Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...






















Wednesday, January 20, 2016

HIKMAH Janda Baik - Perkembangan 2 minggu sebelum acara hingga tinggal 10 hari lagi

Salam semua. Merujuk pada nota di bahagian akhir artikel Tanjak baru untuk HIKMAH Janda Baik, Disebabkan beberapa rentetan peristiwa dan aktiviti yang berlaku Sabtu-Ahad hujung minggu lalu, artikel tersebut telah dipersembahkan hari Isnin. Sedangkan asalnya saya bercadang untuk terlebih dahulu mempersembahkan satu artikel lain menunjukkan atur cara terperinci HIKMAH Janda Baik yang dapat dibentuk Jumaat malam Sabtu diikuti sedikit cerita tentang apa yang berlaku Sabtu 16 Jan. 

Ini kerana pada tarikh tersebut saya telah menghadiri satu mesyuarat gabungan NGO  diikuti pertemuan dengan ahli akademik terkemuka Prof Dato' Dr Othman Yatim. Hal HIKMAH di Janda Baik ada dibawa dalam mesyuarat juga kepada Prof Othman yang pernah merasmikan acara pertama (ke-1) HIKMAH diikuti acara ke-6. Beliau telah bersetuju untuk merasmikan acara ke-16 di Janda Baik dan persetujuan diulangi dalam pertemuan. Nah. Beberapa hal penting tentang acara ke-16 HIKMAH telah dibincangkan pada 16 Jan. Kan cantik susunan? 

Namun hal keadaan yang muncul kemudian menyebabkan saya terasa harus mempersembahkan artikel Tanjak baru untuk HIKMAH Janda Baik terlebih dahulu. Ini diikuti 2 buah artikel yang memperincikan 2 aktiviti yang berlaku hujung minggu itu :-



Seminar Fitnah Akhir Zaman di Perpustakaan Shah Alam


Sekarang, sampai masanya untuk saya mempersembahkan apa yang sudah dirancang lebih awal iaitu pada Jumaat malam Sabtu. Ketika itu tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum acara bermula 30 Jan. Sekarang sudah muncul beberapa lagi perkembangan berkaitan. Biar ia dikumpulkan bersama dalam artikel ini...



Gambar ini menunjukkan Gunung Nuang dilihat daripada satu sudut di Janda Baik. Ia adalah gunung tertinggi di Selangor, Di puncaknya terdapat sempadan negeri Pahang, ke bawah satu arah terdapat sempadan Negeri Sembilan. Saya pernah mendakinya seorang diri dari Janda Baik tetapi keluar di Hulu Langat, Walaupun belum pernah masuk ke hutan sekitar itu saya mengharunginya juga kerana timbul gerak rasa yang amat kuat,

Akibatnya saya sesat 19 jam. Keadaan ini membawa saya untuk meneroka satu laluan yang katanya ada kena-mengena dengan satu kerajaan besar di alam ghaib. Ceritanya ada dikongsikan dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006). Sedutan berkenaan boleh dibaca dalam artikel Pendakian dan sesat di Gunung Nuang dalam ingatan... di CATATAN SI MERAH SILU.

Gambar ini sudah diletakkan sebagai hiasan untuk artikel ini sejak Jumaat malam Sabtu 15 Jan. Ketika itu saya baru sahaja mendapat gerak untuk memutuskan giliran pembentangan pada HIKMAH Janda Baik lalu dapat membuat atur cara terperinci. Atur cara tersebut dikongsikan di Facebook malam itu juga. Cantiknya ia muncul pada jam 11.55 malam, satu set nombor yang memiliki makna tertentu buat saya.

Namun perkongsian di FB ada kekurangan disebabkan teks tidak boleh dibuat bold, underline dan/ atau italic. Teks yang lebih baik seperti mana dibuat menggunakan Microsoft Word telah diletakkan malam itu dalam draf artikel ini. Ia adalah seperti berikut :-



ATUR CARA HIKMAH JANDA BAIK : MENANGANI CABARAN AKHIR ZAMAN


Sabtu 30 Januari 

8 - 9 : Kedatangan tetamu dan peserta

9 - 10 : Maulidur Rasul

10 - 11 - Pembukaan

Kata-kata aluan daripada penulis buku politik Pak Habib @ S.H.Alattas, pemilik rumah/University of Life, Janda Baik

Kata-kata aluan daripada Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman)

Kata-kata aluan dan perasmian daripada Prof Dato’ Dr Othman Yatim, ahli akademik terkemuka dan penaung HIKMAH

11 – 11. .15: Rehat

Sesi pembentangan 1 (tengah hari Sabtu)

11.15 – 12.15  : Daripada Demokrasi ke Pemerintahan Beraja : Peralihan Rahman ke Rahim - oleh Radzi Sapiee @ Merah Silu, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis siri novel "Berpetualang ke Aceh"-

12.15 – 1.15 : Ahlul Bait keluarga Nabi sebagai Saranan Keselamatan Ummah – Tun Suzana Othman, pengasas dan pengerusi Kemudi (Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) juga penulis buku Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu

1.15-2.30 - Rehat makan tengah hari/Zohor

Sesi pembentangan 2 (petang Sabtu)

2.30 - 3.30 : Memahami Tipu Daya Penjajah yang Melemahkan : Merintis Jalan Kebangkitan Ummah – Prof Madya Mat Rofa Ismail, pensyarah kanan Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia.

3.30 - 4.30 : Dinar Dirham dan lain-lain Instrumen Sejati Ekonomi Islam : Membuang debu Riba’ yang Menghalang Kebangkitan Sebenar Ummah - Amirul Haji Mohamad, aktivis dan konsultan kewangan Islam.

4.30-5 : Rehat minum petang/Asar

5  : Taklimat penutup hari


Ahad  31 Januari

Sesi pembentangan 3 (pagi Ahad)

9 – 10 : 'Dikaburkan' atau 'Mengaburkan': Pembinaan Korpus Sejarah Teknologi Senjata Api Melayu – Tuan Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

10 – 11 : Survival Umat Melayu Akhir Zaman : Sudahkah Kita Bersedia? – Tuan Mohd. Ramalan Yunus, penceramah bebas

11 – 11.15 : Rehat

Sesi pembentangan 4 (tengah hari Ahad)

11.15 – 1.15 : Alam Terkembang Jadikan Guru : Mengambil Pelajaran Daripada Persekitaran - Syed Hussien Alattas @ Pak Habib, penulis buku politik terkenal dan pemilik University of Life, Janda Baik.

12.15 – 1. 15 : Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang – Tuan Kamaluddin Endol (FB Pelita Di Dalam Kaca), mantan pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, penulis buku “Hinduisme Agama Tauhid Terawal?”

