Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...






















Friday, October 4, 2013

Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg Akhir

Bersambung dari Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg II. Untuk pengetahuan artikel ini dan dua sebelumnya diambil daripada blogspot OsmanliNusantara. Untuk melihatnya sila klik sini.


-------------



BismillahirRahmanirRahim
kedatangan
ISLAM MEMBASMI KEPERCAYAAN KARUT MASYARAKAT MELAYU
Kedatangan Islam ke Nusantara yang dibawa oleh para Sufi dari kerajaan Uthmaniyyah telah berjaya membasmi kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Walau pada mulanya berat untuk meninggalkan segala amalan kuno mereka, namun berkad kegigihan mereka untuk meningkatkan ketaqwaan diri, akhirnya mereka meninggalkan jua segala amalan jahilliyah dan kepercayaan karut seperti pemujaan dewa dan patung-patung.
Adalah mudah bagi orang-orang melayu untuk menerima Islam  kerana masyarakat Melayu pada masa itu sangat memandang tinggi kedudukan Sultan kerana dianggap mempunyai daulat dan sesiapa yang derhaka akan dapat nasib yang buruk. Orang melayu hanya berubah secara besar-besaran apabila Raja-rajanya berubah. Contohnya apabila Raja memeluk Islam keseluruhan rakyat akan mengikutinya. Kelebihannya walaupun 500 tahun dijajah Kristian, orang Melayu kekal Islam. Tidak seperti di Filipina atau Indonesia.
Hadith Nabi bermaksud “Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agama pemimpin mereka”.  Ulama-ulama sufi yang dikirim oleh Sultan Uthmaniyyah ke tanah melayu ini, dengan kebolehan masing-masing menyampaikan dakwah Islam kepada raja-raja yang memerintah ketika itu sehingga mereka menjadi peneraju perubahan dan hampir seluruh keturunan mereka memeluk Islam. Dakwah Islamiyah berkembang hasil usaha mereka juga.
ANTARA BUKTI HUBUNGAN ERAT KHALIFAH UTHMANIYYAH DAN SULTAN MELAYU
  • ·Persamaan antara Bendera Khilafah & Bendera Alam Melayu Bendera Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
ottoman flag
Bendera Uthmaniyyah
Acheh flag  bendera Negeri Johor Darul Takzim Kelantan  Selangor Trengganu
  • ·Kerajaan Hindu Lenyap dengan Bantuan Khilafah
  • 1471 : Sultan Mahmud II (Khilafah Uthmaniyah) ikat perjanjian dengan Sultan Mansur Shah. Khilafah bantu Melaka dengan senjata dan askar. Melaka jadi pusat Dakwah
  • 1519, Portugis di Melaka cemas dengar ura-ura tentang kiriman armada Khilafah     Uhtmaniyah bantu Muslim di Melaka
  •   Nenek moyang para sultan Acheh adalah orang Arab yang dikirim oleh Khilafah Uthmaniyah untuk sebar Islam di Acheh
  • 1530, Sultan Al-Qahhar (Acheh) dapat bantuan Khilafah Uthmaniyah
meriam secupak lada dari Uthmaniyyah
Meriam secupak lada dari Uthmaniyyah
  • 1564 Khilafah beri Acheh 500 meriam. Teknologi meriam Khilafah adalah yang tercanggih di dunia.
  • Acheh serang Portugis di Melaka 6 kali dengan bantuan Khilafah Uthmaniyah iaitu pada 1537, 1539, 1547, 1568, 1573 dan 1575.  Portugis berjaya disekat dari jajah Acheh dan wilayah lain.
  •  Hubungan akrab di antara Acheh dan Khilafah Uhmaniyah pertahankan kemerdekaan Acheh selama lebih 300 tahun.
  • Raja Ali Kelana (Mufti Johor) Menghubungkan Alam Melayu dengan Khilafah
  • 1879 : Lawatan pertama Sultan Abu Bakar (Johor) ke Istanbul
  • Sultan Abdul Hamid (Khalifah Uthmaniyah) kurniakan dua wanita Turki, Khadijah Hanim untuk nikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqayah Hanim untuk nikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar). Ruqayah adalah ibu kepada Dato Onn bin Jaafar.
  • 1894: kapal perang Khilafah ‘Attughrul’ datang ke Johor dan pegawainya dirai oleh Sultan Abu Bakar.
  • 1895: Ketika Sultan Ibrahim perintah Johor, dikeluarkan perintah kepada jabatan agama Johor supaya diseru nama Sultan Ibrahim dalam khutbah beriring dengan nama Khalifah Uthmaniyah.
  • Undang-undang Khilafah diterimapakai sebagai undang-undang kewangan di Johor sejak 1893 lagi.
  • 1890an – 1908: Usaha Khilafah Untuk Selamatkan Kelantan, Terengganu, Patani & Kemboja
  • 1750an : Khilafah Uthmaniyyah melantik Sheyh Daud Abdullah al-Fatani dari Gerisik Pattani menjadi Sheykh Haji dan merupakan orang melayu yang pertama memegang jawatan tersebut.
Kesimpulannya, hubungan Uthmaniyyah-Melayu bukanlah satu ikatan yang lemah; sebaliknya ia adalah hubungan yang sangat kuat berakar umbi di antara satu sama lain dalam bidang agama, kebudayaan dan juga hubungan kekeluargaan. Walaupun jarak memisahkan kedua-duanya, mereka bersatu dengan nilai-nilai Islam yang dikongsi bersama.
Kebenaran ini tidak dapat diselindung untuk selamanya. Kini ahli-ahli sejarahwan telah menemui ribuan surat yang dikirimkan kepada Khalifah Uthmaniyah dari raja-raja Melayu. Segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip, tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda.
Soalannya, mengapakah semua ini harus disembunyikan dari pengetahuan umum?
Itulah muslihat musuh-musuh Islam yang sedang berusaha sedaya upaya untuk memecah belahkan umat Islam.
HojaEffendi (13)
USAHA MUSUH-MUSUH ISLAM UNTUK MEMECAH BELAHKAN UMAT ISLAM
Apabila Barat sampai ke Timur berlakulah pertembungan di antara berbagai-bagai tamadun yang telah bertapak di sana dengan yang Barat. Hasil pertembungan itu tamadun Timur secara perlahan-lahan telah dipengaruhi oleh kesan tamadun Barat yang lebih moden dan lebih dinamik. Bidang pendidikan mula disusun mengikut garispandu Barat. Begitu juga media massa mencontohi model Barat. Bahkan, kota raya dan industri menyerupai yang terdapat di Barat berbanding dengan bandar tradisional yang terdapat di Timur.
Golongan intelek pergi ke Barat untuk menimba ilmu dan mereka yang mengaji di tanah air pula meneruskan pengajian di universiti yang bercorakkan seperti yang terdapat di Barat. Struktur masyarakat Timur mula berubah dan perubahan itu pula sentiasa ke arah stuktur masyarakat moden-Barat iaitu melalui pengaruh moden. Pengalaman Barat, prinsip kehidupan Barat, sejarah Barat, pendidikan Barat dan sekurang-kurangnya kemahiran Barat dianggap perlu untuk menjalankan kehendak penjajah dengan cekap. Orang-orang Muslim mula kagum dengan gaya hidup orang-orang barat sehingga hendak meniru mereka dalam segala aspek kehidupan.
Mereka mula memisahkan agama dari kehidupan ini di mana manusia adalah bebas dari asuhan agama dan ketetapan dari Yang Maha Kuasa.  Inilah antara konsep sekularisme dimana kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama atau kepercayaan agama. Konsep yang manganjur manusia untuk tidak melibatkan Allah dalam kehidupan seharian kerana ia akan mengganggu perjalanan hidup mereka.
Sekularisme kini telah menjadi bahagian dari anggota atau bahkan menjadi tubuh badan umat islam. Akibatnya, Islam masa kini dipersenda dan dihina hampir setiap hari dan setiap masa. Di merata-rata dunia, maruah umat Islam semakin tercabar dan terluka. Sudah tidak terhitung rasanya penghinaan yang dilakukan oleh golongan kuffar ke atas agama Allah. Mereka semakin berani menghina Rasulullah (sws) secara terang-terangan.
umat islam mengikuti langkah yahudi & nasrani
UMAT ISLAM MENGINGKARI PEMERINTAHAN KHALIFAH
