Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...






















Monday, March 21, 2022

Majlis Srikandi Cinta Watan 2022

 Salam. Sedikit perkongsian daripada satu acara semalam.



Lebih seminggu lalu isteri telah menerima hebahan tentang majlis yang terpapar dalam poster atas. Beliau telah diajak menyertai sebagai seorang tetamu istimewa lalu meminta saya menemani.



Pagi Ahad 20 Mac 2022 kami pun ke lokasi majlis iaitu Malakat Mall di Cyberjaya.




Kami sampai sekitar jam 11.10. Ketika itu sesi pembentangan ilmu sudah bermula.




Pembentangan dalam bentuk forum diberikan tajuk atau tema "Jati Diri Emas Pencetus Kebangkitan Srikandi Cinta Watan". Ia memang dikhaskan bagi kaum wanita.




Mula sekali membentang adalah Profesor Dr Zafarina Zainuddin, pengarah Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis di USM (Universiti Sains Malaysia). Membentang secara virtual atau atas talian beliau membawa tajuk "Menjejaki Rahsia DNA Asal Usul Bangsa Melayu".






Pembentang kedua Tun Suzana Othman pula sepatutnya membentang tajuk "Jati Diri Emas Pencetus Kebangkitan Cinta Watan" secara fizikal atau berhadapan. Tetapi muncul masalah suatu masalah berkenaan kesihatan lalu harus membentang secara atas talian juga.




Oh. Secara rasminya mereka dipanggil sebagai pembicara. Menurut poster dan atur cara pembicara ketiga adalah Puan Zaharah Hatan @ Kak Long Zara. ketua Dewan Srikandi DSSM (Persatuan Dunia Seni Silat Melayu) Malaysia. Tengok-tengok naik dua orang lagi bersama.

 


Sesi mereka lebih merupakan perkongsian secara berbicara terus tentang isu-isu untuk membangkitkan semangat kaum Hawa...




Selepas itu diadakan persembahan silat oleh para pesilat perempuan...







Kemudian dibuat demonstrasi memanah di luar tetapi boleh diikuti melalui paparan layar dalam pusat membeli belah.







Sebetulnya ada lagi perkara dikongsikan di celah-celah apa yang saya ceritakan juga selepasnya. Sila tonton video di atas.


Tuesday, March 8, 2022

Semarak Cinta Watan : Menjejaki Permata Tuah

Salam. Satu perkongsian daripada hujung minggu baru ini...




Ini adalah poster bagi majlis yang diadakan di Melaka pada siang Ahad 6 Mac 2022. Saya telah diundang untuk bersama sebagai seorang perserta istimewa.



Sampai masanya  iaitu pada pagi 2 hari lalu saya pun datang dan bersama isteri dan seorang anak berumur 10 tahun.




Sebelum itu kami telah menginap 3 malam di rumah ibu bapa saya di Muar. Memang perjalanan balik kampung itu dirancang agar kemudian dapat menghadiri acara di Melaka.




Kami sampai sejam lewat daripada waktu majlis dijadualkan bermula iaitu 9 pagi. Sampai sahaja ke pintu masuk dewan majlis saya terus dibawa dan ditunjukkan ke satu kerusi di bahagian hadapan.







Kami sampai ketika sesi perkongsian ilmu tentang Hang Tuah baru hendak dimulakan. Itulah yang sebenarnya kami hendak kejar. Yang terlepas  adalah sesi perasmian diikuti perkongsian tentang Silat Gayong. Ia dikatakan warisan pahlawan Melayu tersohor dahulukala Laksamana Hang Tuah yang menerajui barisan pertahanan Kesultanan Melaka lebih 500 tahun lalu. 

Perasmian dibuat oleh Major Mohd Rahim Osman mewakili YB Datuk Seri Mohd Redzuan, Imam Khalifah Lembaga Beradat PSGSM (Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia) bagi negeri  Melaka merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah. Berkongsi tentang Silat Gayong adalah  Datuk Seri Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Waris Amanah Mahaguru PSGSM juga seorang pakar perlembagaan negara.




Majlis dianjurkan oleh Akademi Watan, Akademi Akar, Gabungan Mi'raj, Akademi Perantara dan beberapa pihak lain. Ia bertujuan  untuk memperingati jasa dan sumbangan Laksamana Hang Tuah serta mengambil iktibar daripada keunggulan dan kehebatan beliau. Dalam hal ini saya meminjam kata-kata rakan seperjuangan, Tun Suzana Osman yang merupakan antara individu utama bertanggungjawab menjayakan majlis. Beliau menyatakan Hang Tuah sebagai seorang ikon pahlawan Melayu silam yang terunggul dan hebat, terhormat, pintar, berkebolehan, berilmu, bijaksana, berhikmah dan diplomat yang cemerlang sehingga menjadi simbol kegemilangan bangsa Melayu sejak  turun temurun.




"Penghayatan kepada sumbangan serta jasa besar al-Marhum Dato’ Laksamana Hang Tuah dalam memikul amanah sebagai hulubalang, pembesar kerajaan dan diplomat sebuah kerajaan Melayu yang gemilang dan terbilang, diharap dapat dijadikan teladan kepada semua ’pemegang taruh’ di negara tercinta ini, serta digembleng usaha membangunkan generasi Melayu yang bersahsiah, bertaqwa, berintegriti dan berwibawa, melalui agenda pengukuhan jati diri watan, bukan sahaja sebagai benteng ampuh dalam menyikapi pelbagai cabaran serta ancaman sosio-politik-budaya tanah air masa kini, malahan demi membangkitkan kembali kecemerlangan peradaban umat Islam," kata Suzana dalam message WhatsApp yang dihantar kepada beberapa grup berkenaan selepas majlis selesai. Sekarang pergi pada perkongsian saya sendiri tentang majlis...




Majlis diadakan secara hybrid iaitu ada penyertaan secara fizikal di lokasi majlis, ada melalui talian Internet lalu dipancarkan dari tempat lain kerana tidak dapat muncul secara fizikal atas sebab-sebab tertentu. Rupa-rupanya perkongsian tentang Silat Gayong oleh Wan Ahmad Fauzi juga dilakukan secara atas talian. Masuk pembentangan ilmu tentang Hang Tuah, panelis pertama iaitu Prof Emeritus Dato' Dr Hashim Musa bercakap secara atas talian juga.