1.15 – 2.30 : Rehat makan tengah hari/Zohor

Sesi pembentangan 5 (petang Ahad)

2.30 - 3.30 : Islam Agama Persekutuan : Menangani Cabaran Liberalisma dan anti-Islam – Dato’ Prof Mahamad Naser Disa, Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM 

3.30 - 4.30 : Menghidupkan Peranan Raja Zilullah Fil'alam melalui Kuasa Tersirat dalam Perlembagaan – Dr Mad Akbal bin Abdullah, Felo Kanan IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia)

4.30-5 : Rehat minum petang/Asar

5 : Sesi perbincangan berkumpulan diikuti penutup




Pun begitu ada yang mengharapkan atur cara dapat dipersembahkan dalam bentuk poster agar lebih mudah diedarkan dan menarik kepada orang ramai. Setelah mempersembahkan artikel Tanjak baru untuk HIKMAH Janda Baik tengah hari Isnin baru saya mendapat gerak dan ilham untuk membuat poster tengah malam selepas itu. Walaupun sedikit tersekat kerana tidak memiliki software atau perisian yang sesuai (dahulu saya biasa gunakan Photoshop, sekarang tidak memiliki program itu) saya dapat juga melakukannya walau sekadar menggunakan Microsoft Word.

Hasilnya dikongsikan di FB sekitar jam 4.50 pagi Selasa iaitu semalam. Namun seperti yang ramai tahu FB secara automatik akan downsize atau mengecilkan fail gambar untuk menjimatkan memori. Maka hasilnya di situ tidaklah secantik yang kita mahu. Cukuplah dapat dibaca walaupun tulisan kelihatan kecil. Kalau cuba dibesarkan ia akan 'pecah'...

Nasib baik melalui blogspot fail dapat dipersembahkan pada saiz sepenuhnya iaitu hampir sama kertas A4. Fail ini juga boleh dipaparkan pada saiz A3 tanpa menjejaskan kualiti. Sila buka gambar di atas dalam windows lain. Anda dialu-alukan untuk menyebarkan atau memviralkan kepada orang ramai baik secara softcopy mahupun hardcopy.



Adapun artikel pertama menceritakan secara agak panjang lebar tentang rancangan untuk mengadakan acara ke-16 HIKMAH adalah HIKMAH Janda Baik di rumah Pak Habib 30-31 Januari 2016. Ia dipersembahkan 9 hari lalu berserta peta ke rumah. Namun ada yang menyatakan peta tersebut tidak cukup jelas. Dengan ini biar dikongsikan beberapa peta baru yang harus dapat membantu dengan lebih baik menunjukkan arah...



Zoom in ke persekitaran Bukit Tinggi ke Janda Baik.




Zoom-in ke persekitaran terdekat menuju ke lokasi acara di rumah Pak Habib @ S.H.Alattas yang beliau panggil sebagai University of Life.



Sekadar memastikan penerangan sebaik mungkin telah diberikan tentang acara. Biar diulang beberapa perkara :-


1) Selain majlis ilmu kami akan turut mengadakan acara untuk kanak-kanak. Ini telah diceritakan secara ringkas dalam artikel Aktiviti kanak-kanak, penglibatan FAMA dan jualan buku daripada pelbagai pihak.

2) Tentang penginapan telah dihuraikan dalam artikel Penginapan semasa HIKMAH Janda Baik 30-31 Jan 2016. Penginapan percuma diberikan kepada hadirin mengikut kategori peranan. Selain itu boleh cari sendiri chalet yang tedapat banyak di Janda Baik.




Beberapa jam tadi pula saya mendapat gerak untuk menyatakan tentang pameran dan perniagaan semasa acara. Hal ini terus dikongsikan di FB. Biar disalin balik di sini dengan sedikit suntingan :-



TAPAK PERCUMA UNTUK PAMERAN/JUALAN SEMASA HIKMAH JANDA BAIK 30-31 JAN

Salam. Pada setiap acara HIKMAH kami membuka ruang untuk orang berniaga dan/atau membuat pameran tanpa kami mengenakan apa-apa bayaran. Mereka malah boleh datang secara walk-in pada hari acara, bawa sahaja barangan dan pandai-pandailah cari tapak. Kalau kami ada cukup meja kami bagi pakai. Kalau tak, gunalah meja sendiri atau buka aje tikar.

Di premis acara di Janda Baik ada banyak pondok-pondok cantik yang boleh digunakan untuk perniagaan dan pameran. Kali ini kami menjangkakan akan lebih ramai pihak terlibat. Selalunya saya benarkan orang main masuk sahaja dan pilihlah mana-mana tempat yang mereka suka bergantung pada siapa yang sampai dahulu. Kali ini saya mesti letakkan keutamaan kepada beberapa pihak kerana terdapat banyak pondok cantik. Tak naklah nanti ada yang bergaduh berebut tempat terbaik walhal kita dah elok-elok bagi tapak percuma.

Maka itu biar disenaraikan dahulu keutamaan. Sesiapa lagi yang mahu berniaga atau membuat pameran boleh nyatakan di ruang komen agar senang pihak kami mengatur keadaan. Untuk mengatur, saya telah amanahkan kepada Ustaz Mahyuddin (nama FB, Antiq Sufi Pagaruyung). Begini disenaraikan keutamaan juga bentuk barangan/perniagaan...


1) Urusetia HIKMAH (perlu ada kawasan sendiri namun boleh berkongsi dengan mana-mana pihak yang rapat)


2) Jemaah Armada Malaiu (penganjur bersama pada acara kali ini, akan menguruskan makan minum peserta, kawasan memanah selain berniaga dan mempamerkan barangan warisan terutama busana Melayu)


3) Anjung Hikmah (bawah Antiq Sufi Pagaruyung, menjual barangan warisan seperti keris juga busana)


4) Daulah Melayu (promosi dokumentari 13 episod yang masih dalam proses penggambaran yang mana saya adalah hos dan seorang penyelidik.)