Maruah umat Islam telah dihumban ke tahap yang paling rendah. Puncanya terletak di bahu kita, kaum muslimin yang telah mengingkari pemerintahan Khalifah. Seratus tahun yang lalu, umat Islam telah bersatu hati dalam membubarkan Sistem Khilafah Islamiah. Ini merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh pihak kuffar demi untuk meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.
Umat Islam masa kini menyokong terus sistem demokrasi. Di bawah sistem demokrasi, punca kuasa terakhir terletak di tangan rakyat. Kuasa menggubal undang-undang, struktur kerajaan dan kuasa pemerintahan berada di tangan rakyat. Mereka inilah yang menentukan siapa yang akan memegang tampuk kuasa kerajaan. Mereka merasa bangga kerana diberi kuasa untuk melantik pemimpin masing-masing dan mereka inilah golongan yang menentang sebarang usaha untuk mendirikan Daula Khilafah bagi mengembalikan kemuliaan dan kekuatan Islam.
Kaum Muslimin menyokong sistem demokrasi, nasionalisme dan sekularisme. Mereka semakin tenggelam dalam suasana hidup yang tidak berpedoman dan maka selama itulah agama suci kita ini akan terus dihina oleh musuh Allah tanpa pembelaan. Sheytan tidak ingin melihat hamba-hamba Allah (s.w.t) menjadi Jemaat yang bersatu. Dia akan sentiasa berusaha mencari jalan untuk memisahkan manusia, memecah belahkan manusia sebagai puak-puak yang berjauhan dan bermusuhan sesama mereka. Dengan cara ini, amat mudah bagi sheytan untuk menguasai manusia. Dan dalam abad ke-21 ini, sheytan telah melakukan tugas yang yang terbaik dalam mencapai matalmatnya yang terunggul itu.
Nabi Muhammad (s.a.w) pernah berkata, ‘ kejahilan yang berlaku di akhir zaman adalah jauh lebih buruk jika dibandingkan dengan kejahilan yang berlaku pada zaman jahiliya yang pertama.’
Kit harus berpatah balik untuk mencari jalan keredhaan Illahi. Ya, sesungguhnya racun-racun berbisa yang membinasakan dan menghancurkan kekuatan kaum Muslimin serta melemahkan gerak mereka bukan hanya orang-orang kafir yang berkumpul untuk membuat fitnah terhadap Islam. Akan tetapi kuman-kuman yang menyelinap didalam tubuh kaum muslimin yang lambat tapi pasti itu merupakan penyimpangan golongan para ilmuwan Islam yang selalu membuat kabur Sunnah Rasulullah sws.
PENYIMPANGAN PARA ILMUWAN DAN CENDEKIAWAN ISLAM DI AKHIR ZAMAN
fitnah akhir zaman- ilmuwan
Terdapat sebuah hadis yang menyebutkan tentang persoalan fitnah di akhir zaman. Rasulullah (sws), pernah mengingatkan umatnya bahawa para-para ilmuwan dan cendekiawan Islam di akhir zaman akan mewujudkan pelbagai fitnah dan kekeliruan dikalangan umat Islam. Fitnah ini akan tersebar luas ke seluruh lapisan masyarakat. Ia akan berligar-ligar mengelilingi seluruh pelusuk dunia dan akhirnya ia akan kembali semula pada asasnya, iaitu di atas kepala para ulama yang bertanggungjawab itu. Mereka tidak akan dapat melarikan diri dari bebanan besar yang sedang menanti untuk dihumbankan ke atas diri mereka, dan akhirnya mereka akan tenggelam bersama dengan fitnah-fitnah rekaan mereka sendiri.
Belum pernah Allah menciptakan sesuatu makhluk yang lebih dashyat daripada mereka yang bergelar ulama, para ilmuwan dan cendekiawan Islam. Dan adalah amat membimbangkan apabila kita melihat bahawa di kalangan ummat ini, terdapat terlalu ramai yang hanya kerana mereka tahu membaca dan menulis, mereka menyimpan hasrat untuk menjadi salah seorang daripada ulama dan cendekiawan Islam yang terkemuka.
Ketahuilah bahawa gelaran ulama itu tidak memberi jaminan bahawa kamu itu adalah seorang Mukmin yang baik. Gelaran itu hanya dapat membuktikan bahwa kamu itu pandai membaca dan menulis. Itu sahaja. Keempat-empat Imam Besar dalam Islam iaitu 4 mazhab dalam Islam; Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Hambali dan Imam Hanafi telah berulangkali mengatakan, ‘jika tidak kerana masa beberapa tahun yang telah kami luangkan untuk menerima asuhan daripada Ahli Tarikat, Ahli Tasawwuf, maka kehidupan kami pasti akan ditimpa musibah dan bala bencana.’
Inilah diantara tanda-tanda Akhir Zaman,  zaman yang dipenuhi dengan kontroversi dan kekeliruan. Perpecahan dan kekeliruan, bukan penyatuan dan perpaduan. Kerana semua orang berkata, ‘Akulah yang terbaik. Akulah yang betul. Aku tahu menulis dan membaca. Aku sedang membimbing diri ini ke jalan yang benar, jalan menuju kepada Allah.’
FITNAH TERHADAP UTHMANIYYAH
kalimah AllahBodoh dan sombong. Begitulah keadaannya dengan jenis makhluk hina yang tercipta dari Ummat ini. Terdapat begitu banyak kumpulan-kumpulan yang wujud di Akhir Zaman ini yang mempunyai agenda untuk menyebarkan kekeliruan di kalangan umat Islam.  Di antara kekeliruan dan fitnah terbesar yang sedang giat ditabur di sana sini adalah yang bersangkutan dengan  Uthmaniyyah. Ya, Uthmaniyyah yang kami sanjung dan junjung tinggi.
Di sebalik pencapaian hebat lagi menyerlah yang wujud pada zaman kesultanan Uthmaniyyah, terdapat pula kata-kata sumbang yang mempertikaikan pejuangan para Khalifah Islam itu.
Segala fitnah dan tomah ini sengaja direka oleh jenis makhluk dashyat yang belum pernah dicipta Allah swt di bawah Kubah-Nya. Mereka yang dimaksudkan itu adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu para ilmuwan dan para cendekiawan Islam sendiri. Fitnah-fitnah sengaja direka oleh golongan yang jahil ini dengan tujuan untuk menimbulkan konflik dan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam tentang kekhalifahan Uthmaniyyah.
Sungguh berani mereka membangkitkan fitnah dan kebencian terhadap para kekasih Allah. Ya, baru-baru ini kedengaran kata-kata sumbang yang lahir dari salah seorang ilmuwan Islam yang amat berpengaruh. Beliau mempunyai ramai pengikut dan menjadi sumber inspirasi dan inovasi bagi generasi terkini termasuk di daerah Nusantara ini.
Beberapa bulan yang lalu, beliau telah diwawancara dalam sebuah segmen di radio/internet. Sepanjang sesi temubual itu, beliau yang menggelarkan diri sebagai seorang Sheykh. Tetapi anehnya, beliau tidak menampil kehadapan dengan nilai-nilai keIslaman. Mengapa harus menyembunyikan identiti keIslaman kamu? Apakah maksud yang tersirat disebalik kepura-puraan itu? Apakah mesej yang ingin disampaikan?
Sememangnya jika dilihat pada keadaan umat Islam masa kini, jelas ternyata bahawa identiti keIslaman semakin menipis terutamanya di kalangan generasi muda. Maka sebagai seorang ahli agama yang mempunyai impak kepada masyarakat, bukankah lebih wajar jika kamu  menampil kehadapan dengan nilai-nilai keIslaman mentelah lagi jika berada di persekitaran di mana harus berhadapan dengan orang-orang kafir.
PENYIMPANGAN ILMUWAN ISLAM
Malangnya ini tidak berlaku. Golongan cendekiawan dan ilmuwan Islam ini hanya pandai bermain kata, fasih berbicara dan berdebat, ibarat tong kosong berbunyi nyaring.
Fokus temu bual itu tertumpu kepada topik yang bersangkutan dengan kerajaan Uthmaniyya. Di sini, beliau mula mengatakan bahawa dunia Islam telah membuat satu kesilapan yang teramat besar. Beliau mengemukakan sebuah hadis dimana Rasulullah (asws) pernah membayangkan khabar gembira, iaitu ketika memimpin Perang Khandak bahawa suatu ketika nanti, Konstantinopel akan dibuka oleh umat Islam. Sabda baginda, “Sesungguhnya Kostantinopel itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.”
