Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...






















Wednesday, June 12, 2013

HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Dari dunia di luar matriks ke dinar dan dirham

Alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan acara ke 5 HIKMAH, acara yang diberi nama "HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu" atau HIKMAH V sudah berjaya dan selamat diadakan di Masjid Makmur Losong Dato' Amar, Kuala Terengganu 5-8 Jun iaitu minggu lalu. Sekarang bolehlah dimulakan cerita...


Rabu malam Khamis 5 Jun 2013, masuk waktu Maghrib, masuk juga 27 Rejab, malam Isra' dan Mi'raj, saya buat pertama kali sampai ke masjid tempat acara mahu diadakan. Masjid ini terletak kira-kira 500 meter dari Muzium Negeri Terengganu. Saya biasa ke kawasan berdekatan terutama Kampung Paloh di mana terdapat masjid dan makam wali besar Terengganu abad ke-19 Masihi iaitu Tokku Paloh juga ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam yang terletak tidak jauh dari sini. Tetapi saya baru tahu kewujudan masjid ini kira-kira 2 bulan lalu, apabila imam muda masjid, Ustaz Khairul Azhar menawarkan penggunaannya untuk acara.


Adapun saya bertolak dari rumah di Rawang, Selangor sebelum tengah hari bersama isteri membawa dua orang anak kecil kami lalu bertemu seorang rakan perempuan di Tol Gombak yang ingin ikut sama ke Terengganu membawa seorang anak. Tetapi berlaku satu insiden ketika kami singgah di makam seorang lagi wali besar  sana tetapi untuk abad ke 17 iaitu Tokku Pulau Manis, 15 km dari Kuala Terengganu. Insiden ini menyebabkan saya harus meninggalkan mereka untuk ke masjid terlebih dahulu.


Apa yang berlaku adalah anak rakan kami tertinggal kunci keretanya di dalam kereta kemudian ia terkunci, langsung tidak dapat dibuka. Adapun kami sampai di makam sekitar 6.15 petang, hampir jam 7 masalah belum selesai sedangkan saya sebagai pengasas HIKMAH harus berada di Masjid Makmur jam 7.30. Tentunya rakan ini dan anaknya tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja. Nasib baik ada dua orang lelaki sebaya saya yang turut menziarahi makam sudi menolong. Mereka dapat menghubungi orang yang boleh membuka kunci, cuma perlu menunggu orang itu datang.

Nasib baik juga muncul beberapa orang lain yang ditakdirkan Allah sedia mengenali nama saya sebagai penulis buku juga pengasas HIKMAH melalui Internet. Mereka sudi menjaga isteri yang mahu menemani rakan menunggu tukang kunci datang sementara dua orang tadi menghantar saya ke Kuala Terengganu. Saya sampai ketika masuk raka'at kedua solat berjemaah Maghrib. Selepas solat saya terus mencari dan cuba menghubungi Ustaz Azhar tapi tak dapat.


Mengikut program asal, selepas solat Maghrib akan diadakan ceramah bertajuk "Isra' dan Mi'raj sebagai Petunjuk Dunia di Luar Matriks" oleh Ustaz Syed Nazmi bin Tuan Taufiq, qadhi Hulu Terengganu. Ia adalah satu tajuk yang telah saya pilih lebih sebulan lalu istimewa untuk malam Isra' dan Mi'raj dengan siri filem Hollywood terkenal Matrix mahu dijadikan alat perbandingan, Ustaz Azhar mencarikan penceramah. Namun sekitar 2 hari sebelum acara berlangsung tiba-tiba Syed Nazmi memberitahu tidak dapat datang kerana ada hal lain. Penceramah gantian pula tidak dapat diperolehi kerana ramai yang ada program malam Isra' dan Mi'raj.

Di atas kelihatan seorang lagi imam masjid memberikan ceramah. Ia bukanlah tentang Isra' dan Mi'raj tapi pengajian kitab yang dilakukan selang beberapa hari dan tidak termasuk dalam program HIKMAH V. Ketika ini saya terasa keliru. Ustaz Azhar tak dapat dihubungi, tiba-tiba ada ustaz lain yang saya tak tahu siapa memberikan ceramah. Ah. Apa sudah jadi pada atur cara HIKMAH V ni? Bayangkan kegelisahan saya ketika itu apalagi isteri dan rakannya yang ditinggalkan bersama anak-anak kami di makam Tok Pulau Manis yang agak gelap pada malam hari tidak dapat dihubungi.