5) FAMA (mempromosi dan menjual produk-produk makanan buatan orang Melayu atas jenama Agromas. Mereka juga telah menyumbangkan sejumlah barangan kegunaan pada acara juga hadiah untuk aktiviti kanak-kanak)


6) Khazanah Fathaniyah (kitab dan buku-buku agama terutama mengenai ulamak silam Melayu)


7) Taman Pustaka (buku-buku ilmu daripada penerbitan universiti dan pelbagai sumber, dikelolakan oleh saudara Mohd Zahamri Nizar)


8) Pustaka Kanzun Mahfiyyan (buku-buku keagamaan bersifat Tasawuf tulisan tuan/cikgu Kamaludin Endol (nama FB, Pelita Di Dalam Kaca). Beliau juga adalah pembentang tajuk "Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang" pada sesi pembentangan tengah hari Ahad. Beliau dijangka akan membawa buku baru bertajuk "Wahdatul Wujud : Inti Tauhid ASWJ yang Wajib Difahami" yang pada masa ini masih dalam proses penerbitan)



Selain itu dijangka pemilik premis/rumah iaitu penulis buku politik terkenal, Pak Habib @ Syed Hussien Alattas (S.H.Alattas) akan turut mempamerkan dan menjual buku-buku tulisan dan terbitannya. Kalau tak salah dah ada sekitar 70 tajuk. Beliau juga mungkin akan menggunakan beberapa tempat/pondok untuk keperluan yang akan muncul kemudian, misalnya untuk menempatkan para tetamu istimewa dan terhormat. Keperluan beliau mengatasi segala macam keutamaan yang dapat disenaraikan oleh pihak saya.

Sekali lagi diulang, seperti pada mana-mana acara HIKMAH (dan kini masuk yang ke-16) kami memberikan tapak perniagaan percuma sehingga sesiapa sahaja boleh masuk secara walk-in dan mendirikan gerai. Cuma kali ini senarai keutamaan harus dibuat supaya tidak akan berlaku pergaduhan/perselisihan akibat merebut tapak/pondok terbaik dan strategik.

Keutamaan juga diberikan kepada setiap pembentang (ada 10 orang termasuk saya) untuk mempamerkan barangan, jualan. Misalnya saya diberitahu ada yang akan membawa buku-buku tulisan Prof Mat Rofa yang membentang tajuk "Memahami Tipu Daya Penjajah yang Melemahkan : Merintis Jalan Kebangkitan Ummah" petang Sabtu. Selain itu berniagalah kat mana-mana yang patut asal tidak menganggu laluan orang ramai.

Untuk memudahkan kami mengatur tempat sesiapa yang berminat untuk berniaga atau membuat pameran sila nyatakan nama/nama syarikat dan jenis barangan di ruang komen.




Jam 3 petang tadi pula tiba-tiba program automatik Facebook menunjukkan kepada saya gambar di atas lalu mengingatkan ia sebagai kenangan daripada tepat setahun lalu. Ia merujuk pada satu acara HIKMAH yang diadakan di sebuah rumah dan gambar saya post di FB 20 Jan 2014. Lihat Acara kedua belas HIKMAH di Pondok A.M. Bawa Muhaiyaddeen dan tapak arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah 17-18 Jan 2015. Hal ia diadakan di rumah mengingatkan saya bahawa acara ke-8 diadakan di rumah, acara ke-16 yang akan datang pun di rumah. Terus timbul gerak untuk membuat update berikut di FB. Saya salin balik dengan sedikit suntingan...


---------------


ACARA-ACARA HIKMAH DI RUMAH DAN FAKTOR 4 x 4?


FB ingatkan kenangan daripada setahun lalu. Saya pun upkan. Gambar diambil semasa acara ke-12 HIKMAH di Lembah Bujang, Kedah 17 Januari 2014. Ia adalah acara kedua HIKMAH diadakan di rumah.

Acara pertama di rumah adalah pada HIKMAH ke-8 di rumah baru saya di Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Jan 2014. Lihat Acara kelapan HIKMAH di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang 8 Feb 2014. Acara ke-16 yang mahu diadakan di Janda Baik 30-31 Jan 2015 pun diadakan dalam kawasan rumah. Sedar tak tak sedar, tanpa kami mengaturnya ada satu corak atau pattern terbentuk untuk acara-acara di rumah :-


Acara ke-8, ke-12, ke-16. 12 = 8 + 4. 16 = 12 + 4. Nampak tak?


Malah apabila difikirkan balik, acara ke-4 HIKMAH di Bachok, Kelantan 16 Mac 2013 pun diadakan di rumah. Cuma definisi lokasi sebagai rumah boleh jadi kabur, Ini kerana secara rasmi ia telah didaftarkan sebagai Akademi Nik Rashiddin merujuk kepada arwah Nik Rashiddin, seorang pengukir kayu terkenal. Dalam akademi ada muzium dan dewan kecil serta pejabat, ada bengkel kemahiran ukiran kayu, ada rumah-rumah lama yang dibawa dari tempat lain kemudian dipasang kembali lalu turut dijadikan tempat menyimpan barangan berkaitan.

Namun kawasannya yang agak luas turut mengandungi rumah balu kepada arwah. Malah pembentangan diadakan di kawasan bawah rumah  yang bersambung dengan bangunan muzium dan dewan. Lihat Acara keempat HIKMAH di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013. Dengan itu kita boleh mengatur acara-acara HIKMAH yang pernah diadakan di rumah seperti berikut :-


Acara ke-4, ke-8, ke-12, ke-16.


Nampaknya selang setiap 4 acara HIKMAH diadakan di rumah. Masuk HIKMAH ke-16 di Janda Baik nanti 4 kali acara diadakan di rumah!

Untuk pengetahuan HIKMAH pernah diadakan di dewan-dewan, muzium-muzium, galeri seni, di masjid pun dah sampai 3 kali. Kami cuma menurut gerak, Allah SWT jua mengatur segala perkara. Pada setiap yang berlaku kami percaya ada isyarat, petunjuk dan ibarat. Walaupun pada awalnya kami mungkin tidak dapat membaca sebab apa berlakunya sesuatu perkara, insyaallah sampai masanya kami akan menerima kebaikan yang tersirat atau HIKMAH di sebaliknya.  Amin... :]


-----------------


Semoga acara ke-16 yang akan diadakan dalam kawasan rumah yang dinamakan oleh pemiliknya sebagai University of Life itu memberikan dimensi baru yang lebih segar dan bertenaga untuk HIKMAH juga semua yang ingin memperjuangkan kedaulatan Melayu dan Islam. Teringat pula bahawa 16 adalah 4 x 4. Hmm. Banyak makna semua ni... :]


Nota : Subhanallah. Sebaik sahaja selesai menulis lalu membuat semakan awal saya lihat jam laptop menunjukkan pukul 4.44 petang. Terus saya publish artikel ini. Nota ditambah kemudian...

Hal ini menjurus kepada suatu perkara tersirat yang saya harus ambil tahu kerana melibatkan perjalanan HIKMAH seterusnya juga hala tuju hidup saya sendiri. Dengan itu biar dikongsikan artikel-artikel ke-444 di blogspots saya yang lain. Ia adalah :-


1) Nombor 444 sebagai pelengkap satu cerita (blogspot CATATAN SI MERAH SILU)

2) Panca Persada Beting Beras Basah? (blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART))

3) The 444th step... forward on and march! (blogspot BERPETUALANG KE ACEH)




Tuesday, January 19, 2016

Seminar Fitnah Akhir Zaman di Perpustakaan Shah Alam

Lagi daripada blogspot CATATAN SI MERAH SILU melibatkan HIKMAH...