Beliau membuka dengan menceritakan penemuan-penemuan yang dibuat bersama panelis pertama iaitu Prof Madya Dr Rohaidah Kamaruddin apabila mencari jejak Hang Tuah ke Kepulauan Ryukyu di Jepun beberapa tahun lalu. Inilah yang kemudian membentuk isi buku berkenaan. Buku tersebut telah saya ulas lebih 6 tahun lalu. Pembentangan serupa, oleh dua orang ahli panelis yang sama pernah diikuti sekurang-kurangnya sekali iaitu pada awal tahun 2017. Lihat artikel  Buku "Hang Tuah : Catatan Okinawa" diikuti Wacana mengenai kewujudan Hang Tuah di UPNM.




Disebabkan itu saya sudah hadam tentang penemuan-penemuan tersebut diikuti penemuan di India iaitu di tapak pusat kerajaan lama Vijanagara (sudah dijadikan buku tetapi saya tidak memilikinya). Ini kerana selain sudah membaca buku juga mengikuti majlis penemuan-penemuan tersebut sudah beberapa kali keluar dalam surat khabar juga disebarkan lalu dibincangkan merata di media sosial. Terbetik dalam hati,  yang belum keluar atau sekurang-kurangnya belum dijadikan buku adalah jejak Laksamana Hang Tuah di Turki. Ini ada disebut dalam kitab "Hikayat Hang Tuah". Namun jika belum ditemukan bukti secara akademik ia boleh dianggap khayalan orang Melayu kerana tidak dapat tidak diakui bahawa hikayat mengandungi terlalu banyak perkara mitos untuk diambil secara serius sepenuhnya.

Ini boleh dilihat dengan nyata kalau dibaca secara saksama mengambil kira tata cara akademik. Walaupun hikayat harus mengandungi fakta yang boleh dipertanggungjawabkan secara ilmiah namun hal seperti raja yang sama menjadi pemerintah daripada zaman purba Bukit Siguntang sehinggalah ke zaman Melaka hampir jatuh ke tangan Portugis menjadikan ia memang jelas bercampur khayalan. Sedangkan ini meliputi tempoh masa sekurang-kurangnya 200 tahun. Rujukan lebih ilmiah seperti kitab Sulalatus Salatin (lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu) menunjukkan sudah terdapat ramai raja memerintah dalam selang waktu itu. 

Apapun pembentangan panelis kedua iaitu Rohaidah dibuka dengan hubungan Turki Uthmaniyah-Melaka. Ia seolah-olah mahu menjawab apa yang terbetik dalam hati saya. Disebutlah bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh yang menakluki kota Konstantinople (kemudian ditukar nama menjadi Istanbul) tahun 1453 ada menghantar surat kepada Sultan Melaka mengundang wakil datang untuk meraikan kemenangan besar umat Islam itu.. Untuk makluman penaklukan tersebut telah diramalkan oleh Nabi Muhammad SAW lebih 800 tahun lebih awal. Biar ditambah sedikit fakta yang tidak dinyatakan oleh pembentang. 

Diriwayatkan bahawa ketika menggali parit untuk persediaan dalam peperangan Khandaq baginda bersabda :"... Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...". Akibat penaklukan tersebut Empayar Kristian Rum jatuh. Untuk pengetahuan sarjana Barat selalu menyebutnya sebagai Rum Timur kerana Rum Barat sudah lebih awal jatuh akibat perpecahan dalaman. Empayar Rum terdahulu pula berpecah dua menjadi Rum Timur (berpusat di Konstantinople) dan Rum Barat (berpusat di Rome, Itali) pada abad ke-3 Masihi kerana sudah menjadi terlalu besar lalu perlu ditadbir daripada dua pusat selain memenuhi keinginan waris-waris yang mahu menjadi maharaja. Semasa Nabi Muhammad SAW hidup abad ke-7 Rum Barat telah dua abad runtuh. Maka itu apabila mereka dan sezaman menyebut Rum ia merujuk pada Rum Timur.

Rohaidah menyebut bahawa Hang Tuah datang ke Istanbul pada tahun 1454. Ketika itu Laksamana Melaka itu berumur 22 tahun, Sultan Al-Fateh berumur 23 tahun. Katanya lagi Sultan telah menyatakan pandangan tinggi baginda terhadap bangsa Melayu dan peranan umat di sebelah sini untuk akhir zaman. Sehingga dikatakan Nabi Muhammad SAW amat sayang pada umat Melayu yang berada di Timur dunia itu.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang kewujudan surat berkenaan yang katanya ada dalam simpanan perpustakaan diraja di Istana Buckingham, London. Ini kerana ada yang menyangkal. Katanya kewujudan surat dan isi kandungan dibuat-dibuat oleh pihak tertentu. Sebagai seorang pengkaji saya harus mengambil singkap skeptik selagi belum disuakan bukti yang boleh disahkan di hadapan mata. Sepanjang lebih 20 tahun berkecimpung dalam pengkajian sejarah termasuk di lapangan saya telah melihat ramai pihak mengemukakan bukti palsu atas tujuan tertentu. Kita tidak boleh terlalu teruja sehingga terikut sahaja arus dakwaan sesiapa walau sayangkan Melayu.




Pembentangan dibuat secara bergilir-gilir antara Hashim dan Rohaidah dalam 3 sesi. Sesi kedua dibuka dengan Hashim bercakap tentang apa yang disenaraikannya sendiri sebagai 8 sifat utama patut dicontohi daripada peribadi Hang Tuah. Rohaidah pula ada menyebut tentang projek untuk membina replika kapal Mendam Berahi yang pernah digunakan Laksamana dalam beberapa pelayarannya. Katanya mahu diletakkan di kuala Sungai Melaka, insyaallah pada tahun ini juga. Selesai pembentangan naik Walid Ibrahim al Malik yang merupakan pembimbing rohani bagi ramai pihak terutama sejumlah NGO yang aktif mengangkat isu-isu kedaulatan Melayu dan Islam. Beliau menonjolkan sifat keagamaan Hang Tuah yang menunjukkan kefahaman Tauhid yang tinggi sebagai tunjang utama umat Melayu yang patut dihidupkan kembali.