Selepas solat Isyaq seorang ahli jawatankuasa masjid tampil ke hadapan untuk mengumumkan bahawa selepas ini akan dimulakan ceramah di bawah HIKMAH V. Alangkah leganya saya mendengar ini apalagi penceramah gantian tetapi untuk tajuk lain malam itu sudah ada bersama. Gambar ini diambil ketika saya sendiri tampil ke hadapan untuk memberikan sedikit pengenalan. Saya malah sempat memberikan kata-kata ringkas apa yang dimaksudkan dengan tajuk "Isra' dan Mi'raj sebagai Petunjuk Dunia di Luar Matriks" sebelum meminta penceramah gantian mengambil tempat.


Sungguh ini semua aturan Allah dan Qada' Qadarnya jua. Penceramah ini, Puan Norbaini Hassan sebenarnya dijadualkan membentang pada pagi Khamis. Tapi entah kenapa beliau boleh terlupa lalu datang dengan pesawat ke Terengganu hari Selasa dengan tiket kembali ke Kuala Lumpur pagi Khamis. Beliau menyangkakan pembentangannya harus dibuat pagi Rabu! Kebetulan ketika itu kami sudah mendapat tahu Ustaz Syed Nazmi yang patut memberikan pembentangan bertajuk "Isra' dan Mi'raj sebagai Petunjuk Dunia di Luar Matriks" tidak dapat datang. Puan Norbaini pun diminta mengisi ruang, pada mulanya selepas Maghrib tetapi dialih ke selepas Isyaq.

Menariknya sejurus sebelum beliau tampil membuka bicara, Ustaz Azhar yang tidak dapat saya hubungi sejak Maghrib pun muncul. Rupa-rupanya beliau ada tugasan di masjid lain Maghrib hingga Isyaq. Ketika itu juga isteri saya dan kawan serta anak-anak kami dapat dilihat di masjid. Alhamdulillah, mereka sampai dengan selamat malah sudah siap mandi bertukar pakaian cantik, tumpang bersiap di rumah seorang kenalan baru berdekatan makam Tok Pulau Manis...


OK. Tajuk tentatif pembentangan yang saya beri untuk ditangani Puan Norbaini adalah "Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam Sedunia". Ini kerana sejak acara pertama HIKMAH lagi subjek dinar dirham telah diperkatakan pada setiap acara dan kini saya mahu agar cara praktikal diperkenalkan supaya ummah senang menggunakan matawang dinar dirham yang diketahui adalah satu cara utama mahu menaikkan ekonomi Islam selain mengelakkan riba'. Puan Norbaini memilih untuk memperkenalkan tajuk sendiri "Pasar Terbuka Masjid". Ia dibuat berdasarkan pengalaman peribadi beliau mengusahakan penggunaan dinar dirham di beberapa tempat.


Tu dia. Malam itu kami bercakap tentang dinar dan dirham sedangkan ia malam Isra' dan Mi'raj. Puan Norbaini yang pernah  menjadi orang penting dalam institusi perbankan termasuk di Bank Negara boleh sahaja bercakap tentang hal-hal besar seperti import eksport antara negara menggunakan dinar dan dirham. Tapi beliau tahu buat masa ini ia tidak praktikal kerana halangan besar yang terpaksa dihadapi melawan gerakan perbankan antarabangsa (international bankers) dan para kapitalis besar dengan tangan-tangan ghaib Yahudi Laknatullah yang sentiasa mahukan dunia tertipu dengan penggunaan wang kertas dan sistem riba' mengendalikan dunia di belakang tabir. Oleh itu disarankan agar diwujudkan pasar kecil di masjid-masjid di mana matawang dinar dan dirham dijadikan alat utama untuk berjual-beli. Jangan tunggu pemimpin negara mengisytiharkan penggunaan dinar dirham (yang tentu akan dilawan dengan kuat oleh pihak berkepentingan) sebaliknya mulakan ia secara kecil-kecilan di tempat sendiri.


Itulah antara misi HIKMAH. Kami tidak mahu bercakap berdegar-degar melepasi langit ke tujuh tetapi apa yang dicakap tidak mampu dicapai mahupun dipraktikkan. Alhamdulillah apa yang disampaikan mendapat perhatian ramai. Sesungguhnya jarang sekali perkara seperti dinar dirham ini dibincangkan dan diperkatakan dalam masjid sedangkan ia adalah alat sangat penting untuk memartabatkan ummah.


Sesungguhnya ini adalah satu kelainan yang diatur Allah.


Kebiasaannya, pada malam Isra' dan Mi'raj tentu ceramah utama di masjid-masjid adalah berkenaan peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW menaiki kenderaan berbentuk binatang buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian ke atas melepas langit demi langit hingga ke hadirat Allah SWT bukan?


