Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.


HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.


Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


Permintaan-permintaan sebegitu terus muncul daripada pihak-pihak lain lalu kami cuba mencari cara untuk melaksanakannya. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...




















Thursday, November 10, 2016

Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Bibit-bibit awal sekitar tahun 2012

Salam semua. Merujuk pada artikel Tentang evolusi busana tradisional Melayu yang ditulis 2 hari lalu. Sekarang biar dikongsikan butiran tentang satu lagi pembentangan pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara 22 Oktober.


Pembentangan ini lebih mudah untuk dikongsikan kerana ia dibuat oleh saya sendiri. Untuk perkongsian dalam blogspot saya cuma perlu mencetak setiap slaid Power Point pembentangan menjadi gambar format JPEG. Di atas adalah gambar slaid pertama yang menunjukkan tajuk pembentangan. Tentang gambar hiasan di tengah itu menunjukkan apa biarlah diterangkan kemudian.


Pembentangan ini adalah tentang bagaimana saya sebagai seorang aktivis busana tradisional Melayu melihat perkembangan pemakaian sejauh mana yang boleh tetapi cukup ringkas sambil meliputi apa yang dianggap sebagai titik-titik penting dalam perkembangan. Pengalaman 4 tahun menjadi aktivis sejak hujung 2012 selain pernah menjadi wartawan akhbar The New Straits Times  1996-2001 kemudian menulis buku-buku juga di blogspots yang diikuti ramai harus memberikan sedikit kelayakan. Saya memulakan dengan menunjukkan gambar seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Zainal Johan. Setahu saya (dan kelihatan nyata pada pemerhatian), beliau adalah orang pertama sering memakai busana tradisional Melayu ke mana-mana sehingga dipanggil menghiasi beberapa surat khabar dan majalah.

Kalau tak salah ingatan ini mula nampak sebelum tahun 2006. Bila disebut Zainal sebagai orang pertama, saya merujuk pada zaman moden. Kalau zaman lampau tu biasalah, hampir semua anak Melayu berpakaian lebih kurang begini. Dan saya merujuk pada pemakaian di tempat awam luar daripada majlis-majlis rasmi di mana biasa ditemui orang berpakaian sebegini, misalnya majlis silat beradat juga majlis perkahwinan orang Melayu. Yang mahu ditunjukkan adalah usaha memartabatkan cara pemakaian tradisional Melayu di luar skop yang orang moden biasa terima...


Pada saya. usaha nyata selepas itu untuk memartabatkan cara pemakaian busana tradisional Melayu di khalayak umum adalah apabila satu kumpulan aktivis memakai sebegitu berjalan-jalan di KLCC pada pertengahan tahun 2012. Kelihatan pada pangkal gambar tarikh aktiviti berlaku seperti yang ditemui setelah mencari agak lama melalui Google dan Facebook. Saya masih ingat betapa bangga dan terujanya rasa melihat gambar ini apalagi  beberapa orang yang terlibat memang kenalan. Sebelum itu saya tak tahu pun mereka sedang bergerak dalam dunia ini. Yang tahu mereka cuma aktif bersilat sahaja...


Walaupun ada yang mengatakan sudah  terdapat individu-individu atau kumpulan lain berbusana tradisional Melayu di hadapan umum lebih awal saya cuma dapat mengenengahkan apa yang dapat dilihat dan ditemui melalui pemerhatian sendiri. Diingatkan sekali lagi, saya memiliki kelayakan termasuk sebagai mantan wartawan (dan masih menjalankan sedikit kerja-kerja kewartawanan apabila sering ke sana ke mari kemudian membuat laporan tersendiri) untuk menetapkan apakah yang patut diberikan perhatian, apa yang boleh diletakkan ke tepi. Kriteria saya, satu usaha itu harus cukup mendapat menarik perhatian ramai dan terserlah untuk ia dinyatakan sebagai titik-titik penting dalam perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu pada zaman ini. Ia harus dapat muncul secara popular di media-media alternatif seperti Facebook kalau tidak pun media massa biasa seperti majalah, surat khabar dan televisyen.

