Sekitar jam 5.30 iaitu selepas rehat Asar sesi berkumpulan pun dimulakan.
Ia adalah satu komponen fikir dan silaturrahim yang sering menghiasi acara-acara HIKMAH. Peserta diminta memilih satu antara 10 kumpulan menurut minat di mana mereka boleh berbincang mengenai perkara yang diminati sambil memberikan maklum balas untuk topik pilihan.
Topik kali ini adalah mengisi "Daulah Melayu", satu projek dokumentari televisyen di mana saya terlibat sebagai penyelidik dan hos. Rancangan kami adalah membuat 13 episod sepanjang sejam setiap satu dengan matlamat memberi faham akan kehebatan bangsa Melayu lalu menggali kembali formula lama untuk mendapatkan kehebatan itu untuk diaplikasikan pada generasi sekarang dan akan datang.
Dipandu moderator yang berpengetahuan dalam bidang setiap kumpulan diminta memberikan maklum balas apakah yang ingin mereka lihat (menurut bidang) diangkat dalam "Daulah Melayu". Kita lihat satu persatu kumpulan dimulakan dengan "Keluarga & Salasilah".
Sahabat kami Ustaz Mujibburizal yang datang jauh dari Aceh diberi tanggungjawab memandu kumpulan.
Kumpulam "Persilatan & Siasah Perang" dipandu oleh saudara Wandi dari Singapura. Beliau yang berbusana hitam berbengkung merah baru saya kenali semasa majlis, ketika mencari orang yang sesuai untuk menggalas tugas. Harap betullah ejaan nama Wandi itu...
Oh. Saya ambil gambar kumpulan kemudian kad yang menyebut nama atau minat kumpulan. Jadi tak semestinya gambar kad menampakkan moderator. Tapi nampak sikitlah kat sini, nampak kepala lutut... :]
Kumpulan "Kitab/Buku/Sastera"
Kumpulan "Keagamaan" dipimpin oleh Ustaz Amirul yang datang dari Kedah...
Kumpulan "Busana Tradisional Melayu" pula menjadi tarikan bagi ramai pelajar perempuan.
Seronok nampaknya saudara Faris (kiri) memimpin dibantu Mas Kamal.
Turut dikerumuni ramai kaum Hawa adalah Ustaz Mahyudin yang memandu kumpulan "Perubatan & Pemakanan".
Ini pula adalah kumpulan "Ketamadunan & Kerajaan"
Tinggal lagi satu kumpulan iaitu "Perkerisan & Persenjataan" yang memilih untuk duduk jauh sedikit di sebuah pondok.
Mereka dipimpin saudara Akmal Dahlan, pemilik tempat ini iaitu Ladang Alam Warisan.
Kembali ke balairong. Oh, tadi saya sebut ada 10 kumpulan kesemuanya untuk sesi berkumpulan bukan? Namun yang tersenarai dalam gambar-gambar cuma 8. Ini disebabkan saya tidak dapat mencari moderator yang sesuai untuk 2 kumpulan iaitu "Kebudayaan/Tarian/Seni Wayang" dan "Seni Ukiran/Khat". Kumpulan "Kebudayaan" biasanya dipimpin oleh kawan-kawan HIKMAH daripada golongan artis atau aktivis seni berkaitan wayang, tetapi mereka tidak muncul kali ini. Kumpulan "Ukiran" pula sebenarnya ada moderator yang sesuai tetapi beliau kembali awal kerana ada urusan.
Jam 6.35 semua peserta/hadirin diminta berkumpul kembali di situ. Kelihatan penerbit atau produser "Daulah Melayu", saudara Syahril sedang berkongsi sedikit rancangan tim atau pasukan penerbitan.
Selesai itu baru setiap kumpulan diminta memberikan rumusan maklum balas. Jika dahulu yang harus datang ke hadapan menyatakan aspirasi kumpulan adalah moderator atau wakil untuk HIKMAH, kali ini pelajar yang menjadi peserta pula diminta untuk berkata-kata.
Ini dibuat memandangkan ramai pelajar hadir. Kami mahu menggalakan mereka supaya lebih berani dan lancar bercakap, betukar-tukar fikiran dan berkomunikasi.
Dan memang program HIKMAH Seri Menanti kali ini lebih mengutamakan pelajar apa lagi ia dibuat bertindan dengan program belia yang dipanggil Konvensyen Anak Melayu.
No comments:
Post a Comment