Tetapi itulah HIKMAH. Bukan peristiwa hebat seperti Isra' dan Mi'raj sahaja boleh mengangkat ummah. Untuk zaman sekarang, untuk menghadapi fitnah akhir zaman, dinar dan dirham adalah satu alat yang tidak boleh ditinggalkan. Dipersembahkan pada malam Isra' dan Mi'raj, semoga ia dapat mengangkat kita umat Islam sekarang zahir dan bathin, dunia dan akhirat.


Nah. Beginilah keadaan saya datang ke acara HIKMAH kali ini, setelah mengalami satu kemalangan penghujung bulan April (lihat artikel Car Book Sale, Hari buku sedunia dan kaki terpele'ot di blogspot CATATAN SI MERAH SILU). Kemudian baru saya dapat tahu kecederaan yang dialami adalah lebih serius dari yang disangka. Tulang atas buku lali luar kaki kanan bukan sekadar retak di dua tempat tetapi retak itu bersambung membentuk spiral atau lingkaran memanjang ke atas. Selain itu buku lali dalam juga retak sedangkan ligamen atau tulang/otot lembut yang memegang dua tulang kaki berdekatan buku lali koyak hampir putus. Namun dahulu saya fikir dengan memakai simen sambil mendapat perkhidmatan bomoh patah sudah cukup untuk memulihkan keadaan.

Selepas sebulan kecederaan lalu dibuat x-ray ternyata tulang yang tumbuh tidak cantik kedudukan dan tidak sekata. Kalau dibiarkan saya tidak akan dapat berjalan dengan elok selain risiko cepat kena athritis dan mungkin sentiasa sakit bisa-bisa kaki. Nak tak nak kaki harus dibedah dan dimasukkan besi. Tulang yang sudah tumbuh ada  yang harus dipecahkan sebelum dibetulkan kedudukan lalu diikat dengan plet sepanjang 3-4 inci yang dimasukkan beberapa skru kecil. Selain itu kaki saya juga perlu diikat dengan 4 skru besar.

Bayangkan, pembedahan dilakukan selepas Zuhur hari Khamis 30 Jun sedangkan seminggu kemudian saya harus berada di Terengganu untuk menjayakan HIKMAH. Bukan dekat wooo hendak ke Kuala Terengganu, naik kereta tak kurang 6 jam, perjalanan 460 km dari Lembah Klang. Nasib baik saya dibenarkan keluar hospital hari Sabtu. Nasib baik isteri sanggup memandu sendiri begitu jauh sambil saya pula berbaring di belakang. Sambil itu beliau harus menjaga dua orang anak, semua barangan beliau yang angkat!

Alhamdulillah, Allah berikan kami kekuatan untuk sampai dan menjayakan majlis. Oh, jubah yang saya pakai ini dibeli di Madinah semasa ziarah dan umrah yang kami buat 1-12 April. Lihat artikel Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat.... Songkok pula adalah dari Tanah Bugis, dibeli semasa kami di sana 3-12 Mei, satu perjalanan yang dibuat dalam keadaan kaki kanan saya disimen separuh hingga ke peha akibat kecederaan yang dialami 10 hari sebelum bertolak. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - Satu pengenalan pagi Jumaat.

Adapun sejak keluar dari hospital saya mengalami masalah kaki terasa sakit berdenyut-denyut setiap kali ia diletakkan ke bawah. Untuk mengurangkan ini saya harus meletakkan kaki atas paras pinggang, letak le atas kerusi ke apa. Tapi dengan kuasa Allah, pada malam Isra' dan Mi'raj di Masjid Makmur itu saya tidak terasa sakit langsung  (ketika majlis saya banyak duduk bersila dengan kaki kanan terlunjur ke hadapan)... hinggalah hampir tengah malam apabila masuk ke rumah penginapan, baru ia terasa kembali... :].



Monday, June 3, 2013

Final update sebelum acara - HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu 5-8 Jun

Assalamualaikum semua. Pada artikel Bersedia untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu 5-8 Jun yang dibuat 30 April iaitu lebih sebulan lalu ada disebut saya mengalami kecederaan yang menghalang diri daripada lebih aktif mengatur acara kelima HIKMAH yang akan berlangsung 5-8 Jun ini. Kecederaan yang terjadi akibat jatuh tergelincir ketika melompat mengejar sesuatu 23 April (rujuk artikel Car Book Sale, Hari buku sedunia dan kaki terpele'ot di blogspot CATATAN SI MERAH SILU) ternyata lebih serius dari yang disangka. Khamis lepas, selepas cuba mengelaknya selama sebulan, nak tak nak saya harus menjalani pembedahan untuk memasukkan sokongan besi dan skru ke dalam kaki. Dalam keadaan ini kemampuan untuk mengatur apa-apa perkara menjadi sangat terhad.

