Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.

HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.

Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


------------------------

Nota : (ditulis malam Jumaat 25 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, malam Nuzul Quran).

Adapun penulisan pengenalan di atas dibuat ketika HIKMAH sedang bersedia untuk mengadakan acara keduanya iaitu di Melaka 25 Nov 2012. Selepas itu acara ketiga telah diadakan di Lumut, Perak 27 Jan 2013, keempat di Kandis, Bachok, Kelantan 16 Mac diikuti kelima di Kuala Terengganu 5-8 Jun. Selepas acara pertama di Shah Alam 4 Nov 2012 pengasas HIKMAH iaitu saudara Radzi Sapiee bercadang cuma akan membuat satu sahaja lagi acara iaitu pada hujung tahun. Itupun untuk memenuhi janji kerana Datuk Seri Ali Rustam pernah mengisytiharkan HIKMAH Melaka sebagai acara tahunan ketika beliau masih Ketua Menteri.

Tulisan tambahan 25 Julai 2013 dibuat dalam keadaan agak mencabar, ketika acara ke-5 HIKMAH di Terengganu tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk berlangsung. Ketika itu Radzi perlu berehat menanti penyembuhan kecederaan kaki yang agak teruk akibat jatuh tergelincir 23 April. Beliau juga ingin kembali pada satu usaha penulisan buku yang tergendala setahun lalu.


Nota lagi : Ditulis selepas HIKMAH Terengganu selamat dilangsungkan 5-8 Jun...

HIKMAH Terengganu dilangsungkan dalam keadaan Radzi baru seminggu menerima pembedahan masuk besi dalam kaki sambil memperbetulkan hal pertumbuhan tulang tidak sekata yang berlaku dalam tempoh sebelum lebih sebelum itu. Selepas itu. pada kala beliau dijangka memakan masa lagi 6 minggu untuk sembuh timbul permintaan baru yang membuat beliau terasa harus memenuhinya. Ketika itu pihak kami sedang bersiap-sedia untuk mengadakan acara keenam di Shah Alam 7 September merangkap sambutan hari raya. Sambil itu ada pihak di utara meminta untuk menjadi penganjur acara ketujuh lalu kami mencadangkan agar ia dibuat minggu ketiga bulan Oktober. Pihak tersebut ingin menaja segala kos dan meminta agar ia diadakan selama 3 hari.

Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...



















Video sekitar acara sulung kami,
"Suai Kenal HIKMAH"
di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012
bersamaan 19 Zulhijjah 1433 Hijrah















Video acara lain HIKMAH boleh dilihat di sini...






Notis (dibuat 3 Disember 2015) : Mulai hari ini tak perlulah dikongsikan video juga pautan selain untuk 10 acara terawal HIKMAH. Begitu juga gambar-gambar di sidebar kanan dan senarai tajuk-tajuk pembentangan di bahagian bawah blogspot. Untuk mengikuti cerita tentang acara-acara HIKMAH selepas itu cukuplah melalui pautan sebelum paparan video atas. Kecuali kalau ada orang lain sanggup buatkan...


Wednesday, May 13, 2015

HIKMAH Chenor : Lembah Bama, amalan pejuang Pahang, dinar dirham dan pertanian fitrah




Sekitar jam 10.10 pagi, setelah melihat sudah cukup ramai hadirin, majlis pun dengam rasminya dimulakan.



Saudara Tengku Ahmad Ridhaudin sebagai wakil pihak penganjur tempatan untuk acara ke-14 HIKMAH ini memberikan sedikit kata-kata aluan juga pengenalan. Menetap di Lembah Klang, aktivis kebudayaan Melayu ini adalah orang yang bertanggungjawab membawa acara ke Chenor. Beliau memiliki ramai saudara mara di pekan kecil tepian Sungai Pahang ini.




Kata-kata aluan dan pengenalan disambung oleh bapa saudara Tengku Ahmad iaitu Tengku Hassani. Beliau yang menerajui persatuan kebudayaan tempatan yang dipanggil Warisan Chenor sudah banyak kali mengadakan acara di sekitar ini tetapi baru pertama kali terlibat dalam majlis seperti HIKMAH, baru pertama kali bersama dalam acara yang mana kebanyakan hadirin dan peserta memakai busana tradisional Melayu.




Selepas itu selesailah sesi pembukaan yang asalnya dijadualkan bermula jam 9 dan berakhir paling lambat pun jam 10. Menurut jadual atau atur cara, selepas itu adalah rehat sarapan pagi sehingga jam 10.15, kemudian bermulalah sesi pembentangan pagi membawa ke tengah hari. Oleh kerana sudah ramai bersarapan semasa menunggu majlis dimulakan, kita terus kepada pembentangan pertama. Kelihatan Dr Aminuddin Abdul Karim, seorang pakar ICT (Information Communication Technology) yang meminati sejarah sedang membuka tajuk "Lembah Bama Pusat Tamadun Melayu Silam" sekitar jam 10.40.



Kelihatan peserta/hadirin mendengar begitu santai. Suasana masjid lama yang dibuka tahun 1939 ini terasa begitu aman dan permai. Rujuk artikel Masjid Warisan (Heritage mosque of) Kampung Chenor, Pahang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Untuk pengetahuan ini adalah kali ketiga HIKMAH diadakan dalam masjid. Kali pertama adalah di Terengganu, kali kedua di Muar. Lihat artikel Acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013 diikuti Acara kesebelas HIKMAH di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Pagoh, Muar 8 Nov 2014.