Rakaman keseluruhan majlis ada dibuat oleh TV Sufi. Sila dilihat di sini. Selepas majlis selesai lalu diikuti makan tengah hari diadakan pula sesi khas perbincangan atau muzakarah Walid bersama para peneraju NGO Melayu dan mereka yang berminat. Dalam sesi ini beliau memberitahu tentang usaha untuk merawat orang Melayu yang bermasalah tetapi tidak mahu memperbesarkan sangat permasalahan juga perbezaan antara semua. Sebaiknya biar ditekankan pada persamaan dan mencari jalan penyelesaian untuk membina kembali keunggulan bangsa.

Saya juga diminta berkongsikan fikiran lalu isteri dan seorang kawan ada merakamkannya. Lihat rakamannya di sini dan sini. Cukuplah perkongsian tentang majlis ya. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-400 di blogspot HIKMAH.


Tuesday, February 22, 2022

HIKMAH nombor 22

Artikel berikut merupakan yang ke-2,222 di blogspot CATATAN MERAH SILU. Lebih istimewa ia dipaparkan tepat pada jam 22.22 tarikh 22/02/2022 tadi. Ia melibatkan HIKMAH. Maka biar disalin ke sini untuk membentuk artikel pertama blogspot HIKMAH bagi tahun 2022 merangkap artikel ke-399 secara keseluruhan. Setelah hampir setahun blogspot tidak dikemaskinikan.


-----------


Salam semua. Pada ketika ini saya dan keluarga sedang berada di suatu tempat di negeri Perak. Asalnya mahu bermalam di kampung asal bapa iaitu Batak Rabit di Teluk Intan. Di rumah ibu saudara, dekat masjid lama Batak Rabit yang didirikan dalam tanah wakaf keluarga, di sebelah kawasan pemakaman khas untuk darah daging sahaja. Tetapi keluarga ibu saudara pula kena Covid lalu harus membuat kuarantin.

Sekadar memberitahu. Di Batak Rabit itulah terdapat tapak kota lama Melayu yang gambarnya sangat terkenal dalam sejarah Malaysia dan Tanah Melayu. Gambar menunjukkan Sultan ke-26 Perak, Sultan Abdullah (yang dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877) diapit sejumlah pembesar Melayu (termasuk moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin) dan pengikut mereka juga beberapa pegawai British. Kami ke Perak setelah membuat perjalanan ke Kedah petang Ahad 20 Feb. Ada artikel khas mahu dihidangkan pada 22 Februari. Isinya telah disediakan lebih awal tetapi mahu dipaparkan pada jam 22:22


Merujuk pada artikel ke-2,220 iaitu  Dari majlis perkahwinan ke masuk tahfiz ke perbincangan tentang keadaan negara yang ditulis 13 hari lalu. Pada penghujung cerita ada dinyatakan bahawa saya bercadang untuk mengeluarkan artikel ke-2,222 pada tarikh 22 Februari 2022 (22/2/22, juga boleh ditulis 22/02/2022) dengan sesuatu yang melibatkan nombor 2 juga 22. 

Tepat 2 tahun lalu iaitu pada tarikh 22 Februari 2020 (22/02/2020) saya telah melaksanakan acara ke-22 ilmu atas nama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) di tempat menyambung pengajian peringkat pasca-siswazah iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Lihat artikel Acara kedua puluh dua HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Kuala Lumpur 22 Februari 2020 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Esoknya kerajaan Pakatan Harapan yang kelihatan agak pro bukan Melayu dan bukan Islam jatuh selepas hampir 22 bulan mentadbir negara. Lihat laporan akhbar Berita Harian -  PH hilang majoriti jadi Kerajaan Pusat

Kurang sebulan selepas itu iaitu pada 18 Mac pula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membendung wabak virus Covid-19. Maka itu jangankan hendak mengadakan acara... nak keluar lebih 10 km dari rumah pun tak boleh buat beberapa lama. Apapun lihat berapa kali nombor 2 juga 22 muncul dalam perenggan tadi. Lebih penting adalah apa yang mahu diluahkan seterusnya.

Pernah satu ketika selepas beberapa lama menganjurkan acara-acara HIKMAH seorang kawan aktivis yang baru mendapat tempat di sebuah muzium negeri bagi menjalankan perniagaan barangan warisannya menawarkan kepada saya tempatnya sebagai pusat HIKMAH. Kelihatannya beliau berfikir disebabkan tidak ada tempat sendiri maka saya mengadakan acara HIKMAH di bermacam-macam tempat dan negeri. Saya menolak dengan baik. Jawab saya kami tidak memerlukan tempat. Kalau perlu di rumah saya sendiri dah boleh buat. Sebaliknya kami sengaja membuat acara di bermacam lokasi untuk menarik minat masyarakat terhadap usaha mahu mendaulatkan agama, bangsa dan negara selain menolong menaikkan nama tempat-tempat.

Ini mengingatkan bagaimana ada persatuan suatu sukan tradisional bergerak atas nama kebangsaan. Tetapi yang dianjurkan asyik-asyik acara di tempat sendiri, bukan menolong mengangkat tempat-tempat lain yang menganjurkan sukan sama walaupun diterajui oleh ahli. Kelihatannya persatuan digunakan untuk mengangkat nama dan tempat sendiri sahaja. Ahli-ahli yang dikumpul ramai itu cuma alat untuk menghalalkan kewujudan persatuan sambil mendapatkan peruntukan bagi menampung keperluan tempat dan individu.

Kami di HIKMAH tidak pernah mengumpulkan dana mahupun mendapatkan peruntukan. Yang kami dapat adalah bantuan secara sukarelawan bagi menjayakan acara. Namun saya lihat ramai rupanya tak percaya tentang gerak kerja kami. Ini kerana realitinya ramai yang menggunakan persatuan juga acara bagi mendapatkan duit juga menaikkan nama. Tidak masuk akal ada orang seperti saya mahu bersusah payah berbuat semua ini tanpa apa-apa kepentingan duniawi.

Memikirkan ini ada baiknya tidak lagi dibuat apa-apa acara HIKMAH selepas yang ke-22 itu. Sebetulnya sudah banyak kali pun saya hendak berhenti daripada mengadakan acara atas sebab sama. Tapi tengok-tengok timbul desakan dalaman selain permintaan orang agar meneruskan usaha.

