Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...






















Thursday, September 17, 2020

Meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia 2020

Salam. Lagi tentang usaha melestarikan pemakaian tanjak dalam kalangan anak Melayu seantero dunia. Baru sahaja dipersembahkan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU sekitar setengah jam tadi.


-------------------------


Merujuk pada artikel Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020 yang dipersembahkan pada jam 2:36 pagi Rabu 16 September bersamaan 28 Muharram 1442 Hijriah. Ada disebut pada permulaan artikel bahawa ia mula ditulis pada jam 12.51 pagi dalam keadaan penat amat tetapi tidak dapat melelapkan mata. Walhal malam sebelum itu pun saya cuma tidur 2 jam sahaja. Hal ini menyebabkan saya tidak dapat keluar awal untuk menyertai sambutan Hari Malaysia.




Pun begitu tidaklah bermakna saya dapat 'membalas' tidur buat sekian lama. Selepas bangun  solat Subuh kemudian menunggu matahari naik memang niatnya hendak lagi tidur lagi barang sejam dua. Maklumlah memang hendak keluar untuk Hari Malaysia. Kalau tak cukup rehat susah juga.

Namun didapati diri sibuk melihat perkembangan melalui kemaskini (update) dan komen-komen kawan dan kenalan di Facebook juga WhatsApp. Disebabkan teruja saya tidak dapat melelapkan mata namun belum merasa cukup bertenaga untuk bersiap dan keluar. Dalam keadaan sekejap duduk sekejap berbaring saya melihat beberapa gambar memaparkan program Tanyalah Ustaz di kaca televisyen pagi itu. Biasanya baik pengacara mahupun penceramah/pendakwah undangan akan memakai jubah atau pakaian keagamaan serupa berserta kopiah atau songkok atau serban. Tapi kali ini kedua-duanya berbusana tradisional Melayu siap dengan tanjak... nampaknya untuk menyambut kempen Melayu bertanjak Hari Malaysia.


Itu sahaja sudah petanda baik untuk gerakan bagi membiasakan dan mengarusperdanakan pemakaian tanjak buat semua anak Melayu. Sedar tak sedar masuk jam 11.30 masih belum melelapkan mata lalu terasa sudah terlewat untuk tidur. Kalau terlelap harus paling awal pun waktu Zohor baru larat bangun. Saya pun membuat keputusan untuk mandi lalu bersiap.

Gambar ini diambil jam 12.18 tengah hari setelah lengkap mengenakan busana Melayu. Sudah dipakai sampin, sudah berpending, sudah bertanjak sudah tersisip kemas keris di sisi. Kiranya sudah bersedia untuk keluar, Cuma kena alas perut sedikit dengan sesuatu...



Gambar ini pula diambil pada jam 12.52, setelah sekitar 10 km meninggalkan rumah di Bandar Sungai Buaya menghala ke Sungai Choh. Saya bercadang untuk ke Kuala Lumpur melalui jalan pintasan Serendah-Rawang sebelum masuk ke jalan lama...


Tidak lama selepas mengambil jalan pintasan isteri menelefon lalu memberitahu terlupa hendak meninggalkan kad Touch n Go dalam kereta. Ia berada di dalam kereta satu lagi yang telah digunakan isteri untuk ke pejabat di pekan Rawang. Oh, biasanya isteri dan anak-anak akan ikut sama kalau ada majlis atau sebab untuk berbusana Melayu tradisional di mana-mana. Tetapi kali ini beliau memilih untuk membuat overtime  kerja kemudian balik berehat sedangkan anak-anak mahu duduk di rumah main game.

Kalau belum mengambil jalan pintasan saya boleh ke pejabat untuk mengambil kad. Tetapi bila dah masuk sudah jadi amat jauh hendak ke Rawang kerana harus menghabiskan dahulu jarak sekitar  8 km sebelum dapat menemui pusingan u (u-turn) untuk berpatah balik. Tanpa kad Touch n Go saya tidak boleh menggunakan mana-mana jalan tol. Ini tiada masalah kalau mahu berjalan di Kuala Lumpur sahaja. Tetapi saya sebenarnya ada bercadang untuk menghadiri satu majlis perkumpulan bertanjak di Cyberjaya iaitu selepas meninjau  sambutan di pusat bandar raya. Untuk ke situ memang harus mengambil jalan tol.


'
Saya juga ada bercadang untuk berjumpa kawan-kawan lama zaman kolej di Hartamas, Bukit Damansara dan Taman Tun. Dari kawasan mereka di barat Kuala Lumpur adalah lebih dekat terus mengambil Lebuh Raya PLUS untuk kembali ke Sungai Buaya. Sekarang sudah tak boleh kerana tiada kad Touch n Go. Perjalanan harus dihadkan pada jalan raya tanpa tol. Ini bermakna saya harus kembali menggunakan jalan sama.


Sampai di Selayang keluar daripada laluan utama untuk mencari masjid bagi menunaikan solat Zohor. Kebetulan perut meragam lalu harus ditunaikan hajat.


Perjalanan disambung kembali sekitar jam 2.15 petang. Kelihatan jalan raya boleh tahan sesak...







Jam 2.32 sampailah ke Dataran Merdeka lalu mencari parkir terdekat ke padang sana. Dari situ saya bercadang untuk berjalan kaki ke beberapa tempat. Semoga dapat bertemu ramai orang bertanjak lalu beramah mesra.