Namun hikmahnya saya dapat melihat kesungguhan kawan-kawan dari Terengganu terutama Ustaz Khairul Azhar, Imam Masjid Makmur Losong Dato' Amar menjayakan acara. Beliau dan sejumlah ahli jemaah dari Terengganu dapat mengatur pengisian yang sangat bermakna, sesekali sahaja perlu merujuk pada saya. Mereka malah berjaya mendapatkan penyertaan sejumlah badan berwibawa termasuk Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk terlibat sama. Katanya pejabat agama sudi menanggung makan  minum peserta sepanjang acara...



Di atas adalah poster atau banner yang disediakan kawan-kawan dari Terengganu. Boleh kelihatan logo/lambang beberapa badan yang turut menyokong majlis. Sekarang biar diletakkan atur cara terbaru. Nampaknya sejak diwar-warkan kira-kira 2 bulan lalu ada sahaja perkara baru yang dapat memeriahkan acara. Lihatlah segala program dan tajuk yang tersenarai...


RABU  5 Jun 

Program 1 (masuk malam Isra' dan Mi'raj 27 Rejab)

07.30 – 08.30pm : Isra’ & Mi’raj sebagai Petunjuk Dunia di Luar Matriks
Ustaz Syed Nazmi Bin Tuan Taufiq, Qadhi Hulu Terengganu


KHAMIS 6 Jun (bersamaan 27 Rejab, hari Isra' dan Mi'raj)

Program 2

09.00 – 09.30am : Perasmian Majlis Isra’ dan Mi’raj  : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu
Dato’ Zuber Embong

Program 3

09.30 – 10.30am : Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara- Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis
Cikgu Najib, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan

Program 4

10.30 – 11.30am : Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia
Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar  & Dirham

REHAT SOLAT DHUHA DAN MINUM

Program 5

12.00 - 12.50pm : Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu
Radzi Sapiee, Pengasas HIKMAH

SOLAT ZOHOR DAN MAKAN TENGAHARI

Program 6

03.00 – 04.00pm
Forum : Wali Songo dan perkembangan Islam di Nusantara
Hj Wan A.Halim Bashah, Penulis sejarah dan Tengku Anis, Waris Puteri Sa'adong
(Program akan disambung 9-10pm)

Program 7

04.00 – 04.30pm : Dinar & Dirham dan Kesultanan Masa Kini
Kumpulan Murabbitun, Penggiat Dinar & Dirham


JUMAAT 7 Jun (28 Rejab)

Program 8

09.00 – 10.00am : QOSIDAH
Pelajar Madrasah Hidayah kelolaan Syed Abd Mukmin ( Urusetia)

Program 9

10.00 – 11.00am : Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah
Halit Osman Ali An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani

REHAT SOLAT DHUHA DAN MINUM

Program 10 

11.30am - 12.30pm : TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat
Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa

SOLAT JUMAAT DAN MAKAN TENGAHARI

Program 11

03.00 – 04.00pm : Tariqat dan Syari’at satu kelaziman, Kepentingan Pengijazahan dalam Pengamalan
Dr Abdul Manan, Pensyarah Unisza

Program 12

09.00pm – 05.30am : Muzakarah Adab Sunnah & Qiamullail 
Khairul Azhar Al-Binnori, Imam Masjid Makmur


SABTU 8 Jun (29 Rejab)

Program 13
09.00 – 10.00am : Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19
Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu

Program 14

10.00 – 11.00am : Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan keluarga
Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza 

REHAT

Program 15

11.45am - 12.30pm : Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman 
Rashid, Muzium Negeri Terengganu

SOLAT ZOHOR 

Program 16

02.15 – 03.00pm : Perasmian & Penutup Majlis Isra’ Mi’raj
Pesuruhjaya Agama Trengganu

MAKAN TENGAHARI

Program 17

03.30 – 04.30pm : Bengkel Muzakarah / Ikhtitam Majlis - Penyediaan tapak Kekhalifahan mengikut Manhaj Nubuwwah 
Radzi Sapiee, Presiden HIKMAH 

SOLAT ASAR BERJEMAAH, BERSAMA2 MEMBACA MANZIL & MUKHTASAR HIZBUL A'ZAM
Imam Ustaz Khairul Azhar Al-Binnori




Pada artikel Bersedia untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu 5-8 Jun saya ada membuat peta  berdasarkan maklumat tentang kedudukan Masjid Makmur Losong Dato' Amar di mana acara mahu diadakan. Maklumat diperolehi melalui Internet lalu dipadankan dengan pemerhatian terhadap gambar satelit program Google Earth. Saya sendiri belum pernah sampai ke masjid itu lalu terpaksa bergantung pada sedikit maklumat dari pihak lain. Kalau tidak disebabkan kecederaan kaki harus saya sudah ke sana paling lewat pun 2 minggu lalu untuk menilai penggunaan ruang dan hal-hal berkaitan.