Pada ketika ini saya masih lagi dibelenggu masalah belum dapat menyiapkan penulisan tesis di ISTAC lalu tidak akan memberatkan kepala tentang HIKMAH dan acara. Permintaan untuk mengadakan? Tetap ada. Kerana ramai masih menyayangi HIKMAH dan meminta. Pada masa yang sama sudah terdapat banyak kumpulan boleh mengadakan acara serupa atau sedemikian dengan lebih hebat dan teratur. Buat apalah hendak memenatkan diri buat acara? Lagipun kan cantik sudah ada 22 kali acara HIKMAH? Buat apa hendak ditambah jumlah? Bukan dapat apa-apa kelebihan duniawi pun...

Hmm. Tak mengapalah. Lihat nanti bagaimana. Yang penting selesaikan dahulu apa yang belum beres di hadapan mata. Dengan ini cukuplah luahan. Sebagai mengakhiri artikel biar diletakkan pautan bagi artikel-artikel ke-2, ke-22 dan ke-222 di blogspots saya :-



Blogspot CATATAN SI MERAH SILU

Artikel ke-2 - Mukadimah: Kenapa Berpetualang? (ditulis pada 12/11/2006)

Artikel ke-22 - Pengalaman di Tanjung Pura (ditulis pada 5/12/2006)

Artikel ke-222 - Salam daripada Tangkak/Ledang (ditulis pada 7/1/2008 merangkap artikel pertama blogspot bagi tahun itu)



Blogspot BERPETUALANG KE ACEH

Artikel ke-2 - Lamenting a lost  (ditulis 10/11/2006)

Artikel ke-22 - The Zionist Conspiracy (ditulis 8/12/2006)

Artikel ke-222 - My favourite place of hang-out in Pulau Besar, Melaka (ditulis 21/7/2008)

Yang ini pula ada sedikit kena mengena dengan aturan nombor - My latest trip to Janda Baik and the number 22222! (ditulis 24/7/2008)



Blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Artikel ke-2 - Masjid Batak Rabit (Batak Rabit Mosque) (ditulis 19/11/2006)

Artikel ke-22 - Bertandang ke makam diraja Langgar, Kedah (A visit to the royal mausoleum at Langgar, Kedah) (ditulis 14/4/2007)

Artikel ke-222 -  Nombor 222 dan seni ukir Melayu (The number 222 and Malay art of carving) (ditulis 24/4/2--0)



Blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)

Artikel ke-2 -  Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) (ditulis 31/10/2012)

Artikel ke-22 - Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu - Faktor Aceh dan sokongan kerajaan Melaka (ditulis 29/11/2012)

Artikel ke-222 - Tanjak baru untuk HIKMAH Janda Baik (ditulis 18/1/2016)



Thursday, March 25, 2021

Kecintaan pada hikmah - Makna falsafah yang boleh mengangkat perjuangan Melayu Islam akhir zaman

Salam bulan Sya'aban semua. Sudah hampir 4 bulan blogspot ini tidak dikemaskini. Tadi setelah mempersembahkan artikel bertajuk Mengapa Malaysia memerlukan ilmu falsafah? Satu wawasan untuk mengangkat daya fikir ummah di blogspot CATATAN SI MERAH SILU timbul rasa isinya patut dikongsikan di sini kerana sangat berkait dengan HIKMAH dan misi kami. Biar disalin bulat-bulat isi...


------------


Di celah-celah cerita perjalanan-perjalanan lama kita masuk lagi bab majlis ilmu. Ini daripada pagi  hingga tengah hari semalam. Topik boleh jadi agak berat bagi kebanyakan orang tetapi sangat menyegarkan bagi mereka yang cintakan ilmu dan kebenaran.



Majlis kali ini dianjurkan oleh Akademi Profesor Malaysia (APM). Ia adalah yang ketiga dalam siri "Syarahan Felo Kehormat APM" buat tahun ini. Tidak seperti beberapa majlis ilmu berbahasa Inggeris yang saya kongsikan sebelum ini lalu perlukan penterjemahan  ia dibuat dalam bahasa Melayu. Tajuk yang mahu diangkat adalah  "Mengapa Malaysia Memerlukan Ilmu Falsafah".


Majlis bermula pada jam 10.30. Saya menyertai melalui Zoom 10 minit lewat. Ketika itu sudah selesai kata-kata aluan oleh Presiden APM Prof. Dato' Sri Dr Daing Mohd Nasir. Beliau telah memberikan pengenalan tentang siri syarahan lalu memberikan latar belakang pendidikan dan kedudukan akademik pemidato atau pemberi syarahan iaitu Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Osman adalah penyandang Kursi Al-Ghazali di tempat saya sedang menyambung pengajian pasca-siswazah iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). 

Kelihatan dalam gambar moderator Prof Dato' Dr Hassan Basri yang merupakan felo APM dan naib Canselor UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu) sedang memberikan sedikit kata-kata untuk melorongkan perkara. Disebutlah tentang kepentingan falsafah dan relevan tajuk lalu ruang pun diberikan kepada pemidato untuk memulakan bicara.



Osman membuka dengan sedikit kata-kata pengenalan lalu membuka slaid...




Disebutlah terdapat dua teori besar tentang asal usul ilmu falsafah. Dinyatakan ia bermula dengan pertanyaan tentang hidup - Siapakah aku sebenarnya? Dari mana datang? Di mana berada setelah mati? Apakah hakikat wujud yang sebenar? Falsafah bermula apabila manusia mula mengajukan persoalan-persoalan ini. Malah persoalan sama masih diajukan oleh mereka yang berfikir sehingga kini.

Walaupun memiliki banyak pecahan dua teori besar ini harus dapat merangkumi semua perkara. Teori berdasarkan agama bermula dengan risalah samawi. Diberikan contoh Plato (pemikir besar Yunani abad ke-5 dan ke-4 Sebelum Masihi) menerima teori bahawa falsafah berasal dari agama. Ia adalah heavenly messageDalam Islam pula ia bermula daripada Nabi Adam AS sendiri. Baginda telah diajar nama-nama oleh Tuhan. Hal ini bukan disebut dalam tamadun Islam sahaja. Dalam tamadun Timur pun asal usul falsafah dikesan berasal daripada agama. Misalnya melalui ajaran-ajaran Lao Tze dan Conficius (dua tokoh besar fikiran keagamaan dan kerohanian China yang hidup sekitar 2,500 tahun lalu). 

