Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...






















Wednesday, August 12, 2015

HIKMAH Beruas - Busana, makanan, pedang dan mimbar. Menyelesaikan hal tertunggak...




Sekitar jam 2.14 petang hadirin pun berkumpul kembali di dewan untuk sesi pembentangan petang.



Mengikut jadual asal sesi ini harus dimulakan jam 2.45. Tetapi ia dipercepatkan memandang tengah hari itu kami berehat awal demi memenuhi undangan rumah terbuka di pekan Beruas dan semua pun sudah makan.



Sesi pembentangan petang juga dipercepatkan kerana undangan telah menyebabkan sesi pembentangan tengah hari yang asalnya dijadualkan berlangsung 11.45 - 1.45 dibatalkan. Hal ini menyebabkan atur cara keseluruhan harus dirombak kembali secara drastik. Dengan itu, pembentangan pertama sesi tengah hari yang bertajuk "Busana Melayu : Antara Tradisional dan Klasik" oleh saudara Johan Iskandar, seorang pengkaji dan aktivis busana juga pengasas badan NGO Komuniti Keris Warisan dianjakkan menjadi pembentangan pertama sesi petang.






Ketika itu, tim projek dokumentari "Daulah Melayu" sudah bersama dalam majlis untuk membuat penggambaran. Untuk pengetahuan saya terlibat sebagai seorang penyelidik utama juga hos bagi dokumentari bersiri yang menjangkau 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini. Penggambaran dibuat untuk meliputi dua aspek utama - satu adalah tentang sejarah kerajaan Beruas juga kerajaan lebih awal dalam lingkungan wilayah yang sama iaitu Gangganegara. Satu lagi adalah tentang aktiviti saya sebagai hos satu siri yang dibuat untuk memartabatkan sejarah dan kebudayaan Melayu juga Islam. Ini sudah diterangkan dalam artikel Lawatan lapangan HIKMAH Beruas, shooting "Daulah Melayu" dan pertukaran lokasi acara 12 hari lalu.






Setelah memberikan penerangan panjang lebar tentang mengapa aspek-aspek tradisional busana Melayu harus dipelihara seasli mungkin tanpa mencampur-adukkan elemen-elemen baru terutama selepas British masuk mengubah keadaan di Tanah Melayu, Johan bangun untuk membuat satu demonstrasi.









Ia melibatkan penghasilan tenaga dalam secara automatik atau spontan setelah mengenakan pakaian yang betul, pakaian yang pembuatannya memiliki sanad ilmu yang berwibawa, bukan setakat tiru-tiru atau memandai-memandai memgubahsuai sesuka hati. Tak perlulah diterangkan bagaimana kerana beliau tidak mahu perkara ini dirakamkan terutama dalam dokumentari. Cukuplah apa yang dikongsikan untuk memberikan gambaran.



Pembentang seterusnya adalah saudara Idris Zainal Abidin, seorang pengkaji sejarah dan pengusaha makanan sunnah.






Membawa tajuk "Teori Membangun Umat Cemerlang. : Rahsia Pemakanan para Rasul dan Kesan Amalan Harian Mereka daripada Sudut Sains" beliau asalnya dijadualkan menjadi pembentang ketiga dan terakhir untuk sesi tengah hari.



Berbeza dengan pembentang lain beliau memilih untuk menggunakan white board bagi membantu penerangan.



Untuk pengetahuan, seperti Johan, Idris juga pertama kali membentang dalam HIKMAH. Bezanya Johan pernah beberapa kali menghadiri majlis kami dan pernah menjadi moderator sesi perbincangan berkumpulan yang sering diadakan selepas rehat Asar.



Selesai itu aktivis seni ukir dan khat, saudara Mohd Zahamri Nizar memulakan tajuk "Ikonografi Zulfikar di Alam Melayu : Kibaran Panji-panji Perjuangan Melayu Islam".






Beliau yang sudah beberapa kali membentang tajuk serupa dalam majlis-majlis HIKMAH sebelum ini asalnya dijadualkan menjadi pembentang ketiga sesi tengah hari. Tentang isi pembentangan boleh rujuk pertengahan artikel lama HIKMAH 4 Nov - Lepas Zuhur hampir ke Maghrib masih tak balik-balik! yang menunjukkan perjalanan separuh akhir acara pertama HIKMAH lebih 2 tahun lalu.



Melihat ke luar sebentar...



Kelihatan produser atau penerbit dokumentari "Daulah Melayu", saudara Syahril sedang memasang alatan drone untuk membuat penggambaran dari udara...



Anak-anak seronok menunggu drone seperti helikopter ini berlepas. Saya diberitahu harganya adalah RM15,000 sebuah. Dua orang diperlukan untuk mengendalikannya, seorang untuk penerbangan, seorang untuk menjaga pergerakan kamera.



Kembali ke dalam dewan. Ketika ini Zahamri sudah tamat membentang menandakan apa yang tertunggak daripada sesi tengah hari sudah dapat dilangsaikan. Tiba giliran pengkaji seni, Dr Harleny Abd Arif untuk membentang tajuk "Kesatuan dalam Kepelbagaian : Identiti Ragam Hias Gunungan Mimbar Sultan Iskandar Muda (1607-1636)".



