Salam sejahtera semua. Hari ini, 13 November 2016 bersamaan 13 Safar 1438 Hijriah biar dikumpulkan semua links atau pautan artikel-artikel yang telah ditulis tentang acara ke-18 HIKMAH yang telah dilangsungkan dengan jayanya di Muzium Negara pada 22 Oktober 2016 bersamaan 21 Muharram. Menariknya, acara ini asalnya dirancang sekadar untuk mengisi slot antara acara HIKMAH di Seremban (selamat diadakan 17 September) dengan acara di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang (dijadualkan berlangsung 17 Disember). Ini adalah agar jumlah keseluruhan acara HIKMAH yang telah diadakan sejak diasaskan 4 tahun lalu menjadi 19 sebelum tamat tahun 2017.
Dengan tidak disangka ia menjadi antara acara HIKMAH paling meriah dan berjaya setakat ini. Kerjasama yang dijalinkan bersama Jabatan Muzium Malaysia untuk mengadakan acara pula memiliki beberapa implikasi penting dalam memartabatkan gerakan untuk mendaulatkan Melayu dan Islam. Untuk pengetahuan inilah julungkalinya jabatan sanggup bekerjasama dengan satu NGO yang lebih dikenali bergerak atas nama budaya untuk mengadakan majlis ilmu. Biasanya mereka cuma akan berbuat begitu dengan badan-badan yang dikira sama berwibawa dan berprestij seperti Arkib Negara, Perpustakaan Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka juga universiti-univerisit awam ternama.
Hal ini menunjukkan HIKMAH secara khusus, gerakan memartabatkan Melayu melalui pemakaian busana tradisional secara umum telah diiktiraf mereka. Sambil itu ia juga membuka jalan untuk kawan-kawan lain yang terlibat bersama HIKMAH, kumpulan-kumpulan dan persatuan pesilat juga sebagainya untuk menjayakan program-program akan datang bersama jabatan terutama di Muzium Negara. Lihat melalui pautan-pautan berikut bagaimana hal ini boleh terjadi lalu mencipta pelbagai lagi kemungkinan yang memberangsangkan...
Persediaan untuk acara...
Apa yang berlaku sepanjang acara...
Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...
1. Teknologi Alat Tenun Melayu - Rosidah bt. Abdullah, Kurator Muzium Tekstil, Kuala Lumpur
2. Destar : Satu Pandangan Falsafah Islami - Mohd Emil Azril, aktivis budaya dan naib pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kuala Lumpur
3. Pakaian Silat Melayu - Azlan Ghanie, pengasas MAGMA, persatuan guru-guru seni bela diri dan pengasas majalah Seni Beladiri
4. Keris : Pakaian Ketamadunan Melayu - Tengku Ahmad Ridhaudin, aktivis budaya dan kolektor keris
5. Falsafah dan Simbol pada Tanjak - Maaruf Lim, aktivis budaya dan ahli PERDAM (Persatuan Destar Alam Melayu)
6. Evolusi Busana Melayu - Nur Afifi M. Taib, aktivis budaya dan pensyarah UiTM Shah Alam
7. Pemerhatian Terhadap Pemakaian Busana Melayu - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis siri trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...
Acara yang ada kena-mengena...
Acara juga boleh diikuti melalui video klip...
No comments:
Post a Comment