Hal ini diputuskan selepas mengadakan acara ke-20 HIKMAH di bahagian lain Aceh (lihat Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017). Sebab musabab ada diceritakan dalam artikel Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini?. Ketika itu sepanduk utama HIKMAH yang telah dibawa ke sana ke mari sejak hampir penghujung tahun 2012 (rujuk Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012) baru diserahkan kepada orang Aceh. Selepas beberapa lama sepanduk 'ditapakan' di wilayah yang sangat terkenal dengan perjuangan tinggi Islam itu baru timbul isyarat dan gerak untuk mengadakan kembali acara.
Jadilah acara ke-21 di Aceh September tahun lalu selepas sepanduk dibawa merata pusing Aceh dan utara Pulau Sumatera dalam satu pengembaraan darat yang meliputi jarak dekat 2,000 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Acara ke-22 di ISTAC pada 22 Februari 2020 pula menyaksikan sepanduk dibuka kembali di Malaysia menandakan perjuangan disambung lagi di tanah air ini. Ia juga adalah simbolik membawa semangat perjuangan Aceh yang sebenarnya ada kaitan dengan Semenanjung Tanah Melayu malah ISTAC itu sendiri. Kaitan khas dengan ISTAC ada kena mengena dengan tema acara iaitu "Salam Fakir Andalusia".
Persediaan untuk acara...
1. Acara ke-22 HIKMAH di ISTAC - Menyelami irama asyik Andalusia bagi menongkah arus zaman
2. Sedikit perkembangan terbaru tentang penganjuran acara ke-22 HIKMAH di ISTAC
3. Tatacara penggunaan ruang bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC
4. Beberapa persiapan akhir bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC
Apa yang berlaku sepanjang acara...
1. HIKMAH ISTAC 2020 - "Salam Fakir Andalusia", kelebihan ilmu dan signifikan mengadakan acara di ISTAC
Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...
6. Semangat keilmuan Andalusia dalam menongkah arus zaman
Acara juga boleh diikuti melalui video klip...
Video-video sekitar acara ke-22 HIKMAH di ISTAC
No comments:
Post a Comment