Seperti Zahamri, beliau juga sudah beberapa kali membentang tajuk serupa dalam majlis-majlis HIKMAH. Lihat artikel lama HIKMAH 4 Nov - Dari pagi ke Zuhur berkongsi ilmu juga HIKMAH Lembah Bujang - Tamadun purba Sungai Batu dan masjid abad ke-9 sebagai contoh. Cuma ada fakta baru ditambah berdasarkan kajian terkini beliau dengan pengkhususan diberikan kepada legasi Sultan Iskandar Muda yang pernah memerintah Aceh 400 tahun lalu. Ini mengambil kira kaitan istimewa Beruas dengan kerajaan besar Islam yang berpusat di utara Pulau Sumatera itu.



Di luar drone sedang diuji terbang. Saya difahamkan ia baru sahaja dibeli beberapa hari lalu. Penerbit bercadang untuk membuat penggambaran udara kami beramai-ramai berjalan keluar daripada dewan apabila selesai semua pembentangan.



Kalau ikut jadual asal, Harleny harus membuka sesi petang jam 2.45. Akibat memenuhi undangan rumah terbuka di pekan Beruas (lihat kembali HIKMAH Beruas - Antara atur cara yang dirancang dengan undangan rumah terbuka yang muncul tiba-tiba) ia bertukar menjadi pembentangan keempat sesi petang lalu bermula sejam setengah lewat berbanding jadual tersebut.









Nasib baik dua orang pembentang anak Beruas yang dijadualkan berkongsi ilmu selepas itu menawarkan diri untuk melupuskan pembentangan atau mengalihkannya ke waktu malam. Rujuk atur cara asal yang telah dikongsikan pada awal artikel HIKMAH Beruas - Antara atur cara yang dirancang dengan undangan rumah terbuka yang muncul tiba-tiba...



Maka itu apabila Harleny tamat membentang selepas 5 petang ia tidaklah lari terlalu jauh daripada jadual asal di mana sesi pembentangan petang harus tamat jam 4.45. Sesi boleh sahaja ditutup dan rehat waktu Asar dilangsungkan seperti dalam jadual jika tidak kerana saya pula perlu membentang (tidak dirakam dalam kamera saya). Secara peribadi, selepas memberikan laluan untuk hadirin bergerak ke pekan Beruas apabila giliran saya membentang tiba jam 12 tengah hari. saya merasakan ia tidak perlu lagi diteruskan.  Namun tim "Daulah Melayu" mahu pengkongsian ilmu daripada saya dirakamkan maka nak tak kenalah membentang selepas jam 5.



Tak mengapa jawab saya. Pembentangan bertajuk "Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah : Menelusuri faktor Beruas" boleh diringkaskan menjadi 15 minit sahaja fikir diri ini, selepas itu bolehlah dibuat penggambaran di luar menggunakan drone. Pembentangan tersebut mengulang kembali bahan yang pernah dikongsikan kepada ahli Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Kuala Lumpur awal 2014. Lihat artikel Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah di blogspot CATATAN SI MERAH SILU



Ternyata tidak semudah itu untuk meringkaskan pembentangan mengandungi isi yang pernah memakan masa sejam untuk diterangkan dengan baik. Apatah lagi apabila masuk faktor Beruas yang tidak ada dalam pembentangan PSM - saya turut menggabungkan isi daripada satu pembentangan yang mahu dibuat pada acara ke-3 HIKMAH di Lumut 27 Januari 2013 tetapi tidak sempat akibat kesuntukan masa ketika itu. Akibatnya, walaupun saya cuba sedaya mungkin meringkaskan pembentangan tetapi perlu menjaga kesinambungan agar tidak terlalu terlompat-lompat, ia cuma dapat diselesaikan dekat jam 5.45. Ketika itulah hujan turun maka penggambaran menggunakan drone tidak dapat dilaksanakan.



Daripada segi penggunaan masa dan rombakan atur cara kami masih berjaya kerana menurut atur cara asal segalanya harus selesai jam 5.45 petang. Itu adalah termasuk sesi perbincangan berkumpulan yang dijadualkan berlangsung 5.15-5.45. Perubahan atur cara menyebabkan saya merasakan lebih baik ia dibatalkan apatah lagi pihak penganjur tempatan meminta agar kami menyambung lagi acara pada waktu malam selepas Isyaq. Maka selesai sahaja pembentangan saya menangguhkan acara. Kami pun mengambil peluang untuk bergambar beramai-ramai.




Hujan pula menjadi semakin lebat sehingga timbul banjir kilat. Ini menyebabkan orang ramai tidak dapat meninggalkan dewan lalu kami pun duduk berbual-bual. Nasib baik air tidak masuk ke dalam dewan, lebih sejam juga kami terperangkap. Kalau berhenti awal pun penggambaran menggunakan drone tetap tidak dapat dilakukan kerana keadaan langit yang mendung dan kawasan sekeliling masih basah.

Ketika hujan lebat itulah muncul pengarah filem terkenal, sutradara Mamat Khalid yang merupakan seorang anak jati Perak. Beliau dan beberapa orang pelakon terkenal tanah air pernah menyerikan acara ke-7 HIKMAH di Melaka penghujung 2013. Lihat artikel lama HIKMAH VII di Melaka - Darah Melayu pun mula menggelegak. Ketika itu beliau meminta pertolongan untuk mengisi satu filem tentang Melayu yang mahu diterbitkannya lalu saya menggunakan sesi berkumpulan untuk mendapatkan maklum balas. Kali ini beliau membawa satu cadangan baru. Biarlah ia menjadi rahsia kecuali Mamat sendiri ingin berkongsi tentangnya kepada umum.