Tanpa pendedahan kepada khalayak seperti disebut itu mana boleh harap kita mengetahui tentangnya lalu wajib diambil kira? Kalau seseorang itu rajin berbusana tradisional Melayu di Mersing sejak tahun 1990 misalnya, tetapi tiada berita tentang itu sampai kepada pengetahuan ramai, patutkah dimasukkan sebagai satu titik penting dalam perkembangan perkara? Logiknya, sesuatu yang cukup penting harus dapat menarik perhatian cukup ramai orang atau pihak sehingga berita tentangnya tersebar ke mana-mana. Kalau usaha pun orang tak pernah dengar cerita kecuali dalam kalangan terdekat kita sahaja maka tak bolehlah salahkan saya jika tidak menyebut tentangnya.


Sebagai seorang pemerhati dan aktivis sudah sepatutnya juga diceritakan bagaimana saya sendiri boleh mula terlibat dengan perkara. Dah tajuk pembentangan pun adalah "Pemerhatian seorang aktivis terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu" tentulah ia dilihat daripada sudut pandangan saya. Gambar-gambar di KLCC bertarikh 21 Mei 2012 yang kemudian ada diikuti beberapa gambar berkaitan di tempat lain tetapi tidak ditunjukkan di sini sudah cukup untuk menaikkan minat. Tetapi kalau hendak meletakkan tarikh paling awal saya sendiri mula terlibat maka  harus dirujuk pada acara yang tertera dalam gambar atas.


Eloknya penerangan melalui blogspot ini adalah lebih senang menunjukkan dan menerangkan perkara melalui pautan artikel-artikel lama yang berkenaan. Apa yang ingin ditunjukkan di atas adalah penyertaan kali pertama saya  dalam satu acara yang dipanggil Car Book Sale, ketika itu anjuran Perbadanan Kota Buku. Rujuk Penyertaan sulung di Car Book Sale Kota Buku - main pondok askar anak-beranak. Setiap peserta harus membawa kenderaan sendiri lalu menjual buku daripada belakang kereta.

Kira-kira 3 bulan sebelum itu saya mula mengenali acara bersiri tersebut sebagai seorang pengunjung yang datang untuk melihat apa yang ada. Lihat Istana Negara, Kota Buku dan naik gajah - Perjalanan terjauh selepas pusing Pulau Jawa. Apabila sendiri terlibat dengan acara, saya pun mengajak beberapa orang kawan aktivis busana tradisional Melayu agar datang berpakaian begitu memeriahkan acara. Itulah yang mahu ditunjukkan dalam gambar bawah...



Di atas kelihatan dua orang datang berbusana penuh, seorang setakat memakai baju biasa tetapi sedia memegang sebilah keris. Daripada lokasi yang terletak di sebelah Dataran Merdeka saya mengajak mereka berjalan kaki ke Central Market untuk minum teh. Tengok-tengok mereka pun risau hendak memegang atau memakai keris berjalan begitu, Saya pula yang boleh datang mood gila-gila lalu memegang sebilah keris milik mereka yang paling panjang. Kata saya, jangan risau. Kita jalan aje.

Nak dijadikan cerita, di kedai mamak untuk minum teh tarik ada pula satu meja penuh dengan polis, enam orang kalau tak salah ingatan. Kawan-kawan sedikit gugup, saya kata buat macam biasa sahaja lalu menguntumkan senyuman kepada polis. Ketika itu keris-keris kami sedang berada di atas meja, semua orang boleh nampak dengan jelas apa lagi ada dua orang memakai busana tradisional penuh Melayu yang turut menunjukkan mereka sebagai pesilat. Polis membalas senyuman kemudian meneruskan minum. 

Alhamdulillah, kalau pandai menangani situasi dengan cara budiman insyaallah tiada masalah. Walaupun keris termasuk dalam senjata tajam yang membolehkan polis menahan kita jika ia dibawa ke tempat berbuka mereka boleh sahaja menggunakan budi bicara melepaskan asalkan nyata ia tidak menjadi ancaman dan kita juga kelihatan memiliki alasan yang boleh diterima. Ketika itulah saya tersedar bahawa aktivis-aktivis yang sudah terlebih dahulu berjalan merata memakai busana tradisional itupun ramai tak berani lagi membawa keris ke tempat awam. Saya yang belum lagi mempraktiskan pemakaian pula yang seperti sudah memecahkan satu macam halangan keberanian. Bukanlah bercakap besar tetapi begitulah keadaan. Walaupun belum lagi mempraktikkan pemakaian busana tradisional Melayu ketika itu, sebagai seorang penulis yang sejak tahun 2006 selalu mewar-warkan cerita-cerita pengalaman sendiri dalam mencari kebenaran sejarah melibatkan ketamadunan Melayu saya sudah memiliki cukup reputasi untuk dianggap ramai sebagai seorang pejuang kedaulatan bangsa yang disegani...




