Update 4 November 2014 (dikongsikan di FB HIKMAH pada jam 11.44 malam)...
ACARA KE-19 HIKMAH DI RUMAH PERANGINAN PERSENDIRIAN DI BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG 17 DISEMBER...
Update 13 November 2016
MENUTUP BAB HIKMAH MUZIUM NEGARA... BERGERAK UNTUK PERSEDIAAN ACARA SETERUSNYA DI BUKIT TINGGI
Salam semua. Hari ini 13 November 2016 bersamaan 13 Safar 1438 Hijriah biar dipersembahkan satu artikel kompilasi yang mengumpulkan pautan semua artikel tentang acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara 22 Okt. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Ini menandakan episod tentang acara itu boleh ditutup sudah. Selepas ini tumpuan bolehlah diberikan pada acara seterusnya, acara ke-19 yang dijadualkan berlangsung di Bukit Tinggi. Bentong, Pahang pada 17 Disember 2016.
Update 14 November 2016
HIKMAH KE-19 DI BUKIT TINGGI, PAHANG 17 DISEMBER 2016 - KENAPA ULANGKAJI MAULIDUR RASUL?
Salam semua. Mulai sekarang persediaan untuk menjayakan acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang haruslah dipesatkan. Untuk tema majlis kali ini saya telah memilih tajuk "Ulangkaji Maulidur Rasul". Sekarang biar diterangkan kenapa sambil saya mengatur perkara.
Adapun Maulidur Rasul masuk dalam tema kerana tarikh acara adalah bersamaan 17 Rabiulawal 2016 Hijriah. Kita semua sedia maklum tarikh hari Maulidur Rasul adalah 12 Rabiulawal, sedangkan sambutan boleh berlanjutan sehingga lebih 3 bulan kemudian. Inikan lagi tarikh acara cuma 5 hari selepas hari Maulidur Rasul. Maka kita akan cuba sediakan sambutan yang berpatutan, paling tidak pun memberikan ruang bagi ingatan.
Sekarang tentang Ulangkaji. Kenapa ada dalam tema? Adalah niat saya, untuk acara ke-19, ada nombor 1 ada nombor 9 untuk kita mengenangkan kembali kenapa HIKMAH ditubuhkan. Walhal asalnya untuk membuat satu sahaja acara, bagi menghilangkan mental block yang saya alami teruk dalam penulisan buku. Tak sangka pun ia boleh mendapat sambutan sehingga dapat diadakan di merata Semenanjung Malaysia membawa luar negara ke Aceh.
Untuk acara ini kita mahu mengingatkan kembali semangat dan sebab musabab sebenar acara diadakan. Oleh itu saya mahu mengulang kembali (Ulangkaji) seberapa banyak topik yang dapat daripada HIKMAH pertama. Ini senarainya...
1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI
2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara
3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail
4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah
5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)
6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris
7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri
9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur
10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu
11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan
12. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan Bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
OK. Nak dapat semuanya diulang agak susah kerana kekangan masa, komitmen dan sebagainya. Tapi kami cuba le mana yang dapat. Harap kawan-kawan dan kenalan sedia membantu menjayakan acara. Sila berikan maklum balas...
bersamaan 19 Zulhijjah 1433 Hijrah
No comments:
Post a Comment