Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.

HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.

Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


------------------------

Nota : (ditulis malam Jumaat 25 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, malam Nuzul Quran).

Adapun penulisan pengenalan di atas dibuat ketika HIKMAH sedang bersedia untuk mengadakan acara keduanya iaitu di Melaka 25 Nov 2012. Selepas itu acara ketiga telah diadakan di Lumut, Perak 27 Jan 2013, keempat di Kandis, Bachok, Kelantan 16 Mac diikuti kelima di Kuala Terengganu 5-8 Jun. Selepas acara pertama di Shah Alam 4 Nov 2012 pengasas HIKMAH iaitu saudara Radzi Sapiee bercadang cuma akan membuat satu sahaja lagi acara iaitu pada hujung tahun. Itupun untuk memenuhi janji kerana Datuk Seri Ali Rustam pernah mengisytiharkan HIKMAH Melaka sebagai acara tahunan ketika beliau masih Ketua Menteri.

Tulisan tambahan 25 Julai 2013 dibuat dalam keadaan agak mencabar, ketika acara ke-5 HIKMAH di Terengganu tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk berlangsung. Ketika itu Radzi perlu berehat menanti penyembuhan kecederaan kaki yang agak teruk akibat jatuh tergelincir 23 April. Beliau juga ingin kembali pada satu usaha penulisan buku yang tergendala setahun lalu.


Nota lagi : Ditulis selepas HIKMAH Terengganu selamat dilangsungkan 5-8 Jun...

HIKMAH Terengganu dilangsungkan dalam keadaan Radzi baru seminggu menerima pembedahan masuk besi dalam kaki sambil memperbetulkan hal pertumbuhan tulang tidak sekata yang berlaku dalam tempoh sebelum lebih sebelum itu. Selepas itu. pada kala beliau dijangka memakan masa lagi 6 minggu untuk sembuh timbul permintaan baru yang membuat beliau terasa harus memenuhinya. Ketika itu pihak kami sedang bersiap-sedia untuk mengadakan acara keenam di Shah Alam 7 September merangkap sambutan hari raya. Sambil itu ada pihak di utara meminta untuk menjadi penganjur acara ketujuh lalu kami mencadangkan agar ia dibuat minggu ketiga bulan Oktober. Pihak tersebut ingin menaja segala kos dan meminta agar ia diadakan selama 3 hari.

Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...



















Video sekitar acara sulung kami,
"Suai Kenal HIKMAH"
di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012
bersamaan 19 Zulhijjah 1433 Hijrah















Video acara lain HIKMAH boleh dilihat di sini...






Notis (dibuat 3 Disember 2015) : Mulai hari ini tak perlulah dikongsikan video juga pautan selain untuk 10 acara terawal HIKMAH. Begitu juga gambar-gambar di sidebar kanan dan senarai tajuk-tajuk pembentangan di bahagian bawah blogspot. Untuk mengikuti cerita tentang acara-acara HIKMAH selepas itu cukuplah melalui pautan sebelum paparan video atas. Kecuali kalau ada orang lain sanggup buatkan...


Wednesday, September 7, 2016

Perkembangan dan pengisian ilmu untuk HIKMAH Seremban 17 September


Gambar hiasan - Daripada acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 November 2012...


Salam semua. Sudah lebih 3 minggu saya tidak mengemaskinikan blogspot ini iaitu setelah membuat artikel Meninjau lokasi acara ke-17 HIKMAH di Seremban pada 16 Ogos. Kini tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum acara ke-17 HIKMAH dijadualkan berlangsung di Seremban 17 September. Maka biar dikongsikan sedikit perkembangan yang sebenarnya telah diletakkan di Facebook antara 16 Ogos hingga kini. Saya copy paste  updates berkenaan dengan sedikit ulasan pengenalan ya...




Kelihatan di atas satu gambar hiasan yang digunakan berserta update tentang HIKMAH Seremban yang dibuat pada 24 Ogos. Gambar ini katanya menunjukkan keadaan Kota Melaka ketika diserang Portugis tahun 1511. Berikut adalah kata-kata yang disertakan dengan gambar...



PENGISIAN UNTUK ACARA KE-17 HIKMAH DI SEREMBAN 17 SEPT 2016

Salam semua. Adapun sejak membuka event page acara ke-17 HIKMAH iaitu pada 12 Ogos 12 hari lalu saya belum berkongsi apa2 perkembangan kerana disibukkan dengan pelbagai perkara. Malam ini 24 Ogos yang saya lihat bersamaan 21 Zulkaedah baru timbul gerak yang cukup mantap untuk dikongsikan. Dengan ini biar diwar2kan, untuk majlis ini kami bercadang untuk memperkenalkan 6 buah topik ilmu. Seperti biasa pada setiap acara HIKMAH setiap satu akan ditangani oleh mereka yang cukup berpengetahuan. Untuk majlis kali ini mereka diberi sehingga sejam seorang untuk membentang.