OK. Saya cuba mencari kembali cerita tersebut dan gambar-gambar berkaitan dalam artikel Penyertaan sulung di Car Book Sale Kota Buku - main pondok askar anak-beranak. Bila sudah meneliti balik cerita dan gambar baru tersedar gambar bersama kawan-kawan berbusana itu sebenarnya diambil pada edisi seterusnya acara 2 minggu kemudian. Lihat artikel Antara persilatan dan penulisan - betul ke mata pena lebih tajam daripada mata pedang?. Sekarang masuk pada bab  di mana saya sendiri akan mula berbusana tradisional Melayu. Masuklah cerita acara pertama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) yang pihak saya anjurkan di Shah Alam pada 4 November 2012. 


Menariknya adalah bagaimana penganjuran acara ini boleh bermula tanpa disangka namun akhirnya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Apa yang berlaku sehingga muncul acara yang boleh tahan besar ini, dihadiri lebih 350 orang selepas 3 minggu sahaja dirancang kadangkala seperti tidak masuk akal. Namun apabila dibuat dengan niat yang benar macam-macam boleh berlaku termasuk pertolongan daripada arah yang tidak disangka-sangka. Reputasi sebagai seorang pejuang kedaulatan Melayu yang jujur ditambah fakta bahawa sudah ramai orang mengikuti penulisan saya melalui buku juga blogspots sangat membantu. Rujuk artikel HIKMAH - Bagaimana ia bermula.


Buat pertama kali ramai orang yang biasa berbincang tentang nasib orang Melayu akhir zaman di Internet terutama melalui forum-forum dan Facebook dapat bersua muka secara empat mata apabila datang ke acara pertama HIKMAH ini. Sebelum itu ramai antara mereka sekadar mengenali sesama sendiri di dunia maya. Ada yang sudah bertahun biasa berhubung tetapi pertama kali berjumpa pada majlis anjuran saya itu.


Menariknya segalanya dibuat secara sukarela namun membuahkan hasil yang tidak diduga.


Ada sejumlah peserta juga pembentang datang berbusana penuh tradisional Melayu.


Saya pula ketika itu baru hendak berjinak kembali dengan baju Melayu dan sampin. Itupun memandangkan sedang membawa satu acara yang bertujuan mahu mendaulatkan kembali orang Melayu. Lihat bagaimana rupa keadaan saya yang berbaju merah itu. Ketika ini saya sedang menyampaikan cenderamata kepada seorang cendekiawan besar negara Dato Dr Othman Yatim, (semasa itu masih bergelar profesor).

Othman telah berbesar hati untuk menyampaikan ucapan lalu merasmikan majlis. Sejak itu beliau menjadi penaung dan penasihat buat pergerakan kami. Majlis dikira sangat berjaya kerana dapat menghimpunkan ramai orang berfikiran serupa dalam masa yang singkat. Untuk melihat perjalanan majlis sila rujuk artikel Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012.


Majlis asalnya mahu diadakan sekali sahaja, untuk menghilangkan masalah mental block yang muncul ketika menangani satu projek penulisan buku baru yang bermula awal 2012. Ketika itu saya sudah menghasilkan 7 buah buku, kini sudah ada 9, menunggu satu lagi keluar, insyaallah dalam masa terdekat. Senarai buku dan artikel-artikel berkaitan boleh dilihat pada atas sidebar atau sisi kiri blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Disertakan sekali pautan-pautan untuk artikel-artikel yang memberikan ringkasan tentang setiap buku.

Tidak disangka, sambil itu muncul hal-hal tertentu menyebabkan saya harus menganjurkan satu lagi acara HIKMAH cuma 3 minggu sahaja selepas acara pertama. Lihat Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012. Ketika itulah saya mula berbusana penuh tradisional Melayu siap berkeris. Ini kerana pada acara pertama HIKMAH ada kawan-kawan berpesan sudah sampai masanya berpakaian begitu memandangkan saya sedang memimpin satu pergerakan yang mahu mendaulatkan bangsa Melayu.