-------------------


Merujuk lagi pada artikel Tanjak baru untuk HIKMAH Janda Baik, kali ini untuk aktiviti pada hari seterusnya. Bersambung daripada Sambutan Maulidur Rasul 1437 Hijriah di Yayasan al-Jenderami.


Pada hari sama mendapat tahu tentang sambutan Maulidur Rasul di Yayasan al-Jenderami iaitu pada Rabu 13 Jan saya juga mendapat tahu tentang acara di atas. Timbul rasa untuk pergi menghadirinya juga. Kebetulan ia mahu diadakan di Perpustakaan Shah Alam, Ahad 17 Jan iaitu sehari selepas Maulidur Rasul tamat. Perjalanan hujung minggu pun diatur menurut arah yang bersesuaian...



Adapun selepas Maulud saya dan keluarga bermalam di rumah abang sulung kepada isteri di Bukit Changgang. Pagi Ahad kami bergegas ke Shah Alam untuk seminar.


Masuk perpustakaan kami berpecah, Isteri membawa anak-anak ke bahagian kanak-kanak saya naik tingkat 3 ke dewan seminar.


Masuk sahaja dewan saya terperanjat.


Ramai juga menghadirkan diri walau harus membayar RM40-50 setiap seorang.


Nampaknya ramai begitu minat dengan topik "Fitnah Akhir Zaman"...


Ketika saya sampai pembentang pertama saudara Wan Ahmad Fayhsal sudah membuka bicara. Anak muda yang cakna perkembangan geopolitik dunia dengan segala macam sepak terajang tipu daya pihak-pihak berkenaan yang berkepentingan ini membawa tajuk "Di sebalik 'Syria Berdarah' : Memahami Konflik & Krisis Dunia Islam mutakhir kaitannya dengan agenda hegemoni politik Dunia".


Beliau pernah membawa perkara serupa ketika konflik Syria belum lagi terserlah. Ia adalah tentang membaca pergerakan dan perancangan ekonomi, politik dan tentera kuasa-kuasa besar, bagaimana ia mempengerahui keadaan dunia Islam termasuk kita di Alam Melayu. Lihat artikel Forum Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu-Nusantara : Menuju aspirasi raja yang insan kamil yang dibuat lebih setahun lalu.


Rasanya ramai sudah tahu tentang konflik di Syria yang semakin memburuk hari ke hari. Secara rata media massa dunia yang rata-rata pro-Barat menyatakannya sebagai konflik antara golongan Sunni dan Syiah tetapi Fayshal tidak melihatnya begitu.


Konflik yang sudah melanda lebih setahun ini dikupas dalam konteks yang lebih besar. Lalu sejarah penglibatan negara-negara di Eropah melalui organisasi kerjasama ketenteraan serantau NATO diterangkan. Disebut bagaimana Eropah boleh terhutang budi kepada Amerika dalam Perang Dunia Kedua juga Perang Dingin (antara blok pro-Amerika dan kapitalis melawan blok pro-Soviet Russia/komunis) lalu harus mengikut telunjuk kuasa besar itu. Dalam konteks Syria NATO harus menyokong polisi Amerika dalam penglibatannya di rantau itu dan antara ahli NATO adalah Turki, satu-satunya negara Islam di Eropah. Disebabkan itu, Turki seperti mahu dilagakan dengan Russia yang merupakan lawan Amerika. Umum tahu Russia juga adalah sekutu kerajaan sedia ada Syria yang dipimpin presiden Bashar al-Assad, kerajaan yang sedang cuba digulingkan oleh puak pemberontak yang dibantu Amerika..


Sesungguhnya konflik di Syria bukan sekadar konflik di Timur Tengah. Ia juga berkenaan polisi Amerika yang mahu mengekang kekuasaan Russia (dan sekutunya Chiina) dengan cara mendirikan markas-markas tentera yang secara efektifnya mengepung kedudukan negara besar yang meliputi sebahagian benua Eropah, sebahagian benua Asia itu.


Konflik yang melanda juga diterangkan Fayshal sebagai akibat usaha penguasaan bekalan minyak dan gas oleh Amerika dan sekutunya. Keadaan semula jadi muka bumi dunia menyebabkan terbitnya beberapa choke point, kawasan sempit laluan dagang kapal laut seperti Terusan Suez di Mesir, Terusan Hormuz antara Iran dan Semenanjung Arab juga Selat Melayu di Asia Tenggara. Semua ini perlu dikuasai untuk mengawal pasaran ekonomi dunia. Maka armada-armada kapal laut dan tentera perlu diletakkan di lokasi-lokasi strategik yang berkenaan...


Turut disentuh bagaimana sempadan negara-negara di Timur Tengah dan Asia Barat telah dirancang oleh kuasa-kuasa Barat jauh sebelum negara-negara itu terbentuk. Ini dibuat supaya wilayah-wilayah yang kebanyakkannya dahulu pernah terletak di bawah kekhalifahan Islam Turki Uthmaniyah dapat dipecah-perintah.


Fayshal turut mengemukakan satu rakaman video menunjukkan seorang ulamak besar Syria (kini sudah kembali ke rahmatullah) telah menjangkakan Syria akan bergolak begitu teruk sekali, sejak lama dahulu. Ulamak tersebut bercakap dalam bahasa Arab. Pembentang seterusnya, Ustaz Iqbal Zain menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu kepada hadirin.


Selepas konflik Syria dikupas cukup panjang lebar, hadirin dibawa berehat dengan bacaan qasidah yang diiringi gendang oleh para pelajar tahfiz dari Janda Baik (kalau tak salah).


Sekitar jam 12.55 tengah hari baru Iqbal memulakan pembentangannya bertajuk "Fitnah Akhir Zaman : Fiqh Tahawullat persiapan menghadapi saat getir, sebuah pesanan buat umat". Kali pertama saya mendengar beliau bersyarah adalah ketika menerangkan apa itu Ahlul Bait berserta nas kelebihan. Ini dibuat untuk menyokong satu segmen dalam pembentangan saya pada satu majlis HIKMAH lebih 2 tahun lalu. Lihat artikel Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika itu beliau baru sahaja berkecimpung dalam dunia dakwah setelah tamat belajar di Timur Tengah. Iqbal merupakan menantu kepada seorang sahabat seperjuangan saya lalu dibawa ke HIKMAH untuk membantu menyerikan majlis. Sejak itu perjalanan dakwah beliau semakin maju lalu beliau mencipta nama. Bercakap tenang dan teratur tanpa bantuan slaid, Iqbal terlebih dahulu menerangkan makna fitnah secara umum menurut pemahaman asal dalam bahasa Arab. 