Kelihatan padang sedang ditutup, tak tahu kenapa.


Tak mengapa. Masih boleh bersantai di sekitar lebuh di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad yang sangat bersejarah itu. Biasanya di sekitar inilah para aktivis busana tradisional Melayu berkumpul lalu membuat pelbagai aktiviti untuk menzahirkan kewujudan mereka kepada warga kota. Ada masanya kami menumpang majlis yang diadakan di situ. Lihat misalnya artikel-artikel lama berikut :-









Tahun lepas pula, ketika kempen Melayu bertanjak pada 16 September Hari Malaysia pertama kali berlangsung ada kumpulan aktivis mengadakan majlis yang agak gilang gemilang di Dataran Merdeka. Tetapi saya tidak ikut serta kerana pergi ke majlis lebih kecil di negeri lain. Lihat Membawa semangat Aceh ke Perak - Petanda-petanda sekitar Hari Malaysia di bandar diraja Kuala Kangsar. Kali ini saya menghadapi masalah mencari kelibat aktivis berbusana Melayu penuh apatah perkumpulan besar. Yang nampak cuba cebisan atau serpihan - sana ada sedikit 2-3 orang, sini ada sedikit 4-5 orang. Dan mereka tidak berpakaian lengkap, Rata-rata memakai t-shirt dan seluar jeans dengan tanjak hitam.


Tidak keterlaluan untuk mengatakan rata-rata mereka adalah anak-anak muda yang baru setahun dua mengenal tanjak. Mereka adalah sebahagian daripada gerakan baru mahu mengarusperdanakan pemakaian tanpa perlu berbusana lengkap. Ada pula memperkenalkan tanjak kain moden selain songket agar tidak terasa begitu janggal seperti halnya kami yang sudah biasa berbusana tradisional penuh. Kiranya  ganti bagi topi dan cap Barat kebiasaan anak muda lalu menjadi trend baru yang boleh menepati zaman.


Namun saya lihat mereka tetap adalah bahagian penting dalam landskap pergerakan yang semakin berkembang. Cuma masalahnya ada dalam kalangan mereka mewar-warkan ke serata dunia kononnya merekalah pelopor, orang paling awal dan paling terkehadapan dalam gerakan. Hal ini saya dapat tahu menyinggung perasaan ramai pelopor sebenar awal. Baru sekitar tahun 2018-2019 mengenali tanjak tetapi disebabkan lebih cakna IT (Information Technology) mereka dilihat ramai generasi kini sebagai orang terawal. Padahal sejumlah aktivis lain yang lebih berusia telah memulakan dari gelanggang persilatan sebelum memberikan tumpuan terhadap aspek budaya tanjak seawal tahun 2008-2009. Cuma berdasarkan pemerhatian peribadi kehadiran mereka mula jelas dizahirkan kepada dunia pada pertengahan tahun 2012. Rujuk pembentangan saya di Muzium Negara hampir penghujung tahun 2016 :-




Pun begitu tak mengapalah bagi saya. Yang penting semakin ramai anak Melayu merasa selesa memakai tanjak. Dari Dataran Merdeka saya melangkah ke arah Masjid Jamek. Hampir sampai ke masjid baru tersedar tidak memakai pelitup muka. Musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk mengekang sebaran virus Covid-19 ni jangan main-main. Terjangkit kalau mendekati orang yang ada penyakit tu satu hal. Kalau bertembung dengan pihak berkuasa boleh kena denda RM1,000!


Terpaksalah bergegas berpatah balik ke kereta untuk mengambil pelitup muka. Alang-alang dah sampai kembali ke Dataran Merdeka saya mengambil laluan lain lalu menuju ke Pasar Seni.


Ketika itulah tergerak untuk membuat live video atau siaran langsung di Facebook. Boleh menunjukkan keadaan pada waktu sebenar (real time) sambil meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur. Asal jumpa orang yang kelihatan seperti mengikut kempen saya memberi salam lalu bertanyakan hal. Ini dilakukan sepanjang perjalanan dari Dataran Merdeka hingga masuk ke Pasar Seni dan keluar. 


Siaran langsung diteruskan tanpa berhenti mahupun rehat melepasi lebuh di Hong Kong Bank membawa masuk ke Masjid Jamek lalu pusing keliling masjid. Sambung ke Masjid India lalu ke Jalan TAR (Tuanku Abdul Rahman) membawa ke Sogo diikuti Kompleks Pertama. Apabila didapati tiada lagi orang bertanjak baru berhenti live.  Tengok-tengok lebih sejam bersiaran langsung sambil berdiri dan berjalan kaki. Sila klik sini untuk melihat video.



Setelah beberapa lama berhenti baru ada orang memberitahu lebih awal tadi sudah ada kumpulan bertanjak berlegar ke sana ke mari di sekitar itu. Ah. Kalau begitu saya yang salah. Saya yang terlewat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti lebih jelas. Tak mengapa. Tinjauan diteruskan tanpa membuat live. Bateri telefon pun sudah tinggal kurang 40 peratus. Terlihat perkataan busana di bangunan ke utara Pertama Kompleks timbul rasa untuk ke sana.


Di bangunan inilah terletaknya Digital Mall iaitu versi Bumiputera bagi satu kompleks dengan banyak kedai IT seperti halnya Plaza Low Yatt di Bukit Bintang yang didominasi peniaga Cina.


