami dan memahami teknologi senjata api Melayu zaman silam. Teks-teks ini rata-ratanya masih belum dikaji dengan sempurna. Justeru, usaha perlu dibidikkan segera demi mengangkat warisan langka Melayu ini daripada terus tenggelam – agar ia dapat dimanfaatkan oleh pelbagai khalayak dalam berbagai aspek – khasnya dalam mengangkat ketamadunan dan keperibadian bangsa Melayu Islam itu sendiri.

Kata kunci : Ilmu bedil, teknologi Melayu, persenjataan, sastera tradisional.


Permulaan Kata

Pandangan yang mengatakan orang Melayu hanya menggunakan keris lembing pada zaman dahulu semasa berperang tidak benar sama sekali. Ia jelas sekali bermatlamat untuk memberikan suatu gambaran inferioriti terhadap keupayaan ilmu dan tamadun bangsa Melayu. Secara eksplisit, bukti-bukti yang ada kini mengundang banyak pertanyaan. Khalayak mulai mempersoalkan tentang sejauh mana penguasaan orang Melayu dalam bidang senjata api, bagaimana cara mereka mengambil pengetahuannya, ataupun apakah sikap sebenar mereka dalam menggunakan teknologi senjata api.

Hal ini telah mendapat tempat dalam kalangan sejarahwan amatur untuk terus memburu data dan fakta berkaitan, membicarakan isu-isu tersebut dalam forum dan blog di laman web, begitu juga di majlis-majlis pertemuan. Mereka tidak lagi percaya dengan fakta-fakta lapuk yang sudah lama ‘menipu’ dengan cara mengemukakan sejarah yang tidak tepat di bangku sekolah. Tetapi dalam hal ini sesetengah pihak telah cuba pula untuk mendokong fakta dan kenyataan yang bukan lagi hakikat tetapi merupakan peta imaginasi yang sengaja dilukis untuk mengindah-indahkan kehebatan bangsa Melayu. Bagi sesetengah pihak yang lain pula, hal ini bukan perkara yang layak diperbesar-besarkan, kerana pendedahan fakta menerusi laporan-laporan kolonial dan data sejarah sejak awal lagi telah berjaya meyakinkan bahawa betapa pincang pemikiran dan penguasaan ilmu bangsa Melayu, apatah lagi jika pengetahuan tersebut merupakan hasil celupan pengaruh kebudayaan asing, khasnya dari Barat. Apa sahaja yang muncul di balik ilmu dan fikiran bangsa Melayu kerap kali dianggap sebagai tiruan atau kulit belaka.

Kekeliruan ini harus diperbetulkan dengan menyedari dan memahami apakah sebenarnya yang ditanggapi oleh orang Melayu pada masa lalu sebagai teknologi. Aspek-aspek teknikaliti pengendalian sesuatu peralatan mekanikal termasuk juga senjata api merupakan suatu kemahiran dan kepandaian dalam lapangan teknologi. Namun bagaimana orang Melayu dalam eranya yang khusus memahami teknikaliti tersebut? Hal ini memang memberikan suatu dilema dan permasalahan khususnya apabila kini ramai pihak cenderung untuk memahami hakikat teknologi nenek moyang dalam suluhan kacamata bangsa Eropah. Walhal terdapat banyak sumber asal yang terdiri daripada teks-teks sastera tradisional yang ditulis oleh nenek moyang Melayu itu dalam perkara-perkara yang berkait dengan teknologi, menuang besi, menempa senjata, malah cara menggunakan senjata itu sendiri. Apatah lagi ilmu pengetahuan yang terkandung dalam sumber-sumber tempatan itu dapat dikaitkan kepentingannya dengan isu-isu yang memperlihatkan kompleksiti perbincangan tentang bentuk dan kecekapan teknologi Melayu.

Hal demikian kerana bahan-bahan sastera tradisional tersebut mendedahkan kekhususan pengetahuan asli orang Melayu, malah menjadi dasar pemahaman yang memberikan makna alternatif dalam pembicaraan mengenai teknologi daripada sudut kacamata mereka sendiri. Justeru, ia perlu sekali diselidiki dan digunakan dengan menyeluruh dalam memahami pemikiran dan pengetahuan orang Melayu, terutama sekali bagaimana mereka berinteraksi dengan teknologi dan menerimanya menurut pandangan dunia mereka. Dengan erti kata lain, teknologi memiliki hubungannya dengan kebudayaan. Ia perlu disorot dalam konteks kebudayaan yang menerimanya. Sudut inilah juga yang perlu difahami dalam sejarah kepenggunaan teknologi senjata api Melayu.