Umumnya, fitnah bermaksud ujian dan cabaran yang harus dihadapi semua manusia di muka bumi . Ini merujuk pada sebab musabab manusia dicipta oleh Allah SWT, bagaimana amalan mereka di dunia akan menentukan kedudukan di akhirat, apakah layak masuk ke syurga. Kemudian baru disebut makna fitnah yang lebih khusus iaitu perkara buruk yang boleh menjeremuskan kita ke dalam kebinasaan dunia dan akhirat. Iqbal turut mengajak hadirin agar menetapkan iktikad bahawa segala yang berlaku adalah dalam jadual qada' dan qadar. Setelah konsep-konsep asas diterangkan baru kita boleh memahami dengan baik hal-hal  seterusnya.


Antaranya adalah apa itu Fiqh Tahawwulat, ilmu tentang perkembangan akhir zaman berdasarkan pemerhatian daripada sejarah yang lampau, Sesungguhnya sudah sunatullah alam, pada keadaan malam berganti siang, siang berganti malam kita boleh mengambil pelajaran.  Apa-apa kejadian sering berlaku berulang-ulang lalu membentuk pusingan, cyclical. Cuma watak-watak dan latar belakang sahaja yang berbeza, intipati perkara adalah sama.

Fiqh Tahawwulat berdiri atas pemerhatian ini lalu boleh digunakan untuk menduga perkara akan datang lalu membantu kita bertindak sebaiknya menurut keadaan. Kata Iqbal, seorang ulamak Ahlu Bait (daripada keturunan Nabi Muhammad SAW) bahkan meletakkan Fiqh Tahawwulat sebagai rukun agama yang ke-empat. Ini adalah untuk melengkapkan 3 rukan agama yang ramai sudah sedia tahu iaitu Iman, Islam dan Ikhsan...


Tentang apa itu Iman, Islam dan Ikhsan, bagaimana rukun-rukunnya dan bagaimana ia harus difahami tak perlulah dipanjangkan di sini. Iqbal merujuk kepada apa yang dipanggil sebagai Hadis Jibril sebagai satu dialog lengkap yang dapat menerangkan apa itu Iman, apa itu Islam, apa itu Ikhsan, Hadis ini merujuk pada peristiwa di mana malaikat Jibril menyamar sebagai seorang manusia di hadapan orang ramai lalu bertanyakan kepada Nabi Muhammad SAW beberapa perkara penting dan asas dalam agama. Bahagian akhir dialog ada menyentuh tentang keadaan dunia hampir kiamat lalu menjadi sebab ada ulamak meletakkan Fiqh Tahawwulat sebagai rukun agama ke-empat. 

Oh. Baru teringat. Iqbal juga menerangkan bahawa segala perkara, fitnah akhir zaman, apa yang berlaku daripada dahulu sampai sekarang dalam konteks yang sangat cantik iaitu dendam iblis kepada anak-anak Adam. Dendam bermula setelah Iblis dibuang keluar dari syurga akibat enggan sujud kepada Nabi Adam setelah diperintahkan Allah untuk berbuat begitu. Iblis pun meminta dipanjangkan umur sehingga hari kiamat, Ikrarnya mahu menyesatkan seramai mungkin anak keturunan Adam. Berlakulah misalnya kes putera sulung Adam iaitu Qabil membunuh adiknya Habil. Iblis terus membisikkan kepada anak-anak Adam agar melakukan kejahatan dan kebinasaan.


Ini dapat menerangkan motif pelbagai perkara yang berlaku hingga kini membawa ke penghujung akhir zaman. Iqbal tidak perlu menyelam sangat keadaan geopolitik dunia untuk memberi orang faham. Selepas pembentangannya tamat, Fayshal meminta ruang untuk menerangkan sedikit perkara tambahan.  Ditunjukkan lagi bukti-bukti bagaimana dunia sedang dicaturkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.


Selesai itu seorang wartawan daripada TV al-Hijrah berkongsi pengalaman membuat penggambaran di wilayah Islam Sulu yang sering dikatakan sebagai sarang penculik dan pengganas. Walhal yang berbuat jahat itu segelintir sahaja, yang lain cuma orang Islam yang tertekan dengan fitnah pro-Barat dan anti-Islam. Untuk mengakhiri artikel ini biar dipetik tulisan tentang majlis yang dibuat oleh Fayshal di Facebook beliau. Saya salin balik di sini tanpa membuat apa-apa suntingan...


----------------------


KRISIS SYRIA PERLU BACAAN TAWHIDIK

Alhamdulillah selesai seminar berhubung Krisis Syria dan mendepani cabaran fitnah akhir zaman menggunakan kerangka Fiqh al-Tahawwulat yang disampaikan oleh saya dan al-Fadil Ustaz Iqbal Zain al-Jawhari anjuran Akademi Kajian Rantau Nusantara - AKAR

Terkejut saya lihat hadirin yang begitu ramai lebih 200 orang saya fikir terdiri daripada pelbagai kelompok dan latar.

Dalam masa yang terbatas (hampir 2 Jam) saya berceramah santai tapi berat kerana sarat dengan konsep dan fakta yang dikupas dalam pelbagai ragam dan bentuk berhubung Krisis di Syria.

Saya hanya tumpukan kepada sudut geografi dalam geopolitik Syria di mana saya tekankan berkali-kali semua ini adalah Sunnatullah di atas muka bumi.

Takdir Allah yang penuh hikmah menjadikan Syria sebagai medan pertempuran peradaban sekular Barat Atlanticist NATO dan Eurasia.

Betapa kacaunya umat Islam di Timur Tengah yang terkepung antara dua blok besar dan lebih malang banyak negara umat Islam Sunni terperangkap dalam kerangka yang salah dalam memilih pakatan seperti Turki dan Saudi.

Untuk menerangkan hal ini saya jelaskan sejarah Eropah, sejarah kewujudan negara Arab, sejarah Perang Dunia Kedua berhubung Perang Dingin dan Alhamdulillah hadirin sempat mendengar kupasan tuntas saya berhubung bagaimana al-Shahid Al-Imam Dr Sa'id Ramadan al-Buti berjaya memahami dengan firasah orang alim rabbani cabaran geopolitik dunia 20 tahun lalu lagi bagaimana Syria akan tumbang di tangan musuh Islam dan musuh Islam dalam selimut iaitu Khawarij/Salafi Jihadisme/Wahhabiyyah.

Saya jelaskan juga mengapa al-Shahid mempertahankan Russia dan China sebagai sekutu utama umat Islam; bukan NATO.