Selepas itu baru makan tengah hari lewat di sebuah kedai makan di Jalan TAR. Ketika gambar ini diambil sambil menunggu mee rebus sampai sudah jam 4.27.


Selesai makan saya berjalan kaki ke Dataran Merdeka. Sejurus sebelum sampai terlihat bas percuma lalu tergerak untuk ambil. Ikut sahaja ke mana ia membawa lalu turun di KL Sentral. Di sana tergerak pula untuk mengambil LRT ke KLCC.


Saya masuk kompleks membeli belah sebelum keluar ke lapangan di hadapan tasik taman. Sebetulnya sejak keluar LRT lagi didapati ada 2-3 orang sini, 2-3 orang sana memakai tanjak sama seperti di Dataran Merdeka (tidak berpakaian lengkap). Tiba-tiba dapat melihat sekumpulan pengunjung memakai busana tradisional penuh. Saya pun mengambil gambar secara zoom-in demi merekodkan keadaan. Mereka dapat melihat saya lalu datang merapat.



Bukan hendak mendabik dada tapi rata-rata mereka yang telah lama bergelumang dalam dunia aktivisma busana tradisional Melayu mengenali saya sebagai Merah Silu dan cam muka. Walaupun sebelum ini tidak pernah bertegur sapa mereka tahu siapa saya. Memandangkan kami sahaja kelihatan berbusana penuh sapaan bertukar menjadi perbualan panjang mesra.


Gambar-gambar berkenaan diambil daripada FB wanita yang kelihatan. Beliau adalah seorang keturunan Dusun dari Sabah yang sudah lama menetap di Semenanjung mengajar silat buah pukul. Kelihatan dalam gambar seorang anak muda yang baru setahun dua bertanjak. Rupa-rupanya beliau pengikut pihak yang sering mewar-warkan diri sebagai pelopor gerakan bertanjak Hari Malaysia. Terus wanita ini menegur - Sudah ada orang lebih lama membawa gerakan. Malah kejayaan gerakan Hari Malaysia tahun 2019 pun sebenarnya melibatkan sejumlah orang lama termasuk beliau. Maka ada eloknya anak muda itu memanjangkan hal sebenar.


Saya diam sahaja mendengarkan itu. Sesungguhnya dalam dunia silat dan busana ini terdapat pelbagai ragam manusia. Ada yang betul-betul sayangkan budaya, ada yang lebih mementingkan perniagaan dan pengaruh lalu sanggup membuat dakwaan macam-macam sambil memencilkan sumbangan orang lain. Pun begitu saya lebih suka berlapang dada. Yang penting gerakan dapat dikembangkan lalu semakin ramai anak Melayu memakai malah mencintai tanjak.






Kumpulan yang lebih aktif dalam dunia persilatan ini mengajak saya ikut makan di suatu restoran berdekatan KLCC. Terlihat orang meja sebelah menerima tempahan roti tisu tinggi tergerak untuk mengambil gambar. Ketika itu sudah jam 6.59. Kami duduk makan sehingga waktu malam lalu menunaikan solat Maghrib di surau restoran.


Ini pula gambar yang mereka ambil di Pintasan Saloma tidak jauh dari restoran. Saya telah membawa mereka hingga ke Kampung Baru di hujung utara pintasan. Ketika ini kami sudah berpisah. Saya hendak mengambil LRT di Stesyen Kampung Baru hingga ke Masjid Jamek.


Ini pula gambar Sungai Gombak ketika melangkah dari Masjid Jamek menyeberangi jambatan pejalan kaki ke Dataran Merdeka.


Selepas jambatan ada terjumpa orang menjual tanjak malam-malam tapi tak ambil gambar. Beliau memberitahu telah menyertai perhimpunan di Melaka pada waktu pagi. Tetapi apabila ramai aktivis bertanjak berkumpul di hadapan tinggalan bangunan penjajah Portugis yang bernama A Famosa polis datang dalam jumlah yang besar lalu menyuruh mereka bersurai. Nampaknya ada yang risau gerakan bertanjak akan turut sama membuat demonstrasi agar Bukit St Paul di belakang A Famosa ditukar balik ke nama asal (sebelum penjajahan tahun 1511) menjadi Bukit Melaka.  

Sebetulnya desakan-desakan sebegini sudah rancak dizahirkan oleh pelbagai perkumpulan Melayu sejak sebulan dua kebelakangan. Tetapi ia kelihatan tidak diendahkan demi menjaga hati orang bukan Melayu dan bukan Islam. Hamba Allah tadi memberitahu beliau kemudian bergerak ke Malakat Mall di Cyberjaya. Katanya di situ paling meriah kerana ramai berkumpul untuk menjalankan pelbagai aktiviti keMelayuan. Bila disemak kembali laluan perjalanan menggunakan Google Earth didapati saya telah berjalan kaki lebih 6 km . Ini dilakukan dengan memakai capal kulit yang sudah lama tidak dipakai. Sudahlah tak cukup rehat, tumit kaki kiri kanan melecet sakit sejak sampai ke Pasar Seni lagi... 



Tetapi saya tetap dapat bertahan kerana begitu bersemangat. Ini disebabkan merasakan perkembangan terkait rapat dengan perjuangan Melayu Islam akhir zaman. Merujuk kembali pada artikel Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020. Selepas kembali ke rumah jam 10 malam saya membuka komputer riba dan Internet untuk melihat perkembangan terbaru. Terlihatlah gambar atas dikongsikan oleh rakan aktivis dari Aceh.