Sejak menyedari HIKMAH akan bertandang ke Beruas  Mamat telah menyatakan komitmen untuk datang apa lagi kami sudah lama tidak bersua muka. Cuma tak pasti sampai jam bila. Bila dah sampai sekitar jam 6 kalau tak salah, beliau mengambil peluang untuk mendapatkan satu persalinan busana Melayu tradisional, katanya untuk dipakai dalam majlis reunion sekolah di Ipoh malam nanti. Gambar bersama beliau diambil jam 7 petang. Ketika itu hujan sudah reda tetapi masih ramai yang berlegar-legar di sekitar dewan.

Oh. Tajuk kecil artikel ini iaitu "Busana, makanan, pedang dan mimbar. Menyelesaikan hal tertunggak..." dibuat kerana teringat komen seorang sahabat juga hadirin yang menyebut betapa acara HIKMAH kali ini yang menjadi penutup senarai acara kami buat beberapa waktu terasa lengkap kerana ada pembentangan tentang busana diikuti pedang (merujuk pada ikonografi Zulfikar iaitu pedang kesayangan Rasulullah SAW) dan mimbar. Ini membawa pengertian pemakaian, perjuangan dan keagamaan. Nampaknya beliau yang sampai ke acara lambat iaitu selepas rehat Zohor dan makan tengah hari terlupa ada pembentangan tentang makanan yang tidak kurang penting antara busana dan pedang. "Menyelesaikan hal tertunggak" pula merujuk pada bagaimana atur cara asal yang terganggu akibat memenuhi undangan ke rumah terbuka di Beruas dapat dirombak kembali secukup  rasa lalu memenuhi sesi petang. Alhamdulillah, Allah SWT memberikan gerak yang patut agar kami dapat menggembirakan hadirin dari jauh juga penduduk tempatan yang merasa teruja dengan kedatangan ramai anak Melayu berbusana tradisional...


HIKMAH Beruas - Antara atur cara yang dirancang dengan undangan rumah terbuka yang tiba-tiba muncul

Adapun 3 jam tadi saya telah mempersembahkan satu artikel bertajuk Sekitar HIKMAH Beruas - Tanjung Malim, Tapah dan Lata Kinjang di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Artikel yang menunjukkan sedikit persediaan akhir sebelum acara ke-15 HIKMAH berlangsung di Beruas baru ini sepatutnya sudah dikongsikan Jumaat malam Sabtu. Tetapi disebabkan tidak ada talian Wi-Fi boleh digunakan untuk mempersembahkannya dari sana maka saya harus menunggu kembali ke rumah sebelum dapat membuat kerja. Sampai ke rumah Isnin pagi buta pula saya terasa begitu kepenatan dan ini berlanjutan buat beberapa lama. Maka maafkanlah saya kerana lambat berkongsi cerita. Apapun, sekarang bolehlah dimulakan cerita perjalanan acara.




Pagi Sabtu 8 Ogos 2015, saya dan keluarga pergi ke tempat acara iaitu dewan orang ramai Kampung Banjar kira-kira 15 km ke selatan pekan Beruas.



Ini adalah lebih kurang 1.5 km ke selatan chalet tempat kami menginap. Sebelum ini pernah diumumkan bahawa acara ke-15 HIKMAH mahu diadakan di chalet. Lihat artikel Lokasi tepat HIKMAH Beruas 8 Ogos dan atur cara terbaru yang dipaparkan 2 minggu lalu. Tiga hari kemudian baru saya diberitahu oleh pihak penganjur tempatan bahawa acara dialihkan ke dewan Kampung Banjar.



Nasib baiklah pertukaran dibuat ke tempat yang cukup dekat. Maka ia tidaklah mengganggu. Dan lagi lokasi ini lebih baik kerana terletak betul-betul bersebelahan masjid, Senanglah orang hendak bersolat juga tumpang berehat. Buang air pun senang kerana tidak perlu berebut tandas.



Selain perubahan tempat, telah berlaku juga perubahan atur cara tentatif diakibatkan seorang pembentang mendapat panggil saat akhir untuk bertugas pada hari acara. Dengan itu saya pun membuat aturan baru lalu dikongsikan di Facebook 2 hari sebelum acara. Keesokannya saya tergerak untuk memaparkannya dalam bentuk yang lebih cantik lalu dikongsikan di FB. Biar dikongsikan di sini :-



Setelah atur cara terbaru ini dipersembahkan bolehlah saya bercerita lebih lancar apa yang berlaku seterusnya.



Atur cara menyebut acara harus dimulakan jam 9.15 pagi.






Namun seperti yang pernah berlaku pada beberapa acara HIKMAH persiapan termasuk menyediakan alatan audio-visual masih berlangsung selepas beberapa waktu.



Majlis juga bermula agak perlahan kerana menunggu kehadiran lebih ramai peserta.



Jam 10 pagi baru majlis secara rasminya dimulakan oleh saudara Tengku Ahmad Ridhaudin sebagai MC...












Saudara Rashid mewakili masyarakat Kampung Banjar juga anak-anak Beruas memberikan kata-kata aluan, Beberapa orang adik beradik beliau terutama kakaknya, Puan Khatijah terlibat menjayakan acara meneruskan kerja ayahanda mereka, arwah Dato' Shaharuddin untuk memartabatkan sejarah kerajaan lama Beruas juga Gangganegara.