Ada banyak tajuk yang tak sempat disentuh kerana masa dan juga persediaan hadirin yang masih baru seperti hal Petrodollar, hal ekonomi globalisme dan banyak lagi.

Cerita pasal geografi pun saya dah nak semput huraikan panjang lebar.

Ustaz Iqbal seperti biasa menyampaikan dakwah yang amat menusuk hati melalui kerangka Fiqh al-Tahawwulat yang digagaskan oleh al-Mufakkir al-Islami Habib Abu Bakar al-Masyhur al-Adni bagaimana sikap kita untuk berdiri atas manhaj nubuwwah ketika zaman fitnah ini.

Saya beri peringatan kepada hadirin agar tidak mudah percaya propaganda media sosial dan mainstream Barat yang anti-Assad kerana mereka ada agenda mereka yang lebih jahat iaitu menghancurkan Timur Tengah menjadi rantau baru.

Saya zahirkan bukti laporan-laporan penting daripada mulut musuh sendiri - sesuatu yang NGO seperti Syria Care, Kesatuan Ulama' Sedunia yang pro-Ikhwan al-Muslimin telah salah dalam ijtihad siyasi mereka kerana menyokong tindakan Erdogan yang menjadi bidak catur NATO dan Zionis.

Jazakumullah khayran kathiran kepada AKAR khusus Ustaz Mohd Khalid Yahya dan Ustaz Mohd Hanif Haji Ibrahim bersama pasukan guru-guru muda yang bersemangat untuk memahami dan memahamkan rakyat berhubung krisis ini agar kita di Malaysia dapat ambil pengajaran berguna.

Tidak lupa juga kepada wakil HIKMAH iaitu tuan Merah Silu kerana hadirkan diri dengan semangat pahlawan Melayu bagi menambahkan lagi rencah wacana.

Kalau sempat akan datang kita wacanaka lagi Geopolitik dalam sudut yang lebih dalam dan rencam.



Sambutan Maulidur Rasul 1437 Hijriah di Yayasan al-Jenderami

Beberapa hari kebelakangan saya asyik membuat artikel melibatkan HIKMAH tetapi turut dikongsikan atau diletak terlebih dahulu di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Ini ada lagi...


-----------------


Merujuk pada artikel Tanjak baru untuk HIKMAH Janda Baik yang dipersembahkan semalam. Telah disebut saya telah melakukan 7 aktiviti tertentu semasa hujung minggu lalu. Sekarang biar diceritakan tentang satu yang berlaku hari Sabtu iaitu sambutan Maulidur Rasul di Yayasan al-Jenderami, Dengkil, Selangor....


Di atas adalah poster yang mewar-warkan acara. Ia sampai kepada perhatian saya pagi Rabu 13 Januari.


Melihat pada senarai ulamak yang terlibat ia memang acara besar.



Atur caranya pun menarik menyebabkan saya terasa rugi kalau tak pergi. Cuma tak dapatlah ke sana pada ketiga-tiga hari kerana saya ada hal-hal lain yang perlu ditangani. Dan lokasi pun bukan dekat, sekitar 90 km dari rumah, Kalau hari Sabtu boleh le. Kebetulan pagi 16 Jan saya mahu menghadiri satu mesyuarat gabungan NGO Melayu dan Islam di Kuala Lumpur. Perjalanan dan perkara pun diatur seperti dinyatakan dalam artikel Tanjak baru untuk HIKMAH Janda Baik.


Sebetulnya saya bercadang untuk sampai ke Yayasan al-Jenderami  sebelum jam 6.30 petang kerana mahu mengikuti perarakan Maulud. Tetapi mesyuarat yang bermula jam 10.30 pagi berlanjutan sehingga hampir jam 3 petang. Selepas itu harus berkejar ke Batu Caves untuk urusan seterusnya. Jam 6 petang baru bertolak ke Dengkil lalu sampai hampir Maghrib.


Ternyata ramai orang sudah masuk kawasan...


Kompleks yayasan terletak di dalam satu perkampungan ibadat yang besar. Teringat sebuah pesantren di Jawa Barat yang pernah disinggahi dalam perjalanan 2 minggu pusing Pulau Jawa hampir 5 tahun lalu. Lihat artikel lama Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Pesantren Abah Anom dan makam Sheikh Abdul Muhyi Pamijahan


Sebetulnya saya pernah menghadiri majlis maulud di Yayasan al-Jenderami tahun 2003, tak pun 2004. Saya lupa tahun tepat tapi memang antara dua itu. Ketika itu ia masih kecil dan terdiri daripada bangunan-bangunan kayu. Sekarang ia kelihatan sudah begitu maju, banyak bangunan batu. 

Salah sebuah bangunan yang belum wujud ketika saya bertandang lebih 12 tahun lalu adalah yang kelihatan di atas ini. Entah kenapa, sebaik sahaja terpandang terus deja vu. Terasa pernah melihatnya walaupun memang ia baru disiapkan beberapa tahun lalu...



Penghujung waktu Maghrib baru saya menjejakkan kaki ke dalamnya.


Moden dan cantik. Entah kena teringat pula pusat seni Covent Garden di London, salah satu tempat kegemaran saya bertandang semasa belajar di sana 1991-1995. Lihat artikel Some favourite places in London di blogspot BERPETUALANG KE ACEH


Terpapar di dalamnya sejarah penubuhan yayasan dan kenapa kompleks didirikan.





Di bahagian lain ada pameran dan jualan barangan warisan.


Ia adalah pameran sementara yang dikendalikan oleh kawan-kawan aktivis saya yang telah terpanggil untuk berkhidmat menjayakan acara.


Selepas solat Isyaq alunan qasidah untuk sambutan kemuncak Maulidur Rasul mula berkumandang di udara.


Saya pun terpanggil lalu bergerak ke masjid,





Kelihat beribu orang memenuhi luar dan dalam.


Ulamak-ulamak utama terutama para Habaib keturunan Nabi Muhammad SAW menjadi tumpuan.


Keadaan selepas majlis tamat...

Monday, January 18, 2016

Tanjak baru untuk HIKMAH Janda Baik

Salam semua. Telah berlaku satu rentetan peristiwa hujung minggu baru ini yang membuat saya ingin berkongsi cerita... 


Malam tadi, saya, isteri dan anak-anak kembali lewat ke rumah. Kami telah keluar sejak pagi Sabtu untuk melakukan beberapa perkara yang mana klimaksnya pada saya adalah mendapat tanjak baru.