Yang mencabar teori ini adalah pendapat mengatakan falsafah bermula daripada renungan awal pemikiran manusia (tanpa berpandukan risalah daripada langit). Ini berdasarkan teori evolusi antropologi (yang terkait dengan teori manusia wujud akibat evolusi tanpa kewujudan Tuhan). Osman sendiri memilih teori pertama tanpa mengabaikan dapatan-dapatan yang terkumpul dalam teori kedua.




Disebut pula tentang makna falsafah. Al-Kindi (pemikir besar silam Islam abad ke-9 Masihi) yang mengikut tradisi ilmu Aristotle (pemikir besar Yunani abad ke-4 Sebelum Masihi) telah memberikan enam definisi. Osman memberikan empat (rujuk slaid). 

Makna pertama adalah berdasarkan etimologi atau asal usul perkataan. Perkataan "Falsafah" berasal daripada bahasa Arab sedangkan itu asalnya diambil daripada bahasa Yunani. Perkataan asalnya dalam bahasa Yunani adalah "Philosopia" yang membawa makna cinta kepada hikmah atau kebijaksanaan. Dalam bahasa Inggeris ini disebut sebagai "love of wisdom".

Hmm. Kalau semua benda hendak disampaikan seperti dalam syarahan jadi panjang sangat artikel ini nanti. Jadi biar diringkaskan berdasarkan nota yang telap ditaip terus ke dalam komputer sambil mendengar syarahan semalam seperti berikut :-

Mengenai perkara 1 dalam slaid - Bagi Barat Plato dan Aristotle adalah sumber utama falsafah. Dalam tamadun lain ada panggilan lain yang membawa makna hikmah. 

Mengenai perkara 2 - Bidang yang mengkaji makna falsafah itu sendiri dianggap sebagai falsafah. 

Mengenai perkara 3 - Cara berfikir logik yang kita pakai sekarang lebih pada berasal daripada Yunani. Tamadun lain ada cara berfikir logik yang lain seperi di India dan China. Bukan ada satu sahaja cara berfikir tetapi banyak cara. 

Mengenai perkara 4 - Dahulu ilmu falsafah meliputi ilmu fizik cara lama bukan seperti sekarang. Ia juga meliputi ilmu metafizik (melangkaui fizik) merujuk pada hal-hal seperti ilmu keTuhanan. Ilmu sains sekarang pula adalah ilmu falsafah amali/praktikal.

OK. Adapun latihan saya sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times tahun 1991-1995 menimbulkan kebiasaan untuk menerangkan semua perkara dan memudahkan bahasa sehingga sampai pada tahap pemikiran awam. Ini adalah prinsip penyebaran maklumat melalui media massa. Sedangkan syarahan-syarahan sebegini yang bersifat akademik sebenarnya adalah khas untuk golongan yang sekurang-kurangnya memiliki suatu tahap celik ilmu. Pun begitu saya tetap berusaha agar setiap penulisan dapat 'dicairkan' ke peringkat awam. Cuma kadangkala ini amat memenatkan dan memakan masa. Jadi terima sahajalah apa yang Allah SWT mudahkan bagi saya dalam perkongsian ini.

Untuk slaid-slaid seterusnya biar diletakkan dalam bentuk point form di mana setiap nombor merujuk pada apa yang ada dalam slaid kecuali dinyatakan berlainan.





1. Falsafah rasional yang menggunakan logik akal selalu dikontrakan dengan falsafah keagamaan  menggunakan wahyu. Tetapi hal-hal agama juga ada yang bersifat rasional. 

2. Aristotle menekankan teori dan amali ini. Ini dibawa oleh golongan Peripatetic (pengikut ajaran beliau termasuk sejumlah ilmuwan silam Islam).

3. Terma bahasa Inggeris Perennial  merujuk pada kebenaran yang selalu benar. Ada kebenaran yang kekal abadi, ada yang benar cuma dalam konteks dan tempoh tertentu sahaja (transient truth). Contoh falsafah abadi adalah intipati tentang Tuhan. Kerana Tuhan tidak berubah (bermakna kebenaran tentang Tuhan adalah abadi, terpakai bagi setiap zaman).

4. Dalam falsafah tradisional agama memainkan peranan penting. Orang zaman moden pula mengeluarkan agama (daripada hidup) lalu menggunakan fungsi akal/analitik (semata-mata).

5. Falsafah analitis (berdasarkan akal semata) di Barat bermula pada abad ke-20 Masihi. Tetapi ia sebenarnya cuma satu cabang. Namun pada banyak ahli fikir ia dianggap sebagai falsafah sebenar

6. Setiap disiplin ilmu memiliki prinsip-prinsip dasarnya sendiri. Itu sendiri membentuk falsafah bagi ilmu berkenaan.

Oh. Tadi saya masih cuba menambahkan penerangan daripada nota. Selepas ini biar dikongsikan setakat apa yang dapat/sempat ditaip secara real time ya. Penerangan cuma akan ditambah kalau terasa ada keperluan sangat.




1. Merujuk pada intipati - Abadi, benar pada setiap zaman. Ia boleh dilupai oleh manusia tetapi suatu masa nanti akan dipulihkan semula. Tapi dalam falsafah tradisional amnya, bukan Islam sahaja ada darjat/hierarki. Ada yang percaya pada keabadian alam tetapi ia tidak sama dengan keabadian Tuhan. 

2. Bukan hanya benar bagi suatu kelompok manusia atau tamadun tapi benar bagi semua. Menjadi fungsi ilmu falsafah untuk mengenal apakah yang universal dalam semua tamadun dan agama. Jadi ia bersifat inklusif. Lawannya ekslusif bermakna ada sesuatu yang telah dikeluarkan daripada ilmu itu.

Kemudian Osman menyebut boleh tambah Perkara 3 (tiada dalam slaid) - Kerasionalan ilmu falsafah. Kebenaran itu boleh difahami dan kelihatan rasional bagi akal.