Selama itu saya belum pernah menemui gambar cukup lengkap lokasi dan tempat sekitarnya yang boleh dikongsikan untuk menunjukkan bagaimana hendak ke sana. Alhamdulillah siang tadi ada seorang rakan Facebook yang terlibat mengatur majlis telah meletakkan gambar-gambar berikut. Nampaknya mencari masjid ini lebih senang dari yang disangka. Lihat sahaja pada gambar yang boleh dipadankan dengan kedudukan dalam peta...



Apa yang perlu adalah dari pusat bandar raya Kuala Terengganu dan sekitarnya kita menuju ke kawasan Losong. Paling senang kita berpandukan arah ke Muzium Negeri Terengganu juga ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal yang terletak selepas muzium kerana perlu melalui jalan utama yang sama. Kira-kira 270 meter sebelum muzium akan kelihatan simpang ke kanan. Terdapat penunjuk arah ke Masjid Makmur jelas terpampang.



Ambil simpang dan teruskan perjalanan sekitar 240 meter dan masjid pun kelihatan.



Nah. Melalui gambar-gambar ini saya dapat melihat begitu banyak ruang boleh dimanfaat untuk pelbagai aktiviti. Biar diulang kami membenarkan sesiapa pun orang Melayu Islam (kalau Islam tetapi bukan Melayu pun boleh diterima) datang membuka pameran mahupun berniaga secara percuma. Anda boleh datang pada hari acara tanpa memberitahu terlebih dahulu tapi seeloknya bawalah meja dan payung sendiri. Kami cuma menyediakan tapak. Mereka yang mahu membuat persembahan silat juga permainan tradisional amat dialu-alukan.

Sekali lagi juga diingatkan kami amat menggalakkan pemakaian busana tradisional Melayu berkeris bertanjak. Selain itu boleh pakai baju Melayu bersampin bersongkok atau berjubah berkopiah, baju silat, baju tariqat juga dibenarkan. Sebelum ini saya pernah memberitahu pakaian keBaratan tidak digalakkan. Maksud saya tak perlulah sangat pakai jeans dan t-shirt. Tapi takda le sampai kami melarang masuk apalagi jika pakaian keBaratan itu adalah pakaian pejabat. Niat kami cuma mahu melestarikan suasana Melayu Islam yang disokong cara pemakaian yang sesuai.

OK. Di atas tadi sudah disebut bahawa makan minum sepanjang acara ditaja pejabat agama daerah bukan? Selain itu peserta baik lelaki mahupun perempuan boleh mendapat penginapan percuma di masjid-masjid dan surau berdekatan. Kalau mahu penginapan lebih selesa, Imam Masjid Makmur telah menyediakan satu senarai homestay berdekatan berserta harga. Di sini biar saya memaparkannya. 



SENARAI HOMESTAY SEKITAR LOSONG UNTUK HIKMAH V


1. Naisyah - 5 bilik. Harga setiap bilik RM60 sehari semalam.
    Wan Aisyah 012-9219290

2. Muzium Villa - 3 bilik (2 bilik aircond) 2 Bilik Air. 9-15 tempat tidur. RM 150/ sehari semalam.
    Pok Man 012-9097670

3. Siakap - 2 biji rumah. Setiap rumah 4 bilik 3 aircond, 2 tingkat. RM 250sehari semalam.
    Hj Nik 013-9358416 / 012-9639840

4.  Rumah Rehat 0 9 bilik. RM 150 setiap bilik  aircond.
     Ubaidah 019-9635440

5. D Losong - 5 bilik. RM 300 sehari semalam.
     Hj Anuar 0199363484

6. Penginapan AIMAN - 3 bilik (Master bilik aircond + toilet), 2 bilik air, TV, peti ais, 9-15 tempat tidur. RM 150/ sehari semalam
   Cikgu Mazidah 013-9302026