Fikirnya saya cuma akan menunjukkan tanjak kepada umum apabila dipakai untuk acara terbaru HIKMAH yang dijadualkan berlangsung di rumah penulis buku politik terkenal, Pak Habib @ S.H.Alattas hujung bulan. Lihat artikel HIKMAH Janda Baik di rumah Pak Habib 30-31 Januari 2016 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Tengok-tengok gambar saya memakai tanjak sudah ditunjukkan oleh pembuatnya di FB pagi tadi. Saya pun tergerak untuk berkongsi cerita.



Adapun cerita sudah lebih awal dikongsikan di Facebook. Ini saya perbaiki sedikit untuk persembahan di blogspot pula...


----------------


SELESAI SATU GERAK BERKAITAN ACARA KE-16 HIKMAH - TANJAK BARU SEBAGAI KEMUNCAK GERAK HUJUNG MINGGU?

Alhamdulillah. Ada semacam klimaks daripada satu renteten peristiwa berkaitan perjalanan diri dan perjuangan Melayu dan Islam Sabtu hingga Ahad,

Sabtu 16 Jan 2016

1) Pergi ke mesyuarat satu gabungan NGO membincangkan hala tuju perjuangan dan tindakan dalam membela Melayu dan Islam. 

Sejak 2-3 minggu lalu mesyuarat sudah ditetapkan mahu diadakan pagi 16 Jan, Ia merupakan mesyuarat kedua gabungan dihadiri oleh saya, saya tidak pergi mesyuarat sebelum itu dan asalnya tidak bercadang untuk ke mesyuarat terbaru. Ini kerana saya tidak mahu terlibat sangat dengan pergerakan, cuma mengikuti perkembangan dari jauh kerana sudah diajak bersama tetapi tidak dapat memberikan komitmen penuh akibat sibuk dengan pelbagai hal lain. Tetapi disebabkan saya diminta membawa bapa angkat saya, penulis buku politik terkenal Pak Habib @ S.H.Alattas​ bersama, maka saya pun menghadiri mesyuarat. Permintaan ini timbul setelah saya memberitahu kepada ahli gabungan akan membuat majlis terbaru HIKMAH di rumah Pak Habib.

2) Bertandang ke rumah Prof Dato' Dr Othman Yatim untuk memulangkan keratan-keratan akhbar berkaitan Beruas yang dipinjamkan beliau penghujung tahun 2013. 

Ia adalah sebagai persediaan untuk acara ke-15 HIKMAH yang berlangsung di Beruas, mula-mula dirancang untuk diadakan awal tahun 2014, kemudian ditunda ke pertengahan tetapi akhirnya diadakan 8 Ogos. Lihat Acara ke-15 HIKMAH di dewan orang ramai Kampung Banjar, Beruas 8-9 Ogos 2015. Sejak pertemuan tersebut kami tidak pernah bersua kerana beliau melanjutkan tugas di Brunei, baru bulan lepas kembali setelah tamat kontrak. Prof Othman pernah merasmikan acara pertama (ke-1) HIKMAH di Kompleks Seni Islam (Yayasan Restu), Shah Alam juga ke-6 Galeri Shah Alam. Lihat Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012 diikuti Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013. Sekarang, beliau akan merasmikan acara ke-16 di Janda Baik 30-31 Jan ini insyaallah. 

3) Pergi majlis Maulidur Rasul Akbar di Yayasan al-Jenderami dan sampai sebelum Maghrib. 

Majlis telah berlangsung sejak Khamis 14 Jan tapi majlis Maulid malam itu iaitu pada 16 Jan merupakan klimaks. Saya mendapat gerak untuk menghadirinya 1-2 hari sebelum itu.   

4) Singgah bermalam di rumah abang ipar di Bukit Changgang sambil melawat anak buah yang mendapat anak baru. 

Daripada Jenderam dah cukup dekat. Oleh kerana esoknya kami mahu ke satu forum di Shah Alam eloklah bermalam di Bukit Changgang. Bolehlah singgah di Shah Alam dalam perjalanan kembali ke rumah di Rawang. Lagipun anak buah isteri saya baru mendapat anak kedua, bolehlah dijengok sekali.

Ahad 17 Jan

5) Menghadiri forum berkaitan fitnah dan cabaran akhir zaman di Shah Alam. 

Gerak untuk menghadiri majlis ini muncul sejurus selepas saya telah menetapkan diri mahu ke Jenderam untuk Maulidur Rasul. Ketika disuakan kerta kerja ringkas bersama undangan beberapa hari lalu, saya dapati ia cukup sesuai digunakan untuk membuka pembentangan saya sendiri di Janda Baik nanti. 

6) Bertemu dan meluangkan masa bersama ibu bapa yang datang dari Muar ke sebuah rumah kami di Kajang. 

Jumaat malam Sabtu tiba-tiba ibu saya menalifon untuk memberitahu dia dan bapa akan berada di Kajang hari Ahad kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara. Isnin harus kembali ke Muar. Ibu juga memberitahu beliau dan bapa mahu pergi umrah lagi awal Februari. Itu yang membuat saya dan isteri menukar rancangan - selepas Shah Alam kami tidak terus kembali tetapi pergi ke Kajang dahulu bertemu ibu bapa lalu meluangkan masa bersama mereka.

7) Mendapat tanjak baru untuk pakaian HIKMAH ke-16

Adapun perkara 1-6 sudah ada dalam rancangan saya dan isteri sebelum kami keluar pagi Sabtu. Cuma malam sebelumnya isteri ada bertanya apakah persalinan yang mahu saya pakai untuk HIKMAH ke-16 nanti. Ketika itulah, setelah melihat koleksi kami sejak 3 tahun lalu, timbul rasa untuk mendapatkan satu tanjak baru yang dapat menggambarkan keazaman baru saya selari tentang terbitnya acara. Ingat, saya asalnya tidak mahu mengadakan apa-apa acara HIKMAH tahun ini malah pernah terfikir untuk bersara terus daripada penganjuran majlis. Tetapi keadaan berubah akibat satu rentetan peristiwa yang berlaku 2 minggu lalu. Lihat HIKMAH reunion di Bukit Tinggi

Untuk ini, saudara Johan Iskandar​ yang senasab dengan saya iaitu daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota di Perak yang memiliki darah kerabat diraja Aceh juga Bugis dirasakan orang paling sesuai untuk menangani perkara. Cuma tak tahu bila mahu bertanya. Beliau memang sudah cukup terkenal sebagai pembuat tanjak yang berkaliber. Ramai aktivis busana mendapat ilmu membuat tanjak daripada beliau. Ada beberapa tanjak milik saya dibuat oleh anak-anak murid beliau. Tetapi saya sendiri belum pernah mendapatkan satu buatan beliau walaupun Johan tidak lain adalah saudara sepupu-sepapat saya. 