Ini diikuti kata-kata aluan oleh saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH (tak ambil gambar). Seterusnya hadirin diberikan sedikit pengenalan sejarah Beruas oleh tuan Murshidi yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa penganjur tempatan.






Majlis seterusnya menjemput Drs. Ahmad Anuf Chafiddi, seorang budayawan Indonesia untuk memberikan sedikit kata-kata. Berasal dari Lamongan, Jawa Timur beliau datang ke Malaysia untuk menghadiri satu majlis GAPENA pada tarikh yang sama.



Tetapi majlis katanya dibatalkan disebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sepatutnya merasmikannya telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ketika itulah beliau tercari-cari satu majlis yang sesuai untuk mengisi masa lalu diberitahu oleh Puan Khatijah tentang HIKMAH. Ahmad sempat membacakan satu puisi ciptaan sendiri tentang perjuangan orang Melayu kemudian merasmikan majlis. Doa selamat dipanjatkan oleh seorang ustaz sebelum pembentangan ilmu bermula.



OK. Kenapa selepas menyajikan atur cara saya menyebut "bolehlah saya bercerita lebih lancar apa yang berlaku seterusnya."? Sebetulnya malam sebelumnya saya telah diminta oleh pihak penganjur tempatan untuk memberikan laluan agar hadirin dapat ke pekan Beruas bagi memenuhi undangan rumah terbuka wakil rakyat. Pada mulanya saya kurang bersetuju kerana jadual atur cara sudah cukup padat... tiba-tiba diminta membawa semua hadirin untuk ke majlis lain jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.  Rumah terbuka itu dibuat di pekan Beruas, 15 km dari dewan di Kampung Banjar. Kan dah makan banyak masa nak atur konvoi bergerak ke sana kemudian duduk makan menunggu masa untuk diraikan oleh wakil rakyat kemudian kembali bersama ke dewan untuk meneruskan acara? 

Bagaimana pula halnya bagi mereka-mereka yang sampai lewat? Apakah akan dilakukan jika mereka sampai ketika kita semua masih di luar dewan? Antara pembentang pun ada 2 orang yang katanya baru kembali daripada satu acara di Kuala Terengganu. Seorang setakat sempat menghadirkan diri 2-3 jam sebelum harus berkejar kembali ke Lembah Klang. Tak ke kelam kabut jadinya?



Keputusan berada dalam tangan saya sebagai presiden HIKMAH. Berdasarkan pengalaman mengendalikan 14 acara sebelum ini, hadirin secara rata sudi mengikut apa sahaja yang saya sarankan tetapi atas kepercayaan bahawa apa pun yang dilakukan adalah untuk kebaikan semua, bukan suka-suka nak arah atau perintah orang. Nak tolak undangan ke rumah terbuka memang tak manis apa lagi kami rata-rata orang luar bertandang ke tempat orang. Nanti Ahad kami akan membuat lawatan lapangan ke tempat-tempat bersejarah di Beruas. Eloklah dapatkan restu orang tempatan.

Setelah memikirkan hal ini sedalam-dalamnya, saya pun memutuskan begini. Kita buat dahulu acara seperti dirancang. Nanti bila sampai masa yang dirasakan tepat saya akan umumkan agar hadirin bergerak ke rumah terbuka. Itupun bukan semua akan ke sana, separuh atau lebih harus tinggal di dewan sekurang-kurangnya agar mereka yang datang lewat dapat melihat ada acara sedang berjalan, tak le dewan kosong macam tak berlaku apa-apa. Dan lagi memang ada pun yang kena tinggal kerana berniaga. Siapa pula nak jaga barangan kalau semua hendak bergerak ke Beruas? Kelihatan dalam gambar saudara Amirul Haji Mohammad, seorang aktivis dinar dirham dan jururuding kewangan Islam membuka sesi pembentangan pagi dengan kertas kerja bertajuk "Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan".







Pembentangan dimulakan sekitar 10.50 pagi lewat lebih sejam daripada apa yang dirancang. Amirul pernah beberapa kali membentang topik sama pada majlis-majlis HIKMAH, cuma setiap satu ditambah perisa berdasarkan perkembangan terbaru semasa. Lihat artikel lama Mata wang syariah dan Melayu : Penipuan dalam kewangan dan perlembagaan? yang dipersembahkan selepas acara pertama HIKMAH berlangsung di Shah Alam 4 November 2012.



Ini diikuti pembentangan bertajuk "Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu" oleh saudara Shamsul Yunos, seorang bekas wartawan Malay Mail, kini wartawan bebas dan penganalisis isu semasa.



Beliau juga telah beberapa kali membentang topik sama dalam majlis HIKMAH. Lihat artikel Kertas kerja HIKMAH IX - Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu yang dipersembahkan selepas acara ke-9 HIKMAH di Pulau Pinang 22 Februari 2014.






Selesai itu sampai giliran saya untuk membentang, Memandangkan sudah masuk jam 12 tengah hari saya pun mengumumkan rancangan untuk menghadiri rumah terbuka di pekan. Ketika itu makan tengah hari di dewan juga sedang disiapkan. Maka mereka yang tinggal bolehlah makan kemudian berehat atau meneruskan aktiviti bebas.