Kajian Ilmu Bedil – Menampilkan Citra Teknologi Persenjataan Melayu

Ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran orang Melayu merangkumi pelbagai bidang; misalnya peleburan logam, pertukangan, pelayaran, perubatan, pertanian, pembuatan senjata, senibina dan berbagai-bagai aspek kehidupan lagi. Ilmu ini biasanya akan diperturunkan secara lisan, namun ada juga sebahagiannya yang dapat disalin dan direkodkan kemudian. Sama seperti kitab-kitab ‘tib’ yang mewakili ilmu (sains) perubatan orang Melayu, terdapat juga sejumlah kitab yang berisi ilmu mengenai teknik penggunaan senjata api, yang diyakini pernah dipraktikkan oleh mereka dalam beberapa kurun lalu. Namun begitu, ‘sains’ orang Melayu berkenaan penggunaan senjata api ini masih lagi belum diketahui oleh ramai pihak.

Khalayak umum selalunya merujuk tulisan Abdul Samad Ahmad (1984) yang berjudul Peluru Petunang jika hendak membincangkan hal ini. Padahal, korpus ilmu senjata api orang Melayu sekian banyak, tetapi masih belum betul-betul dikumpulkan oleh mana-mana pihak. Sumber-sumbernya banyak berselerakan di pusat-pusat manuskrip dan dokumentasi, sama ada di dalam negara ini mahupun luar negara. Bahan-bahan ini merupakan antara khazanah kebudayaan lampau orang Melayu yang pasti tidak akan dapat dilupakan begitu sahaja. Ia merupakan sebahagian kecil daripada sumber tradisional yang mengetengahkan konsep sains (ilmu) dan utiliti sains (teknikal) orang Melayu.

Di samping pengemukaan bahan-bahan tersebut oleh Abdul Samad Ahmad, sehingga kini sudah ada beberapa penyelidik yang mengorak langkah menjejaki dan mengkaji bahan-bahan tersebut, yang kemudian telah menemui pula beberapa bahan yang baharu. Dua pengkaji utama setakat ini dikenalpasti mencurahkan usaha untuk menyelidiki teks-teks warisan. Seorang adalah Terenjit Singh Sevea (2013) melalui kajian peringkat PhDnya di Universiti California Los Angeles. Dalam bab keempat disertasi beliau, ada diulaskan tentang falsafah ilmu bedil. Sementara itu, Wan Mohd Dasuki (2013) mengembangkan kajian tekstual (filologi) melalui beberapa bahan yang baharu ditemui berkaitan ilmu bedil Melayu, di samping memperbetulkan kembali ‘bacaan-bacaan’ transliterasi Abdul Samad Ahmad di dalam Peluru Petunang. Kedua-dua penelitian ini boleh dianggap sebagai usaha rintisan dalam pengkajian ilmu bedil Melayu.


Sumber Korpus Ilmu Bedil Melayu

Teks-teks ilmu bedil (bertulis tangan) yang telah berjaya ditemui setakat ini dapat dinyatakan butirannya seperti berikut :-


- D 19 Petua Menembak, bersaiz 10.4 x 10.5 sentimeter, enam halaman teks Melayu bertulis jawi disimpan di Koleksi Misbaha Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu

- Maxwell 24, tanpa judul, bersaiz 31.5 x 20 sentimeter, terbahagi kepada teks A, B, C dan D. Hanya teks Bberisi ilmu membuat peluru dan menembak setebal 15 halaman, disimpan di Perpustakaan Royal Asiatic Society, United Kingdom

- MI 554, tanpa judul, bersaiz 17 x 10.5 sentimeter dengan 149 halaman bertulisan jawi tentang menunang peluru dan teknik menembak, tersimpan di Perpustakaan Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur

- MS 31 Ilmu Bedil, bersaiz 33 x 22 sentimeter, 47 halaman dalam tulisan jawi tersimpan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