Seterusnya ditambah Perkara 4 - Usefulness of philosophy - Kebergunaan falsafah. Berdasarkan Utilitarianism sahaja ini bermakna berguna, praktikal yang biasanya bersifat kebendaan. Walhal dalam tradisi lain boleh jadi berguna pada jasad, jiwa, akal. Asalkan memenuhi suatu keperluan manusia ia berguna. Tetapi ada yang membataskan pada material sahaja. Ia satu persoalan dalam ilmu falsafah.






1. Ibu ilmu - Pencetus pada ilmu-ilmu lain. Dahulu pada dasarnya agama, falsafah dan sains tidak terpisah - Satu kesatuan.  Kemudian baru berpisah.

Peranan falsafah dalam pembahagian ilmu cukup penting

2. Isu integrasi timbul daripada semasa ke sama. Oleh itu di Indonesia disebut falsafah ilmu bukan falsafah sains.

3. Dalam sejarah falsafah memainkan peranan penting untuk mengilhamkan yang lain. Misalnya Charles Darwin (yang membawa teori evolusi sehingga manusia dikatakan berasal daripada beruk itu) membina kesimpulan bukan sekadar berdasarkan data yang dikumpulkannya tetapi dipengaruhi oleh teori pada zamannya. Ia mempengaruhi kajian empirikal.

Hendak melahirkan teori besar perlu melibatkan falsafah.

4. Bidang falsafah secara rata percaya pada unity of knowledge - Kesatuan ilmu pengetahuan. Di Barat dilihat ada persaingan antara cabang-cabang ilmu tetapi itu khusus pada Barat moden. Einstein tak percaya ini kerana beliau mendokong kesatuan ilmu pengetahuan. Sepatutnya tidak wujud konflik/pertentangan/ketegangan antara ilmu-ilmu.




Falsafah Islam sebagai yang termuda (berbanding Hindu dan Buddha misalnya) boleh memainkan peranan penyatuan. Boleh membantu mengenal pasti apakah unsur-unsur kepunyaan bersama yang ada dalam falsafah-falsafah lain. Osman percaya dengan kebangkitan kesedaran agama semua mahu mengkaji falsafah yang wujud dalam agama masing-masing.

Kenapa ilmu falsafah penting untuk Malaysia? Kerana ditakdirkan ia tempat banyak agama, banyak budaya. Dengan ilmu falsafah dapat dikesan kesamaan lalu menjadi penyatu.



Ketika mendengar bahagian ini masuk Perkara 2 tiba-tiba terlihat ada anjing hitam masuk ke halaman rumah.  Terpaksalah mengambil masa untuk menghalau kemudian membuat sertu pada bahagian laman yang dipijak anjing. Itulah antara cabaran dalam menghadam ilmu di rumah sendiri. Rindu pula sudah lebih setahun tidak menjejakkan kaki di kampus ISTAC di Bukit Tunku, Kuala Lumpur akibat masalah wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia.




Perkara 1 - Disebut belum institusi berkenaan di Malaysia seperti halnya di Barat. Harus ada tempat bernaung bagi semua ilmu,  dapat membawa ahli pelbagai bidang untuk bersama. Kalau Akademi Sains sahaja wujud (seperti sudah ada di Malaysia) seolah-olah membayangkan ilmu-ilmu lain tidak penting. Alangkah baik jika ada satu payung untuk meliputi semua bentuk sains dan cabang ilmu.

Kesimpulannya ilmu falsafah harus dihargai. Universiti harus ada kursus falsafah. Pada peringkat fakulti dicadangkan ada kursus berhubung dengan falsafah. Kalau tiada di fakulti sendiri ambil di fakulti lain. Kalau tiada di universiti sendiri cari di universiti lain.

Kembali pada pemulaan tentang falsafah sebagai cara berfikir. Memandangkan kelemahan cara berfikir pelajar sekarang harus ada kursus falsafah. Walaupun terdapat kursus kreatif thinking dan sebagainya tetapi itu belum sampai tahapnya. Kena belajar cara bagaimana berfikir dengan betul dan secara sistematis supaya memiliki pandangan yang luas. Ilmu falsafah boleh menyumbang pada cara pemikiran, boleh membantu menyelesaikan masalah - Problem solving - Bagaimana hendak menguraikan kebuntuan. Akhir sekali Osman mahu melihat Malaysia maju dalam bidang ilmu, dapat menyelesaikan pelbagai jenis masalah. 




Kalau diikutkan rasa letih dalam menyediakan artikel sambil ada perkara-perkara lain menuntut perhatian dan masa mahu sahaja ditamatkan artikel setakat ini lalu meminta pembaca melihat sendiri video rakaman majlis. Tetapi oleh kerana sudah ditaip terus (ya, ke dalam blogger, ke dalam draf artikel di blogspot) maka biar dikongsikan apa yang sempat ditaip daripada sesi seterusnya iaitu maklum balas oleh dua orang pengulas.

Daripada pengulas pertama, Profesor Dato' Seri Dr Md Salleh Yaapar daripada USM (Univesiti Sains Malaysia) juga felo utama di ISTAC :-

Mula dengan istilah dalam bahasa Greek - Philosophia - Cinta terhadap hikmah. Takrifan sangat penting dalam kehidupan. Tanpa ini manusia akan hidup dalam kegelapan/kesesatan. Fungsi ilmu falsafah sangat besar - Memberikan kemahiran berfikir kritis, analitik, logis, memberikan tindakan tepat dalam setiap detik. Kedengaran amat abstrak. Tetapi kemahiran yang dibina amat nyata dan amat berharga. Kemahiran amat dikehendaki oleh pihak majikan. Lalu graduan dapat memberikan analisis yang tepat, mengenali hujah yang kuat atau lemah.

Diulas tentang ilmu falsafah menyokong kesatuan ilmu. Banyak sub-bidangnya, epistemologi etika, estatika (ini jarang orang tahu ada falsafahnya), falsafah pendidikan, falsafah seni lalu masuk bab kesusasteraan bandingan. Diberikan contoh teks Hayy Ibn Yaqzan yang dihasilkan oleh Ibnu Tufayl sebelum meninggal dunia tahun 1185 M.  Dalam bahasa Inggeris "Son of the Awake". Amat menarik sehingga diterjemahkan terus ke bahasa Latin menjadi philosopher et reductus. (itu yang saya dengar). Orang yang mengajar dirinya sendiri ilmu untuk hidup. Abad ke-18 ditiru bulat-bulat menjadi Robinson Cruseo (novel Barat yang sangat terkenal itu). Walhal ia tiruan daripada Hayy Ibn Yaqzan.