Mereka memiliki tutup kepala tradisional sendiri yang dikenali sebagai Meukotop. Tetapi untuk menunjukkan sokongan terhadap gerakan bertanjak di Malaysia mereka turut mengambil gambar memakai tanjak cara Melayu Semenanjung...



Ini pula di Beranang. Saya snip gambar ala montaj terus daripada FB.


Di IOI Mall Putrajaya. Sebetulnya cukup jelas ribuan telah menyambut saranan atau kempen Melayu bertanjak di merata tempat...






Ini di Kota Bahru, Kelantan. Saya dapat tahu yang berkumpul ramai-ramai sebegini adalah rata-rata pada waktu pagi.



Di Kemaman, Terengganu...


Di Malakat Mall, Cyberjaya...









Di makam pejuang Melayu terkenal abad ke-19 iaitu Mat Kilau di Pulau Tawar dekat Jerantut, Pahang. Perhimpunan bertanjak malah berbusana lengkap ini sebetulnya dipimpin oleh satu kumpulan berasaskan persilatan di Kuala Lumpur. Kumpulan inilah sebenarnya yang paling utama menjadikan perhimpunan Hari Malaysia 2019 di Dataran Merdeka gilang gemilang.


Ini pula daripada jemaah Armada Malaui Malaysia cawangan Perak. Mereka berkumpul di Kellie's Castle dekat Gopeng. Kumpulan ini yang induknya adalah di KL serta juga sebuah kumpulan besar gabungan pelbagai aliran persilatan yang diberi nama DSSM (Dunia Seni Silat Melayu) adalah para aktivis paling selalu dan setia menyokong usaha-usaha saya atas nama HIKMAH. Lihat cerita-cerita berkenaan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)

Bersama satu lagi kumpulan yang selalu juga menyokong acara-acara HIKMAH, kami sering menzahirkan kecintaan terhadap busana dan tanjak dengan mengadakan majlis juga berjalan dan berlegar di tempat awam. Kumpulan terakhir yang memakai nama Keris Warisan ini kebanyakkannya terdiri daripada anak didik seorang saudara saya daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak. Beliau yang bernama Johan Iskandar telah melahirkan ramai pembuat tanjak selain aktif mengajar silat dan memanah. 

Selain itu terdapat kumpulan-kumpulan turut bergerak sama sezaman seperti Pusaka KL, Magma Melaka (kemudian menjadi Sigma Melaka) dan Penjurit Kepetangan melestarikan pemakaian busana tradisional Melayu yang memiliki pelbagai kombinasi, rupa dan ragam. Pendek kata sudah terdapat ramai pihak berjuang sejak awal. Cuma untuk perkara ini disedari lalu diterima dan diikuti umum mengambil masa secara berperingkat. Ia ibarat hendak mendapatkan durian kena ada pihak terlebih dahulu sanggup menggadaikan nyawa menghadapi ancaman binatang buas dan makhluk halus sebelum dapat membuka hutan. Kemudian ada pihak menanam benih lalu menjaganya hingga jadi pokok lalu berbuah. Maka itu apabila dapat buah jangan ada pihak mendabik dada mengatakan dialah yang memberi orang ramai makan. Sedangkan mereka belum dilahirkan pun ketika pohon baru bercambah apa lagi terlibat dalam pembukaan hutan.


Sesungguhnya kami-kami inilah yang saling menyokong menjadikan pemakaian busana tradisional Melayu satu kebiasaan pada hari raya di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan. Kalau dalam majlis persilatan dan sebagainya memang sudah lama biasa, begitu juga dalam majlis-majlis lain anjuran kami dan mereka yang sejalan. Ini berbeza dengan usaha untuk membawa mereka yang di luar lingkungan turut sama melestarikan. Saranan yang dimulakan secara besar-besaran ketika bulan puasa tahun 2016 turut diikuti segelintir individu anak Melayu di luar negara  Lihat Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya


Di atas tadi adalah gambar jemaah Armada Malaiu di Pahang. Untuk Hari Malaysia ini mereka berkumpul di Temerloh. Ini pula perhimpunan cawangan Johor di Johor Bahru. Terdapat lebih 50 lagi gambar kempen Melayu bertanjak Hari Malaysia 2020 mahu dikongsikan tetapi biar dalam artikel baru.

Sesungguhnya perkembangan yang amat memberangsangkan ini bukan berlaku dalam tempoh sehari dua mahupun cetusan seorang dua individu. Ia adalah gerakan bersama dan menyeluruh yang diilhamkan terhadap sejumlah pejuang sejati agama, bangsa dan negara sambil dibantu perkembangan sosio-politik tertentu. Misalnya apabila ahli-ahli parti politik PAS memakai busana penuh tradisional Melayu dalam satu majlis siap berkeris. Sedangkan selama ini ia dikaitkan dengan lawannya parti UMNO . Hal ini membunuh stigma berkurun bahawa PAS cuma pedulikan Islam sedangkan UMNO cuma pedulikan Melayu. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Melangkaui sempadan politik demi penyatuan Melayu  Islam akhir zaman. Sekarang kedua-dua parti utama Melayu itu sudah berkerjasama untuk mendirikan kerajaan sejak setengah tahun lalu.


Wednesday, September 16, 2020

Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020

OK. Seperti artikel Pusat lama kerajaan Aceh di Kampung Pande - Selamatkan bukti penting keberadaan awal Islam di Alam Melayu yang dipersembahkan 2 hari lalu artikel ini juga ditulis di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Tetapi ia sebenarnya untuk HIKMAH. Begini ceritanya...