- MS 101 Buku Tib, bersaiz 24 x 9 sentimeter berada dalam dua jilid. Jilid A setebal lapan halaman dan jilid B setebal 37 halaman, simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka

- MSS 1380 Mentera Menembak, bersaiz 10.6 x 8.8 sentimeter, sekitar lapan halaman teks Melayu bertulis jawi, tersimpan di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia

- MSS 1922 bahagian B yang berjudul Azimat, berukuran 12.5 x 17.2 sentimeter dengan empat halaman berkisar tentang jampi mantera penggunaan bedil, simpanan Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia

- Naskhah 85.48 Petua Menembak Meriam Istinggar, bersaiz 17 x 11.4 sentimeter dan mempunyai 20 halaman bertulis dalam aksara jawi yang disimpan di Bahagian Sejarah, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu

- Add.12358 – koleksi kecil treatis beraksara Bugis tentang kaedah penggunaan senjata api termasuk
meriam, aspek balistik senjata api, piroteknik dan ubat bedil, bersaiz 27 x 21 sentimeter, di simpan di
Perpustakaan British, iaitu di Jabatan Manuskrip dan Buku Bercetak dari Timur (Ricklefs & Voorhoeve 1977: 29)

- Add.12358 – koleksi treatis yang dipecahkan kepada bahagian A hingga H. Kesemua bahagian menerangkan tentang ilmu bedil, merupakan versi terjemahan bahasa Bugis daripada suatu teks berbahasa Makasar (yang juga merupakan salinan daripada treatis asal dalam bahasa Sepanyol). Bahagian D memuatkan catatan ilmu yang diajarkan oleh Palahajun Ahmad, ketua pasukan artileri Negeri‘Ajam dan Maharajalela dari Inderagiri mengenai korelasi antara berat peluru dengan jumlah ubat bedil yang digunakan. Bahagian E terdapat teks berisi ajaran Ancik Lati` kepada anaknya Dato Maharaja Lela Marala tentang empat prinsip tembakan. Teks yang beraksara Bugis ini disimpan di Perpustakaan British, iaitu di Jabatan Manuskrip dan Buku Bercetak dari Timur

- Cod.Or.1751 setebal 337 halaman beraksara Jawi dalam bahasa Melayu, dianggarkan dimiliki oleh Tuanku Imam Bonjol. Teksnya dibahagikan kepada 27 fasal. Hanya fasal yang ke-25 pada halaman 330-332 sahaja yang memiliki keterangan mengenai senjata, tersimpan di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda (Teuku Iskandar 1999: 29-31)

- Cod.Or.5149 terdiri daripada 43 helai lontara bertulisan Bali, dalam dua bahagian. Hanya teks bahagian kedua sahaja yang menyebut tentang ilmu bedil bersama praktik magis yang ditulis dalam bahasa Jawa-Bali bercampur bahasa Melayu; tersimpan di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda (Teuku Iskandar 1999: 196)

- Cod.Or.5257 Ilmu bedil, terdiri daripada lima helai lontara bertulisan Bali tentang ilmu ghaib (jampi) untuk menembak dan memburu; tersimpan di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda (Teuku Iskandar 1999:196)

- Cod.Or.5738 bis – berada di dalam sampul yang turut mengandungi manuskrip Arab, Jawa dan Melayu, di mana kesemuanya telah diberikan nombor klasifikasi daripada A hingga W. Hanya teks K dengan judul ‘membedil’ sahaja yang berisi ilmu penggunaan senjata api. Ia juga berada di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda (Teuku Iskandar 1999: 214)

- Cod.Or.12.274 Ilmu Bedil, termuat di dalam dua halaman bertulis daripada 173 helai gulungan kertas yang diberikan nombor klasifikasi Or.8447 (1-173). Bahan yang kini tersimpan di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda ini dikatakan berasal daripada koleksi transliterasi teks dari Sumatera Selatan (Teuku Iskandar 1999: 534)

- Cod.Or.8457 mengandungi 47 halaman salinan fotostat berisi pelbagai tulisan. Teks ini mengandungi 18 fasal yang menyentuh tentang ilmu bedil dari alam Minangkabau. Ia juga tersimpan di Perpustakaan Universiti Leiden (Teuku Iskandar 1999: 548-549)