Buat masa ini biarlah disebut 6 topik itu akan bersekitar pada 6 perkara ini :-

1. Menggali kehebatan sebenar Kota Melaka semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan satu usaha ekskavasi yang sedang berlangsung di Bukit St Paul/Bukit Melaka

2. Teknologi Alam Melayu berdasarkan kajian2 lapangan di merata lokasi di Alam Melayu/Nusantara ini

3. Hubungan sebenar Nabi Adam AS dengan orang Melayu purba yang menurut kajian DNA sudah wujud seawal 60,000 tahun lalu

4. Ulamak dan persilatan dalam sejarah Alam Melayu iaitu ulamak2 yang turut mengamalkan silat dalam kehidupan seharian mereka

5. Dalil-dalil bertanjak dalam Islam, sanad serban dan imamah, amalan melangir keris, dan berapa hal lain mengenai Melayu dan Islam

6. Tentang dinar dan dirham berlatarbelakangkan persaingan sengit antara pengaruh blok Amerika dengan pengaruh blok China 


Atur cara ringkas majlis adalah seperti berikut :-

Sabtu 17 September 2016 


8 - 9 : Kedatangan tetamu dan peserta

9 - 9.30 - Pembukaan – Ucapan-ucapan aluan dan sebagainya

9.30-11.30: Sesi pembentangan pagi

11.30 – 1.30 : Sesi pembentangan tengah hari

1.30-2.30 - Rehat makan tengah hari/Zohor

2.30 - 4.30 : Sesi pembentangan petang

4.30-5 : Rehat minum petang/Asar

5 : Sesi perbincangan berkumpulan diikuti taklimat penutup


Seperti biasa pada mana2 acara HIKMAH majlis adalah terbuka dan percuma kepada semua yang sayangkan Melayu dan Islam. Makan minum disediakan secara percuma oleh pihak kami. Cuma diharap dapat datang berbusana tradisional Melayu penuh, bersampin, bertanjak dan berkeris. Paling kurang pun berbaju Melayu, bersampin, bersongkok. Sila nyatakan kedatangan dengan cara mengklik going pada event page HIKMAH 17 agar mudah kami membuat persediaan yang patut. Page boleh diakses melalui pautanhttps://www.facebook.com/events/1762124504056183/?active_tab=posts




Gambar hiasan - daripada artikel Cadangan 3 acara HIKMAH sebelum tamat tahun 2016...


Berikutnya saya telah membuat satu update tentang rancangan mengadakan satu acara HIKMAH pada penghujung tahun di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Update dibuat pada 26 Ogos. Walaupun ia bukan berkenaan HIKMAH Seremban ia penting sebagai satu rantaian atau rentetan peristiwa yang berkaitan.


HIKMAH DI BUKIT TINGGI 11 DISEMBER INSYAALLAH - BERMALAM KITA DI KAWASAN PERGUNUNGAN LAGI

Salam pagi Jumaat. Merujuk pada artikel yang dipautkan, artikel yang dipersembahkan dalam blogspot HIKMAH 10 hari lalu. Saya ada menyebut mahu mengadakan satu acara HIKMAH di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang pada penghujung tahun ini. Semalam, malam Jumaat, saya, isteri dan anak2 telah bermalam di lokasi cadangan itu. Tuan punya tempat telah bersetuju dengan cadangan bahawa acara diadakan pada hari Ahad 11 Disember.

Adapun tarikh itu adalah hari keputeraan Sultan Selangor, maka orang Selangor harus dapat cuti tambahan nanti. Saya lihat kalendar juga menunjukkan esoknya Isnin 12 Disember adalah bersamaan 12 Rabiulawal 1438 Hijriah. Maka saya cadangkan agar pagi itu dibuat sambutan Maulud sekali.