Keadaan sekitar majlis...


Ia dianjurkan bersama persatuan guru-guru bela diri Melaka, ketika itu dikenali sebagai MAGMA Melaka, sekarang SIGMA. Kumpulan mereka pun baru beberapa bulan begitu ditubuhkan secara rasmi. Mereka sendiri sedang membiasakan diri untuk berbusana penuh tradisional pada acara-acara tertentu. Melalui MAGMA Melaka, majlis kami mendapat sokongan kerajaan negeri. Mereka menghantar Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Latiff Tamby Chik (tengah, berbaju kuning) untuk merasmikan acara.


Seminggu kemudian MAGMA Melaka menganjurkan satu acara berkaitan di tengah bandar raya Melaka. Saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH diundang bersama memeriahkan lalu  diberi ruang untuk mengumumkan sejumlah resolusi yang dibuat berdasarkan maklum balas peserta pada acara pertama dan kedua HIKMAH. Lihat Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman?.

Bergambar beramai-ramai selepas acara. Lihat betapa meriahnya hadirin memakai busana tradisional Melayu. Antara kesan yang muncul selepas itu adalah Muzium Istana Kesultanan Melayu yang menjadi lokasi acara mula menghadirkan orang-orang berpakaian seperti panglima zaman lama dahulukala untuk tatapan pengunjung dan pelancong. Mereka juga mula membawa orang atau kumpulan bagi membuat persembahan silat pada hari-hari tertentu.


Sebulan lebih selepas itu saya menghadiri majlis yang dianjurkan oleh satu pihak lain, kali ini di Kuala Lumpur. Lihat Majlis perjumpaan Dunia Seni Silat Melayu di Taman Tasik Titiwangsa.


Kumpulan atau persatuan ini juga sedang berusaha untuk membudayakan kembali pemakaian busana tradisional Melayu. Cuma seperti kebanyakan persatuan lain yang terlibat dalam usaha serupa, penekanan mereka adalah pada ilmu persilatan, bagaimana untuk menarik lebih ramai orang untuk mempelajari atau sekurang-kurangnya menghargainya. Ini berbeza dengan HIKMAH yang lebih menekankan perkongsian ilmu pemikiran dan peradaban Melayu.

Antara misi utama kami adalah untuk mengangkat pemakaian busana tradisional Melayu kepada peringkat atasan yang sudah lama terbiasa memakai kot dan blazer. Kami mahu menunjukkan bahawa yang berpakaian tradisional Melayu itu bukan sekadar orang yang kekampungan atau tahu bersilat sahaja. Kami mahu mereka sedar dalam kalangan kami juga terdapat ramai yang berfikiran tinggi, layak bergelar sebagai intelektual seperti halnya pada zaman kegemilangan Melaka di mana semua pihak dan lapisan masyarakat memang biasa berpakaian begini ke mana-mana.


Dalam majlis mereka saya terlihat ada kumpulan pemanah tradisional dipimpin oleh seorang kenalan lama membuat demonstrasi di hadapan kumpulan penganjur. Setahu saya inilah kali pertama aktiviti memanah ditunjukkan secara umum di hadapan ramai orang silat. Tentang perkembangan memanah tradisional di Malaysia saya sudah sedia maklum sedikit sebanyak sejak sekitar tahun 2006 gitu. Ini kerana biasa menghadiri majlis zikir di tempat sama dengan para peneraju terawal bidang ini di Malaysia.

Saya dapati sejak itu sukan memanah tradisional semakin berkembang pesat ke serata negara. Mereka yang terlibat digalakkan memakai busana Melayu tradisional ketika memanah terutama apabila bertanding sesama mereka. Untuk makluman apa yang ditunjukkan setakat ini adalah 1/3 daripada jumlah keseluruhan slaid yang digunakan dalam pembentangan saya. Selepas ini, apabila ada kelapangan akan dikongsikan slaid-slaid yang menunjukkan perkembangan selepas itu hingga ke pertengahan tahun 2015 pula...



No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.