- Cod.Or.12.257 Ilmu Bedil, terdiri daripada enam halaman bertulisan rencong dan jawi. Ia tersimpan di Perpustakaan Universiti Leiden dan merupakan salinan teks daripada manuskrip lain (Cod.Or.12.274) bersama transliterasi jawi (Teuku Iskandar 1999: 661)

- PR/4/AMZ yang termuat di atas sehelai kertas laid Eropah bersaiz 33.5 x 20 sentimeter dalam bahasa Melayu beraksara jawi, merupakan koleksi dari Buton. Dalam daftar mikrofilem Arsip Nasional Indonesia, ia diberikan judul ‘doa-doa penggunaan bedil’; mengandungi pelbagai teks dan lakaran gambar meriam, tentang penggunaan azimat senjata, doa ketika memasukkan peluru bedil dan menggunakan meriam, selain ayat-ayat yang dibaca ketika memasukkan ubat bedil. Ia boleh diakses melalui mikrofilem di Arsip Nasional Republik Indonesia (Achadiati, et al. 2001: 185-186).


Keseluruhan isi kandungan teks-teks ilmu bedil tersebut memaparkan bentuk-bentuk perbincangan yang pelbagai, tetapi mengarah kepada fokus yang sama; iaitu ilmu ataupun kaedah penggunaan senjata api. Secara umum, teks-teks ini boleh diperincikan kepada dua lapisan, iaitu yang pertama; deskripsi teknikal – tentang ciri-ciri fizikal senapang yang baik, teknik membidik, memposisikan senjata api, menembak sasaran, berlatih menembak, jarak tembakan dan aspek-aspek balistik, di samping kaedah membuat ubat bedil. Termasuk juga ke dalam deskripsi ini adalah praktik-praktik ritual dalam operasi teknikal senapang dengan penggunaan mantera dan bahan-bahan (alat) yang menyokong proses berkenaan.

Deskripsi yang kedua pula adalah konsepsi-konsepsi pemikiran yang ditonjolkan melalui pendekatan tasawwuf falsafah dan kepercayaan warisan, di mana ia memperjelaskan tentang apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai ‘ilmu’ dalam konteks penggunaan senjata api mengikut garis pemikiran orang Melayu. Justeru, konsepsi-konsepsi pengetahuan teknikal yang telah dipaparkan dapat menggambarkan sistem idea dan pemikiran yang ada berkaitan dengan pandangan dunia (world view) masyarakat sezamannya, dalam konteks memahami elemen-elemen magis dan hubungannya dengan korpus ilmu dan teknologi. Konsepsi itu juga telah menjadi bukti kewujudan ilmu teknikal senjata api bagi ‘arif’ dan ‘pendekar tembak’, iaitu sekelompok individu pakar senjata api yang hidup dalam lingkungan kebudayaan Melayu sewaktu teks-teks ilmu bedil berkenaan lahir.

Dapat dikatakan bahawa teks-teks ilmu bedil wujud dalam pelbagai medium dan versi, serta dalam pelbagai bentuk dan sifat bahan. Justeru, keterangan mengenai ilmu bedil orang Melayu masih tetap dapat diakses dengan adanya teks-teks ini walaupun ada sesetengahnya memiliki limitasi dan kekurangan tertentu. Sebagai suatu hasil karya tradisi yang bersifat dokumen sosial, maka ia amat berguna sebagai medium untuk memahami kebudayaan dan pemikiran masyarakat Melayu khususnya pada masa lampau. Ia mengemukakan sistem ilmu pengetahuan orang Melayu berhubung persenjataan, iaitu dengan menunjukkan bagaimana mereka memahami konsep ilmu, menggunakan utiliti sains (teknikal), memahami teknologi senjata api ketika itu, serta mengaplikasi teknik dan teknologi selaras dengan kepercayaan dan pandangan dunia yang dipengaruhi pula oleh unsur-unsur persekitaran, kejiwaan, dan latar sejarah tempatan mereka (Wan Mohd Dasuki 2013: 246-247).