Untuk acara kali ini keutamaan diberikan kepada para pembentang dari Pahang apa lagi tema atau tajuk sampingan acara adalah "Aliran Sungai Pahang". Kelihatan Aminuddin yang berasal dari Kuala Lipis bercerita tentang tamadun di Lembah Bama yang beliau percaya telah wujud seawal abad ke-5 Sebelum Masihi. Untuk pengetahuan lembah yang dimaksudkan merujuk pada satu kawasan sekitar 5 km dari Sungai Jelai, satu antara dua sungai paling utama (lagi satu adalah Sungai Tembeling) yang membentuk Sungai Pahang. Lihat artikel lama Kampung Relong di Kuala Lipis dan makam Raja Ahmad di blogspot CATATAN SI MERAH SILU



Pembentang kedua, saudara Azlan Ghanie membuka tajuk "Amalan Pejuang Pahang : Antara Silat dan Tasawuf " sekitar jam 11.20. Dikenali sebagai seorang pendita juga disebut orang sebagai seorang Profesor dan Doktor dalam bidangnya iaitu kajian persilatan, beliau tidak perlu lagi diperkenalkan dalam kalangan peminat dan pengamal ilmu persilatan tanah air. Ini kerana selain menjadi presiden Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA) dan pengasas Silat Lok 9 beliau juga pengasas dan penerbit majalah "Seni Beladiri". Atas sebab itulah saya meminta beliau untuk menangani tajuk yang agak berat ini.






Keadaan di luar masjid sambil  pembentangan berjalan...








Secara rata Azlan menyebut bagaimana amalan para pejuang Pahang dahulukala, petua-petua dan amalan yang dibuat setiap hari daripada bangun tidur sebelum Subuh sampai masuk tidur pada waktunya membina siasah dan kekuatan diri. Kemudian beliau memberikan contoh beberapa orang pejuang Pahang yang dihormati hampir ke zaman moden iaitu membawa ke tahun 1960an, antaranya Dato' Yeop Mahidin, pengasas askar Wataniah yang walaupun berasal dari Perak banyak berjasa di Pahang termasuk pernah menyelamatkan Sultan Pahang daripada serangan komunis.



Menurut Azlan ini adalah kali pertama beliau membentang atau bersyarah dalam mana-mana majlis sejak 3 tahun kebelakangan. Atas sebab tertentu beliau terasa malas hendak bercakap kecuali untuk merasmikan majlis atau memberikan kata-kata aluan. Nampaknya anak kelahiran Pekan, Pahang yang saya difahamkan berketurunan bangsawan daripada Sarawak ini merasa terpanggil untuk berkongsi ilmu pada majlis HIKMAH di Chenor. Saya difahamkan kedatangan beliau turut mewakili tokoh budayawan terkenal Pahang, Dato' Aripin Said yang tidak dapat bersama kerana ada komitmen di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi tengah hari itu. Beliau juga sedikit sebanyak mewakili Dato Seri Wan Wahid, timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang juga Orang Kaya Indera Pahlawan Chenor yang telah diundang ke majli tetapi juga tidak dapat datang kerana ada komitmen lain.



Pembentang ketiga Kapten (B) Haji Awwaluddin membuka tajuk "Pertanian Fitrah" sekitar 12 tengah hari.








Bekas pegawai TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) ini berasal dari Negeri Sembilan tetapi boleh dikira sudah menjadi menjadi orang Pahang kerana sering menetap di kampung Janda Baik, dalam daerah Bentong. Di situ beliau mengusahakan tanaman termasuk padi menggunakan konsep alami iaitu pertanian fitrah. Beliau menerangkan bagaimana ini boleh dilakukan apabila kita faham kitaran penggunaan alam semulajadi oleh makhluk ciptaan Tuhan, misalnya cacing dalam tanah yang boleh menyebabkan kawasan jadi subur akibat aktiviti kebiasaannya membina terowong serupa dengan proses pembajakan yang memberikan 'nafas' kepada tanah.



Pembentangan "Pertanian Fitrah" sebenarnya adalah sebahagian daripada tajuk lebih besar "Dinar Dirham dan Pertanian Fitrah". Awwaluddin juga adalah seorang aktivis penggunaan dinar dan dirham lalu memiliki seorang anak murid bernama Ahmad Afifi Sulaiman. Afifi ini yang menghubungi saya sebulan lalu menawarkan diri untuk membentang. Seminggu lepas baru saya tahu Awwaluddin akan turut membentang. Ke saya terlupa Afifi ada memberitahu? Yang pasti, pada mulanya saya ingat beliau akan membentang berseorangan.  

Setelah mendapat tahu dua orang akan membentang tajuk besar yang dipecahkan menjadi dua bahagian, saya fikir Afifi akan memulakan, baru Awwaluddin. Tengok-tengok Afifi membentang kemudian menggunakan sepanduk maklumat berkenaan untuk membantu penerangan.











Masuk sesi soal jawab, seorang hamba Allah yang dipanggil Dato' Ismail tolong menjawab satu soalan. Beliau datang bersama Afifi dan Awwaluddin ke majlis ini. Kami dimaklumkan Ismail pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan negeri Pahang. Oh, untuk majlis ini soal jawab diadakan selepas setiap pembentangan.




Masuk sahaja waktu Zuhur sesi pembentangan pun ditamatkan Kelihatan suasan di luar sementara menunggu orang ramai bersiap sedia untuk solat berjemaah...








Solat...




Makan tengah hari dan rehat...


No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.