7. Bersebelahan Penginapan AIMAN - 3 bilik (Master bilik aircond + toilet) 2 bilik air, TV, peti ais, 9-15    tempat tidur. RM 150/ sehari semalam.
 Cikgu Mazidah 013-9302026

8. Cabang 3 - 5 bilik, 2 toilet, ada dapur RM 300.
    Cikgu Mazidah 013-9302026

9. Trisya Homestay
    Wan Nazmi 019-9834877 / 013-9862616

      (1) 2 bilik RM 180/ sehari semalam - semua aircond

      (2) 3 bilik RM 250/ sehari semalam - semua aircond

      (3) 4 bilik RM 300/ sehari semalam - semua aircond

      (4) 4 bilik RM 300/ sehari semalam - semua aircond




Nah. Apa lagi? Acara akan bermula 2 hari sahaja lagi. Jadi marilah kita ke Ganu apalagi dah cuti sekolah... :]



p/s: Baru teringat. Saya dimaklumkan ada pihak akan membuat rakaman penuh acara untuk dijadikan vcd/dvd. Ini boleh didapati beberapa waktu selepas acara. Tempahan boleh dibuat pada Imam Masjid Makmur. E-mail beliau di albinnori@yahoo.com.


Tuesday, April 30, 2013

Bersedia untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu 5-8 Jun

Masyaallah. Sudah sebulan rupanya saya tidak membuat apa-apa artikel baru di blogspot ini. Artikel sebelum ini, Peralihan dari HIKMAH IV di Kelantan ke HIKMAH V di Terengganu yang dibuat 31 Mac ada memberitahu saya dan isteri akan berlepas ke Tanah Suci esoknya. Sekarang sudah lebih 2 minggu kami kembali. Biarlah diberitahu hal terbaru iaitu mengenai penganjuran acara ke-5 HIKMAH di Kuala Terengganu.

Pada bahagian akhir artikel  Peralihan dari HIKMAH IV di Kelantan ke HIKMAH V di Terengganu telah disebut begini :-

Dengan itu biar dimaklumkan juga secara rasmi di blogspot ini bahawa usaha sedang dilakukan untuk melaksanakan acara kelima HIKMAH atau HIKMAH V di Masjid Tokku Paloh, Kuala Terengganu. Majlis yang diberi nama "HIKMAH Israq dan Mikhraj : Jejak Sufi Dalam Tamadun Melayu" itu dijangka akan berjalan 3 hari 1 malam kerana mahu dimulakan pada malam Israq dan Mikhraj, Rabu malam Khamis 5 Jun 2013 membawa ke hari pembentangan utama siang Sabtu 8 Jun.

Sekarang biar dimaklumkan di sini, atas sebab-sebab tertentu majlis telah dialih ke Masjid Makmur Losong .Dato' Amar. Lain-lain butiran seperti tajuk penuh majlis dan tarikh adalah sama.





Saya sendiri tidak pernah sampai ke Masjid Makmur Losong. Adapun Jumaat ini saya akan berlepas ke Makassar, Indonesia untuk melaksanakan misi melawat tempat-tempat bersejarah di Tanah Bugis buat beberapa waktu. Fikir saya selepas itu akan ke Kuala Terengganu untuk meninjau tempat. Malangnya saya mengalami kecederaan yang menghadkan perjalanan lalu tidak dapat ke sana sampailah ketika acara bermula. Untuk mengetahui apa yang berlaku lihat artikel Car Book Sale, Hari buku sedunia dan kaki terpele'ot di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Pembaca juga boleh mengekori cerita perjalanan ke Tanah Suci di blogspot tersebut.



Oleh itu buat masa ini saya cuma boleh menunjukkan lokasi berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui Google. Saya pun mendapatkan kepastian lokasi kemudian memadankan dengan gambar satelit.  Hasilnya bolehlah diterbitkan paparan di atas dan berikutnya.



Saya dapati tidak susah mencari masjid asalkan tahu simpang mana perlu diambil. Dari bandar raya Kuala Terengganu kita harus menuju ke Muzium Negeri, sama laluan seperti hendak ke Masjid Tokku Paloh. Bezanya apabila sampai ke satu simpang kira-kira 270 meter sebelum pintu masuk ke muzium. Jika ke Masjid Tokku Paloh kita harus masuk ke kiri, untuk ke Masjid Makmur Losong harus masuk ke kanan.