Sebagaimana yang telah dikemukakan dengan ringkas bahawa kesemua teks ilmu bedil Melayu itu secara umumnya mengandungi wacana yang saling berhubungan antara satu sama lain. Hampir kesemua teks tersebut menjelaskan tentang apa yang dikatakan sebagai praktik penggunaan senjata api dalam klasifikasi dan taksonomi masing-masing, yang distrukturkan pula oleh falsafah yang tersendiri. Namun terdapat semacam kesatuan daripada segi bentuk, objektif, kepentingan dan fungsi penulisan atau penyalinan teks-teks tersebut. Suatu hakikat yang perlu disedari ialah bahawa teks ilmu bedil Melayu, sama seperti teks-teks tradisional lain, ternyata hadir sebagai hasil karya tulis sastera yang masing-masing memiliki kreativiti dan kelainan sifat dan ciri.

Teks-teks ilmu bedil Melayu memberikan signifikan yang besar dalam pengayaan data berhubung ilmu
dan teknologi yang pernah wujud di sisi kehidupan orang Melayu selama ratusan tahun yang lampau. Berdasarkan pengkajian setakat ini, teks-teks ilmu bedil dapat menggambarkan bayangan tentang proses adaptasi orang Melayu terhadap suatu teknologi persenjataan yang pada peringkat awalnya cukup asing buat mereka. Orang Melayu didapati telah menerima dan menggunakan teknologi senjata api yang diadaptasi daripada budaya material bangsa Eropah sejak abad ke-16 Masihi lagi. Kewujudan teks-teks ilmu bedil yang menjadi sebahagian daripada natijah fenomena penerimaan serta pengadaptasian tersebut cukup berguna untuk mendalami teknologi yang pernah berada dalam sekitaran kehidupan orang Melayu.

Hal ini bermaksud untuk memahami perlakuan mereka sebagai pengadaptasi dan pengguna teknologi menurut lingkungan kebudayaan sendiri. Menerusi ilmu bedil inilah maka segenap aspek teknologi senjata api orang Melayu yang tidak pernah diperincikan itu akhirnya dapat difahami. Hal yang demikian mudah-mudahan akan dapat digunakan untuk melengkapkan lagi fakta tentang khazanah ilmu pengetahuan dan teknologi Melayu zaman silam yang kini semakin jauh terpendam dan dilupakan.

Selain itu, ilmu bedil Melayu meletakkan kepentingan dalam menumpukan perhatian terhadap aspek peperangan sebagai kegiatan penting dalam kehidupan orang Melayu masa lampau, iaitu jika ia diteliti dalam konteks aspek teknikal dan teknologi persenjataan. Dalam kes ini, ilmu bedil Melayu menampilkan koroborasi data mengenai sistem persenjataan yang digunakan daripada segi teknik dan taktik menerusi elemen kepercayaan bersama sentimen emosi yang secara keseluruhannya mempunyai kaitan terhadap keberkesanan teknologi dan juga mempengaruhi psikologi yang akan menentukan sesuatu keputusan peperangan. Ilmu bedil Melayu mungkin boleh membantu dalam merekonstruksi sistem peperangan Melayu dan seterusnya dapat membantu untuk memahami sejarah peperangan secara lebih tuntas. Secara tidak langsung, ia akan mempertambah lagi pemahaman pada teks-teks historiografi yang banyak menyebut tentang penggunaan senjata api dalam peperangan Melayu.

Dengan menampilkan sifat-sifat kearifan tradisi, ilmu bedil Melayu juga secara tidak langsung memperlihatkan keunikan pola fikir orang Melayu itu sendiri dalam menangani hal yang bersifat abstrak dan konkrit. Justeru, teks ilmu bedil ini akan menampakkan bagaimana orang Melayu memaknai teknologi melalui mod tekniknya yang khusus. Kekhususan praktik penggunaan senjata api menampilkan percanggahan sifat dan karekter teknologi, di mana ia tidak wujud dalam ciri dan skala seperti yang dimengerti oleh masyarakat sekarang. Dengan erti kata lain, ia memberikan suatu idea dan pandangan bahawa teknologi patut difahami mengikut konstruksi makna yang telah dibentuk oleh pihak yang pernah beradaptasi dengan teknologi tersebut.

Justeru, berdasarkan pandangan ini, amat logik untuk diterima bahawa orang Melayu dalam konteks penggunaan senjata api didapati lebih menerima penyesuaian teknologi itu menurut pengertian kebudayaan sendiri. Hal yang demikian dapat disaksikan menerusi perbincangan-perbincangan khusus di dalam bab empat dan lima berhubung cara dan kaedah orang Melayu menggunakan senjata api berdasarkan kupasan daripada teks-teks ilmu bedil Melayu terpilih.