Ahad selepas Zuhur, dalam perjalanan daripada Shah Alam ke Kajang untuk bertemu ibu bapa timbul rasa untuk menalifon beliau bertanyakan hal tanjak. Terus berjanji untuk berjumpa lewat malam di pejabatnya di Subang, dalam perjalanan kami kembali ke rumah di Rawang. Permintaan saya adalah buatkan satu tanjak yang dirasakan paling sesuai dan serasi dengan diri dan peribadi saya zahir dan batin, utamanya untuk dipakai semasa HIKMAH ke-16. Datang ke pejabat tu pun fikirnya sekadar hendak mengukur dan meninjau. Tak sangka dapat pula beliau menyiapkannya malam itu juga, alhamdulillah.

Seolah-olah pembikinan tanjak ini adalah klimaks daripada 6 perkara/aktiviti sebelumnya yang semuanya berlaku berkaitan persediaan untuk HIKMAH ke-16. Aktiviti dimulakan pada 16 Jan. Dan pada tarikh itu juga saya bertemu Prof Othman  lalu mendapatkan kepastian secara berdepan untuk beliau merasmikan majlis hujung bulan. Menarik apabila difikirkan bahawa beliau pernah merasmikan acara ke-1 diikuti ke-6. Sekarang beliau telah bersedia untuk merasmikan acara ke-16. Nampak tak permainan nombor di situ?.

Ditambah lagi fakta bahawa 6 aktiviti yang sudah difikirkan untuk hujung minggu dicampur lagi 1 yang tak dirancang. Hmm. Segala ini macam membentuk nombor 1661 pula. Adapun nombor 11 pada saya adalah semacam nombor diri, 66 pula dikaitkan dengan Allah. Nombor 1661 itu seperti 11 mengapit 66 di tengah-tengah. Ada makna ini semua. Subhanallah... :] 



Nota : Artikel ini telah lebih dahulu dikongsikan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Untuk blogspot ini saya telah merancang untuk meletakkan satu artikel menceritakan apa yang berlaku pada mesyuarat NGO diikuti pertemuan dengan Prof Othman Yatim 16 Jan. Ini mahu disertakan bersama atur cara terperinci yang dapat dibentuk malam sebelum itu. Atur cara tersebut malah sudah dimasukkan ke dalam blogspot tetapi dalam bentuk draf malam itu juga. 

Tak sangka boleh berlaku rentetan peristiwa yang membawa kepada saya mendapat tanjak baru yang sesuai untuk acara ke-16 HIKMAH. Timbul pula rasa untuk menyatakan hal itu di FB diikuti CATATAN SI MERAH SILU. Ini diikuti gerak untuk menyalin cerita di blogspot ini. Jadilah ia artikel ke-222 di sini. 

Thursday, January 14, 2016

Penginapan semasa HIKMAH Janda Baik 30-31 Jan 2016



Salam malam Jumaat. Oleh kerana acara ke-16 HIKMAH di Janda Baik akan berlangsung Sabtu hingga Ahad tentunya akan ada yang memerlukan penginapan di sana sekurang-kurangnya untuk Sabtu malam Ahad. Maka itu biar dimaklumkan begini :-

1. Penginapan percuma disediakan dalam kawasan rumah Pak Habib iaitu tempat acara berlangsung sepanjang 2 hari itu. Biar diberitahu sekali lagi, rumah tersebut terletak di dalam kawasan taman seluas 8 ekar dengan sebuah sungai berjeram mengalir di tepi. Dalam kawasan ada 7-8 buah rumah.

2. Namun penginapan percuma DALAM RUMAH cuma diberikan kepada urusetia HIKMAH, para pembentang dan tetamu istimewa.

3. Pun begitu, hadirin atau peserta lain dipersilakan bermalam percuma DALAM KAWASAN RUMAH. Anda boleh bermalam di sekian banyak pondok (pondok-pondok ada lebih 10 buah kalau tak salah semuanya selesa dan berukuran paling kecil pun 8 x 8 kaki). Anda juga boleh bermalam di dewan-dewan dan surau. Cuma kena bawa sleeping bag/selimut/toto dan bantal sendiri.

4. Hadirin/peserta juga dibenarkan berkhemah dalam kawasan rumah. Tentang kemudahan seperti air dan tandas jangan risau. Semuanya mencukupi untuk menampung kehadiran ramai orang, insyaallah.

5. Sesiapa yang mahu penginapan lebih selesa boleh menyewa sendiri sekian banyak chalet yang terdapat di Janda Baik. Lihat sahaja senarai yang kelihatan pada papan tanda dalam gambar atas. Anda boleh menghubungi beberapa tempat yang disenaraikan di sini (sila klik). Saya cadangkan juga chalet milik seorang kawan iaitu Zaini Guesthouse. Sila klik sini...


Wednesday, January 13, 2016

Aktiviti kanak-kanak, penglibatan FAMA dan jualan buku daripada pelbagai pihak

Lagi perkembangan tentang acara ke-16 HIKMAH yang akan berlangsung di Janda Baik 30-31 Jan 2016.



Petang semalam isteri saya kembali ke rumah dengan membawa muatan barangan lebih separuh penuh kereta.



Pagi tadi baru saya alih keluar untuk disimpan di dalam rumah. Ia adalah barangan sumbangan daripada FAMA, singkatan untuk  (Federal Agricultural Marketing Authority - FAMA). Atau bahasa Melayunya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.


Ia adalah agensi yang dipertanggungjawab untuk mengurus, menyelaras, mengawal, memperbaik pasaran produk-produk pertanian termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pasaran tempatan, eksport serta import. Barangan yang diurus secara rata adalah produk kampung orang Melayu lalu dipasarkan atas nama Agromas.

Kami menerima sejumlah barangan untuk digunakan pada HIKMAH Janda Baik. Ada yang menjadi hidangan peserta, ada yang akan dijadikan hadiah untuk pertandingan melukis, mewarna dan sebagainya, atas nama aktiviti kanak-kanak.


Ya, kali ini kami akan mengadakan aktiviti kanak-kanak. Insyaallah ada permainan tradisional sekali agar anak-anak dapat terurus dan tidak jemu ketika orang dewasa sedang sibuk mendengar pembentangan ilmu.


Seperti biasa pada mana-mana acara HIKMAH kami menyediakan tapak perniagaan percuma lalu pihak FAMA menyatakan akan membuka gerai menjual dan mempromosi barangan mereka. Tetapi dijangka penjualan buku akan jadi paling menonjol di Janda Baik. Ini disebabkan banyak pihak termasuk Khazanah Fataniyah telah menyatakan akan terlibat sama. Apatah lagi acara diadakan di rumah penulis buku politik Pak Habib @ S.H.Alattas yang sudah menghasilkan berpuluh buah judul...



PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.