------------------


Salam awal pagi Rabu 16 September bersamaan 28 Muharram 1442 Hijriah.  Ketika menulis ayat ini sudah jam 12.51 pagi. Walaupun penat kerana semalam pun tidur cuma 2 jam saya masih belum dapat melelapkan mata kerana kepala aktif memikirkan banyak perkara. Ada yang perlu dilepaskan. Antaranya adalah penulisan berkenaan.



Sekitar sebulan lalu ada pihak memulakan kempen agar seramai mungkin anak Melayu keluar ke tempat umum dengan memakai tanjak pada tarikh 16 September iaitu Hari Malaysia. Ia adalah ulang tahun terciptanya negara Malaysia - Melalui gabungan wilayah Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak pada tarikh tersebut tahun 1963.



Difahamkan pihak sama pertama kali memulakan kempen bagi memanfaatkan tarikh tersebut pada tahun 2019. Dapat dilihat ramai menyambut atau kebetulan bergerak sendiri bagi mengadakan kempen serupa lalu beribu anak Melayu muncul bertanjak di tempat-tempat umum 16 September 2019.



Kali ini kelihatan kempen disambut oleh lebih banyak pihak. Pun begitu saya merasakan ia biasa-biasa sahaja kerana sendiri sudah membiasakan memakai tanjak sejak hampir penghujung tahun 2012 sambil menganjurkan majlis-majlis mengangkat tinggi Melayu dan Islam. Lihat artikel-artikel berikut :-






Saya melihat pihak atau kumpulan yang membuat kempen 16 September itu baru sekadar memakai tanjak hitam tanpa persalinan Melayu lengkap. Sedangkan saya dan kawan-kawan aktivis sezaman sudah lama memakai busana tradisional penuh bertanjak, bersampin siap berkeris dan berpending ke majlis-majlis. Sila rujuk artikel-artikel berkenaan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).



Bahkan kami sudah berpakaian begini sambil mengadakan majlis-majlis di luar negara sejak 6 tahun lalu. Sehingga apa yang dilakukan menjadi ikutan ramai. Sehingga terbit bermacam persatuan di Malaysia dan luar  negara menggalakkan pemakaian busana tradisional setelah ahlinya mengikuti majlis-majlis kami. Lihat artikel-artikel berikut sebagai contoh :-









Tetapi saya tidak mengatakan diri sebagai pelopor gerakan. Kerana sudah ada kawan dan kenalan telah lebih awal memasyhurkan.






Cuma rata-rata kawan bergerak melalui wadah budaya dan persilatan, dalam majlis-majlis yang berkaitan. Berpakaian begini lebih mudah diterima dalam lingkungan berkenaan.








Di sinilah baru pihak saya boleh dikatakan mempelopori sesuatu kerana kami menggalakkan pemakaian busana tradisional Melayu dalam majlis-majlis pemikiran serupa seperti terdapat di universiti dan institusi-institusi setaraf. Inilah yang di luar kebiasaan kerana kami harus berhadapan dengan golongan intelek yang sudah terbiasa memakai kemeja, kot dan tali leher. Kami harus berhadapan dengan pihak yang memandang remeh busana tradisional Melayu sebagai pakaian ketinggalan zaman. Cuma dipakai mereka yang kekampungan, tidak memiliki kelulusan tinggi atau tidak termasuk dalam golongan bijak pandai.




Hal inilah berjaya kami lawan setelah beberapa tahun istiqamah meneruskan perjuangan agar pemakaian busana tradisional Melayu kembali diarusperdanakan dalam semua peringkat masyarakat. Sehingga dapat diterima malah disepakati bahawa ia juga pakaian golongan pandai dan berkedudukan. Ini ada ditunjukkan melalui perkembangan artikel demi artikel dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) yang kini hampir mencapai 400 buah artikel. 

Itu baru untuk blogspot khas atas nama berpersatuan. Saya memiliki 3 lagi blogspot yang setiap satu kini memiliki sekitar atau lebih 2,000 artikel. Ia lebih pada memaparkan pengalaman dan pengamatan peribadi dalam pelbagai bidang. Lihat :-





Namun atas kapasiti peribadi juga saya sering keluar ke sana ke mari berbusana tradisional Melayu bersendirian. Sehingga naik pengangkutan awam pun boleh berpakaian begitu tanpa ada kawan atau aktivis lain menopang semangat. Sehingga naik gunung juga menunggang motosikal besar pun tidak canggung berpakaian demikian. Begitu juga halnya ketika melawat tempat-tempat bersejarah seperti Angkor Wat di luar negara walhal ia lambang agama Hindu-Buddha, tiada bersifat keMelayuan. Namun tetap digagahkan memakai tanjak dan persalinan sebagai lambang jati diri dan semboyan perjuangan. Lihat artikel-artikel berikut sebagai contoh :-








Disebabkan sudah biasa memakai tanjak ke mana-mana walau seorang diri tanpa disokong orang saya tidak hairan melihat kempen 16 September. Pada saya teruskanlah berkempen, biar saya memerhati sahaja. Kerana tanpa ada kempen pun saya tetap akan bertanjak ke mana-mana. Alhamdulillah jika lebih ramai berani bertanjak disebabkan kempen. Tetapi saya tidak bercadang untuk bersama. Untuk Hari Malaysia ini saya bercadang untuk duduk rumah sahaja.