Dengan penuh yakinnya beliau berkata bahawa dalam hadis Rasulullah mengenai penaklukan Konstantinopel, Raja yang dimaksudkan itu bukanlah Sultan Mehmet Fatih. Dan sepanjang 700 tahun ini, Dunia Islam telah membuat satu kesilapan dalam memikirkan bahawa ia adalah Sultan Mehmet Fatih. Semua para alim ulama, para wali-wali Allah, para shuhada’ dan para salihin di sepanjang 700 tahun ini telah terkeliru.
Beliau mengatakan lagi bahawa perlantikan tersebut adalah satu konsensus, konsensus dari seluruh dunia Islam. Dan beliau begitu meyakini bahawa penaklukan Istanbul adalah salah satu daripada perbuatan yang paling memalukan yang pernah dilakukan oleh umat Islam. Pelbagai lagi tuduhan dan fitnah yang telah beliau lemparkan kepada kedaulatan Uthmaniyyah.
Inilah akibatnya jika kita terlalu bermegah dengan ilmu yang didapati daripada pembacaan buku di sana sini. Itulah yang berlaku keatas dirinya. Hasil daripada pembacaan meluas dari sumber-sumber yang berbeza, beliau menjadi keliru dan mula mencampur adukkan setiap yang dipelajarinya itu dan mengatakan bahawa itulah ilmu akhir zaman. Oh..tidak…tidak..tidak. Tidak semudah itu. Untuk memiliki ilmu Akhir Zaman, kamu harus mempunyai jalinan hubungan syurgawi. Bukan sekadar menurut pemikiran kita sendiri, dan tentu sekali bukan dengan melayani ego sendiri. Yang pasti, beliau ini sedang berbicara menerusi ego. Ketahuilah bahawa barangsiapa yang tidak mempunyai Sheykh, sheykh mereka adalah sheytan. Dan Sehytan itu akan mengatakan bahawa andalah yang terhebat, andalah itu dan ini.
Seterusnya, beliau juga telah bersumpah bahawa umat Islam di akhir  zaman akan bersekutu dengan Russia. Dengan pertolongan dari pihak Russia, mereka akan menakluki Istanbul. Beliau juga telah bersumpah bahawa namanya akan ditukar kembali menjadi Konstantinopel. Ini adalah kerana Rasulullah (asws) menyebutnya sebagai Konstantinia. Itulah yang beliau katakan. Bahkan beliau mengatakan juga bahawa adalah menjadi impiannya untuk melihat Aya Sofia dikembalikan kepada kristian agar mereka dapat menukarnya kembali untuk menjadi sebuah gereja.
Beliau berkata, ‘saya bersumpah bahawa saya akan mengembalikan Aya Sofia kepada orang-orang Kristian.’
KEGEMILANGAN UTHMANIYYA AKAN KEMBALI MEMUNCAK
HojaEffendiJahil, angkuh, bodoh dan sombong. Berani beliau menyentuh dan mencemari kesucian Uthmaniyyah. Awas! Kegemilangan Uthmaniyyah akan kembali memuncak. Pedang akan dihunus! Menggelupurlah kamu, orang-orang yang besar kepala. Kerana itulah masa dimana akan terpisah kepala dari badan.
Ini adalah amaran dari Osmanli Dergahi. Hentikan perbuatan yang mengelirukan umat manusia. Jangan sesekali kamu mengatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak pasti tentang kebenarannya. Perbetulkan fakta sejarah kamu. Insafilah diri dan kembali beriman kepada Allah swt.
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Kesultanan Uthmaniyyah adalah kesultanan yang berdaulah dan sesungguhnya Tajalli Allah dan Rasulnya (sws) ada bersama mereka.
Hentikan segala penyebaran racun berbisa kerana akhirnya ia akan memakan diri sendiri. Masyarakat sejagat kian memahami dan mengenali keunggulan Empayar Uthmaniyyah. Dari timur ke barat dan utara ke selatan, umat Islam sedunia mula sedar bahawa Daulah Uthmaniyyah yang memayungi umat Islam mencapai zaman keemasan keluasan wilayah dan kekuatan tentera yang ampuh telah menyatu padukan umat manusia di bawah panji-panji Islam dan maka dengan itu terbinalah kekuatan yang tiada tolok bandingnya.
Kesedaran tentang hakikat kegemilangan tamadun Islam di bawah pemerintahan Uthmaniyyah telah membuka jalan dan memberikan harapan kepada umat Islam hari ini untuk kembali bersatu di bawah satu kalimah dan panji-panji.
Inilah zamannya, permulaan untuk Islam kembali bangkit seperti yang dijanjikan. Namun syaitan durjana sedang mempergiatkan lagi usaha untuk memecah belahkan umat Islam dengan segala macam kejahatan dan tipu daya. Mereka akan berkata, ‘tidak perlu untuk bersatu padu. Jangan berjemaah. Teruskan dengan hidup bersendirian dan bermusuhan.’
UMAT ISLAM HARUS BANGKIT DAN BERSATU
Islam harus bangkit
Jangan kita ditewaskan dengan tipu daya serta bisikkan syaitan. Marilah kita bersatu sebagai suatu ummat. Ummat yang ditunjangi dengan kekuatan akidah daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain.”
Inilah yang dimaksudkan dengan sebuah Empayar. Inilah yang dimaksudkan dengan sebuah Tamadun Islam. Tamadun yang mampu untuk mengeluarkan menusia dari kegelapan jahiliyah kepada Nur Islam. Marilah kita bangkit dan bersatu dalam menghadapi musuh dengan berpegang teguh kepada ajaran dan sunnah Rasulullah sws. Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam dari segenap penjuru, maka perlulah umat Islam hari ini memperkuat dan memeperkemaskan benteng pertahanan mereka supaya tidak mudah terpedaya dengan segala macam fitnah yang disebutkan tadi. Marilah kita pastikan diri kita termasuk ke dalam barisan umat Islam yang sibuk mengusahakan tertegaknya Kalimah Allah di muka bumi ini.
Daerah Nusantara ini akan memainkan peranan yang cukup besar dalam ketibaan Imam Mahdi (a.s). Imam Mahdi mempunyai seramai 99 orang Khalifah yang kini telahpun berada di merata dunia termasuk juga daerah Nusantara. Tidak mustahil pada suatu hari nanti seorang pemimpin dari kalangan bangsa Melayu Islam  yang akan  membebaskan ‘Rum’ untuk kali kedua. Peristiwa ini akan menjadi kenyataan sekiranya bangsa Melayu Islam mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang sama dengan tentera Muhammad al Fatih iaitu Tentera Melayu Islam yang beriman dan bertaqwa yang mendaulatkan al Quran dan sunnah di dalam kehidupan dan perjuangan mereka semata-mata untuk mencari keredhaan Allah swt.
Tujuan kita bukan untuk menyeru pada keganasan, pembunuhan, pemusnahan atau revolusi. Tidak. Tetapi revolusi yang harus kita tumpukan sekarang ini adalah revolusi di dalam diri kita sendiri. Kita harus melatih diri ini untuk menjadi lebih prihatin terhadap kehadiran musuh yang telah sekian lama bertakhta di dalam diri ini, iaitu Ego, Hawa dan Nafsu. Ramai yang tidak sedar bahawa diri itu telah berada di bawah kawalan musuh yang kian bermaharajalela. Marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan ibadah, membina ketaqwaan dan kekuatan iman sebagai persediaan menerima kehadiran Sahibul Zaman, Mahdi a.s.
Umat Islam di Nusantara ini belum pernah bersatu sebagai satu Ummat. InsyaAllah, dengan Ketibaan  Mahdi as. Kita akan bersatu. Ia akan menjadi kenyataan. Kita perlu ingat bahawa satu masa dahulu iaitu di waktu  pemerintahan kesultanan Melayu Melaka bangsa Melayu adalah satu bangsa yang di segani dan dihormati oleh bangsa Eropah di Barat  dan Cina di Timor.  Dan tidak menjadi mustahil sejarah akan berulang kembali.
Lokman Hoja (6)                                                                         
Wa minAllahu Taufiq
Bihurmatil Habib
Bihurmatil Fatiha
Sohbet Oleh Hoja Lokman Effendi Hz
Khalifah bagi Sahibul Saif Sheykh Abd Kerim Effendi (QS)
Osmanli Naksibendi Hakkani


Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg II

Bersambung dari Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg I...

---------------

BismillahirRahmanirRahim
flag of Islam
Para Ilmuwan Islam baru-baru ini telah menemukan fakta sejarah yang menunjukkan bahawa agama Islam telah masuk ke Tanah Jawa pada abad ke-8 masihi lagi, namun disebabkan keutuhan pegangan masyarakat Jawa terhadap animisme, Hindu dan Budha, agama baru yang dibawa oleh pendakwah dari Dawlah Abbasiyah tidak berjaya menarik minat masyarakat.
Dalam kitab Kanzul Ulum karya IBNUL BATHUTHAH yang masih tersimpan di perpustakaan istana kasultanan Ottoman di Istanbul, pembentukan Walisongo ternyata pertama kali dilakukan oleh sultan Turki Uthmaniyyah, Muhammad I yang menerima laporan dari para saudagar Gujarat (India) bahwa di pulau Jawa jumlah pemeluk agama Islam masih sangat sedikit. Berdasarkan laporan tersebut Sultan Muhammad I membentuk sebuah pasukan yang beranggotakan 9 orang. Inilah walisongo angkatan pertama yang datang ke pulau Jawa. Pasukan pendakwah yang terdiri daripada sembilan orang itu dipimpin oleh Maulana Malik Ibrahim. Mereka ini telah berjaya menghidupkan kebekuan penyebaran Islam yang telah berlangsung selama tujuh abad sebelum itu. Setelah dakwah Islam dirintis oleh wali Songo, perkembangan Islam berlaku dengan cepat dan sampai ke zaman kemuncak sekitar abad ke-15 hingga ke-17 hasil daripada sumbangan para wali berkenaan.
TURKI UTHMANIYYAH SEBAGAI PELINDUNG DAN PEMIMPIN UMMAH
osman
Kerajaan atau empayar Turki Uthmaniyyah dianggap oleh kebanyakan umat Islam di dunia, termasuk juga di tanah Melayu, sebagai pelindung serta pemimpin ummah. Kedudukan Khilafah Uthmaniyyah sebagai khilafah Islam, terutama setelah ‘pembukaan ke atas Istanbul (Konstantinopel), ibu negeri Rom Timur, pada 857 H/1453 M, telah menyebabkan nama Turki melekat di hati umat Islam Nusantara. Nama yang terkenal bagi Turki di Nusantara ialah “Sultan Rum.” Istilah “Rum” tersebar sebagai sebutan kepada Kesultanan Turki Uthmaniyyah. Mulai ketika itu, kekuatan politik dan budaya Rum (Turki Uthmaniyyah) tersebar ke berbagai wilayah Dunia Muslim, termasuk ke alam Melayu.
Penerimaan agama Islam oleh masyarakat tradisional bukan sahaja membawa pengaruh kepada akidah, tetapi ia juga membawa pengaruh terhadap aspek kehidupan yang lain. Dari segi pentadbiran, Islam telah mempengaruhi pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka, kerajaan-kerajaan lain seperti Kedah, Johor dan Terengganu. Ciri-ciri kerajaan ini berubah menjadi sama seperti ciri-ciri pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah.
ottomanKonsep dewaraja telah diambil alih oleh konsep Sultan yang menganggap Sultansebagai zul-illahi-fil-alam iaitu pegangan bahawa Sultan itu adalah amanah Allah s.w.t. di muka bumi. Sultan juga dianggap sebagai AminulMukminin iaitu ketua kepada umat Islam.
Dalam sektor agama, Sultan menjadi ketua agama Islam dan baginda bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjaga kebajikan rakyat jelatanya. Jawatan Sheikh-ul-Islam, iaitu ketua ulama diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa. Koleksi fatwa yang dikeluarkan oleh beliau merupakan salah satu sumbangan kerajaan Uthmaniyah kepada agama dan sains undang-undang yang kekal digunakan hingga hari ini.
Perundangan Islam telah menjadi tunjang kepada undang-undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka. Hal ini pula diwarisi oleh negeri-negeri Melayu yang lain pada hari kemudian.
Dari segi kehidupan masyarakat, kehadiran agama Islam telah mengubah cara hidup mereka. Kepercayaan asal iaitu animisme, Hindu dan Buddha telah berubah menjadi agama Islam. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu. Kini, masyarakat Melayu mempunyai pandangan dan falsafah hidup yang berkaitan dengan unsur-unsur Islam. Agama Islam telah membawa sistem nilai sosial yang berbeza dengan sebelumnya. Masyarakat Melayu telah membuat penyesuaian antara unsur-unsur Hindu dan Islam untuk mengelakkan amalan yang diamalkan pada dahulu kala bertentangan dengan ajaran Islam.
PENCAPAIAN DAN KEUNGGULAN  EMPAYAR UTHMANIYYAH
Empayar Turki Uthmaniyyah telah diasaskan pada tahun 1299  dan era kegemilangannya telah dicetuskan oleh Sultan Muhammad II Al-Fateh yang telah menawan Kota Constatinople pada tahun 1453. Kejayaannya menawan kota suci dan markas utama golongan Kristian Ortodoks ini telah menjadi pemacu kepada keagungan empayar Turki Uthmaniyyah dan sekaligus membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
Ya, Empayar Uthmaniyyah adalah sebuah Khilafah yang diberkati oleh Nabi Muhammad (asws), yang telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia, sebuah Khilafah yang telah diberi pujian dan dianugerahkan kemuliaan yang tertinggi oleh Allah s.w.t. Kerajaan Uthmaniyyah merupakan sebuah empayar yang telah bersungguh-sungguh meneruskan usaha-usaha dakwah Rasulullah sws dengan meningkatkan pembukaan wilayah-wilayah yang baru dan sekaligus ia telah berjaya membina sebuah tamadun Islam yang agung lalu menguasai dunia dan mencapai tahap kemakmuran yang sangat memberangsangkan.
UthmaniyyahMalang sekali, ramai diantara ummat Islam kini yang mula memperkecilkan dan menafikan perjuangan dan pengorbanan Khilafah Uthmaniyyah.
Sebelum pemerintahan Uthmaniyyah, masalah politik merupakan sumber perpecahan umat Islam yang terbesar pada ketika itu. Masalah Imamah adalah masalah politik, masalah menentukan siapa yang akan memimpin umat. Setiap kelompok mempunyai pemimpinnya tersendiri dan tidak mengakui pemimpin dari kelompok lain. Kewafatan Khalifah Usman (r.a)  menjadi titik tolak bagi perpecahan umat Islam. Perang saudara pun mulai bersemangat. Penguasa demi penguasa di kalangan Bani Ummaiyyah terus berganti hingga akhirnya mereka dijatuhkan oleh Kerajaan Abbasiyyah.