Ilmu bedil Melayu kini telah luput kerana dianggap tidak lagi relevan untuk diamalkan. Oleh kerana ia
tidak lagi diketahui dan sukar pula hendak difahami oleh generasi sekarang, maka perlu sekali ilmu ini digunakan untuk mendekati, mendalami dan mengangkat kembali nilai epistemologinya, untuk memperlihatkan kearifan orang Melayu mendefinisi di samping mengkonseptualisasikan teknologi persenjataan menurut acuan kebudayaan mereka. Dalam konteks ini, sekurang-kurangnya akan dapat diberikan penegasan bahawa inilah peninggalan khazanah ilmu orang Melayu sebagai aset tidak ketara (intangible asset) tentang teknologi persenjataan dalam sifat dan karekternya yang khusus.


Korpus dan Perbincangan Terkini

Usaha terbaharu yang dilakukan sehingga sekarang untuk memperkaya lagi korpus yang telah diolah menerusi kajian-kajian terkini berkenaan subjek teknologi senjata api Melayu ialah dengan menerbitkan dua buku (yang sebenarnya masih dalam proses penerbitan). Buku pertama berjudul Ilmu Bedil Melayu, sedang dalam proses akhir penerbitannya di Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur, di mana ia kemungkinan besar akan berada dalam pasaran pada awal tahun hadapan. Buku ini mengemukakan transliterasi tujuh buah bahan manuskrip ilmu bedil Melayu yang berada di Malaysia, kecuali bahan D 19 – yang sehingga kini masih belum dapat diteliti. Di samping transliterasi, buku ini turut memuatkan glosari dan kosa kata teknikal yang penting untuk difahami oleh khalayak memandangkan ilmu bedil itu sendiri sudah berada di luar konteks amalan kita sekarang. Selain itu, diberikan juga ulasan dan komentar asas mengenai kesemua bahan yang dikaji dan beberapa kemungkinan penyelidikan yang boleh dilanjutkan oleh penyelidik yang akan datang.

Ilmu Bedil Melayu ini diperkira akan dapat membantu pengkajian sains dan teknologi dalam bidang persenjataan, tetapi dengan syarat teks-teks ilmu bedil berkenaan haruslah difahami sebaik-baiknya. Begitu juga, ia sangat berguna untuk meningkatkan pemahaman umum mengenai sejarah teknologi senjata api orang Melayu, khususnya menurut gambaran keseluruhan kebudayaan Melayu yang terpancar daripada sudut aplikasi teknologi selama ratusan tahun lampau yang kini tidak lagi dipraktikkan.

Buku kedua pula berjudul Merungkai Teknologi Penggunaan Senjata Api di Alam Melayu: Memperbetul Pemesongan Sejarah. Jika dibandingkan dengan buku yang pertama, penerbitan kedua ini lebih bersifat menghuraikan kedudukan senjata api dalam hubungannya dengan pensejarahan teknologi Melayu itu sendiri – iaitu dalam konteks domestifikasi senjata api yang menunjukkan bagaimana orang Melayu berinteraksi dengan sejenis teknologi yang tidak pernah lahir dalam kebudayaan mereka. Ia cuba mengusulkan pembicaraan baharu tentang penggunaan teknologi senjata api sejak kurun ke-16 Masihi di alam Melayu. Wacana utama yang ingin diketengahkan adalah pemahaman berhubung kompleksiti teknologi Melayu masa silam yang memperlihatkan cara penggunaan senjata api mereka berdasarkan kontur dan ruang kebudayaan sendiri. Hal ini memaparkan percanggahan nilai terhadap teknologi senjata api, tidak seperti yang biasa diterima dan difahami dalam sejarah perdana hari ini.

Dengan erti kata lain, buku ini cuba mensintesiskan bahawa teknologi senjata api perlu difahami daripada representasi dan adaptasi pihak yang pernah menerima dan menggunakan teknologi itu sendiri. Walaubagaimanapun, ia masih lagi dalam proses penilaian Dewan Bahasa dan Pustaka selaku penerbit.