Tetapi berlaku sesuatu yang mengubah fikiran. Ini adalah apabila terlihat poster-poster di Facebook menunjukkan jiran kita di Indonesia juga menjalankan kempen sama.



Bukan sekadar satu dua tempat malah banyak tempat...




Lebih mengujakan adalah kerana mereka mahu bersama pada tarikh 16 September sedangkan ia Hari Malaysia, bukan Hari Indonesia. Masyaallah!



Hal inilah membuat saya terpanggil untuk berbicara sehingga menulis artikel ini. Rugi jika peristiwa yang sangat bersejarah ini tidak direkodkan untuk tatapan kemudian dan bagi generasi akan datang.







Sesungguhnya terdapat rentetan sejumlah peristiwa yang membuat kempen anak Melayu bertanjak ini boleh sampai ke tahap begini. Bukan terus jadi. Hal ini ada direkodkan melalui pembentangan dalam satu majlis yang pihak saya anjurkan dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016







Tetapi itu pada 4 tahun lalu. Sekarang perkembangan pemakaian tanjak juga busana tradisional Melayu sudah sampai ke tahap tinggi baru. Melihat pada poster melibatkan Indonesia terasa seperti ia adalah semboyan kebangkitan Islam daripada Timur akhir zaman. Semoga ini menjadi kenyataan kerana ramai kawan aktivis terutama dalam dunia persilatan sebenarnya berharap agar dapat bersama berjuang menghapuskan segala bentuk kezaliman lalu bersama mengecap zaman keemasan yang katanya akan dibawa watak Imam Mahdi seperti disebut dalam hadis-hadis Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Cukuplah gerak penulisan. Jom kita keluar bertanjak beramai-ramai siang karang. :]


Monday, September 14, 2020

Pusat lama kerajaan Aceh di Kampung Pande - Selamatkan bukti penting keberadaan awal Islam di Alam Melayu

Artikel ini baru sahaja dipersembahkan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU beberapa minit tadi. Tetapi disebabkan ia sangat relevan dengan HIKMAH biar disalin juga di sini.


--------------


Salam petang Isnin 26 Muharram 1442 Hijriah. Sepatutnya semalam atau hari ini saya menyambung penceritaan perjalanan terbaru saya dan keluarga ke utara iaitu daripada artikel Misi menghantar anak balik kolej - Pusing sedikit Taiping dan cerita kereta tak boleh hidup sebelum meluncur ke Pulau Pinang (dipersembahkan Khamis lalu). Tetapi saya telah menerima permintaan daripada seorang sahabat baik di Aceh agar dapat membantu menangani masalah ancaman satu situs atau tapak bersejarah penting di tempat mereka. Adapun situs tersebut bukan sahaja penting bagi masyarakat Aceh yang cintakan agama, bangsa dan negara, ia juga penting buat seluruh umat Melayu dan Islam di Alam Melayu dan Asia Tenggara. Ini kerana ia pernah menjadi pusat awal kerajaan Aceh yang umum tahu adalah kerajaan utama selepas Melaka dalam membela nasib umat Islam di bumi Timur. Pada tapak itu wujud bukti-bukti kedatangan Islam sejak 800 tahun lalu malah lebih awal daripada itu.


Gambar ini diambil daripada artikel HIKMAH Aceh 2017 - Lawatan lapangan ke tinggalan Kampung Pande yang dipersembahkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) lebih 3 tahun lalu. Ia menunjukkan sejumlah batu nesan Aceh sedang diselamatkan oleh beberapa orang aktivis anak muda sana. Mereka bergerak atas nama MAPESA iaitu singkatan bagi Masyarakat Peduli Sejarah Aceh. Anak-anak muda yang ramai terdiri daripada pelajar universiti ini rajin turun padang membersihkan juga memugar makam-makam lama di serata Aceh menggunakan duit poket sendiri.


Kawasan ini juga kawasan sekitarnya asalnya adalah daratan berdekatan kuala Sungai Aceh. Tetapi ombak besar Tsunami yang menerjah ganas hampir 16 tahun lalu sehingga mengorbankan lebih 200,000 nyawa iaitu  pada tarikh 26 Disember 2004 telah mengundurkan garisan pantai sehingga memakan daratan 3 km ke dalam. Akibatnya kawasan ini dan sekitarnya digenangi air laut hingga kini. Sedangkan ia termasuk di dalam kawasan pusat lama kerajaan Aceh lalu mengandungi bukti-bukti penting keberadaan Islam di Alam Melayu/Asia Tenggara. 


Apabila surut air laut baru dapat dicari kesan-kesan tinggalan ini. Antaranya adalah batu-batu nesan  lama penuh ukiran berseni menandakan kedudukan makam orang-orang penting seperti raja, para pembesar dan ulamak-ulamak berwibawa dahulukala. Ia sudah lama berselerak masuk ke dalam lumpur dan sebagainya. Setelah beberapa tahun baru dapat ditemui lalu didirikan kembali oleh para aktivis terutama daripada MAPESA. 