Keluarlah sebahagian daripada kami untuk mewakili seluruh jemaah HIKMAH.






Memasuki kawasan rumah terbuka di padang pekan Beruas. Kedatangan kami bukanlah untuk menyokong mana-mana kumpulan atau parti politik tetapi untuk bersilaturahim demi kedaulatan Melayu dan Islam. Lihat artikel Beruas raya open house invite di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Kami bergerak di luar landasan politik kepartian. Jika ada pihak yang mahu diangkat, ia adalah institusi diraja sebagai tonggak perpaduan ummah. Kami tidak melihat pada raja secara individu tetapi pada institusi yang harus dimartabatkan melalui individu-individu yang mampu membawa watak dan peranan sebenar seorang raja menurut Islam. Mereka adalah rantaian untuk kemunculan kekhalifahan Islam mengikut manhaj kenabian seperti disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa-peristiwa akhir zaman...



Friday, July 31, 2015

Lawatan lapangan HIKMAH Beruas, shooting "Daulah Melayu" dan pertukaran lokasi acara


Salam Jumaat. Pada artikel Lokasi tepat HIKMAH Beruas 8 Ogos dan atur cara terbaru yang dibuat 3 hari lalu saya ada memberitahu lokasi acara telah dimuktamadkan mahu diadakan di sebuah chalet di Kampung Bakar Bata, sekitar 12 km ke selatan pekan Beruas. Pagi tadi saya baru menerima berita pertukaran lokasi ke kampung berdekatan. Nasib baik ia tidak mengganggu kerana lokasi baru cukup dekat dengan yang lama. Biar dicopy paste update berkenaan yang diletakkan di Facebook...

--------------

LOKASI HIKMAH BERUAS 8 OGOS DIALIH KE KAMPUNG BANJAR

Salam pagi Jumaat. Hari ini tergerak saya untuk membuat senarai tempat2 yang mahu diliputi dalam sesi lawatan lapangan HIKMAH Beruas yang mahu diadakan Ahad 9 Ogos. Tapi sebelum itu biar dikongsi berita pertukaran yang baru diterima tadi. Saya diberitahu jawatankuasa penganjur tempatan telah membuat keputusan untuk mengalihkan acara ke dewan orang ramai di Kampung Banjar, Beruas. Ini adalah sekitar 1.2 km ke selatan lokasi acara yang diumumkan sebelum ini iaitu di Chalet Md Tan, Kampung Bakar Bata.

Saya belum melihat sendiri dewan ini tetapi dimaklumkan kemudahan yang ada lebih baik berbanding di Kampung Bakar Bata. Dengan itu majlis ilmu Sabtu 8 Ogos akan diadakan di situ, begitu juga taklimat dan perkumpulan untuk lawatan lapangan 9 Ogos. Insyaallah juga akan diadakan aktiviti seperti bacaan puisi pada malam 8 Ogos di dewan ini. Ini bergantung pada kesediaan mereka yang terlibat apabila sampai waktunya memikirkan, selepas majlis ilmu hadirin perlu berehat sebelum menyertai lawatan lapangan keesokan harinya.




Seterusnya saya membuat update ini di FB...


--------------


PENGGAMBARAN DOKUMENTARI "DAULAH MELAYU" PADA HIKMAH BERUAS

Nampaknya saya harus membuat status terbaru HIKMAH Beruas secara berperingkat baru rasa beres. Tadi dah sebut pasal pertukaran tempat acara ke Kampung Banjar sekarang kena kongsi bab ini sebelum menyenaraikan tempat2 bersejarah yang akan dijejaki pada sesi lawatan lapangan.

OK. Rasanya ramai sudah tahu tentang penglibatan saya dalam satu projek dokumentari bernama "Daulah Melayu". Selain menjadi penyelidik saya juga hos lalu harus mengembara ke merata tempat termasuk ke benua Eropah untuk menjayakan projek bersiri yang memakan masa 2 tahun ini. Pihak produksi kami telah bersetuju untuk membuat penggambaran semasa HIKMAH Beruas 8 Ogos nanti. Paling utama mereka mahu mengekori perjalanan dan tempat2 yang diliputi semasa lawatan lapangan 9 Ogos.

Penggambaran dibuat dalam 2 kapasiti. Satu adalah untuk menunjukkan aktiviti saya sebagai hos yang sering terlibat dengan acara2 memartabatkan sejarah dan ketamadunan Melayu. Satu lagi adalah untuk bercerita tentang kerajaan Beruas yang terkait dengan kerajaan lebih lama iaitu Gangganegara itu sendiri. Dengan itu hadirin akan menjadi sebahagian daripada isi dokumentari. Semoga ini dapat menyemarakkan lagi semangat semua untuk berjuang demi kedaulatan Melayu dan Islam di bumi timur ini.

--------------

Dua update di FB ini muncul demi untuk menerangkan sesuatu. Sekarang barulah kita ke cerita utama, lawatan lapangan ke tempat-tempat bersejarah yang mahu diadakan Ahad 9 Ogos iaitu sehari selepas majlis ilmu Sabtu 8 Ogos...



Disebabkan perubahan lokasi acara adalah cukup dekat berbanding lokasi dahulu maka peta atas yang dipersembahkan dalam artikel Lokasi tepat HIKMAH Beruas 8 Ogos dan atur cara terbaru3 hari lalu masih terpakai. Peta ini juga melingkungi tempat-tempat yang boleh dilawati demi menjejak sejarah lama kerajaan Beruas dan kerajaan lebih lama Gangganegara. Biar disenaraikan tempat-tempat yang mahu dilawati seperti diberitahu kepada saya pagi tadi...