Pengakhiran Kata

Kertas kerja ini tidak memerlukan penutup sebenarnya. Dapat difahami bahawa teks-teks sastera tradisional Melayu ini dapat membekalkan maklumat dan menambahkan korpus mereka yang ingin dan sedang membuat penyelidikan mengenai teknologi, ilmu dan pemikiran Melayu. Ia juga sangat berguna untuk meningkatkan pemahaman umum mengenai sejarah teknologi senjata api Melayu, khususnya menurut gambaran keseluruhan kebudayaan Melayu yang terpancar daripada sudut aplikasi teknologi selama ratusan tahun lampau yang kini tidak lagi dipraktikkan. Justeru, bahan-bahan sastera tradisional ini diharap dapat merangsang minat khalayak, khususnya para pengkaji teks manuskrip untuk menyelongkar dan menyelidik bahan-bahan manuskrip secara lebih giat.

Pandangan perlu dialihkan kepada teks-teks tempatan yang sebenarnya merupakan sumber alternatif yang bermanfaat dalam merungkai hal-hal yang tidak pernah terjangkau sebelum ini. Walau bagaimanapun, usaha-usaha yang dilakukan setakat ini masih lagi kecil dan daif, termasuk juga sumber-sumber yang ada di tangan kita. Kertas kerja ini mencadangkan supaya pengembangan pengkajian secara lebih ekstensif segera dilakukan demi memberikan sumbangan besar kepada pensejarahan dan pembinaan identiti bangsa Melayu itu sendiri.

Sekian, dan semoga bermanfaat. Terima kasih. Samapta dhrtam.


Rujukan

Abdul Samad Ahmad. 1984. Peluru Petunang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Achadiati Ikram, et al. 2001. Katalog Naskah Buton Koleksi Abdul Mulku Zahari. Jakarta: Yayasan Obor dan Masyarakat Penaskahan Nusantara (MANASSA).

Ricklefs, M.C & Voorhoeve, P. 1977. Indonesian Manuscripts in Great Britain. Oxford: Oxford University Press.

Sevea, T.S. 2013. Sevea, T.S. 2013. Pawangs on the Malay Frontier: Miraculous Intermediaries of Rice, Ore, Beasts and Guns. Disertasi Ph.D University of California, Los Angeles.

Teuku Iskandar. 1999. Catalogue of Malay, Minangkabau and South Sumatran Manuscripts in the Netherlands, volume one and two. Leiden: Documentatiebureau Islam–Christendom, University of Leiden.

Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah. 2013. Pengetahuan dan Teknologi Melayu Berhubung Penggunaan Senjata Api: Analisis Naskhah Ilmu Bedil. Disertasi sarjana Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Kuala Lumpur.


W.H.W.M.D@2016.


Nota oleh pembentang : Kertas kerja ini disampaikan dalam Seminar Ke-16 HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) pada 31 Januari 2016 di University of Life Pak Habib Al-attas, Janda Baik, Pahang. Judul kertas telah diperbaiki daripada judul asal yang diberikan sebelum ini, iaitu ‘Dikaburkan’ atau ‘Mengaburkan’: Pembinaan Korpus Sejarah Teknologi Senjata Api Melayu dan Teks-teks Sastera tradisional’. Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr. Radzi Sapiee, Sdr. Zahamri Nizar dan Tuan Syed Hussien Al-Attas atas pelawaan mereka membentangkan subjek ini.


Saturday, March 12, 2016

Dinar Dirham dan Instrumen Sejati Ekonomi Islam : Membuang debu Riba yang Menghalang Kebangkitan

Pembentangan kedua yang boleh diberi sedikit perincian kerana saya ada memiliki slaid adalah ini. Bersambung daripada Daripada Demokrasi ke Pemerintahan Beraja - Peralihan Rahman ke Rahim.