Daripada batu-batu nesan ini dapat dibaca catatan-catatan terukir dalam bentuk khat menunjukkan ketinggian peradaban lama yang menjangkau pengaruhnya sehingga ke seluruh dunia Islam zaman dahulu. Dalam lawatan hampir penghujung Mac tahun 2017 itu kami diberikan penerangan tentang situs, kepentingannya dalam sejarah serta usaha-usaha bagi menyelamatkannya. Untuk pengetahuan lawatan adalah sebahagian daripada program HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) anjuran pihak saya dengan kawan-kawan aktivis di Aceh. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Berlangsunglah acara yang memberi nama.... HIKMAH diasaskan pada 12 Oktober 2012 sebagai satu ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook. Majlis ilmu atas nama HIKMAH diadakan sebagai lanjutan daripada cadangan peminat  agar saya mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam. Lihat HIKMAH - Bagaimana ia bermula.


Secara rata kawasan ini termasuk di dalam lingkungan besar apa yang dipanggil sebagai Kampung Pande. Ini kerana dikatakan pada zaman dahulu ia menempatkan banyak orang pandai (itu yang disebut pande) atau pakar dalam pelbagai bidang seperti pertukangan besi. Ada bahagian yang masih terletak di atas daratan lalu menempatkan bukti-bukti sejarah yang lebih tersusun. Pun begitu sejak sekian lama ia seperti tidak dipedulikan malah dijadikan pula tempat pembuangan sampah sehingga berbukit bertimbun mencemarkan suasana dan pemandangan. Nasib baik ada anak-anak muda dan mereka yang peduli seperti MAPESA memperjuangkan kerana melihat pentingnya kawasan dilestarikan sebagai bukti kukuh keberadaan awal Islam di Alam Melayu.


Termasuk di dalam lingkungan besar Kampung Pande adalah apa yang sudah diiktiraf sebagai tempat bermulanya Banda Aceh, pusat Kesultanan Aceh 800 tahun lalu. Sekadar berkongsi pengalaman, saya pertama kali sampai bersama keluarga  pada tahun 2014. Lihat artikel Tapak pusat kerajaan awal Aceh (Site of the centre of Aceh early kingdom) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Dua tahun lebih awal pula kami telah menziarahi makam-makam lama di sekitar itu. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Saidi Mukammil ke Hamzah Fansuri. Tetapi apabila disemak kembali perjalanan-perjalanan lama rupa-rupanya kami sudah sampai sejak tahun 2009 lagi. Lihat artikel Dari Syiah Kuala keluar Banda Aceh... singgah di 'Anjung' juga di 'Kandang'....



Berbalik pada lawatan lapangan tahun 2017. Tidak lama kemudian muncul ancaman baru berupa projek pembinaan infrastuktur pembuangan air najis di Kampung Jawa berdekatan Kampung Pande. Malah dalam tempoh beberapa bulan selepas itu ia sampai pada peringkat sudah didirikan kepuk bangunan batu setelah tanah sekeliling dikorek dan dibongkar ke paras tertentu. Sebetulnya Kampung Jawa boleh dikira termasuk di dalam lingkungan besar kawasan Kampung Pande. Projek ini secara efektiknya menggusur sejumlah makam lama bahkan bakal mencemarkan kedudukan keseluruhan kawasan sebagai tapak bersejarah penting dalam memartabatkan keberadaan Aceh, satu keberadaan yang terkait dengan perkembangan Islam ke seluruh Alam Melayu 800 tahun lalu. 


Projek yang dipanggil IPAL (Instalasi Pengolahan Air Limbah) boleh menyebabkan seluruh kawasan tercemar dengan laluan air najis. Tentu ini tidak setimpal dengan kedudukan kawasan sebagai pusat penting peradaban Aceh yang terkait dengan kemuliaan martabat orang Melayu juga Islam secara keseluruhan. Nasib baik setelah beberapa lama dibantah projek diberhentikan buat sementara. Lihat ulasan saya yang agak panjang lebar dalam artikel Isu ancaman terhadap tapak kerajaan lama Aceh di Kampung Pande - Satu gerak kebangkitan Islam di Alam Melayu akhir zaman?. Dengan munculnya cadangan-cadangan agar projek dialihkan ke lokasi lain yang tidak mengancam tapak-tapak penting bersejarah ingatkan Kampung Pande dan persekitarannya sudah selamat daripada ancaman. Rupa-rupanya belum lagi. Dalam sebulan dua kebelakangan muncul berita bahawa IPAL akan dilanjutkan kembali di tempat sama.


Entah kenapa pihak berkuasa diberitakan masih berkeras untuk melanjutkannya. Agak pelik ini kerana Aceh penduduknya 99% Islam, hampir kesemuanya berbangsa Melayu Aceh. Lainlah kalau di Malaysia yang mana bangsa bukan Melayu dan bukan Islam lebih jumlah, lebih berkuasa dan lebih berduit untuk menentukan hala tuju walaupun jelas merugikan Melayu dan Islam. Apakah terdapat tekanan daripada pihak tertentu agar situs penting sejarah di Kampung Pande dirosakkan? 

Apakah terdapat usaha untuk membendung kebangkitan semangat jati diri sebenar Aceh? Apakah ada yang takut kalau jiwa anak-anak Aceh menjadi betul-betul merdeka setelah dapat menghayati sepenuhnya semangat lama kerajaan melalui bukti-bukti sejarah? Kelihatannya begitu. Malah sejarah keberadaan Aceh dan bagaimana ia boleh masuk menjadi sebahagian daripada negara Indonesia  bermula tahun 1946 menyokong telahan ini. 