Ini adalah satu-satunya gambar dapat saya temui di Internet yang katanya menunjukkan Masjid Makmur Losong. Tidak ada yang menunjukkan aturan ruang masjid secara terperinci. Maka susah untuk saya mengatur di manakah patut ada pameran, pembentangan dan sebagainya. Dalam keadaan kaki saya sakit retak buku lali, saya cuma boleh berharap pada kawan-kawan di Terengganu, terutama imam masjid ini, Ustaz Khairul Azhar agar dapat membuat yang terbaik untuk majlis. Namun berdasarkan gambar satelit Googe Earth saya dapati masjid ini lebih besar dari Masjid Tokku Paloh dan memilik lebih banyak ruangan yang boleh dimanfaatkan. Saya lihat lebarnya 60 meter, panjang 40 meter, dalam kawasan seluas 60 x 60 meter.


Biar diberitahu event page HIKMAH V telah dibuka beberapa hari setelah saya dan isteri kembali dari Tanah Suci. Sila klik sini untuk melihatnya. Adapun sejak kembali dari Tanah Suci fikiran saya agak kosong sehingga jadi lembap mengatur perkara selain diserang batuk selesema, kadangkala demam seram sejuk sejak hari kedua berada di Madinah hampir 4 minggu lalu. Kemudian tiba-tiba saya ditimpa kecederaan kaki dan ia menghalang daripada menjadi lebih aktif mahu menjayakan acara.

Syukur alhamdulillah, Allah SWT menolong dengan menggerakkan kawan-kawan di Terengganu. Berdasarkan sedikit panduan tentang atur cara dan pengisian dari saya, Ustaz Azhar telah membuat satu atur cara tentatif yang saya lihat cukup berisi lalu dipaparkan di event page semalam. Insyaallah ia akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Diminta kawan-kawan dan para pembaca sama-samalah kita memeriahkan dan menjayakan HIKMAH V.


Tentatif HIKMAH V


TARIKH & HARI MASA TAJUK PEMBENTANG


5/6 RABU

 07.30 – 08.30 Isra’ & Mi’raj sebagai petunjuk dunia diluar Matriks - Us Hairuddin Bin Othman (Qas2ry)


6/6/2013 KHAMIS 

09.00 – 09.50 Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia 

09.50 – 10.05 Solat Dhuha & Bacaan Manzil 

10.05 – 11.35 Tulisan Jawi & Seni Khat dalam perkembangan islam di Tanah Melayu 

REHAT Minum & Jamuan Ringan 

11.45 - 12.45 Hubungan Sufi dalam Persilatan Melayu 

SOLAT ZOHOR DAN MAKAN TENGAHARI 

03.00 – 04.00 Sunnah Vs Adat dan kesan dalam masyarakat Melayu - Maulana Abd Hadi Yaakub MUDIR Pondok LakLok


7/6/2013 JUMAAT

 09.00 – 10.00 QOSIDAH - Pelajar2 Madrasa Hidayah 

10.00 – 10.50 Tariqat dan Syari’at satu kelaziman, Kepentingan Ijazah dalam Pengamalan -  Dr Abdul Manan
Pensyara Unisza

10.50 – 11.15 Solat Dhuha & Bacaan Manzil 

REHAT Minum & Jamuan Ringan 

10.30 - 12.20 Jejak Tokoh Pejuang Hj Abd Rahman Limbong - Dr Hamdan Pensyarah UMT

SOLAT JUMAAT DAN MAKAN TENGAHARI 

03.00 – 04.00 Jejak dan legasi Tokku Paloh dan keluarga - Abd Mukmin Al-Keired

SOLAT ASAR Masjid Tok Ku serta Ziarah Maqam TokKu 

05.00 – 06.00(Forum) Wali Songo dan perkembangan islam di Nusantara Hj Abd Halim Bashah & Tengku Anis

09.00 – 10.00 Tayangan Sejarah Tokoh Halaman Masjid Makmur 


8/6/2013 SABTU 

09.00 – 10.40 "Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19” 

10.40 – 10.50 Solat Dhuha & Bacaan Manzil Imam Masjid 

10.50 - 11.10 Minum & Jamuan Ringan 

11.10 – 11.50 Jejak dan legasi Tok Pulau Manis dan keluarga - AsSyam Musyarif

REHAT 

11.50 - 12.30 Batu Bersurat Terengganu Pengarah MUZIUM Negeri

SOLAT ZOHOR DAN MAKAN TENGAHARI

Melawat Sekitar Muzium (Perkarangan Muzium)

03.00 – 05.30 Bengkel & Penutup Radzi Sapiee (Merah Silu) 

SOLAT ASAR & BACAAN HIZBUL A’ZAM JEMAAH SOLAT ASAR


Sunday, March 31, 2013

Peralihan dari HIKMAH IV di Kelantan ke HIKMAH V di Terengganu

Assalamualaikum. Hari ini 31 Mac 2013 bersamaan 31.3.13 biarlah diberitahu. Esok 1 April saya dan isteri akan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah, setelah lama berkira-kira mahu melakukannya. Kiranya selepas melaksanakan "HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah" 2 minggu lalu sesuailah kami mahu ke Mekah pula. Dengan itu kami meminta ampun dan maaf jika ada tersilap tutur kata dan bicara, jika ada perbuatan menyinggung dan sebagainya. Kami juga meminta dihalalkan makan minum dan apa-apa perkara yang sewaktu dengannya. Semoga tuan puan dapat mengiringi pemergian kami dengan doa kebaikan untuk semua.