1. Bukit Shamsul Baharin


Bukit ini terletak kira-kira 7 km ke utara lokasi baru acara iaitu dewan orang ramai Kampung Banjar. Penanda dalam peta berwarna merah masih terpakai untuk menunjukkan lokasinya. Terdapat pelbagai cerita mistik dikaitkan dengan bukit ini, biar pengkaji tempatan menceritakannya nanti semasa sesi ilmu 8 Ogos diikuti taklimat lawatan lapangan 9 Ogos. Saya cuma tahu ada gua berdekatan puncak yang mana ramai pernah terlihat harta karun daripada jauh termasuk pengembara Mat Saleh zaman penjajahan British dahulu namun tiada siapa dapat mengambilnya.

Lagi satu adalah asal-usul nama bukit. Biar diulang, menurut cerita tempatan kerajaan Beruas diasaskan oleh seorang anak Raja Aceh bernama Malikul Mansur. Ini sebenarnya merujuk kepada Sultan Malikul Mansur, cucu kepada Sultan Malikus Saleh yang mengasaskan kerajaan Samudera dan Pasai hampir 800 tahun lalu, 300 tahun kemudian ia diserap ke dalam kerajaan Aceh. Kitab Hikayat Raja-raja Pasai menyebut, Sultan Malikul Mansur mewarisi kerajaan Samudera setelah kemangkatan Malikus Saleh. Kekanda baginda Sultan Malikul Mahmud pula telah lebih awal mewarisi kerajaan Pasai.

Namun Malikul Mansur dibuang daripada kerajaan oleh kekandanya akibat mengambil perempuan dari istana Pasai. Hikayat Raja-raja Pasai menyebut baginda dibuang ke Temiang, berhampiran sempadan Aceh-Sumatera Utara sekarang sedangkan kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu menyebut baginda dibuang ke Manjung iaitu berdekatan Beruas sekarang. Selepas membuka Beruas baginda didatangi 2 orang sahabat dari Aceh, Shamsul Baharin dan Daik Ismail lalu menjadikan mereka pembesar. Shamsul Baharin menjadi pemerintah Beruas apabila Malikul Mansur dipanggil kembali ke Aceh. Namanya diabadikan pada bukit kerana dipercayai bersemayam di sekitar situ...


2. Kampung Kota

Kampung ini terletak di tepi jalan Sitiawan-Beruas berhadapan Bukit Shamsul Bahrin. Dipercayai pernah ada kota lama yang besar di sini tetapi yang tinggal adalah sejumlah makam berbatu nesan Aceh. Secara rata pengkaji luar lebih mengenali kampung ini sebagai peninggalan zaman kegemilangan Beruas disebabkan makam-makam yang ada.


3. Muzium Beruas

Terletak di hujung pekan Beruas ia menempatkan relik-relik atau barangan lama yang dipercayai tinggalan lama kerajaan. Saya diberitahu muzium ini terbit hasil ekspedisi tajaan kerajaan Perak yang diadakan tahun 1991. Sedangkan ekpedisi kerajaan adalah susulan daripada ekspedisi-ekspedisi. anak tempatan untuk merungkai misteri kebesaran kerajaan Beruas. Lihat artikel-artikel berikut...










Lawatan ke Muzium Beruas dapat memberikan kefahaman yang baik tentang apa yang perlu diiliputi demi memahami sejarah kerajaan Beruas dan Gangganegara. Ini juga membawa kepada lawatan ke kawasan yang dipercayai tapak pelabuhan lama, dalam lingkungan pekan.



4. Kampung Dendang

Saya dah penat memberikan huraian. Cukuplah disebut kampung ini terletak sekitar 4-5 km ke timur pekan Beruas iaitu di tepi jalan ke Ipoh. Di situ katanya ada tempat dipanggil pintu gerbang, nampaknya merujuk pada pintu gerbang kerajaan. Lebih menarik ada kawasan yang jika dipijak mengeluarkan bunyi seperti gendang dipalu. Katanya ini menunjukkan kawasan di bawah bumi situ kosong, ada ruang tinggalan daripada zaman lama kerajaan.


5. Kampung Che Putih

Yang ni saya cuma tahu menghala ke barat pekan iaitu jalan ke Taiping. Katanya ada lokasi menunjukkan keberadaan kerajaan purba Gangganegara.


6. Kampung Pulau Meranti

Ada sejumlah makam-makam di sekitar kampung. Banyak barangan lama telah ditemui di kawasan ini

7. Ladang berdekatan Pulau Meranti 

Satu bukit dalam ladang berkenaan dipercayai adalah lokasi batu bersurat Beruas yang misteri pernah dilihat pencari rotan 30 tahun lalu. Tetapi sejak itu tidak pernah ditemui.


Lain-lain tempat

Terletak lebih jauh sikit tetapi masih dalam lingkungan yang mampu diliputi dalam lawatan lapangan adalah tempat-tempat legenda seperti Makam Puteri Bunian, Padang Antah Berantah dan Kota Kulit Kerang. Sebetulnya banyak cerita berkaitan kerajaan lama Beruas juga Gangganegara boleh ditelusuri melalui lokasi-lokasi dalam lingkungan 20-30 km daripada pekan Beruas. Ada antara tempat-tempat ini pernah diceritakan dalam siri novel terkenal "Bercakap dengan Jin" kerana memang cerita di dalamnya berlaku dalam lingkungan yang dimaksudkan.