Memandangkan lokasi ini agak terpencil kerana terletak di atas kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa dan ia memiliki sejumlah rumah2 kecil seperti chalet juga dormitory atau asrama yang boleh menempatkan ramai orang biarlah peserta boleh bermalam sambil menikmati suasana. Hal ini lebih kurang sama seperti pada acara ke-16 HIKMAH yang diadakan di Janda Baik, masih dalam kawasan pergunungan yang sama tapi berjarak sekitar 20-30 km ke arah lain. Cuma lokasi di Bukit Tinggi ini lebih terpencil dan terasing daripada orang lain. Anggaplah ini peluang untuk beruzlah bersama mereka yang sealiran arah perjuangan hidup selain menimba ilmu dan bersilaturrahim seperti pada mana2 acara HIKMAH.

Maka itu saya cadangkan acara diadakan begini...

Petang Sabtu 10 Disember 2016 ; Peserta dah boleh mula masuk untuk bermukim. Malamnya diadakan tahlil arwah terutama untuk seorang sahabat baik kita, seorang penyokong tegar HIKMAH yang telah kembali ke rahmatullah sekitar 3 minggu lalu. Untuk makluman lokasi ini adalah milik kakak beliau. Memang sesuailah diadakan tahlil arwah untuk sahabat kita ini selain diniatkan kepada semua saudara mara/kenalan kita yang sudah pergi.

Ahad 11 Disember pagi hingga petang - Acara ilmu HIKMAH berjalan seperti biasa

Isnin 12 Disember pagi - Sambutan Maulidur Rasul.

Cadangan ini telah dipersetujui oleh tuan rumah. Peserta boleh bermalam dan menginap secara percuma di lokasi sepanjang tempoh tersebut. Sekian buat masa ini.


Setelah itu saya harus keluar berkelana ke Pantai Timur untuk menadah ilmu di sebuah sekolah pondok di Tumpat, Kelantan... kemudian menghadiri majlis hol almarhum Tokku Paloh, wali besar Terengganu abad ke-19 Masihi pada 3 September iaitu Sabtu lepas. Sebelum bertolak keluar hari Selasa 30 Ogos saya telah membuat update berikut...


MEMOHON BANTUAN UNTUK HIKMAH SEREMBAN

Salam. Sebelum berlepas untuk keluar berkelana lagi, kali ini ke Pantai Timur buat beberapa hari ini ingin saya meninggalkan pesan daripada penganjur bersama acara ke-17 HIKMAH di Seremban pada 17 September nanti iaitu Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara. Adapun segala keperluan logistik majlis termasuk makan minum percuma untuk peserta akan disediakan oleh pihak mereka. Pihak saya bertanggungjawab untuk mengatur pengisian ilmu. Oleh itu mereka mendambakan sedikit bantuan samada dalam bentuk kewangan mahupun tulang empat kerat untuk menjayakan majlis. Harap ada yang dapat memberikan sumbangan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pengarah maktab Ustaz Hasanuddin Yusof� melalui FB beliau seperti di bawah...




Saya selamat kembali ke rumah lewat petang Isnin 5 September. Perkelanaan menuntut ilmu selain melihat pelbagai perkara itu memakan masa 7 hari 6 malam, 3 malam di Kelantan, 2 malam di Terengganu dan 1 malam di Pahang. Hal ini dinyatakan dalam update yang dibuat pada malam selepas kembali seperti berikut...





UZLAH DI PANTAI TIMUR

Salam semua. Sukacita dimaklumkan saya dan keluarga baru selamat kembali daripada satu perjalanan di Pantai Timur. Perjalanan dimulakan tengahari Selasa minggu lepas apabila saya bertolak bersama seorang sahabat dan 2 orang anaknya menuju ke Tumpat, Kelantan untuk mengutip ilmu daripada seorang sheikh di sekolah pondok. Kami berada di sana 3 hari 3 malam dengan disertai beberapa orang lagi sahabat aktivis kedaulatan Melayu dan Islam, semuanya pernah menyertai majlis2 HIKMAH.

Tengah hari Jumaat saya dan sahabat yang mula2 bersama itu bertolak pula ke Kuala Terengganu untuk menyertai majlis hol almarhum Tokku Paloh dan Tokku Tuan Besar hari Sabtu. Isteri2 kami juga 2 orang anak saya turut menyertai majlis apabila bertolak dari Kuala Lumpur ke KT petang Jumaat. Kami berada di sana 2 malam sebelum bertolak ke Kemaman di mana kami berpecah haluan. Semalam saya dan keluarga bermalam di Kuantan sebelum singgah di Temerloh, tengah hari tadi, petang baru bertolak kembali ke rumah.