Artikel sebelum ini menunjukkan isi pembentangan yang dijadualkan membuka sesi perkongsian ilmu pada hari pertama HIKMAH Janda Baik iaitu Sabtu 30 Jan. Ini pula adalah pembentangan terakhir pada hari itu.
Pembentang merupakan kawan lama saya sejak zaman kolej, pernah berkongsi bilik asrama yang sama hampir 30 tahun lalu sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti berlainan di UK. Beliau telah membentang pada 5 acara HIKMAH sebelum ini. Lihat artikel-artikel berikut :-








Pembentangan meliputi penggunaan 131 buah slaid. Maka biar diringkaskan. Lebih separuh perkara sudah dikongsikan dalam pembentangan-pembentangan terdahulu. Maka ia boleh digapai melalui artikel-artikel lama Mata wang syariah dan Melayu : Penipuan dalam kewangan dan perlembagaan? dan Kertas kerja HIKMAH IX - Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu.


Kita terus masuk pada yang separuh lagi. Ia adalah berkenaan alternatif yang boleh digunakan untuk keluar daripada sistem sekarang yang penuh dengan debu riba'.

Pertama adalah Waqf.

Orang kita sebut Wakaf. Konsepnya, orang berduit boleh mewakafkan suatu aset seperti rumah dan tanah untuk kegunaan orang ramai. Orang kurang berduit boleh bergabung beramai-ramai untuk mengumpulkan dana bagi membeli aset bagi kegunaan ramai.
Konsep ini sudah digunakan sekian lama di merata tempat.

Ia agak terserlah di Singapura kerana orang Melayu dan Islam sana tidak boleh mengharapkan bantuan kerajaan untuk membina masjid dan institusi pengajian Islam.


Malah universiti pun boleh diterbitkan menggunakan konsep wakaf. Secara ratawakaf dapat membantu orang Islam mendapatkan pelbagai kemudahan sambil membantu ekonomi bergerak. Mereka yang menyumbang pada wakaf pula turut mendapat ganjaran di akhirat.

Kemudian ada konsep Shirkah. Ia adalah kerjasama perniagaan melibatkan 2 atau lebih orang. Mereka yang terlibat boleh menyumbang modal atau tenaga kerja.

Kita juga ada konsep Guild...
Setahu saya ini perkataan dalam Bahasa Inggeris. Tak tahu pula dalam Bahasa Arab juga Bahasa Melayu apa. Ia merujuk pada satu organisasi manusia yang bersatu kerana memiliki kerjaya atau minat yang sama.

Seterusnya ada Ar-Rahnu.
Dalam bahasa mudah ia adalah pajak gadai Islam...





Untuk keluar daripada sistem kewangan sedia ada yang amat bergantung pada riba' kita juga boleh menggunakan matawang alternatif.

Di UK misalnya ada satu konsep yang dipanggil bank masa. Ia adalah satu bentuk pertukaran pekerjaan atau perkhidmatan dengan setiap pekerjaan diberikan mata atau token yang direkodkan. Token boleh dipakai bila diperlukan. Ia boleh digantikan dengan pekerjaan atau perkhidmatan lain.

Sistem ini bergerak dalam satu komuniti yang sedia untuk bekerjasama menerima mata ataupun token. Misalnya Ali membantu Abu mengecat rumah. Dapat beberapa mata yang setimpal. Mata itu boleh digunakan untuk 'membayar' upah Aminah menjahit baju. Aminah dapat mata yang kemudian boleh digunakan untuk 'membayar'  Ali membetulkan pair bocor...
Di Jepun ada sistem Fureai Kippu. 'Matawang' berupa yang kupon diberikan sebagai balasan untuk membantu orang-orang tua dan mereka yang memerlukan bantuan kesihatan.

Di daerah Berkshires di US ada 'matawang' Berkshares. Bersandarkan US Dollar ia diterimapakai untuk membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan di banyak tempat.

Secara rata apa yang dibuat adalah untuk keluar daripada berhutang dengan bank dan lain-lain sisi tidak sihat sistem kewangan sekarang yang berasaskan riba'.

Hutang kepada satu institusi yang sebenarnya terletak terletak di luar komuniti digantikan dengan sistem yang menggalakan kerjasama antara masyarakat yang lebih rapat.

Rumusannya. Kita haruslah berusaha untuk mengembalikan sistem kewangan Islam yang betul-betul bebas daripada riba'. Ada caranya dan ia boleh dilaksanakan kalau mahu. Kenapa mahu terus bergelumang dalam sistem yang menggalakkan riba'? Apakah kita mahu terus menerus bersekongkol dengan mereka yang berperang dengan Allah dan Rasul lalu tidak mendapat keberkatan dunia dan akhirat?




PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.