Tetapi ini cuma  akan dilakukan jika ada permintaan, masa dan tenaga. Secara rata lawatan lapangan ini akan cuba merungkai banyak perkara termasuk yang bersifat mistik tentang kerajaan-kerajaan lama yang pernah wujud di sekitar ini. Sesungguhnya ini bukanlah kerja enteng. Ia adalah satu misi besar yang saya percaya ada kaitan dengan kebangkitan Islam di akhir zaman. Untuk membaca pengalaman saya sendiri menjejak tempat-tempat ini lihat artikel-artikel berikut di blogspot CATATAN SI MERAH SILU :- :-













Nota : Banyak lokasi pernah dijejaki tetapi masih banyak juga yang belum pernah saya sampai. Apapun saya diberitahu semua lokasi dapat dicapai dengan kenderaan ringan seperti kereta biasa, tidak perlu 4WD. Secara rata ada jalan kampung menuju ke semua tempat. Walaupun ada yang masuk lebih ke dalam kita tak perlu pergi begitu jauh. Misalnya Bukit Shamsul Bahrin. Kawasan paling menarik dan misteri adalah menghampiri puncak, perlu trekking jalan kaki mendaki bukit ke dalam. Tapi kita tidak akan pergi sejauh itu kerana banyak tempat hendak diliputi dalam masa terhad dan kami tidak mahu orang penat. Sebaliknya kami akan menggunakan jalan yang boleh dicapai kereta sedalam yang mungkin, cukup agar semua orang dapat melihat keistimewaan setiap tempat. Selepas itu kalau ada yang mahu lebih adventure boleh atur sendiri sesi pengembaraan kemudian.


Tuesday, July 28, 2015

Lokasi tepat HIKMAH Beruas 8 Ogos dan atur cara terbaru

Malam ini masuklah tarikh Hijriah 13 Syawal 1436. Sedar tak sedar dah dekat 2 minggu kita menyambut kemeriahan hari-hari raya bulan Syawal. Diharap tidak terlambat untuk pihak kami mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua...

Merujuk pada artikel Tarikh baru HIKMAH Beruas ditetapkan 8 Ogos yang dipersembahkan hampir 2 bulan lalu. Dipaparkan 10 hari sebelum kita mula berpuasa bulan Ramadhan, ia adalah artikel terakhir di blogspot HIKMAH sebelum yang ini. Maka harus dimaklumkan telah berlaku sedikit perubahan tentang acara, Sebelum itu biar diceritakan tentang lokasi...


Lokasi Tepat Acara



Telah diputuskan secara muktamad bahawa acara  akan diadakan di chalet yang kelihatan. 



Sebelum ini saya pernah bercadang untuk mengadakan acara di Masjid Kampung Kota, 4 km daripada pekan Beruas. Satu lagi tempat yang dicadangkan adalah di dewan orang ramai di pekan.



Setelah dipertimbangkan pelbagai hal. kami iaitu HIKMAH dan pihak penganjur tempatan merasakan kemudahan yang terdapat di chalet ini lebih sesuai untuk membantu kelancaran majlis.









Letaknya di Kampung Bakar Bata, sekitar 12 km ke selatan pekan Beruas. Chalet terletak di tepi jalan sekitar 100 meter daripada papan tanda ini.




Kedudukan lokasi acara HIKMAH Beruas berbanding beberapa tempat di negeri Perak. Dalam banyak-bantak tempat yang kelihatan dalam peta ini saya percaya yang paling dikenali ramai adalah Lumut kerana ia adalah bandar peranginan dan pintu masuk ke Pulau Pangkor. Maka itu bolehlah diberitahu lokasi acara terletak 34 km daripada bandar Lumut...




Ini pula laluan-laluan yang boleh diambil dari Kuala Lumpur. Saya lihat di Google Earth koordinat lokasi adalah 4°23'46''N 100°47'01''.

Tentang perubahan sejak Tarikh baru HIKMAH Beruas ditetapkan 8 Ogos dipaparkan, pada artikel tersebut saya ada menyebut bahawa Raja Muda Perak, DYTM Raja Jaafar ibni almarhum Raja Muda Musa akan merasmikan majlis Jumaat malam Sabtu 7 Ogos 2015. Dalam Facebook pula saya menambah adinda baginda YM Raja Kobat akan membentang tentang Beruas dan Gangganegara siang Sabtu 8 Ogos. Namun semasa bulan Ramadhan saya dimaklumkan Raja Kobat tidak dapat bersama lalu mengamanahkan seorang adinda untuk membentang mewakili beliau .

Pada awal Syawal kami dikejutkan dengan berita adinda yang dimaksudkan iaitu YM Raja Muzaffar telah meninggal dunia. Takziah dan al-Fatihah diucapkan kepada waris-waris si mati, keluarga Raja Muda dan kerabat-kerabat diraja Perak yang terkait dengannya. Dengan ini keluarga mereka tidak dapat melibatkan diri dalam acara. Perasmian yang dicadangkan 7 Ogos 2015 pun dibatalkan lalu kita terus pergi pada Sabtu 8 Ogos...