Melalui karya ini Ibnu Tufayl menonjolkan falsafah hidup kendiri - Sebagai bayi ditinggalkan di sebuah pulau lalu dibesarkan oleh kijang. Tidak mengenal manusia, masyarakat dan ajaran-ajarannya tetapi mengenal ajaran Tuhan. Dengan itu dia amat mengenali alam sekitar lalu memahami Tuhan. Tahu Allah itu wujud.  Secara ringkas inilah yang dimaksudkan oleh Osman tadi sebagai kesatuan ilmu. Tanpa masjid, masyarakat dan sebagainya dia dapat mengenal Allah. Faham agama lalu menjadi insan yang kamil.

Dua, dalam keadaan terbuang di pulau tanpa manusia dapat membuat pemerhatian yang dipanggil scientific investigation. Ketiga, dapatan saintifiknya sesuai dengan agama. Karya ini bukan sahaja diminati pada zamannya (zaman kebesaran klasik Andalusia) tetapi terus diterjemahkan ke dalam bahasa Latin lalu ditekuni dunia Barat sehingga mencetuskan apa yang hari ini dipanggil sebagai European Renaissance seterusnya Scientific Revolution. 

Tentang kewajaran universiti ada kursus falsafah, Salleh bersetuju. Paling kurang kursus wajib peringkat universiti. Dapat pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kemahiran analitik, estetika. Paling kurang falsafah hidup.



Daripada pengulas kedua Prof Dr Mohd Hazim Shah daripada UUM (Universiti Utara Malaysia) :-

Mulakan dengan berseloroh kata ini pertemuan orang lama kerana mengenali Osman semasa di UM (Universiti Malaya). Ulasannya - Thought provoking lecture. Provide food for thought.  Seperti dikejutkan daripada slumber walaupun sudah tahu sesetengah perkara kerana mengenali Osman dan tulisan beliau.

Paling menarik kegunaan falsafah pada budaya dan masyarakat Melayu. Perennial Philosophy. Kebenaran tidak dimakan masa, tidak ketinggalan zaman. Seperti dipersembahkan oleh guru Osman sendiri iaitu Syed Hossein Nasr (ketika membuat PhD di Amerika Syarikat tahun 1980an) tentang esotoric dan exotericExoteric  bersifar luaran lalu berlainan. Esoteric bersifat dalaman lalu ada pertemuan.

Falsafah memberi ruang untuk dialog antara budaya dan agama. Hazim sendiri ada mengajar kursus falsafah, sekarang di UUM. Ada diajar metafizik, epistemologi, etika. Paling menarik comparative philosophy. Bukan sekadar falsafah Barat dan Islam tetapi falsafah Timur. Pelajar datang daripada pelbagai latar belakang. Perbincangan boleh diadakan secara terbuka dan rasional. Tidak seperti di luar yang banyak sekatan. 

Jelas kegunaan falsafah kerana membenarkan perbincangan intelektual dengan keterbukaan yang tidak mungkin dalam bidang lain. Ini sesuatu yang sihat, harus diteruskan. Kepentingan di negara kita kerana tidak dapat lari daripada hal pelbagai budaya dan agama. Boleh digunakan ilmu falsafah yang sudah ada tradisi ribuan tahun. Diajarkan di kelas kewajaran falsafah Timur. Barat berdasarkan pemikiran analitik menolak gelaran falsafah bagi falsafah Timur. Katanya cuma kata-kata hikmah, bukan analytical thinking. Fahaman Eurocentric ini tidak harus diterima. Di Barat sendiri banyak aliran falsafah yang bukan berdasarkan pemikiran analitis. 

Selain daripada itu yang Hazim anggap sebagai masalah intra-budaya adalah cabaran oleh moderniti. Ini merentas semua kaum dan budaya di Malaysia. Kita gunakan falsafah untuk menentukan jati diri suatu tamadun atau bangsa. Kalau tamadun Barat misalnya asasnya falsafah pemikir Barat seperti Plato, Aristotle dan Kant (pemikir Jerman abad ke-18 Masihi). Dalam tamadun Islam ada Al-Ghazali.

Tiba-tiba terdengar bunyi hujan turun lalu kena keluar rumah angkat pakaian basuhan yang disidai. Bila duduk kembali di hadapan komputer kedengaran Hazim menyebut  kita masih bergantung pada pemikir-pemikir luar. Pemikir dalam tak ramai, mungkin seperti (Tan Sri) Prof Syed Naquib dan Prof Osman. 

Rumusan ringkas beliau - Apa yang telah diketengahkan oleh Osman adalah permulaan penting. Harap APM dapat meneruskan usaha sebegini.  Rumusan oleh moderator - Semacam bertautlah ulasan (dua orang pengulas) dengan apa yang diperkatakan Osman. Sila ikuti rakaman video di sini.

Wednesday, November 4, 2020

Malaysia Tanpa Ahli Politik? Jelas sudah pendirian berdasarkan realiti semasa, bukan angan-angan semata

Salam petang Rabu 4 November 2020. Merujuk pada artikel Trial Run Bicara Perjuangan HIKMAH 25 Oktober dan rancangan untuk acara sebenar 31 Okt yang dipersembahkan 6 hari lalu. Adapun edisi pertama acara yang diberi nama "Bicara Perjuangan HIKMAH" telah selamat dilangsungkan secara on-line sepenuhnya 4 hari lalu. Tajuk perbincangan edisi pertama iaitu "Malaysia Tanpa Ahli Politik : Mustahil atau Bagaimana?" juga sudah selamat dibicarakan dengan jayanya. Ini ceritanya...



Trial run atau sesi percubaan yang dilakukan petang Ahad 25 Oktober telah memberikan peringatan agar pelbagai aspek teknikal mesti dipastikan lancar terlebih dahulu sekurang-kurangnya sejam sebelum acara bermula. Kali ini kawan-kawan yang bertanggungjawab menjaga hal teknikal bertindak lebih awal. Bahkan seawal jam 10 pagi sudah dibuka saluran untuk siaran langsung di Youtube Live walhal acara dijadualkan bermula jam 2 petang iaitu 4 jam lagi. Ini kerana selain mahu memastikan tiada masalah teknikal seperti pernah berlaku pada awal trial run saluran dibuka awal supaya pautan atau link bagi tontonan umum dapat diwar-warkan secepat mungkin.