Sukacita juga dimaklumkan saya dapat pergi dengan senang hati setelah membuat semua artikel yang patut untuk HIKMAH IV. Kiranya ini boleh dijadikan bacaan atau pengisi masa tuan-tuan dan puan-puan sementara saya tidak dapat membuat apa-apa cerita baru...






Kertas kerja HIKMAH IV - Tentang Puteri Saadong

Kertas kerja HIKMAH IV - Pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathoni 

Video sekitar HIKMAH IV di Kandis, Bachok




Dengan itu biar dimaklumkan juga secara rasmi di blogspot ini bahawa usaha sedang dilakukan untuk melaksanakan acara kelima HIKMAH atau HIKMAH V di Masjid Tokku Paloh, Kuala Terengganu.  Majlis yang diberi nama "HIKMAH Israq dan Mikhraj : Jejak Sufi Dalam Tamadun Melayu" itu dijangka akan berjalan 3 hari 1 malam kerana mahu dimulakan pada malam Israq dan Mikhraj, Rabu malam Khamis 5 Jun 2013 membawa ke hari pembentangan utama siang Sabtu 8 Jun.

Di atas adalah gambar lama masjid. Bahagian hadapan yang kelihatan telah digantikan dengan bangunan batu yang saya lihat sesuai dan cukup besar untuk menanggung sebahagian dari majlis. Insyaallah sekembalinya saya dan isteri dari Tanah Suci event page untuk HIKMAH V akan dibuka di Facebook diikuti jemputan terbuka. Berjumpa kita semula untuk mengatur perkara selepas itu. Sekian... buat masa ini...


Friday, March 29, 2013

Video sekitar HIKMAH IV di Kandis, Bachok

Salam pagi Jumaat. Setelah hampir 2 minggu HIKMAH IV di Kandis, Bachok selesai baru saya dapat menyiapkan lalu memuat-naik sejumlah video untuk menunjukkan acara. Saya masukkan sekali video persiapan acara yang dirakam hari sebelumnya. Untuk makluman ini adalah artikel ke-55 di blogspot ini.



 

Video pertama - Suasana ketika membuat persiapan petang Jumaat 15 Mac 2013. Sila rujuk artikel Akademi Nik Rashiddin sedia untuk menyambut tetamu HIKMAH IV hari Sabtu.



 

Video kedua - Sekitar pembukaan acara pagi Sabtu 16 Mac. Rujuk artikel HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Pembukaan yang mendebarkan.



   

Video ketiga - Sesi pembentangan pagi terus ke tengah hari diikuti persembahan silat semasa rehat Zuhur. Rujuk artikel HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Pembentangan pagi dan tengah hari yang disatukan serta kuda dan silat.



   

Video keempat - Sesi pembentangan petang membawa ke sesi berkumpulan dan upacara penutup di mana diadakan bacaan Doa Nasiri untuk membela seluruh umat Islam. Rujuk artikel HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Dinar dirham sebagai tunjak kekhalifahan Islam.


Wednesday, March 27, 2013

Kertas kerja HIKMAH IV - Pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathoni

Bersambung dari Kertas kerja HIKMAH IV - Tentang Puteri Saadong.



Mengikut atur acara asal, sesi pembentangan petang HIKMAH IV harus dibuka dengan kertas kerja bertajuk "Pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathoni " oleh Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan. Atas sebab tertentu beliau tidak dapat hadir tetapi sempat menyerahkan kertas kerja lengkap dalam bentuk Microsoft Word kepada penganjur. Kertas kerja lebih 50 muka surat itu saya kongsikan dalam bentuk gambar atau jpeg agar dapat menurut rupa asal seperti yang saya terima. Selain itu saya menjadikannya jpeg agar tidak begitu senang disalin bulat-bulat terutama oleh sesetengah orang yang sudah biasa meniru hasil kerja orang lalu dijadikan seolah-olah hasil usaha penat lelah kajian sendiri.



















































PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.