Atur Cara HIKMAH Beruas 8 Ogos


8 - 9 : Kedatangan peserta/sarapan

9 - 9.30 : Sedikit kata-kata aluan/pembukaan daripada pengerusi penganjur tempatan diikuti presiden HIKMAH

9.30-11.30 : Sesi pembentangan pagi

Rehat 15 minit

11.45 - 1.45 : Sesi pembentangan tengah hari

Rehat makan tengah hari/solat Zuhur

2.45-4.45 : Sesi pembentangan petang

Rehat minum petang/solat Asar

5.15 - 5.45 : Sesi berkumpulan mengikut minat seperti Perkerisan, Persilatan dan Busana sambil beramah mesra. Tajuk/tema adalah "Jejak Batu Bersurat"... untuk membincangkan bagaimana mahu memanfaatkan sebaik mungkin sesi lawatan lapangan atau field trip yang mahu diadakan hari Ahad.



Lawatan Lapangan Hari Ahad 

Ya, kami akan mengadakan sesi lawatan sambil memakai busana tradisional Melayu ke tempat-tempat bersejarah di Beruas. Insyaallah ia akan dimulakan sekitar jam 9 pagi Moga-moga dapat menjejaki sebuah batu bersurat misteri yang katanya pernah dilihat di satu lokasi tertentu. Sila rujuk artikel-artikel berikut...
















Tajuk-tajuk Pembentangan


Senarai pembentangan dan pembentang adalah seperti berikut :-


1. Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan – Amirul Haji Mohamad, jururunding kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham

2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail kini wartawan bebas

3. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis siri buku "Berpetualang ke Aceh"

4. Pentingnya Salasilah Dalam Memahami Peranan dan Amanah - Megat Iskandar At-Terawis, setiausaha Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia

5. Ikonografi Zulfikar di Alam Melayu : Kibaran Panji-panji Perjuangan Melayu Islam – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni ukir dan khat

6. Kesatuan dalam Kepelbagaian : Identiti Ragam Hias Gunungan Mimbar Sultan Iskandar Muda (1607-1636) – Dr Harleny Abd Arif,  doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris (mintak sesi petang)

7. Beruas sebagai satu tapak kebangkitan akhir zaman – Zuhriah Dato’ Shahruddin, motivator/trainer, seorang anak Beruas

8. Menjejak Tamadun Lama Beruas Gangganegara – Pengkaji sejarah Beruas, ahli ekspedisi kerajaan 1991, tuan Murshidi

Ada satu lagi slot telah diperuntukkan untuk mencukupkan 9 agar setiap sesi pembentangan (pagi, tengah hari dan petang) dapat diisi dengan 3 pembentangan sepanjang 30-40 minit setiap satu. Slot ini jadi kosong akibat kerabat diraja Perak yang dijadualkan membentang sudah meninggal dunia. Namun ada pihak lain menawarkan diri untuk mengisi lalu memberitahu akan memberi kepastian dalam tempoh sehari dua ini. Kalau tak jadi mungkin 8 pembentangan yang sedia tersenarai akan dibahagikan kepada 2 sesi.



Tentang Penginapan di Chalet

Saya dimaklumkan ada 18 biji chalet kesemuanya di lokasi acara. Pihak penganjur tempatan akan menyewa 3 buah untuk penginapan Jumaat malam Sabtu dan 7 untuk Sabtu malam Ahad. Ia adalah untuk kegunaan pembentang dan urusetia. Jika ada ruang lebih  baru kami boleh memberi pihak lain menginap secara percuma dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang sudah biasa mengikuti HIKMAH. Selain daripada itu tuan-tuan dan puan-puan boleh menyewa sendiri. Seingat saya sebiji chalet sewanya RM70 satu malam dan boleh memuatkan satu keluarga dengan selesa.


Tentang Berniaga Semasa Acara

Hampir lupa. Seperti biasa pada setiap acara HIKMAH tapak perniagaan percuma disediakan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Tak perlu pun mendaftar, datang sahaja ambil tempat. Cuma kami tidak dapat menjanjikan kerusi dan meja, maka itu elok bawa sendiri ya. Lagi satu. Harap semua dapat berpakaian tradisional Melayu, sebaiknya berbusana penuh, bersampin, bertanjak dan berkeris bagi yang laki-laki. Insyaallah jumpa kita di Beruas 8 Ogos iaitu 11 hari lagi! :]





Update Rabu 29 Julai 2015 bersamaan siang 13 Syawal 146 Hijriah - copy daripada Facebook...


SLOT PEMBENTANGAN HIKMAH BERUAS DAH CUKUP 9


OK. Saya baru dapat kepastian setelah ada orang menawarkan untuk mengisi kekesongan slot yang diumumkan semalam. Tajuknya "Teori Membangun Umat Cemerlang. : Rahsia Pemakanan para Rasul dan Kesan Amalan Harian Mereka daripada Sudut Sains" oleh tuan Idris Zainal Abidin, seorang pengkaji sejarah dan pengusaha makanan sunnah. Dengan ini cukuplah 9 tajuk oleh 9 orang pembentang untuk mengisi 3 sesi ilmu semasa HIKMAH Beruas berlangsung 8 Ogos, pagi, tengah hari dan petang. Setiap sesi diisi oleh 3 pembentangan, setiap pembentang diberi masa paling maksimum 40 minit. Alhamdulillah...


PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.