Bani Ummaiyyah walaupun tewas tetapi mereka masih tidak dimusnahkan. Saki-baki golongan Bani Ummaiyyah selepas kekalahan mereka melarikan diri ke Sepanyol dan menubuhkan sebuah kerajaan di sana yang juga digelar Kerajaan Ummaiyyah. Maka terdapat dua Khalifah yang sedang memerintah pada waktu yang sama di berlainan negeri, dan ini tidak dibenarkan oleh Islam sama sekali.
Keharaman mengangkat Dua orang pemimpin (Kholifah) sebagai ketua negara ditegaskan oleh Hadits Rosulullah Saw. :
إِذَابُويِعَلِخَلِيفَتَيْنِفَاقْتُلُوااْلآخِرَمِنْهُمَا 
Jika dibaiat dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya. – (HR Muslim)
Kerajaan pusat tidak berkuasa penuh pada zaman pemerintahan daulah Abbasiyyah. Ia tidak dapat mempertahankan kesatuan umat Islam. Kerajaan mula berpecah diburukkan lagi dengan keadaan politik yang penuh dengan  kezaliman dan kerosakan beragama. Kerajaan Abbasiyyah juga menghadapi kesukaran dengan golongan Syiah. Ini kerana mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja.
Permusuhan dan perpecahan yang wujud sewaktu pemerintahan Ummaiyyah dan Abbasiyyah diburukkan lagi dengan ancaman dari Tentera Salib yang menyimpan dendam kesumat yang mendalam terhadap orang-orang Islam serta ingin menjadikan Negara-negara Islam sebagai Negara yang berada di bawah jajahan mereka.
Persengketaan dan perpecahan di kalangan sesama umat Islam berterusan sewaktu pemerintahan Abbasiyyah. Hanya dengan penubuhan Daulah Uthmaniyyah maka segala bentuk permusuhan sesama umat telah dapat dileraikan dan juga ancaman dari luar telah dapat ditangkis.
ottoman-empire
Empayar Uthmaniyyah, tidak seperti empayar-empayar lain yang berdiri atas sebab meluaskan jajahan atau mengaut kekayaan atau merakus kekuasaan. Empayar ini dibina atas dasar Syahadatul Haq, untuk memakmurkan bumi ini dengan Islam. Seluruh dunia Islam bersatu dibawah sebuah pemerintahan yang berpusat di Istanbul. Iraq, Parsi, Syam, semenanjung Arab, Algeria, Tunisia, Libya, sebahagian Perancis, Hungary, Austria, Asia Tengah, bahkan wilayah Nusantara bersatu dibawah satu panji pemerintahan Islam yang agung.
Jika bukan kerana Uthmaniyyah, kita tentu tidak akan memiliki, Akidah Ahli Sunnah – ini kerana mereka semua (yakni ahli shi’ite) telah ditewaskan oleh Sultan Selim Khan Jannat Makam. Beliau telah mematah-matahkan azam Shia Shah Ismail yang bertekad untuk menyebarkan akidah shi’ite ke seluruh pelusuk dunia. Namun rancangan ini telah dapat disekat  oleh Sultan Selim, satu-satunya Sultan yang berjuang bermati-matian, berkorban menumpahkan darah, mengorbankan nyawa untuk menghidupkan dan mempertahankan akidah ahli e-Sunnah.
Yavuz Sultan SelimKesemua Sultan-Sultan yang lainnya telah pergi menjelajah hingga ke barat untuk menyebarkan Islam di Eropa. Tetapi Sultan Selim Khan Jannat Makam telah ke Timur dengan tujuan untuk menghapuskan segala fitnah-fitnah yang sedang berleluasa ketika itu. Fitnah yang telah wujud beratus-ratus tahun lamanya, dan beliau telah berjaya membendung penularan fitnah. Dari waktu itu hinggalah ke saat ini,  golongan Shia terpaksa mendiamkan diri.
Itulah kehebatan Uthmaniyyah, di mana seratus tahun sebelum kehadiran mereka, para Awliya-awliya Allah telah meramalkan kedatangan pemimpin- pemimpin Islam yang handal, yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan mereka akan mengembalikan ketamadunan dan kegemilangan Islam.
Sultan FatihPembukaan kota Constantinople yang agung oleh Sultan Muhammad II yang digelar Al-Fatih memulakan era keagungan Empayar Uthmaniyyah yang memimpin seluruh dunia, mengabdikan diri kepada kekuasaan Allah s.w.t. Dengan kemenangan ini, ia telah membuka ruang yang luas untuk Islam menembusi seluruh benua Eropah. Sejak itu, satu demi satu wilayah tunduk menyatakan ketundukan kepada kekuasaan Islam sehingga seluruh wilayah Balkan (Bosnia, Serbia, Albania, Slovenia, Croatia, Macedonia, Greece) berada di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih. Berbondong-bondong orang Eropah yang berbangsa Slavia memeluk Islam, dan ia kekal hingga ke hari ini.
Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjaya dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Usaha pengembangan Islam terus berkembang dan mencapai tahap yang tidak pernah dapat dicapai oleh mana-mana kuasa yang pernah wujud di dunia. Islam telah tersebar dan diterima di kawasan-kawasan Balkan, Afrika, India, Eropah dan juga tidak terkecuali, di bahagian Nusantara.
Sistem pemerintahan yang sama, undang-undang yang sama, telah digunakan di kesemua wilayah yang berada di bawah pemerintahan Daulah Islam tanpa mengira kawasan geografi, adat-istiadat, bangsa mahupun warna kulit. Umat Islam di seluruh dunia benar-benar bersatu dan disatukan dibawah satu bumbung pemerintahan. Darah, harta dan kehormatan mereka terjaga rapi. Khalifah benar-benar menjadi perisai yang melindungi umat Islam.
Kepesatan perkembangan tamadun Islam dirasakan di seluruh penjuru dunia. Kesultanan Uthmaniyyah menjadi lampu yang menerangi dunia yang hidup di dalam kegelapan. Ia menjadi pusat penyelidikan dan ilmu dunia apabila manusia dari seluruh pelusuk dunia berpusu-pusu datang ke Kota Istanbul untuk menimba ilmu. Tamadun Rom, Yunani, Parsi, Mesir dan sebagainya telah ditenggelamkan oleh Islam sehingga meletakkan Islam sebagai sebuah peradaban dunia yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara sekalipun. Ternyata kekuatan Kesultanan Islam ini tidak dapat dibayangkan. Kaum Muslimin benar-benar hidup di dalam rahmat dan kemuliaan. Semua ini dinikmati oleh umat Islam disepanjang pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah yang menerapkan hukum berdasarkan kitab Allah dan sunnah RasulNya.