Sebetulnya apa yang diulas dalam artikel  Isu ancaman terhadap tapak kerajaan lama Aceh di Kampung Pande - Satu gerak kebangkitan Islam di Alam Melayu akhir zaman? 3 tahun lalu sudah cukup untuk menerangkan isu. Cuma ia bukan yang terkini apa lagi menyeluruh. Untuk mengikuti dengan lebih baik perkara sila masuk ke Facebook MAPESA. Anda dapat mengikuti perkembangan sejak daripada mula berserta pelbagai usaha dan penemuan MAPESA demi memartabatkan kembali sejarah Islam Aceh yang sebenarnya melibatkan seluruh Alam Melayu. 


Sesungguhnya kawan-kawan di Aceh sangat mengharapkan agar para aktivis di Malaysia terutama saya  melakukan sesuatu untuk mempengaruhi pihak berkenaan agar memberhentikan projek IPAL di Kampung Pande.  Saya diingatkan bagaimana satu usaha melalui HIKMAH 8 tahun lalu telah berjaya menghentikan ancaman terhadap situs bersejarah lain, sekitar 40 km ke timur Kampung Pande. Di atas adalah gambar sahabat berkenaan berpakaian tradisional Aceh ketika menghadiri acara ke-2 HIKMAH di Melaka pada penghujung tahun 2012. Melalui sumbangan seorang kawan lama saya zaman kolej kami telah menaja kedatangan 2 orang wakil MAPESA untuk mengenengahkan perkara. 

Seorang lagi pula datang bersama menggunakan belanja sendiri. Lihat Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu - Faktor Aceh dan sokongan kerajaan Melaka. Ancaman berupa  pembinaan padang golf tajaan pihak luar negara dilihat bakal merosakkan keseluruhan situs bersejarah lalu menghilangkan bukti ketinggian peradaban lama Islam di situ. Malah ditakuti mereka ada motif lain - Sambil membina padang golf sambil mengorek khazanah lama termasuk emas yang dipercayai wujud dalam tanah. Disebabkan wakil MAPESA dibawa membentang kerajaan pusat Indonesia di Jakarta katanya terpaksa mengambil tahu lalu harus bertindak membatalkan projek. Ini kerana acara kami mendapat sokong kerajaan negeri Melaka. Maka isu yang dibangkitkan pun menjadi isu antarabangsa. 

Sesungguhnya situs berkenaan yang merupakan  tapak pusat kerajaan lama Lamuri sangat kena mengena dengan keberadaan kerajaan awal Aceh. Perincian tentang kawasan boleh dilihat dalam artikel  Perjalanan ke-7 di Aceh - Hol Tuan di Kandang dan Emansipasi Citra Lamuri iaitu setelah saya membuat lawatan lapangan tahun 2015. Sekarang Kampung Pande yang merupakan tapak awal pusat kerajaan Aceh pula sedang menerima bahana. Tentunya kerjasama serupa diharapkan daripada kami di Malaysia walau sedang tersekat pergerakan disebabkan PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung wabak virus Covid-19.


Gambar ini diambil ketika kami mengadakan satu lagi acara HIKMAH di Aceh tahun lalu. Sesungguhnya kerjasama kami para aktivis kedaulatan Melayu di Malaysia dengan para pencinta sejarah di Aceh telah menjangkau tempoh 8 tahun dengan 3 kali acara HIKMAH diadakan di sana. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014





Maka jangan hairan jika kami tidak sanggup melihat kawan-kawan di Aceh berjuang bersendirian mempertahankan situs sejarah penting di Kampung Pande tanpa kami di sini berusaha untuk melakukan sesuatu. Sesungguhnya selama ini, sepanjang sebulan dua projek IPAL timbul balik saya hanya sekadar memerhati sahaja daripada jauh kerana tidak mahu lagi campur tangan dalam hal ehwal sana. Ini disebabkan sejak beberapa lama wujud tuduhan bahawa saya berhajat pada takhta Aceh. Disebabkan ada memiliki darah keturunan diraja sana keprihatinan saya terhadap isu-isu sejarah dan kemasyarakatan Aceh telah disalahtafsirkan pihak-pihak tertentu lalu mereka berusaha untuk memburukkan saya.

Tetapi apabila sahabat baik dari Aceh menelefon meminta pertolongan semalam itu tanda kawan-kawan aktivis sana sedang menghadapi saat-saat genting. Kelihatan usaha mereka sedang menemui jalan buntu lantaran pihak berkuasa dan berwajib seperti tidak menghiraukan saranan mereka. Oleh itu sahabat ini sangat mengharapkan pertolongan saya terutama atas nama HIKMAH agar boleh membuahkan sesuatu. Dengan itu saya menyeru semua pembaca terutama para aktivis sejarah dan kedaulatan Melayu berserta rakan-rakan HIKMAH agar turut sama membantu. Sekurang-kurangnya sebarkan penulisan ini sehingga semua orang cakna isu jika tidak pun sampai kepada pihak berwajib di Malaysia yang mampu mempengaruhi keputusan pihak berwajib di Indonesia. Perlihatkan kepedulian antarabangsa agar projek IPAL di Kampung Pande dapat diberhentikan buat selama-lamanya.




Tambahan (dibuat jam 8.55 malam) : Selepas masuk waktu Isyak saya mencari lagi berita-berita berkenaan projek dan ancaman. Terjumpa video yang telah dimuatnaik ke Youtube kurang seminggu lalu ini. Semoga memudahkan pembaca/penonton untuk memahami isu lalu dapat membantu dengan tindakan sewajarnya.




PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.