Pagi Sabtu 17 Januari. Saya juga beberapa orang rakan HIKMAH meninggalkan homestay di pinggir bandar Sungai Petani untuk ke tempat acara.
Perjalanan memakan jarak sekitar 17 km. Sebelum jambatan ke Semeling kelihatan
banner HIKMAH Lembah Bujang - Jejak Tamadun Merong di persimpangan.
Jambatan menyeberangi Sungai Merbok yang penuh dengan sejarah itu. Gunung Jerai menghiasi latar belakang...
Masuk ke kawasan perumahan Taman Lembah Bujang kelihatan lagi situ banner.
Dah sampai...
Saya meluru ke dalam untuk membuat set-up paparan. Ia adalah persediaan untuk sesi pembentangan, dijadualkan bermula jam 11.
Acara dimulakan agak lewat iaitu jam 10. Memandangkan getaran musim Maulidur Rasul masih berkumandang sambutan sederhana pun dibuat dengan bacaan dan selawat dipimpin 4 orang anak muda kumpulan Generasi Harapan (kalau tak salah ingatan) dari Kampung Lahar Yooi, Seberang Perai.
Persembahan Nasyid memuji Nabi Muhammad SAW turut diadakan sebagai sebahagian daripada sambutan Maulidur Rasul.
Sekitar jam 10.45 muncul tetamu kehormat Datuk Paduka Raja Abdul Majid Raja Mat Isa atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Majid. Orang kuat Silat Pusaka Gayong ini akan merasmikan majlis.
Tuan rumah, saudara Che Ross yang juga merupakan ahli Pusaka Gayong membacakan sajak tentang perjuangan Melayu...
Selepas itu upacara perasmian pun dimulakan. Cikgu Majid memberikan sedikit kata-kata pembangkit semangat.
Ketika itu, pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr Mokhtar Saidin sudah pun sampai. Beliau akan membuka sesi pembentangan.
Cikgu Majid merasmikan majlis dengan pukulan gong.
Selepas itu kami rehat bersarapan...
No comments:
Post a Comment