AMALAN KESUFIAN UTHMANIYYAH DAN DAKWAH DI NUSANTARA
Kegemilangan dan kecemerlangan serta penyatuan umat di bawah kesultanan Uthmaniyyah ini dilanjutkan lagi oleh para pengamal tasawuf dan pendiri tarekat tasawuf. Ilmu tasawuf ini memainkan peranan besar dalam membangunkan insan dari aspek rohani dan jasmani.
Sultan-sultan pada zaman keagungan empayar Turki Uthmaniyyah terkenal sebagai Ruhbanun Fillail wa fursanun binnahar atau dikenali sebagai “beribadat kepada Allah umpama rahib di malam hari dan siangnya berjuang laksana singa.”
Sultan-sultan Uthmanyyah terkenal sebagai pemerintah yang warak, zuhud dan berjiwa sufi. Empayar Uthmaniyyah juga dikenali sebagai sebuah empayar kesufian yang terkenal dengan Syeikhul Islam-Syeikhul Islamnya. Kesemua para Sultan dan Alim ulama berjalan tetap di atas landasan Ahlus Sunnah wal Jamaah, mengamalkan fiqh Hanafi dan bertariqat tasawwuf. Syeikhul-Islam dalam Kerajaan ‘Uthmaniyyah dapat dianggap sebagai satu institusi agama tertinggi yang mempunyai kedudukan yang begitu istimewa di sisi Khalifah/Sultan. Syeikhul-Islam ini adalah kalangan alim ulama yang paling alim, cerdik dan warak serta mampu membimbing Khalifah dan rakyat ke arah kebaikan dan kesalehan.
tahwiz
Khalifah-khalifah Uthmaniyyah dan para Alim Ulama berpegang teguh pada amalan tariqat Naqshbandi. Sufi Naqshbandi memainkan peranan yang penting didalam organisasi politik, sosial dan pendidikan didalam masyarakat mereka. Mereka ini melakukan tanggungjawab mereka berlandaskan Al-Quran (wahyu Allah) dan cara hidup para Rasul Allah. Tarekat Naqsyabandiyah, silsilah spiritualnya kepada Nabi Muhammad adalah melalui khalifah Hadhrat Sayyidina Abu Bakar Radhiyallahu ‘Anhu, sementara kebanyakan tarekat-tarekat lain silsilahnya melalui khalifah Hadhrat Sayyidina Ali bin Abu Thalib Karramallahu Wajhahu.
Rasulullah (asws) bersabda,
“Maa shabballahu fii shadrii syay-an ilaa wa shababtuhu fi shadri Abii Bakri,”
Apa pun yang Allah  berikan ke dalam hatiku, telah kuberikan pula ke dalam hati Abu Bakar Ash-Shiddiq RA.
Kemudian Abu Bakar As-siddiq menyerahkan semuanya kepada Salman al-Farisi, Salman  kepada Qasim, Qasim  kepada Imam Jakfar Saddik seterusnya pada Abu Yazid Al Bisthami sampai kepada Syekh Bahauddin Naqshibandi dan sampai sekarang kepada Guru kita. Inilah yang dinamakan Silsilah.
Guru-guru Sufi Tarikat Naqshibandi merupakan guru-guru yang saling terhubung dan merupakan guru-guru terkuat di dunia, mereka mempunyai hubungan yang benar, mereka mengetahui para leluhur mereka. Jika anda tidak mengetahui leluhur anda, maka anda tidak akan terhubung ke mana-mana atau tidak mengetahui ke mana anda terhubung.
Sebagai pengamal Tarikat Naqshibandi, Sultan-Sultan Uthmaniyyah telah menghantar para Ahli Tasawuf dan alim Ulama ke seluruh dunia termasuk di daerah Nusantara sebagai pembimbing Tarikat/Tasawuf yang tertinggi ini, yang merupakan satu teras kekuatan ummah itu sendiri.
Sesungguhnya tariqat menjadi salah satu sumber kekuatan kepada perjuangan yang menghasilkan kemenangan yang gemilang dan kehidupan beragama yang mulia serta berpaksikan keimanan. Ahli tasawuf dan pendakwah yang dikirimkan ini adalah ulama Islam yang kuat berpegang dan beramal dengan ajaran Islam. Akhlak mereka menyebabkan agama Islam masyhur dan mendapat sanjungan serta menarik minat penduduk Nusantara. Mereka bukan sahaja berpakaian bersih dan tertib, tetapi semua tingkah laku dan tutur kata mereka amat menarik dan mempersonakan serta penuh dengan hikmah.
Pada peringkat permulaannya, mereka dikatakan menghadapi tentangan sami-sami Hindu yang menggunakan berbagai-bagai ilmu sihir untuk mematahkan kegiatan dakwah dan pengaruh Islam di Nusantara. Dengan pertolongan Allah SWT, mereka dapat menghadapinya. Oleh itu, orang ramai mudah mempercayai kebenaran ajaran Islam. Pada zaman kekuasaan Melaka, Acheh, dan Demak, para ahli tasawuf mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan Sultan dan pembesar-pembesar negara.
Sistem Khilafah Islamiah memperlihatkan Allah sebagai penguasa, pentadbir, pemilik kerajaan langit dan bumi dan Khalifah sebagai pemegang amanah/wakil untuk mentadbir alam ciptaan-Nya dengan sebaik-baiknya. Sistem pemerintahan Islam tidak sama dengan semua jenis sistem pemerintahan di dunia ini dimana ianya tidak memberi hak istimewa yang khusus kepada khalifah. Hak khalifah dan hak rakyat adalah sama. Khalifah bukan simbol umat. Namun Khalifah adalah wakil umat dalam masalah pemerintahan dan kekuasaan sehingga khalifah juga terikat dengan hukum syarak dalam semua tindakannya.
Hingga ke hari ini, amalan Tasawuf Nakshibandi bukanlah sesuatu yang asing. Ia sudah meresap dalam sanubari orang-orang melayu di Nusantara. Walaupun terdapat ramai yang telah berbai’ah kepada tarikat-tarikat yang lainnya, tetapi asasnya adalah Naqshibandi. Kita tidak sama sekali menyangkal dan memperkecilkan penglibatan para ulama dari  Hadramaut Yaman yang juga turut memain peranan dalam menyebarkan Dakwah Islamiah di rantau ini. Tetapi apa yang sedang ditekankan disini ialah asasnya adalah Nakshibandiyyah. Namun sejarah dan pengetahuan mengenai hal ini telah disembunyikan. Mengapa? Siapakah yang bertanggungjawab?
oursheykh
Bersambung….
Hoja Lokman Effendi Hz
Khalifah kepada SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz
Osmanli Naksibendi Hakkani

Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg I

Salam Jumaat. Tadi apabila membuka Facebook saya dapati seorang sahabat HIKMAH dari selatan, Sheikh Halit Osmanli telah membuat pautan sebuah artikel pada wall saya. Adapun Sheikh Halit yang berasal dari Singapura adalah seorang pemimpin Tariqat Naqsyabandiyah, abangnya Sheikh Lokman memimpin jemaah besar di New York, Amerika Syarikat. Sheikh Halit telah membentangkan kertas kerja bertajuk "Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah" pada hari ketiga HIKMAH V di Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013. Lihat HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Dari khilafah Uthmaniyah ke Tokku Paloh dan mushaf quran Terengganu. Pautan ini membawa pada artikel yang mengandungi isi yang dibentangkan pada masa itu. Baru saya tahu beliau telah meletakkan isi pembentangan, dibahagikan kepada 3 bahagian hampir sebulan lalu. Oleh itu biar dikongsikan satu persatu....

bismillah_1lokman effendi1Sesungguhnya kebenaran itu hanya datang dari Allah swt dan kebenaran yang datang dari Allah tidak akan bisa hilang, walau sekuat apapun manusia mengusahakannya.
Kita mesti tahu bahwa kita kini sedang hidup di penghujung akhir zaman, dan Akhir Zaman adalah suatu masa yang dipenuhi dengan kekeliruan dan fitnah. Fitnah-fitnah dajjal sedang mengisi setiap ruang di muka bumi dan mereka membisikkan kepalsuan di telinga manusia. Rasulullah (asws) mengingatkan kita agar mengelakkan diri daripada terjatuh dalam fitnah yang menimpa umatnya laksana malam yang gelap gelita dengan sabda baginda yang bermaksud:
“Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia.”
Dunia kini menjadi porak peranda di samping sarat dengan berbagai fitnah. Nilai-nilai jahiliah moden mendominasi kehidupan. Para penguasa mengurus masyarakat bukan dengan bimbingan wahyu Ilahi melainkan hanya berdasarkan hawa nafsu peribadi dan kelompok. Berbagai cabang kehidupan umat manusia diatur dengan nilai-nilai Dajjal.
Nabi (asws) bersabda meramalkan bahwa tidak ada fitnah yang lebih dahsyat semenjak Allah swt ciptakan manusia pertama sehingga datangnya hari Kiamat selain fitnah Dajjal.
fitnah dunia
Hanya orang-orang yang jujur akan terselamat dari kebinasaan akibat bahana fitnah yang berleluasa. Kejujuran dan ketulusan hati akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan akan mengarahkan seseorang untuk mencari kembali sinar kebenaran.
Bagaimana kita bisa menemui kebenaran sejati ketika kebohongan diperbolehkan dan dianggap halal?
Lihatlah sendiri betapa sejarah-sejarah Islam dan sejarah negara kita sejak kebelakangan ini telah banyak yang cuba diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hingga menjadi tunggang-terbalik dan menukar kesalahan kepada kebenaran. Sudah menjadi kenyataan bahawa agenda dunia kini dikendalikan oleh media yang menyembunyikan kebenaran peristiwa yang berlaku di mana-mana di dunia ini.
Masyarakat Islam harus sentiasa diperingatkan bahawa buku-buku sejarah sebenarnya tidak bebas dari riwayat-riwayat lemah dan palsu sama ada secara tidak sengaja atau disengajakan oleh musuh-musuh Islam. Kisah-kisah palsu itu tersebar ditengah-tengah masyarakat kita bahkan ada juga yang dimasukkan ke dalam buku-buku teks yang dirujuk oleh pihak sekolah dan institute pengajian tinggi. Penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan fakta wujud secara berleluasa dalam dokumen, teks serta karya sejarah yang ditulis orientalis mahupun pengarang Barat. Tujuan orientalis dan pengarang Barat hanyalah satu, iaitu menghilang dan menggelapkan pengaruh Islam khususnya terhadap kebangkitan dan kekuasaan imperialisme mereka.
kebenaran
Percubaan pihak kufar yang berusaha untuk menjauhkan umat Islam daripada sejarah semakin berjaya. Berkurun lamanya, mereka berjaya menyakinkan kita bahawa segala apa yang tercatat dalam penulisan sejarah mereka itu adalah benar. Mereka pura-pura menutup mata dan kalau boleh, tidak mahu menyebut sedikitpun peradaban dan perjuangan pribumi dan Islam. Mereka sahaja yang bertamadun, orang lain tidak. Jika ada percubaan untuk mengungkap sejarah Islam, ia cuba diputarbelitkan sehingga umat Islam benci dan malu untuk belajar sejarah Islam.
Namun demikian jiwa orang yang beriman  berada di atas batas pertengahan, dan jiwa yang diisi dengan kemuliaan ini harus mampu mencelikkan pandangan mata hati untuk meneroka kebenaran. Lambat laun kebenaran itu semakin mencanak naik. Kebenaran semakin terserlah. Pendedahan konspirasi dan penipuan dunia semakin terbongkar.
Ya, pihak kufar telah lama mencanangkan bahawa Islam bermula dari seorang anak yatim penternak unta yang telah bosan dengan kehidupan masyarakat jahiliyah. Anak yatim itu akhirnya membuat keputusan untuk mengasingkan diri ke dalam sebuah gua dan pada waktu itulah beliau didatangi suara dari alam ghaib. Seterusnya beliau mengisytiharkan diri sebagai seorang nabi dan mula membuat serangan ke atas kafilah Mekah. Beliau melancarkan peperangan demi peperangan terhadap penduduk Mekah dan akhirnya menubuhkan sebuah negara Islam.
Begitulah tanggapan mereka terhadap Islam. Sesungguhnya Kafir laknatullah tak henti-henti dari zaman dahulu sehingga kini dengki dan khianat dan menghina Rasululllah (asws), menghina agama Islam yang suci dan mulia. Beginilah sifat kafir laknatullah dari sejak turun temurun mendendam agama Islam yang melihat Islam mengancam agama mereka. Mereka mula memutar belitkan fakta sejarah dan tamadun dunia Islam demi mencapai agenda tersendiri.
Sesungguhnya sejarah itu dapat mengubah dunia, disebabkan itulah kita harus mengkaji dan membersihkan sejarah-sejarah Islam yang sengaja digelapkan oleh musuh-musuh agama Allah.
Antara kekeliruan yang tersebar luas sejak zaman berzaman bahkan hingga ke generasi kini ialah mengenai kedatangan agama Islam di Nusantara.
Hadis Negeri atas AnginMenurut sejarah yang ditulis oleh orang barat, hubungan dagang menjadi salah satu medan terpenting bagi kemasukan Islam ke Nusantara. Mereka menerangkan bahawa Islam telah tersebar luas di daerah ini oleh pedagang-pedagang Arab dan India. Tujuan utama mereka ke sini adalah atas urusan perniagaan. Apabila telah sekian lama bertapak di sini, mereka mulai untuk menyebarkan tentang keindahan Islam di kalangan penduduk-penduduk di rantau Nusantara.
Menurut pandangan mereka, para pedagang ini telah berjaya meyakinkan penduduk tempatan tentang keunggulan dan kebenaran ajaran Islam. Selain itu, di Melaka, diceritakan bahawa Syahbandar Pelabuhan Melaka telah memberikan layanan istimewa terhadap pedagang-pedagang Islam, ini menyebabkan ramai golongan pedagang di negeri-negeri yang berdekatan serta merta memeluk agama Islam untuk mendapatkan layanan istimewa tersebut. Begitulah caranya mereka menjelaskan tentang penyebaran Islam di Nusantara; Menerusi hubungan perdagangan.
Ini tidak benar sama sekali. Faktor perdagangan bukanlah faktor penting dalam Penyebaran Agama Islam Ke Nusantara
Setelah dibongkar sejarah tulen masa lalu, kebenaran mula terserlah. Ummat Islam Nusantara mula memahami dan menuntut warisan dan sejarah mereka. Berkat usaha gigih dari golongan-golongan yang memperjuangkan kebenaran, Allah telah membuka jalan bagi mereka untuk memahami kejadian-kejadian benar yang menimpa umat. Ini telah menjadi faktor terbesar untuk membangkitkan kemahuan dan membangunkan semangat.
PENYEBARAN ISLAM DI CHINA
telaga saat ibn waqas di China
Telaga Saat ibn Waqas di China
Perkembangan Islam di China bermula sejak zaman Khulafa ar-Rashidin dan kesannya Islam berjaya disebarluaskan ke Asia Tenggara dan menguasai politik dan ekonomi China. Di zaman Khalifah Al-Rashidin yang ketiga iaitu Uthman bin Affan, baginda telah menghantar Saad ibn Abi Waqqas melawat negeri China pada tahun 651 M (29Hijrah) untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China.
maqam Saat ibn Waqas di China
Maqam Saat ibn Waqas di China
Hasil lawatan tersebut, maharaja China mula tertarik dengan kebaikan agama Islam maka beliau telah menjemput beberapa pendakwah Islam secara rasmi ke China untuk menyebarkan Islam. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat  sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan. Para sahabi dan ilmuwan Islam inilah yang telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam di Nusantara. Mereka telah menyemai benih keimanan dan ketaqwaan sehingga terbentuk sebuah masyarakat Islam yang kuat dan bersatu. Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini.
PERKEMBANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU DAN JAWA
sampaikan-walau-satu-ayat
Sama keadaannya seperti di China, perkembangan Islam di Tanah Melayu dan di Tanah Jawa telah dibawa oleh mubaligh-mubaligh Islam yang berpusat di Tanah Hijjaz (Mekkah dan Madinah). Kebetulan pula, Tanah Hijjaz merupakan pusat-pusat ilmu Tasawwuf dan Tariqat. Maka mubaligh-mubaligh yang datang dengan ilmu bersesuaian dengan cara hidup penduduk nusantara pada ketika itu yang penuh dengan spiritual. Ajaran Nabi Muhammad (asws) tentang “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”, menjadi motivator para mubaligh Islam pada saat itu untuk semakin bersemangat menyampaikan ajaran Islam.
Berdakwah dalam mengajak manusia ke jalan Allah merupakan tugas yang paling mulia dalam Islam. Islam mewajibkan umatnya supaya menyuruh kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar. Seluruh para Nabi mengungguli tugas dan amanah ini yang diteruskan oleh para Sahabat, Tabiin, Ulama, Syuhada dan Solehin hingga ke akhir zaman. Oleh kerana amanah dakwah ini adalah amalan yang ditaklifkan, mulia dan mendapat ganjaran yang besar, maka ia memerlukan persiapan yang rapi dari sudut keilmuan yang menyeluruh, keimanan yang mendalam, kepimpinan yang adil dan amanah, pendekatan yang penuh hikmah, mengenali sasaran dakwah dan sebagainya. Bagaimana mungkin sekumpulan pedagang-pedagang Arab dan India (seperti yang dicatatkan dalam buku sejarah tulisan Barat) dapat mencapai tujuan yang sangat mulia ini, sedangkan tujuan mereka ke rantau ini adalah atas urusan perdagangan, urusan duniawi, bukan ukhrawi?
Bersambung
Sohbet oleh Hoja Lokman Effendi Hz
Khalifah kepada SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz


Penerangan ringkas tentang Pernyataan HIKMAH Melaka

Tadi timbul satu hal yang menyebabkan saya rasa harus berkongsi ini. Berikut adalah slaid yang meringkaskan isi Pernyataan HIKMAH Melaka. Ini telah dipersembahkan pada HIKMAH VI di Shah Alam 7 Sept 2013 sebagai asas untuk mengembangkan perkara. Rujuk artikel lama Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman?.











Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Antara buku dan HIKMAH

Salam semua. Malam Jumaat ini eloklah dibuka satu cerita...


Pagi Selasa 1 Oktober 2013, selepas bermalam di sebuah rumah rehat di sekitar pusat bandar raya Melaka (lihat artikel First Melaka city centre walk in 5 months...di blogspot BERPETUALANG KE ACEH), saya dan seorang sahabat, saudara Zam bersarapan di warung berdekatan.


Warung ini terletak di hadapan Sekolah Tinggi Melaka. Baru saya tahu sekolah ini telah diasaskan 1826, dua tahun setelah berlakunya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang secara efektifnya membelah dua dunia Melayu di Asia Tenggara menjadi bahagian-bahagian yang akan membentuk negara Malaysia dan Indonesia.


Selepas itu kami bergegas ke Seri Negeri, pejabat pentadbiran Ketua Menteri Melaka yang terletak di Ayer Keroh.


Kami mahu menghadiri acara yang dipanggil Simposium Serantau Asal Usul Melayu.


Sambil melangkah masuk ke dewan, teringat kali pertama saya menghadiri acara di sini. Lihat artikel Seminar Antarabangsa Hang Tuah di Seri Negeri - Menjana kebangkitan jati diri Melayu sejati? yang dibuat di blogspot CATATAN SI MERAH SILU lebih setahun setengah lalu.


Kami sampai sekitar 8.40 pagi. Acara dijadualkan bermula 9.30.


Suasana dalam dewan...




Di ruang legar ada sejumlah gerai buku.


Gerai IKSEP (Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia). Kelihatan sebuah buku terbaru, "Hubungan Sejarah Melaka-Makassar).


Gerai PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka). Walaupun seperti IKSEP mereka juga menerbitkan banyak buku, gerai yang ada setakat mempamerkan maklumat tentang muzium-muzium yang diselenggarakan mereka (lebih 20 kalau tak salah) dan aktiviti berkaitan.


Ini pula gerai Tuan Haji Yusuf Liu, seorang Muslim dari Cina yang berbangsa Hui, satu bangsa etnik Cina yang diketahui beragama Islam sejak zaman-berzaman.


Beliau ada menulis sejumlah buku tentang orang Islam di Cina juga Cina Muslim di Malaysia.


Di satu sudut kelihatan dua buah banner memaparkan apa yang dipanggil Pernyataan HIKMAH Melaka. Rujuk artikel Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman?.


Saudara Zam ada membuka gerai lalu saya mengambil peluang untuk menonjolkan pernyataan menggunakan banner yang dibuat istimewa untuk acara keenam HIKMAH di Shah Alam 7 September lalu. Lihat Acara keenam HIKMAH di Shah Alam 7 Sept 2013.


Zam yang merupakan salah seorang penggiat kuat HIKMAH mula berniaga buku pada acara pertama HIKMAH yang juga diadakan di Shah Alam tetapi pada 4 November 2012. Berniaga atas nama Taman Pustaka (klik sini), beliau kini memiliki lebih 300 tajuk buku-buku yang sukar ditemui di kedai biasa, buku-buku yang selalunya cuma boleh didapati di kedai universiti, muzium dan badan-badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. 


Masuk ke dewan jam 9 ia nampak sudah dipenuhi.






Tinggal menunggu tetamu-tetamu terhormat sahaja mengambil tempat duduk sebelum acara dimulakan sekitar setengah jam lagi. Cerita akan disambung insyaallah siang Jumaat...



PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.