Sepanjang tempoh perjalanan iaitu sejak Selasa minggu lepas saya tidak ada akses malah tidak menggunakan Whatsapp, Facebook mahupun Internet. Oleh itu maafkan saya kerana tidak dapat dihubungi atau tidak tahu apa2 perkembangan terbaru mahupun berkongsi apa2 cerita termasuk perkembangan terkini penganjuran acara ke-17 HIKMAH yang dijadualkan akan berlangsung di Seremban 17 Sept ini. Sekarang baru saya nak semak balik apa2 yang tertinggal. Apabila ada kelapangan nanti insyaallah saya akan kongsikan cerita perjalanan 7 hari 6 malam di Pantai Timur ini dalam blogspot. Buat masa ini cukuplah disajikan gambar bawah. Ia menunjukkan koleksi terbaru ukiran2 kayu yang baru diperolehi di Pahang tengah hari tadi.



Setelah selesai menyemak segala komunikasi melalui Internet yang saya tertinggal sepanjang tempoh perjalanan tersebut saya dapati ada sahabat bertanya apakah acara di Seremban itu jadi atau tidak. Ini memandangkan saya telah menyepikan diri tanpa berita selama seminggu sedangkan tarikh acara berlangsung sudah begitu dekat. Saya pun membuat update berikut lewat malam semalam...


TAJUK2 PEMBENTANGAN UNTUK ACARA KE-17 HIKMAH DI SEREMBAN 17 SEPT

Salam semua. Baru2 ini ada sahabat menghantar Whatsapp bertanyakan apakah acara ke-17 HIKMAH di Seremban yang dijadualkan berlangsung 17 Sept jadi atau bagaimana. Beliau bertanyakan ini kerana mendapati saya telah seminggu menyepi tanpa berita. Sebenarnya saya pergi keluar berkelana menimba ilmu di Pantai Timur selama 7 hari 6 malam. Dalam tempoh itu saya tidak menggunakan Whatsapp, Facebook malah Internet lalu memang tidak dapat dihubungi, tidak tahu apa2 perkembangan atau berkongsikan apa2 cerita terkini termasuk tentang HIKMAH.

Petang semalam saya sudah selamat kembali ke rumah di Rawang lalu mula menelaah apa2 perkembangan yang saya tertinggal di Intenet seminggu kebelakangan.Dua minggu lalu saya ada membuat posting ,memberikan gambaran tentang 6 topik atau tajuk yang mahu dipersembahkan pada HIKMAH Seremban. Malam ini biar dinyatakan tajuk2 tentatif berserta senarai pembentang.


1. Menggali Kehebatan Sebenar Kota Melaka semasa Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka - En. Nurman bin Mohd Baroldin, Kurator, Perbadanan Muzium Melaka 

2. Red Indian telah DiIslamkan lebih 1,000 Tahun Lalu : Jejak Lama Pendakwah Islam juga Orang Melayu di Amerika – Ustaz Hasanuddin Yusof, pengasas Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, penulis buku “Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara” 

3. Nabi Adam AS dan Orang Melayu purba 60,000 Tahun yang Lampau : Menyeleraskan Tempoh Kewujudan Manusia Dalam Sains Berbanding Kitab - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”.

4. Ulamak dan Persilatan dalam Sejarah Alam Melayu - Tun Suzana Othman, pengasas dan pengerusi Kemudi (Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) juga penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu” 

5. Dalil-dalil Bertanjak dalam Islam, Sanad Serban dan Imamah serta beberapa Hal tentang Melayu dan Islam dalam Kitab – Wan Ahmad Faris, aktivis busana Melayu daripada PERDAM, Persatuan Destar Alam Melayu 

6. Dinar dan Dirham : Perkembangan Terbaru dalam keadaan Malaysia Tersepit antara Pengaruh Blok Amerika dengan Pengaruh blok China - Norbaini Hassan, jururunding kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham


Nota :Gambar hiasan adalah daripada acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 Nov 2012. Semoga ini cukup menarik untuk kawan2. Sila nyatakan kedatangan pada event page HIKMAH Seremban... masuk melalui pautanhttps://www.facebook.com/events/1762124504056183/

Adapun gambar yang dimaksudkan adalah gambar yang mula-mula diletakkan pada artikel ini iaitu gambar paling atas. Dengan ini cukuplah dikongsikan sedikit perkembangan melibatkan acara ke-17 HIKMAH di Seremban dalam tempoh sekitar 3 minggu kebelakangan. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-252 di blogspot ini. Pada masa ini saya lihat tidak perlu lagi dikongsikan apa-apa perkembangan kecuali mungkin untuk menyatakan lokasi tepat acara menggunakan Google Map dan sebagainya juga persiapan-persiapan akhir nanti. Sekian buat masa ini.


No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.