Bilik maya perbincangan atau room melalui perisian Zoom pula mula dibuka pada jam 1 lalu para panelis dan moderator pun mula check-in atau mendaftar masuk.  Mereka ialah :-


1. Megat Iskandar at-Terawis - Setiausaha agung Persatuan Keturunan Megat Terawis dan Presiden Persatuan Genealogi Malaysia

2. TunSuzana Othman - Pengerusi Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam ( KEMUDI), penulis buku"Ahlul Bait (Rasulullah SAW) dan Raja-raja Melayu" dan 18 tajuk buku lagi

3. S.H. Alattas @ Pak Habib - Penulis kontroversial politik tanah air yang telah menghasilkan 82 tajuk buku


Moderator adalah saya, Radzi Sapiee @ Merah Silu, presiden HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman", penulis siri trilogi buku "Berpetualang ke Aceh" dan 10 tajuk lagi. Dengan cepat dapat dibuat sound-check untuk memastikan tiada masalah bunyi dan sebagainya. Masuk jam 2 bicara pun dimulakan dengan memperkenalkan tajuk. Kenapa dipilih "Malaysia Tanpa Ahli Politik?". Diterangkanlah bahawa ia adalah berdasarkan sentimen semasa orang ramai sejak sebulan dua kebelakangan. 

Dapat dilihat dengan jelas melalui media-media sosial seperti Facebook dan WhatsApp bahawa ramai merasa meluat dengan gelagat ahli politik asyik sibuk hendak berebut kuasa dalam keadaan rata-rata rakyat sedang susah akibat masalah jangkitan virus COVID-19 dan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) untuk mengekang jangkitan. Selalu dibangkitkan pula tentang kemungkinan PRU (Pilihan Raya Umum) ke-15 mahu diadakan secepat mungkin sedangkan sudah terbukti keterlibatan ahli-ahli politik dan para penyokong pada PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah 26 September telah menyebabkan kes jangkitan COVID-19 naik mendadak sehingga mencapai 800 malah lebih 1,000 kes setiap hari sejak itu. Apakah kita tiada pilihan selain harus menyokong ahli politik ini atau ahli politik itu, parti politik ini atau parti politik itu? Sedangkan semuanya kelihatan sama sahaja gilakan kuasa tanpa mempedulikan hal ehwal dan keperluan rakyat jelata?




Seperti disebut dalam artikel Trial Run Bicara Perjuangan HIKMAH 25 Oktober dan rancangan untuk acara sebenar 31 Okt arah tuju perbincangan digariskan melalui soalan-soalan yang ditanyakan kepada setiap ahli panelis seperti berikut :-


1. Secara idealistiknya apakah yang anda faham tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara?

    a. Tentang Perlembagaan dan bagaimana ia membahagikan kuasa bagi check and balance.

  b. Bagaimana ia (mekanisma seperti Perlembagaan) dapat mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu, hak-hak orang Melayu dan kesyumulan agama Islam.

2. Secara realistiknya berdasarkan apa yang sedang berlaku pada masa sekarang bagaimanakah anda melihatnya (merujuk pada perkara seperti a dan b di atas)?

3. Apakah pemerintahan dan pentadbiran idealistik yang perlu dituntut? Pada saya tentulah kerajaan Islam berdasarkan cara pemerintahan di Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW. Atau ada pandangan lain yang lebih baik?

4. Adakah ahli politik sekarang boleh membawa ke situ (pemerintahan dan pentadbiran idealistik) atau bagaimana?

5. Bagaimana pula raja-raja Melayu dan sistem pembesar tradisi? Bagaimana anda melihat peranan mereka (ke arah pemerintahan dan pentadbiran idealistik)?

6. Akhir sekali bolehkah diadakan Malaysia tanpa ahli politik atau bagaimana? Bagi setiap jawaban sila nyatakan kenapa. Dan bagaimana (kalau ada suatu cadangan perlu dicapai)...




Dalam kerangka persoalan-persoalan itulah dibincangkan idealisma pemerintahan dan pentadbiran negara berdasarkan ajaran Islam untuk dibandingkan dengan apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negara. Apakah Perlembagaan cukup untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam di Malaysia? Atau kita harus tunduk pada desakan puak-puak liberal, anti-Melayu dan anti-Islam atas nama rule of law atau keluhuran undang-undang negara lalu tidak dapat berbuat apa-apa?Dibincangkan pula peranan ahli politik baik daripada segi idealisma kemudian realitinya. Kenapa terbit keadaan sekarang yang mana ahli politik kelihatan begitu sibuk malah kemaruk berebut kuasa sehingga menyusahkan lalu menyebabkan rakyat meluat? Apa pula peranan raja-raja dan para pembesar tradisi Melayu?



Perbincangan penuh sepanjang lebih 2 jam boleh diikuti melalui video atas. Cuma disebabkan saluran  dibuka sejak jam 10 pagi paparan sejak itu turut dirakam sama. Kami menghadapi masalah untuk  menyunting keluar 4 jam lebih waktu menunggu itu lalu harus membiarkannya. Oleh itu kalau mahu masuk terus pada perbincangan sila pergi ke minit 4:09:35.



Sekadar hendak memberitahu. Pada tarikh hari ini 4 November tepat 8 tahun lalu berlangsunglah acara pertama HIKMAH di mana-mana. Lihat Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012. Sesuailah perkara ini dinyatakan dalam artikel yang meringkaskan perjalanan acara pertama HIKMAH dalam bentuk forum on-line. Insyaallah banyak lagi tajuk-tajuk menarik melibatkan isu-isu semasa dalam konteks besar kenegaraan akan kami bawa selepas ini. Bagi kami landasan dan arah tuju adalah jelas sejak HIKMAH diasaskan pada 12 Oktober 2012. Lihat HIKMAH - Bagaimana ia bermula. Kami mahu menuju ke arah  penubuhan kekhilafahan di atas manhaj keNabian seperti disabdakan baginda Rasulullah SAW dalam hadis-hadis tentang akhir zaman.


PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.